Tuesday, December 30, 2008

23 Years Old VIRGIN



Hari ni NENEK aku bwat pembedahan. Awal pagi semalam, mata dia keluar darah. Dan kebetolan kelas aku dbatalkan so aku berada di hospital sampai jam 6 pm. Dia sangat2 keletihan. Dan ramai gak sedara mara yg datang. Dan antaranya KAZEN aku 2. Then kami keluar dan cakap2. Aku x nak ungkit apa yg dah dia bwat ari tu. So kami cakap2 ttg apa yg belaku sepanjang tempoh lepas. Dia as usual cerita ttg kerja dia, ttg kekasih dia, ttg kekasih dia, ttg kekasih dia (ini bukan typing error tp mmg sengaja buat penegasan) & ttg skandal dia, ttg skandal dia dan ttg skandal dia.

Then satu bab dia tanya ttg status sorang kazen kami yg kerja as doctor specialist. Jawapan aku pendek: DIA GAY. Pasal apa aku tau? Hari tu dia bawak ANAK IKAN dia pergi tempat kerja dan belaku 1 incident yg mmbuatkan belakunya syak wasangka yg jelas lagi nyata. GOTCHA..!!

Pas 2 kazen aku bgitau r plak cerita ttg salah sorang UNCLE kami ni yg bwat aku ketawa kecil. Dia penah bwat hubungan ngan antara mamat paling MACHO kat kampong. Bab yg bwat aku ketawa ialah mamat 2 ialah ANAK CIKGU yg kami kureng suka kat sekolah dulu. Dulu bangga kat anak sangat then br tau yg anak dah kena COP.

Even budak LOOSER yg x pernah bjaya untok ada couple masa sekolah dulu (kawan baek aku gak r) pon baru hilang teruna tahon ni ngan sorang mamat (yg kira looser jugak r) dlm aksi 1 nite stand. Wakaka..

So kesimpulannya: cuma aku satu2nya budak llaki yg still teruna pada usia 23 tahon. Cis.. LOOSER..!! Dan untok kazen2, kawan2, uncle2 aku yg dah bwat sekali dan nak lagi tu.. aku nak bagitau yg aku still hormat korang x kira apa pon pilihan yg korang bwat. Walaupun aku x menentang tp still aku x menyokong. Plus untok MIZZ DIDI, sori r pasal aku mungkin akan tolak balik isu OPEN DOOR dulu 2 r. Im still straight. Totally so sure..!!(dan aku akan pastikan ko orang petama yg aku bagitau kalu aku nak berubah jadi queer or saat2 hilang teruna kelak wokey)


Then kazen aku akan kata the magic words ‘Ko x kan x ada cinta hati kot. Ompuan ke? Llaki ker?’






Aku malas nak layan soalan berulang...!!

Sunday, December 28, 2008

Good bye Disember

26 hb adalah ulangtahun ke 4 bagi fenomena TSUNAMI. Masih ingat masa tengok TV3 pagi hari 4 tahon lepas, belaku gegaran kecil di SELANGOR then petang sikit dah heboh ngan TSUNAMI yg belaku di ACHEH, SRI LANGKA dan ETC termasok r PULAU PINANG (dan LANGKAWI tp issuenya disembunyikan atas sebab2 tertentu). Then masa masok U kenal sorang kawan ACHEH (yg turut kehilangan sebahagian besar ahli keluarga) yg kongsi becerita dan sangat baek iaitu ODAN.

Semalam pulak NENEK aku (adik DATOK aku) masok WAD setelah beberapa hari sakit mata yg teramat sangat. Sorang SEDARA aka juga seorang PAKAR MATA bagitau yg ada tumboh nanah dlm mata dia dan nanah tu dah pecah. Dan kalau keadaan terok mungkin anak mata perlu dibuang. Duh..!! so dah 2 hari ni aku ngan ABOK (mak cik aku aka anak angkat NENEK aku) handle urusan itu ini. Mmg letih. Semoga x ada apa2 yg terok r belaku.

Hari yg sama gak birthday UDA aku (ya kakak ipar, dia suami anda) yg ke 26. Emak aku sepatotnya tahankan kandungan dia selama beberapa hari jer then dia akan jadi setahon lebeh tua. Akibatnya UDA aku akan sentiasa kata dia masih muda pasal lahir akher DISEMBER dan aku tua pasal aku lahir awal JANUARI. Huh…!!

Hari ni ttiba kaki jadi sangat sakit sampai tulang temulang. Huuu.. Tp nak x nak banyak gak urusan hospital yg perlu dbwat. X lupa bapak aku kata yg cousin aku (ya DIDI, budak tu) dah balik. May b next issue aku akan ungkit ttg cousin aku 2.

Esok tahun baru Islam: 1430 HIJRAH. Then tahun baru MASIHI: 2009. Duh...!! Dah tambah 1 angka lagi pada usia.



p/s: kamera aku dah rosak terok & hp aku pon rosak sikit. So aku perlu beli kamera or hp dlm jangka masa tdekat? ya..ya.. aku mmg akan beli kedua2nya sekali..

Thursday, December 25, 2008

Keris Mas

Untok semua rakyat dunia yg paham Bahasa Melayu, aku nak wish korang Selamat Hari Kristmas aka Hari Natal. Ingat masa dudok flat Polis Sarikei dulu sambot gak r hari Kristmas. Masa 2 jjiran banyak Bumiptera yg mostly balik kampong masa Gawai jer. So diaorg sambot Kristmas kat flat r. So jalan2 r satu family gi kat rumah jiran2 Kristian. Skarang walopon ramai gak kkawan Kristian tp still x gi rumah diaorg. Cuma leh wish tru sms jer...

Tuesday, December 23, 2008

SHIT

Mood sekarang sangat2 down. Entah apsal, sejak semalam smua benda bwat aku nak cakap ‘Shit..Shit..Shit’ jer all the time. Start ngan pagi hujan, kelas plak pengajar yg dah tua + jenis yg otak sempit + asyik kata2 dia jer yg betol + nak salahkan aku jer stiap masa, elaun plak masih blom masok. Bukan maen banyak lagi alasan2 baru dia bg. MOF belom bg cek r. Ketua gi Sabah r. Ttiba cek dah ada then ttbila cek lom bg lagi. Apa kes ni? Motosikal entah apsal ttiba bwat pasal plak.

Then fikir nak layan movie r kot2 leh hilang stress tp kat dlm wayang plak ada r GENG MAMAT2 SIAL (waktu cam ni r br aku rasa cam sangat mmerlukan miss DIDI) bising bwat wayang 2 mak bapak dia punyer. Ada 1 ayat psikologi yg slalu pnsyarah aku guna. RASA KUAT DLM KUMPULAN. Kalu ramai rasa brani r tp kalu ssorang jadi BODO. Nampak sangat r diaorg penakot layan crita HISTERIA pasal 2 r bising2 x tentu pasal.

Then aku layan Mc D tanpa fikir PLAN DIET (psl tgh giler emo). Kulit aku plak dah makin terok. Kaki dah kering dan bengkak. Kat leher dan muka dah ada tanpa tumboh sakit baru. Tahap stress makin naek…!!

Ari ni pak cik pengajar tu bwat kenyataan yg hampages r cam dia tau semua + dia r yg paling betol + penoh mengalaman d dada tp cakap omputeh pon tungang langang + lawak jenis org tua kamiorg langsong x ketawa tp still dia ktawa stengah mati. Tiap kali dia tanya soalan, malas aku nak jawab panjang. Just cakap ngan nada sengal ‘saya x tahu, pak aji..!!’ (eventho dia blom naek haji lagi pon). 1 kelas hangin gak kat dia tp still leh sabar. Even ari ni ada sorang mamat ni ttiba bwat pasal ngan aku… Ar…………!!



KeSIALan yg berpanjangan…

Friday, December 19, 2008

Jobs and career


Tadi Uda called, as usual dia akan cakap dan cakap (ya, kakak ipar, suami anda sedang membebel panjang). Sekali lagi dia persoalkan sama ada aku tetap dgn pilihan kursus aku pilih ni. Dia cuma kata ‘dia x halang aku amik kursos ni as kerjaya tp dia lebih yakin ada kerjaya laen yg jaoh lebih sesuai dgn aku kat luar sana..!!’.

Dia kata perbezaan besar kami ialah: aku kreatif dan dia pandai cakap. Dia kata aku boleh cipta something great hanya dari sumber yg terhad. Dan dia x nak wat happened pd Along dan Angah belaku jugak pd aku. Aku paham. Mmg dlm adik beradik cuma Uda saja yg x lahir ngan otak seni. Tp sekarang Mereka dah behenti. Semua bakat yg ada dah hilang. Hilang selepas penat bekerja. Hilang selepas sibok ngan anak2. Dan Uda x nak kalu dah bwat pilihan yg kurang sesuai, apa kelebihan yg aku ada akan hilang. Tp nak x nak kena trima gak yg sejak habis U, aku dah x sentoh kertas lukisan lg. Menulis pon ambik masa stengah jam dudok tanpa tulis apa2.

Uda slalu kata yg aku perlu carik kerja dari apa yg aku minat, dari kelebihan aku. Dia suroh aku amik designing, photography etc. itu mmg kelebihan aku. Tp still bila bab cita2 (yg aku x pernah ada sejak dari kecik lg) aku tdiam. Mmg r aku ada impian nak keja kat Mc D (then leh layan French fries hari2), kedai buku (leh baca buku free ari2), kedai jual cd (leh pinjam disc blue ari2. Ceh), kedai cenderahati, kedai barang antic etc.

Im searching 4 a career, not a job. A job is perkara yg kita bwat semata2 untok dapat gaji stiap hujong bulan. Aku x nak kerja kerajaan. Aku x nak dudok dlm office. Aku x nak tperangkap dlm aircond. Aku x nak kerja pakai kemeja dan tie. Aku x nak menghadap computer 24/7. Aku x nak bwat something yg rutin. Aku nak kerja yg bwat aku berpeloh. Kerja yg mmbuatkan kulit aku tbakar.

Uda cakap apa yg dia belajar dari pengalaman dia. Dan dia x nak aku alami benda yg sama. As dia kata yg dia dah tperngakap kat dunia 2. X leh nak keluar lagi. Dia dah 26 (bbrapa hari lagi), dah kawen, bakal ada baby. So dah ada komitment yg besar. Dan aku dah nak masok 24 (bbrapa hari lagi. Ceh) dan dia x nak aku bwat kesilapan. Dia nak aku carik something yg boleh mencabar kreativiti aku.

