Semalam pada tarikh yang sama tiga tahun lepas, seorang pengarah iklan, pengarah filem, penulis atau lebih tepat lagi gelaran terbaek untuk dia ialah a storyteller passed away. Sepanjang hidupnya dia cukup banyak bercerita tentang apa yang dia lihat, tentang apa yang dia dengar, tentang apa yang dia rasa terhadap dunia disekitarnya.
Ramai orang kata mereka x pernah kenal pun siapa arwah tapi there something about her yang buat kita rasa cukup kenal pada beliau. Mungkin pada cerita yang dia kongsi rasa seperti cukup dekat dengan hidup kita.
Seperti Mukhsin. Ia seolah-olah adalah cerita tentang aku. Tentang zaman kanak-kanak aku dulu. Tentang seseorang yang aku gelar as cinta pertama aku. Juga tentang masyarakat yang wujud di sekitar aku sepanjang tempoh tu. Serta berlatarkan warna suram dan lagu mendatar dari Debussy. Dan ia bergerak perlahan sehingga sedar tak sedar aku dah meninggalkan persekitaran tu untuk lebih 10 tahun dan aku masih lagi berharap agar aku berjumpa cinta pertama aku tu. Sehingga last year aku baru dapat tahu yang dia dah kahwen dan ada anak seorang. Betapa aku wish dia gembira bersama suami dan anaknya dan aku juga berharap yang aku boleh gembira bersama seorang yang aku gelar as cinta.
Tapi semuanya cukup segar dalam ingatan aku. Pada setiap pagi aku menunggu dia keluar dari rumah then aku akan berlari seberang jalan dan kemudian berlagak yang ia ada secara kebetulan: setiap hari sepanjang setahun persekolahan dan dia masih juga percaya. Juga pada waktu rehat atau sebelum kelas petang bermula, kami akan duduk-duduk bersama di satu kawasan yang hanya ada kami berdua sahaja. Atau ketika kami berdua berlari lari di dalam majid ketika manusia lain sedang sibuk di luar. Semuanya tersemat kema dalam kotak memori aku.
Lalu ketika aku menonton Mukhsin, air mata jantan aku mengalir. Mungkin bak kata arwah, sesebuah cerita tak perlu ada mesej, cukup jika ia ada feeling. Yap, cerita beliau memang ada unsur tu: perasaan. Hmmm
...
Lalu ketika aku menonton Mukhsin, air mata jantan aku mengalir. Mungkin bak kata arwah, sesebuah cerita tak perlu ada mesej, cukup jika ia ada feeling. Yap, cerita beliau memang ada unsur tu: perasaan. Hmmm
...
Tiga tahun berlalu selepas pemergian arwah. Apa yang ditinggalkan bersama legasi cerita-ceritanya? Kita masih lagi melihat satu sama lain berdasarkan warna kulit, fahaman dan kepercayaan sebagai satu perbezaan.
Al Fatihah to Yasmin Ahmad
Al Fatihah to Yasmin Ahmad
No comments:
Post a Comment