Monday, February 3, 2014

Cikgu Dulu vs Cikgu Sekarang

Korang pernah tak tengok parents yang marah-marah bila tengok kat berita kes ibu bapa yang saman cikgu sebab hukum anak mereka dan bila anak diaorang sendiri kena hukum cikgu diaorang kat sekolah then merekalah orang pertama yang datang serang sekolah dan nak saman semua cikgu kat sekolah tu. Ooor korang ialah salah seorang daripada parents yang aku maksudkan tu..?LOL aka tolol..!!

Kalau korang tanya pendapat aku siapa yang bersalah then aku salahkan ketiga-tiga mereka: Parents, anak dan cikgu. Hmmm..


Aku ingat cerita emak aku sekolah dulu ada parents memang bagi khas dengan cikgu sebatang rotan dan siap suruh cikgu pukul anak mereka lagi. Zaman aku of coz laa tak ada dengar cerita macam tu tapi aku tak pernah nak report kat parents pun apa yang cikgu dah buat pada aku (macam pelik je bunyi 'apa cikgu dah buat pada aku'). Memanglah aku bukan budak nakal kat sekolah tapi kalau setakat kena rotan kat tangan dan punggong tu biasa ar dah namanya pelajar ada je sebab yang memang patut kena sebat pun. Even kalau aku ringan mulut nak bagitahu pun pasti aku akan kena bising kat rumah. Bukannya nak menyebelahi kita malah leh buat siaran ulangan untuk keberapa kali entah kes zaman diaorang sekolah dulu yang jauh lebih advance. Lagipun dah salah aku pun kot kan?

Tapi seriusly sepanjang berbelas tahun belajar di bangku sekolah hanya ada beberapa orang cikgu je yang aku respect sebagai cikgu. Selebihnya hanya seorang lelaki yang tak diterima untuk berkerja kat tempat lain dan terpaksa jadi cikgu, seorang perempuan yang setiap tahun mengandung dan banyak masa diambil dengan cuti bersalin, seorang perempuan yang ada masalah rumahtangga dan melepaskan rasa tak puas hatinya pada pelajar, sepasang suami isteri yang aku tak tahu apa yang mereka 'buat' kat rumah sehingga setiap hari diaorang nampak letih je memanjang dan bla bla bla. 

Akibatnya korang pasti pernah jumpa cikgu yang setiap kali masuk kelas sekadar duduk kat kerusi dia, suruh kita bukak buku dan pilih sorang demi sorang student baca perengan demi perengan plus sangat enjoy hukum pelajar or cikgu yang masuk untuk kurang 5 minit dalam kelas itupun semata-mata nak bagitahu yang dia ada urusan lain dan suruh korang ulangkaji sendiri dan jangan buat bising or cikgu yang setiap hari dia datang kelas semata-mata untuk membebel benda yang sama berulang-ulang kali tentang tak puas hatinya pada semua perkara or cikgu yang sangat bersemangat untuk mengajar tapi teknik pengajaran dia sangat-sangat membosankan. Hmmm..



But still dalam berpuluh-puluh cikgu yang kureng tu still masih ada cikgu yang layak untuk diberi tabik spring yang aku boleh kira dengan sebelah tangan. Paling aku bagi respect ialah pada cikgu Hazani Mahadi. Dia ialah jenis cikgu yang setiap kali dia masuk kelas then kita akan berpura-pura jadi orang lain semata-mata tak nak dia kesan kesalahan yang kita dah buat. Dan dia ialah cikgu yang kita akan cukup-cukup benci sebab dia tak nak jadi macam cikgu-cikgu biasa. Cikgu-cikgu biasa ialah cikgu yang mudah lentur dengan trick tipikal pelajar. Kita semua pernah jadi pelajar dan kita sendiri pasti pernah buat trick tu yang akhirnya membuatkan cikgu tu terpaksa akur dan terima je. Tapi dia lain ar. 

Aku tak tahu entah apsal masa form 6 sikap memberontak aku tu membuak-buak sangat. May be sebab aku masuk form 6 bukan sebab nak belajar dan dalam masa yang sama aku malas untuk kerja. Dia menjadikan tempoh singkat dua tahun tu sebagai masa yang cukup 'menarik' buat aku. Sebabnya? Dia tak fall dengan trick tipikal pelajar tu dan dia..., seorang cikgu yang hebat. Ada satu kem motivasi wajib untuk budak upper six dan aku tak nak pergi. Aku bagi surat dari parent konon bagi support ar tapi dia tak makan saman then dia panggil bapak aku ke sekolah. Bapak aku termakan pujuk rayu tu but still depan-depan kelas aku kata yang aku tak akan pergi. Kedian dia buat private session ngan aku dan ia tegang dan penuh emosi but still aku kata yang aku tak akan pergi. Even ada sorang cikgu Pengajian Am tu siap ugut kata sesapa yang tak pergi kem tu tak akan boleh masuk kelas dia lagi (merujuk pada aku ar tu sebenarnya) sehingga beberapa hari before kem cikgu Hazani ni datang pada aku masa tugas pagi dan tanya baik-baik but still aku reject dan akibatnya aku satu-satunya yang tak pergi kem tu. Wakaka..

Sama macam bila dia paksa seluruh kelas pergi ceramah motivasi Dr Syukri Abdullah dan sekali lagi aku sorang je yang tak nak. Aku sangat yakin yang aku hanya akan membazirkan masa aku di situ sebab aku percaya yang aku tak akan dapat motivasi hanya dengan pergi ke ceramah motivasi. Kemudian dia guna alasan sekolah dah kuar banyak duit untuk jemput penceramah ni jadi aku kata yang aku akan bayar yuran tu tapi aku tak akan datang. Aku tak pasti apa ugutan dia sehingga menjadikan aku terpaksa datang gak ke ceramah tu. Dan bila dia tengok aku pagi tu dia tersenyum puas tapi lepas minum pagi tu aku terus berambus. Esoknya datang sekolah beberapa orang budak kelas kata yang aku akan kena teruk sebab semalam dia asyik cari aku je. Tapi bila dia masuk kelas dia buat tak layan aku je. Kira main psiko ar. Tapi lepas tu dia masih lagi terus menyusahkan hidup aku.





Seriusly cikgu macam tu ar yang kita semua perlukan. Bukan setakat cikgu yang masuk pagi pulang petang dan ambik gaji setiap hujung bulan or cikgu hasil lambakkan siswazah yang terpaksa jadi cikgu hanya sebab dia tak berpotensi untuk diterima di tempat lain. Sejujurnya sebab cikgu Hazani yang muncul pada 2 tahun terakhir persekolahan aku lah menjadikan aku respect pada institusi perguruan, menjadikan aku ambik subjek linguistik di universiti dan aku sendiri pernah jadi cikgu dan terpaksa meletakkan jawatan sebab aku rasa aku tak layak untuk pegang jawatan mulia tu. Kalau andai kata aku tak jumpa cikgu Hazani dalam hidup aku maka aku ialah salah seorang dari mereka yang support tindakan saman ibu bapa tu.

Even aku cukup yakin yang parents yang nak saman cikgu tu ialah pada waktu sekolah dulu mereka ialah pelajar-pelajar yang tak berkesempatan untuk jumpa seorang cikgu yang benar-benar berperanan sebagai seorang cikgu. Sebaliknya mereka hanya berjumpa dengan cikgu-cikgu biasa yang hanya tahu mengandung dan menghukum pelajar je dan mereka percaya yang hukuman tu telah menjadikan mereka berada dalam keadaan yang menyedihkan seperti sekarang ni. Hmmmm..

No comments: