Saturday, July 28, 2012

UKM Usanglah Sangat Kot

Pelakon Nazim Othman (duh, seriously kalau tengok nama jer aku x tau sapa) recently kuar statement kat twitter mengatakan rasa simpatinya pada bangunan UKM yang usang dan nampak cam rumah hantu then kemudian dia mendapat feedback yang kurang best ar. Then si Nazim ni pulak balas balik ar twitt tu ngan sindiran demi sindiran yang lastnya membawa kepada perang emosi yang rasionalnya x perlu kot.


Aku ingat lagi waktu kali pertama masuk UKM. Waktu tu aku rasa yang teksi yang bawak kami tu dah termasuk ke dalam terowong masa yang bawak kami balik ke era 70-an gitu. Mana taknya tengok kiri kanan cam berada dalam era mak bapak aku pakai seluar besar kat kaki ngan rambut yang hippies jer. Then kemudian as time goes by aku realize yang realitinya nak tak nak aku kena habiskan 3 tahun aku disitu untuk segulung ijazah yang sebenarnya x digulung pon. Hmmmm..

UKM known as antara universiti terawal sekaligus antara yang tertua di Malaysia seiring ngan UM gak ar. Plus menjadikan UKM ni menampakkan ciri-ciri penuaan yang lebih jelas bila bangunan yang dibina around 40 year past tu still dikekalkan reka bentuknya. Sehingga kalau korang jejak kaki dalam UKM as aku kata tadi korang leh feel UKM awal pembukaannya dulu ar ngan seni bina, hiasan, reka bentuk etc. Plus x terkecuali ia menimbulkan impak angker, seram, creepy ar or sememangnya ia angker, seram dan creepy sebab dah banyak sangat event berlaku kot. Hmmmm









Dan buat bebudak UKM pulak mereka a bit ashamed ar ngan keadaan bangunan yang cam x ikut perkembangan terkini. Tapi percayalah, kalau korang dah graduated nanti then korang akan terlebih sayang ngan UKM. Contoh cam bila ada orang yang pelakon tadi ar yang bagi komen yang sebenarnya biasa-biasa jer tapi once korang dah jadi UKMians then feel sayang tu pasti ada ar. Bak kata orang dulu-dulu: tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat gelak ketawa ar kan?


Plus masa aku belajar dulu gak ada beberapa orang kawan sama sekolah dulu gi UKM sama ada atas urusan pelajaran or peribadi then pasti akan kata yang: UKM ada feel universiti. Sebab apa? Kalau korang gi ar mana-mana universiti baru yang rekabentuk bangunan lebih moden then ia akan buat korang ada feel cam nothing big deal ar sebab sekolah rendah kat Malaysia sekarang pun punya rekabentuk yang sama or jauh lebih advance dari universiti moden sedia ada.

Or korang tengok ar universiti-universiti tua di dunia ni. Banyak mengekalkan ciri-ciri asalnya sebab ia seems cam imej universiti tu. Plus ia menjadikan universiti tu ada kelas tersendiri dan special.







Kemudian kalau korang bebudak UKM then aku pasti korang akan setuju kalu aku kata disebalik keusangan UKM tu ada beberapa port or part yang sangat special di UKM. Bagi aku antaranya cam area surau bawah PTSL dan kawasannya yang bersambung ngan PUSAN. Bagi aku kawasan tu totally cam terasing dari dunia luar, aman, misterius. Aku pun suka area tandas dan tempat ambik wudhuk dalam surau tu yang totally rekaannya cam tandas yang ditutup penggunaannya yang ada hantu pompuan dalam cerita Harry Potter tu. Hmmmm.










Bagi aku bebudak UKM tak perlu ar melatah dalam issue ni plus si pelakon pun kena pandai pilih ayat ar. Rasanya frasa 'simpati' tu memang totally x sesuai ar. Sapa yang suka diberi simpati hanya sebab luaran je ar kan? Hmmmm

Thursday, July 26, 2012

The Storyteller: Three Years After

Semalam pada tarikh yang sama tiga tahun lepas, seorang pengarah iklan, pengarah filem, penulis atau lebih tepat lagi gelaran terbaek untuk dia ialah a storyteller passed away. Sepanjang hidupnya dia cukup banyak bercerita tentang apa yang dia lihat, tentang apa yang dia dengar, tentang apa yang dia rasa terhadap dunia disekitarnya.


Ramai orang kata mereka x pernah kenal pun siapa arwah tapi there something about her yang buat kita rasa cukup kenal pada beliau. Mungkin pada cerita yang dia kongsi rasa seperti cukup dekat dengan hidup kita.


Seperti Mukhsin. Ia seolah-olah adalah cerita tentang aku. Tentang zaman kanak-kanak aku dulu. Tentang seseorang yang aku gelar as cinta pertama aku. Juga tentang masyarakat yang wujud di sekitar aku sepanjang tempoh tu. Serta berlatarkan warna suram dan lagu mendatar dari  Debussy. Dan ia bergerak perlahan sehingga sedar tak sedar aku dah meninggalkan persekitaran tu untuk lebih 10 tahun dan aku masih lagi berharap agar aku berjumpa cinta pertama aku tu. Sehingga last year aku baru dapat tahu yang dia dah kahwen dan ada anak seorang. Betapa aku wish dia gembira bersama suami dan anaknya dan aku juga berharap yang aku boleh gembira bersama seorang yang aku gelar as cinta.



Tapi semuanya cukup segar dalam ingatan aku. Pada setiap pagi aku menunggu dia keluar dari rumah then aku akan berlari seberang jalan dan kemudian berlagak yang ia ada secara kebetulan: setiap hari sepanjang setahun persekolahan dan dia masih juga percaya. Juga pada waktu rehat atau sebelum kelas petang bermula, kami akan duduk-duduk bersama di satu kawasan yang hanya ada kami berdua sahaja. Atau ketika kami berdua berlari lari di dalam majid ketika manusia lain sedang sibuk di luar. Semuanya tersemat kema dalam kotak memori aku.







Lalu ketika aku menonton Mukhsin, air mata jantan aku mengalir. Mungkin bak kata arwah, sesebuah cerita tak perlu ada mesej, cukup jika ia ada feeling. Yap, cerita beliau memang ada unsur tu: perasaan. Hmmm












...






Tiga tahun berlalu selepas pemergian arwah. Apa yang ditinggalkan bersama legasi cerita-ceritanya? Kita masih lagi melihat satu sama lain berdasarkan warna kulit, fahaman dan kepercayaan sebagai satu perbezaan.













Al Fatihah to Yasmin Ahmad

Wednesday, July 25, 2012

Belajar Cakap Sarawak 2

Hohoho. Sambungan edisi kedua belajar cakap Sarawak dah kembali lagi. Seriously aku x tau apa nak update so aku nak share once again dialek Melayu Sarawak yang rasanya best gak sebenarnya kalau korang ada kawan Sarawak then nak mengata kawan yang x paham sepatah haram apa korang umpatkan aka kira secret language among korang ar or korang nak melancong ke Sarawak then tak nak kena tipu dek local citizen or korang suka bab dialek-dialek yang pelbagai di Malaysia ni.


Kali ni aku nak share tentang haiwan-haiwan dalam sebutan dialek Melayu Sarawak. Secara keseluruhan tu, ada sebahagian yang rasanya x da beza pun cam cicak, monyet burung, ikan etc yang still dipanggil guna kata nama yang sama but still ada sebahagian yang totally lari tahap kita tak dapat nak teka sikit pun. Berikut ialah apa yang aku nak ajar korang but try teka first before baca penjelasan:


1) PUSAK
Kalau korang melancong ke Kuching then first thing yang akan terfikir dikepala hotak korang pasti akan kata: Pasti bandaraya ni dinamakan sempena haiwan kuching. Hmmmm.. Aku tak boleh nak setuju sepenuhnya sebab orang Sarawak tak menggelar haiwan mengiaw tu as kucing sebaliknya as pusak so pastinya Bandaraya Kuching akan menjadi Pusak ar kan? Hmmmm.


2) BOYAK
Kalau korang ada kawan Sarawak then may be korang le figure ar sebab selain bermakna haiwan ia guna ada konotasi yang lain yang diguna sehari-harian. Even dalam Bahasa Melayu and English pun guna konotasi yang sama gak. Contoh aku bagi ayat "Orang laki ya boyak koh...!!" Agak-agaknya apa maksud boyak tu yea? Please jangan kata yang boyak tu botak ar sebab boyak tu ialah buaya. Hmmmm.


3) KELONTET
Gosh, aku hanya tahu frasa ni masa aku pindah kampung aka rumah aku sekarang ni jer. First time dengar dulu even sampai sekarang pun aku masih lagi beranggapan yang ia berbunyi sangat lucu. Ia cam kalau kita tengok cerita P. Ramlee then bila ada part orang tu terkena something but ia lawak then ada ar bunyik latar yang cam toteet toteeet yang hampir cam kelontet ni.Btw makna or haiwan tu tak lah selucu mana pun sebab kelontet ialah pepatung/ dragonfly.


4) CEKELIR
Haaa ini lagi satu frasa yang aku dapat tahu masa pindah kampung. Waktu tu aku sekolah rendah then bila bebudak kelas cakap cekelir then aku fikir ia sesuatu yang lucah sebab ia berbunyi hampir cam satu organ yang hanya dimilikki oleh lelaki. Plus family aku ada nama lain yang digunakan untuk panggil serangga ni iaitu BUYAH. Then buat korang tension "Apa cekelir dan buyah ni...?" Wakaka. Cekelir ini ialah kelkatu. Hmmmm


5) AMPAK-AMPAK
Term ni pulak antara paling latest aku dengar iaitu masa sekolah menenggah dulu. Rasanya ramai orang muda yang tak tahu pun apa ke benda ar haiwan ni sebab ia cukup jarang didengar but still sebab aku dudok kampung aku pernah ar dengar gak ia keluar dari mulut generasi muda usia-usia aku ar. Even aku sendiri pun tak guna istilah ni. Just sekadar info untuk perbendaharaan kata aku cukup je ar. Ampak-Ampak ialah labah-labah.


6) BESUT
Disebabkan kampung aku dudok sekarang ni used to be berasaskan kampung nelayan dan haiwan ni pulak dulu sangat banyak dan sekarang dah hampir pupus sepenuhnya dan aku selalu gak share kata aku selalu tengok besut ni melompat atas air dari tingkap rumah arwah nenek aku dulu. Honey, besut tu bukan busut ya sebab busut tu statik dan tak mungkin akan melompat atas air. Besut tu ialah ikan lumba-lumba ar. Hmmmm..


















So itu jer untuk hari ni. Dan kalau korang nak pikat sorang girl dari Sarawak ni then kuar ar statement cam "Muka kitak kejawak kedak pusak jak.." or translationnya: muka awak comel cam kucing ataupun korang ada musuh then bagi ar codename cam "Miss Kelontet.." Hmmmm

Tuesday, July 24, 2012

Meh Melukis 2

Situasi: Korang berada dalam kelas / kuliah / mesyuarat / ceramah etc dan di tangan korang ada sebatang pen (or pencil) then apa yang berlaku seterusnya? Adakah:

a) Pen tu akan kekal di posisi yang sama sehingga event tu tamat.
b) Korang akan mencatat nota or maklumat yang perlu.
c) Hujung pen tu akan menjadi mangsa gigi korang yang gatal dan perlu menggigit.
d) Korang x perasan pon apa berlaku sepanjang event tu tapi sedar x sedar buku nota, buku teks, meja or dinding sebelah korang dah menjadi a piece of karya agong korang. Hmmmm..


Entah apsal ar kan rasanya contoh cam waktu sekolah-sekolah dulu kita leh tengok ar buku teks, meja or dinding pasti akan menjadi mangsa kekreatifan kita. Mungkin bukan korang secara keseluruhan tapi untuk mereka yang seangkatan or sealiran ngan aku. Ia berterusan masa kat kuliah, meeting, ceramah etc. Tak pasti sama ada benda yang dicakap oleh cikgu, pensyarah, boss or penceramah tu membosankan tahap entah apa-apa entah or disebabkan tangan kita (or aku jer) jenis gatal nak mampus, tak leh dudok diam then kena bergerak jer all the time sehingga menghasilkan lukisan demi lukisan yang bagi certain as sampah or vandelism. Hmmm..


...


Sejak dua menjak aku memiliki bahan berteknologi lebih pintar dari aku nih buat aku mencuba satu lagi kiranya medium menonteng-conteng yang environmentalist kata lebih mesra alam sebab x da penggunaan kertas but still lagi aku menconteng pada kertas adalah lebih best sebab kita leh rasa dan lihat permukaan kasar kertas or canvas tu.

So berikut ialah hasil contengan aku. Then kalau korang perhatikan ada contengan yang kasar dan ada gak yang halus. Yang kasar tu masa awal-awal nak mengadaptasi penggunaan skrin sesentuh dan stylus pen dan yang halus kira terkini ar. Hmmmmm











Sunday, July 22, 2012

Ramadhan Al Murtabak


Aku : Selamat menyambut Ramadhan al-Murtabak...!!!
Kau : Salah tu. Ramadhan al-Mubarak ar wei...
Aku : Suka hati aku ar nak kata al-Murtabak ke, al-Roti jala ke, al-Air batu campur ke..
Kau : Kau tau tak yang kau tengah menghina kesucian Ramadhan sekaligus menghina agama Islam ..?
Aku : Habis tu kalau umat Islam yang setiap kali datang Ramadhan hanya fokus fikir tentang makanan dan Bazaar Ramadhan berbanding nak meningkatkan amal ibadah tu menghina sapa pulak...?
Kau : .............















Selamat menjalankan amal ibadah di bulan Ramadhan. Hmmmm..

Sarawak MERDEKA


Selamat hari keMERDEKAan untuk warga SARAWAK. Sangat berbangga sebab lahir di sebuah negeri yang masyarakatnya tak pernah melihat kepelbagaian etnik dan suku bangsa sebagai satu perbezaan dan agama yang tak sama sebagai halangan untuk kita menjadi kawan dan hidup harmony walaupun semua kita tak suka KETUA MENTERI yang kita gelar as 'white baboon' but who cares as long as kita semua happy together. Hmmmm..







