Monday, August 29, 2011

Salam Raya & Kemerdekaan


&

















But still aku sedang bersedih atas pemergian Kuning the cat. Hmmm

Sunday, August 28, 2011

Lelaki Datang Bulan?

Semalam aku ngan parents kuar shopping raya. Before tu berhenti kat depan CIMB bank yang kebetulan bertentangan ngan Mc D ni. Sementara tunggu bapak aku kuarkan duit dia then terperasan satu scene ni. 2 orang lelaki usia sekitar awal 20 an ngan slumber take away Mc D set dan bawak ke motosikal diaorang. Tengok dari muka memang muka Melayu tulen. Hmmmm...


Tempohari tengah bawak motosikal then ternampak sorang kenalan satu sekolah yang buang tin minuman sambil bawak motosikal dari arah berlawanan. Ni dah ar tak puasa then buang sampah merata-rata lagi. Plus dia mesti jenis yang sampai rumah pura-pura lemah tak bertenaga then mengaku puasa dan berbukak sama ngan yang lain. Siapa yang dia tipu sebenarnya ni? Tuhan, keluarga or diri sendiri?

Yang pelik ada gak orang lain yang bagi support. Ada masa dapat tengok group of bebudak sekolah menengah yang balik sekolah minum air keluar dari kedai yang pengusahanya beragama Islam. Ni mesti jenis yang takut bulan puasa akan bawak kerugian sebab tak ada pelanggan so dengan desperatenya 'terpaksa' gak jual untok orang yang ponteng puasa. Dengan alasan itu anak orang lain, bukan anak or ahli keluarga aku. Kemudian duit tu guna beli makanan anak bini.Then bila anak dah besar then buat benda sama gak.

Or ada gak aku jumpa depan mata yang satu keluarga tak puasa langsong. Masak makanan tengahari cam tak ada beza antara Ramadhan ngan bulan-bulan lain. Alasan: si suami ada gestrik, isteri ada sakit itu, anak ada sakit ini. Semuanya ada penyakit tapi bila seminggu nak raya dah sibuk bukan main sihat walafiat lagi nak buat persiapan raya. Ni apa matlamat raya diaorang ni? Meraikan tamatnya kesengsaraan sebulan Ramadhan ker?











Aku pernah jumpa para lelaki yang gagah perkasa pada luaran mereka yang selalu kuar statement 'Hidup ni tak ada cabaran. So life are so boring..' Tapi bila datang bulan puasa yang hanya sebulan yang penuh dengan cabaran dan menjadikan hidup sangat berbeza berbanding 11 bulan yang lain tu langsong tak dapat nak diharungi walau sehari pun. Tak kan setakat nak tahan lapar selama beberapa jam tu pun tak mampu? Itu cabaran apa? Rupa luaran memang gagah perkasa tapi dalaman tu lembut sangat.























Aku tak pasti either dia guna alasan datang bulan or menjadi tak waras kot sehingga terpaksa tak puasa. Hmmmm

Saturday, August 27, 2011

Kuning The Cat

Tak ada sesiapa pun yang pernah jangka yang anak kucing tu boleh survive sehingga dewasa. Emaknya hanya kucing betina yang hanya tahu mengandung dan beranak selepas tamat musim mengawan tapi tak pernah tahu cara sebenar jadi emak. So semua anak-anak dia sebelum ni mati just macam tu jer. And worst selepas melahirkan anak kucing kali tu, emak dia terus hilang tanpa ada sesiapa pun tahu ke mana dia pergi.


It seems agak impossible untuk anak kucing sekecik  tu boleh survive sehingga dewasa. Dan aku selalu terfikir pasti susah untuk dia membesar sorang diri sebagai makhluk berbulu dikelilingi manusia yang totally tak berbulu sedikitpun. Menjadikan tak ada mana-mana kucing dewasa yang pernah ajar anak kucing tu membesar sebagai seekor kucing yang sepatutnya.So aku selalu cakap ngan Along aku yang Kuning pasti anggap yang dia ialah a part of our family sebab dia tak pernah lagi jumpa mana-mana kucing lain selama ni.

So the first time dia jumpa kucing lain dia lari lintang pukang macam jumpa hantu sebab dia tak tahu what tthe fuck is that monster. Kedian dia jumpa lak ngan kucing jantan tapi dia tahu the basic rules: there are no such term as 'friends' among male cats. So dia jadi mangsa kalah tanpa sempat berlawan. Tapi the next time dia jumpa kucing lain iaitu the female one, he treat her just like cam kucing jantan nak bergaduh plak. Hmmm...

Dan Kuning sentiasa ada masalah dalam relationship. The last two female yang almost in relationship dengan dia suddenly mati. Betapa dia sangat kemurungan masa tu. Dan sekarang ni ada sekor kucing liar beranak depan rumah dan aku yakin yang ia bukan 'angkara' Kuning sebab aku yakin kucing tak tahu 'how to do that thing' with other cat. Hmmmmm

Dan emak pun mula-mula dulu tak pernah suka Kuning (emak memang tak pernah suka mana-mana haiwan pun). Tapi lama kelamaan emak dah start membebel pada kuning sama cam dia membebel pada anak-anaknya. Yap, she did accept him.










Tapi bab paling besar yang aku tak akan lupa tentang Kuning ialah dia kucing pertama yang berjaya membuatkan aku tak lagi takut pada kucing seperti sebelumnya (tapi bila jumpa kucing lain mode takut tu masih ada plak). Sebab the first time dia gigit tangan aku, aku tahu dia tak akan menyakitkan aku. So we share same bed, tengok tv sama dan kekadang dia seems bercakap tak puas hatinya kalau ada things x best berlaku dalam tv. 














Along kata kucing ada 2 tabiat: dia tak akan melahirkan anak di rumah mereka dan tak akan mati di rumah mereka. Sekarang buat first timenya Kuning sangat lemah dan terbaring kat bilik mandi. Kami sediakan makanan depan dia pun dia buat tak tahu. Kalau ikut usia manusia dia may be sebaya aku. Kalau sekarang masa dia untuk pergi then aku akan redha.


























Kuning bukan sekadar mana-mana kucing. Dia ialah a part of the family.

Mencari Pasangan Part Time

Kawan aku, Si Laila ni baru balik cuti raya dari Putrajaya bersama suami yang baru kurang setahun kahwin dan bakal anak dalam perut yang berusia kurang 4 bulan lagi plan nak bukak puasa sama-sama 28hb ni ngan kekawan satu sekolah yang kebetulan belajar sama satu universiti: Ramlah dah almost 2 tahun kahwen, Faezah dan bertunang dan bakal kahwin Disember ni, Ijam plak tengah kumpol duit nak start aktiviti tu ngan awek dia dari sekolah dulu lagi dan yang terakhir aku yang ..... Hmmmm.. sendirian berhad. 


Aku sangat teruja sebab dah lama tak lepak sama-sama cam zaman U or setahun dua lepas tamat belajar. Dulu  kalau ada birthday mesti sambut sesama, then raya jalan sesama, kareoke sesama (realiti aku tak nyanyi ar sebab suara aku gemersik terlampau-lampau), lepak gi Sunway & Genting etc. Kedian bila masa berlalu makin susah nak kumpol sebab memasing dah start ada komitment sendiri cam kerja, suami, keluarga etc. So nak kumpolkan semua dalam satu masa tu bukan main susah lagi. Even last time kumpol makan masa few day after Laila kahwin dan automatically nya tak kan ar nak ganggu pasangan baru kahwen..









So kali ni harap dapat kumpol ar walaupun cukup pasti semua bawak pasangan sendiri ar.

















Dan menjadikan keadaan lebih sayu bila dalam FACEBOOK tadi Laila sempat kuarkan satu statement "Aj, ko bawak ar pasangan..."





























Hmmmmm...


(untok memori yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila)





















...

Friday, August 26, 2011

Aku Mengajar Photoshop

Ada 2 sebab kenapa orang suka edit gambar sendiri:

First sebab dia ada bakat dalam edit gambar so dia editlah
Second sebab dia ada masalah dengan penerimaan realiti diri dia sendiri so dia terpaksa edit. Hmmm..



Orang selalu tanya aku cam mana aku edit gambar. So aku jawab ar dengan jujor yang aku guna adobe photoshop. Then diaorang mintak aku ajar so aku ajar ar tapi last-last diaorang persoalkan lagi: Apsal hasil yang mereka buat tak sama dengan apa yang aku buat. Mereka kata aku kedekut ilmu dan tak nak ajar sebenar-benarnya sebab takut mereka akan jadi lebih hebat dari aku. So aku tarik nafas dalam-dalam kedian kata: Kita guna semua tool yang sama tapi what else should I say- AKU KREATIF DAN KAU TAK. Itu ke yang kau nak dengar? Nokthah. 

Sejujornya aku tak pernah belajar pun cara nak guna Adobe Photoshop. Bukan dari buku manual. Bukan dari Youtube or bukan gak dari sesapa yang master dalam Photoshop ni. Kebetulan perisian tu ada dalam komputer rumah aku sekitar 10 tahun lepas dan tangan aku gatal nak try itu ini and lastly ia become 'something' yang cantik dipandang mata. Kedian ada orang mintak buat design itu ini, upah itu ini, bla bla bla. 

Even sebenarnya aku ni sangat buta IT. Kalau kau sebut apa-apa istilah tentang graphic or komputer ni then jangan harap aku akan faham. Aku hanya tahu guna jer. 




...




Teringat aku pernah attend satu majlis ni. Seorang penulis yang terkenal ni share her experience in writing. Dia bekerja sebagai seorang nurse kat sebuah hospital swasta kat area Klang Valley. Dia tak pernah pergi mana-mana kelas menulis. Dia cuma menulis apa yang dia rasa dia nak tulis. Then dia hantar kat satu publication ni dan diterbitkan. Pembaca sangat suka. Dia menang banyak award dalam penulisan. Sebab penulisan dia diklasifikasikan as jujor. Tak ada unsur dari luar aka in other wordnya dia tak ikut skema penulisan yang sepatutnya pun sebab dia tak tahu skema tu apa. Hmmm..

Or

Ramai gila orang miliki DLSR sekarang ni. DLSR ni kira method ambik gambar yang lebih advance dari kamera biasa ar. So ramai ar muda mudi pergi outing reramai kat sana sini, snap sana sini, gantung kat leher sepanjang masa etc. Last-last bila tengok gambar, kalau orang tak tahu dia guna DLSR pasti akan tanya "Kau ambik gambar guna kamera handphone ker ni ?" Berbanding orang guna kamera biasa boleh hasilkan gambar jauh lebih baik apa..








Kesimpulan di sini ialah it doesnt care method or apa alat yang kita gunakan. Kalau korang guna aplikasi Paint kat Accessories yang sangat basic tu pun, kalau korang memang ada bakat semulajadi then percayalah yang ia akan jadi master piece yang sangat hebat. Dan kalau korang tak ada bakat sekalipun, this is nasihat aku: eksplorekan ia then lama kelamaan korang akan berjaya. 





P/S: lama kelamaan tu mungkin akan ambik masa yang cukup lama ar. Hmmm..






Berikut ialah karya contoh amatuere yang aku buat untuk jadi kad raya aku step by step. Layan:

(Ini versi asal)

(Ni aku crop latar belakang. Buat line dan adjust color)


(Ni aku tukar latar belakang ngan brush berkaitan ar)

(Ni hasil akhir dia. Jadi kad raya elektronik)

(Tapi kemudian tersasar jadi gambar poyo ni plak)












So selamat berkarya guna photoshop korang semua. Tapi kalau korang rasa aku edit gambar sebab reason kedua tu then korang salah ar.. wakaka

Wednesday, August 24, 2011

Guide On How To Become An 'Orang Ketiga'

Pernah tak terjadi pada korang bila korang ada kawan yang bercouple untuk satu tempoh yang lama then korang selalu kata dalam hati 'That man doesnt deserve with that girl laa. Aku yakin aku jauh lebih layak dari dia'? Sebab kau tahu kawan kau tu ada simpan girl lain or suka pukul awek dia or tak pernah appreciate her so kuar ar lagu tema dari NSYNC: He dont love you eye, he dont love your smile so why dont you be my girlfriend? aka korang nak jadi orang ketiga dalam relationship tu.


Orang ketiga selalu dikaitkan dengan perampas or kalau girl then dia akan kena label as perempuan jalang etc. Contoh cam kes Memey-Norman-Abby. No body really cares sapa betul sapa salah dalam kes tu or sapa yang kahwin awal etc. Or terbaru cam kes mr. KFC aka Khairul Fahmi Che Mat yang baru putus tunang disebabkan kononnya oleh orang ketiga. Some sad but most girls are happy sebab dia dah back to single mingle balik. Jahat plak orang fikir cam tu kan? Wei, aku dah start mengarut..

Tapi realitinya orang ketiga ni tak lah jahat sangat mana pun. Secara zahirnya ia membolehkan kita membuat perbandingan antara dua. Just image kalau selama ni kita asyik disuapkan ngan burger KFC dalam mulot kita dan satu hari kita ter-try Big Mac Mc D dan betapa kita sedar rrupanya ada burger yang jauh lebih best dari burger sejuk KFC tu. 

Adaptasikan ia in real life gak. Hanya sebab kita dah lama couple ngan sorang tu buat kita fikir dia ar benda yang paling bagus yang boleh terima korang. Kemudian ko jumpa sorang balak/girl dan korang rasa dia jauh lebih sesuai tapi masalahnya korang dah couple. So takan korang frust dan kuar status kat FACEBOOK: Alangkah bagus kalau aku jumpa kau lebih awal dari dia. In other words korang refer hidup merana dengan orang yang salah berbanding break with him/her dan pergi kepada si dia yang dikatakan as orang ketiga tu.








As ada words dari entah sapa entah kata: Kita perlu berjumpa dengan orang yang salah dulu then baru kita akan terjumpa dengan mr/mrs rite kita. Cuma masalah yang sering berlaku in real life bila orang yang kita rasa paling sesuai ngan kita plak ialah tunang orang or awek kawan baik kita sendiri. Menjadikan konflik dalaman tu jauh lebih kuat. Persoalan mulai muncol cam: tak kan aku nak tikam kawan baik aku sendiri dari belakang hanya sebab sorang girl or what if aku berada di tempat dia dimana tunang aku mintak putus sebab dia dah jumpa lelaki lain yang dia kata jauh lebih sesuai dari aku etc.













Orang kahwen lagikan boleh bercerai inikan pulak setakat couple kan? Janda-duda pun boleh kahwin semula. Atas satu sebab: JODOH. Satu perkara yang kita tak dapat nak handle. Mungkin satu hari relationship kita ngan couple kita break sebab orang ketiga tapi pada masa akan datang kita sendiri plak yang akan berada ditempat orang ketiga tu tapi not as orang yang berniat jahat ar. Tapi sebab JODOH.
















One basic rule nak jadi orang ketiga ialah korang kena pastikan korang jauh lebih bagus dari couple that girl/boy dan atas sebab korang boleh bagi better dari dia. So persoalan terakhir adakah korang sanggup mendirikan masjid di atas keruntuhan masjid orang lain?












hmmmm

Monday, August 22, 2011

Suram & Muram

Aku seorang lelaki yang sangat suka color gelap, kelam, suram, muram etc. Tengok jer blog aku yang dipenuhi warna hitam. Even in real life aku punya banyak baju dan barang-barang yang berwarna hitam, kelabu, biru tua, unggu, hitam lagi etc. Warrna-warna yang terlalu ceria or terang-terang seems sangat tak match with my mood. May be that why dalam previous blog aku kuarkan issues blog terang yang menyakitkan mata dan sanubari aku.. Wakaka..


Emak aku pernah persoalkan yang pemilihan warna pada pakaian aku sangat muram. It seems to her pemilihan warna aku cam orang tua plak. Even tho aku sangat suka gaya vintage tapi naa, Im not that old laa. Bak kata sorang psikologi kata warna yang sering kita guna aka warna yang kita rasa sebati dengan diri kita akan represent siapa diri kita. For example: seorang yang 'hitam' ialah seorang yang friendly, a bit rigid, lurus  bla bla bla..

...

Tadi siang aku pi temankan aunt aku shopping raya. Yap, korang tak salah baca. Terlalu banyak tempat yang kami singgah dan banyak gak barang yang aunt aku beli. Dan aku bertindak as kelindan dan tukang bawak barang je ar. Tapi the end of the session dia kuar statament nak belikan baju raya untuk aku.

Duh..

Aku baru je plan x nak ada baju baru tahun ni. Memula aku x nak ar tapi kedian dia paksa gak. So bermula lah episode kami pergi satu ke satu shopping complex dan butik-butik pilih baju raya. 


Tapi sebelum tu aku ni jenis yang sangat pemilih terutama bab baju. Orang sangat boleh jadi gila kalau ikut aku pilih baju. Sebab tu selalunya bila aku nak shopping baju aku akan pergi sesorang jer tapi kalau pergi tempat lain leh ajak kekawan. Aku kalau shopping baju akan ambik masa try baju, pusing-pusing, try lagi baju lain, then pusing semula try baju yang awal tadi lagi..




Dan masalah hari ni tadi bila most semua tempat baju yang ada semuanya warna-warna yang ceria.. Bukan warna aku...












So aku rasa aunt aku a bit menyesal kot sebab it takes masa jauh lebih lama berbanding dia beli baju sendiri..
















Last-last aku pilih satu baju. Itupun sebab aku dah kesian aunt aku keletihan jalan jauh-jauh, kuar masuk shopping complex, naik turun tangga, tunggu aku luar fitting room lagi. 










Buat pertama kali aku ada baju raya pasang siap (sebelum ni upah orang lain jahit) dan berwarna ceria. Warna apa? Warna aku guna dalam pic kali ni.















Hmmmmm..

Sunday, August 21, 2011

Blog Kamu Menyakitkan Mata Saya

Im a blogger. I love to write posts in a blog and I love to read other blogs too. Rulesnya sangat simple. Ada blogger tu cuma perlu tulis sebaris dua ayat dalam satu post mereka tapi boleh buat pembaca rasa sangat enjoy. Ada just perlu upload satu pics then tulis 1-2 patah perkataan pun dah buat kita rasa 'x-factor' dalamnya. Ada jugak yang  perlu tulis panjang-panjang baru kita rasa kepuasan tu. Even ada yang tulis caki maki pun boleh jadi hiburan buat kita.


Tapi selain tu ciri-ciri hiasan yang ada dalam blog pun menarik minat pembaca selain isinya. So yang tak bestnya, ada blog yang sangat menyakitkan mata dan hati hati kita..Berikut ialah ciri-ciri blog yang sangat menyakitkan jiwa dan raga aku:

1. Warna yang SANGAT TERANG
Latar belakang dah lah bling-bling dengan corak bukan main penuh lagi then color screen behind word plak warna UNGU terang dan tulisan plak warna KUNING or HIJAU terang. It seems like kalau kita bawak labtop then bukak blog dia sambil memandu motosikal, ia leh jadi penyelamat kita sebab ia bertindak as pakaian keselamatan jalan raya yang sangat menonjol. Aku tak pasti either blogger ni ada masalah buta warna yang terlampau or dia memang ada masalah dengan warna. Erk...


2. Pemilihan Font 
Ada blogger yang punya masalah penglihatan kritikal sehingga mereka guna font yang SANGAT BESAR or ada yang punya penglihatan tahap superman yang pilih font yang sangat kecil. Kedua-duanya buat otak aku jadi gila. Itu belum masuk guna font dari jenis yang terlampau susah nak dibaca. Italic yang terlampau italic or font yang dah macam tulisan ibunda Thailand pun ada. Erk..


3. Hiasan terlampau
Ada blogger yang nak saratkan blog mereka dengan semaksima mungkin. Kiri kanan penuh gadget. Dari atas sampai bawah. Then ada lagi animasi yang ttiba muncul yang menutup 1/4 pandangan apa yang mereka postkan. Kedian cursor plak ada yang cam langsuir bergerak sama ikut kita. Kalau blog tu gambaran pribadi blogger then aku yakin individu tu ialah pokok kristmas yang bergerak. Or kalau dia ada set makeup then muka dia penuh warna warni sebab dia nak masukan semua warna tu pada muka dia sekaligus. Heran aku. Mereka fikir padat tu cantik ke?


4. Music yang stuck
Aku jenis yang baca blog penuh konsentrasi. Tapi ada blogger yang nak tenangkan pembaca dengan music tapi masalahnya lagu yang dipilih plak sangatlah hinggar binggar, merosakkan mode membaca. Kedian plak terhenti-henti. Last-last aku tutopkan je site tu. Malas dah.


5. Follow follower
Ini tak ada kaitan sangat tapi cukup penting. Aku paling tak suka blogger yang tulis: done following you so follow me back. Apakah anda cukup desperate nak orang follow you dalam jumlah yang banyak tapi realiti x ada follower sebenar? Kuantiti vs kualiti. Pun buat aku benggang gak..























WTF

Saturday, August 20, 2011

Cermin Mata

Aku ada terbaca satu statement bagitahu yang individu yang pakai cermin mata akan nampak jauh lebih pandai berbanding kalau dia tak pakai cermin mata. Sound ridiculous je kan? Ttiba membuatkan aku teringat lawak pada comic kat news KOSMO masa zaman belajar dulu tentang doodle budak sekolah yang dikatakan pandai hanya sebab dia pakai spec mata. Lawak-lawak..

.
Semalam masa nak ambik my 9 years old nephew balik dari sekolah then keluar ar sorang budak ni. Dalam ramai-ramai yang keluar pandangan aku just tertumpu pada dia jer. Sebab apa? Sebab dia pakai spec yang membuatkan hati aku memberontak berkata "Dude, that kids nampak sangat PANDAI...!!!" (even tho dalam realiti aku x akan betul-betul tahu either dia memang pandai or sebaliknya) menjadikan betapa andaian statement aku baca before tu sangat betul... Wakaka..



...



Mungkin orang yang pakai spec ni konotasinya dia kuat belajar sepanjang masa sehingga mata pun jadi rosak. Or dia terlalu IT aka asyik berada depan komputer jer 24/7 so kornea (ha?) mata dia dah lari sikit. Plus dalam movie or drama pun dah ada stereotype khas kalau nerd mest pakai cermin mata then baru menjelaskan ke-nerd-an mereka. 


Membuatkan orang ramai dah lekat dengan idea tu.




Membuatkan ramai yang pakai cermin mata 'kosong' semata-mata sebab nak menampakkan diri mereka pandai jer..



...



Premis 1: Aku seorang lelaki yang punya muka berlagak aka sombong yang asli. Kalau aku tak senyum or tak memulakan perbualan then orang tak akan berani tegur aku. Ramai kawan yang punya first impression kata dulu awal-awal mereka fikir aku sombong.



Premis 2: Aku seorang lelaki yang pakai spec.










Kesimpulan di sini ialah aku seorang lelaki yang berlagak pandai.. Wakaka..














Perasan

Thursday, August 18, 2011

Why People Like Kassim Selamat Exist?

Sangat suka layan cerita-cerita P. Ramlee (era Studio Jalan Ampas). Kekadang layan banyak kali pun masih leh terus layan lagi tanpa jemu. Tadi baru je habis quality time ngan bapak layan Ibu Mertuaku.Bapak aku kata waktu cerita tu kuar wayang dia baru jer belajar di darjah 5 dan ia masih lagi dimainkan sehingga sekarang. Sejujornya cerita tu cerita yang sedih tapi a bit ridiculous. Tapi nak tak nak kita tetap perlu akui yang perkara yang berlaku pada Kassim Selamat akan terus berlaku sehingga ke hari ni. Hmmmm..


Adakah Kassim Selamat sepatutnya dikelaskan sebagai mangsa keadaan? Or Nyonya Mansoor as ibu yang kejam? Or Sabariah dan Chombi as seorang yang cuba ambil kesempatan? 

Realitinya Kassim Selamat ialah seorang artis yang baru je popular dengan 1-2 single yang selalu dimainkan kat radio then bila jumpa sorang peminat fanatik yang cantik dari keluarga yang kaya then terus nak kahwin (cam kes Jimmy Shanley plak). Bila dah kahwin guna duit mertua terus tinggalkan band music, pergi enjoy sakan main judi kuda plak. Bila dah miskin baru sedar diri.Last-last dah bagus-bagus orang sponser operate mata kedian senang-senang jer nak cucok mata guna garfu. Mangsa keadaan ke ni? Dia sendiri yang carik pasal apa?

Nyonya Mansoor pulak ialah sorang ibu tunggal yang terpaksa berdikari jalankan business tinggalan arwah suami dia sesorang diri. Then bila her teenage daughter yang minat sangat pada mamat yang dia just dengar dalam radio then terus nak kahwin so tak kan ar semudah tu jer mak dia nak bagi. Dah ar Sabariah tu satu-satunya anaknya. Ibu mana yang sanggup biarkan anak sendiri yang masih remaja kahwin ngan sorang artis yang tak ada masa depan dengan alasan itu cinta sejati dia? Dude, Nyonya Mansoor (teringat Rosmah Mansor plak) ialah ibu yang baik ar.. Hmmm

Sabariah masa jatuh cinta ngan Kassim dulu memang tak ingat dunia. Pendek kata hidup susah payah biarlah bersama aka itulah cinta mati dia. Tapi lepas tammat jer episode ngan Kassim Selamat then cepat-cepat plak leh kahwin rela hati plak ngan doktor bernama Ismadi. Al maklum doktor lebih glamour dari bekas penyanyi yang dudok bawah rumah orang apa. Sama kes gak ngan Chombi. Suami baru je lepas mati berjuang di medan perang. Nanggis-nanggis tak nak makan konon. Bila Kassim Selamat datang ngan nama Osman Jailani then tak nak layan lelaki buta ar. Tapi bila dapat tahu yang mamat tu sebenarnya Kassim Selamat, terus jer peluk tak nak lepas-lepas. Geli....
















So apa pengajaran dari cerita ni?
a) Please fikir banyak kali kalau ada artis ttiba nak ajak korang kahwin. Kalau setakat Tomok yang baru menang duit sejuta dari program realiti tu still please bandingkan dengan mana-mana doktor mata yang still single.
b) Kalau parents ko reject pilihan hati ko jangan terus merajuk nak lari ke Golok or Patani ar. Be in their shoes. Diaorang just tak nak tengok anak diaorang jadi janda kepada seorang lelaki yang hidup bawah lantai rumah orang lain ar.
c) Jangan simpan set sudu garfu tergantung kat dalam bilik tidur. Kebarangkalian korang tengah frust then nak cucok mata korang sendiri or pasangan korang cucok mata korang masa korang tidor sebab dapat tahu korang dating ngan other person pon sangat tinggi. Hmmmmm...



























