Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Sunday, February 15, 2015

Berita Mengharukan Hari Ini

Aku seorang yang quite selective (another term untuk perfectionist tapi tak nak ngaku). Kalau kau teman aku beli baju then kita akan berakhir menjadi bukan kawan lagi. Aku pilih baju dah macam perempuan. Aku ambik satu baju, cuba kat fitting room, tak puas hati, pilih baju lain, cuba lagi, tak puas hati lagi, dan ia berulang beberapa kali dan kemudian aku akan cuba baju pertama tadi dan masih lagi tak puas hati sehingga last-last aku tak beli apa-apa. Hmmm.

Sama gak macam masa nak beli novel. Aku akan ambil masa yang lama dalam sesebuah kedai buku tu. Dari rak ke rak, tingkat ke tingkat, ambik satu buku, jalan-jalan, jumpa buku lain then pulangkan balik buku pertama tadi, jalan-jalan then fikir dua tiga kali then ambik balik buku tadi dan sedar tak sedar dah sejam berlalu. Hmmm..


2 tahun lepas aku jumpa satu buku ni kat seksyen local interest. Aku dah beli beberapa buku kat seksyen tu macam dua buku "Bullshit" oleh Kee Thuan Chye, buku tentang arwah Yasmin Ahmad bla bla bla. Satu hari tu aku jumpa satu buku oleh unknown local author ni. Sejujurnya covernya langsung tak menarik, ia nipis dan aku bukan orang yang suka baca cerita pendek or cerpen. So aku pilih secara random dan baca satu short story ni dan aku terus goosebumps, So aku beli. Even lepas tu setiap kali aku baca satu ceita pendek tu then aku akan berhenti dan ketakutan sorang diri. Yap, bunyinya macam aku over react sangat tapi seriusly buku tu memang bagi effect yang cukup creepy pada aku. 

Buku tu nipis je dan kalau ikut logik then sejam dua dah boleh habis tapi ia ambik masa berhari-hari baru aku habiskan. Especially bila aku baca kat tempat yang ada banyak orang then rasa takut tu makin menjadi-jadi ar sehingga buat aku terfikir macam mana kalau salah seorang dari mereka kat luar ni ialah mereka yang sama seperti buku tu. Yap, aku punya otak macam budak kecik yang tengok cerita kartoon dan cukup yakin yang ianya betul. 

Bila aku dah habis baca, aku buat review kat blog dan dia reply dan kami jadi kawan di FACEBOOK. Even tahun lepas aku minta dia tulis cerita pendek tentang unfortunate thing happen pada aku dan dia tulis jugak. Gosh, dia sangat cool.








Baru-baru ni Bissme S dah menghasilkan buku keduanya bertajuk Bitter. Yap, aku mesti dapatkannya. Dan tadi aku check FACEBOOK dan jumpa gambar yang dia upload dari salah satu muka surat terawal bab penghargaan dalam buku baru dia.




Hey, ada nama aku ar. NAZIR ABDULLAH. Nama pertama pulak tu. Sangat terharu sangat wey. Thanks Bissme S. Wishing all the best fo you new book...!! Dan korang yang baca blog ni sila beli buku dia.



















p/s: best kan ada kenalan penulis? Hmmmm

Tuesday, January 13, 2015

Malaysia, K-POP & Islam

Sorang budak baru register darjah satu terus disuruh menjawab kertas peperiksaan UPSR. Hasilnya dia tak dapat jawab satu soalan pun dengan betul. Lepas tu semua cikgu-cikgu dan ahli sekolah tu tuduh dia bodoh nak mampus. Sedangkan A sampai Z pun dia belum hafal. Pelik kan? Tapi realitinya itu ialah benda yang sama ada kita sendiri buat secara sedar ataupunn tak. Kita menghukum orang atas perkara yang mereka tak tahu.


Aku ada baca satu novel tulisan seorang Jews ni. Dia kata tuhan mereka sangat suka menghukum (kalau dia menipu then itu salah dia. Aku just rewrite je). Setiap kesalahan yang dibuat oleh orang Yahudi akan dibalas balik dengan seteruk-teruknya. That why dalam sejarah peradaban dunia, golongan Jews banyak mengalami misfortune. That what their believe ar. Tuhan umat Islam pun Maha Menghukum jugak tapi Dia hanya akan menghukum manusia atas apa yang mereka ketahui sahaja. 


Dua tahun lepas Paul Walker meninggal then ada paranoid Muslim yang keluar statement Paul Walker pasti akan masuk neraka sebab dia bukan Islam (duh, manusia sangat suka ambik alih kerja tuhan kan?) so beberapa orang penceramah agama bidas sekeras-kerasnya. Tak semua yang bukan Islam akan masuk neraka. Sebabnya ada manusia kat dunia ni even pada zaman sekarang ni langsung tak pernah dengar Islam tu apa pun, ada yang pernah dengar tapi maklumat yang mereka dapat tu sama ada terlalu sikit ataupun salah dan ada pula yang tahu tentang Islam tapi tuhan tak bagi syahadah kepada mereka. Plus kau yang Islam sembahyang tunggang terbalik sehari semalam pun belum tentu akan terus masuk syurga. Mungkin orang yang kau rasa cukup teruk dan tak menjalankan cara Islam sebenar tu dulu yang masuk syurga lebih awal dari kau kot. Sebab syurga atau neraka tu tuhan yang tentukan. 



Sorang pelukis bukan Islam melukis kartun menghina Nabi Muhammad S.A.W. Ada kumpulan kecil penganut Islam melatah dengan marah dan carut mencarut sana sini. Kata dia harus direjam dikhalayak ramai, kalau jumpa kat public then dia pasti akan kena bunuh, dah mati pasti akan masuk neraka dan dihukum dengan hukuman paling teruk etc.


Sekumpulan penyanyi bukan Islam buat konsert dan dalam satu part tu mereka peluk peminat dan diantaranya ialah perempuan-perempuan bertudung. Ada kumpulan penganut Islam melatah lagi dan marah, carut mencarut sana sini. Kata merogol perempuan Islam laa, menghina kesucian Islam ar, K pada K-POP tu ialah satu dakyah Kristian nak memurtadkan Islam laa etc.



Mereka bukan Islam, pengetahuan mereka tentang Islam sama ada totally sifar, amat sedikit atapun tak betul. Cukup terkejut apabila mereka-mereka (yang mengaku Islam) yang dengan bangganya kata agama mereka ada agama paling suci, paling mulia, terpilih pelbagai tapi berfikir dan bertindak seperti manusia yang tak ada pendidikan agama langsung.








Tahun lepas or tahun sebelum tu (aku ada masalah ingatan) aku pergi satu ceramah agama ni. Salah seorang penceramah tu ialah seorang muallaf. Dia beri maklumat yang sangat jujur. Dia suka Nabi Muhammad S.A.W (melalui kelas Sejarah STPM) tapi dia tak nak masuk Islam sebab perangai orang Melayu kat Malaysia ni (thanks to our Politicians "sarcasm"). Kemudian bertahu-tahun lepas tu dia masuk Islam dan dia realize teori dan praktikal Islam adalah totally tak sama. Sebabnya orang-orang Melayu yang beragama Islam di sekitar dia masa tu hanya mengamalkan Islam masa kahwin, meninggal, puasa masa Ramadhan dan kemudian raya dengan sakan. Selebihnya mereka sama je macam orang bukan Islam yang lain. Unfortunately ia memang berlaku, Kan?








Kepada rakan-rakan bukan Islam, aku minta maaf sepenuhnya bagi mewakili mereka-mereka yang pernah bertindak or cakap benda-benda bodoh selama ni. Dan kepada rakan-rakan Islam, tolong guna otak dan jangan jadi bodoh dan kemudian tunjukkan kebodohan tu kepada semua. TQ

Sunday, January 4, 2015

Budak Sekolah Dulu VS Sekarang

Tak lama lagi kat jalan-jalan tertentu akan jam teruk terutama waktu pagi, tengahari dan petang. Parents kena set alarm setengah or sejam lebih awal untuk pastikan semuanya dah sedia. Mereka-mereka yang dah terbiasa tidur lewat-bangun lewat untuk sebulan lebih ni nak tak nak kena paksa bangun awal dan kembali menjalani rutin seperti tahun-tahun sebelumnya. Buat yang pertama kali then semangatnya bukan main hebat lagi. Sebabnya? Cuti sekolah dah nak tamat dan sesi pembelajaran akan bermula. Hmmm..


Teringat dulu-dulu masa sekolah rendah belanja emak bagi 20 sen jer. Imagine selama enam tahun dapat 20 sen sehari tapi itupun aku tak pernah belanja. Salah satu sebabnya ialah 2 sekolah rendah terawal aku tu majoriti non-Muslim. Rasanya dalam kelas aku tak sampai 10 orang Melayu. So kat kantin memang jual makanan non-Halal je ar. (macai UMNO dan PERKASA, tolong jangan jadikan perkara ni issue mainan politik korang ya). Lagipun waktu darjah 1-2 tu aku bawak bekal ke sekolah. Aku ingat lagi bekas makanan zaman tu memang kreatif habis. Aku punya bekas makanan berbentuk rumah. Ha ha ha. Sekolah menengah pun aku rasa duit belanja aku 50 sen jer dan still aku tak guna. Budak zaman sekarang ada yang berbekal RM2-RM5 sehari, itupun hanya dapat sebungkus nasi lemak yang 5 kali suap je. Tak dapat nak salahkan diaorang gak. Harga barang semua dah naik. Emak pun tak sempat nak masak sarapan or buat bekal. And even sekarang ni harga membeli makanan siap adalah jauh lebih murah dari memasak..



Dulu pagi-pagi air memang dimasak dalam kettle khas untuk mandi je. Air panas letak dalam besen, campurkan air paip dan baru boleh mandi. Kalau tak memang membeku sampai tulang temulang ar. Sekolah pertama dulu rumah kat Flat Polis Bintawa (sekarang next to tempat ambik ujian memandu) then ngan emak naik public bas nombor 19 ke SRB St Theresa Padungan. Kalau terlepas bas alamatnya lambar ar masuk kelas. Sekolah kedua firstly duduk kat kampung Melayu Jalan Abdul Rahman (sekarang dah penuh bangunan komersial) dan jalan kaki dengan emak melalui pasar then baru sampai ke SRB St Anne Sarikei. Balik emak ambik jalan kaki balik. Bila fikir-fikir balik sekarang ni, jauh tu wei. Tapi yang bestnya setiap kali balik pasti akan singgah kat satu kedai jual ice-cream local perisa asam boi ni. Kemudian pindah ke flat polis yang seberang jalan je dah sampai sekolah. Lastly pindah ke kampung sekarang ni. Sekolah rendah dekat dan sekolah menengah teramatlah dekat. Pendek kata jarak rumah ke sekolah menengah aku tu berjalan memang tak sempat berpeluh. Terlampau dekat sangat katakan.

Budak-budak sekarang ni, pergi balik naik van or bas sekolah. Bukan parents tak nak hantar tapi parents kerja kat tempat lain, sekolah lak arah lain. Plus kalau semua parents hantar, jalan garenti akan sesak tahap dewataraya ar. At least bila naik bas sekolah leh ambik feel jadi ahlli Geng Bas Sekolah ar kononnya. Hmmm.. 



Aku anak bongsu so bila abang or kakak aku ada beli beg baru so beg lama mereka akan dibagi kat aku. Sama gak baju dan seluar sekolah abang aku masih dalam kondisi yang bagus so ia akan diwarisi kepada aku. Kalau tak pun hujung tahun akan beli baju baru tapi bila dah tengah tahun then baju akan bertukar biru purple (faham kan kenapa) untuk parents yang rajin or kuning untuk parents yang malas. Dulu alat tulis digunakan semaksima mungkin. Aku pun tak tahu kenapa. Kalau pensil kayu tu, hujung pangkal akan disharpener kan. Bila dah pendek sangat then ambik penutup pen murah (batang warna putih, penutup warna biru) letak kat pensel dan masih lagi boleh guna. Pelik. Waktu aku darjah 4 dulu ada permainan getah pemadam. Getah pemadam siapa yang dapat menindih pemadam yang lain then dia owner benda alah tu. Then beberapa tahun kemudian timbul pula getah pemadam kecil bentuknya yang sangat2 comel sehingga tak dapat nak dijadikan pemadam. Dan bekas pensil yang boleh bukak depan belakang yang ada span tu pulak ialah aksesori yang wajib dimilikki.

Budak zaman sekarang (merujuk pada anak buah aku sendiri), baju sekolah, bekas minuman, bekas makanan. bekas pensil, kasut, beg, alat tulis semuanya berganti setiap bulan. Tak pasti sama ada budak sekarang makin aktif ataupun produk-produk sekarang makin tak berkualiti. Aku pun tak tahu. Hmmmm












Post ni aku upload bukan sebab nak kata sekolah zaman dulu lebih jauh best tahap nak mampus dan zaman sekarang haram jadah langsung tak. Tak. Sebaliknya setiap zaman ada pengalaman dan ceritanya yang tersendiri. Kan?












Buat mereka-mereka yang ada anak yang dah bersekolah, aku ucapkan kepada ibu bapa then sila simpan duit banyak-banyak. Jangan asyik nak bertukar smartphone setiap kali keluar model yang baru je. Buat anak-anak yang belajar, sila ke sekolah untuk mendapatkan ilmu agar jadi manusia dan jangan fikir nak cari awek-balak je. Buat kekawan yang jadi cikgu, selamat kembali ke neraka dunia. Wakaka

Monday, December 22, 2014

Megat Eusofe. 31


Selamat menghayati usia 31 tahun dengan penuh warna warni, Encik Muhammad Ridhuan Basaruddin Yusoff.

Sunday, December 21, 2014

Married & Uninvited

Situasi:
Jalan-jalan kat shopping mall dan jumpa sorang kawan. So berlaku dialog:
Aku: Hi, lama tak jumpa. Tak terlambat lagi kalau aku nak wish selamat pengantin baru kan?
Dia: (ketawa) Terima kasih. Apsal tak datang hari sanding aku tu?
Aku: (buat-buat ketawa) Kau nak dengar jawapan jujur ke jawapan ambik hati?
Dia: Jawapan ambik hati?
Aku: Sorry, kebetulan hari yang sama cousin aku kahwin kat _____ (satu tempat jauh ni) so aku tak dapat nak datang ke dua tempat serentak ar.
Dia: Jawapan jujur pulak?
Aku: Kau tak jemput or hantar kat jemputan or apa-apa khabar angin nak kahwin dan tiba-tiba je dah keluar gambar kau bersanding atas pelamin kat FACEBOOK dan suddenly bila jumpa kau tanya kenapa aku tak pergi ke wedding kau? 

Awkward moment pun berlaku




Kesimpulan:
Aku tahu ada masanya budget kau tak besar so tetamu yang dijemput memang ngam-ngam dengan makanan yang ada or kau terlalu excited nak kahwin sehingga terlepas pandang nak jemput aku or kau dah hilang nombor phone aku dan dalam masa yang sama kau hilang ingatan sehingga tak ingat rumah aku kat mana dan dalam masa yang sama kau lupa  yang kita ialah friend kat FACEBOOK so kau tak dapat nak bagitahu aku or atas apa-apa sebab sekalipun tolong ar jangan tanya soalan macam tu. Or hanya sebab kau dah kahwin so dengan mudah kau keluar soalan plus statement "Kau bila lagi nak kahwin? Kau memilih sangat ar.. bla bla bla" Seriusly aku sepanjang masa sedaya upaya tak nak jadi kurang ajar or kalau kebetulan waktu kau tanya soalan tu masa aku tengah pegang benda tajam or benda tumpul yang mampu mencederakan then aku akan pastikan kau tak akan mampu menghasilkan zuriat or kencing sekalipun. 




Just jadi macam orang-orang lain sebelum ni yang buat-buat macam tak ada apa-apa yang berlaku.  Trust me, Im okey with it. Hmmm..

Friday, September 12, 2014

The Cool Guy That Die Young

Korang pernah tak jumpa manusia yang sedaya upaya untuk nampak cool?  Dia ambil masa yang lama untuk pilih pakaian, masa yang lama di hadapan cermin, akan jadi marah kalau ada orang usik rambutnya yang 'kemas', cuba hafal banyak fakta-fakta cool, banyak baca majalah tentang trending fashion semasa sehingga the end dia nampak terlalu 'mencuba' sedangkan ada orang lain pula dia hanya perlu jadi diri dia sendiri dan dia totally so cool. Hmmm..


Aku bukan seorang yang cool. Aku seorang lelaki pelik yang clumsy plus moody. Mencuba untuk jadi cool? Naa, aku dah melepasi era tu kot. Sekarang ni aku lebih enjoy menjadi diri aku sendiri. Tapi sejujurnya aku ada Cool & Not So Cool's List aku sendiri. Of coz laa aku tak tulis semua benda mengarut tu dalam buku khas sebaliknya ia ada dalam jurnal otak aku ar. Contohnya bila masuk part mati. Antara mati yang cool ikut spesifikasi aku ialah:

1. Mati pada usia 27 tahun (cool tahap penghabisan).
2. Mati muda akibat sakit bukan jangkitan. (contoh macam kanser)
3. Mati mengorbankan diri supaya orang lain terselamat (contoh sewaktu zombie apocalypse)


Contoh mati yang tak cool pulak ialah:

1. Mati dalam keadaan berbogel (melainkan kalau body kau sangat hot as hell).
2. Mati dalam keadaan tak cukup anggota (kena culik oleh penjual organ haram or kena baham binatang buas or terendam dalam air terlalu lama).
3. Mati pada usia tua ketika pasangan masih hidup (melainkan mati sama berdua adalah cool habis).


Korang mungkin kata cara aku klasifikasikan mati cool or tak ni macam mempermainkan cara orang mati tapi sejujurnya tak. Aku memang seorang manusia yang pelik. Kalau aku sharekan semua list-list yang ada dalam file otak aku sekarang ni then korang akan memperakui kepelikkan aku.






....





Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita tentang seorang kawan yang meninggal dunia. Aku kenal dia pada tahun 2009 apabila kami belajar sijil safety untuk beberapa bulan. Dia ialah antara lelaki yang paling cool yang aku pernah jumpa in real life. Dia dari hujung rambut ke hujung kaki totally naturally cool. Dia kurus, rambut serabut effect pakai helmet, hoodie jumper, skinny jeans, dan most of the time headphone yang sentiasa melekat kat kepala dia. Kalau satu group ni berborak-borak then dia just tak peduli. Dia just main phone or dengar music guna headphone dia je. Dia jarang-jarang bercakap tapi once dia bukak mulut then banyak fakta-fakta yang kau tak pernah dengar akan buat kau buat tabik spring kat dia ar. Dia totally sangat cool guy ar.


Sejujurnya sepanjang beberapa bulan kelas tu berjalan, aku hanya cakap dengan dia kurang 50 patah perkataan je dengan dia. Malah setelah kelas tu tamat, aku memang tak pernah in contact dengan dia langsung. Tapi bila dapat tahu dia meninggal, aku rasa sangat terkejut. So aku tanya sorang kawan ni yang lebih rapat dengan dia rerupanya baru 4 hari yang lepas dia disahkan menghidap leukimia tahap 4. Selama ni dia fikir it just gastric biasa-biasa je. 2 hari lepas dia koma dan pagi ni tadi dia meninggal dunia. 







Boleh tak korang imagine kalau anak kau meninggal lebih awal dari kau or pasangan kau yang baru je kahwin beberapa bulan suddenly meninggal etc? Dia baru kahwin beberapa bulan yang lepas, emaknya juga baru meninggal beberapa bulan yang lepas. Imagine kalau kau berada di tempat ayahnya? Hmmmm..










Aminur Zachary seorang yang sangat cool pada hayatnya. Namanya je dah cukup cool dan dia meninggal dalam keadaan yang bagi aku adalah terlalu cool. Semoga semuanya juga mudah dan senang di alam yang seterusnya dan dia ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al Fatihah.

Thursday, August 28, 2014

Malaysians & Internet

Tadi aku terima satu personal message (PM) kat Facebook. Di atas dasar anti sosial yang aku dah amalkan ni so aku memang jarang terima PM dari sesiapa. Mostly ia adalah jemputan kahwin yang aku tak dapat pergi sebab terlalu jauh, spam sorang minah salleh yang nak berkenalan tapi berakhir dengan banyak virus menyerang komputer kau or message dari orang yang aku kenal yang aku tak dapat nak share sebab ia ialah a part of aku punya phobia. Sejujurnya aku agak takut sikit setiap kali aku tahu ada sesuatu dalam inbox PM aku tu. Hmmmm..

Tadi ada seorang kawan hantar PM kat aku. Ia adalah satu print screen dari smartphone. Memula aku tengok satu gambar yang aku pernah guna untuk satu post kat blog ni ar. Kedian aku tengok post yang dia upload. Then aku search nama page tu dan aku jumpa post tu. Ia baru je diupload 22 jam yang lepas (dari masa aku upload post ni) ada 49 like, 12 share dan 80 komen. Kalau kau kenal aku personally or pernah ikut dan baca blog aku or that post then kau akan perasan betapa lawak ar komen-komen yang diberikan tu. Dalam masa yang sama juga kau pasti akan sedih sebab betapa rakyat Malaysia sangat mudah melatah, sangat malas nak buat reseach (sedangkan terpampang dengan jelas link page aku kat gambar tu kot), mulut jahat, otak kotor plus ada anak polis sendiri yang bagi komen yang sekaligus membuktikan 'perangai' sebenar mereka sehingga 'disukai' ramai. Hmmmm..






Kat bawah ni ialah gambar print screen tu dan bawahnya pulak ialah link post yang diaorang ambik gambar tu. 






So sila pergi ke page mereka KAMI TABIK PDRM dan baca komen aku. 














Btw username Facebook aku ialah Nazir Abdullah. Hmmmm













LOL

Wednesday, August 20, 2014

AJ yang Berbasikal

Korang pernah tengok rancangan 'Dengan Basikal Aku Mengembara' kat TV Al-Hijrah tak? Aku sangat jeles dengan mamat tu sebab dia berpeluang mengembara ke pelusuk dunia seorang diri dan berhenti untuk menghayati keindahan alam di sekitarnya. Best apa dengan hanya sebijik basikal dan bekalan terhad dan melancong ke negara asing buat pertama kali bersendirian. Plus setiap kali aku tengok rancangan tu akan buat aku resah gelisah sikit terfikir macam mana ketika dia berkhemah suddenly dia kena patuk ular, ada taufan, kena rompak pelbagai. Dah ar dia berseorangan kat tempat yang mostlynya kiri kanan ialah sama ada hutan, gunung batu, salji je dan jarak dengan penempatan manusia bertamadun pulak adalah jauh. Hmmm..


Waktu tu aku darjah satu lagi. Ketika penghujung zaman di mana perempuan kampung masih lagi pakai baju kurung kat kampung. Masa tu aku dan emak tengah duduk-duduk tengok jalan raya dan kebetulan lalu sorang perempuan ni, pakai baju kurung naik basikal dan tetiba dia terjatuh dengan basikal-basikalnya sekali kat atas jalan. Rupanya ia berpunca dari kainnya yang labuh sehingga termasuk ke dalam rim basikal. Dan akibatnya kainnya terkoyak sehingga menampakkan keseksian kepada perempuan tu. So emak aku tolong dia dan bagi sehelai kain batik. 


...


Basikal pertama aku ialah masa aku sekolah rendah dulu. Basikal 4 roda ar. Aku ni lambat and penakut sikit. Kali pertama aku belajar naik basikal 2 roda ialah darjah 4. Aku belajar guna basikal Uda aku. Memula dia tolong stabilkan kat belakang dan aku kayuh padlenya. Lepas tu dia tolak dan aku terus kayuh dan kayuh sambil feel Sembilu dengan angin sayup-sayup menampar pipi kononnya tapi perjalanan tu tak jauh. Aku mengakhiri perjalanan tu di dalam longkang. Aku nanggis dan marah-marahkan abang aku tu sebab dia tak ajar aku macam mana nak break. LOL kan? Tapi bila kenang-kenang balik, setiap seorang kali adik beradik semuanya pernah merasa masuk dalam longkang dan aku lebih bernasib baik sebab longkang tu kering. Sebab yang lain tu semua balik ke rumah dah macam orang minyak. Ha ha ha..


...


Aku pindah kampung aka rumah aku sekarang ni ketika habis sesi darjah 4. Sebelum tu kami duduk di bandar Sarikei untuk 4 tahun. Masa tu kalau nak bawak basikal masuk kawasan bandar then basikal tu kena register so setiap basikal kena ada macam plat number gak ar. So bila pusing-pusing kampung naik basikal yang ada plat number tu then bebudak kampung naik jakun so aku kena jadi mangsa road bully ar kiranya. Masa tu aku belum daftar masuk ke sekolah kampung tu lagi. Makanya makin syok ar mereka buli aku. Bila sesi persekolahan bermula aku tak dapat nak parking basikal kat sekolah sebab senior (yang juga kaki buli tu) nakal yang teramat. Sentiasa je ada kes tayar pancit, seat tercabut, tayar hilang etc. Angkara diaorang tu ar. 


...


Aku dah lama nak ada basikal. Kali terakhir aku naik basikal ialah masa zaman belajar dulu ke kot. Pusing-pusing UKM naik basikal. Bagi aku feel naik basikal ni lain sangat. Kalau kita naik motorsikal or kereta then ia ialah tentang tempat sampai tapi apabila naik basikal yang rasanya orang berlari pun boleh jauh lebih laju ialah tentang menghayati perjalanan tu. So aku beli ar basikal yang harganya murah je sebenarnya. Yap, sebab aku tak ada kerja dan duit dah makin tak banyak. Basikal ni sebenarnya ialah basikal secondhand dari Jepun. Basikal yang kalau kau tengok yang mak cik tua bawak tu ar yang aku beli tu. Cumanya owner kedai yang import basikal tu dia spray, tambah itu ini sehingga last-last ia nampak sangat rugged dan punya gear untuk naik bukit lagi. 





Hohoho..  

Friday, May 23, 2014

H'29'B N'DD'YNLYL

Ada masanya kita kena lepaskan apa yang kita patut lepaskan pada masa yang sepatutnya kita lepaskan. Hmmmm..

Wednesday, May 7, 2014

Al Fatihah Untuk Seorang Kawan

Part yang tak best tentang mati ialah kita tak tahu bila, di mana dan macam mana ia akan berlaku. At least kalau kita tahu awal then kita akan buat persediaan banyak-banyak or paling tidak pun cuba untuk mengelak daripada ia terus berlaku. Part yang best tentang mati pula ialah kita tak tahu bila, di mana dan macam mana ia akan berlaku kepada kita. Menjadikan kita perlu bersedia untuk menghadapinya sepanjang masa. Hmmm..


Bila usia terawal kawan kau meninggal? Kawan pertama aku meninggal masa aku di tadika dulu. Dia seusia dengan aku dan kami berjiran duduk satu level dalam flat polis. Aku yakin aku tahu meninggal tu apa waktu tu tapi aku masih terlalu kecil untuk faham emosi apa yang perlu diletakkan pada ketika tu. Then sewaktu aku di sekolah menengah pula senior setahun atas aku terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal. Aku tak rapat pun dengan dia and even dia jenis budak 'nakal' dan pembuli sikit masa di sekolah. But still aku tak terfikir untuk kata padan muka or he deserved it sebaliknya aku sedih dan bersimpati sebab dia pergi pada usia yang terlalu awal. Dia tak sempat nak menikmati keindahan dunia remaja pun. 

Then pada penghujung sekolah menengah ada sorang senior yang setahun lebih muda dari abang aku pula meninggal. Dia seorang yang baik dan bijak dan disenangi ramai. Aku memang tak rapat dengan dia pun tapi kami sempat bersekolah sama untuk beberapa tahun. Even aku kenal adik-adik dia. Dia meninggal masa tahun dua di universiti kalau tak silap aku pada sehari before raya (or sehari before puasa). Emak dia meninggal beberapa tahun sebelum tu dan dia bawak peranan sebagai anak sulong dan tak lama lepas tu dia meninggal pula. Dia seorang yang berpotensi untuk bawak something great for the community tapi tuhan sayangkan dia lebih. 


Tahun lepas pula kenalan satu universiti meninggal. Dia dah kahwin dan dah ada kerjaya sebagai seorang pensyarah dan dia meninggal disebabkan serangan jantung. Realitinya aku tak rapat pun dengan dia. Rasanya sepanjang 3 tahun di universiti, kami hanya bercakap kurang 20 patah perkataan je kot. But still berita kematian dia ialah satu yang mengejutkan ar.







...







Pagi ni aku dikejutkan berita tentang seorang kawan yang aku dah kenal sejak dari darjah 5 yang duduk selang beberapa rumah je dari rumah aku meninggal dunia hari ni semasa bertugas sebagai anggota polis di Putrajaya. Dikatakan yang dia rebah semasa bertugas dan meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital. Dia seorang yang baik. Seorang kawan, seorang anak, seorang suami yang baik. Dia periang, suka berjenaka dan akan menyakat aku setiap kali berjumpa. Kali terakhir aku bercakap dengan dia ialah sewaktu kat LCCT masa aku masih belajar dulu. Kebetulan kami nak balik ke Sarawak. 



Untuk sesiapa yang baca post ni, sila sedekahkan al Fatihah untuk seorang sahabat bernama Herman Shah bin Bujang. Al Fatihah

Monday, February 3, 2014

Cikgu Dulu vs Cikgu Sekarang

Korang pernah tak tengok parents yang marah-marah bila tengok kat berita kes ibu bapa yang saman cikgu sebab hukum anak mereka dan bila anak diaorang sendiri kena hukum cikgu diaorang kat sekolah then merekalah orang pertama yang datang serang sekolah dan nak saman semua cikgu kat sekolah tu. Ooor korang ialah salah seorang daripada parents yang aku maksudkan tu..?LOL aka tolol..!!

Kalau korang tanya pendapat aku siapa yang bersalah then aku salahkan ketiga-tiga mereka: Parents, anak dan cikgu. Hmmm..


Aku ingat cerita emak aku sekolah dulu ada parents memang bagi khas dengan cikgu sebatang rotan dan siap suruh cikgu pukul anak mereka lagi. Zaman aku of coz laa tak ada dengar cerita macam tu tapi aku tak pernah nak report kat parents pun apa yang cikgu dah buat pada aku (macam pelik je bunyi 'apa cikgu dah buat pada aku'). Memanglah aku bukan budak nakal kat sekolah tapi kalau setakat kena rotan kat tangan dan punggong tu biasa ar dah namanya pelajar ada je sebab yang memang patut kena sebat pun. Even kalau aku ringan mulut nak bagitahu pun pasti aku akan kena bising kat rumah. Bukannya nak menyebelahi kita malah leh buat siaran ulangan untuk keberapa kali entah kes zaman diaorang sekolah dulu yang jauh lebih advance. Lagipun dah salah aku pun kot kan?

Tapi seriusly sepanjang berbelas tahun belajar di bangku sekolah hanya ada beberapa orang cikgu je yang aku respect sebagai cikgu. Selebihnya hanya seorang lelaki yang tak diterima untuk berkerja kat tempat lain dan terpaksa jadi cikgu, seorang perempuan yang setiap tahun mengandung dan banyak masa diambil dengan cuti bersalin, seorang perempuan yang ada masalah rumahtangga dan melepaskan rasa tak puas hatinya pada pelajar, sepasang suami isteri yang aku tak tahu apa yang mereka 'buat' kat rumah sehingga setiap hari diaorang nampak letih je memanjang dan bla bla bla. 

Akibatnya korang pasti pernah jumpa cikgu yang setiap kali masuk kelas sekadar duduk kat kerusi dia, suruh kita bukak buku dan pilih sorang demi sorang student baca perengan demi perengan plus sangat enjoy hukum pelajar or cikgu yang masuk untuk kurang 5 minit dalam kelas itupun semata-mata nak bagitahu yang dia ada urusan lain dan suruh korang ulangkaji sendiri dan jangan buat bising or cikgu yang setiap hari dia datang kelas semata-mata untuk membebel benda yang sama berulang-ulang kali tentang tak puas hatinya pada semua perkara or cikgu yang sangat bersemangat untuk mengajar tapi teknik pengajaran dia sangat-sangat membosankan. Hmmm..



But still dalam berpuluh-puluh cikgu yang kureng tu still masih ada cikgu yang layak untuk diberi tabik spring yang aku boleh kira dengan sebelah tangan. Paling aku bagi respect ialah pada cikgu Hazani Mahadi. Dia ialah jenis cikgu yang setiap kali dia masuk kelas then kita akan berpura-pura jadi orang lain semata-mata tak nak dia kesan kesalahan yang kita dah buat. Dan dia ialah cikgu yang kita akan cukup-cukup benci sebab dia tak nak jadi macam cikgu-cikgu biasa. Cikgu-cikgu biasa ialah cikgu yang mudah lentur dengan trick tipikal pelajar. Kita semua pernah jadi pelajar dan kita sendiri pasti pernah buat trick tu yang akhirnya membuatkan cikgu tu terpaksa akur dan terima je. Tapi dia lain ar. 

Aku tak tahu entah apsal masa form 6 sikap memberontak aku tu membuak-buak sangat. May be sebab aku masuk form 6 bukan sebab nak belajar dan dalam masa yang sama aku malas untuk kerja. Dia menjadikan tempoh singkat dua tahun tu sebagai masa yang cukup 'menarik' buat aku. Sebabnya? Dia tak fall dengan trick tipikal pelajar tu dan dia..., seorang cikgu yang hebat. Ada satu kem motivasi wajib untuk budak upper six dan aku tak nak pergi. Aku bagi surat dari parent konon bagi support ar tapi dia tak makan saman then dia panggil bapak aku ke sekolah. Bapak aku termakan pujuk rayu tu but still depan-depan kelas aku kata yang aku tak akan pergi. Kedian dia buat private session ngan aku dan ia tegang dan penuh emosi but still aku kata yang aku tak akan pergi. Even ada sorang cikgu Pengajian Am tu siap ugut kata sesapa yang tak pergi kem tu tak akan boleh masuk kelas dia lagi (merujuk pada aku ar tu sebenarnya) sehingga beberapa hari before kem cikgu Hazani ni datang pada aku masa tugas pagi dan tanya baik-baik but still aku reject dan akibatnya aku satu-satunya yang tak pergi kem tu. Wakaka..

Sama macam bila dia paksa seluruh kelas pergi ceramah motivasi Dr Syukri Abdullah dan sekali lagi aku sorang je yang tak nak. Aku sangat yakin yang aku hanya akan membazirkan masa aku di situ sebab aku percaya yang aku tak akan dapat motivasi hanya dengan pergi ke ceramah motivasi. Kemudian dia guna alasan sekolah dah kuar banyak duit untuk jemput penceramah ni jadi aku kata yang aku akan bayar yuran tu tapi aku tak akan datang. Aku tak pasti apa ugutan dia sehingga menjadikan aku terpaksa datang gak ke ceramah tu. Dan bila dia tengok aku pagi tu dia tersenyum puas tapi lepas minum pagi tu aku terus berambus. Esoknya datang sekolah beberapa orang budak kelas kata yang aku akan kena teruk sebab semalam dia asyik cari aku je. Tapi bila dia masuk kelas dia buat tak layan aku je. Kira main psiko ar. Tapi lepas tu dia masih lagi terus menyusahkan hidup aku.





Seriusly cikgu macam tu ar yang kita semua perlukan. Bukan setakat cikgu yang masuk pagi pulang petang dan ambik gaji setiap hujung bulan or cikgu hasil lambakkan siswazah yang terpaksa jadi cikgu hanya sebab dia tak berpotensi untuk diterima di tempat lain. Sejujurnya sebab cikgu Hazani yang muncul pada 2 tahun terakhir persekolahan aku lah menjadikan aku respect pada institusi perguruan, menjadikan aku ambik subjek linguistik di universiti dan aku sendiri pernah jadi cikgu dan terpaksa meletakkan jawatan sebab aku rasa aku tak layak untuk pegang jawatan mulia tu. Kalau andai kata aku tak jumpa cikgu Hazani dalam hidup aku maka aku ialah salah seorang dari mereka yang support tindakan saman ibu bapa tu.

Even aku cukup yakin yang parents yang nak saman cikgu tu ialah pada waktu sekolah dulu mereka ialah pelajar-pelajar yang tak berkesempatan untuk jumpa seorang cikgu yang benar-benar berperanan sebagai seorang cikgu. Sebaliknya mereka hanya berjumpa dengan cikgu-cikgu biasa yang hanya tahu mengandung dan menghukum pelajar je dan mereka percaya yang hukuman tu telah menjadikan mereka berada dalam keadaan yang menyedihkan seperti sekarang ni. Hmmmm..

Thursday, December 12, 2013

By Choice of By Force

Tadi kawan lama SMS, then terjumpa kawan yang dah tak jumpa 3 tahun, last 2 weeks gi event kawan kawen dan jumpa beberapa orang kawan. Soalan tipikal yang ditanya: Apa kerja sekarang..? Dah Kawen belom..? Membuatkan aku rasa nak gantung je kat leher jawapan kepada FAQ tu semua. Malas dah senyum-senyum dan keluarkan jawapan yang sama je sepanjang masa.. Hmmmm..


Buat mereka yang dah kawen or in relationship yang tanya aku dah kawen ke belum, teringin je aku nak jawab: Kau agama apa ek..? Tuhan kita sama ke..? Kalau agama kita sama, tuhan kita sama then kenapa kau persoalkan aku tak kawen-kawen lagi..? Kau persoalkan kuasa tuhan ke sebab bagi jodoh kat kau dan tak kat aku..? Or mungkin kau fikir sebab kau jumpa pasangan kau masa umor kau 22 dan kawen pada 24, ada anak pada umor 25 so kau expect yang semua orang patut melalui frasa yang sama pada usia yang sama cam kau gak kot. What if kalau orang lain bermadu pada umur 27 dan bercerai umur 30 then kau pun nak ikut frasa tu jugak...? Patut lah negara kita makin mundur. Sebab bagi peluang pada orang kolot macam kau mengundi. Hmmmm..


Buat mereka yang asyik tanya aku kerja apa sekarang ni then aku teringin je nak jawab: Kau kerja apa sekarang ni..? Cikgu..? Ooo kau mesti antara salah seorang daripada ribuan siswazah yang melambak yang apply beberapa kerja tapi kena reject sebab kau tak milikki apa-apa yang diperlukan company tu. So kau gave up sebab kau jeles tengok orang lain dah ada kereta sendiri, rumah sendiri dan awek kau dah bising sebab kau tak ada duit untuk masuk meminang. So satu-satunya pilihan yang kau ada ialah jadi cikgu. Itupun bila dah mengajar kau masih lagi bising-bising kat FACEBOOK kata kerja cikgu banyak lah, gaji tak berbaloi ar, masa tak ada untuk keluarga lah, bebanan kerja melambak. Ooo shut up, man..!! Itu baru kerja pertama kau seumur hidup dan kau boleh kata yang kerja tu paling hazab..? Kau ialah kaki tangan kerajaan yang sangat spoil lah..  





...





Seriusly aku tak marah pun pada kawan-kawan yang bertanya. Mostly mereka sebab dah lama tak jumpa dan nak tahu perkembangan terkini. Dan dua soalan tu ialah soalan yang mesti tanya sama standard macam soalan 'Kau dah makan..?' or 'Hari ni panas ar..!!'. Bukannya mereka nak jatuhkan sesiapa pun. Cumanya.. itulah ada sorang dua yang rasa sebab diaorang dah kawen, ada anak sorang dua or ada kerja dan boleh beli sebijik kereta ngan sebijik rumah so mereka rasa orang yang single dan jobless tu sebagai useless or tak mengecapi keindahan dunia. Ooooh shut up..!!







Kalau kau beriman pada tuhan yang sama aku beriman then kau kena terima hakikat yang jodoh, pertemuan dan apa-apa cabaran dan dugaan itu ialah atas kehendak Dia. Jangan ar sesekali kau rasa kau dah cukup bahagia sebab ada suami kacak Aaron Aziz dengan anak secomel Mia Sara or ada kerja cikgu yang gaji naik setiap tahun or jadi pengurus kat company besar tu dah menjadikan kerjaya kau stabil habis. Tuhan tu Maha Kuasa. Ketika kau makin lalai dari menggingati Dia then dia bagi kau satu kemalangan yang buat kau hilang kaki. Akibatnya suami kau cari isteri baru dan bawak anak kau sekali. Boss kau lak terpaksa lepaskan kau sebab kau dah tak dapat buat kerja macam org yang ada kaki. Insya-Allah waktu tu kau akan ingat Dia balik dan kau sedar yang ketika kau single and jobless akan buat kau ingat pada Maha Pencipta semula.


Tuhan bagi ujian berbeza pada setiap orang. Mungkin tak ramai yang sedar, dugaan yang kawen tu jauh lebih besar. Kau fikir ada bini dan buat aksi 18SX setiap malam Jumaat tu nikmat ke? Or kau fikir ada anak comel plus suara merdu then masuk rancangan realiti dari kecik sampai dewasa tu anugerah ke..? Tunggu hari pembalasan nanti bila masuk part tanggungjawab dan amanah then tengok part isteri tak sembahyang, anak perempuan dedah aurat, anak lelaki peluk bini orang etc. Or kalau kau tak dapat tengok part akhirat then tengok part dunia je. Kau nak bayar hutang kereta, hutang rumah, hutang PTPTN, bill anak sekolah, bill pengasuh, bill letrik, bill air, minyak kereta, perubatan etc. 



Then kau persoalkan "Kiranya kau nak bandingkan yang hidup single ni mudah dan tak perlu keluarkan banyak duit ar..?"

No.. Im not, mak cik. Tuhan bagi ujian berbeza. Mungkin kau hanya nampak part yang best-best jer tapi sentiasa ingat yang tuhan bagi dugaan yang mampu ditanggung oleh umatnya sahaja. So mungkin kalau kau berada ditempat aku then kau hanya akan termenung sehingga kemurungan dan tak mampu tersenyum sambil menari di khalayak ramai tanpa peduli orang kata pun. Hmmmm










Bak kata orang: Kalau ingat tuhan masa miskin, sakit, susah tu perkara biasa ar sebab mostly masa senang, kaya tu memang dah tak ingat tuhan ar. So persoalkan diri sendiri tu macam mana...

Saturday, October 19, 2013

Facebook Yang Meng-Annoying-kan

Setiap hari aku mesti buka FACEBOOK at least sekali. Bagi aku FACEBOOK ialah satu medium untuk aku dapat tahu tentang persekitaran aku dengan cara terpantas. Sebab kalau nak cari kat google then kena search satu persatu. Leceh so FACEBOOK boleh dapat tahu apa yang berlaku kepada kekawan aku sama ada mereka masuk hospital, kawen, ada anak, dapat kerja baru sehingga kepada isu trending semasa macam kes bini Mat Yo serang pak guard, apa teknologi terbaru gadjet aku suka bla bla bla. Tapi bagi aku cukuplah aku bukak FACEBOOK sehari sekali je sebab most of the time aku menyesal sebab dah terlog-in dan terbukak benda alah nama FACEBOOK ni. Hmmmm..


Aku rasa orang kita sekarang ni tak faham matlamat sosial network ni. Aku tak adalah kata yang hanya benda penting je boleh dipost. Cuma jangan ar post setiap perkara yang terlintas dalam otak kau. Kau nak tidur, kau post. Perut sakit, kau post. Tak tahu nak masak apa pun kau post. Sekurang-kurangnya simpanlah sebahagian emosi dan benda dalam otak kau tu dalam diri sendiri. Tak perlu ar share kepada semua ahli dunia. Ada masanya ia hanya menjadikan kau as bahan lawak orang je. Akibatnya FACEBOOK dah macam pusat longgokkan sampah. Hmmm..


Aku annoying recently pada gambar-gambar yang makin banyak dalam FACEBOOK  Salah satu ni mungkin disebabkan oleh rakan-rakan seusia dah melalui frasa-frasa lain. Dari single then kawen dan ada anak. Bermula dari gambar pasangan masa dating, keluar makan, dalam kereta, tengok wayang then jadi gambar masa majlis kawen dari sebelah lelaki, sebelah isteri, tukar baju itu ini then tukar frasa gambar baby, umur seminggu, umur sebulan, setahun bla bla bla. Akibatnya setiap hari gambar-gambar yang lebih kurang sama je yang aku tengok. Memula memanglah nampak comel. Lebih-lebih lagi parent yang baru kawen dan dapat anak pertama then mesti excited habis cumanya longgokkan gambar tu semua membuatkan aku rasa 'I dont want to live on this planet any more..!!!'


Itu belum masuk kekawan yang baru kawen tak sampai 5 tahun asyik nak heboh-hebohkan betapa bahagianya perkahwinan mereka. So mulai ar upload post itu ini, post forward mesej dari ustaz itu ini cerita tentang rahsia perkahwinan, apa kesalahan suami selalu buat bla bla bla dan siap leh bagi nasihat kat kawan yang belum kawen lagi. Betapa mereka anggap usia perkahwinan semuda tu dah macam syurga. Duh, mereka tak pernah tengok rancangan Kisah Benar ke or buat research statistik penceraian ke..? Aku tak ar sampai doa korang ni bercerai berai, cumanya berpijak di dunia yang nyata ar. Jangan berfikiran macam budak lepas SPM yang anggap balaknya yang muka macam Tomok tu as cinta sejatinya dan bila parents tak suka so nanggis dan ugut nak bunuh diri. Hmmm..


FACEBOOK vs realiti. Korang pasti pernah jumpa orang-orang tertentu ni yang punya page FACEBOOK cukup ceria dan asyik upload post bahagia memanjang. Bagi nasihat tentang perkahwinan, upload gambar masak untuk suami dan anak-anak tapi in real life dia totally berbeza. Setiap hari pasti gaduh ngan suami, anak-anak jadi bahan caki maki, keluarga terabai. Membuatkan kita yakin yang FACEBOOK ni totally tak realistik.








