Tuesday, August 28, 2012

Aku Melukis Perempuan Dot Dot Dot...

Kalau korang perasan setiap kali aku melukis then pasti korang akan dapat simpulkan apa yang aku lukis ialah: lelaki, lelaki, lelaki, kucing, lelaki, lelaki, kucing, lelaki, lelaki lagi. Pola yang bagi korang amat menimbulkan rasa curiosity ni akhirnya membuatkan korang nak mengeluarkan satu statement berbaur soalan kepada aku "Aj, it okey kalau kau nak berterus terang dan admit yang kau sebenarnya ialah sorang lelaki yang menyukai lelaki lain. Dunia sekarang dah terima homo things openly.." Buat aku mengaru-garu kepala x paham. Wakaka. 


Yap, aku akui yang aku banyak dan lebih refer untuk melukis lelaki berbanding perempuan. Dalam setahun tu cuma ada beberapa jer lukisan perempuan dalam bilangan yang kecil aku lukis berbanding lukisan lelaki yang lebih banyak. There are few reasons. Antaranya:

1. Dalam banyak-banyak benda yang aku boleh lukis, aku lebih refer melukis potret muka manusia. Sebabnya aku suka melihat tekstur kulit manusia then kalau ada orang mintak upah lukis aku suroh dia hantar gambar yang bersaiz besar sebab aku akan zoom-in banyak kali. I dont know why there something yang unik pada kulit manusia. 

Then korang tanya 'Girl pun ada kulit gak wat..?' Memanglah tapi mostly wanita zaman sekarang kulit mereka lebih banyak ditutupi oleh bedak yang warna-warnanya tak semulajadi. Memanglah girl nampak cantik ngan make-up tu tapi aku x dapat kepuasan melukis sebab walau sedalam mana aku zoom in yang ada hanya satu lapisan yang ditutupi tepung bedak jer. Hmmmm..


2. Kalau korang perasan dan lihat ngan teliti, aku bermain sepenuhnya menggunakan garisan. Garisan-garisan tu lah yang membentuk rupa dan tona pada setiap potret wajah manusa tu. And there a wisdom word kata melukis adalah cara manusia tertentu melepaskan tension. Yap, aku setuju walaupun x sepenuhnya sebab kalau melukis waktu tension then lukisan tu x akan menjadi ar but yaa, melukis memang menghilangkan tension aku. Setiap garisan either tebal or nipis ngan detailnya sehingga lukisan tu siap, it feel like ada satu batu besar dah dibuang di atas aku. Hmmmm..

Then korang tanya lagi 'So apa kaitan ngan melukis perempuan pulak..?'. Sekali lagi, kalau korang perasan setiap lukisan lelakiyang aku lukis then muka mereka dipenuhi ngan garisan. It look okey with it tapi bila aku guna teknik yang sama pada lukisan perempuan then ia x menjadi. Sebaliknya ia menjadikan muka perempuan tu nampak berkedut, tua dan x cantik. Hmmmm.. 


3. Aku ada satu habit, bila aku buat one things ngan slumber jer then it will turn great tapi kalau aku bersungguh-sungguh buat sesuatu tu then end resultnya akan mengecewakan. Mungkin sebab bila bersungguh-sungguh then expectation aku tinggi dan bila resultnya x mencapai expectation then ia akan buat aku down.

Sama gak ngan melukis, bila aku melukis muka lelaki then aku just ambik kertas dan start melakar then bila ia siap dan aku puas tapi sebaliknya bila melukis perempuan aku akan bersungguh-sungguh. Aku nak lukisan tu totally secantik orangnya. Kalu melukis muka lelaki just ambik masa kurang sejam tapi bila nak melukis muka wanita then ia ambik dari sehari sehingga seminggu. Dari aku melukis x pakai pemadam sehingga aku padam je all the time. Sehingga akhirnya aku gave up sebab ia x mencapai kehendak aku. Hmmmm..


4. Bila aku melukis muka lelaki then ia sama jer cam melukis kucing tapi bila aku nak melukis wajah seorang wanita, aku cukup memilih. Aku nak memastikan yang ia bukan sekadar satu wajah yang ada di sehelai kertas sebaliknya wajah yang akan terpahat mati di hati aku kelak. 
































Hmmmm yang lebih panjang.

No comments: