Sunday, July 15, 2012

Drama Korea & Dadah

Drama Korea terakhir yang aku layan ialah Fashion King dan Rooftop Prince. Once tamat jer drama tu aku tanam niat dalam hati yang aku x akan layan mana-mana drama Korea lagi lepas tu. Sebab bagi aku once kita tertengok drama Korea ni then kita akan terus nak tengok dan tengok sehingga sedar tak sedar banyak masa dah dihabiskan untuk layan drama Korea ni jer. It cam kuaci or dadah. Both mengkhayalkan.


Apakah agaknya pandangan korang apsal drama Korea ni sangat addictive? Adakah:

a) Adakah disebabkan oleh kejayaan plastic surgery yang dilakukan oleh doktor kat Korea terhadap para pelakon sehingga menjadikan yang girl terlampau comel dan guys pulak terlampau girlish? Sebab we all know Korean ni hidung kemek, mata sepet etc tapi once dah operate suddenly jadi manusia berwajah sempurna pulak. Literally faktor ni pun leh diterima pakai gak sebab tengok cam Fasha Sanda yang ada rupa tapi lakonan hampeh but still leh menang berapa tahun berturut-turut dan anugerah pelakon drama wanita popular kan? Hmmmm..

b) Adakah disebabkan latar belakang or scenery tempat kat Korea yang sangat cantik, menarik dan memang daboom sehingga menarik perhatian penonton untuk terus melekat sambil menghayati cerita tu? Sebab kalau kita bandingkan ngan drama local kita ni sikit-sikit asyik gambar kat area segitiga Mc D-Lot 10-Bukit Bintang tu jer all the time. Kalau tak depan pon KLCC or Putrajaya. Duh, tak de tempat lain lagi yang menarik kat Malaysia ni ker?

c) Adakah jalan cerita drama Korea yang berbeza menjadikan cerita Koea addictive sangat. Contoh cam jalan cerita putera dari kerajaan lama Korea ttiba leh pergi ke masa depan or sorang girl ni terpaksa menyamar jadi lelaki untuk bekerja kat kedai kopi yang semua pekerja ialah lelaki etc. Sebab kalau nak dibandingkan ngan cerita local kita asyik-asyik korporat, pakai kot tengah panas, bapak kaya ada skandal ngan perempuan murahan bla bla bla.

d) Pelakon lelaki asyik bukak baju sambil menontonkan six pack diaorang.

e) Soundtrack yang sepatah haram tak faham tapi still bunyik cam best.

f) Atau apa ek...?






















Bagi aku kesemua faktor tu (exclude faktor keempat) saling membantu bagi menjayakan sesebuah drama Korea tapi faktor utama mesti ar jalan cerita. Pasal walau betapa anggun or kacak pelakon, scenery magnificently or soundtrack setiap kali keluar air mata tapi jalan cerita hampeh pun x best gak nak layan kan?












Tadi aku secara tak sengaja telah tertonton satu lagi episode drama Korea. Ia cerita lama gak ar. End of last year. Malah hero-Heroinnya pulak bukan jenis muka K-Pop. Even ada sorang tu aku rasa member K-Pop band tapi dalam drama ni dia totally berbeza ar: kuros, tak teratur dan lakonannya better. Tapi once again jalan cerita  sangat menarik dan cinematography pulak sangat cantik. Plus tak lupa satu faktor yang menjadikan tangan aku terclick pada drama ni ialah disebabkan oleh tajuk dia yang special: Padam-Padam. Hmmmmm.. 

2 comments:

RazFiRa said...

x minat. cite meleweh. tp muka diorang mmg comel2

Aj Abdullah said...

leweh tu apa? sama cam lewah eh? tapi memang plasti surgery diaorang memang berjaya ar kan? huhuhu