Wednesday, June 29, 2011

Kamu Istimewa

Dulu apabila orang kata lelaki mempunyai ego yang tinggi then disebabkan aku punya ego yang tinggi so aku tak mengaku. But as time goes pada usia pertengahan 26 ni so aku start mengaku yang ego lelaki memang tinggi sama ada mereka sedar ataupun tak. Disebalik ego tu, lelaki juga sebenarnya mempunyai keperluan dan kehendak yang sama seperti perempuan gak. Dan untuk mereka yang berotak kotor cam aku, then aku tahu apa yang korang sedang fikirkan tu dan ia sangat lawak. Wakaka..


When I did mention yang guys also have the same needs ngan girl doesnt mean yang mereka juga perlukan tuala wanita pada tempoh-tempoh tertentu dalam sebulan or need to get fucked by another man. Naaaa. Aku maksudkan dengan lelaki juga ada kelenjar air mata untuk menanggis, mereka juga ada emosi sedih, mereka juga memerlukan kawan to talk to etc. Tapi disebabkan persepsi certain masyarakat yang belum terbuka sepenuhnya melihat mereka yang did that such things as lelaki yang lemah, tak lelaki sepenuhnya, patah, queer, gay etc.

Sebab most lelaki yang dibesarkan dalam persekitaran masyarakat tipikal tu dididik since dari kecik as lelaki seharusnya tabah, tak boleh menunjukkan or shared their emotion pada pada orang lain, haram kalu menanggis etc. Bila fikir-fikir balik, lelaki ni robot or machine ke apa sehingga tak boleh ada emosi nih? Wakaka. Lawak plak.


Masalah lebih teruk bila most girl hanya nak their guys just jadi pendengar jer 24/7. Mereka tak benarkan balak mereka share emosi pada si girl ni. Dalam masa sama plak most girl tak suka teman lelaki hang out ngan kawan-kawan lelaki. Katanya it annoying.







So itu ar rasanya timbul term Men are from Mars and Women are from Venus. Masing-masing tak dapat nak faham kehendak masing-masing.









Aku pernah ada kawan-kawan lelaki yang bila berdua mereka lebih berani untuk share their felling, their emotion, rasa takut dalam diri, ada yang menanggis or ada yang sekadar nak bercerita sebab pada mereka it hard for a man untuk bercerita pada orang yang sudi mendengar tanpa rasa prejudice. And most of them ar straight man.









...






Aku keluarkan post ni sebab ada salah satu komen dari seorang rakan lelaki maya kata ayat yang ringkas tapi cukup istimewa. Dia kata 'Kamu tak berseorangan'. Ia membuatkan aku teringat kepada beberapa orang kawan lelaki yang pernah kuarkan statement istimewa sebagai kawan kepada aku. Ada antara mereka yang bergaduh dan kami still tak berbaik sebab ego yang tinggi, ada yang terpisah oleh faktor geografi tapi still berhubung dan ada juga yang mempunyai niat terpesong yang aku dah lama maafkan dia.









As salah seorang dari mereka pernah kata "Memang aku perlukan teman wanita tapi dalam masa yang sama aku perlukan ko as kawan lelaki yang tak akan putus sampai bila-bila" Aku tak akan lupa statement tu sampai bila-bila. Plus buat yang berotak kotor, please jangan fikir kotor waktu ni..

Tuesday, June 28, 2011

Motivator Gonna Be?

Aku ialah seorang lelaki yang tak percaya pendapat yang menyatakan: motivasi akan diperolehi melalui program motivasi. Aku tak percaya. Sangat-sangat tak percaya. Aku percaya yang motivasi ni datang dari dalam diri melalui pengalaman apa yang kita lihat, dengar dan rasa. Sekurang-kurangnya ia memotivasikan aku yang tak bermotivasi ni. Hmmmm...


Sewaktu form 6 dulu bukan main susah lagi cikgu kelas aku: Encik Hazani ni nak paksa aku pergi mana-mana program motivasi ni. First form 6 ada kem motivasi tahunan untuk 6 atas tapi aku keras-keras kata aku tak nak pergi. Cikgu Pengajian Am ugut kalu tak pergi aku tak akan masuk kelas dia sepanjang tahun tu. Still aku tak nak gak. Cikgu-cikgu form 6 siap panggil bapak aku gi sekolah, bapak aku setuju tapi aku still tak nak. Last-last Encik Hazani personal talk ngan aku. Last-last dia gave up. Pada minggu terakhir before kem tu start dia tanya aku lagi "Awak betul-betul x nak pergi, Nazir?" Yap aku tak nak..

Kedian ada plak kursus motivasi dianjurkan oleh sekolah untuk bbudak yang bakal hadapi PMR,SPM dan fokus lebih pada STPM oleh sorang pakar motivasi yang cukup terkenal satu Malaysia ni. Bayaran dia murah jer pasal sekolah kira bagi subsidi ar untuk student tapi once again aku satu-satunya budak form 6 yang tak nak pergi. Encik Hazani naik hangin gak pada aku. Dia almost hukum aku berdiri sepanjang masa kelas dia hari tu. Aku kata pada dia "Saya tak kisah bayar banyak mana sekalipun tapi saya tak akan datang kursus tu..!!"



Last last dia ugut aku mesti datang gak. Kalu dia tak nampak muka aku hari tu then naya ar aku a day after that.



Cuba teka apa yang aku buat?
Aku pergi pagi tu. Aku dudok paling belakang dalam dewan besar tu. Dia tengok aku ada then dia senyum. Kira aku ni dah mengaku kalah ar. Tapi tak lama lepas tu aku blah.




Esok pagi masa sekolah ramai kekawan jumpa aku kata semalam Encik Hazani cari mana aku. Wakaka.. Tapi bila masa kelas dia, aku jadi cuak. Dia tak mention aku or hal semalam. Rasanya dia marah kot. Hmmmm...









Aku sendiri tak tahu entah apsal zaman form 6 aku suka sangat memberontak tak tentu pasal. Realitinya aku bukan budak nakal pun. Cuma itulah, aku kuat sangat memberontak masa tu. Mungkin sebab aku tak ada motivasi waktu tu kot. Aku masok form 6 pun sebab aku tak nak kerja dan tak nak duduk rumah je. Bila kat sekolah plak aku bukan belajar sangat pun. Aku tak tahu pun sebab kenapa aku berada di form 6. Then bila time exam buat cincai-cincai but still dapat markah okey, nombor okey dalam kelas (mode masok bakul angkat sendiri). 
.
.
.
Form 6 ialah kesilapan paling besar yang pernah aku buat selama ni tapi kalau aku x masok form 6 then aku x mungkin akan ada di sini. Ada satu motivasi penting dalam form 6 yang bagi sangat effect besar dalam hidup aku sehingga hari ni. Bukan pada kem-kem or kursus-kursus motivasi yang WTF tu tapi motivator sebenar pada aku ialah Encik Hazani itu sendiri.





Dia satu-satunya cikgu and individu yang tak pernah gave up pada aku. Bila fikir-fikir balik betapa aku menyusahkan hidup dia, aku marah pada dia dan dia tu bukannya parents, sibling or family aku pon tapi the way he take care of his student cam itu ialah tanggungjawab dia yang dia tak akan lepaskan just like that jer. 








Dia yang memberi aku motivasi untuk masuk universiti, untuk ambik subjek Linguistik, mengajar subjek Bahasa Melayu (walaupun tempoh yang sekejap) dan motivasi paling penting: jangan give up.






















...









Aku fail interview pagi tadi. Aku dah jangka awal-awal lagi. Tapi tak lama lepas tu ada call untok satu job ni. Tak perlukan temuduga pun: jadi seorang motivator. 










Dah bersedia ke aku ni?

Realiti

Years ago I used to tho that: hei, Im might be the ugly duckling as what been told hundred time in fairy tales that in one miracle day when Im wake up from a sleep and suddenly realized that hey I've turn into a beautiful swan. Dan hari hari sebelumnya sekadar nightmare. So aku menunggu untuk tempoh aku bangkit dari sesi tidur yang panjang tu. Sehingga aku tersedar bahasanya fairy tales ialah nightmare sebenar yang membunuh realiti kehidupan aku.


Sama seperti waktu aku awal remaja dulu ketika sakit aku mulai mereda so aku pergi beli satu T's lengan pendek yang cool ni dan aku kata dalam hati kata 'Satu hari kelak aku akan pakai baju ni di khalayak ramai' tapi as time goes by aku tak pernah berjaya pun pakai baju tu. Sakit aku tak pernah benar-benar hilang dan baju tu kekal dalam almari aku sehingga ke hari ni. Ia juga satu mimpi yang aku sendiri tahu yang ia tak akan sampai bila-bila jadi realiti.

...

Bermimpi ialah satu perkara yang menyakitkan untuk aku. Ia sama seperti kesakitan sama yang di bawa oleh realiti. Sleep is a nightmare and awake is a daydream. 









Aku sedaya upaya untuk jatuh lebih awal, sebanyak mana yang boleh so next time kalau aku jatuh lagi then aku tak akan ada kelukaan yang boleh menyakitkan aku untuk bangkit semula lebih cepat.











Tapi tafsiran aku salah, betapa aku rasa aku cukup kuat untuk melawan semuanya rupa-rupanya dalaman aku  masih cukup fragile. Ia sama seperti sebijik bola kaca yang aku berangapan semakin kerap aku berlatih then semakin  kurang kebarangkaliannya untuk pecah. Tapi aku salah. Setiap kali aku belatih, semakin banyak ia meretak.
















Betapa aku cuba untuk tersenyum, berfikir positif, kuatkan semangat sepanjang masa tapi aku tak berjaya bila datang satu dugaan yang aku fikir aku boleh hadapinya dengan penuh keterbukaan.Lalu akhirnya aku pecah. Aku berkaca.


















Aku tak dibenarkan untuk bermimpi sedangkan realiti juga bukan milik aku.

Monday, June 27, 2011

Seks Bermaruah

Kalu aku sebut nama 'Adinda Evans' then pasti ada yang akan terus sumpah seranah dia tapi Im not gonna talks about her laa sekadar onething yang berkaitan dia je ar. Buat sesiapa yang tak tahu siapa 'Adinda Evans' ni sebenarnya bukan adik kepada Juliana Evans yang hot tu. Dia sekadar sorang girl yang wujud kat alam siber yang buat kenyataan terbuka yang dia dah tak ada dara, dia pernah kena rogol balak dia bla bla bla. And as usual rakyat Malaysia yang mudah melatah tak tentu pasal plak terus je serang dia bertubi-tubi just like that. Hmmmm...


Teringat pada sorang kawan baik aku ni. He is a gay ar. Dia punya first scene seks ni masa dia darjah 6 lagi. An anal seks je ar. So afterward dia terus jer 'bermain' ngan ramai lelaki tanpa henti. Sehingga ar setahun yang lepas, masa dia tengah 'start' ngan balak dia then balak dia kuar satu statement "Orang yang tak ada maruah macam kita ni bla bla bla bla". Dan bila dia dengar je word tu terus dia cold nak teruskan 'game' tu. A few day after dia share the story to me.

Bila aku dengar aku plak yang rasa hangin. So aku kata pada dia balik "Selama aku kenal kau even sejak aku tahu orientation seks ko dan aktiviti seks ko, aku tak pernah terfikir dalam diri aku nak kata kau tak ada maruah diri. Dia yang baru kenal ko berapa tahun ni plak yang senang-senang kata kau tak ada maruah..!!"

...

Memang ar secara logik akalnya tak best ar kalu orang tak kira laki or perempuan kuar statement bangga dah tak virgin plus kena rogol ngan balak then jaja merata tempat tapi orang yang balas balik ngan tomahan sumpah seranah tu lebih mulia ker?

Sama r macam tindakan PERKASA menentang demonstrasi BERSIH ngan bakar, pijak-pijak bendera  BERSIH. So apa yang memjadikan PERKASA lebih mulia dari  BERSIH ni?


































Masih ingat kisah Nabi Muhammad SAW kena lempar najis oleh perempuan Israel tu? Just imagine kalu Rasulullah balas balik ngan lempar semula najis pada perempuan tu balik then pasti Islam tak akan jadi semulia seadanya kan?

Jangan layan manusia lain ikut gerak hati korang jer, guna otak yang tuhan bagi.

Sunday, June 26, 2011

Muka Bodoh or Pandai?

Apa benda pertama korang fikir each and every time korang lihat seseorang nih? Kalu korang lebih tertarik melibat benda-benda bulat or membonjol pada fizikalnya so welcome to the club tapi kita cerita benda tu lain kali ar. Cuma kali ni nak share tentang tabiat yang dulu aku suka buat tapi sekarang ni aku sedaya upaya tak nak buat lagi: judge a book by it cover. Hmmm..


Tadi baru je cakap-cakap ngan kawan dlm FACEBOOK (tak ar bercakap literallynya). Cakap beberapa issue ni ar then tersentuh perkara ni. Korang pasti pernah terlahir dalam perasaan korang bila tengok orang tertentu then cakap dalam hati: "Muka macam tukang kebun sekolah aku ni leh dapat tittle Datok?" "Cam mana pompuan cantik cam tu leh couple ngan mamat muka manusia separa kuda laut tu? Pakai minyak dagu ke?" "Muka cam kau ni mana layak bercita-cita tinggi. Cukup ar tahap SPM je" etc.
.
.
It seem otak kita dah di brainwash sebab selalu sangat tengok sinetron pelik-pelik kat TV ngan idealogi: orang yang muka okey akan kahwin ngan orang muka okey, akan jalani hidup ngan jalan yang sangat lancar dan lalui kehidupan bahagia forever after. Muka yang tengah-tengah jalani kehidupan average Joe or Jane. Tapi muka pecah tembok plak sepatutnya jadi penyanggak, kerja kutip sampah, jaga tol etc.


Bunyik cam kejam je kan? Tapi bila kita judge cam tu terutamanya bila berkumpol ngan rakan sebaya yang sama-sama otak gila then ia jadi fun plak. Cuma what if kalu orang kata benda-benda tu depan-depan kita? It hurt..!!






Pernah tak korang tanya kawan korang apa first impression mereka pada korang awal-awal dulu?







Mostly orang akan kata aku ni seorang yang sombong yang pemilih kawan aka aku tak akan kawan ngan orang-orang biasa, aku punya pandangan suka merendah-rendahkan orang lain, dan aku nampak pandai dan belagak. That how people judge me. Aku terima jer. Hmmmm.. 

Teringat ada satu event ni ar suddenly ada sorang senior bagi aku satu pangkat ni. Kira pangkat besar ngan tanggungjawab quite besar gak ar untok organisasi tu. So habis event tu aku tanya dia apsal lantik aku? Dia jawab: "Saya tengok awak ialah seorang yang pandai.." Quite tergamam gak ar tapi after few month then aku yakin dia tersalah gerak hati bila pilih aku. Aku akui yang rupa aku terlalu bijak untuk otak aku.. Hmmm...




















Kalau kita suka menyakiti hati orang lain then kita kena awal-awal ready untuk disakiti terlebih dahulu. So treat others the way you want other to treat you.. Kan?













Selasa ni akan attend satu sesi interview yang pekerjaanya tak memerlukan otak berkapasiti tinggi. Hanya perlu muka yang okey jer.. wakaka.. harap berjaya..

Sengaja or Kebetulan

Korang pasti pernah mengalami feel sengal cam ni: bila korang nak tunggu public transport cam bas or teksi then berjanggut nak tunggu. Kadang-kadang ambik masa 1-2 jam then baru datang sebijik bas tapi itupun bukan main penuh lagi. Tapi bila korang tak nak guna bas pulak then masa tu ar ia berderet-deret ada kat jalan raya. Banyak lagi seat kosong tu. Sakit hati kan. Then ko rasa cam ada orang sengaja je nak pekenakan korang. Tapi realitinya ia disengajakan ke or just kebetulan jer?


Sama gak ngan situasi aku ni. Bila aku teruja nak kerja so hantar r resume sana sini tapi then end tak ada satupun reply. Cuma bila aku dah give-up then waktu tu ar berkoyan-koyan (ada ke istilah ni?) call, sms, email, surat datang tawarkan kerja. Sehingga ada yang call malam-malam, hari cuti etc. Dah r kerja best-best, masa interview plak bertindah.. Haiyaaa.. Sakit hatinya.. Ini sengaja or kebetulan ni?







































Ada orang bagi petua. Kalu nak tunggu bas tapi tak nak tunggu lama-lama so masa kat bustand pasang niat tak nak tunggu bas so banyak r yang datang nanti. Pulok.. Wakaka

Saturday, June 25, 2011

Aku Jumpe Naim

Aku sangat-sangat tak suka gi Sarikin (kawasan almost sempadan Sarawak-Kalimantan). Sebab dah ar tempat tu jauh, jalannya bukan wokey sangat, panas, tak ada benda menarik untuk aku dan aku ialah pemandu utama sepanjang perjalanan 2 jam pergi dan 2 jam balik. Ari ni tadi bapak aku ajak gi so nak tak nak terpaksa gak. So habis je satu pusingan masa nak balik kereta then tengok sorang mamat ni. Muka cam familiar gak ar. Ceh, Naim.


Naim ni sama intake universiti aku dulu. Dia ambik linguistik BM dan aku plak general linguistik. Kami duduk satu kolej kediaman: Ungku Omar. Walaupun kami tak ar rapat mana pun tapi ada masa memang borak-borak ar especially satu issue ni. Memula jumpa dia kata cam tak percaya plak besar-besar Malaysia leh jumpa kat sempadan Indonesia plak. Dia kebetulan cuti 3 hari datang Sarawak. Esok kena balik Perak sebab dah start mengajar balik. 

So bila dah 6 tahun tak jumpa then cakap-cakap ar beberapa issue. Then dia kuar satu soalan:


"Ko masih merajuk ngan Daus lagi ek?"


Aku ketawa besar. Biarkan soalan tu terus tergantung. Rupa-rupanya kami masih share issue yang sama lagi..


























Then terfikir what if kalu aku terjumpa Daus dan dia tanya "Aj, ko masih merajuk ngan aku lagi ke?" 

















Then apa aku nak jawab? Hmmmm..

Friday, June 24, 2011

Janji

Antara perkara penting yang aku belajar sehingga mencecah usia 26 tahun ni ialah: most of people sangat suka pada orang yang gemar bagi puji-pujian dan janji-janji walaupun realiti mereka tahu ia adalah pujian palsu dan janji yang kosong refer than people yang tak nak memuji kalu tak ikhlas dan tak nak berjanji kalu tak dapat turuti. Sebab bagi mereka pujian tu umpama kata semangat dan janji tu seperti hope/harapan. Hmmm..


Aku bukanlah sorang lelaki yang suka bagi janji itu ini pada sesiapa. Yap, kadang kala aku secara tak sengaja memang akan bagi janji or something yang leh buat korang fikir cam aku berjanji pada korang. Tapi percayalah yang most of the time aku tak suka berjanji.


...
 

Tadi baru habis layan Imam Muda 2. Hari ni mereka melawat rumah orang tua. Entah apsal aku teringat satu peristiwa. Masa tu aku tengah buat kerja sosial kat rumah kebajikan dan orang tua di Selangor. Ada sorang lelaki tua Cina ni, dia suka sangat bercakap ngan aku sepanjang satu hari tu. Mungkin sebab aku satu-satunya pelajar yang benar-benar dengar cerita dia.

So before tamat program tu, dia pegang tangan aku. Dia mintak aku janji untuk datang situ lagi jumpa dia lain kali. Dan aku kata ya.



















As time goes by aku sedar yang aku tak menepati janji tu. Hmmmm...

ASTRO effect

Aku yakin korang ialah antara berjuta rakyat Malaysia yang selalu rasa bangang bila layan rancangan  TV berbayar ASTRO then pasti akan kata "Duh, ni dah kali ke-5 rancangan ni diulang hari ni jer. ASTRO dah tak ada rancangan lain lagi ker? Dah ar makin hari makin mahal bill. Rancangan asyik ulang-ulang jer... WTF"


Tapi masa layan rancangan TV percuma, bila part tengah tengok drama best either korang tengok dari start or korang datang lambat then tengok tengah-tengah cerita then tamat jer rancangan tu teros korang membebel plak kata "Duh, kan ke best kalu channel ni cam ASTRO, leh ulang banyak kali sehari pun tak akan boring.."






























Ulang banyak kali salah tapi kalu tak ulang then nak plak diulang. Gilaa..

Thursday, June 23, 2011

Banyak Tanya

Tak kira apa fahaman politik korang or tak kira apa bangsa korang or apa kepercayaan agama korang, aku sangat yakin kita semua berkongsi idealogi bahawa: kita tak suka diganggu each time kita tengah syok layan movie, drama and especially masa kat panggung wayang.


Pernah satu malam tu aku ngan group of friends ni layan movie sesama. Tapi disebabkan seat satu baris tu cukup-cukup jer untuk mereka so aku satu-satunya terpaksa dudok sesorang kat baris depan. Dan aku di apit orang 2 couple yang tengah bersemarak rasa asmaradana diaorang. So most of the time aku leh dengar bunyi 18SG ngan bunyik ciuman dan dari anak mata aku leh nampak aktiviti 'bermoral' mereka tu. Dan kekawan belakang just ketawa. DAMN. Selamat hari tu bestday aku.

Pernah ada bbudak buat bising cam wayang tu mak bapak diaorang ada share jer.

Ada young parents yang nak bawak sekali anak yang 2-3 tahun masok hall then menanggis sepanjang tayangan.

Ada orang yang sangat berkepala besar leh duduk depan aku.

Ada hall yang bau cam bau kencing.

Ada yang setiap 5 minit gi toilet dan kebetulan dia sebelah kita so terpaksa bagi ruang.

Ada yang menjerit nada soprano duduk plak betul-betul belakang kita..









Itu faktor-faktor luaran so nak tak nak leh terima lagi. Tapi kalu faktor dalaman tu lebih sakit hati bila ada kawan jenis yang banyak tanya. "Eh, cam mana dia leh ada kat situ?", "Eh, siapa lelaki tu?", "Eh, ko rasa dia kahwin tak nanti" etc. Macam kita ni kaunter pertanyaan.

Itu belum masok kawan serba tahu. Tengah syok layan satu scene then terus je dia bagitahu apa berlaku kedian, or belum apa-apa lagi dia dah bagitahu ending "Ko jangan risau, nanti semua orang mati". Membuatkan mood kita nak layan keseluruhan movie tu terbantut.

Or kekawan yang terlebih EMO bila layan movie ngan maki hamun all the time. Bila scene buat dia marah dia maki, scene buat dia terkejut dia maki, scene romance dia maki, scene mati yang buat dia sedih pun dia maki. Pendek kata sepanjang dalam hall tu memang menambah dosa je kerja dia ni. Hmmm..















Soalan bonus buat aku:
Apa bad habit yang selalu korang buat each time tengok wayang?

Kalu aku: semua di atas kecuali bab romance.. wakaka.. sukati aku ar nak buat apa pun, aku bayar tiket apa... hmmmm..

Tuesday, June 21, 2011

Bersih

Soalan bonus:
Sejauh mana korang yakin ketulusan pilihanraya yang diadakan di Malaysia?
a) 100%. Bila kerajaan kata pilihanraya kita jujur then aku percaya sepenuhnya tahap as-siddiq.
b) 70%. Tak mungkin apa yang kita pangkah ditukar tapi mereka tahu siapa undi siapa.
c) 40%. Kertas undi kita dah jadi habuk before ia sempat sampai untuk pengiraan.
d) 0%. There are no such thing as pilihanraya, demokrasi, jujur.


Sewaktu perarakan BERSIH yang pertama dulu aku secara tak sengaja telah berada di tempat kejadian. Beberapa hentian STAR LRT, PUTRA LRT tak dapat digunakan. So waktu tu aku terpaksa turun jauh then jalan kaki menuju ke destinasi. Sepanjang perjalanan tu gila ramai polis dan badan-badan keselamatan lain bertugas. Dan warna kuning ialah warna rasmi that day.

Aku tahu yang BERSIH akan buat perarakan tapi aku ingatkan ia a day after that. Tempat aku berada tu sempoi jer. Tak macam yang kuar dalam TV masa tu. Even orang shopping kiri kanan tak peduli apa yang berlaku pun. Dan aku sempat layan Burger King lagi masa tu. Kira cam leh tengok life show gak ar.

Bersih memperjuangkan beberapa issu waktu tu. Walaupun ia tak dilayan tapi effectnya besar pada kerajaan yang ada hari ni. Ia memperjuangkan tentang pilihanraya yang tak terjamin ketulusannya. Dan bila ada parti politik pembangkang then ia digembar-gemburkan dalam media-media kerajaan ngan gambaran yang extra buruk. Sama cam apa berlaku kat Pahang last few week bila rakyat menentang pembinaan kilang yang boleh bawak kesan mutasi teruk dan bila ada ahli parti pembangkang masuk then ia jadi issue politik.

Perarakan kali ni oleh BERSIH akan membawa 2 lagi issue baru yang salah satunya aku sangat sokong: penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan. Betapa rakyat seharusnya dapat membezakan antara parti politik dan kerajaan dalam pilihan raya ataupun hal-hal lain.






















Bila fikir-fikir balik selamat aku tak pakai baju warna kuning hari tu. Btw aku mana pernah ada baju warna kuning. Hmmmm.

How To Handle 'Orang Gila'

Kalau korang pernah pergi Santubong then suddenly korang sesat dalam kampung tu then terjumpa sorang lelaki berpakaian agak serabai tanpa selipar dan kedian korang tanya alamat pada dia: percayalah dia tak akan bagi apa-apa solution pada korang. Either dia akan cakap bahasa yang korang tak akan paham or korang terpaksa bagi 'something' pada dia. Sebab dia orang gila. Hmmm...


Nama orang gila ni Naser. Tapi waktu kami adik beradik kecik-kecik dulu kami diajar panggil dia as Naser Babak Bobok. Sehingga dewasa baru kami tahu bahawa maknanya ada unsur lucah yang hmmm tak baek r pendek katanya. 

Naser ni pulak ada habit yang kureng sikit. Dia suka tunggu depan rumah kamiorang. Reasonnya sebab dulu-dulu bapak aku ni terlebih prihatin then selalu sediakan air dan duit RM1 ringgit bagi kat dia. So lama kelamaan dia makin kebiasaan. Kadang-kadang sehingga RM2-4 ringgit gak terpaksa bagi kat dia. Kalu tak dia akan tunggu je situ sampai bila-bila. Ada satu hari tu kami tak bagi dan dia buat protes berak depan pintu pagar rumah kamiorang. DAMN orang gila..

Dan korang pasti pernah dengar lawak ada mamat gila naik pokok dan tak nak turun walaupun ada orang bagi warn kata nak tebang pokok tu sehingga ada orang gila lain datang bawak kapak then terus je dia turun. Alasannya dia bagi: orang normal tak akan buat kerja orang gila dan hanya orang gila jer yang akan buat kerja gila.. Hmmm...

Bunyik cam lawak tapi it happens bila dlm kampong aku kat area rumah aku ada other orang gila yang muka dia sangat brutal dan dia just duduk depan rumah jer all the time. So bila si Naser ni datang rumah tu, korang tahu apa reaksi dia? Tindakan dia cam askar bawahan yang respek pada ketua. Pelik tapi betul.







Dan kembali pada topik utama tadi: How to handle orang gila?






Persoalan sekarang cam mana nak elakkan dari Naser ni? Ada bbudak kampong yang nakal each time Naser datang depan rumah diaorang terus diaorang baling batu bertubi-tubi. Kesian Naser. Dia memang dah gila tapi orang yang buat kerja tu jauh lebih teruk dari orang gila. Orang gila dah tentu masok syurga tapi mereka tu?

So tindakan aku each and everytime si Naser ni datang tunggu depan pagar rumah kamiorang dan saat tu parents aku tak ada ialah: RAHSIA tapi ia menjadi. 







Aku bagi hint: korang pernah main game siapa yang paling lama tak pejam mata ngan kawan korang tak? then cuba try main game tu ngan kucing korang guna trick siapa yang paling lama tenung muka siapa.. Hmmmm..











Kesimpulan di sini: Aku seorang yang malas nak guna otak each time bertindak then may be sebab tu aku mampu halau si Naser ni tanpa bertindak apa-apa.. Wakaka.. Perang psikologi bersama orang gila.. Memang gila..

Monday, June 20, 2011

Rumah Idaman

Aku ada beberapa orang kawan lelaki ni yang kalu limpas je kereta mewah-mewah cam BMW, Mercedes or what ever then terus jer kuar dari mulut diaorang "Kereta idaman aku tu" or "Satu hari nanti aku pasti akan miliki kereta tu ar". Then bila mereka tanya kereta idaman aku then aku jawab: Aku suka keta yang kontot-kontot or kereta-kereta yang vintage. Then mereka tengok aku ngan pandangan semacam then terus bukak topik lain. Wakaka..


Bila cakap tentang benda-benda idaman ada yang feelnya sama cam girl talks on their imaginary wedding dreams jer: banyak, besar, terlampau-lampau. Aku tak ar kata aku ni terlalu berpijak di bumi yang nyata. Tak best ar orang yang terlalu realistik. Mungkin cuma benda idaman aku tak sama dan bukan benda idaman majoriti orang. Ada orang yang share idaman yang sama ngan aku cuma bilangannya terhad jer. It happens to everyone rite?

Contoh kalu kita buka topik: Apa rumah idaman korang?

Ada orang nak rumah yang besar cam rumah Pehin Seri Taib Mahmud or cam rumah Dr Khir Toyo yang still lagi keluar masuk mahkamah tu. Hmmmm..
Ada orang yang pentingkan reka bentuknya.

Ada orang yang pentingkan hiasan dalamannya.

Ada orang yang pentingkan lokasi persekitarannya.

Ada orang tak kisah cam mana rumah tu sebab yang penting siapa yang tinggal bersama dia dalam rumah tu.















Rumah imaginasi aku ialah sebuah rumah cattage kecil di sebelah rumah api di atas tebing tinggi berhadapankan laut. Aku tak tahu kenapa or bagaimana impian tu boleh wujud. Mungkin sebab aku leh dengar bunyi ombak, dan berbaring pada padang rumput malam-malam hari melihat bintang di langit malam.

Cukup pasti ia dah lama tersimpan dalam diri aku. Sejak dari sekolah menengah lagi. Even dalam bilik aku kat atas meja tulis aku ada satu porcelin rumah tu. Aku simpan. Hmmmm...

Sunday, June 19, 2011

hAnjing

Sorang budak Cina yang quite tak suka agama aku masa zaman universiti dulu pernah tanya "Kenapa tuhan kamu cipta anjing kalau dah tahu anjing itu dosa besar?" Aku tak ingat jawapan aku secara detail masa tu. As always aku selalu balas jawapan penuh tenang dan diakhiri ngan senyuman each and every time dia berbahas hal agama ngan aku. Dan cukup pasti aku tak pernah lontar batu pada dia.. Hmmmm...


