Tuesday, November 16, 2010

In The Age Of 25

Hari ni tadi masa tengah on the way nak gi lunch, NANA ADAM (pasal banyak sangat kawan bernama NANA) kuar statement pada aku yang aku ialah kawan lelaki pertama yang paling open minded yang pernah dia jumpa. May be sebab dia selama ni bersekolah di sekolah perempuan r kot... Hmmm..


Early of this week tadi terbaca satu blog yang direkomen oleh sorang kawan: AIDA kat FACEBOOK: stuff no one told me. Ia ialah satu cerita pengalaman si author tentang apa yang dia belajar sepanjang tempoh hidup dia yang tak pernah ada sesiapa yang beritahu what he suppose to know tapi dia tahu sendiri dan lebih syok ia keluarkan ideanya dalam bentuk lukisan komik grafik yang menawan hati sesiapa yang tengok.

I do believe yang that situation garenti pernah berlaku pada semua orang.


Plus recently gak group TM's CSR SSCC 12 bila ada masa lapang garenti akan share cerita-cerita yang ada masa beri motivasi, teladan dan ada masa gak just ssekadar berjenaka. Then bila ada part aku rasa aku perlu menyampuk then aku akan kuarkan something yang based on pengalaman silam aku. Ada part aku akan guna words "In the age of 25... aka pada usia 25 tahun..."

Aku tak r kata usia 25 tahun tu usia yang penuh ngan pengalaman yang penting-penting tapi technically aku orang ketiga tertua berbanding rakan sebaya lain yang ada semuda 20 tahun. So it is important untuk aku share perkara yang aku tak nak mereka buat dari usia semuda tu hingga mereka berusia 25 tahun kelak. Ia bukan perkara yang boleh digahkan tapi something yang semua perlu tahu.

Antaranya cam semalam, KALSOM talks about an issue yang pernah dikatakan oleh cikgu sekolah dia supaya menyembunyikan kelemahan dan kekurangan diri sendiri supaya tak akan disalahguna oleh orang lain. Aku quite disagree r. Bagi aku pengalaman hidup 25 tahun ni mengajar aku supaya jangan menyembunyikan kelemahan or kekurangan yang ada pada diri sendiri.

Betapa it is SUCKS to be somebody else yang bukan ko semata-mata untuk mendapat penerimaan orang lain so menyembunyikan kekurangan diri ialah seperti korang nak orang lain just terima ko as seorang yang sempurna tanpa ada sedikit kekurangan pun. Hei, we are not GOD so we arent perfect. So kalau orang nak kan ko maka ia perlu terima ko as seadannya ngan ciri-ciri kekurangan ko jer.. Kalau dia tak dapat terima ko then simpati pada dia sebab dia baru jer ketinggalan someone yang penting yang dia terlepas ngan pandangan sebelah mata dia tu.













Sebab sepanjang aku melalui jalan-jalan sebelum sampai usia 25 tahun, aku cukup yakin setelah aku benar-benar sayang diri aku, terima setiap kelemahan dan kekurangan diri aku then dengan mudah aku membuka pintu hati untuk menerima orang lain masuk dalam hidup aku. Hmmmm... 























If we cant learn from our own experience then learn from other experience... Kerana aku masih lagi belajar dengan membuka minda aku besar-besar untuk setiap ilmu dan pengalaman baru... Hmmmm

No comments: