Tuesday, November 30, 2010

Selfish



Suddenly aku tersedar bahawa aku terlalu mementingkan diri sendiri. Bagaimana aku boleh dengan mudah terlena dalam mimpi untuk mencintai dirinya jika cinta itu akan membuatkan dia cukup menderita.

Suddenly aku tersedar bahawa aku terlalu mementingkan diri sendiri. Bagaimana aku boleh dengan mudah cuba untuk menjadikan dia sebahagian dari diri aku dan kemudian menjadikan dia terus bersendiri.


































Bagaimana jika benar aku hanya mampu hidup separuh dari usia manusia normal?
Adakah aku mahu menjadikan dia seorang janda pada usia yang masih muda?
Adakah aku mahu menjadikan anak-anaknya hidup tanpa ayah ketika mereka semua masih muda?









Aku terlalu mementingkan diri sendiri.
Aku harus melupakan dia. Aku harus melupakan semuanya...




























Then kau akan berkata:
"Kau tak fikir kau lebih mementingkan diri sendiri apabila dia seorang yang telah ditakdirkan bersama kau: sepatutnya melalui saat-saat dan kenangan terhebat (walau seketika) tapi akhirnya terpaksa berkahwin dengan lelaki lain yang akan membuatkan hidupnya jauh lebih tersiksa, bercerai, dan dia jadi title janda ditinggalkan suami bersama anak-anak yang ditinggalkan oleh bapa mereka atas sebab yang WTF soo SHIT. If Im was her, I more refer untuk bersama dalam kenangan yang sedikit tapi berkualiti dan akan kekal sampai mati berbanding menyerahkan jiwa dan raga pada someone yang not for her..."
























Sorry, aku tak boleh mementingkan diri sendiri..

Sunday, November 28, 2010

Ketuanan Melayu

Something SUCKS being PEMBANGKANG di MALAYSIA ialah mereka perlu jadi super duper perfect sebab kalau ada sedikit kecacatan then ia akan dijadikan bahan cerita utama oleh media-media tempatan yang mostlnya jenis kaki bodek KERAJAAN. And even kekadang tak ada apa-apa kes pun suddenly keluar jugak cerita panas yang sangat seem kurang logikanya semata-mata nak menarik pengundi supaya mengundi pihak-pihak tertentu masa pilihan raya yang akan datang. Hmmm...


Kali ni aku nak ulas sedikit tentang issue semalam based on ucapan oleh Presiden PARTI KEADILAN RAKYAT berkaitan topik membakulsampahkan KETUANAN MELAYU..

Aku masih ingat masa masuk sekolah menengah dulu. Awal-awal lagi abang aku dah bagi warn yang sorang cikgu CINA ni cukup anti MELAYU. Tapi sepanjang 5 tahun aku belajar under kelas dia tak pernah pulak aku dengar apa-apa statement RACISTdari mulut dia. Sebaliknya dia hanya menegur kami supaya jangan malas, jangan kuat bermimpi etc dan kebetulan majoriti kami ialah bangsa MELAYU. Dia tak pernah pulak kata yang MELAYU malas, kuat bermimpi etc sebaliknya ayat-ayat rasmi dari semua cikgu.

Sama gak bila dah keluar dari zaman sekolah. Masih jumpa lagi manusia yang berfikir yang sama: kalau statement menegur keluar dari mulut bukan MELAYU then ia akan jadi RACIST. Hei, bangsa MELAYU ni sensitif sangat ke sehingga tak boleh ditegur oleh bangsa lain. Plus kalau yang menegur tu sama bangsa plak then ia akan dilabel as membebel. So siapa yang berhak menegur bangsa MELAYU ni by the way?


Kepada sesiapa yang tahu, aku bangsa MELAYU dan aku menyokong idea membakulsampahkan KETUANAN MELAYU ni. Then aku yakin ada yang baca ni akan kata "Wei, this guy dah MURTAD dari jadi MELAYU r..!!"

Then aku balas balik "Apa yang cukup istimewa pada kita sehingga kita boleh jadi TUAN kepada bangsa lain ni? Ada tertulis dalam mana-mana kitab suci ker yang kata bahawa bangsa kita ini ialah bangsa terpilih yang mendapat keistimewaan di sisi tuhan? So what make MALAY berbeza berbanding ngan bangsa ISRAIL yang fanatik ngan bangsa diaorang?"















MELAYU cukup mudah melatah
MELAYU cukup sensitif tanpa sebab
and lebih SUCKS bila MELAYU merelakan diri mereka untuk menjadi mangsa kepada AHLI-AHLI POLITIK yang berjuang atas kepentingan mereka sendiri. 




































So MELAYU, jangan hanya mengangguk dan menggeleng hanya apabila disuruh sahaja. Plus kat akhirat kelak, tak ada label tulis kat bahu sebelah kanan kata 'MELAYU' sebaliknya perkara yang membezakan kita hanya kuantiti dan kualiti IMAN kita sahaja r kan. Hmmm...

Saturday, November 27, 2010

Gaji Pertama

Aku yakin korang mesti masih ingat dengan jelas apa perkara pertama (kedua, ketiga sehingga korang secara tak sedar yang gaji bulan tu dah habis) yang korang beli dengan gaji pertama korang. Mesti lah korang akan ingat sebab ia adalah hasil usaha titik peluh (yang berasa masin plus ngan bonus daki sekali) korang sendiri r kan..


Aku masih ingat kerja pertama aku yang rasmi ialah as pembantu perpustakaan kat PUSTAKA NEGERI SARAWAK selama 3 bulan kontrak jer. Waktu tu tak lama lepas habis STPM dan masa kerja tu jugak r result STPM kuar. Gaji kerja tu pun setakat RM700 jer tapi kira besar gak r untuk aku masa tu. Dan benda pertama yang aku beli guna gaji pertama ialah MINYAK motosikal berjumlah RM2 kalu tak silap. Wakaka. Nak wat cam ner masa tu minyak dalam tangki dah nak kering so fill in je r kan. Tapi lepas tu gi beli PIZZA kat local piza made ni kat PIZZA RIA untok kongsi ngan family.

Then masuk U dan keluar buat beberapa kerja dan kerja dan sehingga sekarang pada pekerjaan yang ke 5 pada usia 25 tahun (and almost 26 technically). Dan minggu depan plak akan merasa gaji yang pertama dari pekerjaan ni. Walaupun gajinya tak sebesar mana tapi aku bersyukur sebab ia adalah duit hasil yang halal dari tenaga aku sendiri. Sekurang-kurangnya aku tak perlu jual badan sendiri or jual badan orang lain untuk dapat duit r kan? 

Bila fikir-fikir balik kekawan yang tak sempat merasa masuk U sekarang ni ramai yang dah berjaya jauh dari kekawan yang sesama masuk U dulu. Some dah kerja tetap pun sedangkan aku dan yang seangkatan still merangkak ngan kerja kontrak yang bertukar ganti lagi. Ada yang dah punya kereta dan ada yang berganti ngan kereta baru lagi ketika aku masih bawak motosikal yang bapak aku bayar. Ada yang dah kahwin dan punya anak 1-2 orang. Jangan masuk bab simpanan mereka lagi memang banyak dah r. Hmmm..













Tapi aku sangat yakin dan percaya yang rezeki tu ada di tangan tuhan. Mungkin 4 pekerjaan sebelum ni bukan rezeki aku. Dan mungkin bukan juga yang ini. Dan aku juga sentiasa melihat setiap perkara yang aku lakukan punya sebab dan musabab kena tuhan mahu ia berlaku pada aku. Aku kenal kenalan baru,yang perangai pelbagai, aku tanggani masalah baru dan belajar dan belajar dari setiap satu apa yang berlaku


















Cuma gaji pertama kali ni dah tak boleh r buat cam gaji pertama kerja pertama dulu lagi. Dah tak boleh nak guna enjoy-enjoy kuar malam-malam cam gaji-gaji sebelum ni lagi. Kena fikir cara nak selesaikan pinjaman PTPTN dan hutang-hutang lain juga. Tanggung jawab pada parents lagi. Itu ini lagi. Hmmmm..




















Tapi gaji kali ni tetap gak nak beli kamera LOMO baru... wakaka

Thursday, November 25, 2010

RIP

Hari ni tadi ada meeting antara orang penting dan kami semua CSR 12 orang dipaksa menginvolvekan diri sekali as penonton cukup muat forum jer. Sangat boring r so ambik r gambar-gambar ngan aksi kanak-kanak  riang RIBENA guna kamera aku. Petang plak ttiba JOYCE turn on kamera untok aksi yang  hampir sama suddenly yang kuar hanya black screen. Aku try punya try rrupanya riwayat kamera aku dah berakhir. So tamatlah riwayat hidup kamera yang telah banyak berjasa kepada aku selama almost 2 tahun ni.. Hmmm...

 (gambar terakhir yang dirakam oleh kamera aku. 
Sekali lagi cam camera sebelum ni saat-saat terakhir diambil oleh orang lain.. Hmmm)

Aku sangat sayang kamera aku ni. Technically ia adalah kamera kedua yang aku miliki. Kamera pertama aku beli dulu ialah masa universiti. Dan ia pun bertahan sekitar 2 tahun gak before ia kuarkan screen hitam gak. Hmmmm.. Kira agak susah gak r untuk mana-mana gadjet bertahan ngan aku sebab aku ni extreem user. so 2 tahun tu leh diklasifikasikan as hebat gak r. Sama gak ngan manusia, mana ada yang bertahan lama ngan aku gak kan? Wakaka

Memang r I do admit feel semasa beli kamera pertama memang amat teruja. Gi mana-mana musti tangkat gambar. Bukan sekadar orang, lanskap, pokok, kucing even sehingga ke cawan, beruk, semut dan semua benda bernyawa dan tak bernyawa r aku ambik guna kamera tu. Tapi disebabkan aku jenis kipas susah mati kamera then after first kamera rosak x lama lepas tu terus beli yang baru. And aku still  masih teruja mengambil gambar demi gambar untuk kepuasan diri sendiri dan tak terkecuali orang-orang sekitar.

Mungkin bagi certain orang, kamera hanya satu mesin kecil untuk merakam gambar tapi to me it is something yang jauh lebih besar nilai sebenarnya. Satu human creation yang priceless aka tak ternilai. Andai blog ialah perasaan aku yang aku zahirkan pada apa yang aku rasa aku keluarkan dalam bentuk penulisan. So kamera ialah cara aku keluarkan keindahan dunia yang aku  lihat melalui pandangan mata aku dan dikeluarkan dalam bentuk lensa kamera dan seterusnya kepada imej bergambar (either bentuk digital or kepingan foto).

So as korang enjoyed baca blog aku (wakaka. Statement perasan lagi) and ada gak yang puji (sehingga diameter hidung aku mengembang besar) kata blog aku ialah penulisan yang cukup jujur sedangkan aku hanya menulis apa yang aku rasa jer. So sama gak ngan fotography ni. Ada yang sangat suka gambar aku sebab mereka kata ia sangat jujur (include bab aku edit guna photoshop r) sedangkan aku sekadar rakamkan apa yang aku lihat. Hmmm


Yaa I do admit yang aku pernah try untuk melupakan kamera satu ketika dulu disebabkan 1 SHIT thing ni tapi lama kelamaan aku mulai sedar yang ia adalah satu keputusan yang sangat salah. Camera ia a part of me. Rasa seems cam ada something hilang bila hidup tanpa kamera.























klik:

















































Dan kebetulan jugak ia rosak pada masa a week after this aku nak beli kamera baru.. Seolah-olah ia faham. Hmmm

Tuesday, November 23, 2010

Gangguan Teksuality

Guys, do you agree with some studies saying that lelaki akan memikirkan tentang SEKS in every 6 seconds? That mean kalau korang kira 1,2,3,4,5 dan 6 that mean korang tengah fikirkan SEKS dan 6 saat lepas tu SEKS sekali lagi dan lagi dan lagi untuk setiap 6 saat yang seterusnya. Kalau korang kata ya then aku sangat lega sebab kira aku normal r tapi kalau korang kata tak that mean aku satu-satunya sahaja lelaki yang berotak BIRU.. Hmmmm....


As PAT (rakan sekerja) kata dalam group of 13 new intake tu ada 2 alien: iaitu mewakili aku dan QHAIRI sebab hanya kami berdua sahaja lelaki. So mungkin disebabkan oleh besarnya populasi kaum wanita berbanding lelaki dan jurang zon kawan yang besar antara aku ngan golongan wanita-wanita tu berbanding kawan-kawan perempuan before menjadikan lahirnya mode setiap 6 saat tu kot.. Hmmm...

Back to the kajian kata sebaliknya wanita pulak hanya fikir about SEKS sekitar 1 kali sehari jer (bergantung jugak kepada kadar kesuburan melalui kitaran diaorang). Mungkin that studies leh dibuktikan sendiri oelh pengalaman korang r. Aku bagi contoh r. Yesterday dalam satu sistem yang quite oldschool digunakan TM ni guna ayat-ayat Bahasa Melayu yang sangat-sangat 70's  yang haram tak faham dan bunyi pelik-pelik. Dan salah satunya ialah 'alat kegunaan pelanggan'.

So bila masuk bab tu aku dan QHAIRI awal-awal dah ketawa besar. Dan kkawan perempuan yang dekat-dekat area kamiorang yang faham pun ketawa gak. Tapi still ada gak girls yang lain masih blur on what reason kami ketawa. Then bila dibagitahu reason nya masih lagi blur sehingga agak lama sikit baru mereka faham dan ketawa. Betapa teori lelaki otak kotor tu memang rasional r.. huhuhu












So kesimpulan di sini ialah betapa bukan hanya anatomi fizikal antara lelaki dan perempuan ni sahaja yang amat sangat berbeza even pemikiran mereka gak. Menunjukan betapa besar dan agungnya ciptaan tuhan ni r menjadikan each mahkluk tersendiri.





























Plus menjadikan keadaan bertambah teruk apabila aku ni plak jenis CREATIVE IMAGINATOR then banyak r imaginasi yang luar kawal terhasil. Tapi dont worry laa NANA ADAM (sebab ko sorang jer antara reramai group intake kita yg baca blog aku) nothing 'unfortunate event' akan berlaku r sebab aku ada IMAN dalam hati..
















Then korang yang otak benggong pun tanya "Fuyooo. Btw siapa Iman ni, Aj? Awek baru ker?"























DAMN...!!!

Sunday, November 21, 2010

Kesayangan

Aku yakin korang mesti pernah ada experience gi mana-mana tempat then korang akan jumpa: murid kesayangan oleh cikgu-cikgi di sekolah, pekerja kesayangan oleh boss kat office or paling basic pasti ada title anak kesayangan di rumah r kan.


Memang r best kalau jadi yang mendapat kasih sayang lebih dalam mana-mana institusi r kan tapi bak kata Melly Goeslaw dalam band Potrait beliau as dalam album Positive-Positive lagu title Tak Adil: yang terlebih mendapat kesayangan ni belum tentu yang terbaik r kan? Plus it not fair bagi yang bukan kesayangan r kan?



























































Aku akui yang aku bukan kesayangan in mana-mana organisasi and even in the family. May be that y aku kuat memberontak... Tapi aku x memberontak hanya untok dapat title yang aku tak RUBBISH SHIT  yang aku x pedulikan tu.. Hmmmm..

Friday, November 19, 2010

Non Digital

Aku garenti kalau korang gi mana-mana mesti korang akan terjumpa bbudak zaman sekarang yang kat leher diaorang tergantung kamera DSLR or paling koman hujung-hujung minggu korang jumpa geng kamera ni berkumpol ramai-ramai keluar 'outing'. Ianya membuatkan korang a little bit keliru (bercampurbaur meluat) either mereka sangat berbakat besar in photography or DSLR tu menjadikan penampilan mereka jnampak auh lebih trendy dari biasa. Hmmm..

Aku sedikitpun tak berniat nak perkecil-kecilkan or membenci mana-mana niat murni pemuda pemudi sekarang ni r. Dah harga kamera sekarang bukan main murah lagi dan korang nak gambar yang korang ambik tu dalam kualiti cantik so terpulang pada korang r kan? Yang pasti aku tak nak masuk issue: guna jer kamera DSLR tapi hasil gambar tak jauh beza dari cam guna kamera labtop jer.. Itu sendiri punya jawab r.. Hmmm..

Bila fikir-fikir balik, aku punya first kamera dibeli pada tahun 2 universiti sekitar tahun 2006. Aku beli kamera KODAK. Sangat-sangat teruja dan gambar gambar yang dah di SHOT plus kualiti gambar ia memang chantek gak r. Tapi sekitar 2 tahun ia rosak dan aku beli CANON yang aku guna sehingga sekarang ni. Tapi both sekadar digital kamera biasa jer. Cuma I cant live without kamera r wei. so rosak satu dan terus beli the other one. Dah sebati ngan diri then nak wat cam ne r kan...?

Cuma persoalan yang muncul sekarang ni yang aku nak tanya photographer luar sana ni ialah dimana letak kepuasan dalam ambik gambar ni ya? It seems kita ambik, tengok kat screen, cam cantik simpan, then edit dan letak watermark r dan bila memory card almost penuh delete dan ambik gambar baru. 

