Sunday, August 26, 2012

Suami Kawan Aku

Korang percaya tak pada statement bahawa seorang lelaki dan seorang perempuan boleh hanya berada pada tahap kawan sahaja tanpa melibatkan perasaan lain*..? Pada pandangan aku then aku x dapat nak setuju or bangkang sepenuhnya sebab pada experience aku sendiri: yap, aku mampu kekalkan certain kawan girl ni tetap pada tahap kawan jer tapi ada masa memang wujud perasaan lain* tu. 

p/s: *perasaan lain tu bukan nafsu seks ar..!!


Perkahwinan adalah sesuatu yang mampu membawa perubahan kepada hidup semua orang. Bukan sahaja buat pasangan pengantin malah juga kepada manusia-manusia lain disekelilingnya. Contoh cam tahun ni ramai giler kekawan aku yang dah x lagi menyambut raya sesorang sebab dah kawen. Even ada yang dah tambah orang ketiga lagi (orang ketiga ni bukan pengacau or isteri kedua ar tapi anak).

Dan entah apsal there something about marriage ni yang agak annoying apabila once satu pasangan ni dah kawen then it seems like mereka dah buat satu kontrak yang mereka akan meninggalkan hobi dan kawan-kawan mereka yang terdahulu. Then ia cuma ada suami dan isteri dan bila ada anak then dunia mereka hanya akan berkitar disitu jer. Yap, may be ar setahun dua mereka masih lagi x berubah but then things start changing. Hmmmm..

Contoh cam effect untuk kawan yang masih bachelor yang semakin menyusut ni aka aku ar. It seems like hubungan ngan kawan yang dah kawen ni umpama ada satu tembok yang besar menghalang. Ianya cam kalau aku nak ajak lepak or cakap-cakap or paling simple nak SMS tanya khabar pun susah. Always akan timbul what if dia tengah eheem eheeem ker, or pasangan dia jeles then marah dan menjejaskan relationship mereka etc terutama bila ia melibatkan kawan girl.

Contoh cam tahun lepas ada sorang kawan girl ni kami dah kenal berbelas tahun dari zaman sekolah menengah sampai universiti dan seterusnya ni nak kawen. But unfortunately hari dia akad nikah ni, x ada kekawan lain yang dapat datang so aku terfikir ar x kan ar aku nak datang sesorang. Memang ar family dia dah lama kenal aku tapi apa pulak fikir si suami, keluarga suami or orang-orang kampung tu lihat sorang mamat ni datang sesorang masa akad nikah. Dia ni bekas balak ke or dia ni ada apa-apa ke ngan girl tu etc. Sehingga end of the day dia SMS kecewa sebab aku x datang. Sedangkan dalam belasan tahun tu kami gelak ketawa, lepak sama-sama, buat itu ini sesama ngan kekawan lain. But hari sanding dia aku still datang ar.

Even sampai sekarang emak aku pon selalu ingatkan aku supaya jangan selalu SMS ngan dia, jangan rapat sangat ngan dia jangan itu ini nanti takut timbul pelik-pelik kang. Mungkin aku open minded dan dia pon open minded dan kami both anggap memasing as kawan tapi apa pandangan suami dan masyarakat sekitar sama ngan kami gak? Hmmmm..





















Persoalan: Adakah perkahwinan ialah satu kontrak yang menghapuskan nilai persahabatan. Hmmmm..

2 comments:

skulluv said...

ingat aku sorang je pikir gini..hehe

Aj Abdullah said...

atau kita ni terlalu banyak berfikir kot...? hmmmmm..