Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Sunday, December 21, 2014

Married & Uninvited

Situasi:
Jalan-jalan kat shopping mall dan jumpa sorang kawan. So berlaku dialog:
Aku: Hi, lama tak jumpa. Tak terlambat lagi kalau aku nak wish selamat pengantin baru kan?
Dia: (ketawa) Terima kasih. Apsal tak datang hari sanding aku tu?
Aku: (buat-buat ketawa) Kau nak dengar jawapan jujur ke jawapan ambik hati?
Dia: Jawapan ambik hati?
Aku: Sorry, kebetulan hari yang sama cousin aku kahwin kat _____ (satu tempat jauh ni) so aku tak dapat nak datang ke dua tempat serentak ar.
Dia: Jawapan jujur pulak?
Aku: Kau tak jemput or hantar kat jemputan or apa-apa khabar angin nak kahwin dan tiba-tiba je dah keluar gambar kau bersanding atas pelamin kat FACEBOOK dan suddenly bila jumpa kau tanya kenapa aku tak pergi ke wedding kau? 

Awkward moment pun berlaku




Kesimpulan:
Aku tahu ada masanya budget kau tak besar so tetamu yang dijemput memang ngam-ngam dengan makanan yang ada or kau terlalu excited nak kahwin sehingga terlepas pandang nak jemput aku or kau dah hilang nombor phone aku dan dalam masa yang sama kau hilang ingatan sehingga tak ingat rumah aku kat mana dan dalam masa yang sama kau lupa  yang kita ialah friend kat FACEBOOK so kau tak dapat nak bagitahu aku or atas apa-apa sebab sekalipun tolong ar jangan tanya soalan macam tu. Or hanya sebab kau dah kahwin so dengan mudah kau keluar soalan plus statement "Kau bila lagi nak kahwin? Kau memilih sangat ar.. bla bla bla" Seriusly aku sepanjang masa sedaya upaya tak nak jadi kurang ajar or kalau kebetulan waktu kau tanya soalan tu masa aku tengah pegang benda tajam or benda tumpul yang mampu mencederakan then aku akan pastikan kau tak akan mampu menghasilkan zuriat or kencing sekalipun. 




Just jadi macam orang-orang lain sebelum ni yang buat-buat macam tak ada apa-apa yang berlaku.  Trust me, Im okey with it. Hmmm..

Thursday, December 12, 2013

By Choice of By Force

Tadi kawan lama SMS, then terjumpa kawan yang dah tak jumpa 3 tahun, last 2 weeks gi event kawan kawen dan jumpa beberapa orang kawan. Soalan tipikal yang ditanya: Apa kerja sekarang..? Dah Kawen belom..? Membuatkan aku rasa nak gantung je kat leher jawapan kepada FAQ tu semua. Malas dah senyum-senyum dan keluarkan jawapan yang sama je sepanjang masa.. Hmmmm..


Buat mereka yang dah kawen or in relationship yang tanya aku dah kawen ke belum, teringin je aku nak jawab: Kau agama apa ek..? Tuhan kita sama ke..? Kalau agama kita sama, tuhan kita sama then kenapa kau persoalkan aku tak kawen-kawen lagi..? Kau persoalkan kuasa tuhan ke sebab bagi jodoh kat kau dan tak kat aku..? Or mungkin kau fikir sebab kau jumpa pasangan kau masa umor kau 22 dan kawen pada 24, ada anak pada umor 25 so kau expect yang semua orang patut melalui frasa yang sama pada usia yang sama cam kau gak kot. What if kalau orang lain bermadu pada umur 27 dan bercerai umur 30 then kau pun nak ikut frasa tu jugak...? Patut lah negara kita makin mundur. Sebab bagi peluang pada orang kolot macam kau mengundi. Hmmmm..


Buat mereka yang asyik tanya aku kerja apa sekarang ni then aku teringin je nak jawab: Kau kerja apa sekarang ni..? Cikgu..? Ooo kau mesti antara salah seorang daripada ribuan siswazah yang melambak yang apply beberapa kerja tapi kena reject sebab kau tak milikki apa-apa yang diperlukan company tu. So kau gave up sebab kau jeles tengok orang lain dah ada kereta sendiri, rumah sendiri dan awek kau dah bising sebab kau tak ada duit untuk masuk meminang. So satu-satunya pilihan yang kau ada ialah jadi cikgu. Itupun bila dah mengajar kau masih lagi bising-bising kat FACEBOOK kata kerja cikgu banyak lah, gaji tak berbaloi ar, masa tak ada untuk keluarga lah, bebanan kerja melambak. Ooo shut up, man..!! Itu baru kerja pertama kau seumur hidup dan kau boleh kata yang kerja tu paling hazab..? Kau ialah kaki tangan kerajaan yang sangat spoil lah..  





...





Seriusly aku tak marah pun pada kawan-kawan yang bertanya. Mostly mereka sebab dah lama tak jumpa dan nak tahu perkembangan terkini. Dan dua soalan tu ialah soalan yang mesti tanya sama standard macam soalan 'Kau dah makan..?' or 'Hari ni panas ar..!!'. Bukannya mereka nak jatuhkan sesiapa pun. Cumanya.. itulah ada sorang dua yang rasa sebab diaorang dah kawen, ada anak sorang dua or ada kerja dan boleh beli sebijik kereta ngan sebijik rumah so mereka rasa orang yang single dan jobless tu sebagai useless or tak mengecapi keindahan dunia. Ooooh shut up..!!







Kalau kau beriman pada tuhan yang sama aku beriman then kau kena terima hakikat yang jodoh, pertemuan dan apa-apa cabaran dan dugaan itu ialah atas kehendak Dia. Jangan ar sesekali kau rasa kau dah cukup bahagia sebab ada suami kacak Aaron Aziz dengan anak secomel Mia Sara or ada kerja cikgu yang gaji naik setiap tahun or jadi pengurus kat company besar tu dah menjadikan kerjaya kau stabil habis. Tuhan tu Maha Kuasa. Ketika kau makin lalai dari menggingati Dia then dia bagi kau satu kemalangan yang buat kau hilang kaki. Akibatnya suami kau cari isteri baru dan bawak anak kau sekali. Boss kau lak terpaksa lepaskan kau sebab kau dah tak dapat buat kerja macam org yang ada kaki. Insya-Allah waktu tu kau akan ingat Dia balik dan kau sedar yang ketika kau single and jobless akan buat kau ingat pada Maha Pencipta semula.


Tuhan bagi ujian berbeza pada setiap orang. Mungkin tak ramai yang sedar, dugaan yang kawen tu jauh lebih besar. Kau fikir ada bini dan buat aksi 18SX setiap malam Jumaat tu nikmat ke? Or kau fikir ada anak comel plus suara merdu then masuk rancangan realiti dari kecik sampai dewasa tu anugerah ke..? Tunggu hari pembalasan nanti bila masuk part tanggungjawab dan amanah then tengok part isteri tak sembahyang, anak perempuan dedah aurat, anak lelaki peluk bini orang etc. Or kalau kau tak dapat tengok part akhirat then tengok part dunia je. Kau nak bayar hutang kereta, hutang rumah, hutang PTPTN, bill anak sekolah, bill pengasuh, bill letrik, bill air, minyak kereta, perubatan etc. 



Then kau persoalkan "Kiranya kau nak bandingkan yang hidup single ni mudah dan tak perlu keluarkan banyak duit ar..?"

No.. Im not, mak cik. Tuhan bagi ujian berbeza. Mungkin kau hanya nampak part yang best-best jer tapi sentiasa ingat yang tuhan bagi dugaan yang mampu ditanggung oleh umatnya sahaja. So mungkin kalau kau berada ditempat aku then kau hanya akan termenung sehingga kemurungan dan tak mampu tersenyum sambil menari di khalayak ramai tanpa peduli orang kata pun. Hmmmm










Bak kata orang: Kalau ingat tuhan masa miskin, sakit, susah tu perkara biasa ar sebab mostly masa senang, kaya tu memang dah tak ingat tuhan ar. So persoalkan diri sendiri tu macam mana...

Saturday, October 19, 2013

Facebook Yang Meng-Annoying-kan

Setiap hari aku mesti buka FACEBOOK at least sekali. Bagi aku FACEBOOK ialah satu medium untuk aku dapat tahu tentang persekitaran aku dengan cara terpantas. Sebab kalau nak cari kat google then kena search satu persatu. Leceh so FACEBOOK boleh dapat tahu apa yang berlaku kepada kekawan aku sama ada mereka masuk hospital, kawen, ada anak, dapat kerja baru sehingga kepada isu trending semasa macam kes bini Mat Yo serang pak guard, apa teknologi terbaru gadjet aku suka bla bla bla. Tapi bagi aku cukuplah aku bukak FACEBOOK sehari sekali je sebab most of the time aku menyesal sebab dah terlog-in dan terbukak benda alah nama FACEBOOK ni. Hmmmm..


Aku rasa orang kita sekarang ni tak faham matlamat sosial network ni. Aku tak adalah kata yang hanya benda penting je boleh dipost. Cuma jangan ar post setiap perkara yang terlintas dalam otak kau. Kau nak tidur, kau post. Perut sakit, kau post. Tak tahu nak masak apa pun kau post. Sekurang-kurangnya simpanlah sebahagian emosi dan benda dalam otak kau tu dalam diri sendiri. Tak perlu ar share kepada semua ahli dunia. Ada masanya ia hanya menjadikan kau as bahan lawak orang je. Akibatnya FACEBOOK dah macam pusat longgokkan sampah. Hmmm..


Aku annoying recently pada gambar-gambar yang makin banyak dalam FACEBOOK  Salah satu ni mungkin disebabkan oleh rakan-rakan seusia dah melalui frasa-frasa lain. Dari single then kawen dan ada anak. Bermula dari gambar pasangan masa dating, keluar makan, dalam kereta, tengok wayang then jadi gambar masa majlis kawen dari sebelah lelaki, sebelah isteri, tukar baju itu ini then tukar frasa gambar baby, umur seminggu, umur sebulan, setahun bla bla bla. Akibatnya setiap hari gambar-gambar yang lebih kurang sama je yang aku tengok. Memula memanglah nampak comel. Lebih-lebih lagi parent yang baru kawen dan dapat anak pertama then mesti excited habis cumanya longgokkan gambar tu semua membuatkan aku rasa 'I dont want to live on this planet any more..!!!'


Itu belum masuk kekawan yang baru kawen tak sampai 5 tahun asyik nak heboh-hebohkan betapa bahagianya perkahwinan mereka. So mulai ar upload post itu ini, post forward mesej dari ustaz itu ini cerita tentang rahsia perkahwinan, apa kesalahan suami selalu buat bla bla bla dan siap leh bagi nasihat kat kawan yang belum kawen lagi. Betapa mereka anggap usia perkahwinan semuda tu dah macam syurga. Duh, mereka tak pernah tengok rancangan Kisah Benar ke or buat research statistik penceraian ke..? Aku tak ar sampai doa korang ni bercerai berai, cumanya berpijak di dunia yang nyata ar. Jangan berfikiran macam budak lepas SPM yang anggap balaknya yang muka macam Tomok tu as cinta sejatinya dan bila parents tak suka so nanggis dan ugut nak bunuh diri. Hmmm..


FACEBOOK vs realiti. Korang pasti pernah jumpa orang-orang tertentu ni yang punya page FACEBOOK cukup ceria dan asyik upload post bahagia memanjang. Bagi nasihat tentang perkahwinan, upload gambar masak untuk suami dan anak-anak tapi in real life dia totally berbeza. Setiap hari pasti gaduh ngan suami, anak-anak jadi bahan caki maki, keluarga terabai. Membuatkan kita yakin yang FACEBOOK ni totally tak realistik.








Emak aku pantang betul kalau orang yang baru kawen 2-3 tahun dah leh kongsi rahsia perkahwinan. Dia kata usia tu tak tahu lagi apa sebenarnya makna sebenar sesebuah perkahwinan tu. Sebab masa tu semuanya nampak indah-indah je. Tunggu ar 10-20 tahun kemudian baru tahu apa yang sebenarnya berlaku. Hmmm 







As aku upload status berkaitan post ni beberapa minit lebih awal so aku dapat beberapa komen. Salah satunya: nak buat macam mana kalau FACEBOOK memang tempat untuk menunjuk-nunjuk bahagia. Dan aku dapat komen sama seperti yang dijangka. Simpati kan..?

Sunday, September 8, 2013

Typical Marry-D Scene

Kalau korang kaki filem then korang pasti tahu scene-scene tipikal macam kalau dalam cerita horror part dalam bilik mandi bila mamat or minah ni tengah cuci muka depan sink yang ada cermin muka then bila dia angkat kepala tetiba ada sorang makhluk bertopeng or hantu muncul kat belakang. Or sorang awek tengah duduk sorang-sorang kat rumah then dia dengar ada bunyi pelik kat basement so dia dengan berani nak turun sana sorang diri sehingga buat mulut kau sumpah seranah kata 'Kau tak pernah tengok tipikal cerita seram omputeh ke sebab kau akan mati bawah sana' Wait.., aku tiru ayat Zoey Deshanel on pilot episeode New Girl ar. Hmmm


Last 2 week aku dapat invitation tru SMS dari sorang kawan jemput aku gi wedding reception dia. Kami rapat sebab kami pernah kerja sama ar. Even kami cukup cepat rapat. First day aku lapor diri, x sampai 5 minit orang fikir kami dah kenal dari usia 5 tahun lagi. Chemistry antara kami cukup hebat. Aku selalu katakan yang faktor zodiak as alasan sebab aku Capricorn dan dia Virgo. Tapi realitinya sebab sebenar kami rapat ialah sebab dia perempuan yang tak macam perempuan. Perangai tak ada ciri-ciri kelembutan, jalan macam lelaki, muka gi kerja tak tacap apa-apa make up, mulut main lepas cakap bla bla bla. Btw nama dia Fiona. 

Disebabkan o perangai dia macam jantain so sepanjang masa aku label dia depan-depan as lelaki yang menyamar jadi perempuan. Dia pulak kata aku sebaliknya. Dia kata aku ialah perempuan yang menyamar jadi lelaki. So dia selalu sangat kata kat aku yang dia sanggup beli baju perempuan mahal-mahal ngan make up branded suruh aku pakai. Duh, janggut ngan misai aku ni apa? Dia fikir aku lekat pakai gam apa..? Walaupun aku kerja sama dia sekitar 3 bulan je tapi lepas aku berhenti kami masih lepak sama-sama lagi.



Bila dia kata dia nak kawen so aku x terkejut ar sebab dia dah lama couple ngan balak dia tu. Cuma yang selalu bermain di otak aku ialah.., Fiona..? Seriusly..? Tak ada perempuan yang betul-betul perempuan lagi ke kat dunia ni? Wakaka.



Mula-mula aku fikir yang aku akan duduk semeja ngan kawan-kawan kerja lama tapi tak. Dia tahu yang I got issues ngan tempat kerja lama so dia letak aku kat meja lain. Disebabkan aku tak ada pasangan so aku diletakkan kat meja lain ar. It not such a big deal ar. Sebab kawan dah jemput aku gi wedding dia so aku garenti pergi ar punya walaupun sorang-sorang. Sebab aku sangat teruja bila kawan kawen. 








So disitulah bermulanya scene tipikal tu. Korang mesti pernah tengok dalam filem bila ada sorang gi terpaksa gi sorang-sorang pada majlis kawen dan diletakkan kat meja yang lokasi tak strategik dan dia tak kenal sorang pun dan dia jumpa someone special. Even beberapa jam before turun rumah aku dah meletakkan perasaan macam tu. Wakaka.







Kalau ikut SMS, event start jam 6.30 pm. Aku Maghrib kat Petronas kat dengan hotel dan sampai sekitar 7.15 pm. Aku syak aku dah lambat so aku berebut naik hall tu. Lepas register aku gi meja nombor 9. Aku harap sangat yang meja tu kat belakang dan tersembunyi so aku tak nampak looser sangat gi majlis kawen sesorang TAPI... rerupanya itu ialah meja paling depan dan memang bersebelah ngan live band aka berdepan pulak speaker besar. Memang pekak telinga ar.

Tapi bila aku datang tu memang macam scene filem ar. Sebab dari jauh aku tengok meja tu cuma ada sorang girl duduk sorang dan entah kenapa feel aku berjalan macam slow motion ar sambil dalam hati aku main lagi Gila Monstraz: Let's Get Mary'd. So bila duduk terus aku start cakap-cakap ayat melankolik, buat-buat malu sikit ngan suara macho-macho tapi tak sampai 10 minit meja tu dah start penuh dan bising dengan suara-suara mereka dan buat aku rasa sangat awkward sepanjang event. 











Majlis tu berjalan dengan lancar dan meriah. Walaupun lokasi meja tu agak tak strategik dan aku tak mix well ngan ahli semeja tu but perkara yang buat aku terharu ialah bila aku dapat tahu yang meja tu rerupanya menempatkan kawan-kawan special dia. Thanks Fiona dan semoga berbahagia bersama suami plus jadi perempuan sebenar plezz.. !! Wakaka

Thursday, February 14, 2013

Roomate Nombor 2 & 4

Aku tak pernah melihat aku sebagai seorang kawan yang baik sehingga ada kawan yang kata cam tu (dan ia buat aku kembang hidung perasan). Kalau ko fikir aku akan cerita tentang 2 orang berbeza dalam post ni then kau salah sebab roomate aku nombor 2 & 4 tu ialah orang yang sama. Roomate pertama aku blah sebab join PALAPES so dia masok. Roomate nombor 3 lak aku hanya sempat berkawan kurang 2 minggu before kami berperang then dia masok balik jadi roomate nombor 4. This post ialah tentang Hanizam Opon.


Kami kenal masa form 6. Dia duduk dekat jer ngan aku tapi kami tak kenal masa sangat pun. Mungkin sebab aku quite anti sosial sikit masa form 6. Plus dia bukan berada dalam circle aku. Masa form 6 tu dia agak terkawal dan pendek katanya poyo ar. Tapi kebetulan kami ditawarkan masok universiti yang sama so that how kami jadi rapat. 

Pada masa universiti lak, sikap anti sosial aku makin terkikis but still aku jenis yang tak peduli sangat hal orang yang tak menjejaskan aku. Tapi dia lak jenis lelaki mulut manis yang mudah berkawan ngan sesapa. So dia ada banyak kawan tapi dia selalu gak bertandang bilik aku untuk share dan mengadu itu ini. Antaranya dia selalu sangat berharap dapat jadi roomate ngan aku. Yap, dia selalu ungkit bab tu. Alasan dia: we are both Sarawakian so leh jaga satu sama lain, leh balik Sarawak sekali etc. Hmmm..

Menjadikan thing between kami berdua ni ada aura cam magnet. Setiap kali kami tak jadi roomate then bad thing will happen to him tapi setiap kali kami jadi roomate then bad thing akan jadi pada aku. Waktu semester pertama (dia bukan roomate aku lagi) so dia main bola wakil kolej kediaman dan entah apsal satu petang ni bola terkena siku dan terkena rahang pipi. Tekanan yang kuat menjadikan tulang pipi dia termasok ke dalam sehingga pipi dia  cengkung ke dalam. Dia bukan main nervous terus jumpa aku dalam bilik. Kebetulan waktu tu aku puasa sunat so just minum seteguk dua air dan terus hantar dia gi Pusat Kesihatan dan buat first timenya aku naik ambulan gi HUKM.

Semester ketiga lak (masa dia bukan roomate aku gak) dia dudok bilik sesorang dan demam dia tak surut dan rerupanya dia kena sah denggi lak. Cuma kali ni dia kena hantar ke Hospital Kajang. For your information, Hospital Kajang ni ialah hospital utama tempat pesalah Penjara Kajang mendapat rawatan. So leh korang imagine kiri kanan katil dia ada pesalah ngan tangan digari pada katil dan siap ada pegawai penjara beruniform lagi. Aku rasa kalu aku jadi Ijam then mood sakit tu bertukar jadi mood takut lak. Hmmm..

Tapi pada semester 2 dan 4 lak masa dia jadi roomate aku then keadaan sebaliknya berlaku. Aku jenis manusia yang jarang demam. Tapi setiap kali dia jadi roomate aku then aku demam sejuk yang teruk. Hmmm..









Hanizam Opon ni seorang lelaki yang pendek (aku simpati pada lelaki pendek). Kalau perhimpunan sekolah dia antara paling depan dan aku lak antara paling belakang. Dia seorang yang kurang adventures. Jenis lelaki yang banyak fikir before buat sesuatu. Jenis yang suka berada dalam safety zone dia sendiri. Aku lak versi bertentangan. Masa belajar dulu aku jelajah Kuala Lumpur sorang diri ngan naik public transport itu ini, jalan kaki sana sini, lalu lorong itu ini, berhenti sana sini, sesat, jumpa penagih, jumpa hooker, jumpa pasar tersembunyi. Dia lak tak akan ke mana-mana sehingga ada orang yang benar-benar arif tentang satu tempat tu pergi bersama dia. Kami tak sama sebab tu kami mampu bertahan kot. Wakaka









Semalam kami bersms. Cerita itu ini. Tentang masa silam. Gelak ketawa. Kemudian dia kata raya nanti nak keluar jalan-jalan ngan aku. Raya terakhir dia jadi solo before tukar status jadi suami orang. Tahniah. Aku sangat happy bila kawan gelak ketawa kini dah nak jadi suami orang. Plus menjadikan individu yang bachelor dalam group kita makin berkurangan. Hmmm..














Sekarang dia dah 3 tahun rasanya menjadi cikgu. Aku lak dah setahun lebih menganggur. Im deserve it. 

Tuesday, January 29, 2013

Alasan Terbaek Kawen

Aku selalu sangat menegaskan bahawa kita-kita ni selalunya tak tahu kenapa kita perlu couple, kawen or ada anak. Mostly kita-kita ni just buat benda tu sebab atok-nenek kita buat, emak-bapak kita buat, orang dalam TV buat, kanan kiri orang buat so kita pun ikut jer lah. Ia semacam naluri semulajadi haiwan ketika musim mengawan lak: mereka tak tahu kenapa tapi mereka mesti buat. Hmmm..


Ada orang couple sebab tak nak jadi loner & looser or sebab tak nak kata dia tak laku or sekadar nak tunjuk bahawa dia pun leh dapat balak/ awek yang hot.

Ada orang kawen sebab nak ada orang jaga dia masa tua kelak (masok rumah orang tua please), or sebab parents dah bising suroh kawen jer memanjang or sebab dia anak tunggal yang perlu meneruskan generasi keluarga tu or  worst sebab kawen tu nampak dalam TV cam best lah sangat. Hmmmm..

Then ada orang yang ada anak sebab secara tak sengaja aka dah kawen so apa lagi: buat anak ar. So sebab tak tahu reason sebenar ada anak so start ar heboh-heboh kat FACEBOOK start dari minggu pertama mengandong sampai hari delivered, majlis sambut anak besar-besar melampau, waktu Maghrib berjemaah tengok drama Melayu kat depan TV satu family, kedian lama sikit anak dah 2-3 orang gi shopping then tinggalkan anak dalam kereta. Tub-tub hilang then heboh baru nak menyesal. Hmmmm..












Aku pada usia 28 tahun ni melihat perkahwinan sebagai sesuatu yang berkali ganda berat dan besar dari gunung yang tak mampu aku tanggung. Solat aku belum lagi sempurna untuk aku sendiri rasa puas then cam mana aku nak meraikan keindahan cinta aku dengan menjadi imam untuk isteri dan anak-anak aku kelak..? Sebab kalau aku gagal bab tu then cam mana aku nak menjawab depan tuhan penghujung hari kelak..?








Marry-D is not just about menghalalkan seks or untuk mendapatkan sorang baby comel jer. Ia tentang amanah dan tanggungjawab.













Or baca alasan terbaek untuk kawen dalam news paper ni lak: Untuk atasi masalah kekurangan pelajar.









Hmmm..

Monday, December 31, 2012

2012 Review

Dunia tak jadi kiamat pada tahun 2012, yap it is a good news. Dan malam tadi sempat lak TV2 mainkan filem 2012 yang memperlihatkan cam mana omputeh (plus mereka-mereka yang kaya) percaya walau kiamat berlaku diaorang still leh terselamat ngan teknologi moden diaorang. Btw post kali ni aku nak buat review tentang apa perkara besar yang berlaku pada aku sepanjang tahun 2012 ni. Hmmm..


1. JOBLESS
Disebabkan aku tak ada kerja untuk setahun ni so tak ada ar episode marah-marah kat boss or sumpah seranah kat rakan sekerja yang main palat kat belakang etc. But walaupun aku tak officially kerja tapi aku still ada gak pendapatan secara tak langsung ngan baki gaji lepas untuk memuaskan nafsu serakah aku untuk membeli dan belah. Hmmm..


2. SOCIAL LIFE
Disebabkan aku tak kerja gak so aku tak ada buat kawan tahun ni. Kalau ada pun setakat kurang 10 orang. Itupun diaorang sekadar aktif di FACEBOOK jer. Kawan-kawan yang sedia ada lak mostly dah kawen tahun ni or dah jadi emak or bapak budak so officially dah tak leh lepak lagi. Meanwhile bakinya aku gaduh ngan diorang sekaligus yang tertinggal cukup sikit. But still aku dan diorang-diaorang leh kuar lepak makan malam-malam. Tapi still tak seaktif dulu. 

Tapi ada 2 effect besar among kawan tahun ni iaitu Kasfalela Manja, seorang kawan suddenly masok hospital dan mostly lumpuh satu badan disebabkan oleh satu acute syndrome ni. Ia mengejutkan sebab sebelum ni dia cukup sihat dan happy go lucky tapi suddenly bila lawat dia kat hospital dia totally berbeza. Next lak bila ada sorang kawan yang cukup rapat bila kawen tak jemput aku dan aku hanya tahu melalui gambarnya kat FACEBOOK jer. Ia totally buat aku sedih dan down sangat-sangat ar. Hmmm..


3. BUKU
Once again sebab aku jobless so aku banyak habiskan masa aku either komputer dan buku jer. So aku agak banyak membaca buku tahun ni. Even bulan ni jer aku dah beli around 9 or 10 buah buku. 3 darinya aku berhenti tengah dan tak akan sambung lagi, 4 untuk anak buah aku dan 2 dah habis dan 1 bakal menyusul. Hmmm..

Bagi aku buku terbest untuk tahun ni ialah The Hunger Game oleh Suzanne Collins. Then korang kata: Seriously..? Yap, ia sebenarnya ialah sebuah cerita politik ngan idealogi yang cukup berat tapi disampaikan dalam penulisan yang ringan untuk pembacaan remaja. Plus kalau korang just tengok movienya then memang korang tak akan jumpa unsur politik tu ar. Cuma sekual demi sekual buku ni makin lame dan boring kecuali bab-bab terakhir pada buku terakhir: Mockingjay kembali menyengat ar. Hmmm


4. PSORIASIS
Aku percaya bahawa kehidupan ialah perjalanan mencari diri sendiri. Plus aku juga yakin bahawa aku masih lagi berjalan pada laluan yang dah ditentukan oleh Sang Pencipta untuk aku lalui. Contoh cam aku yakin tempoh setahun mengganggur tu bukan kosong dan sia-sia jer. Ia seperti kalau kita berjalan then ada masa kita perlu berhenti dan menoleh ke belakang dan tengok apa yang telah kita lalui dan lihat jika ada perkara yang belum selelai kita kerjakan or jika ada benda yang tertinggal.

Beberapa bulan terakhir ni aku dibukakan mata oleh tuhan melihat sesuatu yang aku tak tahu nak cakap cam mana. Aku suddenly jadi berani dan yakin untuk menunjukkan kulit aku kepada orang ramai. Sebab selama ni aku menyembunyikan kulit aku dari pandangan orang ramai ngan pakai baju lengan panjang all the time sebab malas nak handle perangai manusia yang pelbagai. Dan sekarang aku gi mana-mana aku just pakai t-shirt lengan pendek. Dan manusia masih lagi kekal prejudice sama cam dulu ngan kata-kata, pandangan dan diskriminasi mereka. Cuma kali ni aku tak ambik peduli.

Sebab aku adalah ciptaanNya yang berbeza dan jika kau menghina kulit aku yang tak sama cam kulit kau then kau sedang menghina Tuhan yang sama mencipta kau. Hmmmm..










Dan kesimpulan aku untuk tahun 2012 ialah: Berhenti mencari kesempurnaan dan kemudian kita akan sedar betapa setiap ketidaksempurnaan kita adalah cukup sempurna.











Walaupun aku bukan jenis manusia yang menyambut 1 Januari sebagai tahun baru tapi aku still yakin yang 2013 akan jadi tahun yang jauh lebih best dan mencabar. Hmmmm

Saturday, November 24, 2012

Kawan Kawen

Which one lebih suck antara:
a) Kawan kawen jemput kau tapi kau tak datang
b) Kawan kawen tapi tak jemput kau 


Aku tak suka pergi majlis kawen. Walaupun orang selalu kata aku selalu senyum tapi bagi aku majlis kawen punya mood kegembiraan yang melewah-lewah dan ia totally bertentangan ngan diri aku yang suram dan muram. Itu belum lagi masuk part mak cik-mak cik yang pakai baju ngan barang kemas yang terlampau-lampau. Dan tak lupa gak mesti ada sedara mara yang akan tanya "Aj, ko bila lagi..?Lamanya nak hidup membujang. Kawen ni best. Ada orang akan jaga bla bla bla" Hmmm..

As orang kata hanya 2 event yang akan menghimpunkan keluarga: perkahwinan dan kematian (aku lebih refer kematian) so bila it come part keluarga rapat so nak tak nak terpaksa gi gak. Cuma part yang paling tak best bila aku terpaksa gi majlis kawen keluarga jauh or kekawan bapak. Aku totally alien masa tu. Hmmmm...







Okey kembali kepada topik. Sekarang ni cuti akhir tahun sekolah. Almost 2 bulan ni aktiviti utama yang berlaku untuk golongan solo (or mereka yang nak tambah 2-3-4) ialah kawen. Rasanya untuk 2 minggu ni jer dah almost 10 orang gak kawan & kenalan aku kawen. Last week dan hari ni tadi ada 2 kawan yang jemput tapi 2-2 aku tak dapat datang sebab jauh dan aku tak ada transport. 

Jujor aku cakap kalau tak ada apa-apa masalah, aku memang akan datang. Even kalau ada event-event lain pun at least aku akan singgah sekejap. Tapi bila aku baru bukak FACEBOOK tadi tetiba tengok gambar majlis akad nikah sorang kawan ni. Esok mesti majlis sanding (aku curik-curik baca balasan post tu) tapi masalahnya aku tak dijemput pun.

Sedangkan kami kenal agak lama gak. Si perempuan dah 8 tahun mean while lelaki lak sekitar 4 tahun. Kami pernah lepak malam, dinner, buat xtiviti sesama, jalan raya sesama, gelak ketawa, share itu ini tapi suddenly bila kawen: aku totally tak dijemput.

Issuenya di sini adakah aku sorang yang sensitif tak bertempat...? Or mungkin dia just buat majlis kecik-kecik untuk family member saja tapi at least bagitau ar sebab aku faham. Sebab ada kawan sebelum ni yang pernah buat cam tu. Tapi masalahnya aku selalu jumpa diaorang dan tanya bila kawen or gurau-gurau kata kalau kawen jemput even kali terakhir tu baru bulan lepas still salah sorang kata tak rancang lagi. 

Aku tak ar marah. Terkilan jer. Cam sebelum tu ada sorang kawan buat majlis dan aku dapat tahu beberapa hari sebelum jer. Itupun secara tak sengaja bila kekawan lain yang dijemput tanya aku pergi ke tak so leh kumpul sekali then aku baru tahu dan baru ar kawan tu jemput aku. Waktu tu feelnya bercampur baur antara terkilan dan malu sebab dijemput secara terpaksa. Dia might be lupa (or sengaja) nak menjemput. So aku datang gak majlis tu atas dasar kawan.
















So selamat pengantin baru buat sesapa yang nak kawen. Hmmmm

Sunday, August 26, 2012

Suami Kawan Aku

Korang percaya tak pada statement bahawa seorang lelaki dan seorang perempuan boleh hanya berada pada tahap kawan sahaja tanpa melibatkan perasaan lain*..? Pada pandangan aku then aku x dapat nak setuju or bangkang sepenuhnya sebab pada experience aku sendiri: yap, aku mampu kekalkan certain kawan girl ni tetap pada tahap kawan jer tapi ada masa memang wujud perasaan lain* tu. 

p/s: *perasaan lain tu bukan nafsu seks ar..!!


Perkahwinan adalah sesuatu yang mampu membawa perubahan kepada hidup semua orang. Bukan sahaja buat pasangan pengantin malah juga kepada manusia-manusia lain disekelilingnya. Contoh cam tahun ni ramai giler kekawan aku yang dah x lagi menyambut raya sesorang sebab dah kawen. Even ada yang dah tambah orang ketiga lagi (orang ketiga ni bukan pengacau or isteri kedua ar tapi anak).

Dan entah apsal there something about marriage ni yang agak annoying apabila once satu pasangan ni dah kawen then it seems like mereka dah buat satu kontrak yang mereka akan meninggalkan hobi dan kawan-kawan mereka yang terdahulu. Then ia cuma ada suami dan isteri dan bila ada anak then dunia mereka hanya akan berkitar disitu jer. Yap, may be ar setahun dua mereka masih lagi x berubah but then things start changing. Hmmmm..

Contoh cam effect untuk kawan yang masih bachelor yang semakin menyusut ni aka aku ar. It seems like hubungan ngan kawan yang dah kawen ni umpama ada satu tembok yang besar menghalang. Ianya cam kalau aku nak ajak lepak or cakap-cakap or paling simple nak SMS tanya khabar pun susah. Always akan timbul what if dia tengah eheem eheeem ker, or pasangan dia jeles then marah dan menjejaskan relationship mereka etc terutama bila ia melibatkan kawan girl.

Contoh cam tahun lepas ada sorang kawan girl ni kami dah kenal berbelas tahun dari zaman sekolah menengah sampai universiti dan seterusnya ni nak kawen. But unfortunately hari dia akad nikah ni, x ada kekawan lain yang dapat datang so aku terfikir ar x kan ar aku nak datang sesorang. Memang ar family dia dah lama kenal aku tapi apa pulak fikir si suami, keluarga suami or orang-orang kampung tu lihat sorang mamat ni datang sesorang masa akad nikah. Dia ni bekas balak ke or dia ni ada apa-apa ke ngan girl tu etc. Sehingga end of the day dia SMS kecewa sebab aku x datang. Sedangkan dalam belasan tahun tu kami gelak ketawa, lepak sama-sama, buat itu ini sesama ngan kekawan lain. But hari sanding dia aku still datang ar.

Even sampai sekarang emak aku pon selalu ingatkan aku supaya jangan selalu SMS ngan dia, jangan rapat sangat ngan dia jangan itu ini nanti takut timbul pelik-pelik kang. Mungkin aku open minded dan dia pon open minded dan kami both anggap memasing as kawan tapi apa pandangan suami dan masyarakat sekitar sama ngan kami gak? Hmmmm..





















Persoalan: Adakah perkahwinan ialah satu kontrak yang menghapuskan nilai persahabatan. Hmmmm..

Friday, June 22, 2012

Kerja & Kawen

Sedar tak sedar , dah almost 7 bulan aku menganggur. Kalau perempuan mengandung then perutnya leh nampak gak besarnya. Dan ia adalah tempoh paling lama aku tak ada perkerjaan dalam sepanjang 3 tahun aku tamat belajar. Sepanjang tempoh tu aku dah reject 2 kali panggilan untuk jadi penceramah PLKN dan satu interview nih. Then still aku leh bising aku x ada kerja lagi…? Hmmmm..


Bagi aku kerja ni sama jer cam kawen. Sebab before sorang tu leh tie the knot, dia perlu melalui beberapa frasa terlebih dahulu. First dia perlu berkenalan ngan ramai orang dulu. Tak kan ar dia gi pasar ngan niat girl pertama dia jumpa dia akan tarik dan jumpa tok kadi buat isteri terus ar kan. Tolol jer namanya?

So dalam frasa pertama ni ada yang kenal sorang then break. Then kenal orang lain lagi then break lagi dan lagi. Tapi tak terkecuali ada yang first love terus kawen dan bahagia sampai bila-bila. Sama gak kerja. Buat satu kerja, then kalau rasa ia tak sesuai ngan jiwa ko then berhenti. Tak guna berada kat satu tempat lama-lama kalau ia menyeksa diri kau gak kan? Buat kerja kedua dan tengok ar sampai satu tahap kau rasa: Yap, ini ialah pekerjaan yang aku nak buat sehingga aku pencen or sampai aku tua nanti. Or kalau in relationship korang dah jumpa the right one then buat apa tunggu lama-lama then kawen jer terus ar.

Tapi tak kurang jugak ada yang jenis: Aku perlu kawen sebab aku x nak mati tua sorang diri atau kalau aku x kawen then generasi keluarga aku akan tamat kat aku jer so orang ni jenis tak kisah kawen ngan sorang dan stay sampai bila-bila walaupun pasangannya tak bawak apa-apa feel pada dia. Dia just nak kawen.

Orang jenis ni pada kerja ialah mereka yang datang setiap hari dan end of month hanya untuk gaji jer dan meneruskan kehidupan tanpa nak ambik cabaran bahawa there somewhere out there ada pekerjaan yang boleh mencabar kreativiti dan memenuhi kepuasan kerjaya dia. So orang ni akan stay pada satu-satu kerja yang membosankan dan berada pada tampuk yang sama, lepak kuar breakfast, branch, pre-lunch, lunch, tea time dan kemudian membebel dan bising pada boss all the time.





















Dan pada ketika ni aku masih lagi menganggur. Hmmmmm..

Thursday, January 5, 2012

Review 2011

Aku bukanlah jenis manusia yang mengagung-agungkan saat 11.59 minit malam pada 31 December setiap tahun tanpa tahu sebab musabab untuk aku meraikannya dan few minute after that thing berlalu sama saja seperti hari-hari biasa pada mereka. But still aku masih lagi sambut tahun baru tapi sambutan aku adalah beberapa hari lebih lewat dari hari yang sepatutnya. Whose care? My new year are depend on me laa kan? Hohoho


Tahun 2011 ialah tahun yang agak mendatar bagi aku. Nothing big happen. Tapi still setahun adalah tempoh  masa yang panjang dan kalau aku tak dapat lihat apa yang aku perlu belajar sepanjang tempoh tu or tak ada peningkatan pada diri aku then aku ialah seorang yang rugi. So aku nak buat review tentang graft hidup aku sepanjang setahun yang lepas.


a. KERJA
Aku buat 3 kerja untok tahun ni. First: Customer Service Representative aka mr. Operator di Call Center TM's Malaysia di Kuching selama almost 4 bulan. Second: Penceramah untok Modul Integrasi di PLKN Bintulu selama seminggu. Lastly: Cinema Assistant Manager di Golden Screen Cinema di Kuantan, Pahang selama almost 4 bulan.


As antara kata-kata yang selalu orang guna untok menenangkan hati aku setiap kali aku kata aku resign kerja  yang bagi aku a bit lawak ialah "Jangan risau. Yang penting kau boleh dapat pengalaman kerja yang banyak.." Ya ya ya.. And as aku perasan rupanya setiap satu kerja yang aku buat ialah dari bidang yang berbeza. Yap sekaligus aku memang dapat pengalaman kerja yang berbeza plus membuktikan bidang-bidang tu tak sesuai ngan aku. Hmmmm..


Hampeh rite?


b. KAMERA
Tahun ni aku beli 5 bijik camera. First: underwater film toy camera. Second: kamera CANON Powershoot A480 camera digital biasa sebab awal tahun tu kebetolan kamera aku buat hal. Third: CANONET Classic film camera. Keempat: CLAP digital camera. Kelima: FISHEYE2 Lomography camera. Wakaka.. Sesaja membazir duit..


Tahun ni aku mulai mengenali idealogi LOMO aka idea penggunaan filem rosak. Aku rasa ideanya cukup cool when kita akan back to basic aka guna filem tanpa tahu cam mana hasilnya then menimbolkan curiosity yang tinggi untok tengok hasil akhernya masa di cuci kelak tanpa perlu peduli nak buat effect-effect tambahan etc. Plus design-design luarannya sangat lari dari kebiasaan camera-camera biasa yang agak skema dan terkawal yang sangat sesuai ngan sifat diri aku yang agak menentang formality dan ciri-ciri normal.


Tak lupa aku masih lagi sangat anti pada DSLR. huhuhu


c. LOVE
Faezah dan Zack bertunang, Laila dah kahween dan dah mengandung and tunggu beberapa minggu lagi before tukar tittle, Kaspalela Manja dah dirisik, Nazz dan Fressa pun dah start nak beli barang hantaran, Asnida Alwie  yang gila ganas masa sekolah dulu pun dah kahween. Itu belum masuk yang couple sekian lama tapi masih belum lagi tukar-tukar status sebab takutkan komitmen. Even my 17 years old cousin yang belum keluar result SPM pun declare ngan balak dia.



(tak ada gambar)














Dan aku? Menyendiri lagi.. menyendiri lagi pada tahun lalu dan pada permulaan tahun ni lagi.. Hmmmm

Wednesday, December 28, 2011

Love or Sex?

Aku pernah argue ngan GAY friend aku bila dia kata yang dia sangat cintakan balak dia then aku kata ia bukan cinta sebaliknya just sekadar hawa nafsu yang nak kan kepuasan SEKS semata-mata. But still dia kata perasaan tu ialah cinta sejati. Then aku mintak dia buktikan kalau perasaan tu benar-benar cinta then boleh x kalau dia couple ngan sorang lelaki tanpa having SEKS ngan dia. Then dia terus argue ngan fakta-fakta dia. Aku malas layan. Sebab lepas tu dia couple ngan lelaki lain atas nama cinta, have sex, putus, cinta balik, ngan orang lain, putus bla bla bla. Semuanya atas nama cinta yang saling bertukar ganti setelah 'kepuasan' tu tiada. 

Yap, aku a bit homophobic. Hmmmm..


Most of the time aku sangat happy pada keadaan aku yang solo dan sendirian berhad ni. Aku tak perlu pakai kemas-kemas semata-mata nak nampak sesuai ngan dia dating, aku tak perlu kawal tutur kata or tak perlu terlalu bersopan santun masa bercakap ngan dia, aku tak perlu whole the time suroh dia decide tempat mana nak makan lepas ni or movie apa nak tengok or station radio mana yang perlu dibukak masa dalam kereta, simpan duit untuk mas kawen, kereta, rumah, future anak etc.


Lebih best aku ada kawan-kawan yang leh berkongsi kegilaan, gi mana-mana lewat malam, lepak berjam-jam, mengata orang, tengok wayang, kongsi hobi dan minat yang sama, share everything sesama etc.



Tapi bila part kawan yang tepuk tampar, ketawa, menganggis sesama  dirisik, bertunang, kahwen, mengandung, ada anak bla bla bla then waktu tu rasa cam kalau aku ni ialah pokok bungga dalam pasu cam satu persatu daun tu dicabut or gugur dan hilang.










Yap, sememangnya ar aku gembira atas kegembiraan kawan-kawan aku tapi ada satu rasa yang hilang. Hmmmm...
















Relationship ni bukan sekaar untuk memenuhi keperluan rasa cinta or seks semata-mata. Ia lebih kepada tanggungjawab dan amanah. 






















Satu perkara yang aku tak mampu nak tanggung. 



















Hmmm..

Wednesday, December 21, 2011

Senangnya Buat Anak

Balak kepada kawan aku yang couple for years pernah kuar satu statement one day ni yang bunyik agak menyakitkan hati tapi sangat realistik "Dulu masa saya nak pikat awak memang ar saya perlu susah payah nak buat itu buat ini jadi itu jadi ini semata-mata nak memikat awak tapi sekarang saya dah dapat awak then buat apa saya nak buat benda-benda tu balik?" Hmmm..


Masa zaman sekolah-sekolah dulu most student dari pra sekolah lagi dah diterapkan oleh parents, cikgu cikgi, saudara mara, media massa etc bahawa matlamat belajar ialah agar sampai ke menara gading. Kiranya itu ialah kemuncak aka destinasi terakhir yang harus ditujui oleh semua pelajar setelah melalui kepayahan 13 tahun belajar dan ujian dan belajar dan ujian yang susah payah di sekolah. 

So aku jadi salah seorang pelajar cam tu dulu dan menjadikan ia lebih dramastik aku antara yang berjaya melangkah masuk ke menara gading yang aku sendiri tak jumpa mana menara or mana gadingnya. As a result: tahun pertama aku dapat pointer yang bagus tapi second year aku dah 'lari'. Aku tak tahu kenapa aku kat situ, apa matlamat sebenar aku bla bla bla.

Yap, kita terlalu inginkan satu yang cukup sukar dan jauh dari kita then kita berusaha kuat-kuat untuk dapatkannya tapi bila dah dapat then kita tak tahu apa lagi yang nak dibuat dengannya.







Sama cam kes kawan aku tadi tu: lelaki mahukan perempuan yang susah nak mereka dapat (that why aku selalu advice girls supaya jual mahal. Jangan jadikan nilai diri tu rendah sangat. Lelaki x layan slut murahan). Lelaki akan sedaya upaya untuk dapatkan 'habuan mahal' tu. Tapi bila dah dapat, memula bangga ar tapi lama-lama dah boring. Hmmm..














Sama gak cam kes buat anak ni. Pasal senang sangat nak buat. Just keluar masuk keluar masuk then kemuncak then 9 bulan kemudian dah kuar. Kalau yang illegal then buang dalam tong sampah. Kalau yang legal terutama yang first baby bukan main teruja ngan ambik gambar dari day 01 lagi sehingga each-each moment tapi lama kelamaan dah boring. Anak dibiarkan je buat tak peduli sesuka hati. 









Sedangkan ada yang bertahun-tahun dah try tapi tak berjaya.

















Technically apa yang aku tulis kali ni agak tak berhubung kait satu sama lain kesnya. Sebab sebenar aku kuarkan post ni ialah sebab sorang kawan aku ni melahirkan anak sekali lagi. Bunyik memang ar cam best tapi  kes dia sangat berbeza bila baby pertama sebab dia ialah hasil 'terlanjuran' then dia 'terpaksa' kawen ngan lelaki tu then year alter keluar plak baby kedua yang dengar khabar berita yang sahih leh dipercayai bahawa baby tu ialah hasil dengan bukan suami dia dan kali ni few years later keluar pulak baby ketiga yang menjadi tanda tanya ramai cam rancangan realiti  "Siapakah pulak bapak baby kali ni?"














Akibat senang sangat nak buat baby tapi tak tahu nak guna kondom. Hmmm..

Tuesday, December 6, 2011

27. Almost

Hari ni 6th Disember. Beberapa hari (realiti berminggu lagi) aku akan masuk 27 tahun. Tapi masih lagi ramai yang tanya "Masih belajar lagi ker?" or "Umur 22?".Aku tak pasti either ia satu pujian untuk memberitahu yang aku punya wajah yang jauh lebih muda dari usia sebenar or satu teguran untuk aku sedar yang aku ni terlalu tak matang untuk lelaki pada usia aku. Hmmm..


Dah lama tak layan FACEBOOK then baru tahu seorang kawan yang selalu join lepak malam-malam ngan geng bachelor rerupanya dah tukar status dari single ke in relationship. Realitinya dah ramai kawan-kawan gelak ketawa, tepuk tampar, sama belajar selama ni dah bertunang, kahwin, ada anak, cerai dan kahwin lagi etc. Mereka yang selama ni depan mata kita as kawan solo dah melalui fasa-fasa kehidupan yang berbeza sedangkan aku masih lagi di tampuk yang sama.

Yap, memang ar aku pilih untuk bersendiri, tak nak couple, tak nak in relationship, tak nak kahwen etc tapi jujor kata selama mana seorang manusia tu leh hidup ngan kawan jer all the time. Kawan semua akan kawen then tak kan nak keluar ngan suami or bini or emak or bapak budak then balik lewat pagi lagi? Kang aku plak punca penceraian mereka.. Naya...


















Usia almost nak 27 tapi masih lagi buat keputusan bodoh resign kerja. Ketika orang susah-susah nak dapat kerja then aku ngan mudah je lepaskan kerja yang ada jawatan tinggi dan bergaji leh tahan besar. Orang lain dah ada asset banyak tapi aku masih bernafas dalam lumpor lagi.














Yap, aku membebel seperti orang tua tapi bagi orang lain aku masih lagi kanak-kanak yang terperangkap dalam diri seorang remaja (sebab orang masih lagi kata aku masih awal 20-an yang sedang belajar di universiti tempatan). 
















Then teringat satu bait pada lagu Melly Goeslaw "Ada dan tiada cinta, bagiku tak mengapa namun ada yang hilang separuh diriku"




















2 hari lagi aku akan tinggalkan Kuantan, mengembara bersama seorang kawan yang berjanji jika pada usia 40 tahun kami masih lagi sendiri then dia nak aku kahwini dia. Hmmm..













40 tahun...? Mungkin pada waktu tu orang akan kata usia aku baru masuk 27. Hmmm..