Apakah kekerapan korang makan kat luar berbanding korang makan kat rumah sendiri? Kalau korang ialah anak perantau then korang selalu masak sendiri kat rumah then aku tabik spring tapi definisi masak tu tak termasuk masak mi segera or masak air untuk 3 in 1 yaa. Tapi kalau korang kat rumah parents but still selalu makan luar then it either mean masakan emak korang ISOnya agak rendah or duit korang terlampau banyak untuk disemaikan ke restoran-restoran kat luar. Hmmm..
Aku suka membebel kalau setiap kali parents and Angah (sis aku) masak sedap-sedap. Sebab ia akan membuatkan aku menambah nasi or lauk tu berulang-ulang kali. Then akibatnya badan aku akan naik dan baby dalam kandungan aku aka perut aku semakin memvivek oberoi aka boroi.Then emak aku selalu bidas balik kata "Kalau nak seribu daya, kalau tak seribu dalih. Leh jer x tambah atau tak makan. Ini tak, sekali makan, tambahnya berkali-kali".
Nak buat cam ne ar kan kalu family memang pandai masak. Bapak aku masak bermusim tapi sekali dia masak memang taraf chief ar. Emak aku memang ar masak hari-hari tapi itu pun ikut mood dia gak. Kalau dia turn mood dia nak menjaga kesihatan (or malas masak kot) then dia akan rebus dan kukus jer semua makanan tapi kalu mood lain pulak then masak lemak, goreng, tumis etc ar tapi yang penting x ada perasa tiruan ar. Angah aku pulak walaupun dia jarang-jarang masak tapi dia suka buat ujikali setiap kali dia masak. Sekali dia masak then resepi dia akan jadi sangat rare and exotik ar cam Mi Bandung Muar, Soto Ayam, Laksa Sarawak, Nasi Ayam, Nasi Beriani etc. Benda yang kita mostly x kan makan kat rumah ar pendek kata.
Along and Uda (bro aku) pulak tak jumpa lagi ar bakat tersembunyi mereka dalam masakan. Even waktu aku sekolah dulu, kalau mereka ada rumah dan lapar so aku ar as adik bongsu akan jadi sasaran masak nasik goreng, mi goreng untuk mereka. Diaorang siap bodek kata aku pandai masak sedangkan diaorang malas.
Jujor kata aku sangat suka masak. Walaupun aku x masak lauk pauk kat rumah tapi aku suka masak benda yang mostly the end aku sorang jer yang makan cam loaf, muffins, biskut, cake coklat, brownies, ais krim potong dan terkini sebentar tadi aku baru jer menghasilkan sushi kedua dan ketiga aku. Please jangan tanya aku apa bahan-bahan or cam mana nak buat? Duh, aku rujuk internet ar. Semuanya ada kat situ.
Most in every events aku seorang yang cukup pemilih. Kalau korang pernah gi makan kat restoran ngan aku then korang pasti akan dengar bebelan aku once makanan tu masuk dalam mulot aku. Ada jer benda yang kurang cam kurang garam, sejuk, sikit sangat, hiasan tak cantik, kebersihan x jaga or even service suck pun akan aku ungkitkan. Aku bukan perfectionist tapi aku nak makanan yang memenuhi kepuasan aku. So one way to do it ialah ngan cipta makanan tu sendiri.
Plus ia cukup ekonomik dan baik untuk kesihatan kita sendiri. Makan luar hari-hari, kosnya dah berapa tu belum masuk lemak, kebersihan yang tak terjaga.
Tapi kepuasan sebenar masak ialah bila muka orang yang makan tu rasa happy dan mereka suka pada makanan kita. Plus make sure pujian tu ikhlas ar. Hmmm..
No comments:
Post a Comment