Aku sangat yakin most of bebudak Melayu yang membesar dalam persekitaran typical Melayu akan dibuai-buaikan since dari kecik lagi ngan mind set: Anjing ialah haiwan yang kotor yang mesti dibenci. Aku pernah tengok group of budak kecik lempar batu pada sorang anjing yang aku yakin tak buat apa-apa salah pun pada mereka. Or sama gak keadaan bila kuar ngan group orang dewasa bila ada anjing 5 meter kat depan dah cuak nak guna jalan lain sebab fikir anjing tu dosa besar dan ia akan serang mereka. Hmmm..

Aku pernah dibesarkan dalam persekitaran Melayu ialah kumpulan minoriti. Jiran tetangga ialah bumiputra dan kawan-kawan sekolah ialah bebudak Cina. Sekolah pun sekolah naungan gereka. Nak tengok anjing dalam sekolah tu sangat mudah. Kira cam as mudah as kita dapat tengok kucing kat restoran mamak jer. Kadang-kadang tu memang akan tergesel ngan kita ar. Plus dulu darjah 1-3 pakai seluar pendek plak. Wakaka

Kat bandarnya plak memang macam-macam jenis anjing ar pernah nampak. Anjing paling comel pernah jumpa ialah jenis Old English Sheepdog. Alaa jenis yang badan besar bulu panjang seluruh badan yang sampai leh sapu jalan raya tuh. Comel wei

Then darjah 5 pindah ke kampung rumah aku sekarang ni. Kat kampung Melayu biasa ar: Anjing ia a paranoia... Wakaka..





...





Aku pernah lepak malam ngan kkawan ni. All of us setuju bila kata kucing ni perwatakannya sama cam perempuan (tak semua girls ar). Ia manja, sentiasa mahu dibelai, banyak cakap, mahu orang dengar je cakap dia, nakal dan bijak aka alim-alim kucing ar. Meanwhile anjing plak cam lelaki (tak semua lelaki ar). Ia bodoh-bodoh sikit, setia, nampak tough, pendengar yang baik etc. May be that why orang kata dog ia men best friend kan?













Kalu aku tak tinggal kat persekitran sekarang ni or kalu parents aku tak ada then pasti dah lama aku pelihara anjing. Either Old English Sheepdog or German Shepherd. Tak nak ar jenis yang kecik-kecik. Tak best bawak tidur atas katil. Tak leh nak peluk-peluk.. Hmmmm... 

Saturday, June 18, 2011

Gay Test

Ada sorang kawan laki aku ni yang kira giler macho ar. Kami dah kenal agak lama gak (realitinya few month jer) tapi tak rapat sangat ar hingga satu event ni kami bekerja sama membuatkan kami rapat sikit ar. So satu hari ni kami lepak minum petang sesama then dia kuar statement "Aj, aku mintak maaf ar kalu aku kata dulu aku tak suka ko sebab aku fikir ko gay then aku fikir ko sukakan aku..". Aku just ketawa sebab dalam hati aku balas balik "Aku pun nak mintak maaf sebab dulupun aku fikir ko gay dan ko perasan aku sukakan ko" Wakaka..


Realitinya aku tak ada idea nak tulis apa pun kali ni. Cuma disebabkan each and every time aku publish title 'gay' then pasti kat stats aku menunjukan pengunjung yang ramai klik link tu. Almost 50% of everyday viewer adalah daripada mereka-mereka yang mengunjungi links tu. So itu jer. LOL isn it?














































Then kalu ko tanya aku apsal recently aku tak sebut tentang benda alah 'gay' ni? Cukup ar hanya orang-orang tertentu jer tahu apa yang berlaku on the unfortunate events yang berlaku sebelum ni. Membuatkan bila aku fikir balik betapa aku rasa diri aku sangat open about gay stuff ni tapi realitinya aku ialah salah seorang daripada majoriti masyarakat dunia yang sangat homophobic.. Hmmm..

Thursday, June 16, 2011

Retorik Islam

Walaupun aku tak tahu makna retorik tapi sebab ia bunyi cam hebat jer so aku guna dan aku bagi soalan bonus:

Apakah ciri-ciri yang menjadikan sebuah cerita leh dilabelkan as cerita Islamik?
a) Bila heroinnya pakai tudung dan si lelaki plak pakai kopiah or serban ngan jangut sejemput?
b) Bila lokasi pengambaran dilakukan di Mekah, Madinah or other wordsnya negara pak Arab?
c) Bila pelakon-pelakonnya selalu guna hadis, terjemahan surah al-Quran or sunah-sunah as dialog?
d) Bila ia ditayangkan pada malam Jumaat pada slot yang dikhaskan untok rancangan islamik?


Bila episodes Nur Kasih menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia then tak lama pass tu keluar plak gambar-gambar Tiz Zakiah ngan aksi model Carlsberg beliau then makin ramai ar yang melatah tak tentu pasal mempersoalkan kewajaran pelakon tu. Ada yang kutuk, ada yang maki siap ada yang suruh Tiz Zakiah pakai tudung balik cam dalam series tu pulak pun ada jugak. Pelik.

Reaksi aku sangat hairan mempersoalkan either kita sekarang ni berada pada era 30-an dulu lagi ke bila Siput Sarawak bawak watak jahat then bila dia keluar pasti akan kena ludah oleh orang ramai sebab rasa dia adalah perempuan yang betul-betul mother fucker jahat. LOL. Realitinya masyarakat kita terlampau terbawak-bawak ngan keberkesanan lakonan mereka jadi mereka nak pelakon tu betul-betul sama cam lakonan mereka. Sedangkan ramai kita nak pelakon-pelakon jadi profesional tapi kita sendiri tak leh jadi profesional dalam bab-bab cam nih. Kita kena accept realiti bahawa lakonan itu ialah kerjaya mereka. So kalu kita minat kat pelakon tu it refer kita respect kerjaya dia dan kehidupan luar lakonan tu hak milik pelakon tu sendiri secara pribadi ar. 




Okey, aku dah start melencong.




Sejujurnya series Nur Kasih memang cerita yang best sebab pengarahan dia berjaya, pelakon dia berjaya, penghayatan watak berjaya, skrip dia cantik, cinematography dia cantik so gabungan tu semua menjadikan ia cerita yang berjaya.

Cuma aku tak leh terima beberapa perkara lagi ar cam after tamat jer cerita tu then berbaris-baris ar cerita yang bertemakan Islamik ni timbul. Aliff Firdaus ar, Ustaz Amirul ar dan banyak lagi ar. Pendek kata ada jer watak ustaz dalam mana-mana drama after that. Apa matlamat cerita ni semuanya? Nak memperkembangkan drama Islamik or nak mengikuti kejayaan series Nur Kasih? Plus Nur Kasih ni cerita Islamik ke? Hmmm...

Second tentang cerita Islamik mesti ada perempuan bertudung je ke? Sama cam bila Yuna muncul dalam industri muzik negara dulu ramai yang tak leh nak terima penampilan dia ngan tudung dia tu sebab previous singer bertudung cam Waheeda and Bienda (hmmmm) bawak tema Islamik ngan muzik unta padang paseeer. Bila artis dah bertudung then kena tukar jadi pengacara rancangan Islamik ar lagi sehingga ada sorang kawan aku yang non Muslim ni pasti akan tukar channel each time tengok girl bertudung sebab dalam mind set dia dan most of Malaysian kata: bertudung=Islamik.

Realitinya tudung bukan makna baiknya seseorang tu. Tapi thanks to Shiela Rusdy ngan kreativiti dia ngan suami yang buat drama yang menjadikan orang bertudung as sama je cam orang biasa. Ia leh jadi ibu mertua yang kejam, minah kuat mengumpat etc.












So apa cerita Islamik ni? Aku pun tak tahu sejujurnya. Tapi bagi aku cerita Islamik yang baik akan membawa penonton melihat dunia dari perspektifnya yang tersendiri. Sebab bagi aku dah tiba masa untuk kita sedar bahawa musuh sebenar bukan apa yang ada di luar tapi sebaliknya kelemahan yang ada dari dalam. 

Sama cam jatuhnya kerajaan Melaka dulu bukan disebabkan kuatnya serangan pihak Portugal tapi disebabkan pepecahan yang berlaku dalam kerajaan Melaka itu sendiri. Kalau korang tak faham moral values ni then percayalah yang aku sendiri pun tak tahu apa yang jari aku sedang taipkan sekarang ni. Hmmm..

Wednesday, June 15, 2011

X for Accidente

Apa perkara pelik yang korang suka tapi korang tahu the end ia akan bagi effect teruk pada diri korang kelak? Bagi aku selain enjoyed menonton online free porn, aku sangat suka layan feel accident. Bodohkan tapi feelnya sama cam naik roller coaster yang buat jantung berdebar-debar kuat sehingga rasa cam nak melambong keluar. Cuma kalu naik roller coaster then kita akan tahu kita akan berada di penghujungnya ngan selamat dan kemalangan belum pasti lagi.

 
Last few day seorang kawan yang bernama unik: MANJA terlibat dalam kemalangan yang melibatkan dia yang menaiki kereta dan sebuah motosikal. Thanks goodness tak ada apa-apa besar berlaku pun. Membuatkan aku teringat  zaman aku kerap kemalangan dulu jer.

Entah apsal masa baru-baru je dapat lesen motosikal dulu selalu sangat kemalangan. Al maklum kira lesen tu kira cam lesen kebebasan gak ar cuma tak ada pendapatan sendiri je lagi. Akibatnya masa tu memang xcident je kerja aku. Baru satu accident then 2 minggu accident lagi. Pass tu accident lagi. Sehingga kalu jumpa kawan yang dah lama tak jumpa then soalan pertama ditanya "Aj, ko masih accident lagi x?" plus tak terkecuali orang sangat susah nak pinjamkan aku vehicle sebab takut aku akan mengkemalangannya kelak.. Hmmm..

Accident tu plak bukannya rasa cam makan epal hijau tapi haram, effectnya lain. Patah itu ini. Retak itu ini. Jahit itu ini. Itu belum lagi masok bab nak mengatur kerosakan motosikal.. Hmmm..




Beberapa series of kemalangan tu membuatkan aku leh hasilkan beberapa rumusan cam: berhati hati ialah sifat utama yang membolehkan membawa kepada kadar kemalangan yang tinggi. Hmmm.. Korang tak baca salah kali ni. 

Sebab after that bila aku dah start bawak motosikal or kereta cam jalan raya kat Malaysia ni mak bapak aku yang punya, aku dah tak kemalangan lagi. Yap, memang ar kadar korang kena hon or kena maki hamun tu tinggi tapi korang kena fikir either nyawa korang plus kerosakan kenderaan anda or nyawa plus kenderaan orang lain yang korang tak kenal dan tak berpotensi jadi sebahagian ahli keluarga korang lebih penting? Hmmm...

Plus moto aku setiap kali memandu ialah anggap kita sedang main game cam Need For Speed as kereta kiri kanan kita sebenarnya sedang bersaing ngan korang dan matlamat utama ialah menang bila sampai ke destinasi. Then jadikan what ever kenderaan korang guna as a part of diri korang. Tapi kalu korang anggap diri as watak dalam Knight Rider yang kereta leh cakap then korang paranoid r.. Hmmm...






















Tapi as time goes by aku dah belajar tentang tanggungjawab dan nilai-nilai lain then kita mulai rasa kata dr Seuss: a person is a person no matter how small it is menjadikan aku lebih menjadi pemandu berhemah dan bukannya pemandu berkhemah.. wakaka

Buih & Bulu

Tadi layan berita then ada part sorang menteri ni buat ulasan tentang satu projek ar. Perhati tepi bibir dia each time bercakap then pasti akan ada buih-buih putih. Ini tak ada kaitan ngan spekulasi nak jatuhkan individu or mana-mana parti politik ar cuma ia suddenly mengingatkan aku balik pada sorang cikgu aku masa sekolah rendah dulu jer. Hmmm..

Waktu tu aku darjah tiga lagi. Sekolah pulak kat Sekolah Rendah Bantuan St Anne Sarikei. Dia cikgu BM dan kebetulan cikgu kelas kami sekali. Dan aku ni pulak jenis yang sangat mudah terganggu perhatian bila ada 'benda luar biasa' depan mata. So dipendekkan cerita each and everytime dia ada aku tak pernah dapat fokus pelajaran. Otak aku hanya set berapa lama lepas dia cakap then tepi bibir dia akan ada buih-buih putih dan makin lama dia cakap makin besar ar buih tu.

Dan aku rasa bukan aku sorang jer yang distracted by bubbles dia sehingga dia makin banyak cakap setiap kali masok kelas kami orang sebab mungkin semua orang tengok dia penuh tekun aka tengok bubbles dia jer.

