Friday, August 12, 2011

Stuff From The Past

Perkara biasa yang perlu diterima oleh sesiapa yang pernah jadi anak polis ialah kehidupan berpindah randah.Kita perlu berpindah selama parents kita diperlukan untuk berpindah. Good partnya: kita leh rasa perbezaan setiap tempat. Not so good partnya: kita perlu rasa perbezaan tu walaupun kita tak ready lagi. Akibatnya aku dah berpindah beberapa tempat, beberapa sekolah, dan kenal beberapa kawan dalam tempoh yang singkat. Hmmm..


Beberapa hari lepas entah apsal aku terfikir 1 nama yang pernah wujud 15 tahun lepas. Noel Vernon. So aku search kat FACEBOOK then keluar beberapa suggestion. Aku pilih sorang yang a bit chubby dan check on gambar, it seem itu ialah dia dan aku hantar personal message. Dan hari ni dia balas balik. Yap, itu memang dia.

Noel ialah seorang Melanau yang beragama Kristian. So nama dia ada 'bin' seseorang (aku x ingat nama bapak dia). Kami sama kelas dari darjah 1 sehingga darjah 4 di SRB St Anne, Sarikei. Tapi kami cuma rapat masa darjah 4 jer. Sebab kawan baik dia dari darjah 1-3: Nelson Yap pindah kelas lain.So kami cuma rapat untuk 1 tahun jer sebab penghujung darjah 4 aka hari-hari terakhir darjah 4 aku berpindah sekali lagi ke Kuching.

Dan disebabkan hard disc ingatan aku ni berkapasiti kecik so aku kurang ingat sangat what really happen at that time. Al maklum umur pun baru 10 tahun masa tu. Ingatan yang masih jelas melibatkan dia ialah cam kami pernah pergi library sama-sama, kami sama-sama join Pengakap dan aku masih ingat waktu kami daftar diri as pengakap, ujian penggal pertama yang kami tertukar nombor kelas menjadikan aku almost lagi dapat tiket free ke Royal London Circus kat Sibu at that time, aktiviti pengakap kami yang berkumpul kat rumah sorang kawan then ambik sampah 'mainan' jiran sebelah dan merayau kat bandar Sarikei etc.

Dan dalam message tu, dia rupanya masih ingat aku gak. Dia ingat stail aku yang selalu skin head (dan dia pulak rambut belah tepi yang licin. We are such so nerd). Then we share about one guy nama David Ong aka kaki buli kelas kami dan antara mangsa buli selalu ialah kami berdua.. Wakaka. Then dia ingatkan aku balik pada sorang lagi kawan bernama Mohd Sabri. Goosh, aku almost lupa dia. So Noel ingatkan aku balik yang kami 3 ni ahli pengakap yang 'paling aktif' aka aktif tak turun. Wakaka..













Memori ialah satu kenangan yang sangat tak ternilai harganya. Lebih meaningful bila orang yang ada dalam kenangan tu turut ingat dengan jelas apa yang berlaku dan di mana watak kita berada di situ. Menjadikan aku rasa, itu bukan imaginasi yang aku reka sebaliknya perkara yang manis tu memang benar-benar berlaku.














...









Selasa lepas aku terjumpa sorang lelaki ni. Aku senyum tapi dia tak kenal aku. Realitinya aku pernah terjumpa dia sekali sewaktu dia masih berusia 12 tahun. Aku hanya jumpa dia sekali tu jer. Kurang 5 minit. Dan dia keluarkan 2 patah perkataan. Selepas tu aku tak pernah tengok dia sekalipun sehingga Selasa lepas. Dia bukan saudara, bukan jiran, dia bukan sesiapa yang penting. 11 tahun berlalu. Walaupun dia dah dewasa tapi aku yakin dia budak lelaki yang sama yang aku pernah jumpa 11 tahun lalu. Itu dia. Memang dia..

No comments: