Wednesday, August 27, 2008

Avril, Durian, The Nanny dan Kegemokan

Avril
Kalu aku still kat UKM, musti aku akan sedaya upaya utk dapatkan tiket or paling koman beli guna duit PT. Huu. Sorri Avril, cant attend yr konserto.

Durian
Sekarang keboon nenek aku dah start bbuah. Aku yg hyper fanatik durian apa lagi.. wakaka. Tersenyoom r...

The Nanny
Entah apsal aku musti bjaga malam tunggu jam 12 kat channel 702 layan cerita 90s The Nanny. effect dier sampai aku bwat2 keluar suara dari nasal.

Kegemokkan
b4 september 2002 : 52 kg
after september 2002: 74 kg
2004 : 68 kg
2007: 62 kg
julai 2008: 64 kg
sekarang 69 kg

arrr...!!! aku gemok...!!

Thursday, August 21, 2008

PERJALANAN HIDUP SEORANG SIDI

(cerita disebalik cerita SIDI: si BAWANG BESAR)

Apabila RAZZI bagitau yg cerita SIDI dipentaskan untok FTU, aku jadi tergamam.

Cerita Sidi aku tulis akibat call dari cousin aku yg cukup hebat cerita ttg kehidupan sexualnya yang terlampau2. Sbb kami cousin yg kongsi kegilaan, so buat tempoh 1 minggu gak kegilaan tu btahan dlm diri aku. Kebetolan SAMUDERA plak tgh carik skrip untok teater pementasan FAMILY DAY kolej. Dan dalam masa yg sama MALAYSIA tgh demam sinetron INDONESIA: BAWANG MERAH BAWANG PUTEH. Dgn otak aku yg tgh penooh idea kotor then aku start type skrip. Dalam kurang 1 hari ceritanya dah siap. Tajoknya : SIDI SI BAWANG BESAR.

Sejak dari kecik2 lagi aku dan adik beradik slalu ddendangkan ngan cerita myth n dongeng Melayu dan barat xspecially oleh aunt kami. Sidi ni gabungan Cinderella dan Bawang2 tu r. plus nak jadikan cerita ni luar dari kotak, aku tukar main character kepada lelaki. That y mana dia Sidi dan bukan Cindy. Ngan otak aku yg kotor cam ecstasy, aku reka watak2 tu khas untok bbudak JUNIOR SAMUDERA.

Watak2 baek cam Sidi: mamat yg naïve giler2, nasib malang giler2, 25 yr old virgin (kesian) n masih harapkan keajaiban. Bapak Sidi: penakoot, looser, lelaki dayoos, n mudah mencapai tahap teruja (wakaka). Paru-paru (sama power cam pari2 r): mangsa transgender yg x menjadi, x pandai nak seduce ssapa, cakap muloot jer lebeh tapi reality looser tahap dewa. Princess Charming: perempuan yg pemalas nak mampos- makan, berak, shopng n tidor plus ngabiskan duet parents. Watak2 kureng baik sikit cam Ferdi: bodyguard yg mata duitan n selalu nak amik kesempatan k atas puteri. Salleh n wife: pasangan ideal jahat a.k.a pekerja tetap emak dia. Jejiran: penyebar berita lebeh pantas dari internet. Watak2 jahat plak cam emak tiri Sidi: wanita yg sentiasa ada plan untok memastikan keluarga dia sentiasa cukup makan dan bahagia, n ciri2 kepimpinan yg tinggi. Sally (inspirasi cousin aku): lelaki yg tau teknik terbaek untok puaskan llaki laen x kira posisi atas ataupon bawah atau in groups . Fuyooo. Wakaka..

Plus x lupa mangsa sebenar cerita ni ialah emak kandong Sidi yg mati muda2 lagi. Sebab apa? Mangsa kehendak nafsu seks x selamat, xstream, kekerapan yg tinggi, dan saiz fizikal (wakaka) semata2 untok puaskan kejantanan si bapak Sidi ni.

Jalan cerita? Sama r cam Cinderella dan bawang2 r cuma ending dia lebeh realistik r. x akan ada part happily ever after kalu cerita aku bwat. Keajaiban x akan wujud untok org yg pemalas dan org jahat sentiasa menang. Yes.

Tahu tujuan aku bwat cerita ni? Just imagine family day akan pentaskan teater b4 konsert. So org dtg tengok sangat ramai. Malah bukan UO jer even satu UKM. Naseb baek org luar poon akan datang. So just imagine ngan cerita cam ni ngan arahan aku yg tgh kotor giler otak so dah faham…?

Tapi TUHAN sangat sayangkn maruah diaorg. Aku pon x dpt mngarah pasal aku jd ketua setting untok rumah hantoo tahoon 2. Even ttiba cerita 2 kena reject oleh KUASA VETO SAMUDERA (u kno who). Ganti ngan cerita RATU. Cerita yg okey tahap boleh layan r xspecially lakonan EPONG yg menjadi. Teater ni arahan RAZZI.

Then entah apsal pass tu SAMUDERA jadi cukop tegang. Plus dlm masa sama semua tgh stress. AMIER ttiba resign n lepaskn watak dia. RAZZI pegang 2 portfolio- pengarah dan pelakon. Since then aku dtg stiap malam bagi support kat team persembahan. Mmg tegang. Ngan jenaka2 yg cukoop pedas n aku still leh ingat tiap satu. X lupa gak ngan team rumah hantoo yg perangai pon sbijik cam hantoo. Bberapa makhluk tuhan 2 leh plak lari tanpa berita. Sampai pagi aku ngan bberapa org ahli tukang, gergaji, paku, sangkot sana sini then satu malam btukar gak gelangang tu jadi PEKAN ANGKER.

Then stahon kemudian SAMUDERA dibubarkan. Aku x terkejoot pon. Start dari awal lagi mmg dah ada keretakan.

Then tahoon ni kelab SEPET ditubuhkan. Aku ada tanya r kat makhluk2 tuhan tertentu ni “sapa x-SAMUDERA yg still join?” Cuma yg ALLI dan RAZZI jer. Aku tersenyum. Malas aku nak tanya soalan yg baboon kat dlm hutan pon pasti tau jawapannya.

Aku sempat layan gambar2, video masa latihan dan pementasan oleh team SEPET ni kat bilik JUMRAN. JUMRAN cerita semua dari sudut pandangan dia. Tentang itu dan tentang ini. JUMRAN hairan kenapa aku cukop tekoon dengar stiap cerita dia. Aku cuma tersenyoom.

Apabila RAZZI bagitau yg cerita SIDI dipentaskan untok FTU, aku jadi tergamam. Bila dia bagitau yg dia menang ANUGERAH PENGARAH TERBAEK, aku jadi lebeh tergamam. Cerita yg spatootnya btujuan untok jatoohkan nilai kemanusiaan dan maruah dia dan kkawan (kawan ker?: dia kata) junior SAMUDERA masa tu dh bwat dia menang anugerah plak. Huu

Aku pon tersenyoom.

Wednesday, August 20, 2008

KONVO: my tug of war

11hb Ogos 008. Sidang ke 5. Bangun2 pagi kepala aku dah start pusing. Kurang air r may be. Stiap kali jalan2 pasti aku x amik berat ngan bekalan air. Nak kanselkan hari penting ni? No way. Dah 3 tahoon belajar so hari ni aku nak buktikan aku dah habis ngan jayanya. May b bak kata mr. Isyraf 'x tamat ngan penoh gaya' tapi aku x peduli. Today is my big day. Dari Rumah Niece aku kat Putra Perdana, suami dia hantar pagi2 lagi. Gosh. Kepala aku sangat2 rasa berat. Tapi atlast semuanya berlangsung dengan baik. Aku still leh handle hot templer aku. Kalu x naya aku jadi anak neraka. Mak n bapak, aku mintak maaf pasal aku hangin gak satu hari. Selamat gak r aku ada IMAN sikit dlm hati. So inilah bingkisan aku sepanjang hari. Huuu
(NORDIYANA BINTI SAUPI. My booo. Still ingat masa second year first sem. Cakap2 gurau ngan DAUS. Daus cakap yg kalu konvo nanti kami akan masok paling lewat kat DECTAR then dudok paling belakang n bwat bising. Tapi sapa sangka jenaka tu x menjadi plak. Yang konvo cuma aku dan DIDI jer. Daus behenti plak)

