Tuesday, January 31, 2012

Mari Buat Aiskrim Potong

Aku sangat suka makan. Ada orang kata bila aku makan it seem benda tu sangat sedap sehingga pernah berlaku ada customer satu kedai minuman ni nak benda yang sebijik aku mimun tu sebab dia kata it seems cam sedap jer bila tengok aku minum. Btw antara ciri-ciri benda yang aku suka makan ialah benda yang sejuk dan manis. Yap, ais krim.


Recently aunt aku beli aiskrim potong kacang merah. Gosh, one thing about aiskrim potong ni ia walaupun seem tak setanding ngan Baskin Robbins or what ever aiskrim mahal-mahal lain but still ia sangat-sangat nostalgik dan sedap. So aku search internet dan jumpa beberapa koleksi resepi untok buat aiskrim potong ni. Dan aku republish ikut kesesuaian aku sendiri.


Bahan-bahan:

3-4 sudu besar susu tepong
2 sudu besar tepung ubi
3 sudu besar tepung jagung
80 gram susu pekat (or 250 gram gula: sebab bagi aku kalau 2-2 akan jadi terlebih manis)
300 ml santan
1 tin jagung creamy
sedikit perwarna
sedikit garam


Cara-cara penyediaan:

1. Periuk plus air around 350 ml di masak dan masukan susu tepung.
2. Tepung ubi ngan tepung jagung digaul sekali then masukkan ke dalam periuk. Pewarna sehingga warna sesuai cam aiskrim jagung.
3. Meanwhile santan dan jagung diblend dan kedian dimasukkan ke dalam periuk. Plus garam as rasa lemak.
4. Then adunan akan jadi cam gam kanji yang sangat susah nak digaul. But terus gaul sehingga warnanya lutsinar plus ia dah tak berketul-ketul lagi or sehingga korang dah berputus asa.
5. Sebab aku dah berputus asa time tu then aku blend je semuanya sekali sehingga lumat.
6. Kedian sediakan acuan yang cam best untok korang jadikan bekas untok aiskrim potong tu. Kalau korang jenis yang tamak cam aku then guna gelas plastik yang besar bagak.
7. Masukkan jagung kernel kat bawah then nampak best lagi ar
8. Tunggu sampai beku
9. Then bila dah beku, cucok kaju aiskrim dan makan sehingga korang brain freeze. Wakaka















Memang syok ar buat dan makan aisrim buatan sendiri nih. Try ar dan jangan lupa bagi aku gak hasilnya kelak.. wakaka

Monday, January 30, 2012

Awan Nano

Pernah x korang menanggis dalam hujan dan berharap orang sebelah ko tak akan perasan bahawa korang sedang menanggis dan sebaliknya dia akan menyangkakan bahawa ia sekadar air hujan yang biasa? Dan bila hujan berhenti, air mata korang juga akan kering sekali dengannya..



Aku perlukan awan nano yang akan sentiasa melindungi aku walau tanpa aku sedar kewujudannya sedikitpun..
























agar bila aku nak menanggis then ia akan menurunkan hujan supaya x akan ada sesiapa pun yang sedar bahawa air mata aku sedang mengalir.





















Hmmmm..

Wednesday, January 25, 2012

Things As We Grow Up

Tadi aku tolong bapak angkat meja tempat dia simpan semua harta karun dia. Then aku kuar statement "Meja ni dulu rasa cam besar ar sangat tapi sekarang dah kecik.." Then bapak aku jawab balik "Dulu kan masih kecik lagi jadi semua pun nampak besar.." Memang dulu sewaktu bapak beli meja tu waktu umor aku 9 or 10 tahun, meja tu memang cukup besar. Kami adik beradik leh jadikannya meja ping pong lagi. Tapi bila dah tengok sekarang, ia sangat kecik. May be ia dah shrinking kot. Hmmm..


Sama gak cam ngan rumah ni. Rumah kami ni rumah kampong so ia memang ada riwayat start tiang didirikan, atap, dinding, bilik-bilik dan seterusnya. Dan sewaktu umor 11 tahun baru pindah sini. Waktu tu rasa cam rumah ni sangat besar lah sangat. Kalau dari satu hujung ke satu hujung lagi then perlu berlari dan rasa letih sangat. Tapi sekarang ni jalan 2-3 langkah je dah rasa cam... rumah ni kecik sangat. Hmmm..

Sama gak cam emak dan bapak. Dulu rasa diaorang cam sangat muda, kulit masih tegang ngan rambut yang hitam dan mampu bergerak bebas. It seem cam baru semalam kalau aku dan Uda nakal-nakal then emak akan pura-pura pengsan so kami takut ar kalau emak benar-benar pengsan or you know what. Goncang-goncang emak tapi still tak sedar then nanggis-nanggis ar janji x nak nakal then emak bukak mata dan ketawa besar. Tapi sekarang emak dah umor 63. Dah penuh rambut putih, kulit dah mengendur dan berjalan 2-3 langkah dah mengeluh penat. Hmmm..

Sama gak ngan adik beradik, cousin mousin, kekawan waktu kecik dulu. Semuanya dah membesar. Ada yang dah jadi emak dan bapak budak. Ada juga yang tak sempat membesar sebab dah berjumpa ngan yang Maha Pencipta terlebih awal. Hmmmm..












Rasanya masa berlalu cukup pantas. Meninggalkan semuanya dengan kenangan. Ada kenangan manis yang terus kekal jadi manis dan ada juga sebaliknya. Selebihnya ia bergantung kepada bagaimana mata dan otak kita melihatnya..

Monday, January 23, 2012

Inter-view

Kekawan selalu tanya aku "Aj, apsal ko senang sangat dapat kerja but then senang sangat ko berhenti kerja?". Gosh aku wish sangat-sangat aku boleh jawab ngan angkuh dan berlagak "Dude, ko sendiri dah jawab soalan tu apa. Sebab aku senang dapat kerja ar aku ngan senang gak berhenti kerja. Plus sebab kalau aku susah sangat nak dapat kerja then bila dah dapat satu kerja so ever after ar aku terperangkap kat kerja tu. Wakaka" But disebabkan aku sorang yang sangat down to earth (lah sangat) so jawab "Dah bukan rezeki aku..." Hmmmm..