Then korang tanya "Aj, ko nyanyuk ker? Sapa sambut merdeka pada tarikh ni..?"








Yap honey, Tanah Melayu memang merdeka on 31 Ogos 1957 tapi Malaysia x pernah Merdeka selama 55 tahun sebab Malaysia hanya wujud selepas 16 September 1963 jer (It sama cam bila orang kata parti UMNO dah berusia 66 tahun sedangkan UMNO sekarang ni hanya wujud sekitar 24 tahun lepas jer). Dan kalau korang belajar subjek Sejarah waktu sekolah dulu then korang pasti akan ingat salah satu syarat yang Sarawak letakkan before setuju membentuk persekutuan Malaysia ialah untuk mendapatkan kemerdekaan terlebih dahulu so 22 Julai 1963 ialah hari keMERDEKAan bagi SARAWAK. Hmmmm..

Saturday, July 21, 2012

Dark Night Rises Review

Bila diannouncekan yang Dark Night akan wujud sequelnya so aku sangat-sangat suka. First sebab ia Batman dan kedua sebab ia diarahkan oleh Christopher Nolan aka pengarah paling bijak setakat ni ar bagi aku. Cuma bila leak kuar tentang costume Catwomen then aku a bit sedih. First sebab costume tu tak sehot Catwomen versi Michelle Pfeiffer dulu dan second sebab Anne Hathaway bawak watak tu. Anne Hathaway memang pelakon yang hebat cuma posture body dia agak kurang seksi. Kiranya dia cam Andrew Garfield versi perempuan: a geek that wear spandex suit. Hmmmm..


Last 3 day aku menonton Dark Night Rises. Disebabkan pawagam aku pergi tu suck so ia men-delayed-kan  waktu aku review film ni but still Dark Night Rises ialah movie of the year. Tak sia-sia penantian 4 tahun aku  menunggu dan walaupun dikhabarkan yang ia akan jadi trilogy Batman terakhir yang bakal diarahkan oleh Nolan but still aku leh terima dengan redha (bah kata Lisa Surihani) disebabkan kehebatan filem tu memang tahap menggiurkan sehingga kalau aku diberi pilihan antara Dark Night Rises or Porn then aku akan pilih filem ni. It seem like dia mengakhiri filem tu dengan penuh gaya ar. But still la kalau dia nak sambung balik then aku lebih happy ar. Wakaka


What make Batman as a great superhero ialah Batman tak digigit oleh lelabah yang dimutasi secara tak sengaja  sehingga buat dia leh panjat dinding etc or dia juga bukan makhluk asing yang planetnya hancur then kemudian landed kat ladang gandum kat sebuah kampung bernama Smallville. Batman sekadar seorang anak yatim piatu yang parentsnya dibunuh oleh penyanggak bandar Gotham sekaligus menjadikan dia mewarisi harta kekayaan yang super terlampau. Dan menjadikan dia lebih extra special sebab dia ada English Butler bernama Alfred. Wakaka sekali lagi.

Every boys adore Batman disebabkan dia just an ordinary man without any super mutant power. Dia just guna great gadget dan batmobile yang awesome. Even as Bruce Wayne dia dikenali sebagai anak hartawan yang spoiled disebabkan kekayaan harta parents yang melimpah ruah dan dihabiskan ngan berpoya-poya kat luar walaupun as a Batman dia seorang yang loner gak. Even kalu ikut versi komiknya Batman mengakhiri dirinya alone, somewhere no one know. Hmmmm..

Back to the movie, filem ni ada beberapa watak besar. First of coz laa Catwomen. Catwomen known as pencuri yang baik malah dia jadi hero dalam komik sendiri. But dia suka curi and own jewelry yang dia curik ar. Dan as aku kata earlier Catwomen versi Michelle Pfeiffer cukup hot hot and sexy ngan costume latex beliau tu, versi Helle Berry pulak paling lame plus ridiculous dan bila Anne Hathaway bawak the new Catwomen then aku a bit curious ar sebab Catwomen ialah watak yang sepatutnya hot dan seksi dan body Anne pulak agak biasa-biasa, kurus dan membongkok. Tapi once korang dah layan movie ni then semua persepsi tu akan bertukar sebab Anne in this film sangat berkarektor, bijak, hot, dark dan beremosi. Even tak salah aku katakan ia mampu mengalahkan Michelle Pfeiffer itself. Then kita dapat lihat bahawa watak tu berkembang bila dia ada feel ngan Batman. Malah kalau ikut satu versi komik gak bagitahu yang diaorang both nanti ada sorang daughter: Helena Wayne yang kediannya pon jadi superhero gak: Huntress. That ridiculous kan...?

Next: Bane. Sapa tu? Jujor aku katakan yang aku x tahu sapa pun penjahat ni. Sebab dia bukanlah sefamous cam Joker, Penguin, Two face, Scarecrow, Poison Ivy, Harley Quinn etc. But once aku tahu yang Bane akan jadi villain dalam film ni so aku buat research ar. Ooo cam tu rupanya dalam cartoon but still ia bukan penjahat yang terkenal dalam series Batman. Even dalam movie pun kejahatannya tahap physical jer. Aku kata physical sahaja sebab kalau dibandingkan Joker in previous film effectnya memang physical and psychological effect gak ar. Even ketakutan yang melanda Gotham City pun leh kita sendiri rasa effectnya ar. Plus bagi aku Tom Hardy tak nampak kejam serta jahatnya pun x nampak gak. Hmmmm.

Then Robin. Korang tanya: Ada Robin ke dalam film ni then apsal aku x nampak pon..? Sebenarnya ada. Watak Blake lakonan Joseph Gordon-Levitt. Dia ialah salah seorang Robin as dalam komik. Salah seorang? Yap, kalu x silap aku ada 3 Robin. Sorang mati, sorang join Teen Titan dan sorang Blake aka robin yang rasa dirinya dah  terlalu besar untuk pakai costume cam gay tu dan dah tak nak jadi side kick lagi then dia  jadi superhero it own. Then kalu korang tengok the end of this movie then nampak sikit ar permulaan untuk watak dia. Cant imagine kalau ada next movie include Batman, Robin, Catwomen or include Barbara Gordon as Batgirl. Mesti gempak. ar Hmmm…










Sinopsis cerita ni:
8 tahun setelah Dark  Night tamat, Batman diberi tuduhan as pembunuh Harvey Dent aka Two Face dan dalam masa yang sama Bruce Wayne kemurungan disebabkan girl yang dia suka terbunuh sekali dalam previous film. So sepanjang tu Gotham City jadi sangat aman dan Batman x buat apa-apa kemunculan.  Sehinggalah Bane muncul. Yap, itulah jalan ceritanya. Simple jer untuk 2 jam 45 minit tapi percayalah yang cerita ni sangat worth untuk ditonton dan kepuasannya tahap maksima ar. May be x semaksima Inception yang bagi effect terbesar but Dark Night Rises still the best movie in this year laaa.

Kalau refer Inception (lupa: pelakon almost all pelakon dalam Inception berlakon dalam filem ni) or Dark Night then kita pasti tahu yang Christopher Nolan terkenal as pengarah yang cukup bijak dalam menghasilkan sebuah filem sehingga mampu menipu penonton so kali ni dalam Dark Night Rises aku sedaya upaya untuk tak tertipu sekali lagi. But unfortunately, sifat waspada aku x bawak apa-apa kesan ar sebab filem Nolan kali ni x ada unsur-unsur penipuan. Mungkin sebab Nolan dah syak bahawa penonton akan try nak detect awal penipuan tu or penipuan yang cuba dibawa x menjadi.

Contoh cam satu watak ni yang aku x nak spoilkan kepada sesiapa yang lom layan lagi yang kita dari awal watak ni muncul leh buat kita syak there something fishy about her dan terbukti at the end. Or waktu Bruce Wayne nak daki terowong kat penjara tu. Kita awal-awal lagi dah leh syak yang alaa standard hero, percubaan pertama x kan berjaya then ia terbukti benar. Cuma satu bab ni aku yakin akan menipu semua penonton ar. Aku x kan dedahkan kecuali bagi hint ar: watak budak kecik kat dalam penjara tu.













So kesimpulannya ini adalah cerita terbaik tahun ni dan aku akan tonton lagi next week. So ada sesapa yang nak sponser aku x? Hmmmm..

Thursday, July 19, 2012

Worst Cinema Experience

Perhatian: Kalau korang jenis yang gi wayang semata-mata nak tengok movie tu jer dan kemudian balik rumah dan tidur then post ni bukan untuk korang. Sebab post kali ni aku nak tujukan khas untuk mereka yang gi cinema untuk mendapatkan perkhidmatan terbaek yang boleh diberikan oleh pengurusan cinema tu kepada customer sahaja. Hmmmm..


Apakah ciri-ciri yang menjadikan korang gi satu cinema ni? Adakah:

a) Kerana pilihan filem yang disediakan
b) Kerana pop corn yang sedap
c) Kerana hall yang selesa
d) Kerana audio system yang hebat
f) Kerana pekerja yang mesra

Jujor aku katakan yang before aku kerja GSC aku juga ialah salah seorang yang datang gi cinema sekadar nak tengok movie then habis terus lepak makan sambil buat review dan komen ngan kekawan tentang best or x best filem tu.  

Tapi setelah aku kerja wayang then aku lebih banyak bagi komen tentang once aku jejak kaki ke dalam cinema tu, beli tiket, gi concession, rasa pop corn, koyak tiket, masuk hall, tengok skrin, pencahayaan, sistem bunyi, toilet sehingga ar aku melangkah keluar dari cinema tu. Sebab cinema tu bukan sekadar nak tengok movie jer. Service tu kena betul.

Contoh cam 2 minggu lepas masa nak tengok Spiderman, punya ar geng-geng remaja depan seat aku bawak makanan dari luar ngan serabut, bising, sampah etc sedangkan jelas-jelas house rule kata x leh bawak makanan luar (but still aku pun selalu bawak makanan luar gak sebab harganya jauh lebih murah but still aku berhemah).

Hari ni pulak nak tengok Dark Night Rises bukan maen semangat lagi aku, beli tayangan terawal lagi. Dan pilih seat terbaik: tengah-tengah center dah. But unfortunatelly hall tu suck pulak. Punya ar vertical. Sakit wei tengkuk aku mendongak tengok cerita tu. Itu masih tengah then cant imagine yang duduk depan. Lagi hazab.  Kira tengok gambar bawah ar contohnya:

 
Kemudian tak sampai half the movie masa Bruce Wayne nak cium Catwomen then suddenly filem tu either terkoyak or terbakar menjadikan cerita tu hilang. Almost 15 minit gak tak ada sesapa dari pihak management datang mintak maaf or nak jelaskan apa sebenarnya berlaku. Kemudian cerita start balik dari keadaan yang bukan sambungan tadi. So x ada sesiapa yang tahu apa berlaku dalam tempoh 15 minit tu. Kemudian x sampai setengah jam masa Alfred nak resign tetiba berlaku insiden yang sama sekali lagi. So ada yang x sabar terus keluar.

Jujor cakap cerita ni ialah filem yang aku nanti-nantikan sepanjang 2012 tapi walau sebest mana pun cerita tapi disebabkan betapa sucknya cinema ni buat perasaan aku hancur ar.

















Then teringat kat Sabah ada satu cinema ni yang dalamnya leh guna kerusi lipat kat kedai kopitiam lama. Hmmmmm..


















Jujor aku katakan yang GSC still the best cinema punya services ar. Then korang tanya: Kalau best then apsal ko berhenti? So aku jawab: Kerja wayang tak sebest tengok wayang. Noktah. Hmmmmm

Mata Aku Lihat Sesuatu

Recently ada sekor anjing liar melahirkan babies area kejiranan kami. So setiap petang aka heboh bunyi si anak-anak anjing dan ibunya melolong bersama suara gelak ketawa anak-anak jiran mengejar dan membaling kumpulan anjing tu ngan batu dan kayu. Entah apsal dalam bulan-bulan kebelakangan ni banyak betul anjing liar yang berkeliaran kat kampung ni. Setiap malam aku keluar dan setiap pagi aku balik semula ke rumah, anjing-anjing dan anjing di mana-mana. Tapi pagi ni tadi berbeza.


Entah apsal pagi tadi berbeza. Aku x nampak sekor ajing pun yang bersantai kat simpang jalan besar or sepanjang jalan seperti pagi-pagi biasa. Aku x ambik port pun even aku rasa lega sebab aku takut-takut gak kalau ada-ada anjing yang gila dalam big group tu yang suddenly menyerang aku. Sehingga selekoh nak masuk ke rumah suddenly aku tengok ada bayang-bayang sekor anjing.

Jarak kami just kurang 3 meter. Based on lampu jalan yang warna oren tu aku boleh anggarkan yang ia sekor anjing dewasa. Sekor jer dan bila berdekatan pintu pagar rumah ia menghilang. Aku anggarkan ia dari jalan besar menggunakan corridor jalan kaki ke rumah jiran sebelah. Before aku matikan enjin aku pastikan yang ia tak ada disebalik pokok-pokok bunga besar dan rendang yang ditanam emak kat situ. Mati aku kalau anjing tu rerupanya just bersembunyi jer kat situ. 

Bila aku dah yakin ia tak ada so aku matikan enjin. Aku search kunci pagar rumah yang melekat sekali ngan kunci motosikal. Rumah cukup gelap. Tapi sebab aku dah terbiasa so aku just main raba-raba jer dan cari satu bentuk kunci yang ganjil sehingga suddenly mata aku melihat ke dinding rumah dalam kepekatan pagi tu. Cahaya lampu dari rumah depan jiran membiaskan satu bentuk bayang-bayang:


Anjing tadi ada dalam kawasan dalam rumah..!!


Aku tergamam seketika. Otak aku cuba berfikir sewaras yang mungkin. Cam mana ia leh masuk dalam? Sedangkan pagar rumah aku yang vertikal tu terlalu kecil untuk saiz anjing tu. Cam mana ia leh masuk...? Serentak bulu-bulu sekitar leher dan tengkuk aku goosebumps. Dalam ingatan aku terfikir dua perkara: satunya sewaktu masa zaman belajar dulu ada jiran bilik aku bernama Ali yang before masuk bilik satu awal pagi around 4 am tu terlihat bayang aku kat luar bilik, melihat dia. Waktu tu dia heran apsal aku just pegun dan tampak cukup gelap. Sekali lagi dia menoleh, bayang tu hilang..










Aku yakin apa yang aku lihat tadi tu anjing. Dan pagar rumah aku terlalu kecil untuk anjing sebesar tu masuk.  Hmmmm..














Then korang tanya apa benda kedua yang aku fikir tadi? Aku terfikir word yang keluar dari mulut chef Michael masa chef Zubir dan chef Jo tanya resepi ayam yang sedap tu. Aku tak tahu kenapa benda tu leh keluar dari otak aku waktu secemas tu. Hmmm..

Sunday, July 15, 2012

Drama Korea & Dadah

Drama Korea terakhir yang aku layan ialah Fashion King dan Rooftop Prince. Once tamat jer drama tu aku tanam niat dalam hati yang aku x akan layan mana-mana drama Korea lagi lepas tu. Sebab bagi aku once kita tertengok drama Korea ni then kita akan terus nak tengok dan tengok sehingga sedar tak sedar banyak masa dah dihabiskan untuk layan drama Korea ni jer. It cam kuaci or dadah. Both mengkhayalkan.


Apakah agaknya pandangan korang apsal drama Korea ni sangat addictive? Adakah:

a) Adakah disebabkan oleh kejayaan plastic surgery yang dilakukan oleh doktor kat Korea terhadap para pelakon sehingga menjadikan yang girl terlampau comel dan guys pulak terlampau girlish? Sebab we all know Korean ni hidung kemek, mata sepet etc tapi once dah operate suddenly jadi manusia berwajah sempurna pulak. Literally faktor ni pun leh diterima pakai gak sebab tengok cam Fasha Sanda yang ada rupa tapi lakonan hampeh but still leh menang berapa tahun berturut-turut dan anugerah pelakon drama wanita popular kan? Hmmmm..

b) Adakah disebabkan latar belakang or scenery tempat kat Korea yang sangat cantik, menarik dan memang daboom sehingga menarik perhatian penonton untuk terus melekat sambil menghayati cerita tu? Sebab kalau kita bandingkan ngan drama local kita ni sikit-sikit asyik gambar kat area segitiga Mc D-Lot 10-Bukit Bintang tu jer all the time. Kalau tak depan pon KLCC or Putrajaya. Duh, tak de tempat lain lagi yang menarik kat Malaysia ni ker?

c) Adakah jalan cerita drama Korea yang berbeza menjadikan cerita Koea addictive sangat. Contoh cam jalan cerita putera dari kerajaan lama Korea ttiba leh pergi ke masa depan or sorang girl ni terpaksa menyamar jadi lelaki untuk bekerja kat kedai kopi yang semua pekerja ialah lelaki etc. Sebab kalau nak dibandingkan ngan cerita local kita asyik-asyik korporat, pakai kot tengah panas, bapak kaya ada skandal ngan perempuan murahan bla bla bla.

d) Pelakon lelaki asyik bukak baju sambil menontonkan six pack diaorang.

e) Soundtrack yang sepatah haram tak faham tapi still bunyik cam best.

f) Atau apa ek...?






















Bagi aku kesemua faktor tu (exclude faktor keempat) saling membantu bagi menjayakan sesebuah drama Korea tapi faktor utama mesti ar jalan cerita. Pasal walau betapa anggun or kacak pelakon, scenery magnificently or soundtrack setiap kali keluar air mata tapi jalan cerita hampeh pun x best gak nak layan kan?












Tadi aku secara tak sengaja telah tertonton satu lagi episode drama Korea. Ia cerita lama gak ar. End of last year. Malah hero-Heroinnya pulak bukan jenis muka K-Pop. Even ada sorang tu aku rasa member K-Pop band tapi dalam drama ni dia totally berbeza ar: kuros, tak teratur dan lakonannya better. Tapi once again jalan cerita  sangat menarik dan cinematography pulak sangat cantik. Plus tak lupa satu faktor yang menjadikan tangan aku terclick pada drama ni ialah disebabkan oleh tajuk dia yang special: Padam-Padam. Hmmmmm.. 

Saturday, July 14, 2012

Belajar Cakap Sarawak

Entah apsal masa drive balik rumah tadi teringat pada Isyraf, roomate masa universiti dulu yang selalu gak mintak aku ajar Dialek Melayu Sarawak terutama kalau Ijam or Salang datang lepak bilik aku then start cakap Sarawak. Walaupun most word dalam Dialek Melayu Sarawak ni x jauh pun lari tapi tak semua yang bunyiknya sama juga membawa makna yang sama. Termnya: homofon. Yap, it got nothing persamaan ngan manusia homo. Hmmmm.. 


1.LAWA
Walaupun rasanya mostly ramai orang Semenanjung yang dah tahu maknanya but still aku nak explain bagi mereka yang tak tahu. Just imagine satu hari korang tengah penuh gaya diva berjalan kat bawah panas terik then korang dengar 2 orang Sarawakian ni bercakap sesuatu yang sepatah haram ko x faham. Yang korang dapat tangkap cuma LAWA. So korang pon ngan penuh kembang hidung merasakan diri sedang menerima puji-pujian tu. 

Sedangkan bila orang Sarawak kata LAWA  then it mean berlagak, sombong, kekwat etc. Then ingat balik pernah tak a Sarawakian bagi statement cam tu kat korang?



2. SEMPERNA
Klu pertama ia ialah kata adjektif atau sifat. Then first thing yang mungkin korang fikir ialah ia mungkin hampir sama makna ngan sempurna (ataupun cam word 'majlis itu diadakan bersempena dengan bla bla bla') buat once again korang sangat bangga tahap riak bila ada orang puji korang mempunyai ciri-ciri manusia sempurna tapi korang salah sekali lagi.

SEMPERNA bermaksud perbuatan atau sifat yang sangat tak elok or keji or rendah akhlak. Contoh: korang mengintai jiran korang yang berusia 53 tahun mandi then korang sangat SEMPERNA. Hmmm..



3. SEDANG
Kalau korang mati-mati nak mempertahankan makna SEDANG tu as present tense cam 'dia sedang makan dengan penuh lahap sambil mengaru-garu perlahan ubun-ubunnya' then aku kata ia totally salah. Then bila korang terdengar Sarawakian kuar statement "Nya nang SEDANG.." then korang pon persoalkan "Mak cik, ayat mak cik tak gramatis ar. Ia tergantung. Dia sedang apa...?"

SEDANG merujuk perbuatan yang tak lah best sangat tapi tak lah seteruk SEMPERNA. Malah ia biasanya orang leh gelak ketawa lagi. Contoh cam bila korang mintak tolong anak korang mengelap tingkap rumah then dia hanya mengelap satu tingkap sahaja dengan alasan arahan korang x lengkap. So korang membebel sambing mengatakan perbuatan itu memang SEDANG. Duh pelik pulak contoh aku ni kan?



4. KENJAR
Kalau korang ialah seorang lelaki then ada Sarawakian girls kata korang KENJAR sambil tersenyum manis then percayalah bahawa ia bukan satu pujian ataupun dia nak main kejar-kejar kat Taman Tasik Titiwangsa sambil ada background sountrack lagu hindustan. Atau terdetik di sanubari korang kata ia ada persamaan ngan istilah kelenjar etc.

KENJAR ialah istilah khas khusus untuk kaum lelaki yang mempunyai ciri-ciri khas seperti tak sedar diri either dah tua, muka x kacak, perangai buruk, kerja x ada tapi ada hati nak kacau anak dara orang atau istilah mudahnya gatal, miang etc. Untuk girl yang perangai yang sama pulak digelar as KENJET. Hmmmm














Selebihnya, nanti ar. Hmmmm

Friday, July 13, 2012

Menabung Dari Tadika

Semua orang tak percaya bila Rosmah Mansor kata dia menabung dari tadika untuk memerolehi cincin permata 24 juta. Sebab kalau ikut idea matematiknya mungkin logik but still tak masuk akal ngan pertanyaan cam berapa perlu simpan satu hari or berapa pendapatan sebulan dan serapa pula untuk perbelanjaan. Tapi tapi aku tertengok satu naskah dari news paper. Baca kat bawah ni:


Atok ni simpan 30 sebulan untuk buat simpanan gi Haji. Jom kita buat kiraan:

2012 - 1950 = 62 tahun simpanan
30sen x 12 bulan = RM3.60 setahun
Rm3.60 x 62 tahun = RM223.20

So kalau dia tawaduk ngan simpanan 30 sen setahun untuk tempoh 62 tahun dia hanya leh kumpul RM223.30. Rasanya tambang tiket pon tak lepas ar kan? Tapi kena baca gak ar berita tu sampai habis. Isteri atok ni pulak simpanan dia sebulan sekitar RM400-RM500. So baru logik akal cuma tak kan ar suami dia cuma tabung 30sen jer setahun wei? Hmmmm













So kalau rumus yang sama kita guna untuk simpanan Rosmah Mansor cam mana pulak ar? 













Plus rasanya x berbaloi kot simpan dari tadika semata-mata nak beli cincin. Hmmmm.

Thursday, July 12, 2012

Homemade Food

Apakah kekerapan korang makan kat luar berbanding korang makan kat rumah sendiri? Kalau korang ialah anak perantau then korang selalu masak sendiri kat rumah then aku tabik spring tapi definisi masak tu tak termasuk masak mi segera or masak air untuk 3 in 1 yaa. Tapi kalau korang kat rumah parents but still selalu makan luar then it either mean masakan emak korang ISOnya agak rendah or duit korang terlampau banyak untuk disemaikan ke restoran-restoran kat luar. Hmmm..


Aku suka membebel kalau setiap kali parents and Angah (sis aku) masak sedap-sedap. Sebab ia akan membuatkan aku menambah nasi or lauk tu berulang-ulang kali. Then akibatnya badan aku akan naik dan baby dalam kandungan aku aka perut aku semakin memvivek oberoi aka boroi.Then emak aku selalu bidas balik kata "Kalau nak seribu daya, kalau tak seribu dalih. Leh jer x tambah atau tak makan. Ini tak, sekali makan, tambahnya berkali-kali".

Nak buat cam ne ar kan kalu family memang pandai masak. Bapak aku masak bermusim tapi sekali dia masak memang taraf chief ar. Emak aku memang ar masak hari-hari tapi itu pun ikut mood dia gak. Kalau dia turn mood dia nak menjaga kesihatan (or malas masak kot) then dia akan rebus dan kukus jer semua makanan tapi kalu mood lain pulak then masak lemak, goreng, tumis etc ar tapi yang penting x ada perasa tiruan ar. Angah aku pulak walaupun dia jarang-jarang masak tapi dia suka buat ujikali setiap kali dia masak. Sekali dia masak then resepi dia akan jadi sangat rare and exotik ar cam Mi Bandung Muar, Soto Ayam, Laksa Sarawak, Nasi Ayam, Nasi Beriani etc. Benda yang kita mostly x kan makan kat rumah ar pendek kata.

Along and Uda (bro aku) pulak tak jumpa lagi ar bakat tersembunyi mereka dalam masakan. Even waktu aku sekolah dulu, kalau mereka ada rumah dan lapar so aku ar as adik bongsu akan jadi sasaran masak nasik goreng, mi goreng untuk mereka. Diaorang siap bodek kata aku pandai masak sedangkan diaorang malas.

Jujor kata aku sangat suka masak. Walaupun aku x masak lauk pauk kat rumah tapi aku suka masak benda yang mostly the end aku sorang jer yang makan cam loaf, muffins, biskut, cake coklat, brownies, ais krim potong dan terkini sebentar tadi aku baru jer menghasilkan sushi kedua dan ketiga aku. Please jangan tanya aku apa bahan-bahan or cam mana nak buat? Duh, aku rujuk internet ar. Semuanya ada kat situ.











Most in every events aku seorang yang cukup pemilih. Kalau korang pernah gi makan kat restoran ngan aku then korang pasti akan dengar bebelan aku once makanan tu masuk dalam mulot aku. Ada jer benda yang kurang cam kurang garam, sejuk, sikit sangat, hiasan tak cantik, kebersihan x jaga or even service suck pun akan aku ungkitkan. Aku bukan perfectionist tapi aku nak makanan yang memenuhi kepuasan aku. So one way to do it ialah ngan cipta makanan tu sendiri.

Plus ia cukup ekonomik dan baik untuk kesihatan kita sendiri. Makan luar hari-hari, kosnya dah berapa tu belum masuk lemak, kebersihan yang tak terjaga. 








Tapi kepuasan sebenar masak ialah bila muka orang yang makan tu rasa happy dan mereka suka pada makanan kita. Plus make sure pujian tu ikhlas ar. Hmmm..

Ooh Mat Salleh Celop

Last week masa nak layan The Amazing Spiderman kat wayang, mood aku agak kurang stabil sikit. Semuanya gara-gara disebabkan oleh a group of bebudak baru masuk akil baligh (bebudak kolej sebenarnya) yang sesukahati buat panggung wayang nih cam mak bapak diaorang jer yang punya. Ngan bisingya, bawak makanan luarnya, perangai teruk etc. Biasa ar: rasa berani sebab dalam kumpulan. Kalau sesorang kat situ then jadi bodoh ar pulak kan..? Hmmmm..


There are 6 of them. All Chinese.Tapi yang tak leh blah semua speaking sesama sendiri. Then korang tanya: What the problem nya? Jawapan aku: they are not speaking in their mother tongue punya language. It seem teringat masa aku mengajar kat sekolah swasta satu masa dulu tu. Boleh katakan semua bebudak Cina kat situ tak tahu bahasa Ibunda diaorang. Semua ngan speaking London diaorang jer. Budak Melayu jangan cakap ar.

Then korang tanya lagi: Are you against Bahasa Inggeris dan dalam golongan yang beranggapan ia akan merosakkan minda orang Asia, Aj? So aku jawab: Nooo. Kita memasing ada bahasa Ibunda kita sendiri. Kalau kita nak menganggkat tinggi budaya bahasa orang lain then siapa yang akan mengekal dan menganggkat budaya bahasa kita sendiri? Mat salleh dari barat datang nak tengok budaya kita then tup tup bila datang tengok laa, budaya kita sama jer ngan diaorang. So what make us special and different then?

Korang pasti pernah jumpa jiran or sedara yang kalau ada family events bawak anak-anak diaorang balik kampung then opah diaorang dah x dapat nak berkomunikasi ngan cucu-cucu diorang sebab cucu dah sepatah haram tak tahu cakap bahasa Melayu. Semuanya sebab parents mereka ada idealogi kata Bahasa Inggeris ialah bahasa ilmu, bahasa perdagangan, bahasa maju. So imagine kalau semua parents kat Malaysia dah diterap ngan idealogi yang sama then what happens in the future then?













Korang tahu tak fakta since dari negara kita mencapai kemerdekaan sehingga sekarang, dah ada beratus bahasa dan subbahasa (dialek) yang terhapus di Malaysia nih. Semuanya bermula apabila government awal-awal kemerdekaan dulu menerapkan bahawa hanya Bahasa Melayu akan menjadikan Malaysia negara maju or in other wordsnya Bahasa Melayu dulu cam Bahasa Inggeris sekarang. Kalau korang still nak ngomong Jawa then korang hanya akan kekal ditampuk yang sama jer. Years pass by then sekarang ni orang Jawa haram tak tahu ngomong Jawa. Then sama gak ngan peranan Bahasa Inggeris sekarang yang dicanang-canang as bahasa ilmu untuk terus maju.












Then korang tanya lagi: Nak buat cam mana, Aj. Memang fakta apa? Kita perlu belajar Bahasa Inggeris untuk bersaing dalam dunia tanpa batasan sekarang ni. Satu dunia faham Bahasa Inggeris. Kalau kau gi luar negara kau cakap Bahasa Melayu tak ada sesapa yang akan faham ar. Or ko gi jer library universiti then semua buku ilmiah dalam bahasa omputeh. Nak wat cam ner?

So aku jawab sekali lagi: Korang tahu tak yang bahasa paling besar penggunaan di dunia ni ialah Bahasa Mandarin dan ekonomi China totally besar dan diramalkan bakal mengalahkan pasaran ekonomi barat. Even banyak jutawan besar dunia sekarang ialah dari China? Then kenapa ko tak belajar bahasa Cina jer untuk bersaing dalam dunia tanpa batasan korang tu? Or cuba ko gi Korea Selatan aka negara K-Pop korang tu, Jepun, Rusia, Italy, Spain, Portugal or negara latin then cakap ar English tu then sepatah haram mereka x paham. So mana idealogi satu dunia faham Bahasa Inggeris tu? Dan kenapa negara cam Jepun yang maju tu most semua buku ilmiah mereka dalam Bahasa Jepun? Lu fikirlah sendiri.














Im not against bahasa Inggeris. Sebaliknya bagi aku berbahasalah dalam bahasa korang. That it.












Soalan terakhir dari korang: Aj, apsal blog kau bahasa tongang langgang BM-BI bercampur? Itu kan ke merosak bahasa? Ko bukan budak linguistik ke?



Jawapan aku: .....

Tuesday, July 10, 2012

Panduan Menjadi Lelaki HOT

Ramai orag kata lelaki yang pandai memasak ialah lelaki yang HOT. Aku tak setuju 100% atas 2 sebab. First: cuba korang gi mamak then tengok mapley yang masak kat dapur situ. Adakah dia HOT? Aku rasa kalau korang tengok peluh yang mengalir deras pada dahi dia pun dah leh buat korang hilang selera makan selama seminggu then adakah itu HOT? Second: korang ada tengok Hot Guy Who Cook kat channel 702 ASTRO? I dont get it. Mereka tak HOT dan mereka x pandai masak. Sepatutnya tajuk program tu ialah Perasan Good Looking Guy That Pretend To Be Good At Kitchen. Hmmmm..


Last weekend aku menjadi tempoh quality time with aunts and cousins aku. Disebabkan aunts and cousins perempuan aku sibuk ngan shopping time mereka so most all the time aku bersama ngan cousins lelaki termuda aku yang usianya 6 tahun yang technically sama usia ngan nephew aku sendiri. So kami gi mana-mana bersama: naik Putra-Star LRT, Monorail, shopping complex sana sini sesama.

Memula aku x ambik endah sangat tapi lama kelamaan disebabkan ia berulang banyak kali then aku tahu what happens. Rerupanya ramai yang sangka cousin aku tu ialah anak aku. Memula ramai girl yang muda-muda tertarik ngan cousin aku yang cute tu kedian tengok aku dan senyum malu-malu then bagi seat untok dudok. Sehingga ar ada sorang mak cik ni suroh cousin aku dudok tapi cousin aku ni pemalu so reject ar request mak cik tu so mak cik tu kuar statement "Anak kamu ni pemalu eh?".



Rerupanya mereka fikir aku ni seorang ayah muda (or single dad sebab diaorag x nampak 'bini' aku) yang still leh bergaya walau ada anak dan bawak anak gi shopping.




Sebab bila fikir-fikir balik korang (yang lelaki ar) mesti pernah tengok kat mana-mana sorang wanita yang bawak budak kecik then dalam hati korang: duh, dah ada anak tapi body masih HOT , muka cantik lagi. Tapi paling fail bila tengok laki dia kat sebelah hancus tak sepadan ngan dia. Buat korang rasa, korang lebih layak pulak ngan HOT mama tu.

Or korang tengok ar Nora Danish. Bandingkan zaman dia dalam sitkom PUTERI ngan masa dia jadi janda ngan anak satu. Mana lagi HOT?








No wonder ar orang kata perempuan lebih refer lelaki yang dah kahwen or dah ada anak sebab tanggungjawab tu akan menampakkan betapa HOT si lelaki.













Plus lelaki ni makin berusia dia then makin naik ar saham diaorang kan? Hmmmm..









So buat lelaki solo tu, gi pinjam anak kakak korang or cousin kecik-kecik then gi mana-mana then biar orang kata korang  tu HOT daddy pulak.. Wakaka

Kerja Gomen

Kalau korang berada dalam persekitaran tipikal Malaysians then pasti family korang (terutama emak and aunts) akan selalu kuar statements aka membebel ngan words cam "Bertuahnya si Hussein Senget tuh. Anak dia baru habis SPM jer terus dapat kerja Gomen. Cerah masa depan dia. Mesti sejuk perut bini dia masa mengandungkan anak dia tu dulu kan? Bla bla bla..." Btw kalau korang bukan tipikal Malaysians then korang pasti hairan: WTF gomen tu? It singkatan bagi Government. Alaaa.., kerja kerajaan.


Then selagi korang kerja company (other word bagi kerja swasta) then selagi tu ar parents korang akan berterusan bimbang kat kau. Sebab bagi mereka, kerja company ni tak stabil aka kalu company korang tak berjaya then akan bankrupt, kedian bila-bila masa leh diberhentikan, tak ada pencen, masa depan tak cerah etc. So mereka akan sedaya upaya ar nak cerik sesapa yang ada link ngan orang dalam untuk masukkan korang ke government sector nih. Hmmm..



Aku kuarkan statement tu sebab itulah senario parents aku dan aku yakin other typical parents yang lain gak pun pernah kuarkan statement yang sama.