(Gambar ngan kekawan. Atas ni geng satu SARAWAK. LAILA bawak balak dia. Ecah as usual penoh gaya r. Ijam plak segak ngan kot skali. pastu gambar kiri, cosmate LINGUISTIK: puan FELISIA yang selamat berkahwin dah. aku begambar ngan isteri orang plak. Selamat laki dia x tau. Wakaka)

(Ni budak2 satu cos dikiri dan kanan aku masa dalam DECTAR> PALING KIRI JESLINE, LING LONG, DOWES, ------ (x ingat nama plak), & Aween)

(Gambar atas kanan plak SALANG. X sempat amik gambar ngan dia plak. Huuu)

Tuesday, August 19, 2008

UDA Kawen...!! (episode 02)

HARI PERSANDINGAN
09.08.08 plak ialah hari Uda akan bersanding. Semua bangon awal. tapi real event dia start jam 12 tgh. Aku? Musti r busy gak pasal aku hari ni bawak satu tugas penting. Akulah "THE BESTMAN". Wakaka
(Gambar 0.1 menunjukan aksi2 belakang tabir pembikinan hari persandingan terseboot. Tema family kami: HIJAU. Family perempuan plak OREN. Aku pengapit poon terpaksa r ikoot oren) (Atas ni family sebelah emak. Ramai gak r yang datang. Trimas3. Kalu ada event2 cam ni r baru leh jumpa family jaoh2. Trimas2 bwat pak cik, mak cik, kazen mazen, anak2 sedara, cucu cicit.. huuu)

(Ni ANGAH aku selaku JURUKAMERA amature yang ganti tempat aku. Pasal akukan jadi BESTMAN so x leh r amek gambar banyak2. Trimas.)

(Parents aku amek turn merenjis2) (Layan makan selepas letih bersanding. Aku plak yg lebeh makan. Lapar wei. as always. Then persoalkan kenapa berat badan naek. Huu) (Gambar satu family emak dan bapak yg datang)

UDA Kawen...!! (episode 01)

(HARI AKAD NIKAH)
08.08.08. Akhernya tiba gak hari2 yg paling dtunggu oleh aku dan family. Tapi yg paling tunggu musti r yang punya badan: UDA aku. hari yg dnanti2 akhernya datang. tapi yg paling x syok ialah bila masa spanjang hari even b4 akad nikah dan semasa akad nikah, dia kurang sihat. Demam nak kawen kot.. Wakaka (Hantaran daripada pengantin lelaki. Dari kiraan jam: Kueh lapis Sarawak 01, Kueh lapis Sarawak 02, , Cincin kawen, barangan Body Shop, Duet hantaran dan terakher kasot dan handbag. Duet hantaran RM8888.88. Tunai)
(Penulis bersama bakal pengantin lelaki-masa 2 r. Yang depan 2 bukan pengantin r. Itu Abeeb: anak buah pengantin)
(Atas kiri surau belakang rumah pengantin perempuan tempat akad nikah. Uda selamat diijabkabulkan dengan 2 kali akad. sbenarnya kali pertama okey jer cuma diaorg sengaja jer nak sakat dia)

(SELAMAT PENGANTIN BARU, BRO)

Semoga sampai ke anak cucu dan kelahiran akan datang b4 sampai tahap Nirvana.. Haa?

