Monday, January 9, 2012

Aku Mengajar Photoshop 04

Beberapa kawan ada tanya aku: kat mana or ngan siapa aku belajar Adobe Photoshop ni? Jawapan aku mudah jer: kat rumah dan aku belajar sendiri. Then mereka tanya lagi: cam mana aku leh hasilkan itu ini ngan fungsi Adobe Photoshop yang pelbagai dan rumit tu? Jawapan aku sekali lagi: aku cuba sendiri. It seems like kalau kita ada stuff rosak then kita akan cuba baiki sendiri dulu. Walaupun rupanya a bit cam 6 jahanam tapi as long ia berfungsi then cukuplah.

Sama gak ngan Adobe Photoshop ni, peduli what ever tool yang aku guna or orang kata itu tak boleh buat itu ini as kalau dalam kulinari ada berpuluh jenis pisau untok tujuan-tujuan tertentu but hei who care as long as hasilnya jadi siapa pedulik ar kan?

Dan sekali lagi aku nak bagitahu yang aku bukan profesional. Aku just ajar Photoshop untuk orang yang as Dummy as aku gak.. Huhuhu
.
.
 

Kali ni aku nak share cam mana aku buat design yang ada orang kata "Hei, Aj. Ko melukis cartoon kat Adobe Photoshop eh?" Naaa.. Aku tak tahu tahap tu. Aku just guna medium-medium yang ada untuk jadikan benda tu nampak cam cartoon jer.. Huhuhu..


Aku nak buat komik ala-ala Boboiboy TV3 tu ar. So guna rujukan kat gambar nombor 1 tu ar. Dan nombor 2 tu pulak ialah model utama aku iaitu babyboy aku: ADAM ZAQUAN (bukan anak aku daa) So as usual first step yang aku guna ialah aku guna Polygonal Lasso Tool kat box tepi tu untok crop dan delete latar belakang gambar 2 untuk menghasilkan gambar dibawah:





Kita tak perlu buat kemas sangat ar kecuali pada bahagian leher, telinga etc sebab bahagian lain akan ditutup oleh topi dan baju Boboiboy. Dan dalam bulatan besar tu pulak cam just line jer tapi aku sekali lagi guna Polygonal Lasso Tool untuk create effect yang sama. Aku buat pada telinga, mata dan mulut. Serta buat sekali untok topi Boboiboy yang seterusnya menghasilkan imej di bawah:




Then korang tanya "Then cam ne leh jadi effect ada tone tu pulak?" Jawapannya tetap guna Polyganol Lasso as sama korang remove background tadi jadi puteh. Cuma kali ni jadikannya satu warna. Contok untok topi guna warna oren biasa. Then guna Burn Tool untuk effect hitam dan Dodge Tool untok effect cerah. Just try slow-slow satu persatu. Dan hasil terakhirnya jadilah: Boboiboy versi Adam Zaquan.. Hohoho









Dan yang dua ni plak aku buat setahun yang lalu. Sewaktu Adam Zaquan ni baru beberapa bulan.











So.. selamat mencuba..

No comments: