Aku tak tahu sejak bila aku start melukis tapi aku cukup yakin yang aku tak belajar dari sesiapapun untuk melukis. Aku cuma ambik pencil, kertas dan terus melukis setiap apa yang mata aku nampak. Yap, jujor aku katakan yang tak pandai melukis benda yang aku tak nampak. Imaginasi dalam otak aku tak mampu menghasilkan imej yang cukup jelas untuk aku pindahkannya ke atas kertas lukisan.Hmmm..
Last few day aku dah kembali melukis. Dah beberapa bulan dah tak melukis it seem rasa pelik bila nak start buat lakaran kasar. Rasa kurang yakin timbol dalam diri balik. Few fakta tentang aku dan lukisan ialah:
a) Aku suka subjek lukisan masa sekolah menengah dulu tapi keputusan ujian plus SPM aku agak teruk sebab aku tak suka disuroh melukis sesuatu yang aku tak suka. Tapi..
b) Tapi masa universiti aku ambik upah melukis potret gambar orang sebab duit PTPTN lambat masok then apa salahnya guna bakat yang tuhan bagi untuk ambik rezeki yang halal. Cuma..
c) Cuma masalahnya aku tak pernah terfikir nak jadikannya kerjaya. Teringat waktu sekolah dulu ramai cikgu tanya "Aj, nanti nak jadi pelukis/ pelukis komik ke?" Naaa.. aku tak nak buat kerja tu semua sebab..
d) Sebab aku cuma pandai melukis tapi aku tak pandai mewarna. Bila part aku mewarna aku selalu rasakan yang aku sedang memusnahkan lukisan yang aku rasa a bit cantik tu plus..
e) Plus aku cuma suka lukis potret muka orang jer.Aku tak suka lukis pemandangan, aku tak suka lukis bangunan, aku tak suka lukis benda-benda ciptaan manusia. Selain potret aku suka gak ar lukis haiwan dan tumbuh-tumbuhan sebab..
f) Sebab each and everytime aku melukis aku hanya akan nampak jalinan garisan dan aku terjemahkan semuanya dalam bentuk garisan jer. Sebab bagi aku lukisan ialah unsur yang dibina dari garisan demi garisan yang banyak. Dan..
(Korang dapat tengok tak garisan yang banyak dalam lukisan aku ni?)
g) Dan aku tak suka guna pemadam sebab bagi aku setiap satu kesalahan tu akan menyempurnakan lukisan tu as sama gak cam manusia yang tak sempurna so lukisan juga tak perlu jadi sempurna tapi ada part aku memang perlukan pemadam dan waktu tu ar paling suck sebab sangat susah nak carik pemadam dalam bilik aku. Plus..
h) Plus yang terakhir, kalau korang tengok lukisan aku tanpa tandatangan that either ada 2 makna: 1st- aku masih belum lagi menamatkan lukisan tu or 2nd- aku tak berpuashati ngan lukisan tu. Hmmm
(sign aku untuk lukisan berbeza ngan sign aku untok urusan rasmi dan ramai kata sign ni jauh better than sign rasmi aku.)
Aku yakin bahawa semua orang mampu melukis dan setiap lukisan adalah cantik tak kira apa pun pandangan orang lain terhadapnya.
9 comments:
To finish a work? To finish a picture? What nonsense! To finish it means to be through with it, to kill it, to rid it of its soul, to give it its final blow the coup de grace for the painter as well as for the picture~picasso
mantap la lukisan atas ni
me, woooooooow. that statement sangat-sangat-sangat menakutkan. So apa ayat yang harus digunakan selain menamatkan sebuah lukisan? Hmmmm
Adam, tq3. Bakat anugerah tuhan.. huhuhu
Lukis gmbr aku..!
misssenget, leh. bagi gambar dulu. huhuhu
Sama mcm aku gak bro.. kalau bab lukis gambar yg aku boleh nampak memang ok punya.. kalau takda reference memang ko.. aku ingat nak buat bisnes sambil2an je lukis potret orang ni.. macamana aa, ko ada nasihat utk aku dak? macamana nak charge sesuatu lukisan, aku nak go online..
Am, tu ar. Imaginasi orang macam kita tak kuat sangat kot. Or keyakinan diri. Entah ar. Harga? Aku waktu belajar U dulu just ambik upah rm10 untuk satu kepala sebab aku tahu student x ada duit sangat. Then ada sorang pekerja tu mintak aku lukis dan upah aku rm60 satu kepala. Aku rasa the best price tu ialah ikut tahap profesional kita dan sejauh mana client hargai nilai karya kita kot
NAK TEMPAH BOLEH TAK?
EMAIL ME :raihana2248@gmail.com
NAK TEMPAH BOLEH TAK?
EMAIL ME :raihana2248@gmail.com
Post a Comment