Friday, August 15, 2008

DAY 04: 07 OGOS 2008

Hari ni ada RAPTAI KONVO di DECTAR. Sangat2 boring shingga aku boleh bawak bekalan makanan dan minuman lg. plus x lupa kami dudok kat atas tengah bahagian org maen music. Pecah gak r gegendang telingga.. wakaka
Plus x lupa malam ni aku x ada tempat tinggal. Pasal RUMAH TETAMU akan ada tetamu lain yg masok bilik aku. So plan nak tidor surau UO jer r. tapi sebelom tu after RAPTAI aku keluar shopng kat SUNGEI WANG. Bila ttengah tunggu komuter sampai, ada msj kawan sama FORM 6 dulu: EZIE ada dalam komuter mintak aku temankan dia shopng. Then mintak aku temankan dia dan sorang kawan dia (DEDEK) tidor kat KLIA klak. Aku wokey jer. Kebetolan aku x ada tempat tidor untok malam ni plus dia akan belanja semua perbelanjaan. Kira aku ni GIGOLO r. wakaka.
Shopng ngan ompuan mmg rasa pelik sikit. Si DEDEK ni bila masok kedai teros beli then beli lagi then beli lagi then lagi dan lagi dan lagi. Huu. Sukati dier r sendiri ada duit sendiri belanja r. tapi as aku kata b4 aku ni kira GIGOLO r pasal aku x kuar satu sen pon. Tiket semua perjalanan diaorg bagi. Makan Mc D dan KFC dan Mc D lagi dan sekali lagi Mc D mereka belanja. Besh woo.
Cuma bab yg x best ialah masa di KLIA. Aku terpaksa jadi pengawal jaga diaorg tidor. Sepatootnya ada turn. Tapi bila masa turn aku tidor ttiba plak semua leh tidor sekali. So terpaksalah aku as lelaki yg ada kawal diaorg. Mmg letih r.
.
.
DAY 05: 08 OGOS 2008
Balik dari KLIA guna bas ke NILAI then naik KOMUTER. Dalam setiap transport aku tidor. Even dalam KOMUTER aku leh tertido berdiri lagi. Huu. Sesampai teros g mandi kat flatlet then tidor kat SURAU UO untok sejam. Bangon then makan kat CAFÉ UO tapi x ada selera r. then pegi JUMAAT kat MASJID UKM. Habis baca doa, aku teros beramboos. Family aku dah lama sampai kat KELANA JAYA. Semua dah busy call n msj aku. Then aku teros naik BAS MINI (wei tambang dah naek r. pegi komuter pon dah 70 sen), naik KOMUTER pegi KL SENTRAL then transit naik PUTRA berhenti di TAMAN BAHAGIA. Then naik TEKSI berhenti di KOMPLEKS TABUNG HAJI. Naik aras 2, family sebelah emak pond ah ramai. Huu

So episode seterosnya: UDA KAWEN…!!

DAY 02: 05 OGOS 2008

Pagi sangat2 membosankan. Then sarapan pagi di NZAR BAKERY makan BUBOR NASI yg sangat2 dirindui rasanya ngan sup cendawan mangkook satu lagi. Sangat best lepak sampai tengahari.

Petang jumpa DIDI di PUSANIKA. Sangat2 rindu DIDI. Tah x tau kenapa hanya DIDI saja yg boleh bwat aku rasa UKM ni betol2 hidop. 3 tahon bersama. Tapi hanya tahoon yg terakher saja bwat aku betol2 care pada dia. Semua kenangan bersama dia masih segar. Tentang jenaka kami bersama. Waktu bergadoh. Waktu dia menanggis. Semuanya segar dalam ingatan aku. Aku sayangkan dia. Tapi still as a friend. Miss u girl.. miss u a lot..

Malam lepak ngan JUMRAN. Cakap2 cam biasa tapi paling penting tujuan aku ialah nak tau perkembangan kkawan dan kehidupan di UO. Eventho most of cerita JUMRAN more bias n pesimis dari pandangan dia tapi itu lh yg best. Cerita dia jujor. Dan aku nak tau tentang teater. Sebab teater sangat cukop penting dalam hidop aku. Teater SAMUDERA yg lepas bwat aku lebih menghayati hidop, kenal banyak perkara baru dan lebih penting aku aku kenal ramai kawan2 baru. Dalam bilik dia, aku lihat gambar2 bbudak teater SEPET (SENI PENTAS TEATER), video latihan dan video masa kat PANGONG SENI. Aku dengar cerita dari JUMRAN sepanjang dari permulaan hingga ending. Tentang SIDI. Tentang RAZZI dapat anugerah PENGARAH TERBAEK. Tentang watak PARU2. Tentang FERDI dan etc. Aku tersenyom. Betol2 gembira. Dan dia cukop2 hairan.

Aku gembira pasal kkawan aku gembira.

UKM: Dekat tapi Jaoh

DAY 01: 04 OGOS 2008

Flight sepatotnya jam 9.50 pm tp ttiba dalam kereta nak ke KUCHING INTERNATIONAL AIRPORT ttiba ada msj dari AIR ASIA bagitau ngan bahasa yg penooh ber’khemah’: flight retimed (ayat ganti yg lebeh baik dr delay) ke 11.25 pm. Huu. Berjanggoot r aku kat airport tunggu. Dah ar aku sampai as awal as 6 pm. Huu. Tapi bila dah handle semua urusan, lepak makan2 kat KFC (pasal Mc D x ada lagi) etc. tapi paling sakit hati bila dah 11.30 pm belom lagi panggilan masok. Jam 12 pm baru terbang meninggalkan Sarawak. Huuu.

Sampai di LCCT, 1 st thing yg aku bwat ialah pergi ke Mc DONALDS. Lapar giler2. Lagipon bas pertama yg akan pergi ke NILAI hanya ada sekitar jam 6 am cam tu r. so beli BIG MAC set besar ngan kopi sekali. Selamat bawak novel then sempat charging HP sekali kat situ. Pendek kata 5 jam di LCCT tu cukop2 menyiksakan. Aku x boleh tidor, takoot kang barang2 kena cilok, susah wei. Then refill kopi dekat 3 kali, dunhill filter 7 batang then tau apa rasanya? HUU…!! Dalam bas tidoor. Naik KOMUTER NILAI then behenti di UKM. Then naik bas free ke dalam.

So aku melangkah masok semula ke UKM 4hb Ogos lepas. Mendaftar di Rumah Tetamu. Kemudian lepas mandi2 aku teros ke Dectar nak uruskan pemimjaman jubah untok konvo kelak. Guna jalan MASJID UKM. Tengok kiri kanan entah kenapa aku rasa macam aku x pernah tinggalkan UKM. Semuanya masih sama. Tapi entah kenapa aku rasa sangat2 asing. Kiri kanan macam ada sesuatu hilang. Rasa macam cuma ada aku sorang jer. Kenangan 3 tahon sebelom ni macam hanya kenangan. Dulu bila aku jalan2 or berbasikal mana2 aku rasa macam sebahagian UKM ni tapi sekarang rasa macam aku cuma pendatang. Hanya untok kurang 10 hari.

Aksi-aksi MAHASISWA TERLAMPAU yg berjaya dirakam. wakaka


Ingatkan urusan KONVO cukop banyak tapi x. so hari ni aku keluar pergi MINES. Nak beli bekalan makanan lewat malam. Plus paling penting beli slipar CROCS versi ASADI. Wakaka. Xkan nak jalan2 guna kasoot all the time kan?. Then bila aku bagitau sorang kawan ni yg aku tgh shopng then dia soal: aku ada duit ker? Dah r x ada kerja. Then aku jawab: AKU JADI GIGOLO. Wakaka. Ttau r aku nak survive.

Plus x lupa aku msj ANGAH aku nak wish happi bestday untok NEPHEW n NIECE aku.

Saturday, August 2, 2008

Interview & New Hair Cut

28hb lepas ada call utok gi interview so nak x nak terpaksalh aku korbankan ramboot yg panjang ni ngan harapan leh r berjaya interview tu (tp hampeh r) then balik gi lepak2 kat rumah ANJANG aku. then ALONG aku mintak aku botak n licinkan kepala dia. so aku apa lagi, bak kata pengakap muda : BUWAT SEHABIS BAYEK...!!
wei bukan ker blog ni sepatootnya cerita ttg ramboot baru aku? wat so ever laa..!!