Salah satu fakta pelik tentang aku ialah aku sangat suka interview tapi aku tak seberapa sangat suka pada kerja. Weirdo rite? Then membuatkan aku rasa a bit pelik pada orang yang tak suka gi interview or mati-mati nervous before interview. Wei, korang just berbual-bual sesama manusia je ar dan bukannya ngan malaikat kubor ke. Hmmm

BTW salah satu sebab aku suka interview ialah sebab aku akan jumpa kawan-kawan baru. Cam biasa before giliran kita ditemuduga then akan ada barisan interviewee lain dan masa tu lah aku tak tahu apsal aku akan bertambah mesra ngan mereka. Sehingga as usualnya orang akan tanya "Korang sama sekolah ker?" or "Korang dah kenal lama ke?" Naaa, realitinya kurang 15 minit jer tapi mesra macam kembar pulak.

Dan entah apsal bila dah terlebih mesra ngan mereka-mereka di luar tu membuatkan bila dah dipanggil masuk then kemesraan tu terbawak sekali sehingga rasa gugup or nervous tu tak ada lagi. Hmmm..





































Minggu ni ada 1 interview dan aku harap-harap aku akan dapat kerja tu. I need a job even tho not so desperately but kerja yang aku akan interview ni kerja yang aku nak sangat-sangat. Satu kerja yang aku yakin it will be more than 3 month aku akan bertahan. So doakan kejayaan aku eh. Hmmm..

Sunday, January 22, 2012

Pilihanraya dah dekat..!!

Bab paling best tengok berita perdana jam 8 tak kira apa-apa channel sekalipun ialah bila ia melibatkan issue politik. Contoh cam kalau ada a group of penduduk kampung buat demonstrasi tak seberapa nak aman ngan kain rentang dan marah-marah kata Ahli Dewan Undangan Negeri si Pembangkang ni janji itu ini before pilihanraya lepas tapi bila dan menang dan dah nak masuk piliharaya baru ni still janji tak terlaksana. Dan parents aku yang jenis percaya 100% bahawa berita kat TV tu jujor, ikhlas, amanah dan fatanah then akan kata "Undilah lagi pembangkang..!!" Hmmm..


Then buat aku teringat kat masjid baru yang dijanjikan oleh ahli-ahli politik yang bertukar ganti nih. Waktu tu aku baru masuk sekolah menengah then kat satu tempat ni dijanjikan akan dibina sebuah masjd baru untok mengantikan masjid lama kampong ar. Penduduk happy ar. Kawasan belukar tu ditebang, orang yang dudok situ dipindahkan bla bla bla. Then bila pilihanraya tamat dan parti tu menang then as time goes by kawasan tu dah tumboh semak samun balik. 

Dan bila tahun berganti tahun dan pilihanraya baru nak bermula lagi then ada lagi ceramah oleh ahli-ahli politik tu kata projek masjid tu akan dimulakan dengan projek RM1 juta. Penduduk happy balik. Tapi sekali lagi bila pilihanraya tamat dan parti tu memang then senyap lagi. Dari semak samun dah jadi hutan balik. 


Then pilihanraya negeri yang lepas, siap perdana menteri pulak datang kata projek masjid tu akan dijalankan dengan nilai bertambah jadi RM3 juta. Penduduk bertambah happy. Tapi pilihanraya negeri tempohari tu tamat then hutan dah jadi makin tebal. 
















Buat aku terfikir: kenapa rakyat tak nak buat demonstrasi gak kata janji dah ditabur dalam beberapa siri pilihanraya tapi still janji tinggal janji but then kalau buat demonstrasi then akan dapat liputan kat TV kerajaan ker? Or nanti kata demonstrasi ni tak dapat kelulusan polis pulak but yang buat demonstrasi dalam TV tu ada permit ker sebab cam ganas semacam jer? Or nanti kuar TV kata demonstrasi ni adalah komplot pembangkang plak? Hmmm..


















Teringat aku satu hari tu tengok TV then ada sorang ahli dewan undangan negeri ni buat statement "Kenapa rakyat Malaysia ni cukup manja dan tak nak ada usaha nak kumpol sumbangan sendiri untuk bila balai raya, surau dan kemudahan asas kawasan sendiri? Asyik nak bergantung kepada wakil rakyat jer.." then buat aku terfikir: rerupanya buat kalau kita request buat itu ini dalam komuniti then kita guna duit wakil rakyat sebab selama ni aku fikirkan yang duit tu memang duit rakyat. Hmmm.

Or
Korang pernah tengok tak rancangan kat TV3 tempohari tentang inisiatif kerajaan dalam menyokong usaha-usaha belia then mereka akan disediakan dana insentif bernilai RM1juta. Then ada 2 orang peserta ni kata dia nak membina balai raya serbaguna untuk komuniti masyarakatnya. Then bila video tunjok balai raya sedia ada kat tempat tu sangat daif ar. Buat aku dan beberapa rakyat Malaysia berfikir: apa kerja wakil rakyat tempat tu sebenarnya?













...
















Then beberapa hari lepas kawasan yang sama yang penuh hutan dan semak samun tu dah ditebang. So maknanya pilihanraya dah sangat dekat. Dan aku tak tahu apa reaksi penduduk kampung ni? Masih happy dan percaya masjid tu akan dibina selepas pillihanraya kali ni or paling komen tunggu 2-3 pilihanraya yang seterusnya lagi? Hmmm

Friday, January 20, 2012

Lelaki Mulot Jahat

Korang mesti pernah jumpa 'kawan' yang sangat enjoy share keburukan orang lain depan korang. Dan korang yang sangat yakin plak bertambah syok ar dengar cerita itu ini tentang dia yang kebetolan ko pun sekali tak suka. But suddenly entah apsal satu hari korang terdengar cerita dari mulot orang bagitahu yang perangai ko pulak itu ini then bila ko kaji-kaji rerupanya ia berpunca dari mulot si 'kawan' tu tadi. Rerupanya dia juga enjoy share setiap keburukan ko di depan orang lain gak.. Hmmmm.. Kawanlah tu.


Ada ar sorang mamat ni, aku kenal beberapa tahun lalu. Aku memula just kenal cam tu je ngan dia. Kedian dia start ajak keluar, lepak sana sini etc then kami start rapat. Sebenarnya dia okey jer sebab dia pun ada kegilaan dan kongsi minat yang sama ngan aku so dalam masa sekejap jer kami dah leh mesra. Dan aku ni pulak jenis yang tak pernah fikir panjang bila berkawan ngans sesapa ar so everything went smooth ar..

Sehingga ar satu hari tu terserempak ngan korang kawan yang dah lama x jumpa then kebetolan mamat tu kenal plak ngan kawan aku tu tadi. Dan start ar dia cerita benda yang buat aku tergamam ar sangat-sangat. Bukan sebab cerita keburukan kawan lama aku yang buat aku tergamam tapi word jahat dari mulot tu yang buat aku shock. 

Kedian lama lepas tu dalam borak-borak aku terungkit tentang x-awek dia yang kebetolan pun kawan aku jugak. Dan sekali lagi mulot dia share semua benda yang tak best telinga mendengar dan tak best lagi bahu yang memikulnya. 










Zaman bercinta bukan main terbaek lagi tapi bila dah break then semuanya burok-burok. X leh ke just simpan dalam hati jer semua keburukan tu. Semua orang tak ada yang sempurna ar. Sama gak bab berkawan, aku ni jenis kalau dah putus kawan ngan sesapa pun percaya ar yang semua rahsia dan keburukan dia just terkunci dalam perut yang boroi ni. To me, kawan will always be kawan no matter what shit happen.




















Dan aku sangat yakin pada orang yang kaki sebar keburukan orang pada kita akan share keburukan kita pada orang lain gak.
























Dan tadi aku jumpa dia, awal-awal lagi dia suroh kawan sebelah dia buat cam biasa cam x nampak aku. Aku yang jenis x nak burok sangka awal-awal kata: mesti dia sedang start buat cerita tak best tentang aku depan kawan dia. How do I know? Sebab dia pernah buat benda yang sama pada kawan dia lain depan aku gak dulu. Hmmm..

Thursday, January 19, 2012

Kelas Fardu Ain

My 10 years old nephew sangat malas nak pergi kelas Fardu Ain kat sekolah dia walaupun sesi persekolahan baru bermula kurang 2 minggu pun. Banyak ar alasan yang pada pendapat dia sangat boleh dengan mudah memperdayakan datok-nenek-aku as uncle dia sedangkan alasan-alasan tu dah selalu sangat digunakan oleh pak cik-pak cik dan emak dia dulu-dulu lagi. Hmmmm..


Rasa sedih ar bila kelas yang dibuat tak perlu bayar cam tu pun malas nak pergi. Kelas plak kelas agama yang bagi ajar pendidikan akhirat. Ni refer dudok rumah layan ASTRO CERIA yang ceritanya berpuluh kali ulang dah. Mana taknya kekawan lain semua pergi kelas. Hmmmm..













Tapi bila ingat-ingat balik aku pun 2x5 gak dulu. Sekolah setakat seberang jalan depan rumah jer, limpas satu gereja terus masok sekolah. Tapi nak pergi kelas Fardu Ain dalam setahun tu entah pernah sampai 10 kali ke tak ntah. But still aku masih boleh ingat benda yang diajar dalam kelas yang just beberapa hari yang kebetulan aku rajin turun tu sampai hari ni. Hmmmm..

Tuesday, January 17, 2012

As Cute As Korean Guy

Abang aku balik dari China atas urusan kerja dan berjumpa rakan seangkatan seorang lelaki dari Korea yang share a bit about Korean ni. Kata dia almost 90% Korean aka bukan Korea Utara pernah buat plastic surgery pada bahagian muka mereka sekaligus menjadikan almost semua minah-minah dan mamat-mamat Korea ni sangat jambu-jambu walaupun realiti masa kecik or zaman belum buat surgery tu muka sebijik cam jambu batu. But still walaupun masyakat dunia tahu yang kecomelan beliau-beliau tu tak asli tapi mereka masih lagi adore mereka tu semua.


So kali ni aku nak mengajar manusia-manusia Melayu yang kaki kipas susah mati K-POP ni melalui 2 cara iaitu 1st melalui Adobe Photoshop yang kedian korang leh upload jadi primary pic kat FACEBOOK korang untuk menunjok-nunjok kat dunia yang korang ni ada darah kacukan Korea ar sangat. Hmmm..





Wokey kali ni aku tak nak guna muka aku sendiri sebab aku bukan kaki K-POP so aku guna muka sorang kawan aku yang bernama Rizal Uray as model utama. Dalam bulatan kecil tu ialah gambar asal dia dan as usual aku guna teknik yang sama untuk hasilkan hasil cartoon look a like tu. Kalau korang still nak tau cam mana then rujuk previous post on Photoshop technique.




Teknik pertama untok nampak Korea ialah korang mesti ada asset rambut cam artis korea. 1st: panjang & kembang,  2nd: style kena sharp, 3rd: warna kena meriah. Kalau korang berani mati kena ceramah ngan parents or jiran tetangga then guna bleach color yang hasil blond habis-habis puteh baru K-POP sepenuhnya ar korang. Dan untuk impak gambar ni pulak aku guna brush yang korang leh search dan download percuma kat tenet untuk hasilkan effect rambut yang nampak a bit real tu. Hmmm..



Then beralih kepada muka. Lelaki Korea punya kening yang tebal, bulu mata yang lebat dan mata yang bolat (sebab surgery ar). Sebab most Malaysian memang punya mata bolat-bolat so korang tak perlu operate ar. Melainkan bab anak mata besar tu leh guna contact lense yang membesar dan menghitamkan anak mata tu ar. Solusi kening yang tebal then orang kata selalu cabut akan buat bulu yang baru lebih tebal dan lebat. Hmmm.. try je lah. Bulu mata lak? Guna maskara.. Wakaka..

Back to Photoshop untuk effect mata besar aku guna Filter> Liquify> Bloat Tool.



Yang terakhir ialah aksesori. Apakah K-POP tanpa aksesori yang pelik dan padat. Pakai cermin mata yang pelik, besar-besar ngan warna terang-terang, anting-anting yang padat kat telinga, baju penuh zip sat badan, seluar ketat warna terang-terang etc so terhasillah seorang Melayu yang berK-POP dan boleh ar korang memperagakan diri korang kat area Bukit Bintang etc dan menari ar K-POP kat situ ngan kekawan Super Junior korang tu.






Tapi 








Disebabkan aku seorang yang 'pelik' pada pandangan mata orang so aku pilih gaya-gaya yang berbeza cam kat bawak ni plak:


(Versi Indie cam Noh Hujan may be?)









Or jadi cam














Ni siap leh jadi mr Potato or even A. Galak pun kalah ar.. Wakaka














or jadi...
















Jadi cam rambut dr. Rozmey pun okey gak



















Kesimpulan di sini. Jadi diri sendiri jauh lebih better jadi jadi orang lain sebab kita tak perlu jadi orang lain semata-mata nak jadi orang. Kan?

Aliens Are Cumming..!!

Apa yang jauh lebih WORST daripada dunia dikuasai oleh mahkluk yang dah mati tapi masih boleh bergerak dan nak makan otak manusia hidup-hidup aka zombie or a group of brutal vampires kepung tempat kediaman korang ngan semua pengangkutan dan telekomunikasi terputus dari dunia luar (tak termasuk hari kiamat ar)? To me of course laa ALIEN INVASION. Cool isnt it?


Kalau benar-benarlah dunia ni diserang oleh zombie cam dalam Resident Evil or Zombieland or mana-mana filem melibatkan zombie yang tak termasok Zombie Kampung Pisang then aku adalah antara mangsa terawal yang akan terkorban dan seterusnya menjadi zombie yang paling awal dibunuh balik. Or sama gak kalau life ni cam 30 Days of Night then nasib aku pun 2 kali 5 gak. Sedih kan? Hmmm...

Entah apsal aku agak cuak masa layan cerita benda alah zombie-zombie ni tapi still aku leh layan berbanding cerita kejam cam SAW, HOSTEL etc yang brutal potong tangan sendiri guna gergaji etc ker. Lebih-lebih lagi cerita 30 Days of Night yang buat aku terfikir what if that situation benar-benar berlaku? 


...


Recently kalau korang selalu update ngan cerita-cerita terkini then korang pasti tahu tentang cerita ada bunyi pelik yang bergema di langit malam di sebuah kampung di Kota Samarahan, Sarawak. Bunyiknya cam orang berdengkur yang panjang sepanjang malam tanpa ada sesiapa leh dapat tahu bunyik tu bunyik apa sebenarnya dan ia berpunca dari apa etc?

Dan menjadikan situasi lebih best ia tak hanya berlaku secara domestik di Sarawak jer sebaliknya di sebahagian tempat-tempat lain di seluruh dunia start 2011 lagi. Bunyinya tak sepenuhnya sama then ada yang buat penilaian awal kata yang ada orang just buat copycat aka cuba tiru based on event pertama ngan rakamkan video dan bunyik then upload internet or ada yang kata ia adalah rakaman daripada filem Alien Invasion lain or ada yang kata ia adalah satu projek sulit sebuah kerajaan besar dunia etc.




Then ada yang cuba kaitkan ngan dakwaan ramalan 2012 ialah dunia akan kiamat laa





Ada gak yang kata ia adalah monster dalam bumi yang dah nak keluar






Or maniac agama akan kata Dajjal etc dah nak keluar











Then yang paling cool ialah Alien nak datang dan menawan bumi. Bagi aku teori tu lebih cool dan dramatik. Just imagine cam alien dalam War of The World ker. Tapi alien cam dalam District 9 tu tak best ar.. Hmmmm












But still apa-apa cerita alien sekalipun still aku akan mati awal gak. Dont know why..
























Tapi bunyik-bunyik tu mesti bawak tanda ada sesuatu yang bakal berlaku kan...? Kalau tanda-tanda awal kiamat pun x apa pun kan? Kita kita berkesempatan jadi ahli akher zaman yg bakal menyaksikan that BIG DAY ar kan? Hmmmm































p/s: then salah sorang korang kata "Haei Aj, there something wrong ngan title post ko hari ni ar. Typo kot.."



Then aku kata "Sah, otak kotor..!!"

Monday, January 16, 2012

Ancient Spirit

Im not gonna talk about susok, saka, damping, puaka, jembalang, toyol or even hantu dalam botol... erk kicap. Im gonna talk about 'things' yang orang dah tak cakap tentangnya lagi. As pokok ditebang untuk penempatan manusia, pembangunan dari desa jadi bandar jadi kota konkrit dan that 'things' yang pernah berkuasa dalam dark forest mulai lari dan lari. What is that 'things'? Kalau kita tengok cerita Red Indian kat Amerika zaman dulu -dulu or even cerita Avatar yang percaya bahawa setiap haiwan ada 'semangat' aka roh sendiri.


Aku pindah ke Kampong Santubong aka rumah family aku sekarang pada usia aku 11 tahun. Waktu tu kat sekolah rendah aku selalu sangat diketawakan budak kampung sebab aku tak tahu sangat dialek Melayu Sarawak yang tahap agak pekat ar sebab selama ni just guna yang basic-basic jer. So aku dilabel as budak bandar yang dudok kampong yang technically aku tak ar bandar mana sangat pon. Aku just kebetolan sebelum ni kurang kawan Melayu dan berada kat bandar yang lebih ramai bukan Melayu dari Melayu jer. Hmmmm..

Okey back to the story.

Kampung Santubong ialah antara penempatan awal yang jauh lebih awal pembukaannya daripada bandaraya Kuching sendiri. It used to be antara perlabuhan entrepot terpenting dan terawal yang melibatkan perdagangan dengan negara-negara besar dunia masa tu such as China etc. Even ia gak pernah jadi tempat ibadah awal untuk agama Hindu-Budha melalui penemuan candi-candi kuno. Then bila zaman dah modern sikit ia pernah jadi antara tempat kediaman James Brooke aka rajah pertama Sarawak. 

Tapi apa yang berlaku pada tempat ni or pada tempat-tempat lain aka rumah korang sekarang ni sebelum ada sesiapa manusia yang first menerokainya? Waktu hutan masih dara, masih dark.. Apa yang menghuninya? Unicorn, pegasus? Ooh ya itu mahluk mitos barat. May be cenderawasih, garuda etc yang lebih local? Or may be as dalam cerita Chronicle of Narnia di mana haiwan ada 'something' yang as time goes by manusia mulai lupa akan kewujudannya.




Tadi pagi aku ke kebun then lepak-lepak ar ngan sorang kenalan bapak ni. Dia taklah tua sangat tapi dia dudok kampong dan banyak masa muda dulu ngan orang-orang tua then cakap-cakap ar ngan aku. Aku then terbawak ar satu cerita tentang buaya. Then dia mulai ar cerita. Kalau terjumpa buaya then apa perlu buat etc. It quite nonsense at first bila ia melibatkan jampi serapah etc tapi ada few thing melalui cerita dia yang buat aku cam tak pernah dengar fakta tentang buaya dan masyarakat Melayu ni.

Buaya or ular ni ada satu 'semangat' yang kalau kita tak nak cari musuh ngan dia then ia tak akan kacau kita tapi kalau kita nak jadi 'saudara' dengannya thn it will be a part of us. Naa.. aku tak tahu cam mana nak jelaskannya dalam ayat yang betol.





















Ia buat aku terfikir yang there must be something yang ancient in the forest dan yang menghuni dalamnya yang kita pernah tahu tentangnya tapi as time goes by connection tu mulai hilang.

Friday, January 13, 2012

Dislike Button

Semalam rumah Wardina Saffiya kena rompak. Beberapa barang berharga cam labtop kena ambik. Suami dia pulak kena pukol. Dia dan anak-anak trauma. So dia upload status tu dalam facebook. Ada yang komen bagi support. Tapi yang paling aku tak pernah faham ialah lebih 100 like diterima. Apa makna like kalau dalam siatusi ni? Adakah:

a) Mereka suka ngan keadaan tu aka cam kalau disuarakan akan jadi cam "Padan muka..."?
b) Or mereka bersimpati?
c) Or what?


Kadang-kadang like button pada ruang komen FACEBOOK tu membawa makna yang terlalu abstrak untuk diterjemahkan secara langsung. Kalau ada event gembira cam baru menang hadiah then kalau ada yang like then mungkin mereka kata tahniah or at least good tapi kalau ada family member meninggal or dia baru kemalangan kereta then ada gak yang like then mereka kata tahniah ker or mereka happy untok dia ker?











Yap, like ialah cara termudah untok seseorang tak nak komen panjang lebar then komen tu direply then kalau tak reply balik akan rasa kurang ajar so it take hour before satu benda ringkas jadi panjang.













So memang perlunya ada dislike button dan butto-button fungsi lain gak

How To Name A Kitten

Ada sekor kucing liar melahirkan 3 ekor baby kat rumah kami orang. Kedua-dua anak buah aku sangat hyper teruja ngan kittens tu. Dan tindakan pertama mereka nak buat ialah menamakan anak-anak kucing tu ngan nama mereka pilih sendiri. Abangnya yang berumur 10 tahun nak bagi nama Tompok sebab kucing tu bertompok hitam puteh. Tipikal sangat kan. Meanwhile si adiknya yang berumur 6 tahun plak nak bagi nama kucing tu as Haikal dan Maisara. Wow that complicated. Cam unsur memasukkan unsur manusia pada haiwan jer.


Teringat kat iklan khidmat masyarakat oleh X.fm yang kata kucing ni not own by us tapi we adopt them plus cruelty terhadap haiwan ni start bila adopt them sebab diaorang cute. But bila mereka dah besar dan dah tak comel, kencing sana sini, sakit termuntah-muntah then kita terus nak buang ia tepi jalan. Teringat ada orang tu ambik anak angkat manusia ar dari kecik. As usual bila kecik comel ar tapi bila budak tu dah besar dan nakal dah nak pulangkan balik kat rumah kebajikan.. Sedangkan anak orang dia leh buat gitu lagikan anak kucing ar kan? Baghal..







1 thing tentang nak jaga pet ni tak kisah kucing, anjing or even babi sekalipun ia adalah tentang tanggungjawab dan kasih sayang. Kalau korang tak mampu nak bagi kedua-duanya then better jangan pelihara. Korang menyiksakan nyawa makhluk tuhan jer.















Teringat masa Kuning aka arwah kucing aku dulu tengah sakit dan terbaring kat bilik mandi, aku fikir emak akan suroh kami kuarkan dia dari rumah sebaliknya emak tak buat pun. Emak sempat bagi dia minum lagi. Sedangkan semua kami tahu yang emak jenis kurang mesra alam sikit berbanding bapak tapi aku yakin emak juga dah anggap Kuning as part of the family too.



















Ready untuk menerima kucing baru dalam hidup? May be...

Thursday, January 12, 2012

Meh Melukis

Aku tak tahu sejak bila aku start melukis tapi aku cukup yakin yang aku tak belajar dari sesiapapun untuk melukis. Aku cuma ambik pencil, kertas dan terus melukis setiap apa yang mata aku nampak. Yap, jujor aku katakan yang tak pandai melukis benda yang aku tak nampak. Imaginasi dalam otak aku tak mampu menghasilkan imej yang cukup jelas untuk aku pindahkannya ke atas kertas lukisan.Hmmm..


Last few day aku dah kembali melukis. Dah beberapa bulan dah tak melukis it seem rasa pelik bila nak start buat lakaran kasar. Rasa kurang yakin timbol dalam diri balik. Few fakta tentang aku dan lukisan ialah:

a) Aku suka subjek lukisan masa sekolah menengah dulu tapi keputusan ujian plus SPM aku agak teruk sebab aku tak suka disuroh melukis sesuatu yang aku tak suka. Tapi..

b) Tapi masa universiti aku ambik upah melukis potret gambar orang sebab duit PTPTN lambat masok then apa salahnya guna bakat yang tuhan bagi untuk ambik rezeki yang halal. Cuma..

c) Cuma masalahnya aku tak pernah terfikir nak jadikannya kerjaya. Teringat waktu sekolah dulu ramai cikgu tanya "Aj, nanti nak jadi pelukis/ pelukis komik ke?" Naaa.. aku tak nak buat kerja tu semua sebab..

d) Sebab aku cuma pandai melukis tapi aku tak pandai mewarna. Bila part aku mewarna aku selalu rasakan yang aku sedang memusnahkan lukisan yang aku rasa a bit cantik tu plus..

e) Plus aku cuma suka lukis potret muka orang jer.Aku tak suka lukis pemandangan, aku tak suka lukis bangunan, aku tak suka lukis benda-benda ciptaan manusia. Selain potret aku suka gak ar lukis haiwan dan tumbuh-tumbuhan sebab..

f) Sebab each and everytime aku melukis aku hanya akan nampak jalinan garisan dan aku terjemahkan semuanya dalam bentuk garisan jer. Sebab bagi aku lukisan ialah unsur yang dibina dari garisan demi garisan yang banyak. Dan..

(Korang dapat tengok tak garisan yang banyak dalam lukisan aku ni?)


g) Dan aku tak suka guna pemadam sebab bagi aku setiap satu kesalahan tu akan menyempurnakan lukisan tu as sama gak cam manusia yang tak sempurna so lukisan juga tak perlu jadi sempurna tapi ada part aku memang perlukan pemadam dan waktu tu ar paling suck sebab sangat susah nak carik pemadam dalam bilik aku. Plus..

h) Plus yang terakhir, kalau korang tengok lukisan aku tanpa tandatangan that either ada 2 makna: 1st- aku masih belum lagi menamatkan lukisan tu or 2nd- aku tak berpuashati ngan lukisan tu. Hmmm

(sign aku untuk lukisan berbeza ngan sign aku untok urusan rasmi dan ramai kata sign ni jauh better than sign rasmi aku.)


































Aku yakin bahawa semua orang mampu melukis dan setiap lukisan adalah cantik tak kira apa pun pandangan orang lain terhadapnya.

Wednesday, January 11, 2012

My Hot Girl List

Everyone got theirown 'Hot Girl List' dan bila aku maksudkan everyone then aku maksudkan ngan everyone. Sebab bukan sahaja lelaki malah girl sendiri punya 'Hot Girl List' mereka sendiri. Tapi ia sedikitpun tak menjadikan girl tu as Homo, Lessy, Pengkid etc. Aku sendiri pun ada 'Hot Guy List' apa.. Sebab 'hot' or 'cantik' or 'kacak' tu subjektif dan berbeza pada setiap pandangan mata induvidu. So ia terpulang pada individu macam mana ia nak menilai sesuatu. Sebelum aku membebel panjang lebar so ini list 'Hot Girl' pada aku:



a. GIRL+MUSIC
Aku sangat yakin ramai lelaki kat luar sana yang sangat setuju ngan statement girl yang pandai main music instrument sangat HOT. Tak kira dia pandai main gitar, piano, soxofon or even tabla, harmonika, seruling or lebih-lebih lagi instument yang ganas cam drum lagi ar menjadikan HOT meter mereka naik tinggi. I dont know logicallynya kenapa girl yang main instrument musik ni menjadikan diaorang HOT tapi yang pasti setiap kali diorang main music tu then aku akan terhenti dan something HOT akan keluar dalam bentuk gelombang dari music yang mereka main tu. Itu belom masok part kalau dia punya suara serak-serak basah dan leh nyanyi plak. Damn, she HOT.






b. GIRL+BOYISH
Aku tak tahu kenapa sejak dari zaman sekolah-sekolah dulu sampai sekarang aku sangat-sangatlah tak suka ngan girl yang terlalu girlish dalam erti kata ngan gi mana-mana mesti tacap make-up 1 inci, bawak payung takut panas (teringat sorang kenangan satu tingkatan yang asyik pakai make-up walau gi sekolah then bawak payung waktu sukan dan pernah masuk rancangan realiti dan sekarang dah kawen datok), minat dan pakai semua aksosori dan pakaian warna pink etc. It make them such so plastic.

Dan aku lebih refer girl yang tak ada masalah untuk tunjokkan bahagian kasar mereka. Bagi aku girl yang bawak big bike, mount climbing, main bola, baiki barang rumah sendiri, buat kerja lelaki are sangat HOT. Dan pengakuan jujor aku kata girl yang pakai Jersey bola sepak lelaki or rugby sangat TURN ON my 'switch'. Hmmm..




c. GIRL+PET
Yang ini aku baru masukan dalam list beberapa jam lalu bila berlaku incident aku terjumpa sorang girl yang bekerja kat satu kedai menjual barang haiwan peliharaan ni sangat HOT bukan sebab dia kerja just pakai bra ngan bunny ear kat kepala dia tapi sebab sifat care dia pada haiwan tu menjadikan dia HOT. Sekaligus buat aku terfikir aku pernah suka few girl ni yang sangat sayang pada pet dia sekaligus buat aku terfikir kalau aku leh ganti tempat pet dia so dia akan pampered me dan usap-usap on my 'fur'. OMG..
 




d. GIRL+PENDIRIAN
Dalam banyak-banyak semua perkara dalam list aku tu ada satu perkara yang benar-benar menjadikan sorang girl tu sangat-sangat HOT iaitu kalau girl tu ialah seorang yang berpendirian dan berpegang teguh pada pendiriannya. Yap..












































Btw Zooey Deshanel HOT. Hmmmmm

Monday, January 9, 2012

Aku Mengajar Photoshop 04

Beberapa kawan ada tanya aku: kat mana or ngan siapa aku belajar Adobe Photoshop ni? Jawapan aku mudah jer: kat rumah dan aku belajar sendiri. Then mereka tanya lagi: cam mana aku leh hasilkan itu ini ngan fungsi Adobe Photoshop yang pelbagai dan rumit tu? Jawapan aku sekali lagi: aku cuba sendiri. It seems like kalau kita ada stuff rosak then kita akan cuba baiki sendiri dulu. Walaupun rupanya a bit cam 6 jahanam tapi as long ia berfungsi then cukuplah.

Sama gak ngan Adobe Photoshop ni, peduli what ever tool yang aku guna or orang kata itu tak boleh buat itu ini as kalau dalam kulinari ada berpuluh jenis pisau untok tujuan-tujuan tertentu but hei who care as long as hasilnya jadi siapa pedulik ar kan?

Dan sekali lagi aku nak bagitahu yang aku bukan profesional. Aku just ajar Photoshop untuk orang yang as Dummy as aku gak.. Huhuhu
.
.
 