Emak aku pantang betul kalau orang yang baru kawen 2-3 tahun dah leh kongsi rahsia perkahwinan. Dia kata usia tu tak tahu lagi apa sebenarnya makna sebenar sesebuah perkahwinan tu. Sebab masa tu semuanya nampak indah-indah je. Tunggu ar 10-20 tahun kemudian baru tahu apa yang sebenarnya berlaku. Hmmm 







As aku upload status berkaitan post ni beberapa minit lebih awal so aku dapat beberapa komen. Salah satunya: nak buat macam mana kalau FACEBOOK memang tempat untuk menunjuk-nunjuk bahagia. Dan aku dapat komen sama seperti yang dijangka. Simpati kan..?

Sunday, September 8, 2013

Typical Marry-D Scene

Kalau korang kaki filem then korang pasti tahu scene-scene tipikal macam kalau dalam cerita horror part dalam bilik mandi bila mamat or minah ni tengah cuci muka depan sink yang ada cermin muka then bila dia angkat kepala tetiba ada sorang makhluk bertopeng or hantu muncul kat belakang. Or sorang awek tengah duduk sorang-sorang kat rumah then dia dengar ada bunyi pelik kat basement so dia dengan berani nak turun sana sorang diri sehingga buat mulut kau sumpah seranah kata 'Kau tak pernah tengok tipikal cerita seram omputeh ke sebab kau akan mati bawah sana' Wait.., aku tiru ayat Zoey Deshanel on pilot episeode New Girl ar. Hmmm


Last 2 week aku dapat invitation tru SMS dari sorang kawan jemput aku gi wedding reception dia. Kami rapat sebab kami pernah kerja sama ar. Even kami cukup cepat rapat. First day aku lapor diri, x sampai 5 minit orang fikir kami dah kenal dari usia 5 tahun lagi. Chemistry antara kami cukup hebat. Aku selalu katakan yang faktor zodiak as alasan sebab aku Capricorn dan dia Virgo. Tapi realitinya sebab sebenar kami rapat ialah sebab dia perempuan yang tak macam perempuan. Perangai tak ada ciri-ciri kelembutan, jalan macam lelaki, muka gi kerja tak tacap apa-apa make up, mulut main lepas cakap bla bla bla. Btw nama dia Fiona. 

Disebabkan o perangai dia macam jantain so sepanjang masa aku label dia depan-depan as lelaki yang menyamar jadi perempuan. Dia pulak kata aku sebaliknya. Dia kata aku ialah perempuan yang menyamar jadi lelaki. So dia selalu sangat kata kat aku yang dia sanggup beli baju perempuan mahal-mahal ngan make up branded suruh aku pakai. Duh, janggut ngan misai aku ni apa? Dia fikir aku lekat pakai gam apa..? Walaupun aku kerja sama dia sekitar 3 bulan je tapi lepas aku berhenti kami masih lepak sama-sama lagi.



Bila dia kata dia nak kawen so aku x terkejut ar sebab dia dah lama couple ngan balak dia tu. Cuma yang selalu bermain di otak aku ialah.., Fiona..? Seriusly..? Tak ada perempuan yang betul-betul perempuan lagi ke kat dunia ni? Wakaka.



Mula-mula aku fikir yang aku akan duduk semeja ngan kawan-kawan kerja lama tapi tak. Dia tahu yang I got issues ngan tempat kerja lama so dia letak aku kat meja lain. Disebabkan aku tak ada pasangan so aku diletakkan kat meja lain ar. It not such a big deal ar. Sebab kawan dah jemput aku gi wedding dia so aku garenti pergi ar punya walaupun sorang-sorang. Sebab aku sangat teruja bila kawan kawen. 








So disitulah bermulanya scene tipikal tu. Korang mesti pernah tengok dalam filem bila ada sorang gi terpaksa gi sorang-sorang pada majlis kawen dan diletakkan kat meja yang lokasi tak strategik dan dia tak kenal sorang pun dan dia jumpa someone special. Even beberapa jam before turun rumah aku dah meletakkan perasaan macam tu. Wakaka.







Kalau ikut SMS, event start jam 6.30 pm. Aku Maghrib kat Petronas kat dengan hotel dan sampai sekitar 7.15 pm. Aku syak aku dah lambat so aku berebut naik hall tu. Lepas register aku gi meja nombor 9. Aku harap sangat yang meja tu kat belakang dan tersembunyi so aku tak nampak looser sangat gi majlis kawen sesorang TAPI... rerupanya itu ialah meja paling depan dan memang bersebelah ngan live band aka berdepan pulak speaker besar. Memang pekak telinga ar.

Tapi bila aku datang tu memang macam scene filem ar. Sebab dari jauh aku tengok meja tu cuma ada sorang girl duduk sorang dan entah kenapa feel aku berjalan macam slow motion ar sambil dalam hati aku main lagi Gila Monstraz: Let's Get Mary'd. So bila duduk terus aku start cakap-cakap ayat melankolik, buat-buat malu sikit ngan suara macho-macho tapi tak sampai 10 minit meja tu dah start penuh dan bising dengan suara-suara mereka dan buat aku rasa sangat awkward sepanjang event. 











Majlis tu berjalan dengan lancar dan meriah. Walaupun lokasi meja tu agak tak strategik dan aku tak mix well ngan ahli semeja tu but perkara yang buat aku terharu ialah bila aku dapat tahu yang meja tu rerupanya menempatkan kawan-kawan special dia. Thanks Fiona dan semoga berbahagia bersama suami plus jadi perempuan sebenar plezz.. !! Wakaka

Thursday, August 15, 2013

Awak Gemuk & Hodoh..!!

Korang mesti pernah tengok kat FACEBOOK or blog or dari majalah terus tentang iklan yang menjual produk kurus, kecantikkan dan kepuasan seks yang guna medium iklan yang 'luar biasa' semata-mata untuk menarik pelanggan. So ada gambar pak cik tua ngan bini muda tersenyum puas, awek pakai tudung ngan baju ketat tunjuk payu dara besar or akak yang tunjuk muka masam masa gemuk dan tersenyum bila dah ramping. Itu belum masuk part statement macam "Sekarang saya dah bergetah semula, suami pun dah puas" or "Dulu orang kata saya hodoh dan gemuk tapi sekarang Justin Bieber pun sukakan saya.." OMG tahap mengarut isnt it?

(gambar songlap dari blogserius. Malas nak design lak kali ni)

Apakah cantik?
Kulit putih, rambut lurus, body bentuk gitar, bibir gebu bla bla bla. Sapa kata benda semua tu cantik? Iklan, drama, filem, majalah etc. Menjadikan orang yang tak ada semua ciri-ciri tu rasa yang dia hodoh. So mereka pun guna Fair & Lovely untuk jadikan kulit mereka putih, Dove supaya rambut mereka luruh, Sendayu Tinggi untuk jadi kurus, botox sana sini, susuk bla bla bla. Kesian kan?


Aku percaya bahawa hidup ialah tentang perjalanan mencari diri sendiri. Pada usia remaja, kita cenderung untuk meniru pelbagai personaliti semata-mata untuk cari which one suit us more. Kita cuba itu, kita cuba ini sehingga kadang-kadang kita hilang diri kita sendiri sehingga kita rasa kita bukan diri kita sendiri lagi. Yap, It sucks bila kita dah jadi orang lain. Sehingga satu masa kau dah jumpa siapa diri kau tu tapi ia lebih sucks bila orang di persekitaran kau tak dapat terima diri kau tu seadanya.

Then mereka akan suruh kau bertukar jadi apa yang mereka nak. Mereka akan suruh kau luruskan rambut kau yang kerinting, suruh kau guna produk ni untuk putihkan kulit gelap kau, suruh kau pakai baju itu ini, lepak tempat itu ini bla bla bla. Kalau dia kawan then putus, kalau dia awek then break, kalau dia family then cari family lain. Okey, nasihat terakhir tu jangan ikut.

Sebab kalau kawan atau kekasih yang baik perlu menerima kau seadanya dan kau tak perlu berpura-pura jadi orang lain semata-mata nak menggembirakan hati mereka. Berpura-pura menjadi orang lain ialah saat yang sangat menyakitkan (melainkan kalau kau seorang yang pengotor, racist, kolot etc then kau memang perlu berubah ar). Lebih-lebih lagi kalau dah sampai tahap mereka kata "Kau gemuk, aku malu nak keluar ngan kau" or "Selagi kulit awak masih hitam macam bangla pekerja kontraks, selagi tu kita tak akan dating kat public.." Yap, orang macam ni memang layak kena tembak kat khalayak ramai tapi lebih menggembirakan bila kau jawab dengan tenang sambil tersenyum "Aku boleh terima diri aku yang gemuk dan hitam ni so kalau kau tak dapat terima aku seadanya then carilah orang yang kurus dan putih yang kau nak tu. Plus aku pun malu gak nak keluar ngan awek cantik tapi mulut bau lebih teruk dari longkanng. Bye..!!" then blah..







Realitinya tak ada manusia yang sempurna. Aku pernah jumpa sorang lelaki ni. Perempuan sangat adore pada dia sebab dia ada rupa, ada body dan ada otak yang bijak. Kombinasi yang membencikan kan? Dia mulut manis ngan perempuan tapi ada masa mulut dia jahat dan dia pernah share benda tak best tentang aku belakang aku. Membuatkan aku nekad nak cari kelemahan dia and make fun out of it. So satu hari pada satu event ni, aku jumpa series of kelemahan dia. Selain dia ada part yang agak lawak pada badan dia, dia juga ada asthma yang teruk, takut gelap dan dia tak boleh makan banyak benda sebab kulit dia sangat sensitif. Entah kenapa aku terus tak terfikir nak make fun of kelemahan dia tu. Sebaliknya aku bersimpati. Dia sekadar lelaki biasa yang kebetulan tuhan bagi sedikit kelebihan. Dia macam sampah yang kau bungkus dengan kertas pembalut hadiah yang cantik. 










Bila kali terakhir kau peduli apa yang orang kata tentang kau? 5 minit yang lepas? Ooh aku simpati. Adakah kau peduli apa yang dia kata sebab dia ada sentiasa di sisi kau masa kau susah, menanggis, tak ada duit etc or dia suap makanan dalam mulut kau setiap kali kau lapar? Kalau tak, please jangan peduli apa orang kata. Sebab selagi mereka ada mulut so selagi tu mereka akan tak puas hati pada setiap benda yang kau buat. Kau pernah dengar cerita Lukman Al-Hakim, anaknya dan keldai tu? Yap, manusia sentiasa akan cari kelemahan kau dan tak puas hati dengan apa yang kau buat. So, selagi kau tahu apa yang kau buat tu betul maka jangan peduli apa orang kata tentang kita.



Aku ada Psoriasis yang menjadikan kulit aku nampak macam orang yang ada chicken pork sepanjang tahun. Perut aku boroi dan aku tak terfikir sedikitpun untuk jadikannya six pack. Suprizingly Im happy with it. Dan aku boleh pakai tank and short lagi kat public. So bila ada orang tengok aku ngan pandangan yang aku ni ada penyakit kusta yang berjangkit or mulut mereka membebel macam aku nak rogol anak dara diaorang, then aku siap leh ketawa sorang diri. Then kau boleh kata yang "Kau lain ar AJ sebab kau ada keyakinan diri yang tinggi" Hey, trust me yang pada zaman remaja aku dulu pun aku pernah menanggis sampai kembang-kembang mata dan salahkan tuhan sebab jadikan aku berbeza. Tapi sekarang ni aku sangat happy sebab aku rasa aku normal dengan cara aku sendiri. 





Mulut orang akan kata tanpa henti bagitahu kau gemuk or hodoh. Dengar dan ketawa jer. Jangan pernah iktiraf dan kata diri sendiri yang kau gemuk dan hodoh. Bagaimana caranya? Terima setiap kelemahan dalam diri dan jangan bandingkan diri dengan orang lain. Hmmm..

Wednesday, July 31, 2013

Karangan Budak Sekolah

Minggu lepas masa bawak motosikal ni tetiba tengok ada asap besar dari jauh. Asapnya warna putih dan ia atas jalan. Ingatkan ada kemalangan jalan raya tapi rerupanya ada company ni tengah buat latihan fire drilling dengan bomba dan kebetulan angin tiup serbuk dalam fire extinguisher tu ke jalan. Dan entah apsal ia buat aku teringat pada karangan zaman sekolah rendah dulu: Kemalangan yang saya saksikan.


Realitinya bila fikir-fikir balik yang karangan tu sangat mengarut sebab kita boleh ceritakan start dari kemalangan tu berlaku sehingga ia selesai sedangkan kebarangkalian kita kebetulan berada di tempat sewaktu kemalangan tu berlaku sangat kecik. Even kalau kita tengah drive dan tengok ada kemalangan then kita tak tahu pun apa yang sebenarnya berlaku melainkan kita ialah tipikal rakyat Malaysia yang kaki sibuk dan berhenti kat tempat kemalangan tu. 

Or karangan yang paling aku tak suka bila cikgu tak ada idea dan suruh tulis karangan tajuk 'Cita-cita saya'. Duh, sebabnya aku dari kecik dulu sampai sekarang memang tak ada cita-cita. Disebabkan aku dari dulu lagi memang lurus bendul so susah betul nak tulis cita-cita imaginasi ni. So apa yang aku tulis ialah cita-cita tipikal budak kecik zaman aku dulu: Cikgu, Polis, Doktor. Tapi aku masih ingat lagi cita-cita sorang rakan sekelas aku masa darjah 1 dulu. Sebab waktu tu kami duduk di kawasan bandar masa tu so bila cikgu tanya secara lisan apa cita-cita dia then dia jawab yang dia nak jadi sales promoter. Tak tahu apa yang sedang berlaku pada dia sekarang ni. Hmmm..

Dan aku yakin satu tajuk ni pasti semua orang pernah buat iaitu: Aku sepasang kasut. So semua orang cuba nak faham macam mana rasanya jadi kasut yang lahir di sebuah kilang, kena beli dan mula-mula disayang tapi last-last dipijak, koyak dan dibuang. Next weeknya pulak cikgu suruh buat 'Aku sebatang pensel'. A week after pulak 'Aku sebuah buku' dan sehingga tamat sesi persekolahan membuatkan kita rasa kita ni bukan manusia lagi. Kalau fikir-fikir balik, cikgu memang malas nak cari tajuk karangan yang best lagi ke..? Hmmm.. 



Tapi bila zaman universiti, tajuk karangan 'Aku sebatang pencil' yang selama ni aku fikir khas untuk budak sekolah rendah je dah membuatkan aku tukar fikiran. Sebab masa attend kelas penulisan kreatif rerupanya tajuk macam tu ialah untuk penulis yang hebat sebab ia kira penulisan jenis eksperimental di mana kita berfikir dari sudut lain. Contoh macam filem Cars, Toys Story etc yang kalau kita fikir dengan otak waras ia lebih kurang je macam tajuk 'Aku sebiji kereta' or 'Aku seekor anak patung' tapi otak orang kreatif mampu menghasilkan karya cukup hebat dengan nilai pulangan yang besar. Ambek kau yang kutuk-kutuk tajuk tu..












So cuba tulis balik karangan 'Aku sepasang kasut' dan suruh anak kau yang sekolah rendah tulis tajuk yang sama dan kalau hasilnya tak jauh beza then salam takziah untuk kau.. Hmmmm..

Saturday, June 22, 2013

Jerebu 1997

Aku masih ingat lagi waktu tu. Aku belajar darjah 6 di SRK Santubong. Jerebu waktu tu sangat teruk. Aku ngan abang aku naik motosikal round-round kampung memang nampak puteh jer. Pemandangan kurang 2 meter. Macam feel hujan lebat di Tanah Tinggi Genting. Yap, masa aku gi Genting tu kebetulan hujan lebat.  (part tak best mestilah semua game luar tak dapat main) Semuanya putih sehingga last-last kerajaan isytiharkan cuti darurat. Hmmm..


Cuti darurat tu diisytiharkan tepat-tepat lepas tamat cuti pertengahan tahun. Budak-budak biasa happy sebab cuti sekolah (seminggu or dua tu aku tak ingat) yang baru habis then sambung cuti tambahan selama seminggu. Aku lak happy sebab aku tak sempat bercuti untuk sepanjang cuti sekolah tu so kiranya cuti darurat tu memang khas untuk aku je lah. Sebab aku tak bercuti ialah sebab aku join kursus motivasi dan persediaan UPSR di MRSM Kuching.

Kursus tu dianjurkan untuk pelajar-pelajar yang bakal menghadapi ujian UPSR tapi hanya beberapa orang wakil dari sekolah-sekolah tertentu di bandaraya Kuching je yang leh join. Sekolah aku hantar 8 orang wakil. Dan aku mostly hampir tak tercalon untuk pergi.



Aku pindah ke sekolah tu darjah 5. Aku bukan budak yang bijak sangat. Sepanjang darjah 5 aku hanya dapat nombor 7 untuk kedua-dua semester. Even semester pertama darjah 6 pun aku still dapat nombor 7. Plus aku dont mix well sangat ngan bebudak kelas aku. Ada orang kata aku ni budak bandar yang pindah kampung sehingga ada masa aku tak paham apa mereka cakap. Memang ar aku cakap dialek Melayu Sarawak yang sama tapi banyak istilah-istilah yang lebih dark dan pekat tu memang first time dengar yang parents aku sendiri pun tak tuturkan di rumah. And among cikgu-cikgu pun aku tak popular.

So satu hari tu beberapa orang cikgu darjah 6 ni masuk kelas dan pilih 8 orang pelajar untuk wakil sekolah ke kursus tu. Kalau ikut rasionalnya aku selalu nombor 7 dalam kelas then mesti automaticnya akan terpilih tapi tak. So sorang cikgu ni bersuara dan suggest nama aku. Reaksi yang berlaku: Cikgu-cikgu tu debat kecik-kecik among mereka depan kelas. Most cikgu kata aku ni tak nampak potensi besar pada result UPSR sekolah but still cikgu tu pertahankan aku sehingga lastly cikgu besar separa terpaksa masukkan aku dalam list yang akan pergi kursus tu.








Btw cikgu tu namanya Cikgu Siah. Dia totally macam Fran Drescher dalam The Nanny laa. Dengan rambut kembang, baju ketat yang menampakkan susuk badan, heel yang setiap kali jalan pasti akan bunyi, make up, minyak wangi. Dan dia ajar kami math darjah 6. Seriusly aku bukan kaki math sebelum tu tapi bila dia ajar then aku jadi sangat suka math. Hasilnya math aku lepas dia ajar mesti either 100% or satu dua soalan je salah. 









Bila result UPSR keluar, aku gi sekolah, tak ada sorang cikgu pun percaya yang pada result aku. Aku antara terbaik sekolah dengan result 4A 1B sehingga guru besar pergi rumah aku lagi.










Apa yang aku nak share hari ini ialah: Walau betapa satu dunia menentang engkau dan kata kau tak ada apa-apa kelebihan or kau hanya menyusahkan, sampah or etc sekalipun then betapa bestnya kalau ada seorang yang kata sebaliknya dan mempertahankan kau. Hmmm..






Sekalipun orang macam tu belum datang dalam hidup kau then why not buat untuk orang lain dulu..

Friday, June 7, 2013

Gigi Palsu aku Patah

'Oooh seriusly..? Gigi palsu patah pun nak upload kat Blog gak ke? Dah tak ada benda lain lagi ke yang nak diceritakan selain gigi palsu? What next? Kucing peliharaan patah kuku or anjing yang berbunyi macam kambing ke?' Jawapan aku: WHAT EVER..!! Better aku tulis apa saja yang aku nak before kerajaan Malaysia kuat kuasakan peraturan kata semua blogger mesti berdaftar then baru leh blogging yang totally mengarut nak mampus. What next? Lesen untuk Facebook ke? Hmmm..


Waktu form 5 ni aku involve ngan satu self accident sebab memandu motosikal waktu hujan di hadapan gas station. Waktu tu aku patah 1 gigi dan 2 lagi terpaksa dicabut sebab longgar macam tarian hawaii. 2 minggu lepas tu aku dapat gigi palsu dan pada hari yang sama gak aku terlibat ngan kemalangan kedua apabila aku dilanggar oleh sebuah kereta. Kemalangan kali kedua ni bagi impak yang lebih serius apabila rahang muka aku lari, bibir pecah, bahagian antara jari manis dan jari hantu aku koyak, pergelangan tangan kanan aku retak dan .... aku kehilangan 3 gigi. Sehingga lepas tu kawan-kawan sekolah aku buat lawak kata next time kalau diaorang jumpa aku then mereka akan check berapa kali aku accident dan berapa banyak lagi gigi aku akan hilang. Hmmm..

Waktu ambik gigi palsu kedua ni, nothing happen (walaupun aku banyak kali lagi accident tapi tak ada penglibatan gigi berlaku) cuma waktu universiti antara tahun 2007 atau awal 2008 then ada sesuatu berlaku pada gigi palsu aku. Aku ada satu habit ni bila makan ayam. Aku lebih suka pilih ayam pada bahagian yang banyak tulang sebab aku suka makan tulang ayam. Waktu kecik dulu aku selalu gaduh ngan kakak aku sebab kami berebut nak makan bahagian ayam yang bertulang. Kalau aku makan kat KFC then biasanya pinggan aku sangat licin sebab aku makan ayam ngan tulang-tulangnya sekali. Wakaka.

Itulah satu hari ini tadi macam biasa aku makan tulang ayam dengan rakusnya sehingga tetiba ada bunyik KRAK..!! dalam mulut.Yap, gigi palsu aku patah. Tapi thanks goodness walaupun patahnya agak besar (1/3) tapi ia hanya pada part lelangit jer. Dan aku still boleh pakai sampai 2011.



Cuma perkara yang sering berlaku kepada pengguna gigi palsu (selain apa yang diperkatakan dalam iklan Polident iaitu rasa tak selesa bila makan dan sisa makanan terperangkap sekali dalam ruang gigi palsu adalah sangat benar) ialah apabila gigi sihat bersebelahan gigi palsu biasanya akan effected dan ia terdedah untuk rosak. Mungkin sebab ada ruang (as dalam iklan Colgate) yang membenarkan sisa makanan tersekat dan lama-lama ia rosak dan terpaksa dicabut. 


So sehingga tarikh hari ni aku ada around 9 or 10 (aku malas nak kira) batang gigi palsu dibahagian atas. 4 nya ialah gigi bersebelahan yang rosak akibat gigi palsu. Hmmm..







..



Hari ni tadi aku makan seperti biasa. Apa yang aku makan? Kacang. Dan tetiba aku rasa macam aku tergigit batu. Duh, batu dalam kacang? Rasa macam nak saman jer company kacang ni. Then aku keluarkan dari mulut then tengok pelik betul batu ni. Tengok betul-betul: Duh rerupanya ia gigi. Lagilah rasa macam nak marah bila jumpa gigi dalam kacang tu. Pengotor betul syarikat pengeluar kacang ni. Ada gigi manusia. Ni dah kira sama tahap jumpa cacing dalam coklat or tikus mati dalam roti or jari manusia dalam sos cili. Then entah apsal ada something pelik dalam mulut. Aku check guna lidah: Ceh, gigi palsu aku yang patah rupanya. Batal niat nak saman. Hmmm..

Wednesday, May 8, 2013

Apa Lagi Cina Mahu

Aku dah janji yang aku tak akan upload status yang berbaur pilihanraya di FACEBOOK. Yap, aku masih lagi mempertahankannnya. Tapi aku tak janji untuk tak upload post pilihanraya di blog aku ni so kali ni aku nak suarakan rasa tak puas hati aku pada tajuk utama Utusan Malaysia yang sangat-sangat racist 'Apa lagi Cina Mahu..?' yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin negara yang tak puas hati sebab majoriti orang Cina di Malaysia tak support diaorang. Hmmm


Aku nak tanya korang satu soalan: Adakah korang yakin bahawa kerajaan yang sedia ada ni ialah sebuah kerajaan yang matang?

Bagi aku certain pemimpin dalam kerajaan kita lebih seperti seorang kanak-kanak yang akan menanggis, meraung, hentak kaki kalau kehendak mereka tak dituruti. Then bila mereka buat salah, mereka akan tunjuk jari pada orang lain. Sedangkan salah satu ciri dalam demokrasi ialah kebebasan memilih jadi kalau seseorang Cina itu memilih untuk undi Pakatan then adakah dia seorang yang tak tahu bersyukur, tak punya semangat nasionalisme, cintakan kemusnahan, pro-komunis, berpaksi Tanah Besar China etc? Dan kalau dia sokong BN sebaliknya dia akan jadi rakyat cintakan keamanan, tahu balas budi, nasionalisme 1 Malaysia etc lak? Duh, itu bukan demokrasi namanya. 

Sedangkan kerajaan yang dipilih ni baru jer berusia beberapa hari tapi penyemaian untuk baja racism ni sangat hebat. Baca status-status rakan, kenalan FACEBOOK yang pro-BN dah start kuar post yang seolah-olah dah macam nak bagitahu 'Hey, pulang ke Negara China ar..'. Duh, apa sedang berlaku ni..? Or salah siapa sampai semuanya teruk jadi macam ni sekali..?




Masalah perkauman bukanlah issue besar di Sarawak. Mungkin sebab rata-rata semua sekolah di Sarawak terdiri daripada banyak kumpulan kaum. Jadi sebab dah terdedah dengan semua tu so racism tu tak wujud sangat. Tapi sewaktu aku belajar dan bekerja di Semenanjung then ia agak terasa gak ar. Terutama bab layanan sebelum dan selepas mereka mengetahui bahawa aku bukan Cina or bila mereka tengok aku banyak habiskan masa lepak dengan kawan Cina etc. So banyak ar suara-suara sumbang yang timbul cam aku kurang Melayu, aku makan babi sekali etc yang totally mengarut tahap bullshit.

Sedangkan bila aku berkawan dengan seseorang then apa yang aku lihat ialah diri dia as an individual dan ciri-ciri persamaan yang ada antara kami. Bukan pada bangsa dia, apa bahasa dia, mana origin dia, warna kulit dia, etc. Seriously kalau korang kenal aku then korang akan tahu betapa aku bila berkawan then aku tak akan perasan apa bangsa aku waktu tu sama seperti aku tak akan perasan apa bangsa kau waktu tu. Sebab kau ialah kawan aku.

Aku rasa racism timbul bila kita takut pada sesuatu yang kita tak tahu. Disebabkan kita lahir dan membesar dalam satu tempat yang hanya ada 1 bangsa sahaja then bersekolah rendah dan menengah dalam sekolah yang hanya ada 1 bangsa saja. So kawan, jiran, komuniti kita hanya bangsa kita tu saja. Kita tak kenal bangsa lain pun. Menambahkan keadaan lebih teruk bila pemimpin totally tak membantu sebaliknya menyebarkan benih-benih perkauman dengan mewujudkan stereotype bangsa. Akibatnya bila keluar dari kelompok komuniti tu then jumpa group of bangsa lain tengah cakap-cakap cong-ceng-cong-ceng dan ketawa besar then timbul hasad dengki dalam hati kata "Mengata aku lah tu..!! Dasar berak tak basuh..!!"

...

Aku tak tahu apa yang Najib or Muhamad Ali Rustam nak bagitahu bila mereka keluarkan statement "Apa Lagi Cina Mahu..?" pada ruang-ruang depan news paper. Sedangkan semua orang tahu bahawa bukan sahaja bangsa Cina, malah India, Melayu, Iban dan seluruh rakyat Malaysia mahu iaitu no more rasuah, kroni, keadilan, media massa yang saksama, salah guna duit rakyat, penipuan etc.













Benda yang kami cakap ialah benda yang sama orang lain cakap.Tentang masalah peribadi, kewangan, cinta, group of mamat Melayu yang sangat membencikan or kami make fun of muka mamat-mamat Cina yang pelik kat kolej. Kekadang kami cakap issue yang cukup serius sehingga dia pernah kata yang dia tak pernah share perkara yang sama dengan kekawan Cina dia. Then dia kata mungkin sebab aku Melayu kot tapi aku kata tak. Sebab aku ialah aku seperti dia ialah dia. Bukan sebab aku Melayu dan dia Cina. Noktah.