Aku mungkin x boleh nampak diri aku sendiri. Dlm cermin hanya ada pantulan. Mungkin dia nampak sesuatu yg aku sendiri x sedar. Tp aku nak kehidopan yg laen.

Wednesday, December 17, 2008

The Ignored by Bentley Little

Smalam masa tengah nak cucok kad kat RHB (rrupanya elaun still lom masok lg r) ttiba perasan ada sbuah kedai buku selang beberapa kedai. Masok r. mmg best. Tp psl kelas dah nak start then aku batal r niat nak lepak chill kat situ. Tp hari ni aku amik masa rehat lebih sikit. Setengah jam dlm kedai buku 2. Mmg syiok gile r. kedai 2 jual 2 nd hand book. Tp mmg siot r best. Then akibatnya aku beli 2 buah buku (walaupon duet dlm tangan dah makin susut). Tp buku 2 nd hand harga murah r. Cuma RM12 untok 2 buah novel. Besh r.

Aku start baca 1 buku dulu. Title ‘THE IGNORED’. Penulis BENTLEY LITTLE. Baca review belakang ngan first page cam best. Plus dpt pgiktirafan oleh STEPHEN KING lg. Then baca. Kesimpulan setakat 130 muka surat yg aku baca: SANGAT2 BEST. Buku fiksyen English yg paling best. Leh bagi 5 bintang. Korang kena dapatkan buku ni. Kalu korang fikir korang FREAK yg sangat cool n selesa as afreak, korang wajib baca. Pasal ia akan buat korang freaking goosebumps r.. dan membuatkan korang x nak behenti mmbaca..

Monday, December 15, 2008

15 th December



Sedar x sedar cuma tinggal kurang 2 minggu jer lagi tahon 2008 akan berakher. So 365-14=351 hari dah berlalu. Gosh cepatnya masa berlalu. Bila review2 balik, matlamat aku untok 2008, x ada 1 pon yg Berjaya. Duh. Gila looser.

No.1: Berat badan kurang 60 kg. Technicallynya aku dah bjaya mncapai tahap 59 kg pd suku pertama tp at the end tahon berat aku 70kg (may b pasal ari ni pulun 2 bijik ais cream psl kawan aku belanja). So start next year kena r jalankan plan DIET yg jaooh lebih drastik.

No.2: Behenti merokok. Zaman U dulu x da r terok sangat tp bila dah balik sini even bila dah start balik belajar kat PPKS ni, tabiat merokok aku makin terok. Aku azam nak jadikan last kotak as the final one tp ttiba ari nil eh beli lagi skotak. So akan try jadikan kotak ni as the last one plak..

No.3: PNGK 3.00 ke atas. Berakhernya zaman U mempelihatkan aku x bjaya menaikkan PNGK aku. Walupon setiap tahon PNGS teros naek dan naek dan naek lagi tp pasal dah sekali jatoh hingga nak mencecah angka 2 genap then keputusan dia: aku still konvo walupon x penoh gaya (bak kata bekas rumate terakher)

No.4: Mashurkan nama SAMUDERA. Cam x pcaya jer yg aku leh masokan TEATER SAMUDERA as salah 1 misi 2008 aku. Pegolakan demi pegolakan. X pernah sejook. Wat ever happen aku x akan lupa r kenangan bersama mahkluk2 kat dlm SAMUDERA ni. Tapi tahoon 2008 gak r penamat untok SAMUDERA.

No.5: Cinta. Ada r kuar date bbrp kali ngan sorang miss ni untok suku pertama 2008 tp at the end x bjaya. Then ada gak try mngayat sorang kawan lama ni, mmula layan r tp last2 tau yg dia dah ada balak. Ceh. Tp aku x amik pusing sangat r.

So, x ada 1 pon misi 2008 bejaya djalankan. Cuma tinggal 14 hari jer lagi nak mnjayakannya. Technicallynya misi nomor 3 & 4 mmg dah kuar dari list r.

Nak kurangkan 10 kg dlm masa 2 minggu? Mungkin guna kaedah sedut lemak, koma, or tperangkap dlm ruang tkurong tanpa bekalan makanan untok 14 hari.

Behenti rokok? Mungkin perlu tampal poste kesan merokok kat 4 muka dinding bilik (ceh, cam leh bjaya), putus psahabatan ngan kkawan yg merokok or sekat kemasokan rokok ked lm Malaysia (wakaka).

14 hari mencari cinta? (cam penah dengar r) x kan r nak carik couple smata2 nak memenuhi list misi jer. May b pasal 2 aku x amik serius sangat kot. May b pasal aku tgh selesa jadi BACHELOR. Then teringat kata2 cousin aku (yg hyper busy body + bangga ngan koleksi2 kekasih hati yg x tkira) yg akan sentiasa tanya n bagi nasihat tiap kali jumpa (or telephone):


Cousin aku: Dah ada couple blom?
Aku: Lom (nada mendatar)
Cousin aku: X
kan awek sorang pon x lekat kot?
Aku: x da (ketawa)
Cousin aku: Balak
ker?
Aku: x da r (ketawa lagi dan lagi)


May b aku patot amalkan dasar PINTU TERBUKA untok tahon 2009 kelak (dan miss DIDI pon mengilai ketawa).



p/s: ramboot aku dah tukar warna.. sekali lagi

Thursday, December 11, 2008

Imaginary

Dulu aku x fikir sangat bila budak kelas kata yg aku ni tengah ‘heng’ pasal amik ‘something’. Then makin lama makin ramai plak kata cam 2. SEBABnya pasal most kkawan ni jenis kaki minum r. Plus ada kkawan diaorg jenis layan that ‘thing’ r. Then bila diaorg tengok mata n cara aku senyum teros aku kena label ‘kaki heng’ plak. Then teros ada r yg kata aku letak that ‘thing’ dlm air mineral aku then aku leh betenaga dlm kelas yg mmboringkan. Plus ada plak yg bwat dakwaan yg kat rokok aku hisap 2 ada unsur 'best' selain tembakau. Wakaka. Rasa cam lucu plak…

Shinggalah minggu ni tadi, BOB aka SAIFUL RAHMAN aka PENGHULU KELAS ttiba bwat satu pengumuman kecil mngatakan bhw aku ni ada kawan imaginasi kat sebelah aku yg bernama JASON. Then pasal 2 r aku selalu ketawa n senyom dlm kelas. Ceh. Hampages r mamat BOB ni..

Aku x r sampai ada kawan imaginasi cam 2 r. Rasa cam FREAK semacam jer. Tp in reality aku punya imaginasi yg agak pelik2 sikit r. Such as aku caya ada ‘something’ jahat bawah katil yg tunggu masa tarik kaki aku (then bilik aku x ada katil), Clown r evil ssangat (pengaroh cerita IT), setiap pmainan n pkakas dlm rumah ada nyawa & perasaan n akan begerak dan cakap2 mmasing stiap kali kita x nampak or masa kita tgh tidor (wakaka..), dlm diri aku ada some power yg sangat dark n terpendam dan x tkawal shingga 1 masa kelak akan tekeluar (pengaruh cerita x-men), dan imaginasi seks yg telampau (kira imaginasi gak kan. huhuhu).

Such as EMAK aku yg kata kalu pmbinaan kabel (untok project cable car) dah start then kami akan pindah rumah pasal mak aku yakin gunong Santubong akan runtoh then kami akan kena timbos hidop2 (berinspirasi dari peristiwa tanah runtoh baru2 ni). Sama as dulu pasal tsunami, mak aku berimaginasi kami pon akan jadi mangsa gak. Nak bwat cam mana kalu rumah kami dah tepi pantai plus bawah kaki gunong.

Bagi aku bimaginasi adalah something yg x salah. Org yg hidop pd reality spenohnya tanpa imaginasi pasti hidoop dia sangat2 membohsankan. Tp jangan hidop ngan imaginsi jer dah r. So kesimpulanya: mineral aku bersih n rokok aku 2 Cuma ada bahan2 yg dibenarkan sahaja r.



p/s: bwat ssapa yg tau apa aku pernah ‘amik’ sebelom ni tolong diam2 je r.

Sunday, December 7, 2008

Hari Raya Qorban


Malam b4 raya, my parents dah balik dari Sabah. Tarikh yg sama untok birthday emak aku. 07 Disember. Walaupon keadaan dah kembali seperti sbelom tp aku still kureng gumbira sikit. May b pasal esok raya kot. Aku x suka sangat r feel raya... Huuuu

Invisible

Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku
Kau . Matamu . Lihatlah . Diriku




Juliana & Co.
Pelangi

Tuesday, December 2, 2008

Home Alone2



Hari ni dah masok 3 hari aku dudok sorang2 di rumah. Ppagi lagi dah bangon (takot terlambat nak ke kelas plak), semayang Suboh, then sediakan breakfast ngan bekal untok lunch gak (2 menu yg berbeza r), balik perot lapar, masak plak untok dinner, then baca buku apa yg dah d ajar ari ni tadi kat kelas n lastly tidor. Agak letih. Bukannyer leh beli makanan kat luar ari2. Elaun 15 hb nnt baru kuar. Ikat perot gak r (bagos r untok diet aku).

Ada masa rasa sangat leceh bila nak kena handle pokok2 bunga emak yg asyik lupa nak d siram. Sampai dah kering dan bgugoran daun dia. Bagi kucing makan plak (sori mimi psal bagi ko makan awal pagi then masa aku balik jer). Setiap kali pulang kelas plak asyik hujan then susah r kalu bawak motosikal. TV plak x ada cerita best. ASTRO plak ngan siaran ulang tayang yg membohsankan.

Tapi effect paling besar dari peristiwa ni ialah kesunyian r. Cant imagine r cam ner r org yg hidop sebatang kara tanpa keluarga. Aku ni yg parents gi cuti seminggu pon dah bising.. hu hu hu

Kat kelas plak AARON (rujuk blog sebelom ni) dah pasang gigi batu then dia dah start bwat onar balik. Walupon kena sakat, tp still better r dari kelas sunyi tanpa suara dia… dan ahli kelas still baek ngan aku, then aku heran sekali lagi.

Saturday, November 29, 2008

Home Alone

Masa tengah mngupdate blog ni, aku tengah ssorang d rumah. Parents aku pasti dah selesa di Sabah: bercuti rumah anak n menantu. Kakak n niece n nephew plak balik rumah sendiri. Then aku akan berada di rumah ssorang diri untok tempoh seminggu. So apa plan? Bwat party? Noo way r ngan kjiranan skarang. Besekedudukan? Boleh jer tp aku still single mingle lg r.. then? Memboringkan diri ssorang je r.

Trivia 1 minggu ni:

1 Ahli kelas agak ramah ngan aku ttiba. Bwat aku syak ssuatu. Check bberapa kali still x ada apa2 yg melekat kat belakang baju aku. Ceh…

2 Aaron antara budak paling suka bwat onar, bising plus suka sakat org (tmasok aku pon jd mangsa) ttiba jadi sunyi ttiba. Aku x pasti r ahli kelas lain tp aku as org yg slalu jd mangsa dia rasa cam pelik gak r. then cakap2, pon reaksi dia still serius. Semua sense of humor dia hilang cam 2 jer. ttiba ada 1 bab dia ketawa. Something hitam pada mulot dia. Ceh… gigi dia patah r.. wakaka

3 Berat badan naek 2 kg lagi. Mnjadikan berat aku 70 kg. mungkin pasal smalam makan beefburger Mc D yg ANGAH aku beli tempohari.

Tuesday, November 25, 2008

GOOD uncle BAD uncle


Hari ni tadi balik jer kelas (yg agak lewat pasal tamat agak lambat dan teperangkap pasal hari hujan), then kedua2 anak buah aku as usual dah tunggu depan pintu. Dan si abang (even aku panggil dia as ABANG jer skarang) ttiba kata yg nenek (emak aku r) pukol dia. Mmula aku x layan r pasal sangat2 letih r masok input banyak sangat 1 hari. Tapi then cerita makin banyak dan aku tau semuanya x benar. Then aku suroh dia tengok aku betol2. Plus aku kata:


Usu x suka org bohong. Kalau Abang cakap bohong, Usu akan pukol Abang kuat2 sampai Abang nanggis..!!Dia takot. Then aku suroh dia janji x kan bohong lagi.

Teringat 1 incident bila ada sorang kawan ni tjumpa aku secara x sengaja. Kebetolan dia tgh ada masalah dan penoh ngan tekanan. Bberapa patah pkataan dia kata, dia diaAm. Then dia menganggis. Jujor aku mengaku yg aku x tau nak bwat apa. Mungkin aku bukan org yg tbaek dia patot jumpa malam 2. Tapi then aku tawarkan 1 perkara. Aku suroh dia berehat. Tidor. Tidor d bilik aku. Sekejap jer baring teros dia ttidor. Paginya aku ke kelas dan bila aku balik, dia dah x ada. Aku ketok pintu bilik dia, x ada balasan. Then aku msj. Takot dia akan bwat benda bodoh cam cederakan diri or bunoh diri.

Then dia balas msj. Dia just okey. Dia berada kat rumah uncle dia kat Lembah Klang.

Then aku fikir balik. Uncle dia pasti sorang yg sangat hebat. Pasal dia x balik ke rumah tp teros pegi jumpa uncle dia. Sorang yg boleh dia letak kepercayaan. Sorang yg boleh bwat dia rasa selesa

Dlm hidop aku, aku bukan jenis yg nak share wat happens in my life with my family. Not 2 my parents, jaoh la lagi ngan uncle or aunt either dari sebelah bapak or mak. Bukan sebab aku x pecaya. Tp aku rasa kurang selesa (aku rasa benda 2 as normal. Tp bila cakap ngan kkawan laki, gosh rupanya they share wat happens in their life 2 their parents).

Even realitinya aku x pernah rapat ngan uncle2 aku. Sebelah bapak aku ada 2. Both ada masa sangat2 garang tp most of the time asyik berjenaka. Sebelah emak pulak ada 3. 2 dah meninggal. Technically aku ada cakap2 yg serius gak ngan diaorg tp kami agak jaoh.

Tapi cukop pasti aku mewarisi semua sikap2 diaorg. Anak buah aku sorang ni selalu menanggis sbb aku. Dia kata aku sorang yg garang. Pasal aku x nak dia besar nanti jadi sorang yg bodoh, manja, kurang ajar. Tp dlm masa sama aku jugak org yg dia akan mintak apa2. Pasal dlm masa sama aku nak dia selesa dgn aku. Dia boleh letak kepercayaan pd aku.




Then bila dia dah besar, dia dlm masalah. Aku org petama yg dia akan datang…

Sunday, November 23, 2008

BULL SHIT

(x da kaitan ngan najis MUHAFAFAH r)
Tengah layan movie KOREA, ada 1 bab 2 bwat aku ketawa sorang2. Pernah x blaku 1 masa bila kita nak bagi tahu something true tp then tperangkap ngan situasi yg menjadikan kita nampak bsalah plak? X paham? Then biar aku bagitau 1 bab yg pernah blaku kat aku dulu yg bwat aku rasa cam bullshit tp then boleh ktawa plak bila fikir2 balik.. Kui3

Masa 2 second year 2 sem kat U r. Aku suka r ngan sorang girl ni. Try nak ayat gak r. Then 1 hari ttiba jumpa kat PUSAN. Masa 2 ada jualan r. Mmg penoh r. 3 rd floor ada jualan baju kurong r then banyak girls kat situ. Aku plak tengah habis kelas then temankan best friend (mizz DIDI) yg tengah layan gak shoping. Then ttiba jumpa dia. Heran gak r bila aku senyom, dia balas balik ngan muka separa ikhlas jer. kira cam ni r dialog masa 2:

Aku: Awak bwat apa sini? (wei aku jadi poyo plak guna frasa ‘awak-awak’ plak)
Dia: Jalan2. Dari tadi saya dah tengok awak ngan kawan awak 2..!!

Then dia blah. Betambah r heran aku. Sebelom ni dia dah bagi lampoo hijau then ttiba dia jumpa ari 2 dingan plak. Dulu bukan main banyak cakap lagi. Ttiba teros diam. Then aku teros gi balik kat mizz DIDI yg tengah syok layan baju. Kedian barulah aku tau apa yg blaku sbenar2nyer.

Dulu aku ada bagitau dia yg aku ni still solo n available. Ngan humble n down 2 earth lagi aku menegaskan bhw aku x ada awek. Then ari 2 plak aku kuar ngan miss DIDI dan dia tjumpa kamiorg ngan keakraban yg agak luar biasa dan keterlaluan kot (diulangi : KOT aka agak2nya r). May b 2 some akan kata it wokey r tp dia a litt bit konservatif. 1 reason aku suka dia pasal sifat konservatif 2 r. masalahnye aku plak a litt bit socialist.

Bila fikir2 balik cemburu tandanya sayang. Tp kedian bila mizz DIDI tau apa blaku, dia menangis2 mintak aku bjanji bhw aku x akan try mengayat girl 2 or mana2 girl selagi kami still sama2 dlm U. Atas sebab: 1 st: girl 2 pakai tudong laboh n 2 nd: kalu aku dah ada awek then aku akan abaikan dia (Ceh..!! ). Tapi pasal aku sangat lemah tengok org menangis then aku stuju r.




Tapi then 3 rd year aku mungkiri janji ngan mengayat sorang girl laen tapi x bjaya plak. Huu... bunyik cam bull shit plak..!!

Friday, November 21, 2008

Ops I Did It Again

Aku dah bwat lagi...
COLOR RAMBUT.
Kali ni jaoh lebeh blond dari sebelom ni...
Sayang x ada kamera then x leh nak upload tayang kat blog ni
kui3












Jaoh dlm hati ada satu suara kecik kata:













"Ko x pernah sedar2 lagi ker?
X pernah try nak jadi matang ker?
X pernah amik pngajaran dr peristiwa lepas ker?
Bila masa lagi ko nak berubah?
spatotnya ko clor sekali ngan warna merah or hitam
baru r nampak chanteq..."



wakaka... HAMPAGES

Tuesday, November 18, 2008

PERMAINAN RASA BERSALAH


Listening to: Instrumental Bila waktu telah berakhir oleh Opick
Kalu boleh aku x nak jejak kaki kat bengkel 2 lagi. Mmg hari2 aku perlu lalui bengkel 2 tapi stiap kali 2 jugak aku akan mngelak dari tengok arah 2. Tapi bapak aku cukop suka pegi bengkel 2. Sbb ari ni kelas petang batal then aku n bapak pegi kebon amik rambutan. Balik bapak singgah bengkel 2. Dan aku lihat dia….

Waktu sekolah dulu aku dan group of 3 selalu main 1 game ni: manipulasi perasaan org. kami plilih org yg kami benci then permainkan perasaan dia. Memalukan dia d khalayak ramai. Membuatkan dia nampak terok depan semua org. Buat dia marah, sakit hati dll. Tapi bab game yg plng best ialah buat dia rasa bsalah. U all taukan cam ne feel rasa bsalah boleh effect someone. Sgt syok bila org yg rasa bsalah sangop bwat apa saja untok betolkan ksalahan.

Aku tau yg these 3 bukan kawan yg baek2. Tp at least diaorg saja yg nak terima aku as friend at that time. Walu ramai yg bagi warn yg diaorg just nak pegunakan aku. Aku x amik pedulipon. Dan aku akui bekawan dgn diaorg bwat aku rasa sgt hebat. Diaorg saja yg boleh lahirkan mood GILA dlm diri aku. Ada feel brotherhood yg saling mempertahankan 1 sama laen. Shinggalah 1 masa bila group members jatoh cinta. Dan aku dilabel as SAINGAN. So automaticallynya aku dah jadi bahan permainan diaorg. Dan paling malang aku hanya sedar bla aku kmalangan dan terlantar 2 bulan dan x ada sorg pon antara diaorg yg melawat. Dan bila aku balik semula ke sekolah, aku totally stranger. Blom lagi apa yg aku dgr dr kawan2 laen ttg cakap2 diaorg masa aku x ada….

Last Sunday, 2 dari group member datang. Aku dah lama maafkan diaorg. X tfikir nak simpan rasa marah or benci sikitpon. Even sepanjang tempoh sbelom 2 kami dah banyak habiskan masa sama2. Bak kata salah sorang dia tempohari “zaman dulu ialah kesilapan. Dan sekarang otak dah sikit matang”. Walupon apa yg diaorg bwat masa skolah dulu bawak effect besar dlm relationship tp still aku x pernah anggap diaorg as kesilapan. (Otak dah matang? Wei diaorg skarang get paid for sex r. kira matang r pasal dulu sex untok pecuma skarang leh gain RM200..)



Bila aku masok bengkel 2 aku lihat dia. Dulu dia kecil. Banyak cakap. Kalu jumpa pasti dia akan cerita banyak benda ngan aku. Ada masa dia akan cuba mengelak dari tengok aku then bwat aku ketawa besar. Most of the time dia sangat2 ceria. Dia salah sorang mangsa group aku. Kesilapan aku sbb x bwat apa2 untok halang diaorg permainkan perasaan budak 2.


