Friday, June 24, 2011

Janji

Antara perkara penting yang aku belajar sehingga mencecah usia 26 tahun ni ialah: most of people sangat suka pada orang yang gemar bagi puji-pujian dan janji-janji walaupun realiti mereka tahu ia adalah pujian palsu dan janji yang kosong refer than people yang tak nak memuji kalu tak ikhlas dan tak nak berjanji kalu tak dapat turuti. Sebab bagi mereka pujian tu umpama kata semangat dan janji tu seperti hope/harapan. Hmmm..


Aku bukanlah sorang lelaki yang suka bagi janji itu ini pada sesiapa. Yap, kadang kala aku secara tak sengaja memang akan bagi janji or something yang leh buat korang fikir cam aku berjanji pada korang. Tapi percayalah yang most of the time aku tak suka berjanji.


...
 

Tadi baru habis layan Imam Muda 2. Hari ni mereka melawat rumah orang tua. Entah apsal aku teringat satu peristiwa. Masa tu aku tengah buat kerja sosial kat rumah kebajikan dan orang tua di Selangor. Ada sorang lelaki tua Cina ni, dia suka sangat bercakap ngan aku sepanjang satu hari tu. Mungkin sebab aku satu-satunya pelajar yang benar-benar dengar cerita dia.

So before tamat program tu, dia pegang tangan aku. Dia mintak aku janji untuk datang situ lagi jumpa dia lain kali. Dan aku kata ya.



















As time goes by aku sedar yang aku tak menepati janji tu. Hmmmm...

3 comments:

Muhammad said...

dia minta

"jangan lupakan saya ya"

Aj: Makhluk Tuhan Paling Seksi said...

kalu dia minta janji cam tu so maknanya aku masih tepati lagi r kan

Muhammad said...

yups