Sedangkan aku pulak sedaya upaya tak nak kerja government nih. Sebab apa? Bagi aku kerja government ni bagi aku ialah untuk orang yang tak nak berkerja saja. Mungkin bagi korang jawapan tu agak narrow minded, sempit, kolot etc tapi suka hati aku ar kan sebab itu jawapan aku. Aku pernah ada 3 kali pengalaman kerja government nih. So aku leh buat beberapa kesimpulan ar melalui pengalaman pendek aku tu. Antaranya:

a) Pekerja gomen ni lebih banyak menghabiskan masa selain dari kerja. Mereka masuk ontime then keluar balik jam 9 am kedian balik jam 11 then keluar balik jam 12 then masuk balik jam 2 then keluar balik jam 3 dan masuk balik jam 4 then balik lewat untuk elak jam dan ambik gaji kerja lebih masa. Masa keluar tu gi mana? Lepak cafe, ambik anak sekolah, gi bengkel repair kereta etc. Mostly lepak cafe. Hmmm..

b) Terlalu sikit kerja untuk jumlah pekerja yang banyak. Kalu tengok satu section nih ada 12 orang tapi kalu tengok jenis kerja yang dibuat sebenarnya cukup ar untuk 2-3 orang jer. So disebabkan banyak sangat pekerja then satu kerja tu terpaksa dipecahkan kepada individu-indivdu cam sorang photostate 2 keping paper sorang. Trolol jer.

c) Pekerja gomen kuat membebel kata kerja mereka banyak dan gaji mereka tak dibayar setimpal then  mengugut PM akan undi pembangkang sebab tak bagi bonus hujung tahun masa belanjawan. Chop: kerja mereka banyak? Gaji tak dibayar setimpal? Malas ar aku nak komen.








Pengalaman kerja swasta aku pulak lebih banyak sedikit dari kerja gomen ar. Dan aku pulak jenis workaholic so kalu aku betol-betol suka sesuatu kerja tu then aku akan bagi sepenuhnya dan aku sangat-sangat tak suka tak kerja waktu bekerja. Sebab aku nak dibayar based on what yang aku dah buat. Sebab kerja swasta ni, kita harus terus jadi asset kepada company dan bukan liability. Even kalau fikir-fikir balik setiap kali aku kerja swasta then pasti berat badan aku akan susut sebaliknya kalau kerja gomen then berat badan aku akan bertambah. Malah cam kat previous job disebabkan masa kerja yang cukup panjang sehingga effect kesihatan aku sekali duh.. wakaka











Memang ar kerja gomen lebih terjamin tapi ianya sekali lagi terpulang pada diri sendiri tentang matlamat kerja korang. Contoh cam aku: Im searching for a career and not a job only.













Plus kerja swasta gajinya lebih besar. Wakaka

Thursday, July 5, 2012

Lelaki Lelabah Yang Menggagumkan

Bila Tobey Mcquire bagitahu dia x akan berlakon mana-mana filem Spiderman or the last Spiderman film announced by Brian Singer as trilogi terakhir olehnya buat peminat filem adiwira Marvel (including me) rasa sedih gak ar. Then previous year pulak dengar ura-ura akan ada film Spiderman baru yang melibatkan pelakon baru dan pengarah baru then ia start balik dari mula then perasan best dan x puas hati tu bercampur baur. Part yang tak puas hati tu ialah bila watak Peter Parker tu dibawak oleh Andrew Garfield. Garfield as Spiderman? Hmmmm..


Spiderman always known as superhero yang sentiasa bernasib malang. Parentsnya dah meninggal, bukan anak orang kaya, Uncle Ben mati, Aunt May selalu sakit masuk hospital, episode cinta ngan beberapa girl yang tak jadi dan lastly ngan MJ but still bermasalah gak, boss Daily Buggle benci dia and even kalu ikut komik banyak orang benci dia. Hmmm..

Kalau korang pengikut Spiderman then korang pasti tahu yang Spiderman or mana-mana komik either Marvel or DC or mana-mana ar pasti punya banyak versi yang berbeza walaupun ia menceritakan hero yang sama. Cam Spiderman ni ada Spiderman, The Amazing Spiderman, Ultimate Spiderman, Spiderman versi manga or even ada Spiderman India. Yap, aku ada komik tu. Peter Parker dah jadi Pavitr Prabhakar. LOL isnt it?





Back to the movie. Disebabkan cerita ni start balik dari mula so there nothing much we can expext: Peter kena gigit dek spider mutant - Spider sense - Uncle Ben mati - balas dendam. Cuma apa yang membezakan kali ni ialah filem kali ni lebih realistik berbanding versi Brian Singer yang tampak ke-komik-an sangat ar. So this film will be darker and less humor ar. Plus korang tak akan jumpa si gadis berambut merah yang bernama Marry Jane Watson sebab dia belum wujud lagi. Then korang pun marah sambil kata "Mana leh cam tu? MJ Watson kira Louis Lane untuk Superman ar..!!"

Ya ya ya. Kalau korang tengok film terakhir tu memang wujud watak kecil Gwen as pengacau tapi kalau versi komik Gwen ialah watak cinta terawal Peter Parker before MJ. Even lepas tu dia ada beberapa lagi awek. Antara yang aku ingat secretary kat Daily Buggle tu. Hmmm..







Once again back to the movie. Dalam film ni Aunt May kurang tua dan rambutnya tak berwarna perang penuh ngan uban dan Uncle Ben pun tak kuar statement "..with great power there must also come great responsibility bla bla bla..". Dan penjahat kali ni bukan Norman Osborn sebaliknya The Lizard aka profesor yang kudung satu tangan dalam previous film yang x jadi jahat lagi. Dan kadar kejahatannya pun biasa-biasa jer.











Secara keseluruhan film ni memang leh mengubat kerinduan peminat Spiderman tapi disebabkan ia bermula sekali lagi bdari mula so peminat cam dah leh jangka what happen rite so nothing suprise. Plus tak ada part yang unforgettable moment setanding part cam second Spiderman masa Peter Parker nak menahan keretapi tu dari jatuh etc. Even tak nampak sangat part Spiderman as 'friendly neighborhood' menjaga bandar dari penjahat.  Plus part Emma Stone cam sikit sangat sehingga tak bawak apa-apa effect sangat dalam film ni sehingga kita tak tahu pun apa sebenarnya perasaan mereka berdua tu or bila perasaan mereka berkembang etc sehingga ttiba mereka dah cium-cium. 

Kedian Andrew Garfield pulak badannya agak sekeping dan nampak agak janggal bila pakai kostume tu. Plus kepala dia nampak besar tatkala leher dia agak panjang. Peter Parker suppose to be nerd tapi ke-nerd-an dia tak terserlah ar. Dia lebih ke arah pemberontak. 











The good part selain part gelap dan serius bagi aku ialah kissing part. Entah apsal bagi aku kissing part tu memang berjaya ar. Cuma Emma Stone nampak lame pulak berambut blond berbanding sewaktu dia berambut ginger red dalam Zombieland yang HOOOOOOT...!!!!














Keseluruhan, kena tunggu film kedua dulu.. Huhuhuhu.