Monday, February 28, 2011

Wedding Checklist

Entah kenapa aku sangat berdebar untuk 13 March ni. Satu majlis perkahwinan akan diadakan. Tapi bukan majlis perkahwinan aku r. Tapi realitinya entah kenapa each time ada orang terdekat kahwin then aku pulak yang jadi resah gelisah: berdebar tak tentu pasal. Semalam bukan main susah lagi nak tidur sebab berfikir dalam otak 'Duh cam mana r hari besar tu nanti. Itu dah handle ker? Persiapan semua dah ready ker? What if kalu hari tu hujan? Or What if ttiba transport aku buat hal?' Macam aku sendiri plak yang nak kahwin. Hmmm..


I know pasangan pengantin ni mesti gila baboon jauh lebih stress memikirkan yang perkahwinan tak sampai dua minggu sahaja lagi. Dengan perancangan berbulan-bulan, persiapan itu ini, damn it make me nervous pulak. Gila. May be sebab yang bakal kahwen tu kawan yang dah kenal agak lama dan punya banyak kenangan manis bersama then I wish semuanya akan berjalan lancar that day.

Dan as a kawan, aku pun create a list gak untuk events tu. Nak memastikan yang events tu akan berjalan lancar as yang dirancang kelak. Even thought Im not important person dalam majlis tu tapi sebab aku dah janji so aku kena tepati setiap apa yang dia suroh aku buat: ambik gambar banyak-banyak untuk hari besar dia. Sebab dia antara kawan yang tahu aku akan bawak kamera 24/7 ke mana sahaja aku pergi dan aku akan snap dan snap gambar tak peduli gambar tu buruk or hilang satu kepala or senget or what ever sekalipun cukup pasti ia mampu buat kami saling tersenyum dan ketawa pada masa akan datang.


So perkara pertama dalam list aku tu ialah: BELI KAMERA BARU.


So korang tanya "What happens to your previous camera? I thought ko memang dah ada kamera apa?" dan aku jawab ngan muka separa alim "Ya, I used to have a camera tapi kamera aku dah sampai masa untuk bertemu sang Maha Penciptanya.. Hmmm"

Maka hari ni as kurang 2 minggu before the big day aku menjalankan misi survey dan membeli kamera baru. Sebab my previous camera aku beli 2 tahun lepas (tak termasuk yang LOMO yang baru beli last few month) so bila masuk kedai then agak tergamam untuk beberapa perkara:

a) Harga kamera digital sekarang ni sangat-sangat murah ngan ciri-ciri jauh lebih canggih berbanding masa aku beli last 2 years. Pendek kata budjet aku sangat banyak lagi baki yang aku leh beli banyak lagi barang kemudian hari. Wakaka..

b) Tapi kuantiti kamera digital sangat kecil berbanding DSLR. Just imagine purata setiap kedai hanya ada sekitar 5 bijik kamera digital jer berbanding ada berpuluh-puluh DSLR. So kesimpulannya tak banyak pilihan yang ada untuk aku pilih. Hmmm..






Realitinya aku belum pergi semua kedai kamera pun. Beberapa jer. Memang agak kecewa sebab matlamat utama tak tercapai tapi bab yang paling mengecewakan ialah apabila last few week aku survey secara rambang ni r. Dan ada satu kedai ni jual kamera yang design dia sangat VINTAGE ngan harga yang sangat mampu milik. Tapi as aku pergi kedai tu hari ni, kamera tu dah dijual. DAMN..














So esok kena survey lagi. Dan bila perkara pertama dah accomplish then baru leh menuju second acara plak: beli hadiah. Hmmm..













Hmmmm..

Friday, February 25, 2011

Barberian

Kalau aku kuarkan satu statement ni then korang pasti akan ketawa. Im not sure either ia akan jadi ketawa besar or just ketawa jer. Aku ada satu irrational fobia: fobia gunting rambut kat barber shop. Then korang balas balik statement tersebut "Aj, ko terlalu terpengaruh ngan movie Sweeney Todd r or ngan lawak library=librarian so barber=barberian. Wakaka" So aku reply "What the fuck and shut up" Hmmm..


Tahun ni aku baru pergi barber sekali. Last year tak pernah. A year before sekali jer. A year before that tak pernah. Dan hari ni tadi plan nak gunting rambut kat barber salon tapi sebab irrational fobia ni ttiba datang so plan cancel. Mungkin ditakdirkan tahun ni aku cuma pergi sekali jer kot. Hmmm..


























WTF kan?

Thursday, February 24, 2011

The Other Ghost Story (Babak 2)

ALONG aku pernah share satu cerita ni semasa dia belajar di Sekolah Menengah Alam Shah (SAS) dulu. Dia masuk ketika aku before tadika lagi kalu tak silap. Dia cerita plak sekitar before aku masuk universiti. ALONG aku dan kekawan gila dia buat satu cerita hantu tentang sekolah tu. Tapi ketika aku di zaman universiti plak ada sorang kawan (bekas student SAS gak) lepak dalam bilik aku dan share cerita sama ngan beberapa penambahan. Membuatkan aku tersenyum sesorang sambil kata dalam hati: cerita dongeng yang ALONG dan kekawan dia reka dulu dah jadi urban legend setelah berbelas tahun berlalu. Hmmm..


So today aku nak share ngan korang how to create and become a good ghost storyteller yang the end cerita korang akan jadi urban legend dan akan terus jadi bahan perbualan masyarakat walau berpuluh-puluh tahun dah berlalu. Cool isnt apabila as masa berlalu ttiba ko dengar orang still heboh sebarkan cerita yang asalnya just cerita dongeng dari mulot ko jer, Hmmm.. 

Beberapa perkara yang korang perlu fikirkan before korang start make a story ialah:

1. TARGET MARKET
Kalau korang nak cerita tentang hantu kat rumah nenek korang then hanya orang kampung korang sahaja yang akan tahu or worst jiran sebelah rumah nenek korang sahaja yang akan tahu. Sama gak kalau nak cerita tentang sekolah korang then bbudak sekolah korang sahaja r yang akan tahu. Plus tengok umor market gak. Kalau share hantu sekolah tadika then bbudak tadika je r yang akan takut. Kedian bangsa. I used to tanya kawan Cina pendapat mereka tentang hantu then mereka kata hantu yang mereka percaya hanya hantu yang melompat-lompat yang sering kita tengok kat cerita Cina zaman dulu tu jer. Dan mereka kata hantu tu pun dah pupus ikut peredaran zaman. So market yang salah r.

Contoh terbaek cam rumah berhantu kat Seksyen 2 Shah Alam: students UiTM jer satu tahun ada berapa ribu kemasukan, each of the student perlukan rumah sewa dan Shah Alam lokasi yang besar ngan penduduk yang agak banyak. Umor remaja dan dewasa ialah khalayak paling banyak plus bangsa Melayu ialah bangsa yang paling mudah percaya dan memperbodoh dan diperbodohkan dengan perkara ni. So topik cerita tu ngan lokasi yang semua kenal, umor yang sesuai dan bangsa yang fanatik ngan hantu akan jadi sangat global dan meluas target marketnya sebab ramai yang akan tahu dan boleh relate each time korang bercerita.


2. PROPS & SETTINGS
Apa perkara yang each time orang sebut akan membuatkan ko terus ingat tentang hantu? Rumah tinggal, pokok ara, tandas sekolah, busut, sekolah asrama, perempuan cantik malam-malam baju putih rambut panjang, bunyi burung hantu, batu nesan, anjing meraung-raung tengah malam, kain kapan, kawasan perkuburan. Isn it terlalu tipikal. So bila korang kata kat Seksyen 2 Shah Alam tu ada rumah sewa yang dah lama ditinggalkan. Kat sebelah dia ada pokok ara besar dan belakang rumah tu ada bust. Then ramai r yang akan start sambung balik "Betul r, aku pun pernah belajar kat sana. Betul ada rumah sewa yang dah lama ditinggalkan" Dan si B pulak sambung "Kat pokok ara tu aku nampak sorang girl baju putih bla bla bla" dan bertambah-tambah panjang. Korang hanya perlu masukan bahan dan latar yang betul untuk start sesebuah cerita.

Bak kata bijak pandai: the best way to telling a lie is by not telling a lie at all. Katakan kalau korang buat cerita korang berada kat kawasan berpadang pasir ttiba ada cahaya terang dari langit terbang dan landing depan korang then sapa nak percaya sebab berapa ramai sangat rakyat Malaysia pernah pergi padang pasir dan berapa sangat orang kita yang pernah claim kena culik oleh alien? Or korang jumpa video yang ada kasi pelik cam girl keluar dari perigi then suddenly ada call kata ko hanya akan hidup kurang 7 hari jer. Dude, that movie r. 


3. PROMOTION
As ada sorang orang yang perasan omputeh kata kat aku "Apa yang menjadikan Levi's jeans berjaya sekarang? Jawapanya a good promotion" Realitinya korang sendiri sedarkan yang banyak syarikat-syarikat lain yang hasilkan denim jauh lebih hebat dari Levi's dari still ramai yang claim kata Levi's jauh lebih berkualiti tinggi. Even kalau tak dapat Levi's asli then yang tiruan pun tak kisah. Betapa kuatnya kuasa promosi yang hebat. Sama gak kalau korang ada cerita yang maha dasyat bagus sekalipun tapi link yang akan tolong menyebarkan cerita korang tu hampages, tak menjadi wei.

Contoh kalau korang share cerita korang ngan a group of ulat buku yang purata setahun mereka hanya akan buat kawan kurang 5 orang jer then korang still nak harap cerita korang akan tersebar luas ker? Kelahiran akan datang pun orang tak akan pernah dengar cerita korang.

Korang perlukan mamat-mamat/minah-minah yang fanatik takut ngan hantu tapi suka cerita hantu dan kenal ramai orang dan dia jenis kaki banyak mulut. Kalau bertuah jumpa orang macam tu percayalah yang korang tak perlu ramai promoter. Ko just share pada dia then kurang 24 jam cerita korang dah heboh satu bandar. Siap ngan unsur penambahan yang tak masuk dek akal lagi. Kira bonus r tu.

Plus pada zaman teknologi canggih manggih ni bertambah mudah r kerja promosi korang. Kan?











So amcam korang dah ready menjadi seorang great ghost storyteller yang seterusnya akan membentuk urban legend baru yang akan digeruni generasi akan datang?

Kalau korang Islam then percayalah yang each kebaikan yang korang share then disebar maka ia akan dikira as pahala untok korang sama gak ngan cerita karut marut yang tak ada faedah ni. Korang ada otak then fikir sendiri r either nak generasi akan datang membesar ngan tahyul mahyul atau sebaliknya. Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Wakaka

A Ghost Story (Babak 1)

Semalam balik jam 1 pagi lebih selepas lepak makan Mc D and before that layan wayang cerita SANCTRUM. Jalan raya sangat sunyi sebab aku keluar malam hari kerja dan beberapa meter dalam perjalanan balik lampu jalan rosak. So aku seorang diri memandu kereta dalam keadaan jalan yang sunyi pada masa lampu jalan rosak. So aku toleh kiri kanan dan terfikir each time aku balik lewat malam melalui jalan yang sama dan mungkin satu hari kelak aku akan bernasib baik terjumpa 'benda' putih melayang yang pernah abang ipar aku jumpa or 'benda' putih berbalut bergoleng-goleng atas jalan yang pernah salah sorang uncle aku jumpa or paling tidak kucing putih besar yang dudok tengah jalan yang suddenly ghaib yang aunty aku jumpa last few week. Tapi as usual aku sampai rumah cam biasa, maen tenet, dan tidur. Hmmm

(gambar ini merujuk kepada cerita yang korang akan baca lepas ni)

Pepagi lagi nak layan blogserius dan ada cerita yang dia ambik dari satu forum ni. Ia quite nonsense tapi kalau korang baca korang akan tergamam sikit r. May be a little bit goosebumps or akan menghantui otak korang malam nanti. Aku tiru bulat-bulat dari blogserius yang ambik bulat-bulat gak dari LOYAT so anda just baca:


***


9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.
  • Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
  • Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
  • Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.
 Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!




Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.








Untuk mendapatkan cerita keseluruhan (sebab panjang sangat) then aku syorkan korang gi BLOGSERIUS dan teruskan membaca:











So amcam?
Babak 2 akan menyusung dengan lebih tragis dan dramatis. Wakaka

Tuesday, February 22, 2011

Pilihanraya Kampus

Pilihanraya kampus di Universiti-universiti di Malaysia rasanya baru sahaja habis. Aku tak ikut sangat pun pasal tak ada dalam berita nak diikuti dari penamaan calon, manifestasi (betul ke ejaan ni?), hari pengundian sehingga bagitahu siapa yang menang dan siapa yang kalah. Cuma tahu tentang hal ni pun melalui: FACEBOOK apabila ada pro-aspirasi dan pro-pembangkang kuar issue berbangkit. Hmmm..

(UKM tetap di hati)

Piliharaya universiti adalah pilihanraya yang aku tak akan lupa sampai bila-bila sebab ia adalah pilihanraya pertama yang aku pernah involve with. Dan sejujornya 3 kali pilihanraya yang aku pernah ambil bahagian ketiga-tiganya ialah pilihanraya universiti. Sebab pada tahun 3, pilihanraya umum dijalankan aku berada di SELANGOR then tak dapat mengundi untuk SARAWAK so aku pergi GENTING enjoyed ngan kekawan. Wakaka

Being a senior in university, banyak junior-junior yang tanya "Betul ke kalau undi pembangkang then akan disingkirkan dari kolej next semester" So aku ngan muka sedih pun berkata "No honey, aku undi pembangkang sepanjang 3 tahun di universiti dan satu semester pun aku tak pernah ditendang keluar kecuali tahun 3 apabila kolej kami buat renovation jer."

Pilihanraya universiti adalah pilihanraya yang aku tak jumpa istilah DEMOKRASInya. Student diberi statement separa ugutan dari first day mereka melangkah kaki ke universiti sehingga malam before pilihanraya: kalau pilih 'pihak tertentu' ni then mereka akan stay dalam kolej. Ingat lagi masa tahun 3, waktu tu aku dan ISYRAF tengah buat rakaman filem pendek untok projek TESL kami dan kebetulan next daynya pilhanraya kampus. Waktu tu r JAKSA kolej ngan Pengetua ngan abang-abang MASTER kumpulkan student ngan bagi separa warning dan halang kami on-kan video recorder sebab takut ada adegan tak best dirakam kelak. Hmmm..

Ia agak pelik apabila ramai orang yang sepatutnya bertindak as atas pagar sahaja telah turun padang bagi support to satu team ni sahaja. Sedangkan pilihanraya kampus ni ialah proses memilih suara wakil dikalangan pelajar. Tapi bila menglibatkan golongan-golongan pentadbiran atasan, it seems pilihan ni akan menentukan nasib negara aka seolah-olah pilihanraya kampus yang melibatkan aspirasi dan pembangkang ni ialah UMNO vs PAS jer (sebab waktu aku dulu PKR belum famous lagi dan most students yang fanatik issue pilihanraya ni ialah dari golongan Melayu jer). Hmmm

Sejujornya aku melihat pilihanraya kampus adalah satu tapak yang cukup besar dan penting dalam  membentuk generasi baru yang akan mempengaruhi politik negara pada masa akan datang. As kita tahu kita punya students universiti before wujud akta-akta khas untuk Universiti dan Kolej Universiti dulu amat berperanan kuat dalam kerajaan. Kita mampu menguling dan membentuk kerajaan yang kita nak tapi bukan melalui reformasi dan kekejaman r. 




Tapi cuba korang tengok what will happen to our next pemimpim masa depan based on pilihanraya kampus sekarang ni?















Aku tak berminat dalam politik dan tak teringin nak join mana-mana parti politik. Tapi politik is part of our life. Kita nak tak nak kena ambil tahu gak. Mungkin kita boleh kata: Hei there are no such things as separa ugutan berlaku dalam realiti sebenar. Yap. May be korang benar atau mungkin korang cuma tak perasan. Mungkin each time ada pilihanraya kecil dan banyak pembangunan, projek, hadiah, isu-isu berbangkit ttiba berjaya diselesaikan dan korang still leh kata ia kebetulan. Dan bila korang tengok berita then korang mulai perasan bahawa Kerajaan sentiasa betul dan Pembangkang sentiasa salah dan korang mulai percaya setiap apa yang korang lihat, setiap apa yang korang dengar as BETUL.
.
.
.
Masih ingat waktu kecik apabila kita disuap makanan each time kita lapar. So at that time parents kita adalah yang terbaek dan semua yang parent kita kata adalah betul. Bila kita dewasa kita realise that our parents as a human yang not perfect. Sometime they dont know everything dan ada masa salah. 



What Im saying is bukannya aku suruh kita gigit balik orang yang pernah bagi kita makan. Cuma kita dah dewasa. Jangan asyik benarkan diri kita disuap supaya kita hanya angguk-angguk pada apa yang mereka nak kita lihat, pada apa yang mereka nak kita dengar. Kita ada otak. Fikir. That it. Terlebih-lebih nanti jadi kambing hitam masuk ISA atas alasan DEMOKRASI. Hmmm..

A Piece Of Cloth

Aku ada satu bad habit ni yang make me sound like a gay: I used to be 'holic' dalam membeli baju. Aku guna istilah used to be sebab aku dah tak lagi. Last time aku beli baju yang betul-betul baju ialah pada last month: jersi bola sepak MALAYSIA tru FACEBOOK. Tapi last week aku beli baju gak. Cuma ia baju hujan so ia tak boleh diklasifikasikan as baju. Hmmm..


Aku hanya sedar aku fanatik dalam membeli baju ni  apabila: duit aku banyak habis membeli baju, mak aku bising-bising, dan aku ada 2 almari dan 1 rak gantung baju dalam bilik aku yang semuanya ialah baju aku sahaja. Hmmm..

...

Semuanya start hari ni tadi apabila emak aku kuarkan satu cadangan untuk masukan satu katil dalam bilik aku. Membuatkan aku tersedar 'Duh, rrupanya lebih 3 tahun bilik aku tak ada katil (realitinya since dari form 6 lagi katil aku dah dirobohkan cuma bila zaman universiti emak beli katil baru untok aku dan after tamat era universiti then katil tu dirobohkan balik. Hmmm'. So satu-satunya cara yang boleh membawa balik katil ke dalam bilik aku ialah dengan mengeluarkan salah satu almari pakaian aku.

Kalau korang kenal aku then korang mesti syak yang aku ni tak ada banyak baju. Sebab most of the time aku akan pakai pakaian yang sama jer untok tempih setahun. Baju tu. Jeans tu. Itu sahaja r. I dont know why aku bila dah suka satu pakaian then pakaian tu r yang aku akan pakai banyak masa. Hmmm..

Tapi realitinya aku selalu beli baju. Aku tak peduli pun either baju tu mahal, berjenama, murah or bundle sekalipun sebab sekali mata aku dah suka then aku ambik dan bayar jer. Sebab aku yakin korang pasti pernah berada dalam situasi satu hari korang window shopping then jumpa satu baju (or barang) then korang berminat tapi tak ada dalam list benda korang nak beli dan korang simpan niat next time datang ko beli. Tapi next time datang, benda tu dah dibeli orang lain dan korang menyesal tak habis-habis.

Sama gak ngan aku. Most of the time aku just beli jer. Tapi bab pakainya sangat jarang. Ada baju yang pakai sekali jer then kedian tempatnya dalam almari bertahun-tahun. Hmmmm...















Korang tahu tak kalau korang ada baju di badan dan baju lain simpanan korang sebenarnya korang sangat bernasib baek sebab 75% penduduk dunia tak senasib baek as korang. Berkongsi maklumat ngan data dalam poster bawah ni:












Katakan tidak kepada pembaziran. Sebab aku dah tak membeli pakaian sekarang ialah: aku menyimpan duit untuk beli kamera untok majlis kahwen dan pertunangan 2 orang kawan aku dan sebab kedua: aku seorang penganggur. So boleh r kembali 'holic' after dah berkerja kelak.. WAKAKA. Orang jahat musti ketawa..

Monday, February 21, 2011

Dyslexia

Korang ada pengalaman mengajar or jumpa ngan bbudak either ia anak korang, adik korang, niece or nephew, anak jiran tetangga, budak sekolah or mana-mana budak yang sangat bermasalah dengan pembelajaran. Korang ajar mereka basic ABC lebih 20 kali still mereka tak dapat bezakan which one is A, B or C. Then korang sangat sakit hati dan labelkan budak tu as BEBAL, BODOH PIANG etc. In this situation korang r sebenarnya yang buduh piang tu. Hmmm


Korang pernah dengar istilah DYSLEXIA tak? Sejujornya aku hanya tahu what the fuck it meaning hanya ketika zaman universiti jer dan kebetulan subjek yang aku belajar aka LINGUSITIK ada bab DYSLEXIA ni dalam bahagian fungsi otak terhadap bahasa. So banyak gak r masalah-masalah lain cam HYPERACTIVE dan etc (sebab otak dah berkarat nak ingat balik) yang berlaku dalam otak yang aku belajar (yap aku belajar) yang mempengaruhi bahasa mereka.

DYSLEXIA dalam bahasa yang mudah ialah apabila ketidakupayaan otak dalam menguasai kemahiran berbahasa seperti mengeja, menulis mahupun membaca. Salah satu ciri mereka ialah mereka tak dapat or lambat nak mengingati huruf-huruf.  Akibatnya mereka akan dilabel as bodoh, lembap, malas dan pelbagai lagi oleh masyarakat luar yang tak faham ngan fungsi otak mereka yang berbeza berbanding orang lain.



Bapak aku mengajar anak-anak jiran tetangga mengaji since dia retired. Recently anak jiran aku ni menunjukan ciri yang sama. Dia sangat susah nak ingat dan membezakan huruf-huruf jawi yang sangat basic. Im not so sure either dia memang DYSLEXIA atau tidak tapi lebih sepuluh kali mengajar Alif dan Ba dan Ta pun dia tak dapat nak bezakan walaupun dia dah jauh lebih dewasa dari kanak-kanak lain. Bila aku try nak jelaskan ngan parents aku mereka kata budak tu memang BEBAL sebab tak ada budak lain macam dia. Bila nak bagitahu parents mereka pun akan bertindak sama gak

That what happen dalam masyarakat kita. Mereka perlukan penjelasan dari orang bijak pandai betul-betul baru nak percaya. Kalau tak mereka just akan hantar anak kat sekolah biasa, cikgu akan anggap dia BEBAL dan layan dia cam budak-budak biasa, dia tamat sekolah jadi someone yang WTF aku tak tahu apa lagi nak tulis. It just not fair for them.

Realitinya banyak golongan bijak pandai yang terkenal di luar sana yang lahir as DYSLEXIA sebab mereka ada kelebihan tersendiri yang berbeza dari orang lain. Thomas Edison, Albert Einstein, Kiera Knightley, Orlando Bloom, Tom Cruise, Leonardo da Vinci (bukan Leonardo diCaprio), Pablo Picasso, Cher, John Lennon dan banyak lagi r pendek kata.

















So notice bahawa fungsi otak ni memang berbeza antara tiap satu individu. Dont easily kata orang tu bodoh or what ever sewenang-wenangnya sahaja. Sebab ada orang yang korang kata bodoh tu mungkin jauh lebih pandai dari korang or dia sememangnya bodoh. Hmmm

Anugerah Seri What?

Aku bukanlah seorang lelaki yang suka layan rancangan anugerah-anugerah ni. Sejujornya ia adalah antara rancangan yang cukup membosankan sebab just tengok artis-artis berlawan ngan pakaian yang paling mahal ngan stail tak lebih kurang cam Lady Gaga dan menerima hadiah yang mostly kita dah boleh jangka awal siapa pemenangnya. Hmmmm..


Last few day ada satu rancangan anugerah ni. Even aku tak tahu pun rancangannya ialah pada malam tu. Then bila ada family member yang tanya dan aku jawab mereka langsung cam tak pernah dengar pun tentang anugerah tu. So aku check google r tentang anugerah ni. Rrupanya ia dah ditayangkan since 1972 dan entah kenapa malam tu aku tengok (setengah jam sahaja sebab terpaksa sebab emak aku nak tengok gak) ia seems masih berada cam pada tahun 1972 dan tak berubah langsung. Ngan pentas, muzik tema, video cam erk jer.

Beberapa soalan jujor dari aku yang aku nak korang jawab ngan jujor:
1) Kalau korang diberi pilihan untuk bekerja di stations di Malaysia then korang pilih akan pilih:
a) RTM
b) Media Prima
c) ASTRO
d) So desperate nak kerja dan tak peduli apa-apa stations sekalipun

2) Kalau korang nak jadi artis realiti then program mana korang akan joins:
a) RTM: Bintang RTM, Pilih Kasih etc
b) Media Prima: One In A Millions, Malaysian Idol etc
c) ASTRO: Akademi Fantasi, Raja Lawak etc
d) So desperate nak popular dan tak peduli apa-apa stations sekalipun. 

3) Berita dari stations mana yang korang paling percayai?
a) RTM: (tak tahu nama berita)
b) Media Prima: Buletin Utama etc
c) ASTRO: Awani 7.45 etc
d) Tak peduli apa-apa stations pun



















So what ever jawapannya sekalipun aku yakin korang faham makna apa yang cuba aku sampaikan kali ni kan? Sebab matlamat tahun baru aku tak nak mengata sesapa lagi so that it. Hmmm.. Tak bestnya

Friday, February 18, 2011

Main Punggong

Aku ada seorang kawan lelaki yang sangat fanatik ngan perempuan yang mempunyai pungging yang besar. So satu hari tu dia cerita r ngan aku yang dia jumpa sorang girl yang cantik plus ngan asset kegemaran dia: with BIG ASS. Aku just dengar cam tu je r sebab aku bukan sorang yang as maniac as dia ngan fanatik pada BIG ASS. Sehingga r satu hari aku dan kawan laki tu terjumpa ngan that girl yang rrupanya kawan aku gak yang sekarang ni dah jadi selebriti yang selalu kuar kat TV. Siapa dia? Biar mereka-mereka tertentu sahaja r yang tahu. Wakaka

Untok orang2 yang kenal aku pasti tahu dan buat yang tak tahu then aku nak bagitahu korang yang aku ialah seorang lelaki yang mempunyai asset punggong yang agak kecil. Aku klasifikasikannya as agak kecil sebab aku pernah jumpa kawan lelaki yang tak punya punggong langsung (tipu r kalu tak ada langsung kan?) sebab bila dia pakai what ever seluar it seems tak ada bonjolan langsung membuatkan aku terfikir: kalau dia tak pakai tali pinggang then seluar dia tak akan ada tempat nak berpaut. Simpati kan? Hmmm..

Dan my GAY cousin pernah kata yang punggong aku cam jelly aka tak pejal berbanding punggong dia. Mungkin sebab punggong dia dah banyak aktiviti 'keluar-masuk' berlaku kot mengakibatkan ia jadi lebih keras berbanding aku. What so ever r about that. Wakaka.

Sejujornya aku kata yang aku agak jeles pada lelaki yang mempunyai punggong yang besar dari saiz punggong aku. Bukan sahaja ia akan nampak cool bila pakai what ever seluar and lebih penting mereka akan rasa tak sakit each time dudok di mana-mana tempat yang keras. Korang tak paham? Sebab aku mempunyai punggong yang agak kecil then each time aku dudok kat seat kayu or besi or even dudok kat lantai then tak lama pass tu akan sakit. Rasanya cam tulang punggong aku dah menyentuh permukaan seat tu. Sakit wei

Akibatnya aku terpaksa letak cushion kat seat tu then baru okey rasanya. Hmmm..



















So korang ada petua cara nak menambahkan isi pada punggong aku? Or Me, ada petua nenek kebayan untok bahagian ni tak? Hmmmm

Wednesday, February 16, 2011

a Photographer

Tengah layan-layan blog ttiba jumpa maklumat dalam bentuk grafik ni dari blogserius. Menarik sangat berdasarkan situasi yang berlaku hari ni dengan berleluasa.


Im not kata semua tapi kalau dah terasa then nak salahkan sapa? Monyet ker nak disalahkan sebab nak gak makan cili walau dah kena halang leh sang kancil?












hmmm

Sunday, February 13, 2011

Being Normal Human

Recently aku agak fanatik ngan British Series: Being Human berkaitan dengan 3 watak utama sepasca-orang vampire, seekor werewolf dan sejenis hantu (penggunaan penjodoh bilangan yang cukup aku tak tahu untuk gambarkan makhluk selain manusia) yang cuba hidup penuh cabaran dan dugaan semata-mata nak hidup as manusia biasa. Cuma cerita ni tak ada kaitan dengan watak seorang gadis yang keliru either nak fall in love with a vampire or werewolf r. Hmmm...


Watak kartun klasik bagi aku yang sesuai dengan diri aku ialah Pinocchio. Walaupun aku cukup pandai dalam menipu (thanks goodness hidung aku tak bertambah mancung aka panjang each time Im doing it) tapi ia berkaitan dengan se (apa penjodoh bilangan untuk boneka kayu yang hidup r?) boneka kayu yang hidup yang try it best to be a real boy. So The Blur Fairy bagitahu ia hanya perlu jadi budak baik. So that is the price for a wooden puppet to be a real boy. TAMAT

 
Cuma life r not as easy as classic cartoon: a beautiful princess cuma perlu tidur beberapa tahun semata-mata nak tunggu seorang a prince charming datang untuk bagi ciuman then selluruh kingdom akan bangun kembali or tunggu fairy mother untuk tukarkan labu jadi kereta, tikus jadi kuda dan pakaian jadi gown cantik semata-mata untuk pergi ball dan jumpa ngan putera idaman jer or kita hanya perlu teka nama Rumpelstiltskin dengan betul then we will live happily ever after.

When Taylor Swift kata life was a fairytale then everybody know it wasnt true. Kalau hidup ini sememangnya seindah fairytale then maka tak akan wujudlah nama-nama cam Maria Ozawa dan barisan porn star lain dan adult video mereka sekarang ni sebaliknya mereka akan hidup berbahagia ngan prince charming mereka r sekarang ni kan?

Wookey aku rasa aku dah terlebih mengarut dah ni. What my point is rite now ialah most of the time kita terlalu banyak menonton Disney'movies or what ever movies including porn too much sehingga mengakibatkan girls mengharap akan dapat boyfriend or husband yang romantis as dalam filem dan package sempurna ngan muka pasca Brad Pitt ngan 6 packs abs. Dan guys plak fikir nak FUCKS all hot babes kat sofa, toilet, bilik mandi, dapur ngan fantasi SEKS yang terlampau yang tak masuk akal.
.
.
Realitinya: Dude, tengok kiri kanan korang. There are no such thing as lelaki cam Brad Pitt or hot babes as Maria Ozawa yang terlalu sempurna untok korang. Kiri kanan hanya ada lelaki yang perut boroi (aku r tu) dan perempuan penuh jerawat dan seribu satu tak sempurna. Itu menjadikan kita manusia: we r not perfect so itulah kita.
















Teringat satu English novel title Stones From The River by Ursula Hegi, ada satu watak dalam cerita tu. Dia tak normal. Dia lahir as seorang wanita kerdil. She keeps believe that one day a miracle will happen yang akan menjadikan dia tinggi dan normal seperti wanita-wanita lain. But realitinya kita semua tahu there are no such miracle as that will happen kan?




















Aku terlalu banyak bermimpi. I cant never ever be normal. Will never ever. Hmmm...

Friday, February 11, 2011

Siri Bercakap Dengan Jin

Korang pernah dengar tak tittle buku bertajuk "Siri Bercakap Dengan Jin" tak ? Kalau korang hidup pada era kanak-kanak aku dulu ia adalah antara sumber pembacaan disamping ilmu pengetahuan tahyul kira setanding dengan buku TWILIGHT bacaan kanak-kanak sekarang yang seusia kami dahulu lah. Cuma tak ada watak seorang perempuan yang keliru either nak jatuh cinta ngan vampire r werewolf r. Hmmm...

(Does cover buku ni cam muka Squid dalam series cartoon SpongeBob ek?Sapa tiru sapa r ni)

Kami ada beberapa koleksi buku tu masa kecik dulu. Semuanya own by UDA, my second brother. Entah kenapa dia sangat suka buku tu dan kami sangat suka membacanya. Mungkin sebab life as anak polis kurang mencabar so we need bahan bacaan yang boleh menambahkan pengembaraan imaginasi liar kanak-kanak kami disamping bermain ngan anak-anak polis lain di area flat polis kami jer.

Walaupun secara logiknya buku-buku ni sangat tak mengalakan idealogi modal insan yang baik dalam masyarakat sehingga mengakibatkan kami jadi takut on certain thing sebab percaya ada benda punya saka, puaka, hantu, jin etc makhluk ghaib. Tapi secara tak langsungnya ia menjadikan kami as kanak-kanak leh start  menanam sifat rajin membaca (walaupun tak punya ciri sastera yang elok) dan menimbulkan tahap imaginasi yang baik untuk masa depan mereka. Hei, that book antara penyumbang yang menghasilkan aku dan abang aku hari ni.




Semua berkaitan siri bercakap dengan jin ni start timbul tadi masa aku tengah download 1 system ni dari internet. Kemudian aku teringat satu novel English yang aku pernah baca yang aku tak pasti tittle dia. Then aku nak tanya korang: korang pernah baca agreement or syarat-syarat yang tertulis kat mana-mana laman web tak before korang nak download. Sebab majoriti kita just agree, tekan next, next and finish tanpa terdetik nak baca sebaris demi sebaris agreement and syarat-syarat yang tertulis sana.

Sebab kat novel yang aku baca tu tertulis ayat yang buat kita terfikir gak r: what if dalam perjanjian tu tertulis mereka akan jual soul kita kepada setan or what ever agreement yang akan buat kita jadi menyesal tak pernah terfikir nak baca before agree dan download.














Hmmm..tak masuk akal tapi tak menjadikan ia mustahilkan? Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Wednesday, February 9, 2011

Makanan Exotik

Apa makanan yang paling exotik yang korang pernah makan? Kalau korang setakat kata sate arnab, telur burung unta or seangkatan tu rasanya belum tahap exotik sangat r. Or kalu korang jawab kerang, siput sedut or seangkatan then itu kategori makanan erotik aka makanan menaikan nafsu shawat. Then teringat sorang kawan aku pernah makan BIAWAK MASAK KURMA: membuatkan aku terfikir tentang haiwan berkepala dinosour tu berkolaborasi ngan masakan selalu makan masa raya bukanlah dishes yang aku akan cuba.. Hmmm..


Since previous years ramai pelancong asing dari serata tempat di dunia datang ke kampung aku. Bukan nak jumpa aku tapi sebab kampung aku sekarang dah ada homestay. Ada dari Amerika, ada dari Brazil, ada dari China, ada dari Jepun etc. Tapi antara pelawat yang paling kerap ialah dari Korea. Walaupun aku suka layan cerita Korea tapi sepatah haram aku tak pernah faham ayat yang keluar dari mulot-mulot beliau itu. Tapi nak dijadikan cerita ni aku dan ALONG aka abang aku selalu r bukan lawak berbaur separa racism bila tengok diaorang ni.

Lawak tu berbunyik sebegini r: 
Musti pelawat dari Korea hairan dan geram setiap kali berada kat kampung kami ni. Kampung kami ni bukan sahaja cantik pemandangan ngan gunung ganang, pantai, hutan etc malah masyarakatnya sangat berbudi bahasa sebab membiarkan makanan berkeliaran  di jalan raya. Makanan  di sini merujuk kepada kucing dan anjing yang banyak di kawasan kampung kami. So kami tambah lagi jika suddenly kucing peliharaan jiran kami hilang masa tu then tahu r siapa yang ambik dan kat mana kucing tu berada waktu tu. 

Buat yang tak faham lawak ni: Dude, Korean eat cat and dog aka cat and dog are their foods. Tamat.







Realitinya motif aku kuarkan post ni bukanlah untuk cerita tentang biawak masak kurma, kucing masak barbeque, anjing  masak merah or what ever makanan pelik-pelik tu. Tapi sebaliknya tentang makanan apa yang korang pernah makan dan korang sangat rindu nak rasa benda tu lagi walaupun realitinya makanan tu berlambak kat kedai makan kat luar tapi rasanya tak sama cam apa yang korang pernah rasa dulu.

Tapi aku makan nasi lemak yang dibawa balik oleh ANGAH, my sis dari tempat kerja. Sejujornya nasi lemak ialah antara makanan yang aku suka makan tapi each time aku kat kedai makan then percaya r yang aku tak akan order nasi lemak. Entah kenapa bila masuk bab makanan ni aku ialah seorang yang sangat pemilih. Sebab sekarang ni bila makan nasi lemak kat kedai-kedai rasanya bukan cam nasi lemak yang dah disetkan dalam kepala hotak aku.

Nasi lemak yang ada kat kedai sekarang ni ada yang nasinya tak ada rasa lemak, ikan masinnya tak masin, sambalnya penuh minyak dan tak pedas or sikit sangat, dan serubi satu tak kena. Lebih SUCKS bila semua dah cam okey  ttiba service kat kedai tu plak yang cam SIAL.

Cuma part yang bagi aku tak best yang selalu berlaku pada aku ialah apabila aku ttiba teringin nak makan sesuatu. Contoh cam last few week aku ttiba nak makan banyak benda yang dah lama aku tak makan iaitu Nasi Ayam, Mee Jawa, Rojak Ayam, Mee Kolok dan Nasi Ayam Penyet. So pergi satu kedai ni dan order r. Bila dah sampai duh rasa itu tak kena r, rasa ini tak kena r, sup rasa air kosong r, kuah rasa ajinomoto jer lebih, ayam sangat kering etc. Then try kat kedai lain rasa tak best gak sehingga aku give-up nak cari kedai tersedap ni.

Bila aku kata kat kekawan yang aku most refer lepak and makan kat Fast Food Restaurant then ada r kata yang aku ni belagak tak nak makan kat kedai-kedai biasa. Bukannya apa sebab rasanya tak cam apa yang aku nak. Ia lebih kepada rasa AJINOMOTO yang SESEDAP RASA cam tu jer. Makan itu ajinomoto, makan ini ajinomoto dah rasa cam suap ajinomoto dalam mulut jer. Bila fikir-fikir balik ada ke tak sekarang kedai yang masak guna ramuan asli tanpa ajinomoto ek? Rumah aku tak guna benda tu r...






Dalam otak aku ada set 1 rasa ni: rasa makanan yang sedap yang sepatutnya.











Tapi nak tak nak kena akui yang nasi lemak tersedap yang pernah aku makan mestilah EMAK aku yang buat sebab sambal ikan bilis yang emak aku masak tu sangat-sangat pedas dan boleh ditambah tanpa had. Dan Ayam Masak Merah paling sedap plak dimasak oleh my aunt: UDAK. Hmmm...

Friday, February 4, 2011

Adik Ipar

Kalau ko fikir post kali ini ialah disebabkan adik aku akan kahwin then korang salah sebab aku adalah anak bongsu dalam family then aku tak akan ada adik (melainkan ini ialah drama Melayu di mana bapak aku ada anak lain ngan isteri muda yang berkahwin rahsia) so automaicallynya aku tak akan ada adik ipar. Hmmm..

(poster yang langsung tak ada kaitan ngan post kali ni. Hmmm)

One thing yang tak best jadi anak bongsu ialah sebab tak ada sesiapa yang nak dibuli. Aku ada 2 abang dan kakak yang baik dan dalam masa sama suka buli aku masa kecik-kecik dulu. Tapi bila dah besar, satu persatu tinggalkan rumah so tinggal aku sorang sahaja di rumah doing nothing. At that time pun belum ada cd player or internet so tak ada cara terbaik untuk layan BLUE tak semudah hari ini. Nak baca buku plak aku agak pemalas bab belajar di rumah.
.
Ingat aku masa aku umor 10 tahun dulu parents pernah ada plan nak adopt anak angkat disebabkan ada sorang family ni punya anak yang banyak (akibat tak pernah dengar istilah perancangan keluarga, kondom, pill pencegah kehamilan dan etc kot). So masa dia dah mengandung tu kami memang dah nak ready gak r tapi ttiba bila dah beranak suddenly si emak sayang plak nak bagi budak laki tu sebab kata budak tu chomel plak. So that the end of the story. Kalau tak musti sekarang rumah dah sangat bising sebab aku akan sumpah seranah pada dia sebab dia selalu curik collection BLUE aku, kaki curik barang, kaki penipu, dia keluar malam balik lewat pagi, ada sorang girl datang rumah claims anak dalam kandungan dia milik adik aku or worst case scenario: dia belajar universiti lebih hebat dari aku, dia dapat kerja lebih hebat dari aku, dia dah beli kereta besar sekaligus menjadikan aku seorang abang yang looser sebab masih menganggur sehingga sekarang. Hmmm...


Sejujornya aku rasa mesti best sangat kalau aku ada adik. Sebab aku ada 2 orang abang dan kakak yang sangat hebat. I wanna be a great brother to someone as apa yang abang-abang dan kakak aku pernah buat great thing pada aku. 


Tapi sejujornya jugak aku lebih yakin kenapa tuhan tak takdirkan aku ada seorang adik. Aku bukan seorang abang yang baik then aku hanya akan menjadikan adik aku jauh lebih rosak berbanding aku. Aku akan masukan idealogi yang pelik-pelik dalam otak dia. Aku akan ajar dia perkara yang pelik-pelik. Walaupun niat aku baik tapi penghubungnya tetap sama. Sama seperti bila aku berkawan ngan beberapa budak 'baik-baik' dari Fakulti Pengajian Islam tu sehingga lama kelamaan mereka pun jadi rosak sebab aku ni memang sediakala racun perosak. Hmmm..







Last few month aku pernah keluar ngan sorang cousin aku yang aku dah lama anggap dia as adik. She still in early 20: pada usia yang dia akan anggap setiap cinta yang dia jumpa as cinta sejati sehingga kalu ada monyet yang gunting rambut cam TOMOK pun dia akan kata as kacak. Dipendekan cerita parents dia and even seluruh ahli keluarga yang pernah jumpa that boy pun akan kata tak suka. Budak lelaki tu pulak memang muka sebijk cam TOMOK (erk), umur yang sama, ngan mentaliti otak yang sama, baru kerja dan cousin aku yang sedang dalam hati ada taman tu ngan ayat bunga-bunga cerita hal kahwin, jodoh, cinta sejati, halangan keluarga etc.

Hari ni tadi aku jumpa budak tu ngan cousin aku. Aku memang tak suka budak tu. Tapi kalu aku kata aku tak suka pada cousin aku then dia tak ada sesiapa lagi yang dia leh share if anything happens. I needs to be her ear ketika family lain menentang. 


Aku tahu yang cinta tu bukan cinta sejati untuk dia. Lepas tu dia akan jumpa other guy dan other guy lagi dan lagi dan lagi. And that TOMOK look a like guy terlalu budak kecik yang tak matang and know nothing melainkan teruja nak FUCKING anak dara orang then gelabah bila perut budak tu membuncit.







Some wise guy ada kata: cara terbaik untuk mengajar budak berenang ialah dengan membiarkan dia lemas sebab automatically dia akan tahu berenang sendiri. Cuma kebarang kalian untuk dia mati lemas pun besar jugak kan?









BTW aku tak pernah belajar kebarangkalian masa sekolah dulu sebab masa tu aku accident dan cuti 2 bulan. Hmmm..

Thursday, February 3, 2011

1

Tengok BULETIN UTAMA: ada seorang lelaki akan didakwa di mahkamah atas satu sebab: dia bersuara.
video
Are we allowed to speak if there are something wrong with the systems?














Or kita perlu tunggu sehingga kita jadi cam what happen kat mesir?

Tuesday, February 1, 2011

Once Open a Teddy Bear

Aku ada beberapa imaginasi pelik yang kalau aku kata semuanya then korang pasti akan kata aku sangat PELIK aka FREAK (realitinya banyak gak aku dah share pada orang ramai sebab aku sangat suka cerita kelemahan diri sendiri). Antaranya aku pernah untuk satu tempoh yang lama tak berani tidur atas katil yang ada open space di bahagian kiri kanan depan belakang sebab aku sangat percaya ada GREEN BAD MONSTER yang diselubungi GREEN FUNGUS live under my bed. Even sekarang pun aku masih percaya benda tu lagi. Hmmm...


Then selain tu something else perangai imaginasi yang aku tak pernah dapat buang sehingga sekarang: aku percaya each of my stuff (of whose ever stuff) yang ada mata dan mulut each time kita tak ada dalam bilik or kita keluar gi mana-mana yang kita tak ada masa tu then mereka sebenarnya hidup dan berkomunikasi sesama mereka. Ya ya ya.. korang ketawa r besar-besar then kata r aku ni gila etc suka hati aku r nak caya benda tu.
Mungkin semuanya pengaruh TOYS STORY or what ever cerita cartoon yang aku tonton or something happen masa aku kecik-kecik dulu masa demam panas ker or tertelan ubat gegat ke sehingga sekarang ngan lepasan IJAZAH pun masih percaya that such thing. Lawak kan?

Or may be ada satu event ni r masa kecik-kecik dulu. Masa tu kami masih duduk di FLAT POLIS BINTAWA. Di rumah masa tu ada satu doll ni r. May be own by ANGAH, my sis sebab dia satu-satunya girl dalam keluarga masa tu. Tapi disebabkan ANGAH kurang ciri keperempuanan masa tu (hmmm) so doll tu jadi sangat doll abuse ngan mata tercabut, rambut separa tercabut, conteng sana sini dan pendek kata ia jadi one thing yang sangat MENAKUTKAN. Bila tengok then aku garenti korang pun akan goosebumps dan nightmare malam-malam. 

So kami decide buangkannya ke dalam longkang. After that kami pindah beberapa tempat sehingga beberapa tahun kemudian di rumah sorang aunt kami ni. One of my cousin, AYU datang ngan parents dia. Kat tangan dia bawak 1 doll yang sebijik sama cam dolls yang kami pernah buang dulu. It seems ia hidup dan nak balas dendam. Kira cam CHUCKY dari CHILD PLAY yang nak revenge jer. TAMAT.

Then korang ngan penuh kebenggongan bertanya "So what happens then? Ada sesiapa yang tercedera or terbunuh ker?" Aku tengok ko ngan simpati sambil jawab "Kalau aku terbunuh then siapa r yang tengah menaip blog nih?" So korang pun mengangguk2 pura paham. Hmmm..















Hari ni tadi aku jalan-jalan masa tengah tunggu sorang kawan ni. Then tengah survey-survey baju ni mata aku meliar pada satu objek ni: bukan that haunted doll from my previous nightmare tu tapi satu teddy bear. Entah cam di possess aku terus ambil dan bayar di kaunter tanpa peduli harga dia. There something with that stuffed toy. Pada matanya. Pada mulutnya. Pada posisi badannya. It seems ia nak bagitahu something: Im been abandon by my master. Can you be my new master?









Hmmmm... Aku dah GILA...