Berbanding zaman remaja pak kaduk dulu zaman belum ada benda-benda alah digital dulu sangat berbeza. Mesti beli role filemnya dulu first, ambik gambar kena hati-hati sebab tak nak bazirkan filem yang setakat 35 snap jer dan last-last cuci kat kedai (dan harga sangat mahal). Dan saat-saat paling best  ialah bila dapat tengok cam mana hasil penat lelah before tu.


Membuatkan aku berfikir balik: hei why not aku try ambik gambar guna non digital kamera plak. Mencari kepuasan cara baru dalam ambik gambar. Guna kamera ngan trick fisheye, lomography etc. Hmmm.. mesti best punya r..












* Kalau korang terfikir nak beli apa untuk hadiah bestday aku yang x lama lagi nih so aku cadangkan ko beli aku kamera HOLGA: stylish kamera yang sepenuhnya diperbuat dari plastik (even kanta kamera dia) dan ia hanya ada dalam bentuk non digital... Pleease...

Mimpi (bukan BASAH)

Last night aku ada satu mimpi yang entah kenapa hmmm... korang sendiri r enterpretasikan sendiri.


Dalam mimpi tu aku mimpi parents aku and even satu family besar sangat-sangat beria-ia nak menjodohkan aku ngan sorang gadis ni. Dan yang peliknya plak aku ngan redha jer menerima cadangan mereka and even okey jer untok terus kahwin tanpa fikir apa-apa aka cam mana rupa si gadis or latar belakang dia. So setelah kesemua family member pergi rumah si gadis aku as hero mimpi tu datang lambat r (skema standard cerita tamil).

Kalau fikir secara rasional, x kan r family nak pilih calon isteri untok anak diorang sesukahati r kan. Mesti r padan ngan si anak gak. May be that the reason aku setuju r kot tapi sebab semua tu mimpi so aku tak tahu rasionalnya r.



Bila gi rumah si gadis ni rrupanya dia orang kampung yang sangat-sangat kampung r yang tak pernah terdedah ngan kemajuan (aku tak kutuk orang kampung sebab aku sendiri pun asal kampung and duduk kampung gak r). Muka sebijik cam emak orang yang dah beranak 2-3 orang ngan badan saiz XL, kontot, rambut kerinting cam alleycat, jerawat batu penuh pipi, gaya memang sebijik cam zaman 70-an.



Tapi betapa peliknya plak aku wokey jer. Dan buat julung-julung kalinya gak aku jadi sangat romantis yang teramat walaupun kami bukan pasangan pinang dibelah dua.












So apa pengajaran dari mimpi nih?
a) Cinta bukan melibatkan paras rupa tapi hati budi? or
b) Aku sangat desperate pasal makin ramai kawan yang dah nak kahwin?




























Tapi sah sangat itu bukan aku sebab aku bukan romantik.

Tuesday, November 16, 2010

In The Age Of 25

Hari ni tadi masa tengah on the way nak gi lunch, NANA ADAM (pasal banyak sangat kawan bernama NANA) kuar statement pada aku yang aku ialah kawan lelaki pertama yang paling open minded yang pernah dia jumpa. May be sebab dia selama ni bersekolah di sekolah perempuan r kot... Hmmm..


Early of this week tadi terbaca satu blog yang direkomen oleh sorang kawan: AIDA kat FACEBOOK: stuff no one told me. Ia ialah satu cerita pengalaman si author tentang apa yang dia belajar sepanjang tempoh hidup dia yang tak pernah ada sesiapa yang beritahu what he suppose to know tapi dia tahu sendiri dan lebih syok ia keluarkan ideanya dalam bentuk lukisan komik grafik yang menawan hati sesiapa yang tengok.

I do believe yang that situation garenti pernah berlaku pada semua orang.


Plus recently gak group TM's CSR SSCC 12 bila ada masa lapang garenti akan share cerita-cerita yang ada masa beri motivasi, teladan dan ada masa gak just ssekadar berjenaka. Then bila ada part aku rasa aku perlu menyampuk then aku akan kuarkan something yang based on pengalaman silam aku. Ada part aku akan guna words "In the age of 25... aka pada usia 25 tahun..."

Aku tak r kata usia 25 tahun tu usia yang penuh ngan pengalaman yang penting-penting tapi technically aku orang ketiga tertua berbanding rakan sebaya lain yang ada semuda 20 tahun. So it is important untuk aku share perkara yang aku tak nak mereka buat dari usia semuda tu hingga mereka berusia 25 tahun kelak. Ia bukan perkara yang boleh digahkan tapi something yang semua perlu tahu.

Antaranya cam semalam, KALSOM talks about an issue yang pernah dikatakan oleh cikgu sekolah dia supaya menyembunyikan kelemahan dan kekurangan diri sendiri supaya tak akan disalahguna oleh orang lain. Aku quite disagree r. Bagi aku pengalaman hidup 25 tahun ni mengajar aku supaya jangan menyembunyikan kelemahan or kekurangan yang ada pada diri sendiri.

Betapa it is SUCKS to be somebody else yang bukan ko semata-mata untuk mendapat penerimaan orang lain so menyembunyikan kekurangan diri ialah seperti korang nak orang lain just terima ko as seorang yang sempurna tanpa ada sedikit kekurangan pun. Hei, we are not GOD so we arent perfect. So kalau orang nak kan ko maka ia perlu terima ko as seadannya ngan ciri-ciri kekurangan ko jer.. Kalau dia tak dapat terima ko then simpati pada dia sebab dia baru jer ketinggalan someone yang penting yang dia terlepas ngan pandangan sebelah mata dia tu.













Sebab sepanjang aku melalui jalan-jalan sebelum sampai usia 25 tahun, aku cukup yakin setelah aku benar-benar sayang diri aku, terima setiap kelemahan dan kekurangan diri aku then dengan mudah aku membuka pintu hati untuk menerima orang lain masuk dalam hidup aku. Hmmmm... 























If we cant learn from our own experience then learn from other experience... Kerana aku masih lagi belajar dengan membuka minda aku besar-besar untuk setiap ilmu dan pengalaman baru... Hmmmm

Monday, November 15, 2010

Why Im Smoking?


Ko : Aj, kenapa ko merokok?

Aku : Sebab rokok leh buat aku tersenyum...

Ko : Bukan ke ko hari-hari tersenyum dan ketawa then apa fungsi rokok tu?

Aku : Sebab selama ni hanya orang lain jer yang leh nampak aku senyum dan ketawa tapi aku sendiri tak pernah tengok semua tu...

Ko : Tapi apsal masa aku tengok ko merokok ko serius jer? Tak pernah senyum pun?

Aku: Ketika ko tengok aku ketawa tapi dalaman aku serius tapi ketika luaran aku serius then dalaman aku ketawa..

Ko : Hmmmm..

Sunday, November 14, 2010

The Backup Plan

Bagi mereka yang mengikuti blog aku (statement perasan) mesti korang akan kata yang aku ni seorang yang EMO r kan? Hei, manusia ada emosi dan aku manusia so aku pun layak untuk mencurahkan keEMOan emosi aku r kan? Even aku yakin korang pun akan EMO sekali kalau korang baca keseluruhan post kali ni. Hmmm..


Situasi:

1. Korang kuar ngan sorang kawan ni atas invitation last-last minit dia and masa tengah kuar dia kata "Tadi aku ajak kawan-kawan lain keluar then semuanya bussy ada urusan masing-masing. Disebabkan aku tak nak kuar sorang-sorang so aku ajak ko dan ko free. Thanks r sebab sudi keluar ngan aku". SHIT isn it? Kau dijadikan teman kepada seorang makhluk yang tak nak keluar sorang disebabkan kawan-kawan lain dia bussy. Dan kalau kawan-kawan lain dia tu tak bussy then jangan harap dia nak keluar ngan ko. It seems ko hanya back up plan dia diwaktu Plan A dia tak menjadi. ASS HOLE SHIT punya makhluk..!!!

2. Parents korang nak gi bandar so dia ajak ko sekali. Korang ready r mandi cepat-cepat dan bersiap ngan niat supaya parents ko x lama menunggu. Bila korang dah ready siap nak hidup enjin kereta jer suddenly anak kesayangan parents ko muncul ngan tak mandi and automatically parents ko kata "Adik tak perlu pergi lah. Emak nak pergi ngan Abang jer lah..!!". Disebabkan ko tak nak jadi anak derhaka then korang senyum dan tahan mata ko yang dah start berkaca.. Duh, korang dah jadi BACK UP PLAN ASS HOLE SHIT in the familly r.

















No body wanna be back up plan pada sesiapa apabila plan A diaorang tak berjaya. I dont wanna be backup plan.


























Sejujurnya aku sangat terasa dan ketika pandangan mata aku tengah berkaca tu, aku boleh tersenyum lagi. It hurts..!!! Hmmm...

Thursday, November 11, 2010

Androphobia

Aku tahu kalau aku kuarkan post ni, korang (orang tertentu yang akan membaca blog ni) pasti akan kata "Hei, Aj gila meroyan lagi sekali ker sehingga sanggup kutuk kawan sendiri dalam blog haa?" Then aku jawab "Hei, mungkin aku sorang jer yang perasan about that not so good value with that friend tapi kalu korang fikir ia mengutuk then ia akan jadi kutukan r tapi kalu aku kata ia untuk teguran agar dia perbetulkan diri dia so ia akan jadi nasihat r kan?"


Mungkin ko (orang tertentu) pernah ingat satu ketika bila kita keluar ramai-ramai then ko (bukan seorang) pernah tanya "Kenapa tak bawa dia keluar sekali?" then each time korang tanya then aku sangat tak dapat duduk diam sebab aku tak tahu apa alasan nak dikeluarkan. So alasan paling common ialah "Dia bussy..!!" Tamat. 

Tapi realiti sebenarnya aku memang tak nak ajak dia keluar sekali. For what reason? First: sebab aku tak percayakan dia. Second: sebab aku tak percayakan dia. Third: sebab aku tak percayakan dia. Aku tak nak keluar ngan seorang yang aku tak dapat nak letak kepercayaan.


































Then ko tanya "Tapi apsal last time kita kuar sama ko nampak woke jer ngan dia?" So aku jawab "I do admit yang masa tu aku jadi pelakon lelaki terbaek ngan pretend nothing happens. And if you still remember about SHIT thing yang aku post kat FACEBOOK few hour before? SHITnya ialah sebab aku x suka being somebody else: berpura-pura. Plus tak kan ko nak tenggok aku masam n x layan jer dia that night?"















Plus believe me yang segala rahsia dan SHIT thing yang ko (that person) pernah buat akan sentiasa selamat dan aku tak akan dedah pada sesiapa pun walau dibayar ngan nilai apa2 pun.. Sebab you used to be my friend and that mean ko akan sentiasa jadi kawan aku melainkan ko yang delete aku dulu. Hmmm..



















Then korang tanya lagi sekali "What is Androphobia..?"



Jawapan aku "Fobia pada lelaki...!!"

Wednesday, November 10, 2010

Why not?

Pernah tak kawan korang kuar statement
"Hei, dia perempuan yang baik. Berbudi bahasa. Ada prinsip. Berpendidikan agama. Cantik. Bukan senang nak jumpa perempuan macam tu lagi pada zaman sekarang ni. Dan kau pulak sangat sesuai ngan dia. Kau baik. Berbudi bahasa. Berprinsip. Ada agama. Kacak. Why not kau cuba try ngan dia....?"


