Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

Rashidi & Sekolah

Khutbah Jumaat yang lepas Khatib talks about trending issue iaitu sesi sekolah yang baru bermula dan bagaimana peranan ibu bapa dalam membangunkan sahsiah anak mereka sendiri. Entah apsal suddently ia buat aku teringat tentang seorang budak lelaki yang bernama Rashidi yang tak tahu eja nama dia. Setiap kali dia eja nama dia then ia akan jadi R-A-S-She-Dee-Yee. Dia bukan ahli keluarga. Bukan juga saudara.  Tapi sorang anak kecil yang tak ada ibu bapa yang membesar dari saat dia kenal dunia di rumah anak yatim piatu. Hmmm..


Anak buah aku si Puteri tu baru masuk darjah 1 beberapa hari lepas. Dia sangat manja dan emak dia sangat suka memanjakannya. So tamat jer sesi tadika dulu dah banyak barang sekolah yang dibelikan. Even masa hari pertama sekolah si adik ni bukan main bersemangat lagi nak ke sekolah sehingga bangun cukup awal dan cepat (second day dah buat hal dah wei) dan emaknya tunggu kat sekolah gak untuk sejam dua. 



Ia buat aku terfikir cam mana kisah Rashidi dan anak-anak yang senasib dengan dia pada hari pertama persekolahan..? Adakah mereka juga cukup tak sabar seperti kanak-kanak yang lain..? Atau pada hari pertama mereka bersekolah tanpa ada sesiapa yang menemani. Lebih teruk bila melihat rakan-rakan lain datang bertemankan ibu bapa untuk sejam dua. Atau ketika waktu pulang tak ada sesiapa yang menunggu mereka. Hmmm..









Aku rasa kita terlalu mementingkan diri sendiri. Kenapa kita tak nak mencurahkan sedikit kasih sayang kepada mereka yang tak punya sesiapa untuk menyayangi mereka seperti anak kita yang punya ibu dan bapa..?



















Ketika Rashidi pegang tangan aku, genggaman dia erat. Kuat. Seolah-olah dia tak nak aku terleka seketika dan kemudian terhilangkan dia. Tak seperti kalau aku pegang tangan anak-anak buah aku. Malah diaorang cukup suka menolak sebab mereka tahu yang aku akan tetap ada disitu. Hmmm

Saturday, June 25, 2011

Aku Jumpe Naim

Aku sangat-sangat tak suka gi Sarikin (kawasan almost sempadan Sarawak-Kalimantan). Sebab dah ar tempat tu jauh, jalannya bukan wokey sangat, panas, tak ada benda menarik untuk aku dan aku ialah pemandu utama sepanjang perjalanan 2 jam pergi dan 2 jam balik. Ari ni tadi bapak aku ajak gi so nak tak nak terpaksa gak. So habis je satu pusingan masa nak balik kereta then tengok sorang mamat ni. Muka cam familiar gak ar. Ceh, Naim.


Naim ni sama intake universiti aku dulu. Dia ambik linguistik BM dan aku plak general linguistik. Kami duduk satu kolej kediaman: Ungku Omar. Walaupun kami tak ar rapat mana pun tapi ada masa memang borak-borak ar especially satu issue ni. Memula jumpa dia kata cam tak percaya plak besar-besar Malaysia leh jumpa kat sempadan Indonesia plak. Dia kebetulan cuti 3 hari datang Sarawak. Esok kena balik Perak sebab dah start mengajar balik. 

So bila dah 6 tahun tak jumpa then cakap-cakap ar beberapa issue. Then dia kuar satu soalan:


"Ko masih merajuk ngan Daus lagi ek?"


Aku ketawa besar. Biarkan soalan tu terus tergantung. Rupa-rupanya kami masih share issue yang sama lagi..


























Then terfikir what if kalu aku terjumpa Daus dan dia tanya "Aj, ko masih merajuk ngan aku lagi ke?" 

















Then apa aku nak jawab? Hmmmm..

Friday, June 24, 2011

Janji

Antara perkara penting yang aku belajar sehingga mencecah usia 26 tahun ni ialah: most of people sangat suka pada orang yang gemar bagi puji-pujian dan janji-janji walaupun realiti mereka tahu ia adalah pujian palsu dan janji yang kosong refer than people yang tak nak memuji kalu tak ikhlas dan tak nak berjanji kalu tak dapat turuti. Sebab bagi mereka pujian tu umpama kata semangat dan janji tu seperti hope/harapan. Hmmm..


Aku bukanlah sorang lelaki yang suka bagi janji itu ini pada sesiapa. Yap, kadang kala aku secara tak sengaja memang akan bagi janji or something yang leh buat korang fikir cam aku berjanji pada korang. Tapi percayalah yang most of the time aku tak suka berjanji.


...
 

Tadi baru habis layan Imam Muda 2. Hari ni mereka melawat rumah orang tua. Entah apsal aku teringat satu peristiwa. Masa tu aku tengah buat kerja sosial kat rumah kebajikan dan orang tua di Selangor. Ada sorang lelaki tua Cina ni, dia suka sangat bercakap ngan aku sepanjang satu hari tu. Mungkin sebab aku satu-satunya pelajar yang benar-benar dengar cerita dia.

So before tamat program tu, dia pegang tangan aku. Dia mintak aku janji untuk datang situ lagi jumpa dia lain kali. Dan aku kata ya.



















As time goes by aku sedar yang aku tak menepati janji tu. Hmmmm...

Tuesday, July 13, 2010

Politik ooh Politik

Lately sebab aku kekal setia ngan dunia pengangguran aku then masa yang terluang sangat2 banyak. Then semalam aku gunakannya ngan bwat marathon STARWARS. Pasti korang yang pernah layan cerita ni tahu betapa cerita ni menunjokan betapa si ANARKIN ni telah menjadi mangsa ahli POLITIK kat far-far away GALAXY tu.


Semua orang tahu yang aku sangat2 kureng kalu bab POLITIK ni. Sebab aku x nak jadi mangsa cam ANARKIN then aku dengar je r arahan MASTER YODA (wakaka). Then aku x register under mana-mana parti politik or x akan join POLITIK even POLITIK pejabat or what ever apa pon. (Yap, previous job punya office politik quite SUCKS)

Pasal tadi layan BULETIN UTAMA then isu sekarang ni ialah GOVERN sedang serang mati2 kat MB SELANGOR pasal isu air, pasir dan makhluk halus kat tempat peranginan yang bwat 5 org mati (?). X nak r ulas lanjut nanti ttiba jer aku jadi KAMBING HITAM masok ISA. Naya plak. Aku cuma terfikir r what if that kalu SELANGOR x kalah dalam pilihanraya yang lepas. Agak2nya ia akan tetap jadi issue or semuanya akan just senyap? Bwat donno?

Sebab bila fikir2 balik tentang POLITIK tanahair ni cam kureng jer. Bila start nak pilihanraya then banyak r janji2 pembangunan. Nak bwat itu r bwat ini r tapi last2 bila menang cam x da perubahan jer. YB pon hanya nampak batang hidong masa nak pilihanraya jer. Al maklum r area dia panas x cam kat bilik office dia ada iarcon. Then bila buat perhimpunan start r caki maki parti lawan. Soooo x profesional. Kalu dah kalah then start r cari setiap inchi kelemahan pihak lawan. Then masok berita. Kata itu ini sebab nak tarik balik undi orang. Yang kadang2 jadi lawak bila ada issue tu dikeluarkan kata disebabkan oleh PARTI PEMBANGKANG ni punca cam kemiskinan, penebangan hutan haram, sedut pasir haram tapi realitinya dah start awal sebelum mereka tukar seat DUN/PARLIMEN lg. Apa kes ni? Sengaja bukak pekung di dada sendiri. 


Tu r kekadang malas nak layan POLITIK ni. Cam x matang. Dari tampuk atas sehingga ke akar umbi. Dan yang lebih teruk ialah pengikut parti politik dikalangan orang kelas pertengahan dan rendah. Buta tuli bergadoh mati2, putus saudara, hilang harta etc semata2 nak mempertahankan parti POLITIK mereka sedangkan pemimpin x ambik peduli pon. 



Im wishing for a politik negara yang lebih matang dan bukan saling menjatuhkan. Bak kata WONDERPET kan bagus kalu kita semua KERJASAMA. Then ada 1 lagu ni yang aku x ingat sapa penyanyi dia dan tajuk lagu dia tapi ada part of the lirik bagitau "Kalau semua orang nak gaduh, jadi Malaysia kita sapa nak jaga?"








Kata2 akhir dari OBI WAN KANOBI "Jangan campur ngan orang poitik pasal mereka sentiasa ada agenda untuk kepentingan sendiri jer..!!" Hmmm..