Tuesday, August 16, 2011

Cemburu?

Kalau korang fikir aku akan post cerita tentang mode cemburu pada jiran sebelah rumah sebab diaorang tukar perabot or langsir baru setiap tahun bila nak masuk raya.. then korang salah. Aku tak ada perasaan yang tak ada faedah langsung pada aku hidup aku cam tu sekali. Im gonna talks about cemburu yang bukan cemburu cam tu. Tak paham? Aku pun tak tahu nak jelas cam mana. Baca je ar..


Orang tua-tua kata cemburu tu tandanya sayang. Even kalau kita tengok couple yang cemburu,-cemburu manja buat kita rasa cam "Soo sweet.." pasal ada orang tu dia cemburu tanpa dia tahu sebenarnya dia dah start sayang pada orang tu. Melainkan ia cemburu buta ar yang sangat membencikan. I got a friend yang balak dia sangat cemburu buta sehingga dia terpaksa tukar setiap nama kawan lelaki dalam handphone dia kepada nama perempuan (include nama aku jadi ompuan gak) sebab tak nak balak dia cemburu tak tentu pasal. Itu tahap "Soo pelik dan menjengkelkan ar"..

Tapi bila rasa cemburu yang sama berlaku pada diri kita then ia akan jadi tak best sangat-sangat ar. Aku pernah ada couple masa sekolah dulu ngan sorang girl ni. Tapi kami rahsiakan status perhubungan kami ni ar. Realitinya aku pun tak tahu kenapa kami perlu rahsiakan status kami. Hanya kawan-kawan rapat jer tahu. So satu hari persatuan kami ada lawatan ar. Dan itulah pertama kali aku rasa cemburu yang cukup kuat sehingga kita tak akan berfikir secara rasional apa tindakan yang bakal kita ambik. Waktu tu dia just sekadar bercakap-cakap dengan lelaki lain aka kawan aku sendiri jer pon.

Rasa cemburu tu datang sebab it seems aku x nak my girl dishare oleh lelaki lain. 

Tapi as masa berlalu, makin ramai kawan aku (yang tak tahu hubungan aku ngan that girl) kata mereka tengah dating with her. Last-last baru aku tahu reason dia nak rahsiakan hubungan tu ialah sebab dia buaya betina. Hmmm..


...


Then aku pun pernah gak cemburu pada something yang bukan cinta bila kawan aku sorang ni dia berkenalan dengan sorang kawan baru yang kebetulan ialah cousin aku sendiri. So kekawan ni start kuar statement biasa cam perangai cousin ni sebijik cam aku, cara dia berfikir sama gak cam aku, lawak dia, itu ini aka semuanya macam aku sehingga aktiviti yang kami selalu buat dah diganti oleh dia dan special place yang dulu ada aku dah ditukar pada dia sehingga ada masa aku rasa cam tempat aku tu dah diambil alih oleh cousin tu. Irrational kan betapa cemburu leh buat kita berfikir tak rasional..








Tapi syukur gak sebab yang berlaku melibatkan cousin tu yang totally jauh lebih baik dari aku dan terlepas dari genetik gila dalam keluarga sebab kalau ia melibatkan the other cousin yang sorang lagi tu then ia akan jadi game 'mengumpul markah tertinggi'.













Aku tak tahu kenapa ttiba aku kuarkan post ni. Rasa cemburu datang lagi kot.












Naaa

5 comments:

Efa said...

cemburu la kalo dh sayang..=D

Syafiqah Takiyudin said...

cemburu sikit2 takpe.jgn bnyak2. :D

H Y D E said...

susah juga kalau sifat cemburu tu menebal sangat. last-last apa pun tak boleh...

latest : Iftar @ Kuala Perlis (part 2)

G3-lina said...

bila fikirkan semula... saya da lupe mcm mana rasa cemburu.. haha.. happy life

Aj Abdullah said...

Era, x semua cemburu tu sayang kot. Kan? Hmmmm.. Entah ar..

Syafiqah, betol3. Banyak sangat cemburu bawak masalah dari faedah plak

Hyde, setuju. Rasa macam kita ni milik dia ar plak dah bila semua x boleh nak dibuat

G3, cemburu tu rasa yg x best so kalau dah lama x rasa pun x best gak.. hmmmmm...