Percayalah, aku pun cuba untuk berfikir tentang perkara yang sama. Good guy married with a good girl then build a good happy family and live in happy ending.

























Kalaulah semuanya semudah tu.. Hmmm...

Sunday, November 7, 2010

Jejaka Idaman Malaya

Less than an hour after aku upload last post suddenly ia dah tak valid lagi apabila aku baru tahu yang that lady dah berpunya. A little bit kecewa r. Selalu sangat berlaku fallin wif someone yang dah berpunya. Hmmm.. So aku kuarkan plak post kat FACEBOOK r.


Banyak gak r yang komen. Ada kawan yang senasib. Ada yang bagi nasihat. Ada gak yang extra curious nak tahu siapa that 'so lucky girl' yang leh memikat hati aku. Ada yang try nak meneka siapa. Plus tak terkecuali yang nak memperkenalkan kawan diaorang pada aku (it make me sound so desperate sangat r). Hmmm.. Tapi paling lawak bila ada kawan yang kuar statement: rugi r sesapa yang menolak cinta si JEJAKA IDAMAN MALAYA cam aku nih. Mungkin sebab aku berada di SARAWAK so that spell doesnt work here. huhuhu.. 

Ramai kekawan yang rapat akan kata aku ni seorang yang agak pemilih. May be that the reason why aku dah menyendiri agak lama. Ada gak yang kata disebabkan pengalaman silam yang hitam menjadikan aku a bit fobia in relationship. Huuu entah r. May be ada benarnya gak kot. Tapi that era dah berlalu r. I am positive rite now. Aku dah x menolak kewujudan cinta cam dulu lagi sebab ia adalah gift dari ALLAH so siapa aku nak menentang ketentuan tuhan r kan?

Aku tak r pemilih sangat pun sebenarnya (hmmm). Im not perfect then aku tak cari seorang yang sempurna sangat pun. Plus aku x pernah ada list pun what kin of girls yang aku nak. Aku tak pernah tetapkan dia mesti rambut panjang naturally berombak, rendah sikit dari aku, 'nasi lemak' RM2.00 ker, kulit sawo matang etc. Dude, aku bukannya aku nak cari hot chick cam MEGAN FOX ker or what ever seangkatan as an awek. That kin of person hanya wujud dalam imaginasi je r. Fantasi mastubasi jer. Tak wujud in real world r.
.
.
Cuma memilih itu adalah satu yang perlu r kan? Tak kan bila jumpa sorang awek yang accidentally terjumpa kat pasar malam masa beli cili tadi terus bawak balik gi rumah tok kadi then terus declare as husband and wife. 2-3 hari kemudian bercerai. 

Then korang kata plak "Dude, kita couple doesnt mean yang kita akan kawin ngan dia gak r. Kita akan cuba satu then satu lagi dan satu lagi sehingga kita jumpa yang terbaik.. Kuno r mamat nih..!!!"

So aku jawab "Memang r. Kalu tak dari zaman sekolah rendah lagi aku dah kawen...!!" Cuma aku agak menentang sesetengah orang yang couple tapi tak tahu kenapa mereka bercouple. Aku pernah tanya kawan-kawan aku. Jawapan (bodoh) mereka sebab orang lain couple so mereka pun bercouple r. Dah kira macam itu kehendak alam: couple, kahwin, ada anak (dan lagi dan lagi), anak bercouple, kahwin, ada anak dan berterusan sehingga dunia ni kiamat.

Then aku persoalkan apa beza kita dan haiwan? Bila musim mengawan then mereka 'do that thing' beranak dan berulang-ulang lagi. Mungkin satu-satunya yang membezakan kita dan haiwan ialah sebab haiwan tak ada FACEBOOK? Hmmm...

Plus ada gak yang kata sebab mereka bercouple ialah sebab mereka tak nak mati tua keseorangan> Dude, itu alasan paling teruk yang pernah aku dengar. So kiranya korang kawen ialah supaya ko tak akan keseorangan? Kira korang bayar upah pada orang untuk jaga korang je ker? Hmmm... Ini macam punya orang pun ada gak ke? 




Aku tak nak bercinta hanya kerana ia musim untuk bercinta. Apabila orang bercinta so aku pun nak bercinta gak tapi apabila musim tu dah tamat so semuanya berakhir. Aku mahu mencintai seorang wanita kerana keindahan yang ada pada dirinya: kerana keperibadianya, kerana budi pekertinya dan paling penting kerana AGAMAnya. Hmmm.. 















Mungkin satu ketika kelak, aku akan bagitahu emak aku supaya mencari bakal isteri untuk aku.. Mungkin... 



























So...? Im I desperate?

Saturday, November 6, 2010

Mode: Anggau

Everytime aku bercakap ngan gay guy friend (or yg bukan kawan gak), mereka asyik tanya cam mana aku terlalu yakin yang aku bukan gay. So aku kata each time aku tengok lelaki then aku akan tengok mereka as lelaki jer: lelaki yang aku hormat as kawan, brother, rakan sekerja, etc. Plus sepanjang aku hidup 25 tahun tak pernah ada mana-mana lelaki yang berjaya buat aku jadi anggau selain perempuan jer yang boleh. Hmmm...


Then korang tanya "What is anggau (not sengau r)?"

Anggau ialah satu perasaan yang sejujurnya aku tak suka sangat. Ia buat aku jadi cam seorang yang bodoh (bukan dah buduh lama ker?) : membuatkan aku keluar dari rasional dunia. Ia jadikan hidup aku sangat susah. Gi mana-mana garenti akan teringatkan dia. Buat apa-apa aktiviti pun akan teringatkan dia. Tengok orang lain pun akan terbayangkan dia. Asyik-asyik nama dia jer yang akan terbang dalam otak. Kekadang tengah mimpi malam pun ttiba ada dia buat cameo jugak. 

Belum lagi bab kalu dia betul-betul ada kat depan kita. Sebelum ni bukan main lancar jer bercakap tapi bila ada dia then lidah jadi kelu dan otak plak suddenly beku. Bila dia ada disebelah rasa cam tak tentu pasal nak buat apa. Asyik nak terkawal jer segala tingkah laku. Nak senyum pun dah tak cam biasa: pipi rasa cam tegang jer. Then bila terpandang mata dia, suddenly jadi freeze sekejap then mengelak. Huuu. 



Lebih SUCKS bila kita asyik leh terbayangkan rambut dia, mata dia, cara dia ketawa, dan setiap cerita dan jenaka yang dia pernah bagitahu.

















Tak best r mode ni. Ia buat aku jadi out of rasional. 






















Im anggau again. Hmmm

Friday, November 5, 2010

The 'Ooh My Shit' Game

Im totally so sure that most of you guys mesti pernah main the game: korang tahu rahsia kawan korang (or others) plus the shit yang dia pernah buat (yang dia rahsiakan dan dia bawak it as penipuan) tapi korang berlakon it seems nothing happen semata-mata korang nak tenggok sejauh mana dia boleh bawak penipuan tu. 


I dont know why tapi that game sangat best may be sebab ia menyeronokan bila melihat dia menipu each time kita trick pada penipuan dia. As RIHANNA says: I love the way you lie ek? Dan game ni lebih menyeronokkan apabila dalam penipuan dia tu suddenly boleh plak ada tertukar fakta dan bila kita persoalkan suddenly dia mengelabah dan kuarkan fakta baru yang totally tak masok dek akal  yang waras. Dan kemuncak game ni ialah apabila akhirnya dia mengaku kesalahan.. Wakaka.. Lawak r plak r kan bila memula tak mengaku tapi last-last kantoi...







Korang x paham? Kira cam ni r. Korang garenti pernah jumpa certain people yang mengaku mati-mati tak pernah ada akaun FACEBOOK ngan alasan yang pelik-pelik cam mereka tu anti teknologi etc. Or may be reason sebenar tak nak kita jadi their friends r or dia memang psiko yang suka tengok akaun orang lain. Tapi  this person realitinya dah sah sangat-sangat yang dia memang ada akaun ngan muka pose berani mati lagi as primary picture. So bila korang kuar kata kawan ni tengah couple ker, nak kawin ker dia ngan hebat jer kata yang dia tak tahu ngan alasan x ada FACEBOOK r, itu ini r. Ya ya ya. Tapi enjin punya enjin suddenly dia leh 'tersasul' aka kantoi men-terdedahkan beberapa statement yg ngan jelas bagitahu yang dia ada FACEBOOK tu. Hampeh jer orang cam ni... Cam r kalu ada FACEBOOK leh plak kena hukum sula or rejam sampai mati ker..













Andai kata ngan berpura-pura tak tahu tu menjadikan aku leh dilabel as PLASTIK then aku terima jer. r ngan hati redha dan penuh keterbukaan. Better being an original plastic bag daripada jadi beg LV pirate yang berlambak dijual kat pasar malam. At least im not FAKE r...









So aku akan tunggu dan terus bermain permainan ni sehingga r satu ketika ko ngan rela hati mengaku that SHIT yang ko buat.. So selama mana ko leh bertahan ngan episode penipuan ko tu.

Thursday, November 4, 2010

Menyesal

Aku sangat-sangat tak suka setiap kali orang kata pada aku "Kan aku dah cakap tadi tapi tak nak dengar. Sekarang amacam..?" Goosh.. Suck isn it? Betapa kalu dunia ni tak ada ketamadunan garenti either aku tumbuk mata sebelah kanan dia or beli pistol murah then tembak jer.. Tapi masalahnya aku suka plak kuar statement yang sama kepada orang lain. Salah satu kepuasan aku. Karma thing: you did shit thing to others then others will do the same to you too. Hmmm.. 


Bila bercakap tentang kejayaan then terdapat 3 jenis manusia. Manusia pertama pernah gagal dan belajar melalui kegagalannya. Manusia kedua plak tak pernah gagal tapi belajar dari kegagalan orang lain. Manakala manusia ketiga plak tak pernah belajar dari kegagalan diri sendiri atau dari kegagalan orang lain. Plus lebih teruk apabila dia juga asyik keep repeating kesalahan yang sama berulang-ulang kali. Aku? Aku ketiga-tiga jenis manusia tersebut tapi ia lebih kepada yang ketiga r. Hmmm...

Sejujurnya aku bukan jenis manusia yang bila dah terhantuk baru mengadah (betul ke peribahasa ni?). Or dalam ayat yang lebih mudahnya aku tak suka menyesal dikemudian hari. So most of the time aku belajar dari pengalaman silam. I did a few mistake before so aku sedaya upaya untuk memastikan yang the same mistake will never ever happens lagi. Sebab kesalahan lepas feel sangat SUCKS dan aku tak nak menyesal dan rasa as SUCKS as seperti each time aku menyesal pada kesalahan yang sama dahulu.







Tapi...,








ada part aku memang sengaja membiarkan diri aku buat kesalahan yang sama. Bukan sebab aku enjoyed rasa SUCKS tu tapi hei, aku yakin ada antara korang yang mungkin akan buat benda yang sama gak. Kesalahan tu ialah: korang beri others peluang kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya kepada orang yang pernah buat korang feel SUCKS walaupun korang yakin betapa banyak peluang korang beri pada mereka, but still mereka akan terus buat korang SUCKS dan berterusan SUCKS..













Mungkin semuanya sebab korang rasa korang perlu diberi peluang kedua each time korang buat salah supaya korang mampu memperbetulkannya. Cuma bukan semua masa orang yang korang beri peluang tu akan memperbetulkan kesalahannya. 














Plus bukan semua orang sama seperti kita: mampu memberi peluang kedua setiap kali kita buat kesalahan..

Wednesday, November 3, 2010

Ghost Story at TMTC

Hari ni tadi aku gi TM Training Centre (TMTC) kat are Taman Sukma agak awal r. Kira masa yang sama gak aku sampai cam biasa r. Jam 8 pagi sebab masa start kelas ialah 8.30 pagi. Tapi entah apsal pagi ni tadi kat parking lot cuma ada 1 kereta jer. Tak macam a day before: pada masa yang sama almost lebih separuh yang datang. So aku masok r the one and only building kat situ.


Naik first floor nak punch card then tengok JESSICA MADU dah ada kat sofa foyer tu. Rrupanya pintu kelas kat second floor belum buka lagi. So aku lepak r sekejap kat situ. Kemudian kami naik second floor nak check pintu kelas. Still belum buka. Lepak bawah lagi then almost 15 minute pas tu naik lagi sekali. Tapi sekali lagi pintu tu still terkunci. So turun je r balik. Suddenly kat tangga tu ttiba dengar tapak kaki beberapa orang nak naik r.

Dengar dengan jelas kami berdua suara mereka iaitu workmate: KALSUM then dengar gak gelak ketawa besar QHAIRI. Mereka berdua ni biasa r akan gaduh most all the time. Kami berdua just buat cam biasa jer dan tunggu kat lobi aras satu. Beberapa minit berlalu still mereka berdua x muncul. Last-last selang beberapa minit kuar plak WINNIE. So kami tanya r mana KALSUM dan QHAIRI tapi jawapan WINNIE: tak ada sesiapa pun kat bawah. Hanya ada sorang guard lelaki.. Hmmm...






Then teringat pengalaman silam masa masa bekerja kat PUSTAKA NEGERI SARAWAK pernah mengalami effect yang sama: perbuatan manusia ditiru oleh 'makhluk-makhluk' tertentu. Then 'mereka' akan mengulang perkara tu berulang kami totally sama cam apa yg pernah kita buat. 'Mereka' masa tu meniru tindakan aku berlari dan bertepuk tangan. Dan sekarang 'mereka' meniru percakapan plak. So kira cam 'mereka' ni expert in copy writing r... Hmmmm...



















Secara rasionalnya, at least kalu ada orang lain aka perempuan then logik r kami berdua tersalah dengar suara. Masalahnya memang x ada orang lain. Plus kkawan yang pernah belajar kat TMTC ni pernah kata yang tempat ni memang HAUNTED...!!!!

Tuesday, November 2, 2010

A Week After

Hari ke tujuh berada dalam persekitaran kerja baru. Pekerjaan yang ke 5 pada usia 25 tahun as an operator TM. Dan post kali ni plak aku tulis dan kuarkan di TM Training Centre. So kali ni aku nak share sedikit sebanyak experience aku setelah seminggu aku menjawat jawatan as an OPERATOR ni. Hmmm..


Intake kami kali ni ada seramai 13 orang. 2 lelaki dan selebihnya perempuan. So aku x perlu phobia berlebihan terhadap lelaki sangat r kan. Kami dimasukan di bawah bahagian SALES AND SERVICES. 40 hari terawal ni kami akan didedahkan ngan barangan dan servises yang terdapat di TM Malaysia. Mesti r. Tak kan r nak jawab call customer tanpa ada pengetahuan langsung tentang apa-apa produk dan services yang ditawarkan company r kan?

So tentang aku disini. Aku rasa kerja dan tempat kerja ni woke gak r. Why I say so? Sebab aku tak melibatkan diri dengan rakan sebaya sangat. Mungkin kesan daripada what happen in previous and others workplace yang pernah aku kerja r. Membuatkan aku kembali takut pada relationship. But still aku berkawan ngan semua tapi aku mulai buat jurang pada mereka. Aku still bercakap cuma aku x nak cakap terlalu 'berkualiti' sangat. Cukup r what happens before dan aku tak nak ia berlaku lagi.

Jujor aku kata yang aku x xpect anything pada pekerjaan kali ni. Mungkin aku akan jadi what yang aku tak nak jadi. Kerja pada definisi bangun pagi pergi kerja dan balik pada malam hari dan hujung bulan terima gaji jer. Nothing happens between it. Walaupun aku fikir itu bukan kind of kerja yang aku nak tapi hei, aku perlukan duit walaupun aku terpaksa lupakan makna kehidupan. Naaa...

Mungkin ko akan kata: Hei, ianya terlalu imposible untuk AJ jadi cam tu. Tapi entah kenapa aku dapat rasakannya. Ia satu feel yang sangat-sangat tak best. Ia buat aku rasa oh SUCKS.. Tapi life is what we want it to be r kan? Kalu kita nak ianya jadi GREAT then ia akan jadi EXTRA GREAT tapi kalu kita nak ia jadi SUCKS then ia akan jadi EXTRA SUCKS r kan? Hmmm...








As a friend pernah kata: aku tak nak buat kawan lagi as what happens in his previous life episode r. Waktu tu may be aku kata dia as terlalu negative tapi hei, aku dah berada pada situasi dia. Im tired of making a new friends. Tired nak jaga perasaan mereka. Tired nak penuhkan keperluan mereka. Dan tired nak layan SHIT thing yang ada antara mereka lakukan.










Cuma as aku kata before: aku hanya manusia yang leh merancang sedangkan everything ialah ketentuan dari tuhan. Siapa aku untuk tetapkan diri sendiri untuk apa yang harus berlaku kan? Plus seminggu masih terlalu awal untuk buat kesimpulan yang besar r kan.












Tapi realitinya aku dah letih r... letih sesangat..