Wakaka

Tuesday, August 16, 2011

Cemburu?

Kalau korang fikir aku akan post cerita tentang mode cemburu pada jiran sebelah rumah sebab diaorang tukar perabot or langsir baru setiap tahun bila nak masuk raya.. then korang salah. Aku tak ada perasaan yang tak ada faedah langsung pada aku hidup aku cam tu sekali. Im gonna talks about cemburu yang bukan cemburu cam tu. Tak paham? Aku pun tak tahu nak jelas cam mana. Baca je ar..


Orang tua-tua kata cemburu tu tandanya sayang. Even kalau kita tengok couple yang cemburu,-cemburu manja buat kita rasa cam "Soo sweet.." pasal ada orang tu dia cemburu tanpa dia tahu sebenarnya dia dah start sayang pada orang tu. Melainkan ia cemburu buta ar yang sangat membencikan. I got a friend yang balak dia sangat cemburu buta sehingga dia terpaksa tukar setiap nama kawan lelaki dalam handphone dia kepada nama perempuan (include nama aku jadi ompuan gak) sebab tak nak balak dia cemburu tak tentu pasal. Itu tahap "Soo pelik dan menjengkelkan ar"..

Tapi bila rasa cemburu yang sama berlaku pada diri kita then ia akan jadi tak best sangat-sangat ar. Aku pernah ada couple masa sekolah dulu ngan sorang girl ni. Tapi kami rahsiakan status perhubungan kami ni ar. Realitinya aku pun tak tahu kenapa kami perlu rahsiakan status kami. Hanya kawan-kawan rapat jer tahu. So satu hari persatuan kami ada lawatan ar. Dan itulah pertama kali aku rasa cemburu yang cukup kuat sehingga kita tak akan berfikir secara rasional apa tindakan yang bakal kita ambik. Waktu tu dia just sekadar bercakap-cakap dengan lelaki lain aka kawan aku sendiri jer pon.

Rasa cemburu tu datang sebab it seems aku x nak my girl dishare oleh lelaki lain. 

Tapi as masa berlalu, makin ramai kawan aku (yang tak tahu hubungan aku ngan that girl) kata mereka tengah dating with her. Last-last baru aku tahu reason dia nak rahsiakan hubungan tu ialah sebab dia buaya betina. Hmmm..


...


Then aku pun pernah gak cemburu pada something yang bukan cinta bila kawan aku sorang ni dia berkenalan dengan sorang kawan baru yang kebetulan ialah cousin aku sendiri. So kekawan ni start kuar statement biasa cam perangai cousin ni sebijik cam aku, cara dia berfikir sama gak cam aku, lawak dia, itu ini aka semuanya macam aku sehingga aktiviti yang kami selalu buat dah diganti oleh dia dan special place yang dulu ada aku dah ditukar pada dia sehingga ada masa aku rasa cam tempat aku tu dah diambil alih oleh cousin tu. Irrational kan betapa cemburu leh buat kita berfikir tak rasional..








Tapi syukur gak sebab yang berlaku melibatkan cousin tu yang totally jauh lebih baik dari aku dan terlepas dari genetik gila dalam keluarga sebab kalau ia melibatkan the other cousin yang sorang lagi tu then ia akan jadi game 'mengumpul markah tertinggi'.













Aku tak tahu kenapa ttiba aku kuarkan post ni. Rasa cemburu datang lagi kot.












Naaa

Monday, August 15, 2011

Not Such A Good Question

Aku ada tabiat suka bercakap or bertindak tanpa berfikir panjang (or tanpa berfikir langsong). Positive sidenya ia menjadikan aku mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang aku baru jumpa (mostlynya yang ada 'kimia' ar). Sehingga most of the time orang akan tanya "Aj, ko dah kenal lama dengan dia ker?" buat aku jawab "Tak ar. Baru jumpa 5 minit lepas je". Tapi bad sidenya plak: ia banyak menguris hati orang lain. Hmmm..


Last week ni aku ada attend satu sesi interview ni lah. So as usual aku berkenalan dengan mesra most of them : interviewee yang pertama kali aku jumpa. Ada yang tanya aku sama ada aku sama sekolah dengan dia tu ker  or satu kampung or what ever reason ke sebab melalui cara percakapkan kami cam bukan main cam dah lama kenal. Naa, baru jumpa. 

Sehinggalah seorang interviewee yang terakhir ni datang. Aku kenal adik beradik dan keluarga dia ar. Abang dan kakak dia senior aku kat sekolah dulu. Even adik dia junior aku plak. Cuma dia sahaja yang aku x sempat kenal. So it seems not such a real big deal ar kan. So start ar cakap-cakap sehingga aku realize yang muka dia berubah sedikit.

DAMN. Aku baru jer ungkit statement tentang arwah kakak dia yang meninggal beberapa tahun lepas sehari before raya akibat leukimia. So aku kena berhati-hati kuarkan next question or next statement.

Maka dalam otak aku terfikir apa soalan yang perlu aku keluarkan untuk memulakan bicara tanpa menyingung perasaan dia. Antara soalan yang keluar dalam otak aku cam:

a) Berapa umor adik kau yang .... Naa waktu tu emak dia meninggal selepas melahirkan baby tu.
b) Cam mana kehidupan ngan ibu tiri? Naa, takkan nak tanya tentang isteri baru bapak dia plak
c) Kau ada adik tiri kelahiran ibu baru kau tak? Naa, terlalu sensitif
d) Ibu baru or ibu lama. Which one is better? Naa, terlalu kurang ajar












Sehingga last-last aku paling kurang bercakap dengan dia sebab semua soalan yang timbul dalam otak aku berakhir dengan: what if soalan tu boleh menyinggung perasaan dia. Cukuplah aku pernah ada krisis dengan sibling dia yang lain. Hmmm..





















Tanda-tanda aku semakin matang: aku start guna otak dalam kepala untuk berfikir.

Sunday, August 14, 2011

Why Do We Facebook-ing?

Aku pernah terbaca satu statement dari mana aku petik dah tak ingat ar. It sound like this: once someone start create an social network account then dia automatically menjadi seorang anti social. Post kali ni bukan nak bahas issue tu tapi sekadar nak share kenapa orang berFACEBOOK sehingga ada tahap hidup-mati, berpeluh-peluh, bercerai, sangup berbunuhan semata-mata sebab FACEBOOK? Hmmm..


Sebenar-benarnya aku baru jer ada account FACEBOOK sekitar 2 tahun. Itu pun sebab terpaksa then baru aku create account nih. Waktu tu aku jadi management trainee kat satu GLC so FACEBOOK ialah satu-satunya medium untuk geng-geng seangkatan share tak puas hati tentang pekerja situ, plan jahat diaorang, gossip-gossip  etc. Dan disebabkan aku satu-satunya yang tak ada account jadikan aku ketinggalan sesorang. That are the history of my FACEBOOK account.