Tapi bila jumpa dia tadi, dia just senyom. Dia x cakap apa2 pon. Aku pon x tau nak cakap apa2. Then aku just senyom balik.


Apa yg aku penah bwat dulu dah pulang balik pd aku. Rasa bersalah…
Nak perbetolkan? X semua kesilapan boleh ditebos kembali kan?



Nota kaki: Aku nak color rambot balik r. Either blond, red or orange. Wei orange cam watak bleach plak

Monday, November 17, 2008

YETTA’S LETTERS


Yetta ialah watak yg wujud dlm comedy series ‘The Nanny’. Dlm bab hari ni Sylvia (mak Fran) bawak surat2 lama Yetta (nenek Fran) masa muda2 dulu. Surat tu ialah penulisan Yetta untok Richard aka balak dia sebelom kawen ngan Joe (datok Fran). Menjadikan cerita ni gramatis bila masa Yetta berada dalam kapal masa nak jumpa Joe, dia bekenalan dan jatoh cinta ngan si Richard plak. Dsebabkan yg family Yetta ni dah awal2 lagi ator pkahwinan dia ngan Joe then kisah cinta dia ngan Richard terputos r. So cara dia nak kekalkan rasa cinta dia ngan Richard then dia tulis surat hari demi hari sampai r bertahon2. Dalam surat 2 dia cerita ttg semua prasaan dia. Tapi probs dia ialah dia x ada alamat si mamat Richard 2. Then surat 2 teros tersimpan r…


Pernah dengar x idea ‘SURAT YG XKAN SAMPAI’..?


X pasti dari mana aku penah dengar idea 2 sebelom ni. Tengok tv, pembacaan or dari kekawan kot. x pasti plak. May b wujud dlm idea psikologi kot. X pasti r. Apa yg korang perlu bwat kira2 cam: 1 st- kita target sorang yg kita nak bagitau something yg kita x berani nk bagitau depan2. 2 nd- then kita luahkan semua apa yg tebuku dlm kepala hotak kita dlm sekeping kertas. 3 rd- masok dlm sampol surat, lekatkan setem ngan alamat rumah dia skali… then siap r. ideanya kira kita leh luah r perasaan kita yg slama ni x tkeluar ngan imaginasi dia akan terima surat 2 betol2 (huu bunyik cam looser plak)..




Tp just imagine kalu parents kita ttiba jumpa surat 2 atas meja then tolong poskan untok kita… naya wei…





Tp x kan ko nak biarkn perasaan ko tpendam tanpa x dia tau apa yg ko nak bagitau kan? Then nak biarkan surat 2 merepot cm 2 jer? Hantar jer r surat 2 wei.. klau x bdepan jer teros…Kalu x hntr sms or paling koman e-mail (bila dh click sent alamatnya x leh amik balik r wei) Bak kata Berita harian “Zaman kan dah berubah.. dunia dah maju..”





Nota kaki: Berat semalam dan hari sebelom 2 ialah 68 kg. Ari ni ttiba naek balek jadi 69 kg plak..

Wednesday, November 12, 2008

ANGAH


Ari ni 12 Nov 2008, umor kakak aku a.k.a ANGAH aku dah masok 28 tahon. Mcm x pecaya yg ompuan yg dulu perangai sebijik cam budak laki sekarang dah jadi emak untok 2 org budak. Nama penoh dia NORZIHAN ABDULLAH. Muka, kulit, most everything sebijik cam emak aku. So sebijik gak ngan UDA aku plus sebijik gak ngan ALONG aku. Then aku sorang jer yg x sama acuan ngan diaorg. Ceh…

So blog kali ni plak aku nak dedicate khas untok my only sis: ANGAH

Dulu aku kecik2 aku ingatkan yg kakak aku ni lelaki pasal perangai sebijik cam Uda dan jejiran lelaki. Dulu masa kecik Angah mmg xpert giler panjat pokok2 belakang rumah nenek ngan Uda. Aku? Just tunggu bawah pokok tunggu ehsan diaorg bagi buah2 dari atas.

Then masa pindah di SARIKEI, kakak aku sorang ni asyik jadi tarikan org laki2. Ada sorang mamat 2 (sedara gak r) punyer r minat kat ANGAH aku dia selalu bagi hadiah2 n makanan KFC (pasal dia kerja KFC gak r) tapi x kena layan. Plus ada skali 2 ada r sorang mamat ni (kenal gak r) try nasib r belanja kami makan restoran francise ni then Angah order banyak2 then kesian dia sampai dia sendiri x makan apa2. Pasal citarasa Angah masa tu ialah: AWIE aka ciri2 laki2 idaman ngan motor HARLEY.

Then pindah balik ke rumah skarang. Cukop selalu perang besar ngan dia. Sampai pecah2 pingan mangkok r (ganas wei kalu ada sorang kakak ni). Lom lagi kes2 bermasalah d sekolah. Entah r dlm adik beradik, masa kat sekolah aku dan Angah r yg agak kurang elok perangai dan bagi masalah kat parents (tp aku tselamat pasal otak pandai sikit dlm akademik). Then kalu boring2 Angah akan bawak motosikal ngan aku kat belakang bawak laju2 then menjerit2 + belagu2 kuat2 then hooooon jer ttengah malam. wakaka.. gile r…

Then Angah kawin ngan lelaki idaman dier AMIR HAMZAH yg kebetolan ada sebijik HARLEY. Entah apsal lepas kawin kami dah agak jaooh. Tapi technicallynya aku cuma start rapat ngan Angah hanya masa rumah sekarang siap.. masa angah form 5 sehingga dia kawen jer. sangat singkat. Tapi it better quality dr quantity.

Aku sayang kakak aku 2 walaupoon dia agak singa betina sikit yg garangnya banyak. Tapi bak kata iklan retro “SINGER MENAWAN KELUARGA BAHAGIA”

Tuesday, November 11, 2008

AMIER yg Kasar


Bbuka blog then tengok ada 1 mesej. Dari Amier. Dh lama x dengar cerita baru ttg dia. Then check friends kt FRIENDSTER carik site dia tp x ada plak. Wei aku dh kena reject dari list of friend dia ker? Check2 rupa2nya FS dia mmg dah x ada. So blog kali ni aku bwat khas untok enche AMIER B. MAHMOD. Sbb apa? Sbb dia antara makhluk tuhan yg penting pernah wujud kat zaman U dulu.

Tringat waktu 1 st time jumpa dia masa 1 st pejumpaan SAMUDERA. Mmasok jer dalam bilek mesyuarat 2 teros banyak senior ompuan cakap2 n puji2 dia then teros boleh bawak watak untok teater konvo tahoon 2. So aku punye 1 st impression: aku x akan suka n x mungkin bole kawan ngan dia. Dia jenis boy band: d gilai girls2 kat sekolah + anak murid kesayangan cikgu-cikgi (a.k.a kaki bodek r) + seribu 1 lagi bad reviews lg r.

Then minggu ke-2 tahon 2 aku lancar perang ngan rumate. So aku elak setiap masa dari balik bilik. Afte latihan teater, llepak bilik kawan then sampai jam 2 am then lepak kat berada aras 3 ssorang (psl rumate aku 2 jenis tidor jam 3 am). Entah apsal dlm ramai2 yg naek turon tangga ttiba mamat sorang ni jer yg leh lepak ngan aku. Bberapa malam (reality pagi r) lepak sama bwat aku rasa cam semua 1 st impression aku 2 terpesong belaka.

Dia ni jenis yg nak share n cerita banyak benda. Kalu betol zodiac org tu leh jadi pekak pasal dia akan cakap 24/7/365. Dia cakap ttg opah dia, makan durian, x pakai jeans (pelik..!!), minat AVRIL (tp dlm masa sama fanatic ngan SITI NURHALIZA jugak), idola pd ZIZIE EZZETE + leh hafal bbrapa lirik lagu telenovela (huhu). Tp yg paling x akan lupa bila dia tau aku ada kat aras 3, dia yg tgh lepak kat meja batu teros naek aras 3 bdiri dpan aku ngan muka yg hyper teruja gembira then kata “ex aku called tadi..!!”

KONTROVERSI? Top list bg aku masa dia bwat onar untok FAMILY DAY 07. Masa tu mmg hangin gak r 1 badan then bila tamat jer event 2, Amier balik kolej ngan jeans seasons koyak ngan kepala botak. Heran gak r bila org yg x pernah pakai jeans ttiba leh pakai. Tp lom sempat marah dia leh belanja TEH O AIS plak (ceh cam2 tau jer yg aku mudah d rasuah oleh benda yg leh d makan).

Kontroversi laen cam tiap kali tembong ngan enche NIK FAHMI yg sntiasa bagi warn n heboh kata aku nak rampas budak Amier 2 dari dia (gila apa?). walupon aku slalu kata yg aku x pernah bwat apa2 still dia x putos asa kata aku cam tu (ada moral value d sini). Until the end of 3 rd year baru r NIK bagitau something BIG yg aku x leh share sesapa. Then ttg watak kecik aku dlm accident dia ngan SALEH dulu pon x boleh nak share (biar r SALEH je yg tau). X masok lagi khabar angin (org kata r) ttg moral issue dia yg songsang ngan _____,_____ &____ dari kolej ______ (aku pon ketawa kuat2 ssorang dlm bilek). Cam ner plak penjelasan yg ada org dengar bunyi org MAEN KUDA’ dr bilek dia? (wakaka) X tkecuali ttg misteri sms yg aku trima ttg lirik lagu AVRIL: Innocence by unknown who yg aku dpt tahu Amier pon ada terima gak… huuu

3 rd year, cerita pelik2 dari dia dh hilang. May b pasal aku buat2 busy ttg tessis n dia plak dudok belakang. Paling last dengar yg dia bwat part time jadi stripper kelab GAY kat BB. Kalu tjumpa, dia leh tegor r ngan lawak2 dia tp kalu mood dia down, dia akan bwat muka gampang cam x pernah kenal kita langsong..!!

so 1st thing yg korang akan fikir bila talks about Amier? Nuklear? Fesyen poyo? Leadership? Bagi aku mamat ni sorang yg hyper MOODY & penoh KONTROVERSI. Please jgn kata aku salah fakta plak.

Saturday, November 8, 2008

NUMB3R

Hari ni 8.10.2008. Maknanya dah 8 hari aku mngamalkan hidop sebagai seorang looser yg desperate nak jadi kuroos. Bila check berat badan still 70 kg untok beberapa hari. Maknanya aku bejaya kurangkan 4 kg r dalam masa seminggu. Heharap leh r kurang sampai jadi 60 kg hujong tahoon ni.

Dlm masa yg sama gak aku dah kembali jadi seorang pelajar balik. Dah cuti selama 4 bulan then masok kelas semula. 5 hari dah berlalu. Kehidupan? Masih dalam graf mendatar. Biasa r ice belom pecah lagi. Kenal2 cam 2 jer r dulu. Kelas ada 16 org pelajar. 3 perempuan. 4 bumiputera. 1 cina. 2 adik bradik. 2 sepupu. 1 minggu kelas aka nada 1 subjek jer. so 4 bulan teori. 2 bulan praktikal. Ada 4 exam then baru boleh pegang kad SAFETY N HEALTY OFFICER.

Trivia laen: Perjalanan dari rumah= 45 minit. Sangat2 boring. Minyak tambah toll=RM4 sehari. Elaun=RM500 sebulan.
Tapi kalu tengok dari sudut positifnyer: 1 jam lebih atas motosikal + 5 jam dalam kelas so aku x makan sepanjang tempoh tu then boleh r kuros... kui3

Monday, November 3, 2008

New Chapter


Semalam aku bwat satu pkara yg cukop2 sukar n susah utk aku bwat iaitu kemas bilik. Al maklum r yg aku skarang dah bermastautin tetap di rumah then belakulah penguasaan sepenohnya ke atas bilik aku. Ttiba jumpa diari tahon ni. Sangat2 jarang dah menulis diari manual pasal selalu taip diari online aka blog jer. Then rileks jap baca DIARI SEORANG LELAKI b4 start balik mngemas (sbb utama bilik aku jarang kemas pasal selalu rileks memanjang dari mengemas jer).

Aku dulu mmg jenis yg suka tulis diari (skarang tgendala pasal aku asyik update blog jer). One of the reason ialah pasal aku punyer memori 125 MB jer then banyak benda penting aku akan lupa. So menulis diari adalah cara tbaek untok aku refresh balik memori lepas2. Aku start menulis diari start dari tahon 5 lagi. May b pasal aunt2 aku selalu bagi diari office diaorg then motivate kami adik bradik tulis apa yg mnarik dlm hidop. Then may b leh publish bwat MEMOIR kot. Bagi org ramai diari may b more familiar untok girls2 r then bila lelaki ada diari jadi agak queer sikit r. Aku x amik pusing poon pasal PREETY UGLY pon leh ada DIARI SORANG LELAKI aper. Diari bagi aku adalah something yg penooh value, cukop secret dan private (walupon aku yakin banyak yg dah baca bila aku x da) manakala blog plak jenis diari yg aku nak share ngan semua. Tapi both bawak kepuasan yg berbeza dan tersendri.

Baca Diaru ni rasa cam baca sebuah novel (or komik or drama or filem). Novel yg akan terus ditulis sampai ending kehidupan. Novel tentang aku sendiri sebagai pelakon utama (yg masih belom jumpa heroin lg). Sinopsis: sorang lelaki yg cuba lari dari masalah, takut pada reality dan penoh rasa benci dan marah yg tiba pada pelbagai khalayak manusia. Setiap chapter dia belajar benda baru. Ending of the last chapter dia baru sedar satu lagi kesilapan dia tapi dah terlambat untok diperbetolkan dlm chapter tu. Kesalahan dia: x pernah berani or pecaya pd sesapa untok cuba jalin hubungan serius dengan ssiapa sebab rasa marah, benci dan takutnya. Marah dan benci atas tindakkan manusia yg menhukum 4 somethin yg dia x bwat dlm chapter terdahulu. Takot andai manusia last chapter akan bwat benda yg sama: sakitkan dia. Moral value last chapter: kalu dia sedar then atasi kesilapan dia lebih awal then dia boleh dapat cinta dan persahabatan yg terhebat tp dah tlambat.

Guys n girls yg pernah tahu ttg kwujudan aku, korang pasti akan lihat betapa korang x pernah kenal aku sepenohnya. Dan aku x pernah cuba untok kenal korang sepenohnya. Bila kita dah nak rapat then aku akan wujudkan jarak. Ada yg berharap sangat untok aku rapat ngan korang tapi then aku hampakan korang. Ia bukan salah korang tapi sebaliknya sbb aku yg x berani….






Esok aku akan start belajar balik. Then satu chapter baru akan bermula lagi. So aku akan perbetolkan kesilapan lepas dan terus belajar dari pengalaman.








NOTA KAKI: Hari ni aku bwat resepi diet baru "Salad wasabi dengan mushroom soup". Dah rasa cam kambing ari2 makan vege. Berat badan Turon: 71 kg

Sunday, November 2, 2008

Plan Mengurangkan Berat badan


MUKADIMAH
Technicallynya aku dah sebulan mengamalkan kaedah behenti makan nasik n makan berat untok sehari sekali jer. Tapi kesannya amat kurang memberangsangkan. Aku cuma turon 2kg dalam masa beberapa hari then naik beberapa kg lagi. Ceh. So aku perlu mengubah Plan baru yg jauh lebih drastik. Pasal skarang berat aku pada tarikh 31 Okt 2008: Jumaat ialah 74kg aka timbangan badan paling berat selama aku hidop sejak 23 tahon. Just imagine hanya dalam masa 4 bulan jer aku dah naek lebih 10kg. Sangat2 menyedihkan.

OBJEKTIF
Sebelom tahon ni berakher aku nak berat badan aku at least 60kg. then in the middle of next year aku dah seimbang 55 kg. wei berat badan aku dah masok tahap obess r. bila kuar ngan kkawan yg cuma 3 minggu x jumpa masing2 kata badan aku dah boolat.. huu aku rasa sedih r.

PERMASALAHAN
1. Aku sangat2 fobia pada kegemokan. May b pasal ALONG aku yg sangat2 besar ( sori Along kalu baca. Jangan kcik ati r)bwat aku gila2 fobia x nak mengalami kegemokan. Aku x kisah orang gemok cuma aku x dapat menerima diri aku as someone yg gemok.
2. kesihatan aku sangat2 x membenarkan aku memiliki berat badan belebihan. Pasal effect sakit aku bagi kesan pada sendi2 tulang r. Then susah r kalu berat dalan dah naek then tulang x mampu nak tanggong. Paham r kan.
3. Seluar aku dah ketat…!!!

KAEDAH2 PENYELESAIAN
Berdasarkan kepada nasihat org yg kuros dan yg pernah gemok then kuros, aku bwat r plan berikot:
1. Aku akan berhenti makan di KFC (wei aku mmg x suka layan KFC pon), pizza, sushi, secret resipi dan paling menyedihkan termasoklah Mc D (wooo pengorbanan yg paling besar) dan termasok Mc D yg diperolehi secara percuma dan masa ada promosi.
2. No more air berkabonat, dan makanan bergula.
3. Still x akan sentoh nasi n mee kuning (cara 2 org kazen aku yg dah berjaya)
4. Banyakkan minom air kosong (nasihat kawan masa sekolah menengah yg ttiba jumpa raya punyer r kuros)
5. Selamat tinggal untok daging2 merah such daging kambing, lembu n babi (mmg pon x makan)
6. Dah x boleh sentoh snek n makanan ringan termasok mnghabiskan makanan niece n nephew aku.
7. Jadi seorang vegetarian (walupon dulu aku cukop kutok vegetarian as freeky looser then aku plak jadi cam diaorg)
8. Ambik sarapan (then no more lunch)
9. Minom air kosong masa bangon b4 suboh (cara cikgu BM aku jadi kuros dulu)
10. Dan paling akhir dan paling susah nak dbwat walupon cukop garenti bjaya : bersenam

PENUTUP
Doakan aku bjaya then aku blanja korang Mc D ops no more Mc D laaa.

Tuesday, October 28, 2008

ENCIK HASSAN




Blog kali ni aku bwat tribute untok bekas rumate iaitu enche Hassanol Isyraf bin Mat Hussain(rasa cam salah eja jer ni) pasal dia bjaya interview sebagai seorang animator dalam satu local animation company. Walaupon ini plan B dia aku tetap wish yg dia akan maju jaya dlm wat ever r jalan yg dier pilih. Bak kata Puisi The Road Not Taken: ada banyak jalan yg boleh kita guna sama ada jalan biasa: yg luros or jalan yg org laen x pernah amik(jalan tersendiri r): yg cukop pasti bukan mudah tapi cukop pasti yg penghujungnya tetap sama iaitu KEJAYAAN.


cerita ttg gambar atas ni? Biar kami berdua sahaja yg tau..

Monday, October 27, 2008

Deepavali

Selamat Hari Deepavali untok rakyat Malaysia x kira yg pro HINDRAF or pro kerajaan pasal kita still Malaysian r. Plus walupon Sarawak x cuti untok Deepavali tapi aku still lom kerja so x ada beza pon semua tu..

Saturday, October 25, 2008

Hilang Ingatan


Pernah berlaku x pada 1 situasi ttiba ada sorang makhluk tuhan yg separa seksi ttiba datang dan tegor kita tapi kita x tau sapa r plak makhluk sekor 2? Dia sempat boleh tahu nama kita, keluarga kita n tempat kita tinggal. Secret admire ker ni or salah satu trick direct seller nak jual barang?

Just imagine waktu sekolah dulu dlm kelas at least ada lebih kurang 30 org. Dlm tingkatan plak ada 4 buah kelas (30x4=120). Dalam tempoh lima tahon sekolah rendah ada kenal ngan senior dan junior (((120x4)x2)=960)+120=1080)). Sekolah menengah lagi (1080x2=2160). Campor pindah sekolah bbrapa kali (malas nak kira pasal math aku terok aa). Wei tadika lagi. Jiran2 sepanjang pindah tempat lagi. Belom masok university lagi. Kawan kakak n abang2 lagi. Itu belom lagi list sedara mara jauh2 dari sebelah mak then sebelah bapak lagi. Satu kampong jangan cakap r. Belom lagi masa dalam komuter or tgh tunggu giliran kat bank then sempat cakap2 ngan org sebelah lagi. …

Then just Imagine kalu dalam jumlah kenalan sepanjang 23 tahun hidop kat bumi ni then ttiba salah sorang dlm bilangan jutaan 2 tegor. Then terpaksa r restore balik memori2 data yg dah dbuang kat RECYCLE BIN. Itu pon masih lagi belom ingat. So tertanya2 r dlm hati “dia ni sama sekolah ker?”, “satu kampong jer?”, “kawan bekas awek ker?”, “sedara aku ker?”.. X kan nak tanya ayat cam “Aku kenal ko ker?”. Naya then kena label KURENG AJAR or paling koman LUPA KAWAN plak. Then terpaksa r guna alasan sainstifik “Aku kemalangan r 2 tahon lepas then aku HILANG INGATAN. Smua memori aku lepas dah hilang daaa..!!” Ceh fantasi akibat tlalu menonton tv.

Ntah cam mana r masa tengah shopng ari ni tadi ttiba ada sorang minah ni ttiba ramah ngan aku (muke kurang plak kalu x boleh layan). Dia sempat tahu nama aku lagi (aku x pakai tag nama r masa 2), cakap tentang kakak aku, raya nak gi rumah r, itu ini r . Tapi haram aku x kenal dia sapa? So aku layan je r. selamat aku amik TEATER SENI LAKON. So x da r dia kecik ati dier bila aku kata aku x kenal dia sikit pon.

May b pasal aku ni jenis yg popular sangat dulu kot then ramai yg kenal aku (perah santan). Selebriti r namanya. Mcm dlm movie r, kiranya aku ni watak utama r n mungkin diaorg 2 jenis pelakon yg lalu lalang x sampai 3 saat tanpa satu baris dialog pon then x ramai yg kenal.



Then just imagine kalu masa kita tgh shopng ttiba tengok sorang makhluk tuhan ni. Kenal r masa sekolah dulu so tegor r. Ttiba dia buat muka dek semacam then kata “Encik, ini cara memikat lama r. Org sekarang dah x guna lagi”.. ceh kena balik kat muka sendiri.. Just imagine kalu reaksi dier menjerit kuat2 plus sempat sembur spray lada kat mata kita. Aduuuh naya..!!



That y r rakyat Malaysia dilabel as masyarakat kurang ramah.. Wakaka…

Friday, October 17, 2008

Budak Kelantan

Tengah layan-layan tv then gi dapor amik bekalan makanan then tengok ada filem baru akan keluar. Tajok “BUDAK KELANTAN”. Gosh.. Budak2 Kelantan banyak bawak effect besar dlm hidop aku. So blog kali ni cerita ttg BUDAK2 KELANTAN yg aku kenal.


Technicallynya b4 aku masok U lagi dah banyak cerita yg aku dengar dari banyak mulot2 orang tentang Kelantan. Antaranya: biasa r tentang negeri pembangkang, mak aku gi Kelantan makan keropok ngan nasik, dikir barat kat Salam pantai timor TV1 dan yg paling hebat ttg semangat kenegerian yg tinggi. Ramai yg ungkit plus kata “Budak2 Kelantan ni baek2 tapi kalu dah jumpa suku sakat diaorg teros kita jadi halimunan..!!”

 
Tapi pasal aku ni jenis yg x suka dengar cerita org buta tuli plus x suka adili org then aku kenal ramai Budak2 Kelantan yg cukop ramai di UKM (even ada yg gelar UKM untok Universiti Kelantan Malaysia).

Populasi prasiswazah UKM ni kira kasar cam ni r: 1/2 Chinese, 1/2 Melayu, India , Bumiputera n etc r. so dalam kurang 1/2 tu plak 1/2 lagi adalah budak2 kelantan. Cukop senang nak jumpa. Ada yg 24/7 cakap Kelantan kat mana2. Ada yg just dengar bunyik jer garenti leh tau. Plus bak kata DIDI, tengok cara pakai tudong pon dah tau mek Kelate. Plus kata DIDI (yg juga mek Kelate yg dah hilang ciri2 Kelantan plus agak pesimis ngan budak2 kelantan) bila jumpa budak2 Kelantan as “So Kelantan..!!” pasal asyik terperok ngan kawan2 kelantan, asyik cakap Kelantan then otak x bekembang luar dari Kelantan (itu dier kata r). Belom lagi dengar mulot2 budak2 majoriti melayu dari negeri2 lain yg ehem2 sendiri mau tau r. aku? Aku dengar jer.

Bagi aku Kelantan mmg tersendiri. Pernah pegi Kelantan sekali. Mmg tersendiri. Makanan sangat2 manis. Maya Karin pakai tudong promo Celcom. Paling best dialek Kelantan. May b pasal aku budak linguistic then kami tabik pada dialek Kelantan. Dalam dialek2 negeri lain yg makin pupos dek Bahasa Melayu tapi still Kelantan masih setia guna dialek diaorg. Bak kata ahli bahasa “ kuat satu bangsa mempertahankan bahasa diaorg so makin kukoh r jati diri bangsa diaorg”. X lupa kata pensyarah kami “ Kalu PAS menang then may b dialek Kelantan akan naek jadi bahasa pengantar utama Malaysia plak” Wakaka.

Ada ramai kenalan Kelantan yg aku kenal. Even orang yg paling baek sepanjang di U jugak adalah dari Kelantan. Such as budak Kelantan yg speaking English ngan family plus pakai Singlet n Skirt pendek keluar iaitu miss DIDI. Then x lupak rumate yg paling spoting, leh layan karenah kurang ajar aku plus sangat2 gila ngan idea2 baru iaitu kartunis mr Isyraf. Diaorg r paling best sepanjang di UKM. Thanks guys.





















Dan makhluk paling dibenci jugak datangnya dari Kelantan iaitu mamat seribu satu kejahatan encik Y** dan encik J** serta geng2 biawak (orang gelar aku just 1 of the follower).




















So x kisah r org kelantan ker, Negeri Sembilan ker, Pahang, sabah, Labuan ker kita kn rakyat Malaysia

Tuesday, October 14, 2008

Earl’s List

At the final year di Universiti, akibat pengaruh roommate aku yg slalu bwat marathon drama series My Name Is Earl (inspirasi aku letak tittle blog ar) then aku pon start bwat list aku sendiri. List tentang kesalahan yg pernah aku bwat, perkara yg perlu aku bwat yg aku x brani or lepas tangan at the past. Then hasilnya ada kira2 30 list dan shingga tamat tahon 3 aku dah selesaikan bbrapa tugasan. Tapi kemudian sampai sekarang aku dah hilang list 2.

Blog kali ni bukan cerita ttg list 2 tapi ada kaitan gak r. entah apsal dlm seminggu ni ada event yg mengaitkan aku kembali pada list 2. Ttg senarai yg pertama.

Last Saturday layan paper nak carik kerja sambilan gak r. terlihat 1 kolum. Kerja kedai ice cream. Aku tersenyom. Mmg niat nak sangat try mintak. Tapi I know the result. Aku x boleh. Sekali lagi my psoriasis jadi halangan. So cita2 untok kerja kat Pizza, KFC or Mc D teros terkubor. Plus ssb nak kerja Mc D ialah pasal aku leh r layan French Fries hari2. Wakaka.

Then hari ni plak masa nak amik baby boy aku dari tadika then ada sorang bro ni tegor r. aku kenal dia. Dia pon kenal aku. Dia pon penghidap psoriasis sama cam aku. So cakap2 r. dia dah kawin. Even ada family dah. Kerja kampong jer. dia cerita r. cam mana dia kalu boleh x nak r jalan2 raya. Perlu salam2 ngan orang. Tau2 r mulot orang bukan boleh tutop. Berdiri lama2 pon sakit. Bwat apa2 kerja susah. Pandangan org lagi. Aku paham.

Ttg senarai 2 balik. Senarai paling atas aku letak ialah perkara yg paling aku takot nak bwat. Benda yg dah lama aku perlu bwat. PERGI KE PERSATUAN PSORIASIS. Entah kenapa aku cukop x berani. Sangat2 x tau kenapa aku x berani untok jumpa org yg senasib dgn aku. Mendengar cerita yg sama. Derita yg sama. Layanan manusia sekitar yg sama. Adakah aku akan jadi lebih kuat? Atau akan terus melemahkan aku.

Aku dah kehilangan zaman kanak2 aku. Aku dah kehilangan zaman remaja aku. Ada banyak perkara dan benda yg sepatutnya boleh aku bwat tapi aku x bwat. Sekarang aku dah bangkit dan sangat2 positif (aku harap ia akan kekal selagi x ada yg cuba nak menjatuhkannya lagi). Cuma ada masa sangat2 nak merasai semua rasa yg x pernah aku rasa.

Cam lirik lagu HUJAN tu. Kira2 cam ni r:

Dindingnya terlalu tinggi
Sukar untok aku daki (atau dekati)
Kucuma mahu tahu apa ada disebelahnya (atau disebaliknya)

Sunday, October 12, 2008

Datok Shah Rukh Khan

Shah Rukh Khan nak dianugerahkan pinggat Datok?


atas sumbangan apa?



membantu melariskan tayangan filem hindustan di Malaysia ker?







jangan kata lepas ni Britney plak yg akan dapat title TUN..!!

Thursday, October 9, 2008

Kamera aku rosak

woo sedih plak rasa bila ttiba tengah syok nak amik gambar ttiba tengok kat skrin kamera hitam jer. duh. apsal plak ni? x leh r nak amik gambar lagi. nak baiki plak duet x ada...










plus apsal aku x leh upload gambar kat blog r?

Saturday, October 4, 2008

RAYA

oh la la Raya @ mynameisnazir.blogspot.com

Entah apsal raya tahon ni sangat2 kureng best (mcm r rraya tahon seblom ni best sangat pon). Mungkin pasal Uda x balik then mood emak pon x ada sekali (udakan anak kesayangan mak), may b gak pasal pada 8hb ni bapak aku operate, or may b pasal aku dah besar (then x akan dapat ang pow lagi)

Even start raya lagi feelnyer langsong x ada. Mungkin gak kkata kkawan yg dulu kan kami ni jadi perantauan at least raya akan ada feel masa nak beli tiket balik, dengar lagu etc. mmg r masa 2 jer yg akan terasa raya tapi then bila d rumah as usual teros boring.

Mungkin pasal biler raya ni kena kemas rumah, kena buat itu buat ini, then kena layan budak2 yg datang ke rumah yg haram jadah sorang pon x kenal. Perangai jangan r cakap bukan maen nakal lagi. Itu beloom lagi kes semalam datang then hari ni datang lagi semata2 nak dapatkan ang pow.

Then raya ketiga as been planed b4 aku dan kkawan gi r jalan2 di hari raye yg ke3. Ada r beberapa rumah kawan. Setiap rumah at least stengah jam gak r. dari pagi sampai malam. Cerita itu cerita ini. Ada kawan yg dah kerja. Ada kawan yg stahun lagi kat U. ada yg kena x-tend. Ada yg dah kawen. Ada yg dah ada baby. Ada yg dah kuros. Ada yg dah gemok. Ada perangai masih sama. Ada yg dah berubah.

(gambar atas ni n atas skali ni amik masa nak gi rumah sorang kawan ni r. area BAKO. terpaksa lalui sungai yg agak besar ngan perahu yg kecil. nervous gak r. maunya x pasal sungai ni famous gak r ngan BUAYA)
(gambar kanan rombongan kereta aku yg bawak. diaorg asyik cakap yg aku bawak bahaya. then aku kata uda aku bawak lebeh terok dr aku. plus angah aku bawak double terok dr uda aku)
(gambar kiri masa gi rumah kawan yg dah kawen: paling atas kiri n husband bawak kiri. Gambar kanan plak kereta Laila yg agak sluw muhsin)
(ni rombongan ngan ahli terakher. Mizz Sumie aka minah yg kami datang rumah dia jam 7 pm, dia br jer bangon tidor dr malam.. Huuu)

Raya ke 5 layan Kami The Movie ngan kkawan. Review check kat friendster aku.

Raya ke 6 plak sekali lagi keluar ngan kkawan lain. still makin banyak info baru yg ada best plus yg kureng. Kerja kilang. mengajar sekolah lama. cikgu dibenci dah pakai tudong. Jiran bunoh diri b4 raya. Masa berubah so manusia pon berubah lah. Bila nak amik gambar ttiba kamera bwat pasal plak..

Sunday, September 28, 2008

Dolphin dan F1 di Singapore

Malam bukak TV9 layan 3 Hari 2 Malam edisi yg dirakamkn di Kampong Santubong (kpg aku r 2 pok cik). Bapak aku bbrapa kali wat cameo. Walupon rancangannyer 3 hari n 2 malam tapi reality rakaman berlangsung almost seminggu gak r. Wakaka. Ada satu part ni diaorg bwat lawatan naek boat gi pusing2 area sungai sekitar kampong. Tujuan nak tengok dolphin aka ikan lumba2. Mcm x pcaya jer bila masih ada lagi dolphin kat kawasan ni. Ingat masa kecik2 dulu selalu tengok dolphin lompat2 kat depan rumah nenek. Cam x pcaya jer yg ia masih belom pupos lagi.

Then layan TV2 tengok F1 berlitarkan Singapore. Dier punyer scenery sangat2 cantek. Plus x lupa bbrapa series of unfortunates events. Wakaka. Lucu plak

Tuesday, September 23, 2008

Kami

Technicallynya KAMI the movie akan keluar d pawagam pada 1 st day of raya. KAMI ni cerita ttg 5 org kawan: 3 girls n 2 boys. Mmasing punya karektoristik yg bbeza dan tersendiri. Plus mmasing ada masalah yg mereka x nak kkawan tau then try nak selesai sendiri. Apa yg bwat mereka jadi kawan? Pasal semua layan music indies. Dan cukop pasti aku x akan tulis blog khas untok movie 2. Mmg r mmula tengok drama series KAMI d 8tv boleh layan gak r tapi lama2 rasa cam org bodoh plak layan. Ideanya mmg ada ttg minat layan gig indies tp ppara pelakon yg hampages x pandai berlakon, cam x minat kat music indies pon, muka x da xpresi xspecially watak ABU tapi kkcualian untok mizz Liyana jasmey yg chome.. wakaka

Last nite pada 8 hari lagi nak tamat bulan puasa ttiba Laila msj bagitau plan bbuka puasa (sungkei dlm BM Sarawak) ssama. Dulu mmg dah ada plan nak kuar sama tp x sume free then ttiba ada plan mengejut. Tapi then aku, Laila, Faizah aka Pe’ek, Ramlah dan Ijam keluar r last2 minute. Dsbbkan rumah masing2 hujong2 dunia then tpaksa r bbukak posa dalam kereta bapak Laila bbekalkan buah2an dari rumah Ijam. Tapi then bila sampai Bandar Kuching pegi satu restaurant ni penoh plak then 2 nd restaurant baru leh makan. Kami makan kat Chicken Hartz Buffet kat Sarawak Plaza.

Aku x lah kenal sangat mereka sbelom ni. Laila kenal since dari form 1 lagi then dier pindah sekolah masa form 4 tapi jumpa balik masa form 6. Ijam, Ramlah dan Peek plak kenal masa form 6. Itupon cuma Ijam jer yg satu kelas. Tapi entah apsal kami leh rapat lebih dari sbelom masa di UKM. May b pasal ada plan bbrapa event ssama.

Bila fikir2 balik aku punya khidupan cam graf yg punya naik turun. Biasa r pasal manusia akan blajar dr pngalaman silam. Hanya org buduh piang jer yg x amik apa2 as pngajaran dari pngalaman. At the end of form 5 aku still ingat ada satu accident yg bwat aku sangat2 x percaya pada apa2 relationship. Semua cam shit. Cam siyal. Akibatnya masa form 6 aku cukop2 anti social. Cukop2 down. Akibatnyer aku x dapat apa2 pon selama 2 tahon 2. 2 tahon yg berlalu dgn sia2 pasal aku cuma tau menghukum dan membenci. Tapi then bila aku kerja then sambong belajar aku start belajar dan belajar ttg khidupan.

Kesimpulan yg aku blajar: masa untok menghukom org atas kelemahan diri sendiri dah berlalu. Setiap org ada kelemahan tapi bukan tugas kita untok menghukum mereka atas kelemahan mereka. Entah apsal aku start belajar untok menerima kelemahan diri sendiri dengan terbuka. Mungkin agak terlewat tapi better late than never isnt it? Lagipon hidop aku masih panjang dan perjalanan aku masih jauh selagi tuhan izinkan.


Since then aku melihat dunia sbagai satu tempat yg sangat luas dan penoh dengan kegembiraan.






so perlu ke aku layan KAMI the Movie 1 st day raya nanti? No way kecuali ada yg baek hati nak sponser Mc D sambil tiket wayang.. Saya tahu anda ada d luar sana. wakaka

Thursday, September 11, 2008

Syaitan Itu Aku

Kadang2 kita punya pandangan mencarik satu yg jaooh sangat tapi kita luper yg benda kita carik 2 rupa2nya ada depan mata kita jer selama ni.

Aku tengok cermin..

terkejot..

laaa...

Ada lagi sekor setan yg x masok kurongan ni..!!

Patoot r dah 1/3 puasa tapi perangai masih sama as b4 puasa..

Rupa2nya setan 2 aku sendiri daa...







huuu

Tuesday, September 9, 2008

Kakak iparku seorang minah Jawa

Blog untok kakak ipar Mak dan bapak aku orang Banjar (walupun Banjar bapak agak jaoh r) suddenly ada sorang minah Jawa masok dalam family kami. Hu hu. Realitinya ini bukan kali pertama orang Jawa masok dalam family kami. Even orang kat Banjarmasin pon ramai gak kawen ngan orang Jawa apa..

Hari ni genablah sebulan abang aku kawen ngan gadis pilihan hatinya iaitu seorang minah Jawa. Reality kejutan abang aku kawen mungkin dah hilang. Tapi shock untok menerima kakak ipar adalah jaoh lebeh besar berbanding masa menerima abang ipar 7 tahon dulu. May b pasal family kecik kami ramai ngan anak lelaki so menerima sorang lagi abang: not so big thing laaa. Kakak plak sorang then bila Uda kawen dapat plak sorang lagi bunga (ceh ayat org lama2) dalam family ni.

First time jumper dier masa sebelom nak bertunang dulu. Then keluar ngan dier, Uda dan mak bapak gi KL jalan2. Waktu 2 lebeh kepada nak memikat hati emak dan bapak mertua lah. Then in the middle of Mei kami keluar untok cuba baju kawen Uda (pasal Uda x dapat amek cuti). Masa 2 baru ar ada quality time sikit ngan dier. Jalan2, makan, dalam kereta adalah cakap sikit2. Then bwat orang2 yg kenal aku pasti akan bagitau bhw aku ni cukop suka bagi penilaian awal ttg orang laen. So masa 2 penilaian aku tentang dier ialah:

Kalu kita kat zaman sekolah2 dulu, watak dier ialah ketua pengawas perempuan yg sangat d anti oleh semua pelajar lelaki pasal suker lawan cakap dan nak menang dalam mana2 hal. Uda aku pulak jenis pelajar poyo yg dgilai bbudak ompuan kat sekolah, selalu kena puji cikgu2 (pasal pandai bodek diaorg) ngan kkawan lelaki yg bising dan suke carik pasal. (plus x lupa watak aku as mamat freak dudok kat belakang kelas ngan kkawan freak yg x akan carik pasal slagi org x carik pasal.. Ceh). So aku agak hairan gak r ngan pilihan Uda aku 2.

Tapi early July masa aku amik Uda dari airport Kuching balik ke rumah, Uda jelaskan semua reason tu. Aku tersenyum. Buwat aku menganggok setuju. Memang pilihan abang aku 2 terbaek. Reasonnya? Biarlah aku dan Uda sahaja yg tahu.

Dear sis in law, I know that u will read this blog. So I wanna u know a little bit about my family.
a) Bapak orangnya agak serius. Tapi cukop penyayang. Even sejak pencen dia suka bwat lawak. Ada masa cukop keras kepala dan bwat keputusan yg pelik2.
b) Emak sangat sayang menantu baru dier. Mana2 pasti akan cerita ttg menantu baru dier. Sangat beruntong ssapa yg kawen ngan anak emas dia 2.
c) Along jenis yg banyak cerita boleh share. Dia cukop mudah mesra ngan sesapa. Mudah berjenaka tp ada masa a little bit sensitive. I don’t know my Along sangat pasal x membesar sama.
d) Angah seorg cukop kuat suara ngan anak2 dier. Tapi dia sayang anak2 dier. Sangat suka bila angah guna bahasa diri as kakak untuk adik ipar dier.
e) Uda? U ll know u husband. Everybody love him (bunyi cam prog Everybody love Raymond) .
f) Aku? Nothing interesting
g)Habeeb agak manja xspecially bila dapat adik. Agak nakal. Biasa r nak amik perhatian pasal dia selalu fikir emak dia sayangkan adik dier lebih dr dier.
h) Puteri plak sangat sukerkan mak Uda baru dier.
i) yang laen biarlah masa yg akan tentukan..

Monday, September 1, 2008

Kejutan

kejutan ialah satu perkara yg semua orang perlu terima walaupun hakikatnya realiti kejutan itu adalah sukar untok diterima. lately dalam beberapa hari kebelakangan ni aku cukop banyak terima kejutan. Hari ni 2 kejutan besar berlaku.

First: ppagi lagi aku terima called dari sorang kawan. mmula tanya khabar je r then ttiba dia tanya apa yg aku bwat. Jawab ngan jujor "Menganggor r". Still in mood malas nak carik kerja. Then aku tanya dia balik jawab dier "Behenti belajar". first aku agak terkezot. May b dia gurau2 jer tapi then dia bagi penjelasan balik. Cam maner aku nak pecaya pasal dia final year student (realiti die kata ada 2 tahon lg). Alasan dier : dah x boleh terima belajar lagi dan dia dah ada pendapatan yg lumayan tampong hidop dier. tergamam dan aku terpaksa terima setiap apa keputusan dier.

Petang plak ttiba bangon dr tidor petang ada berita sedih. Aunt aku yg aku panggil as UDAK ADAH meninggal dunia. cukup tergamam. pasal baru Ahad lepas keluarga kami handle kenduri kawen abang aku dan dier sihat cam biasa jer. even leh gurau2 ngan aku cam biasa jer. rasa tergamam sangat2 pasal dia suker sakat aku then suddenlly bila dengar berita yg dia still leh handle juadah bersahur tapi x sempat bersahur. meninggal pada 1 day of RAMADHAN. Al Fatihah. Still tergamam dan aku terpaksa terima setiap apa Keputusan dari DIA.

Wednesday, August 27, 2008

Avril, Durian, The Nanny dan Kegemokan

Avril
Kalu aku still kat UKM, musti aku akan sedaya upaya utk dapatkan tiket or paling koman beli guna duit PT. Huu. Sorri Avril, cant attend yr konserto.

Durian
Sekarang keboon nenek aku dah start bbuah. Aku yg hyper fanatik durian apa lagi.. wakaka. Tersenyoom r...

The Nanny
Entah apsal aku musti bjaga malam tunggu jam 12 kat channel 702 layan cerita 90s The Nanny. effect dier sampai aku bwat2 keluar suara dari nasal.

Kegemokkan
b4 september 2002 : 52 kg
after september 2002: 74 kg
2004 : 68 kg
2007: 62 kg
julai 2008: 64 kg
sekarang 69 kg

arrr...!!! aku gemok...!!

Thursday, August 21, 2008

PERJALANAN HIDUP SEORANG SIDI

(cerita disebalik cerita SIDI: si BAWANG BESAR)

Apabila RAZZI bagitau yg cerita SIDI dipentaskan untok FTU, aku jadi tergamam.

Cerita Sidi aku tulis akibat call dari cousin aku yg cukup hebat cerita ttg kehidupan sexualnya yang terlampau2. Sbb kami cousin yg kongsi kegilaan, so buat tempoh 1 minggu gak kegilaan tu btahan dlm diri aku. Kebetolan SAMUDERA plak tgh carik skrip untok teater pementasan FAMILY DAY kolej. Dan dalam masa yg sama MALAYSIA tgh demam sinetron INDONESIA: BAWANG MERAH BAWANG PUTEH. Dgn otak aku yg tgh penooh idea kotor then aku start type skrip. Dalam kurang 1 hari ceritanya dah siap. Tajoknya : SIDI SI BAWANG BESAR.

Sejak dari kecik2 lagi aku dan adik beradik slalu ddendangkan ngan cerita myth n dongeng Melayu dan barat xspecially oleh aunt kami. Sidi ni gabungan Cinderella dan Bawang2 tu r. plus nak jadikan cerita ni luar dari kotak, aku tukar main character kepada lelaki. That y mana dia Sidi dan bukan Cindy. Ngan otak aku yg kotor cam ecstasy, aku reka watak2 tu khas untok bbudak JUNIOR SAMUDERA.

Watak2 baek cam Sidi: mamat yg naïve giler2, nasib malang giler2, 25 yr old virgin (kesian) n masih harapkan keajaiban. Bapak Sidi: penakoot, looser, lelaki dayoos, n mudah mencapai tahap teruja (wakaka). Paru-paru (sama power cam pari2 r): mangsa transgender yg x menjadi, x pandai nak seduce ssapa, cakap muloot jer lebeh tapi reality looser tahap dewa. Princess Charming: perempuan yg pemalas nak mampos- makan, berak, shopng n tidor plus ngabiskan duet parents. Watak2 kureng baik sikit cam Ferdi: bodyguard yg mata duitan n selalu nak amik kesempatan k atas puteri. Salleh n wife: pasangan ideal jahat a.k.a pekerja tetap emak dia. Jejiran: penyebar berita lebeh pantas dari internet. Watak2 jahat plak cam emak tiri Sidi: wanita yg sentiasa ada plan untok memastikan keluarga dia sentiasa cukup makan dan bahagia, n ciri2 kepimpinan yg tinggi. Sally (inspirasi cousin aku): lelaki yg tau teknik terbaek untok puaskan llaki laen x kira posisi atas ataupon bawah atau in groups . Fuyooo. Wakaka..

Plus x lupa mangsa sebenar cerita ni ialah emak kandong Sidi yg mati muda2 lagi. Sebab apa? Mangsa kehendak nafsu seks x selamat, xstream, kekerapan yg tinggi, dan saiz fizikal (wakaka) semata2 untok puaskan kejantanan si bapak Sidi ni.

Jalan cerita? Sama r cam Cinderella dan bawang2 r cuma ending dia lebeh realistik r. x akan ada part happily ever after kalu cerita aku bwat. Keajaiban x akan wujud untok org yg pemalas dan org jahat sentiasa menang. Yes.

Tahu tujuan aku bwat cerita ni? Just imagine family day akan pentaskan teater b4 konsert. So org dtg tengok sangat ramai. Malah bukan UO jer even satu UKM. Naseb baek org luar poon akan datang. So just imagine ngan cerita cam ni ngan arahan aku yg tgh kotor giler otak so dah faham…?

Tapi TUHAN sangat sayangkn maruah diaorg. Aku pon x dpt mngarah pasal aku jd ketua setting untok rumah hantoo tahoon 2. Even ttiba cerita 2 kena reject oleh KUASA VETO SAMUDERA (u kno who). Ganti ngan cerita RATU. Cerita yg okey tahap boleh layan r xspecially lakonan EPONG yg menjadi. Teater ni arahan RAZZI.

Then entah apsal pass tu SAMUDERA jadi cukop tegang. Plus dlm masa sama semua tgh stress. AMIER ttiba resign n lepaskn watak dia. RAZZI pegang 2 portfolio- pengarah dan pelakon. Since then aku dtg stiap malam bagi support kat team persembahan. Mmg tegang. Ngan jenaka2 yg cukoop pedas n aku still leh ingat tiap satu. X lupa gak ngan team rumah hantoo yg perangai pon sbijik cam hantoo. Bberapa makhluk tuhan 2 leh plak lari tanpa berita. Sampai pagi aku ngan bberapa org ahli tukang, gergaji, paku, sangkot sana sini then satu malam btukar gak gelangang tu jadi PEKAN ANGKER.

Then stahon kemudian SAMUDERA dibubarkan. Aku x terkejoot pon. Start dari awal lagi mmg dah ada keretakan.

Then tahoon ni kelab SEPET ditubuhkan. Aku ada tanya r kat makhluk2 tuhan tertentu ni “sapa x-SAMUDERA yg still join?” Cuma yg ALLI dan RAZZI jer. Aku tersenyum. Malas aku nak tanya soalan yg baboon kat dlm hutan pon pasti tau jawapannya.

Aku sempat layan gambar2, video masa latihan dan pementasan oleh team SEPET ni kat bilik JUMRAN. JUMRAN cerita semua dari sudut pandangan dia. Tentang itu dan tentang ini. JUMRAN hairan kenapa aku cukop tekoon dengar stiap cerita dia. Aku cuma tersenyoom.

Apabila RAZZI bagitau yg cerita SIDI dipentaskan untok FTU, aku jadi tergamam. Bila dia bagitau yg dia menang ANUGERAH PENGARAH TERBAEK, aku jadi lebeh tergamam. Cerita yg spatootnya btujuan untok jatoohkan nilai kemanusiaan dan maruah dia dan kkawan (kawan ker?: dia kata) junior SAMUDERA masa tu dh bwat dia menang anugerah plak. Huu

Aku pon tersenyoom.

Wednesday, August 20, 2008

KONVO: my tug of war

11hb Ogos 008. Sidang ke 5. Bangun2 pagi kepala aku dah start pusing. Kurang air r may be. Stiap kali jalan2 pasti aku x amik berat ngan bekalan air. Nak kanselkan hari penting ni? No way. Dah 3 tahoon belajar so hari ni aku nak buktikan aku dah habis ngan jayanya. May b bak kata mr. Isyraf 'x tamat ngan penoh gaya' tapi aku x peduli. Today is my big day. Dari Rumah Niece aku kat Putra Perdana, suami dia hantar pagi2 lagi. Gosh. Kepala aku sangat2 rasa berat. Tapi atlast semuanya berlangsung dengan baik. Aku still leh handle hot templer aku. Kalu x naya aku jadi anak neraka. Mak n bapak, aku mintak maaf pasal aku hangin gak satu hari. Selamat gak r aku ada IMAN sikit dlm hati. So inilah bingkisan aku sepanjang hari. Huuu
(NORDIYANA BINTI SAUPI. My booo. Still ingat masa second year first sem. Cakap2 gurau ngan DAUS. Daus cakap yg kalu konvo nanti kami akan masok paling lewat kat DECTAR then dudok paling belakang n bwat bising. Tapi sapa sangka jenaka tu x menjadi plak. Yang konvo cuma aku dan DIDI jer. Daus behenti plak)

(Gambar ngan kekawan. Atas ni geng satu SARAWAK. LAILA bawak balak dia. Ecah as usual penoh gaya r. Ijam plak segak ngan kot skali. pastu gambar kiri, cosmate LINGUISTIK: puan FELISIA yang selamat berkahwin dah. aku begambar ngan isteri orang plak. Selamat laki dia x tau. Wakaka)

(Ni budak2 satu cos dikiri dan kanan aku masa dalam DECTAR> PALING KIRI JESLINE, LING LONG, DOWES, ------ (x ingat nama plak), & Aween)

(Gambar atas kanan plak SALANG. X sempat amik gambar ngan dia plak. Huuu)