Akibatnya sebelum tu aku selalu dapat nombor berbelas jer then tahun tu aku asyik-asyik dapat nombo-nombor terakhir je (alasan je r tu) sehingga tahun kemudiannya aku dipindahkan dari kelas terbaik ke kelas ketiga aka kedua teruk.. Hmmmm....









Sewaktu kat sekolah menengah plak ada accident yang kira seangkatan gak ar. Dia tu cikgu pelatih perempuan. Dan satu hari tu entah apsal dia pakai blaose yang tak ada lengan tapi covered ngan knitted cardigan yang berongga ar. Dan hari tu kami distracted once again bila perasan ada rambut-rambut yang sedikit panjang keluar knitted cardigan pada bahagian armpit dia plak. 


Dan selepas hari kami classmate lebih fokus memasang niat untuk memastikan dia angkat tangan jer each time mengajar dan ketawa bila dia dah keluar dari kelas... Wakaka..













Bila teringat balik peristiwa cam tu jadi ketawa plak. Masa tu pun masih kecil dan otak pun masih kureng lagi. Tapi bila dah dewasa ni kita mulai sedar banyak perkara. Ada orang yang memang memperjuangkan perkara pelik-pelik cam tu dan pelik ialah perkara yang biasa. Sekaligus yang tak pelik tu pulak yang jadi luar biasa.









Plus semua orang berbeza dan tersendiri apa. Kita kena lah terima semuanya seadanya. Kan?

Monday, June 13, 2011

Mutiara Yang Berkata-kata

Tak ada mood nak menulis sebenarnya. Ada something berlaku tengahari tadi tapi tak nak share. Cuma aku yakin korang pasti akan setuju kalu aku kata most of kekuatan dalaman yang korang akan dapat adalah daripada stuff that no one never ever told it to you guys but you did configured it by yourself by experience. Rite? Layan je r benda alah ni.. hmmmm


Ada banyak lagi sebenarnya. Kalu korang nak gi site dia di: 











Hmmmmm

Sunday, June 12, 2011

Nama

Each time aku sebut nama aku: Naziruddin dalam new environment then pasti akan keluar nama-nama baru lain yang mereka akan guna untuk panggil aku aka orang sangat susah nak pronounce nama aku sebetul-betulnya. Ada yang bertukar jadi Nazruddin, Nazaruddin, Nazriruddin, Nazruldin or paling tersasar jauh jadi Dinding (ini kawan Cina aku punya angkara r).  


So all of the time aku akan guna nama AJ je as nama yang paling simple and paling senang nak disebut. Maka AJ r nama aku dari kecik, zaman sekolah, zaman universiti, zaman kerja or kat mana-mana sekalipun. Family members panggil aku AJ, kekawan panggil aku AJ, Cikgu cikgi panggil aku AJ, Bos aku panggil aku AJ then mana-mana sekalipun AJ ar nama aku. Sehinggakan kalu ada part someone sebut nama sebenar aku then aku sendiri pun kekadang lupa...  terlampau ar cam tu. Hmmmm..

Kekadang ada gak fikir yang susah payah parents pilih nama then sesenang jer panggil aku AJ. Nazir tu asalnya dari nama moyang sebelah emak aku. Memang nama Banjar betul-betul ar tu.
.
Ada part aku cuba gak guna nama lain contoh keadaan cam kalu ada group tabligh datang or orang cam alim ulama tanya nama aku then aku guna nama 'Nazir'. Bunyikpun sedap dengar. Kalu aku letak nama AJ kang nanti kena ceramah agama lebih teruk aku kang.. wakaka
Kekadang ada gak yang try panggil aku ngan pendekkan lain tapi tak berjaya. Ada yang pernah guna Naz, Nazi, Rudi, Rj pun tak berjaya. Or worst bila ada panggil aku Din tapi aku tak layan ar sebab aku tak layak guna nama semulia tu.. Hmmm...





...




There are several girls ni, pernah tanya aku satu soalan "Aj, ko refer girl free hair or pakai tudung?". Aku kata mana-mana pun aku tak kisah sebab kalu dah jodoh nak wat cam ne r kan. Aku waktu tu tak r sosial mana pon cuma aku kurang limitasi lelaki-perempuan ar. Diibaratkan kalu film setakat 18SG or 18PL lagi ar. Belum part kena censored or kena potong terus r bab tu. Hmmm..

Then satu hari ni aku nak balik ke UKM dari Kajang. Tengah tunggu bas then ada sorang girl ni suddenly tanya tentang bas yang akan masok UKM. Firstlynya aku tak perasan pun dia kat situ. Sebab dia pakai baju kurung ngan tudung labuh lagi. Plus agak pelik untuk dia refer tanya kat aku daripada ramai lagi girl sekitar. kemudian aku jawab dan kami terus bercakap sehingga bas datang, dalam bas dan sehingga sampai ke destinasi dia.


Antara perkara pertama yang kami bualkan ialah hal nama. Aku tak akan lupa bila dia tanya makna nama aku. Aku tak akan lupa nama dia dan aku tak akan lupa dia..






...





Nama ialah onething yang membezakan manusia ngan plenty of fish kat lautan, serangga kat muka bumi,  burung-burung kat angkasa or biri-biri kat New Zealand. Im not sure kalu dalam bahasa haiwan-haiwan tu mereka ada nama then lain cerita ar. And even dalam bacaan aku tentang psikologi ni: ciri yang ada pada nama yang sering digunakan oleh individu akan mempengaruhi sikap mereka. Wow isn it?

And kalu tak silap aku dalam Islam gak (kalu silap betulkan) ada kata kalau nama yang diberikan tu tak sesuai untuk diri seseorang then badan kita akan  menolaknya sendiri. 






Dan betapa pentingnya nama ni sebab kat akhirat kelak individu akan dipanggil as makna yang ada pada diri dia tak kira nama tu nama Arab ke, Melayu ke, Cina ke, India ke janji nama tu mesti ada makna yang baik. Ada orang yang nama yang maknanya lurus jer cam ketua yang baik, cahaya keimanan, kecantikan, pemimpin yang dikasihi, hamba Allah, kekasih Allah etc.










Dan nama aku pulak maknya cukup misterius: 'Perbandingan Agama'















Dan aku yakin ia tak dicipta secara kebetulan je kan?