Am I a FACEBOOK er maniac? Naaa..


...


So why do people FACEBOOKing nih?

1) Attention Seeker
Kenapalah agaknya orang keluarkan sesuatu post kalau tak nak seek an attention ar kan? It is cam sorang kawan aku ni dia create blog tapi dia tak suruh sesiapa pun baca sebab isi blog dia sangat private. So aku suggest dia: kenapa tak tulis diari jer? It seem cam model lucah yang tak nak orang tengok 'kemaluan' dia. We create blogs sebab nak share opinion kita dengan masyarakat luar. Kan?

Back to attention seeker ni ada banyak level  ar. Kalau level biasa then post-post yang biasa ar cam: you can do it Lee Chong Wei, esok demam tak dapat nak gi kerja, good luck dalam exam nanti etc yang kalau kita baca tak akan bagi effect besar pada emosi kita. Tengok pun sekali pandang guna ekor mata jer.

Then bila level naik sikit buat kita yang baca dah rasa lain macam sikit cam: beli syampu harga RM200, nak solat Subuh-mendekatkan diri dengan tuhan, balak aku refer aku pakai lingerie warna merah dari yang biru etc membuatkan kita terfikir apa matlamat status tu dikeluarkan untuk bagitahu dia ada banyak duit, dia beriman, dia ada body mantop etc? Hmmm..

Lastly attention seeker tahap dewa ni jenis yang korang sangat menyampah tahap dewa dan emosi korang terganggu setiap kali dia upload status baru. Hmmm..


2. Pusat Rawatan Mental
Korang pasti ada friends or mutual friends yang akan upload status setiap 5 minit kan? Dan dalam setiap status post dia akan dipenuhi dengan emosi marah-marah dan tak puas hati yang terlampau-lampau sehingga korang sendiri tak pasti either hidup orang tu sangat-sangat dipenuhi rintangan dan halangan terhebat or dia memang seorang yang bermasalah mental.

Dia kutuk boss dia, dia kutuk workmate dia, dia kutuk balak/awek dia, dia kutuk kekawan dia, dia kutuk parents dia, dia kutuk sibling dia, dia kutuk alam dan semuanya tak kena. So bila satu ketika FACEBOOK jadi sunyi seketika dan ko syak something bad happens to him/her. Dan bila dia sambung balik meluahkan emosi dia dalam FACEBOOK, ko menyumpah diri sendiri sebab x berani nak block dia.

Realitinya kenapa ada kumpulan manusia macam ni ek? Dia ada motivasi kalau luahkan semua tu dalam FACEBOOK akan jadikan dia tenang dan masalah dia akan ttiba selesai ker? Naa..


3. Kaki Promoter
Or in other wordsnya wall dia most of the time tak ada langsung status berbentuk peribadi. Either dia bukak FACEBOOK untuk jual or promote barang, dia di tag oleh orang lain untuk jual barang orang lain, dia upload youtube video, share others blogs etc. Positifnya untuk orang yang a bit shopaholic cam aku dah banyak duit aku laburkan kat FACEBOOK ni plus ada masa informasi dan maklumat yang dia share bawak manfaat dan kesedaran gak dalam hidup kita.

Cuma bad side about it ialah mostly mereka ni sampah yang memenuhkan pandangan mata kita jer. Produk yang terlampau banyak, iklan yang sama berulang kali dan ada masanya mereka ni just suka copy and paste benda yang sama tanpa mereka berfikir or buat apa-apa kajian pun tentang perkara tu. Contoh post cam: tolong sebarkan bahawa produk itu ini disahkan haram sebab ada DNA itu ini or identiti orang yang menghina agama itu ini telah disahkan milik itu ini etc. 

Realitinya mereka tak tahu pun kesahihan berita yang mereka copy, paste and share tu pun. Mereka just share jer sebab it sound cam gempar tanpa mereka peduli dari mana post tu asal. Hmmm...


4. Orang gila.
Orang yang keluarkan post pelik dan gila tanpa ada sebab yang rasional matlamat post tu.. Hmmmm























Wakaka.. Pelik sungguh aku hari ni..

Pelajaran Vs Pengalaman

Aku ada degree in linguistics. Bila ada orang tahu academic degree aku then ada yang tak puas hati kata: apsal belajar bab lain tapi kerja bab lain or apsal x kerja jadi cikgu or kat Dewan Bahasa or ko ada bakat itu ini apsal itu ini etc. Ya ya ya. Suka hati aku ar nak ambik apa dan nak kerja apa kemudian ar kan. Ini kehidupan aku ar kan?


Tadi terbaca satu post kat FACEBOOK by sorang kenalan ni tadi. Dia kuarkan 2 statement: 
a) Jawatan yang sama tapi disebabkan taraf pendidikan yang berbeza menjadikan orang yang belajar lebih tinggi akan terima gaji lebih besar or
b) Pengalaman kerja menjadikan jadi orang berpengalaman lebih besar berbanding orang yang berpendidikan tinggi.

...

Waktu aku belajar kat U dulu, wujud certain golongan pelajar yang berpendapat: belajar di universiti kerajaan adalah bermatlamat untuk kerja kerajaan bila dah keluar nanti. WOW. Aku tak tahu plak akan benda tu sehingga aku masuk universiti. Sebab matlamat aku masok U dulu ialah untuk belajar so may be sebab tu aku tak guna apa yang aku belajar untuk jadikan as kerja aku kot. Wakaka..

Tapi disebabkan aku dah bekerja di beberapa bidang industri dalam government, semi government dan swasta then wujud plak golongan pekerja yang berpendapat: aku kerja lama-lama ngan pengalaman ni so aku perlu dibayar lebih or aku belajar susah payah selama ni aku pun perlu dibayar lebih bla bla bla. Tapi disebabkan matlamat aku bekerja bukan untuk mendapatkan gaji sebaliknya kepuasan kerja so that may be the reason why aku selalu berhenti kerja. Wakaka..







Sejujornya memang rasa tak adil ar bila ada masa 2 orang yang buat kerja sama, dengan kadar stress yang sama, berdepan masalah yang sama tapi hujung bulan dia dibayar kurang hanya sebab dia tak berpendidikan tinggi or taraf pendidikan dia lebih rendah dari kita etc. Even scale gaji diploma dan degree pun almost RM200++ beza. Belum lagi yang sekadar sijil je ar kan?

Or sama gak bila kita masa 2 orang yang buat kerja sama, dengan kadar stress yang sama, berdepan masalah yang sama tapi hujung bulan dia dibayar kurang atas alasan dia tak ada pengalaman kerja. Sedangkan kalau dikira dari produktiviti kerja or achievement kerja yang si junior jauh lebih bagus dari senior. Hmmm...















So back to the basic: apa matlamat seseorang bekerja? Kalau semuanya berkisar dan kembali kepada duit then korang akan sentiasa lihat 2 perkara tu dan banyak benda lain as alasan demi alasan 'kenapa gaji korang sikit dari orang lain' dan sampai bila-bila korang tak akan puas hati. Kan?

Friday, August 12, 2011

Stuff From The Past

Perkara biasa yang perlu diterima oleh sesiapa yang pernah jadi anak polis ialah kehidupan berpindah randah.Kita perlu berpindah selama parents kita diperlukan untuk berpindah. Good partnya: kita leh rasa perbezaan setiap tempat. Not so good partnya: kita perlu rasa perbezaan tu walaupun kita tak ready lagi. Akibatnya aku dah berpindah beberapa tempat, beberapa sekolah, dan kenal beberapa kawan dalam tempoh yang singkat. Hmmm..


Beberapa hari lepas entah apsal aku terfikir 1 nama yang pernah wujud 15 tahun lepas. Noel Vernon. So aku search kat FACEBOOK then keluar beberapa suggestion. Aku pilih sorang yang a bit chubby dan check on gambar, it seem itu ialah dia dan aku hantar personal message. Dan hari ni dia balas balik. Yap, itu memang dia.

Noel ialah seorang Melanau yang beragama Kristian. So nama dia ada 'bin' seseorang (aku x ingat nama bapak dia). Kami sama kelas dari darjah 1 sehingga darjah 4 di SRB St Anne, Sarikei. Tapi kami cuma rapat masa darjah 4 jer. Sebab kawan baik dia dari darjah 1-3: Nelson Yap pindah kelas lain.So kami cuma rapat untuk 1 tahun jer sebab penghujung darjah 4 aka hari-hari terakhir darjah 4 aku berpindah sekali lagi ke Kuching.

Dan disebabkan hard disc ingatan aku ni berkapasiti kecik so aku kurang ingat sangat what really happen at that time. Al maklum umur pun baru 10 tahun masa tu. Ingatan yang masih jelas melibatkan dia ialah cam kami pernah pergi library sama-sama, kami sama-sama join Pengakap dan aku masih ingat waktu kami daftar diri as pengakap, ujian penggal pertama yang kami tertukar nombor kelas menjadikan aku almost lagi dapat tiket free ke Royal London Circus kat Sibu at that time, aktiviti pengakap kami yang berkumpul kat rumah sorang kawan then ambik sampah 'mainan' jiran sebelah dan merayau kat bandar Sarikei etc.

Dan dalam message tu, dia rupanya masih ingat aku gak. Dia ingat stail aku yang selalu skin head (dan dia pulak rambut belah tepi yang licin. We are such so nerd). Then we share about one guy nama David Ong aka kaki buli kelas kami dan antara mangsa buli selalu ialah kami berdua.. Wakaka. Then dia ingatkan aku balik pada sorang lagi kawan bernama Mohd Sabri. Goosh, aku almost lupa dia. So Noel ingatkan aku balik yang kami 3 ni ahli pengakap yang 'paling aktif' aka aktif tak turun. Wakaka..













Memori ialah satu kenangan yang sangat tak ternilai harganya. Lebih meaningful bila orang yang ada dalam kenangan tu turut ingat dengan jelas apa yang berlaku dan di mana watak kita berada di situ. Menjadikan aku rasa, itu bukan imaginasi yang aku reka sebaliknya perkara yang manis tu memang benar-benar berlaku.














...









Selasa lepas aku terjumpa sorang lelaki ni. Aku senyum tapi dia tak kenal aku. Realitinya aku pernah terjumpa dia sekali sewaktu dia masih berusia 12 tahun. Aku hanya jumpa dia sekali tu jer. Kurang 5 minit. Dan dia keluarkan 2 patah perkataan. Selepas tu aku tak pernah tengok dia sekalipun sehingga Selasa lepas. Dia bukan saudara, bukan jiran, dia bukan sesiapa yang penting. 11 tahun berlalu. Walaupun dia dah dewasa tapi aku yakin dia budak lelaki yang sama yang aku pernah jumpa 11 tahun lalu. Itu dia. Memang dia..

Thursday, August 11, 2011

The Weirdo Citizen

Ada beberapa kumpulan manusia yang boleh buat aku marah. 3 kumpulan utama ialah:
a) Orang yang curang pada pasangan,
b) Orang yang tahu buat anak tapi tak tahu nak jaga dan
c) Orang yang buat kemusnahan pada alam dan isinya. Hmmm


Kali ni aku nak share ciri kumpulan manusia ke-3: orang yang suka buat kemusnahan pada alam dan isinya.

...

Aku selalu kata pada kekawan yang aku sorang environmentalist. Most of the time it does sound funny sebab aku nyatakan dalam keadaan yang kurang serius ar. Tapi sejujornya aku memang sedaya upaya sedang dan telah melakukan aktiviti yang mesra pada alam. It might be just tindakan yang tak seberapa besar berbanding action yang pernah dilakukan oleh environmentalist besar dunia yang berjuang hidup mati untuk alam. But at least kalau kita buat dan kita mampu suroh sorang dua ikut sekali then it better than tak buat langsung. Kan?

Few action yang selalu aku buat ialah cam:
a) Jangan buang sampah selain dalam tong sampah yang totally akan diambik oleh pihak majlis perbandaran. Mostly masyarakat kita lepas makan gula-gula yang paling kecik then terus je buang. Ada yg memandu, turunkan tingkap kaca then buang. Chewing gum lekat bawah seat public transport. Yang rumah atas air, buang terus dalam sungai etc. Then bila ada kesan global warming pada alam sekitar terus nak salahkan kilang-kilang besar. Sedangkan realiti, penyumbang sampah pepejal terbanyak ialah dari pengguna domestik aka kita ni ar. 

So what I did ialah simpan sampah tu sehingga kita jumpa tong sampah. Selalunya kalau setakat plastik gula-gula or puntung rokok (yang dah dibuang abu panasnya) aku akan masukkan dalam poket seluar. Yang besar sikit masok dalam beg. Tapi most of the time aku lupa nak buang bila dah jumpa tong sampah so poket seluar aku selalu penuh dengan sampah sarap. Hmmm..


b) Limit or stop the using of plastic bags. Scenario yang selalu berlaku kat kedai-kedai kat Malaysia ni kalau kita beli barang yang pelbagai ialah: Barangan makan basah 1 plastic, barangan makan sejuk beku 1 plastic, makanan kering 1 plastic, barang dapur 1 plastic, toiletries 1 plastic etc. Sedangkan semuanya boleh je dimasukkan ke dalam 1 beg plastic besar. Kekadang berlaku part kita just beli 1 chewing gum 80 sen tu pun, kita nak request plastic bag sedangkan kita just guna plastic bag tu kurang 15 minit then buang tong sampah. Belum masuk part customer bising-bising bila hypermarket charge 20 sen untuk satu plastic bag. Matlamatnya untuk kesedaran ar.

Aku plak jenis yang kalau shopping groceries ni aku request tak nak plastic bag. Ingat 2 kes bila aku kata tak nak plastic bag cashier satu tempat tu perli aku kata "Orang bagi plastic bag percuma pun tak nak" or satu tempat lain ni kata plak "Encik ambik je plastic bag ni, nanti boss saya marah.." Pelik. Or tadi masa aku beli 2 barang kat satu local supermarket ni, cashier tu dengan hairan kata "Awak satu-satunya customer rakyat Malaysia yang saya pernah jumpa selama saya kerja sini yang tak nak guna plastic bag" Hmmm..


c) Limit or stop buy mineral water. Walaupun ia sekadar RM1 or kurang tapi ia membunuh alam secara senyap. Bekal air dari rumah.

d) Limit or stop the using of bekas polistrine. Bawak bekas makanan kosong kalau nak tapau.

e) Jangan buat pembakaran terbuka.

f) Jangan beli produk or bulu or kulit haiwan. 

g) Jangan support aktiviti yang boleh merosakkan alam sekitar dan berkaitan.















Mungkin korang kata: tindakan tu terlalu kecil dan technically tak akan bagi effect apa-apa pun pada kepada kepanasan global sekarang ni. Ais di kutub sana masih lagi akan mencair etc. Memang ar kalau aku sorang yang buat then ia akan jadi sebiji pasir kat padang sahara. So that why aku ajak orang lain buat sekali.













Plus buat yang beragama Islam, korang kan individually ditugaskan menjadi khalifah di bumi Allah ni. So bukan ke tugas korang gak menjaga keamanan dan kebajikan ahli-ahli yang ada di bumi ni. Pada alam dan isinya sekali?










Better digelar sebagai seorang weirdo tapi techically korang ialah a good citizen yang sebenar

Tuesday, August 9, 2011

Damn Girl

Girl tu entah apsal berjaya buat aku anggau sekali lagi. Anggau tahap masa aku berbaring hanya ada nama dia jer dalam otak aku, berulang-ulang. Kemudian timbul imaginasi tentang rambut dia yang panjang, senyuman dia etc. Sehingga kawan-kawan sekerja lain pun jadi binggong ngan anggau aku waktu tu. Mana-mana aku sebut nama dia jer. Try cari tempat kerja dia etc.


Kemudian bila dia balas msj aku, jadikan aku jauh lebih anggau lagi. It seems dia buat aku tak bertepuk sebelah tangan. Jadikan anggau aku lebih teruk..

Most kawan x support aku. May sebab kawan-kawan x nak aku kecewa because of her. Yap sebab dia terlalu sempurna. Dia ada muka yang cantik. Dia ada otak yang bijak. Dia ada body yang superB. Dan biasanya girl macam tu jenis high maintenance aka susah nak jaga. Dan tak mungkin dia layan org cam aku yang kerja tak tetap lagi masa tu. Dan akhirnya aku terima kata-kata kawan aku masa tu. Pengaruh rakan sebaya menjadikan aku gave up pada dia.














Setahun berlalu, aku dapat tahu dia couple with a guy yang lebih kurang jerk ass cam aku dulu gak. Worst, mereka berdua dah cam beauty and the beast (at least kalau dia sebelah aku a bit: beauty and a bit handsome guy gak ar).. Mode cemburu..











Membuatkan aku fikir "DAMN. Dia bukan high maintenance girl yang lihat luaran ar.." 


















Hmmmm..

How Does 'Babi' Taste Like?


Aku ada sorang kawan muallaf ni dan satu hari ni kami tengah lepak-lepak makan hotdog then dia kuarkan satu statement "Kalau kau nak tahu, macam ni ar rasa babi..". Waktu tu masih belum lagi keluar kes guna usus babi untuk buat hotdog ar. So aku balas balik statement dia "So babi ni tak lah sedap mana pun..." Hmmmm..


































Aku yakin ramai dah umat Islam pernah merasa babi sama ada secara mereka sedar or tak jer.













Plus include orang-orang yang tak peduli sebab janji ada tanda halal then mereka terus tak ambik pedulik either halal tu just sekadar cop or sebaliknya.. Hmmmm..

Monday, August 8, 2011

Baju Raya

Gosh aku rasa sangat malas nak menekan-nekan punat pada keyboard labtop komputer sepanjang Ramadhan ni. (But still aku leh main game plus menyiapkan salah satu tessis master tu) Aku lebih refer untuk berbaring dalam bilik sambil menyerap kesejukkan lantai. Tapi Ramadhan bukan masa bermalas-malas. So dalam tempoh minggu pertama aku jalani kehidupan yang sama gak include ambik niece-nephew balik sekolah, gi kebun tebang pokok hutan etc. Hmmmm...


Hari ni tadi aku ke bandar Kuching. Matlamat asal just nak photostate beberapa dokumen ni. Tapi bila selesai rasa cam sangat cepat berlalu so takan ar terus nak balik. Dan kebetulan plak aku tertengok ada fishtail iklan rebate until 90% discount buku kat Popular. So pergi je ar. Kot-kot jumpa buku best-best ker. 

Yap, bila masok Popular Book Store kat Tun Jugah tu memang jadi rambang mata. Aku syak kedai tu dah nak tutop so sebab tu ia buat clearance sale yang terlampau-lampau. Ada novel tu discount sampai jadi RM3 lebih jer. So hours ar aku dalam tu tapi last-last beli 2 buah buku sekaligus menjadikan dalam tempoh sebulan ni aku dah beli 4 buah buku yang 3 darinya aku belum sentuh lagi. Hmmm..

Turun dari escalator plak melimpasi area baju. Dan tertarik plak ngan satu baju ni. Try beberapa helai, then tengok sale 50%. So rembat ar satu baju East Indian Company nih yang sebijik leh jadi cam Baju Melayu sekaligus leh jadi baju raya aku.. Wakaka..


...


Fikir-fikir balik dah lama aku tak ada Baju Melayu baru nih. Rasanya masa masok form 6 emak dah tak buat lagi Baju Melayu untuk aku. Sepanjang zaman universiti pun ada 1 pasang sebab family angkat dari Kelantan bagi kain Baju Melayu. Kalau tak then jangan harap aku akan ada Baju Melayu. Kedian Baju Melayu aku yang terakhir sekali ialah Baju Melayu untuk majlis resepsi Uda. Dan kebetulan waktu tu aku jadi pengapit. It was in 2008.




Aku sejujornya suka pada Baju Melayu tapi aku sangat-sangat jarang pakai Baju Melayu. It seems aku cuma pakai masa hari raya or kalau ada kematian jer. Sembahyang Jumaat pun dah jarang nak pakai Baju Melayu.  









Sayangkan kalau budaya yang ada pada pakaian tu hilang as masa berlalu.. 












hmmmmm