Thursday, August 23, 2012

Hantu Gangster Review

Sewaktu Nasi Lemak 2.0 keluar dulu, aku masih lagi kerja kat GSC Cinema. Dalam tempoh masa kerja yang terhad tu, Nasi Lemak 2.0 ialah filem tempatan yang bagi effect besar selepas Ombak Rindu di Cinema East Coast Mall tu. Aku masih ingat lagi ada orang customer ni yang habis satu show Nasi Lemak 2.0 ni terus dia beli tiket untuk the next show lagi. Dan x lupa, beberapa hall baru dibuka dan semua seat untuk filem ni penuh jer memanjang untuk 3 minggu. Even rasanya kalu x kuar kat Astro First then mungkin masa tayangannya akan dipanjangkan lagi.


So bila Namawee kuar ngan filem baru tahun ni so aku jangka ia at least akan jadi sehebat filem pertamanya. Then last week aku gi wayang untuk menonton cerita ni. Jujor aku katakan yang matlamat utama aku ialah nak tengok sebuah cerita Cina yang ada unsur-unsur Malaysia tapi unfortunately-nya ia adalah sebuah cerita Melayu yang ada unsur Cina pulak. Hmmmm..

Why Im saying that? Sebab kalau korang tengok cerita ni secara keseluruhan then kebanyakkan dialog ialah dalam Bahasa Melayu dan kebanyakkan pelakon yang mendominasi filem ni pulak ialah pelakon-pelakon Melayu. Sehingga buat aku terfikir: ini cerita Cina ke cerita Melayu? Macam tengok filem-filem Ahmad Idham pon ada gak sebab ngan barisan pelakon yang sama dan perwatakkan jalan cerita cam x jauh beza pulak.

Pada pandangan aku antara penyebab perkara ni mungkin berlaku ialah Namawee try nak menarik minat penonton Melayu menonton filem ni or Namawee nak mewujudkan suasana 1 Malaysia yang sebenar where Melayu mendominasi semua termasuk dalam filem Cina or sebab filem Nasi Lemak 2.0 dulu ada issue bila ia x diterima as filem Malaysia kerana penggunaan Bahasa Melayu kurang 50% cam tu.









Nak tak nak kita kena terima bahawa kerajaan kita ialah sebuah kerajaan yang racist yang berselindung disebalik topeng negara majmuk where pelbagai bangsa leh hidup dalam satu komuniti dengan aman. Tapi disebalik tu, apa yang benar-benar dipertahankan hanyalah MELAYU. Tolak tepi dulu ar kes-kes biasa cam hak keistimewaan Melayu, kuasa raja-raja Melayu, universiti Melayu UiTM, dasar itu ini etc ar.

Cuba tengok bab seni sastera je ar. Malaysia kononnya dah merdeka selama 55 tahun (sedangkan negara Malaysia hanya wujud pada 1963 jer) so cuba korang kira ada berapa ramai sasterawan Cina or India di Malaysia atau apa bahan-bahan sastera tinggi dalam bahasa Mandarin, Tamil, English or bahasa peribumi Sabah dan Sarawak yang diiktiraf as bahan sastera negara? Jawapannya: tak ada. Buat kita semua mempersoalkan: tak kan ar negara dah merdeka lebih setengah abad tapi x ada sorang pon orang Cina or India di Malaysia ni yang cukup bijak untuk menghasilkan satu bahan sastera bernilai tinggi kan? X logic ar kan?











So apabila ada sorang lelaki Cina mengarah sebuah filem tentang masyarakat Cina di Malaysia then ia x akan dikira as filem Malaysia sebab mereka x bertutur dalam bahasa Melayu dalam filem tu. Sebaliknya filem Melayu cam Hantu Bonceng, Mael Lambong, Nangkung, Rempit, Congkak etc pula ialah filem Malaysia sebab ia menggambarkan masyarakat Malaysia (aka Melayu) yang suka merempit, kaki ekor, berjudi, suka hantar santau, percaya hantu etc. Hmmmm..













Back to filem. Bagi aku filem ni mengecewakan. It seem cam memperlihatkan Namawee yang cukup terkenal dengan idealogi hebatnya dah tertunduk oleh kehendak kerajaan yang WTF. So I wish next movie, x akan ada lagi ar perkara yang mengecewakan cam ni lagi. Jujor aku nak tengok sebuah filem Malaysia dari pandangan seorang rakyat yang bukan Melayu.
























p/s: ada few part dalam filem ni yang boleh bawak kontroversi. Satu part ni di mana Namawee nak menghalau 3 hantu: Cina, India & Melayu, So dia pergi ke satu pawang ni yang bagi 3 barang ikut kaum dalam menghalau hantu. Sebab majority non-Muslim di Malaysia ada masalah nak membezakan antara Melayu dan Islam. Dan second part masa Namawee dah letak semua barang tu then suddenly 3 hantu tu muncul membuatkan Namawee terkejut dan melompat ke atas katil. And kalau x silap aku, dia terduduk ke atas satu benda yang nampak cam Al-Quran pulak.


Aku x marah dia sebab dia x tahu. Bagi dia al-Quran mungkin sama jer cam buku-buku cerita yang lain tapi rasanya kat tempat tu ada jer Datok Jalaluddin Hassan yang lebih arif untuk menegur kot. Hmmmmm

No comments: