Bab paling best tengok berita perdana jam 8 tak kira apa-apa channel sekalipun ialah bila ia melibatkan issue politik. Contoh cam kalau ada a group of penduduk kampung buat demonstrasi tak seberapa nak aman ngan kain rentang dan marah-marah kata Ahli Dewan Undangan Negeri si Pembangkang ni janji itu ini before pilihanraya lepas tapi bila dan menang dan dah nak masuk piliharaya baru ni still janji tak terlaksana. Dan parents aku yang jenis percaya 100% bahawa berita kat TV tu jujor, ikhlas, amanah dan fatanah then akan kata "Undilah lagi pembangkang..!!" Hmmm..
Then buat aku teringat kat masjid baru yang dijanjikan oleh ahli-ahli politik yang bertukar ganti nih. Waktu tu aku baru masuk sekolah menengah then kat satu tempat ni dijanjikan akan dibina sebuah masjd baru untok mengantikan masjid lama kampong ar. Penduduk happy ar. Kawasan belukar tu ditebang, orang yang dudok situ dipindahkan bla bla bla. Then bila pilihanraya tamat dan parti tu menang then as time goes by kawasan tu dah tumboh semak samun balik.
Dan bila tahun berganti tahun dan pilihanraya baru nak bermula lagi then ada lagi ceramah oleh ahli-ahli politik tu kata projek masjid tu akan dimulakan dengan projek RM1 juta. Penduduk happy balik. Tapi sekali lagi bila pilihanraya tamat dan parti tu memang then senyap lagi. Dari semak samun dah jadi hutan balik.
Then pilihanraya negeri yang lepas, siap perdana menteri pulak datang kata projek masjid tu akan dijalankan dengan nilai bertambah jadi RM3 juta. Penduduk bertambah happy. Tapi pilihanraya negeri tempohari tu tamat then hutan dah jadi makin tebal.
Buat aku terfikir: kenapa rakyat tak nak buat demonstrasi gak kata janji dah ditabur dalam beberapa siri pilihanraya tapi still janji tinggal janji but then kalau buat demonstrasi then akan dapat liputan kat TV kerajaan ker? Or nanti kata demonstrasi ni tak dapat kelulusan polis pulak but yang buat demonstrasi dalam TV tu ada permit ker sebab cam ganas semacam jer? Or nanti kuar TV kata demonstrasi ni adalah komplot pembangkang plak? Hmmm..
Teringat aku satu hari tu tengok TV then ada sorang ahli dewan undangan negeri ni buat statement "Kenapa rakyat Malaysia ni cukup manja dan tak nak ada usaha nak kumpol sumbangan sendiri untuk bila balai raya, surau dan kemudahan asas kawasan sendiri? Asyik nak bergantung kepada wakil rakyat jer.." then buat aku terfikir: rerupanya buat kalau kita request buat itu ini dalam komuniti then kita guna duit wakil rakyat sebab selama ni aku fikirkan yang duit tu memang duit rakyat. Hmmm.
Or
Korang pernah tengok tak rancangan kat TV3 tempohari tentang inisiatif kerajaan dalam menyokong usaha-usaha belia then mereka akan disediakan dana insentif bernilai RM1juta. Then ada 2 orang peserta ni kata dia nak membina balai raya serbaguna untuk komuniti masyarakatnya. Then bila video tunjok balai raya sedia ada kat tempat tu sangat daif ar. Buat aku dan beberapa rakyat Malaysia berfikir: apa kerja wakil rakyat tempat tu sebenarnya?
...
Then beberapa hari lepas kawasan yang sama yang penuh hutan dan semak samun tu dah ditebang. So maknanya pilihanraya dah sangat dekat. Dan aku tak tahu apa reaksi penduduk kampung ni? Masih happy dan percaya masjid tu akan dibina selepas pillihanraya kali ni or paling komen tunggu 2-3 pilihanraya yang seterusnya lagi? Hmmm
No comments:
Post a Comment