Kali ni aku nak share cam mana aku buat design yang ada orang kata "Hei, Aj. Ko melukis cartoon kat Adobe Photoshop eh?" Naaa.. Aku tak tahu tahap tu. Aku just guna medium-medium yang ada untuk jadikan benda tu nampak cam cartoon jer.. Huhuhu..


Aku nak buat komik ala-ala Boboiboy TV3 tu ar. So guna rujukan kat gambar nombor 1 tu ar. Dan nombor 2 tu pulak ialah model utama aku iaitu babyboy aku: ADAM ZAQUAN (bukan anak aku daa) So as usual first step yang aku guna ialah aku guna Polygonal Lasso Tool kat box tepi tu untok crop dan delete latar belakang gambar 2 untuk menghasilkan gambar dibawah:





Kita tak perlu buat kemas sangat ar kecuali pada bahagian leher, telinga etc sebab bahagian lain akan ditutup oleh topi dan baju Boboiboy. Dan dalam bulatan besar tu pulak cam just line jer tapi aku sekali lagi guna Polygonal Lasso Tool untuk create effect yang sama. Aku buat pada telinga, mata dan mulut. Serta buat sekali untok topi Boboiboy yang seterusnya menghasilkan imej di bawah:




Then korang tanya "Then cam ne leh jadi effect ada tone tu pulak?" Jawapannya tetap guna Polyganol Lasso as sama korang remove background tadi jadi puteh. Cuma kali ni jadikannya satu warna. Contok untok topi guna warna oren biasa. Then guna Burn Tool untuk effect hitam dan Dodge Tool untok effect cerah. Just try slow-slow satu persatu. Dan hasil terakhirnya jadilah: Boboiboy versi Adam Zaquan.. Hohoho









Dan yang dua ni plak aku buat setahun yang lalu. Sewaktu Adam Zaquan ni baru beberapa bulan.











So.. selamat mencuba..

Sunday, January 8, 2012

Main Hantu

Sewaktu my 10 years old nephew kata dia dengar satu bunyi yang pelik di luar biliknya malam tu, aku just ketawa besar. Reaksi yang sama setiap kali dia suarakan ketakutannya yang bagi aku lelaki kecil itu memang takut pada semua perkara. Pada kucing yang mengiau pada waktu malam dia takut. Pergi ke tandas malam-malam lagilah dia takut. Ada bayang hitam lah katanya. Itu ini. Tapi ada sesuatu yang menjadikan malam tu sedikit berbeza. Ada satu bunyi pelik di sebalik bunyi bising titik-titik lebat pada hujan. Bunyi pelik.

Aku suka meliarkan imaginasi aku untuk sesuatu yang seram pada waktu malam yang creepy di tempat-tempat yang creepy walaupun pada dasarnya aku ialah seorang yang agak sangat penakut. It seems feelnya cam makan ABC pada jam 2-3 pagi waktu hari hujan kat luar rumah. Ais yang lambat mencair akan lebih terasa sejuk dan nikmat sebenarnya.

Few years dulu kalau lepak tengok wayang then lepak Mc D akan habis jam 12-1 pagi dan aku plak masa tu selalu bawak motosikal dan balik rumah di Santubong yang kalau korang tahu jalannya agak sunyi melainkan weekend ar. Then akan lalu kat tempat yang tak ada rumah orang yang selalu orang yang 'bernasib baik' akan tengok 'itu ini' or paling koman terhidu bau 'itu ini' then terus dalam otak what if suddenly kat tepi jalan tu suddenly aku ternampak sorang girl yang typically baju kurung putih ngan freehair cam guna Sunsilk or paling koman motosikal aku suddenly mati enjin dan rasa kat seat belakang berat semacam etc.

Entah apsal aku sangat  suka fikir benda-benda cam tu sedangkan aku tahu kalau benda tu benar-benar berlaku, aku pasti dah pengsan atas jalan tapi masih each and every time lalu tempat tu jam1-2 pagi still suka nak meliarkan imaginasi untok fikir benda-benda tu.



Or masuk rumah lama yang ditunggalkan then rumuskan ngan kekawan apa yang sebenarnya berlaku kat situ sebelum ni berdasarkan perabot yang ditinggalkan just like that dan keadaan dinding yang cam dibakar then kata ngan kawan 'what if kalau ada benda yang ikut kita lepas ni?' 

Realitinya kalau benar dah habis naya ar.. wakaka

















May be sebab kita selalu dimomokkan dalam tv or filem yang kalau cerita hantu then hantunya sangat aktif dan effecknya sangat-sangat menjejaskan kehidupan tahap gaban tapi bila in real life semuanya seem sangat pasif. 






As sorang kawan aku ni kata "Hantu dalam cerita tu semuanya tipu. Diaorang mana leh apa-apakan kita pun"


























...














Tadi abang, my 10 years old nephew kata dia dengar bunyi pelik dalam bilik tidur dia. Then aku terfikir what if apa yang dia dengar betul-betul ada.. wakaka

Friday, January 6, 2012

Dunia Tanpa Teknologi

Korang pasti pernah dengar orang kuar statement cam: Aku nak tutop account FACEBOOK aku sebab ia menjadikan hubungan aku ngan awek aku makin tegang, aku tak dapat fokus pada apa-apa pekerjaan yang aku buat, hal ehwal anak-anak dan suami aku makin terabai aka makan pakai mereka makin tak terjaga, social life aku makin hilang etc. Gosh, apasal manusia mudah sangat salahkan benda lain dan tak ngaku ia salah mereka sendiri? Hmmm..


My 6 years old niece dah ada account FACEBOOK. Dia dah tahu main game kat tenet ngan guna aplikasi-aplikasi lain dalam tenet. Kalau setakat nak guna YOUTUBE dah biasa sangat. Handphone emak dia dah jauh dia explore. Abang dia since dari umor 7 tahun dah ada handphone sendiri. Sekarang umor dah 10 tahun, dah banyak selok belok teknologi yang dia tahu. 

Kalau ingat-ingat balik pada usia sebaya dia dulu, aku masih main tangkap belalang belakang flat polis kami je. (Yap, aku tak tangkap belalang tu. Aku just tengok sebab nak tangkap sekor nyamok pon bukan maen susah inikan pulak belalang yang melompat jauh-jauh). Even first handphone aku dapat pun NOKIA 3315 yang sangat vintage sekarang ni. Itupun waktu aku umor 18 tahun as hadiah untok result SPM aku yang tak seberapa. 

As aku tengok anak buah aku yang besar tu hidup dia berkisar pada komputer-tv-komputer-tv jer. Kalau petang-petang kawan dia datang then baru main. Even kalau ada pilihan antara kawan dan komputer dia lebih refer pada komputer. It seems kekanak zaman sekarang tak ada masa nak perkembangkan bakat dalam diri selain dari menghabiskan sisa kanak-kanak mereka di depan kaca tv dan komputer.





Sebagai seorang lelaki yang zaman kanak-kanaknya tak ada teknologi canggih dan rancangan tv yang mostly berkisar hanya pada RTM1, TV3 dan Siri Pendidikan yang berulang-ulang cam Sang Kancil yang selalu bagi warn kat monyet "Jangan Monyet, cili tu pedas" but still monyet tu nak makan sehingga masa lebih dihabiskan ngan apa sahaja perkara cam baca buku, main-main ngan anak-anak jiran, quality time ngan parents dan adik beradik, lepak kat library ngan kekawan sama sekolah etc dan lebih penting ia memberi ruang untok aku mengeluarkan bakat aku dalam melukis.




Then ada masa terluang aku akan ambik kertas dan pencil then melukis dan melukis.





Sehingga wujud tempoh teknologi datang dan yap aku mulai menggunakan adobe photoshop dan game dan perisian-perisian lain yang menjadikan aku stuck 24/7 depan labtop dan internet dan bla bla bla..







Akibatnya lukisan ke mana dan alat-alat lukisan dah hilang. And recently aku check yang acrylic color aku dah keras tak dapat guna dah.









As not so wisdom word dari mat salleh ada kata yang to much porn akan menghapuskan imaginasi lelaki terhadap seks so as ketagihan teknologi juga mampu menghapuskan imaginasi manusia. But aku tak pernah salahkan teknologi sebab teknologi just a thing or a method. Semuanya bergantung pada siapa yang mengendalikannya.














So tadi aku ke bandar Kuching membeli warna acrylic baru ngan charcoal sticks yang aku tak pernah dan cuba nak try melukis balik. Hmmmm..










Plus tak lupa dalam gambar atas ni ialah karya terbaru aku guna paper clay dan aku warnakan guna acrylic. 1 thing about paper clay ni ialah ia more to paper rather than a clay.. Hmmm

Azam Tahun Baru 1


Azam tahun baru yang pertama. Bermula semalam. Doakan aku berjaya.

























Then korang tanya: Kenapa porn? Kenapa 21 hari?


Jawapan aku: Suka hati aku ar. Aku punya azam. Aku punya suka ar.. 







Wakaka

Thursday, January 5, 2012

Review 2011

Aku bukanlah jenis manusia yang mengagung-agungkan saat 11.59 minit malam pada 31 December setiap tahun tanpa tahu sebab musabab untuk aku meraikannya dan few minute after that thing berlalu sama saja seperti hari-hari biasa pada mereka. But still aku masih lagi sambut tahun baru tapi sambutan aku adalah beberapa hari lebih lewat dari hari yang sepatutnya. Whose care? My new year are depend on me laa kan? Hohoho


Tahun 2011 ialah tahun yang agak mendatar bagi aku. Nothing big happen. Tapi still setahun adalah tempoh  masa yang panjang dan kalau aku tak dapat lihat apa yang aku perlu belajar sepanjang tempoh tu or tak ada peningkatan pada diri aku then aku ialah seorang yang rugi. So aku nak buat review tentang graft hidup aku sepanjang setahun yang lepas.


a. KERJA
Aku buat 3 kerja untok tahun ni. First: Customer Service Representative aka mr. Operator di Call Center TM's Malaysia di Kuching selama almost 4 bulan. Second: Penceramah untok Modul Integrasi di PLKN Bintulu selama seminggu. Lastly: Cinema Assistant Manager di Golden Screen Cinema di Kuantan, Pahang selama almost 4 bulan.


As antara kata-kata yang selalu orang guna untok menenangkan hati aku setiap kali aku kata aku resign kerja  yang bagi aku a bit lawak ialah "Jangan risau. Yang penting kau boleh dapat pengalaman kerja yang banyak.." Ya ya ya.. And as aku perasan rupanya setiap satu kerja yang aku buat ialah dari bidang yang berbeza. Yap sekaligus aku memang dapat pengalaman kerja yang berbeza plus membuktikan bidang-bidang tu tak sesuai ngan aku. Hmmmm..


Hampeh rite?


b. KAMERA
Tahun ni aku beli 5 bijik camera. First: underwater film toy camera. Second: kamera CANON Powershoot A480 camera digital biasa sebab awal tahun tu kebetolan kamera aku buat hal. Third: CANONET Classic film camera. Keempat: CLAP digital camera. Kelima: FISHEYE2 Lomography camera. Wakaka.. Sesaja membazir duit..


Tahun ni aku mulai mengenali idealogi LOMO aka idea penggunaan filem rosak. Aku rasa ideanya cukup cool when kita akan back to basic aka guna filem tanpa tahu cam mana hasilnya then menimbolkan curiosity yang tinggi untok tengok hasil akhernya masa di cuci kelak tanpa perlu peduli nak buat effect-effect tambahan etc. Plus design-design luarannya sangat lari dari kebiasaan camera-camera biasa yang agak skema dan terkawal yang sangat sesuai ngan sifat diri aku yang agak menentang formality dan ciri-ciri normal.


Tak lupa aku masih lagi sangat anti pada DSLR. huhuhu


c. LOVE
Faezah dan Zack bertunang, Laila dah kahween dan dah mengandung and tunggu beberapa minggu lagi before tukar tittle, Kaspalela Manja dah dirisik, Nazz dan Fressa pun dah start nak beli barang hantaran, Asnida Alwie  yang gila ganas masa sekolah dulu pun dah kahween. Itu belum masuk yang couple sekian lama tapi masih belum lagi tukar-tukar status sebab takutkan komitmen. Even my 17 years old cousin yang belum keluar result SPM pun declare ngan balak dia.



(tak ada gambar)














Dan aku? Menyendiri lagi.. menyendiri lagi pada tahun lalu dan pada permulaan tahun ni lagi.. Hmmmm