Sunday, May 29, 2011

The Nanny Named Aj

Soalan Bonus:
Korang tengah memandu. Suddenly traffic merah and kereta depan korang ada few kids umur area 2-4 tahun tengok arah korang. Apa reaksi korang?
a) Korang tersenyum sambil tunjuk aksi 18SG sebab korang sangat muak tengok muka innocent tu
b) Korang tunjuk muka tak ada reaksi
c) Korang lambai-lambai kat budak tu then main ba-ba-cak ngan diaorang etc
d) Korang keluar dari kereta, gi kat kereta tu then advice parents tu agar pakaikan seat belt pada anak diaorang kalau sayangkan nyawa mereka. Hmmm


Cikgu aku masa form 6 dulu ada satu nasihat pada kami in advance tak suruh kami kahwin dulu aka sambong belajar jauh-jauh, kenal dunia ngan isinya lebih dalam etc. Nasihat dia: ambik anak abang or kakak korang. Then dukung or bawak niece or nephew korang depan cermin yang besar yang leh nampak korang semua tu ngan jelas. Kedian tanya dalam diri korang "Adakah imej dalam cermin tu sesuai ngan aku? Adakah aku dah ready being a parent of these kids?"




Aku seorang yang entah apsal budak kecik sangat suka ngan aku cuma aku agak mudah boring ngan mereka. Karenah mereka. Tangisan mereka. Kencing, berak etc lagi. Yap Im that type of man yang suka main ngan bbudak tapi after 5 minit aku dah hilang. Kid like a kitten r: cute but turn into a monster bila dah besar.. Hmmm..







Tapi bila bab melibatkan kanak-kanak leh buat aku jadi sangat marah: orang yang buat anak jer tahu tapi bila jaga tak tahu. Bapak bawak motosikal, anak kecil dibiarkan kat belakang tanpa helmet. Or mereka yang membiarkan anak-anak kat belakang kereta ngan tingkap terbukak besar. Aku most of the time akan horn kat mereka. 













Tapi after seminggu bersama Adam Zaquan feelnya lain. Budak 9 bulan tu terus ketawa bila aku panggil nama dia. Dan dia tidur dalam pelukan aku. ngan air liur dia. ngan kencing dia yang bocor dari pampers dia. I dont care...













Oooh aku rindu budak tu...

Saturday, May 28, 2011

4D

Hari tu my sis in law balik dari kerja terus bagitau emak aku yang dia tempah TOTO dari kawan dia yang balik dari Kelantan. My sis in law kata kat sana TOTO murah. Emak aku heran r yang sejak bila menantu dia dah start main benda haram tu. So aku explain r yang TOTO dimaksodkan menantu dia tu as set comforter. Wakaka

Sebelum aku pergi jauh better aku jelaskan bagi sesiapa yang sangat naif dan asyik terfikir yang aku sedang jelaskan tentang 4D yang aku nak share ni bukan teknologi after 3D r. Tapi nama seangkatan bagi Sport TOTO, MAGNUM, Jackspot or local kata nombor ekor as yang dipertontonkan dalam movie NGANGKUNG tu. Itu 4D yang aku nak share hari ni.

Hari ni tadi siangnya aku temankan aunt aku gi shopping. Ada part aku ikut sekaki mana-mana dia bergerak. Ada part aku just tunggu dalam kereta jer. So tiba masa tu aku dah malas nak ikut dia so tunggu dalam kereta depan kedai tu r. Kebetulan plak bersebelahan satu kedai 4D number ni. Aunt aku agak lama gak r nak beli satu periuk ni r. Almost setengah jam jer. Sedangkan realiti kedai tu cuma ada 1 periuk tu jer. Perempuan biasa r take time lama-lama nak beli barang.

So sepanjang setengah jam tu ramai gak jenis orang yang keluar masok 4D ni. Ada Chinese and mostly nya bumiputera r. Sehingga r satu part tu. Ada satu motosikal park depan keta aku (Ceh, mcm aku jer punya kereta tuh). Dari gaya nampak sangat mamat dua orang tu dari Semenanjung dan tengah on latihan askar (sebab kem latihan dekat area tu jer). Memula sangat susah nak turun. last-last sorang tu turun, kat tangan ada piece of kertas dan duit. So sia masok r dalam kedai tu. Few minute kedian dia keluar tersenyum-senyum. Hmmm.. Rosak...











Aku ada kawan iban 2 orang ni. Dia orang fanatik 4D number ni r. Dia kata since dari sekolah menengah lagi. Then bila dah ada duit sendiri most everyday dia layan benda tu jer. Dan sepanjang tu rasanya dia pernah menang 2 kali jer. Satu RM50 dan satu lagi RM100 kalu tak silap aku. So sepanjang tempoh lain dia akan ising yang nombor dia pilih near miss 1 nombor jer. Dan dia punya positif mind ialah kalu dia try setiap hari so 1 day kemungkinan dia akan dapat 1st price.. Hmmm...




Aku ada jiran yang pernah menang first price. Dia guna duit tu untuk majlis kahwin dia dan beli sebijik kereta.





Aku pernah terkantoi terjumpa sorang cikgu aku dulu yang pernah jadi guru besar kat sebuah sekolah rendah main benda tu jugak..





Pernah tengok ada mamat pakai baju melayu habis semayang Jumaat singgah try nasib sana.





Pernah tengok orang masok sana pakai helmet full face.



















Semua mereka mengharapkan keajaiban. Yang miskin mengharap akan timbul keajaiban yang leh jadikan mereka kaya. Realitinya duit yang mereka laburkan tu akan jadikan mereka lebih miskin dari seadanya.. Hmmm

Friday, May 27, 2011

Racist Punya Cina

Pernah tak korang terfikir kalau korang isi form yang ada soalan cam: Apakah bangsa anda? Membuatkan korang terfikir apa kaitan bangsa ngan pekerjaan ni? Kalu aku dari bangsa yang berbeza then kebarangkalian aku ditolak adalah besar ke? Sound cam racist plak..

Aku masa awal-awal masok university dulu ada mengalami masalah sound cam racist sikit r. Masa orientasi dulu aku heran ar apsal banyak budak Melayu tak nak dekat kat aku. Yang ada pun budak Cina jer. Memula aku malas r nak fikir for what reason. Sehingga beberapa inciden buat aku tergelak sendiri sebab tdah ahu kenapa. Inciden-inciden tu cam budak Cina start cakap 'Cina' ngan aku, ada budak Cina tanya aku ni mix Chinese ker sehingga lama kelamaan beberapa budak Melayu kuar statement "Laa ko Melayu rupanya. Aku ingatkan Cina"..




Quite racist kan bila orang tak nak berkawan ngan korang hanya sebab luaran korang tak sama cam mereka. Or lebih dayus bila mereka hanya terus nak berkawan ngan korang bila tahu korang share origin yang sama.






Aku ada ambik kelas philosophy masa university dulu. Ada satu bab pensyarahnya talks about sifat 'menghakimi' ni as sangat tak bagus. Dia bagi satu contoh cam mana kita secara tak langsung menghakimi satu perkara. Contoh kalau korang tengok sebijik bola ni. Apa perkara first yang timbol kat kepala hotak korang?

a) bola tu bolat
b) bola tu warna merah
c) bola tu kotor etc

Sebenarnya korang sedang menghakimi bola tu. So sepatutnya bola tu hanya diadili as bola jer tanpa sebarang prejudice dilakukan terhadapnya. Pelik kan?

Sama cam kalu korang menghakimi orang tu. Tengok sorang mamat lalu terus jer kata

a) mamat tu gemok r
b) mamat ku gelap r
c) mamat tu bau busuk r

So korang sedang menghakimi sorang tu hanya based ngan luaran dia jer. So apa yang kita patut panggil orang tu? Sepatutnya korang just terima that individual as individual tu je r. Panggil dia as nama dia je r. Hmmm










Then korang tanya "Apa kaitan ngan Cina yang racist tu pulak?"



Wakaka..




Cam ni ceritanya. 
Orang kata basic racist ialah apabila orang tu lihat orang lain tak sama. Then wujud bangsa-bangsa yang berbeza. Then kalu orang tu lihat bangsa yang berbeza as perbezaan then orang tu racist. Darilah sebesar-besar persatuan yang memperjuangkan bangsa-bangsa tertentu or keahlian bangsa tertentu sehinggalah ke sekecil-kecil cam bila orang tu kata "Aku ni Melayu" then orang racist. Bila orang tu kata "Itu orang Cina" then dia racist. Susah kan tak jadi racist? Sebab kalu ikut post ni dah berapa kali banyak aku ni racist daaa..



So satu hari ni aku ngan kekawan lepak ngan Long, kawan Cina aku ni. Cakap punya cakap then turn dia "Nanti singgah kedai Cina hujung tu r" Kami semua pun ttiba terdiam. 


Then aku jawab balik "Racist punya Cina..!!"




Then dia heran "So nak kata cam mana lagi?"



Kami semua ketawa besar.









Betulkan? Memang r kadang-kadang kita tak sedar kita did racist thing tapi most of the timenya ia bukan racist tapi ada orang-orang tertentu yang sengaja ambik kesempatan dan jadikannya isu besar plak.. Hmmm

Thursday, May 26, 2011

Gemok

Sorang kawan pernah tengok family potret aku then kehairanan then tanya "Aj, parents ko tak bagi ko makan ker?" Waktu tu mungkin ia masih relevan r tapi kalau tengok sekarang ni dah cam x ada beza lagi aku nih... Hmmm...


Sorang motivator tentang badan sihat pernah kata: pakai pakaian ikut saiz anda. Jangan beli baju yang lebih besar dari saiz anda dengan anggapan it seems korang sedang menyediakan diri korang ke arah saiz badan yang lebih besar pada masa akan datang kelak. 

So most of baju aku ialah saiz S jer. Ada beberapa saiz M r. Plus tak terkecuali ada beberapa lagi saiz XXL. Sebab apa? Kalu aku tak ada mood nak berpakaian aku refer keluar ngan pakai baju saiz besar tu.. (pelik)








Tadi aku try nak pakai satu kemeja ni r. As usual saiz S. Then naik masok tangan dah start susah. Dah siap butang-in kan tengok cermin... Hmmm.. cam sarong nangka.. OMG.. 












Aku dah GEMOK...!!!!













Tahun ni aku x pernah gi joging lagi cam dulu. Dulu masa kerja kat WISMA BAPA MALAYSIA, mostly setiap petang pasti akan pusing 4-5 kali tasik belakang sana. Tapi lepas resign kerja tu dah banyak duduk and makan jer.. Dasyat r cam ni...










Thanks goodness next week dah REJAB. Aku biasanya akan buat puasa sunat sepanjang Rejab, Syaaban dan terus ke Ramadhan.. 3 bulan berpuasa leh kurangkan berat badan x? Kalu ikut prestasi tahun sebelumnya: memang Rejab dan Syaban akan kurangkan berat. Cuma masalahnya bila dah masok Ramadhan dan Syawal jer berat badan naik lagi.. Hmmmm





















Dan boxer aku pun recently dah makin ketat. Rasanya nak kena beli saiz L untok boxer ni. Rasanya 'ada benda lain' yang dah membesar kot. LOL

Wednesday, May 25, 2011

Rejected

Some Malaysians got a big problem to say: No, Tak, Tak dapat, Tak boleh, Tak nak etc because the reality that of most Malaysians cannot accept 'no' as an answer. So kita akan sedaya upaya untuk menjawab 'tak' dengan penuh berbunga-bunga or panjang lebar ngan ayat-ayat yang sedaya upaya untok menjadikan pasangan lawan cakap kita tak kecik hati ngan jawapan kita.. Tapi the end: mereka tak faham dan kita dengan paksa relanya terpaksa setuju. Hmmm...


Aku ialah seorang lelaki yang ada part mempunyai sifat-sifat yang berlawanan dalam diri yang agak nyata. Contoh cam kalu ada masa rajin terlampau sangat ar rajinnya tapi kalu dah malas bukan main nak mampos lagi malasnya. Sama gak kalu dalam bersosial nih. Ada masanya aku sangat jaga perasaan orang sepenuhnya. Tapi ada masa plak aku sangat-sangat tak peduli sikitpun either orang tu ada perasaan or tak. 

As ada kawan aku kata: Aj ni seorang yang sangat mudah nak cari kawan ngan sesapa jer. Gi mana-mana ngan easily jer dia buat kawan TAPI dalam masa yang sama dia jugak seorang yang sangat mudah cari musuh kat mana saja. Hmmm.. So rejecting ada part  masanya adalah sangat-sangat mudah bagi aku. Plus aku ialah seorang yang agak keras kepala, degil, ego etc so kalau aku kata TAK so that mean TAK. Tapi as usual orang kata : Lelaki ialah makhluk yang cukup hebat dalam berpendirian tapi dalam masa yang sama selalu melanggarnya. Im that typical type of man.. Hmmmm...















Tapi as aku kata tadi aku ialah seorang yang mempunyai sifat yang agak berlawanan. So ada masa nak kata TAK tu cam nak kerat urat kat tangan jer.. Sangat serba salah. Timbul seribu satu soalan dalam diri. Ditambah plak ngan karektor 2 ekor makhluk cam muka aku: sekor warna merah, bertanduk ngan ekor dan sekor lagi warna puteh siap ngan halo lagi kuar statement: mesti dia akan terluka kalau ko say NO, mesti dia akan malu besar dan tak mampu nak berdepan ngan masyarakat lagi, or dia mesti tak nak cakap ngan aku lagi pass ni, or worst what if kalu dia kemurungan then bunuh diri? (terlampau r)












Kadang kala kita kena berani kata TAK. Just imagine kalu korang ialah girl yang bekerja ngan boss yang berMETABOLISMA tinggi. 1st day main rambut, 2nd day pegang bahu, 3rd day gesel-gesel, then apa agaknya akan berlaku in a week, month, year after that selagi korang tak kata TAK?









Bunyik cam: Dude, cakap senang r. Itu tak dekat ngan realiti r.. Kan?















Back to reality. Perkara yang aku yakin sangat susah untok some nak buat ialah reject cinta seseorang: menerima dia as 'someone' in our life. Korang leh guna statement typical cam: Maaf, hati saya dah dimiliki (poyo) or jadikannya lebih dramatik cam: Saya memang sayangkan awak tapi parents saya dah jodohkan saya ngan pilihan mereka. Or statement player cam: Maaf, saya belum ready for a relationship lagi (dayus jer kan?). Or statement Fiz Fairuss dalam Nur Kasih: Maaf, saya anggap awak macam kawan biasa jer (or lebih sakit hati anggap cam adik r). Or guna statement yg guaranty membuatkan korang kena tampar cam: Maaf, awak ni siapa? or statement sewel: Saya tak ada apa-apa untuk membahagiakan awak malainkan air mani yang lemak berkrim dan sedikit masin jer.. 


It may sound funny tapi what if kalu korang plak yang mendengar statement tu keluar dari mulut orang yang korang nak jadi as a part of your life? DAMN, it is KARMA..















Pengalaman aku: the best way untuk reject someone ialah ngan tak beri pengharapan since awal-awal dulu ngan mereka. Tapi siapalah aku yang aku yakin sangat-sangat yang most of the time aku sentiasa bagi pengharapan kepada 'some' of them secara tak langsung. Menjadikan korang sangat mengharap pada aku. Cuma aku takut sebab aku mungkin tak seperti yang kau harapkan.. Hmmmm...

Monday, May 23, 2011

I need you

Bila kali terakher korang luahkan perkataan tu? Adakah korang jenis yang selalu luah perkataan tu pada sesiapa pun or korang pilih orang tertentu jer? Adakah korang jenis yang luahkan perkataan tu pada setiap masa tanpa korang really maksudkannya or ia bermakna korang sangat really mean on it. 

 
Or bila kali terkher ada orang luah perkataan cam tu pada ko? Adakah korang yakin yang dia hanya luahkan perkataan tu hanya untok ko sorang jer or pada sesiapa sahaja yang dia jumpai? Adakah korang yakin yang dia memaksudkannya or just sekadar meluahkannya jer?






















Aku akui aku pernah terjumpa orang yang salah dan percaya pada orang yang salah yang aku anggap as a kawan. Dan aku pernah melepaskan orang yang sepatutnya aku boleh letak kepercayaan as a kawan disebabkan takut terpilih orang yang salah lagi. Tapi as time goes by aku belajar untuk mengetahui siapa yang harus aku kekalkan as a kawan dan siapa harus aku lepaskan mereka pergi. Hmmm...















I need you, I need a kawan,,

Kuantan-Johor-Kuching

Kami hanya berada di Kuantan sekitar 8 hari jer. Adam pun dah sembuh sepenuhnya dan kebetulan Angah ada kursus di KL pada 23hb ni. So rasanya Abang dan Puteri (nephew and niece) dah ditinggalkan terlalu lama berasa datok mereka. Tapi kami tak balik terus ke Kuching sebaliknya melencong aka balik ke kampong di Johor plak.


Kami naik bas ekspress dari kuantan sekitar jam 9 pagi. Dan entah apsal aku leh mabuk dalam perjalanan 3 jam tu. Mungkin sebab jalannya berbeza daripada perjalanan KL-Kuantan yang lebuh raya. Perjalanan ker Mersing lebih kepada jalan kampung jer. Tapi positifnya di kiri kanan penuh ngan pemandangan yang cantik-cantik. Kami tiba di Mersing sekitar 12.30 pm. Aku realitinya baru 2nd time jejak kaki di Mersing. Jumpa beberapa orang yang ramah sementara menunggu 1 jam before bas bertolak ke Kota Tinggi (kami berhenti di simpang Felda Tenggaroh r).


Tiba di simpang Tenggaroh, Abah Haji aka Bapak aka abang emak aku dah lama tunggu. Even bila sampai rumah dia, lebih ramai lagi ahli keluarga yang dah menunggu. The end of petang tu Bapak bawak kami ke Tenggaroh 2 sebab Bang Hadi aka cousin aku ngan isteri plus Kak Jannah (kakak dia) ngan suami ngan anak-anak dia pun ada bukak stall kat pasar malam sana.

Dan disebabkan ahli keluarga ni semuanya sangat pandai memasak then makanan yang dihidangkan untuk kami sangat-sangat terlampau. Bang Hadi jual makanan kat pasar malam so setiap benda yang dia jual akan dihidangkan kepada kami terdahulu. Mee rebus, me bandung, lotong, keropok, kerepek dan banyak lagi r jadi hidangan sarapan, minum pagi, tengahari, minum petang, malam, supper lagi. Memang kembong sebab belum sempat lapar dah dipenuhkan ngan makanan lagi dan lagi.

Dan buat first timenya jugak aku merasa satu makanan exotik iaitu DAGING LANDAK. Erk.. Disebabkan kelapa sawit baru ditanam so banyak landak liar yang menyerang so most of peneroka akan pasang perangkap then banyak r landak yang ditangkap. Dan bila dah dimasak rasa susah nak masuk tekak. Walaupun realitinya rasa daging landak ni tak jauh beza ngan daging lembu tapi otak asyik terfikirkan benda comel tu jer so tak selera nak makan plak.. Hmmm


Hari ke-3 di Johor kami balik kampong di Belahan Tampok. Before tu singgah-singgah diberapa rumah sedara mara yang dah lama tak balik. Chicek dan Mak Ngah (kakak emak) masih lagi sihat kecuali telingga jer yang kurang berfungsi. Kak Niah (cousin aku yang hampir seusia ngan emak) dan suaminya sangat kurus. Faizul (anak buah aku yang seusia aku) pulak dah hampir normal after excident teruk dulu. 

Pekan Rengit pulak dah jauh berbeza. Sebab dah lama sangat tak balik sini. Kedai-kedai kayu Cina lama dah banyak berganti ngan kedai simen 3 tingkat. Tapi paling nostalgia ialah masa masok kampong. Aku rindu bau tanah gambut dan bau kelapa yang dah membusuk yang naik masuk hidung. Bila tengok rumah arwah Mak Long ngan rumah arwah Pak Uda lagi nostalgik. Tempat tu tempat kami adik beradik ngan sedara mara main kecik-kecik dulu. Most of ingatan masih kuat lagi di situ. Tapi bila tengok sekarang ni ada part dah mereput dan dah disewa ngan orang Indonesia.

Bila aku perasan bukan kat sepanjang perjalanan jer malah kat kampong aku sendiri, Johor dah jadi negeri kelapa sawit. Dulu kiri kanan penuh ngan pokok kelapa or nenas tapi sekarang semuanya kelapa sawit. Family aku sebelah sini pun dah buat perkara yang sama gak. Tapi bila harga kelapa biasa naik then bising plak.. Hmmmm..

Masuk jer sempadan Pontian (sebelah bebenor kampong aku) limpas sekolah agama Bugisiah. Emak aku kata dia pernah bersekolah kat sana waktu kecik dulu. Dan sebelum tu Mak Ngah aku kata dia rela sekolahkan cucu-cucu dia kat sekolah yang jauh daripada menyekolahkan mereka kat situ sebab sekolah tu banyak orang Bugis. Dan kami plak orang banyak.. Memang racist r statement tu. Tak sampai 5 minit limpas sekolah tu tengok kat depan ada motosikal jatuh 2 orang pelajar. Sorang tu dah penuh berdarah. Entah hidup entah tak lagi. Kereta yang melanggarnya ada menolong. Kami just berlalu pergi. Standard rakyat Malaysia r tu.


Balik dari kampong kami terus ke Skudai: rumah Cik Jah (kakak ipar emak aku). Setiap kali balik Johor start dari waktu kecik or even zaman universiti dulu pun mesti akan singgah ke rumah ni tak kira sekejap or lama. Ini kira tempat permainan kedua after di Belahan Tampok (include Rengit rumah Andak) pada masa kanak-kanak dulu. Walaupun arwah Pak Cik Ramli dah pergi almost 9 tahun tapi kami tetap kembali ke situ atas kenangan bersamanya dulu.

Hari terakhir di Johor, berlaku satu episode air mata gak r. As usual aku akan selalu mengeluarkan kata-kata tanpa otak aku sempat nak tapis dulu. Waktu tu emak tengah tengok gambar-gambar arwah kat dinding rumah then aku tanya "Muka arwah pak cik Ramle cam muka Atok Haji or Emak-Emak r?".Lama emak membisu then dia jawan "Entah.." tapi ada something pada intonasi suara dia. Buat aku yakin yang aku dah cakap sesuatu yang tak betul pada masa yang tak betul.

Then aku ikut emak ke dapur, yap dia menanggis. Rasanya ini kali pertama emak menanggis di rumah ni sebab arwah di hadapan Cik Jah. Selama ni it seems semuanya tak nak cakap tentang perkara tu. Semuanya pilih untuk buat cam tak ada apa-apa yang berlaku. Sebab kalu korang tengok hiasan rumah ni dari dulu sehingga sekarang sama jer. Cuma ada sikit-sikit jer perubahan berlaku. Tapi susunan perabot, hiasan dinding masih sama. Cuma tak ada lagi bau asap rokok dalam rumah tu, atau tak ada lagi arwah di seat yang biasa dia duduk dulu dan tak ada lagi suara arwah kedengaran.

Sewaktu emak menanggis, dia suarakan betapa dia rindu pada arwah, cerita kenangan bersama arwah. Dan jujur, mata aku berkaca. Tapi Cik Jah as isteri tenang jer..

















That how the journey end.. Hmmm

Sunday, May 22, 2011

Kuching-KL-Kuantan

Selepas baby Adam demam dan ditahan di hospital beberapa hari, emak terus decide nak gi jumpa cucu dia. At first aku fikir emak akan pergi dengan bapak tapi last-last minute baru aku tahu yang aku yang akan menemani emak nanti. So that how perjalanan tu bermula.


Flight ke KLIA pada jam 9.15 pagi. Penumpang penuh dan cuaca sangat baik so perjalanan cam biasa. Dan ini first time guna FIREFLY tapi realitinya tak ada beza sangat ngan penerbangan perkhidmatan lain kecuali muka steward n stewardess diaorang agak 'kebanyakkan' r. Wakaka. Cuma penerbangan bila dah masok tanah Semenanjung, kapal terbang sedikit kurang stabil r. Tengok luar puteh jer. Tak pasti either awan tebal yang panjang or jelebu yang teruk. Tapi akhirnya selamat sampai ke KLIA gak. Tak ada apa pun yang berubah pada KLIA walau last time datang situ 3 tahun lepas.. Hmmm..


Aku berada di Kuala Lumpur sangat sekejap. Rasanya 2 jam cam tu jer. Sejam dalam bas dari KLIA ke KL Central dan kurang sejam tunggu bas di Pekeliling (tak jadi guna Pudu) before berangkat ke Kuantan. So tak sempat nak ke mana-mana or jumpa sesiapa pun. Tapi menjejak kaki jer aku di KL, benda pertama yang aku beli ialah Whooper BURGER KING.. Wakaka.. Rindu r pulok..


Perjalanan dari KL ke Kuantan sangat lancar. Al maklum guna lebuhraya. Perjalanan ambik masa 3 jam setengah jer. Dan kami tiba di Kuantan then tunggu Uda balik kerja then terus ke Kuantan Medical Centre  (KMC) tempat baby Adam kena tahan. Adam dah ditahan hari ke 4 waktu tu. Mukanya kembang sikit dan tumbuh ruam-ruam. Aku sangat tak tahan tengok bbudak kecik yang sakit. Adam still 9 bulan. Sejam lebih di hospital then tengok luar hari still cam siang sedangkan jam dah pukul 7 petang.. Wakaka (lawak kalu korang dari zon masa berbeza then korang faham r)


Second day, walaupun Adam still ditahan tapi aku dah memulakan aktiviti penjelajahan aku di Kuantan sebab nenek dia ada dan Uda pun ambik cuti gak. KMC terletak di tengah bandar or even dalam ayat yang lebih tepat lagi: SEMUAnya ada di bandar Kuantan. Hospital, balai polis, stadium, masjid, terminal bas etc semuanya berpusat di tengah bandar. Bagi aku Kuantan based on seminggu berada di sana kira cam bandar-bandar lain di semenanjung cam bandar Seremban, Kajang etc kecuali ia agak padat dan tak teratur sikit. Ada banyak shopping kompleks tapi mostly dalamnya banyak dah tutup or kosong plus sunyi sebab tengok Kuantan penduduknya pun tak banyak sangat. Tapi kalu keluar malam memang JAM jer jalan raya. Hmmm..


On weekend kami berjalan lebih jauh: Pekan. Emak asyik cerita pengalaman zaman muda mudi dulu gi Kelantan dan singgah di Pekan. Emak cerita Pekan dulu as banyak tahi lembu di merata-rata tempat. Tapi sekarang dah tak ada r. Pekan ialah sebuah pekan (hmmm) yang kecik jer. Ia adalah bandar di Raja bagi negeri Pahang. Yap, kawasan kediaman di Raja dan persekitaran sangat besar. Namun di bandarnya tengah upgrade jalan so kami tak dapat singgah di banyak tempat. Tapi sempat lepak sambil makan cendol di pinggir sungai apa entah namanya menikmati angin sepoi-sepoi bahasa ngan suasana sekeliling yang sangat kurang sibuk..


Kemudian lepak di Teluk Cempedak yang suasananya totally cam berada di somewhere else bukan Malaysia jer. A bit cam bi Phuket, Thailand jer. Even kalu tengok reka bentuk KFC and Mc D nya pun berbeza sangat feelnya.Rasa cam kat Hawaii pun ada gak.. Wakaka.. Terlampau sudah

















(bersambong)











Plus trivia perkara yang aku first time alami dan aku alaminya di Pahang ialah:
i. First time terjumpa samseng jalan raya yang sesukahati break mengejut tengah line laju yang depan tak ada sesapa pun then slow pemanduan sebelah kita dah tunjuk lambang lucah.. Damn nervous.
ii. First time terjumpa pekerja yang customer servicenya sangat teruk. Aku tanya sorang minah ni then dengan kasarnya suroh aku gi tempat lain then sambong borak. OMG sangat SHIT.
iii. First time jumpa orang susah yang tak mampu (or tak nak) menyekolahkan anak-anak mereka sedangkan rumah ada ASTRO dan leh beli kereta jenama luar negara lagi.. Hmmm..

Saturday, May 21, 2011

The Other Part

(Yap.. Aku dah berada di Sarawak setelah hampir 2 minggu 'melencong' keluar)
Aku pernah dan selalu terfikir: What if kalu satu ketika dahulu after parents aku berkahwin dahulu dan mereka decide untuk menetap di Johor rather than berada di Sarawak as sepatutnya berlaku? What will happen to my life?


Secara umumnya aku pasti tak akan rapat ngan family sebelah bapak aku. Aku hanya akan balik Sarawak beberapa tahun sekali jer. Aku tak akan kenal ramai family members sebelah sana. Aku tak tahu Sarawak ada berapa daerah or apa lagu negeri Sarawak etc. Dan dalam otak aku akan ada label bahawa orang Sarawak mostlynya still tinggal bawah pokok and still potong kepala orang untuk ritual bangsa-bangsa tertentu (naaaaaa). Tapi still aku akan sangat-sangat excited each time nak balik Sarawak sebab ia adalah the other part of me yang aku tak pernah kenal rapat pun. Aku hanya tahu bahawa sebahagian darah yang mengalir dalam diri aku berasal dari sana. Hmmmm…

Dan secara khususnya pulak: aku tak akan ada berada di tahap ni di sini pada masa ni. Aku tak mungkin akan belajar ke tahap university. Sekadar lepasan SPM ngan keputusan cukup-cukup bernafas dalam lumpur jer. Kalau aku duduk kat kampung then at least aku akan ada pelajaran ilmu agama extra sikit sebab belajar sekolah agama r (wakaka) or worst jadi kutu kampong. Or kalau aku duduk bandar plak then aku akan bekerja di Dunkin Donut as kerja sepanjang hayat aku.

Plus aku tak akan berblogging as today, bersaiz badan double or triple than today akibat kahwen awal atau sememangnya kuat makan or kalau tak aku akan jauh lebih bersosial daripada sekarang nih. Hmmm



Positif sidenya pulak aku akan menghargai erti hidup jauh lebih dari sekarang. Aku tak akan as manja as sekarang yang dengan mudah resign kerja tanpa ada sebab. Mungkin aku akan cari makan ngan kerja jual makanan kat pasar malam di setiap pasar malam yang ada di daerah aku or bersebelahan. Or aku akan kerja di Felda kelapa sawit uncle aku. Or as aku kata tadi: kerja di Dunkin Donut, Mc D, KFC, Kluang Rail Coffe kat Plaza Angsana as kerja sepanjang hayat aku. Or jadi gigolo.. Wakaka









Disebabkan selepas parents aku kahwin and mereka decided untuk menetap di Sarawak then aku berada di tahap ni di sini pada masa ni. 

Hasilnya aku tak pernah rapat ngan family sebelah emak aku. Aku hanya akan balik Johor beberapa tahun sekali jer. Aku tak kenal most of our family members sebelah sana. Aku tak tahu Johor ada berapa daerah or apa lagu negeri Johor etc. Tapi still aku sangat-sangat excited each time nak balik Johor sebab ia adalah the other part of me yang aku tak pernah kenal rapat pun. Aku hanya tahu bahawa sebahagian darah yang mengalir dalam diri aku berasal dari sana. Hmmmm…






























Balik ke kampung halaman di Johor membuatkan aku tersedar banyak perkara…

Monday, May 9, 2011

Last Minute Habit

Aku sangat yakin that this suppose to be bad habit bukan sekadar milik aku sorang jer tapi aku share it wif most of all rakyat di dunia ni dan dunia-dunia lain gak sekali. Setiap sorang dari kita diberikan msa 24 jam sehari tap still kita tetap pilih untuk buat tugasan 30 minit terakhir gak.. Hmmm.. Ia telah berlaku, sering, sedang dan akan terus berlaku gak.. Hmmm...


Since dari sekolah lagi rasanya bad habit ni start. Masa cikgu bagi kerja rumah then bila balik rumah ada aktiviti lain. Malam pun ada aktiviti lain. Bila pagi di sekolah then baru berebut-rebut nak pinjam kerja sekolah kawan lain yang sebenarnya senasib ngan kita so berebut r nak salin kerja sekolah and bila dah hantar semua jawapan sama. 

Sama gak keadaan bila exam. Aku rasa exam PMR jer yang aku paling dedikasi buat ulangkaji awal-awal. Tapi after that aku just buat ulangkaji malam before exam jer. Sebab result jer kira wokey jer. Ingat lagi masa STPM, aku ambik paper Sejarah so kalu korang pernah ambik Sejarah STPM then korang guaranty tahu yang buku STPM sejarah ada 4 and each of it setebal 2 inci. Dan disebabkan aku masok form 6 bukan berobjektif untuk belajar (tapi sebaliknya sebab tak nak kerja lagi) plus subjek Sejarah bukanlah subjek kegemaran aku so aku aplikasikan tabiat ulangkaji pada malam before exam.

So aku baca 4 buah buku setebal 2 inci setiap satu tu di atas katil rumah aunty aku so kurang beberapa jam, aku tertidur. Dan bila dah masok exam, soalan yang kuar bukan daripada apa yang aku baca that last nite. Sebab tak nak biar kosong, so aku isikan jer essei-essei tu ngan ingatan ikan emas aku ni..









Resultnya: aku dapat A untuk kedua-dua paper Sejarah aku.. Menjadikan aku terlampau yakin ngan teori last minute nih dan aku start suka subjek Sejarah.. Poser sungguh..

















...


Sepatutnya hari ni tadi aku dah start memulakan perjalanan ke KL. So last nite aku sangat berebut-rebut nak siapkan bab 3 tessis master yang aku ambik upah dulu tu sebab kalu betul plan akan berada kat Kuantan sekitar 2 minggu gak r. So takut nanti lepas due date pulak. Baju pun belum masokkan ke dalam beg lagi. Mata dah start menantuk sebab siangnya banyak aktiviti. Tapi last-last Uda call kata dia beli tiket flight hari Selasa. Dengan serta merta aku tinggalkan semua kerja tu dan kembali rileks..




So esok aku akan berangkat. Awal pagi gak. Dan sekarang aku masih berblogging. Belum lagi siapkan bab tessis tu or mengemas barang yg nak dibawak. 












Memang last minit betul. Nanti guaranty akan tertinggal banyak benda terutama berus gigi... Hmmm...

Puduraya

Perjalanan aku akan ditunda 1 hari lagi so still ada masa untok berblogging. Hmmm..
Mode: dengar lagu Kuala Lumpur- Altimet feat Noh

Orang kata tak lengkap perjalanan ke Kuala Lumpur kalau tak jejak kaki ke KLCC, KL tower, Pavilion, Bukit Bintang etc. Tapi bagi aku orang tak akan tahu sisi sebenar Kuala Lumpur kalau tak pergi Chow Kit Road, Pasar Malam Jalan TAR, Masjid India, Petaling Street, dan banyak lagi tempat yang tak dibagitahu dalam iklan perlancongan negara..


Aku pernah ada banyak kawan yang lahir di area Lembah Klang yang tak pernah pergi tempat-tempat yang aku bagitahu tadi. Bagi mereka, tempat tu ialah zone gelap Kuala Lumpur yang tak patut dijejak sebab tempat tu berpotensi kena ragut, ada pelacuran, perculikkan dan banyak lagi perkara tak best berlaku r. Tapi realitinya aku zaman universiti dulu, tempat tu cam tempat permainan aku jer. Memang r tempat tu tak bersih or tak teratur or banyak bangsa asing, lagu-lagu asing plus rasa cam berada kat Indonesia or India jer tapi it not as bad as yang digembar-gemburkan masyarakat.

..

Tadi tengah layan Malaysia Hari Ini kebetulan pulak keluar issue Puduraya yang terkini. Aku tersenyum. Ada kenangan di situ. Kalau tak siap aku last time aku jejak kaki di situ ialah pada 1998 rasanya. Waktu tu ngan parents ngan Angah and Uda melancong di Kuala Lumpur. Puduraya at that time sangat hitam dan sesak ngan manusia. Kami pulak nak balik ke Johor rasanya waktu tu. Sebab bas yang akan balik Johor lambat lagi then aku sempat beli komik Doraemon dan Dinosour rasanya. Sempat tidur-tidur kat bangku panjang, ada orang jual barang etc.. Even masa bas dah sampai, kami almost sesat sebab ada banyak bas dan dengan asap dan bau serta malam lagi.. memang feel r












Walaupun aku belajar di area Lembah Klang dan Kuala Lumpur dah terlalu biasa tapi aku tak pernah terfikir nak masuk ke dalam sana. Sekadar ambik komuter berhenti di hentian Plaza Rakyat (kalu tak silap aku namanya kan?)























Esok akan jejak kali balik situ.. Hmmmm...



















So jejaklah kaki bukan ke tempat ternama jer tapi setiap sisi tempat tu sebab kita akan belajar banyak perkara.. Sama seperti diri manusi gak, jangan lihat pada sisi terbaik mereka sahaja tapi juga pada bahagian sisi hitam mereka. Hmmm..

Sunday, May 8, 2011

Notis Berhenti Berbloging



Aku nak bagitahu masyarakat dunia yang paham Bahasa Melayu yang 'terbaca' blog aku secara tak sengaja. Aku nak bagitahu korang semua yang aku officially akan berhenti berblogging untuk satu tempoh masa yang tempoh tu akan diberitahu kelak. May be untuk 1 minggu or lebih. Depend on keadaan r. Insya-Allah kalau jadi. Sebab esok pagi-pagi aku akan tinggalkan bumi Sarawak untuk satu misi emergency.

My 2 years old baby Adam demam panas di Kuantan nun dan dah 2 hari masok hospital so aku aka anak yg tak ada kerja ni akan ikut emak aku gi sana. Terfikir gak nak angkut sekali labtop ni sebab most of the time nanti pastinya tak akan buat apa-apa pun. Leh jer cari mana-mana tempat yang ada free wifi. Plus aku ada account HOTSPOT apa.. Gi lepak luar KFC of Pizza Hut dah leh surf tenet. Tapi bila fikir extra masak-masak. Leceh tu. Nak gi KL naik flight then naik bus gi KL Central then naik STAR gi Plaza Rakyat then naik bus epress gi Kuantan lagi. Then nak gi Kota tinggi naik bas jugak then guaranty gi Rengit gak and nak gi JB naik apa entah tak tahu lagi and lastly gi Airport Senai.. Leceh tu.. Lagipun aku bukannya gi makan angin pon.. Hmmm...


















Lagipun plan ni dah namanya emergency..


















Tengok r esok cam ne nanti... So good bye blogging.. good bye facebook.. Hmmm

Friday, May 6, 2011

The other Blog

Ttiba entah apsal aku terbuka satu page. Dude aku almost terlupa yang aku ada second blog. Blog yang dah berkurun aku tak sentuh. Now I know how hard it is to applied poligami. Harus bertindak adil. Kalau tak termampu then jangan kahwen 2. Kena tahu nak bahagikan masa untuk kedua-duanya sekali. Kalau dah tak mampu then berpisah jer.. Wokey aku dah start mengarut dan mencarut,... Hmmm...


































Untuk makluman umum: ia agak serius berbanding blog ni sebab ia ada sasaran target pembaca tertentu je r... Hmmm