Tak kira apa fahaman politik korang or tak kira apa bangsa korang or apa kepercayaan agama korang, aku sangat yakin kita semua berkongsi idealogi bahawa: kita tak suka diganggu each time kita tengah syok layan movie, drama and especially masa kat panggung wayang.
Pernah satu malam tu aku ngan group of friends ni layan movie sesama. Tapi disebabkan seat satu baris tu cukup-cukup jer untuk mereka so aku satu-satunya terpaksa dudok sesorang kat baris depan. Dan aku di apit orang 2 couple yang tengah bersemarak rasa asmaradana diaorang. So most of the time aku leh dengar bunyi 18SG ngan bunyik ciuman dan dari anak mata aku leh nampak aktiviti 'bermoral' mereka tu. Dan kekawan belakang just ketawa. DAMN. Selamat hari tu bestday aku.
Pernah ada bbudak buat bising cam wayang tu mak bapak diaorang ada share jer.
Ada young parents yang nak bawak sekali anak yang 2-3 tahun masok hall then menanggis sepanjang tayangan.
Ada orang yang sangat berkepala besar leh duduk depan aku.
Ada hall yang bau cam bau kencing.
Ada yang setiap 5 minit gi toilet dan kebetulan dia sebelah kita so terpaksa bagi ruang.
Ada yang menjerit nada soprano duduk plak betul-betul belakang kita..
Itu faktor-faktor luaran so nak tak nak leh terima lagi. Tapi kalu faktor dalaman tu lebih sakit hati bila ada kawan jenis yang banyak tanya. "Eh, cam mana dia leh ada kat situ?", "Eh, siapa lelaki tu?", "Eh, ko rasa dia kahwin tak nanti" etc. Macam kita ni kaunter pertanyaan.
Itu belum masok kawan serba tahu. Tengah syok layan satu scene then terus je dia bagitahu apa berlaku kedian, or belum apa-apa lagi dia dah bagitahu ending "Ko jangan risau, nanti semua orang mati". Membuatkan mood kita nak layan keseluruhan movie tu terbantut.
Or kekawan yang terlebih EMO bila layan movie ngan maki hamun all the time. Bila scene buat dia marah dia maki, scene buat dia terkejut dia maki, scene romance dia maki, scene mati yang buat dia sedih pun dia maki. Pendek kata sepanjang dalam hall tu memang menambah dosa je kerja dia ni. Hmmm..
Soalan bonus buat aku:
Apa bad habit yang selalu korang buat each time tengok wayang?
Kalu aku: semua di atas kecuali bab romance.. wakaka.. sukati aku ar nak buat apa pun, aku bayar tiket apa... hmmmm..
3 comments:
terus terang cakap.me mmg tiada bad habit.
cuma tu lah.bila orang lain bad habit.rasa cam nak tikam n katok dengan kayu jerk.(cam cerita scary movie).
tapi bila orang buat bad habit.mmg stress.Bayangkan pergi tgk wayang..pastu bawak baby !!.Yeaiiii,sedang syok nonton transformer ( yg me berjaya dapatkan tiket selepas seminggu tayangan).boleh plak baby dia nanges meraung.yuhaiiiiiiiiiiii...nasib baik bapak dia bawak keluar cepat.jika tak..mmg me jadi 'Decepticon'nanti.
tapi sayanglah.sikap n perangai melayu muda di kl nieh.mmg tahap beruk gua niah lagi.dengan bising,memekak,gelak tgk henggat dunia.Mereka ingat cool lah tu.buat bising dalam panggung.Ala lampu gelap,boleh lah.cuba lampu on ??.nak berdecit pun segan...mmg sedihhhh !!
Ada istilah psikologi kata: rasa kuat dalam kumpulan. Bila dlm kumpulan mereka rasa hebat, kebal etc tapi bila sorang jadi buduh baghral.
btw tiad bad habit kira bad habit gak ar kan... wakaka
yups..setuju.
Attention-seeking Personality Disorders,nieh mmg ramai yg buat.Yang pelik,jika nonton film hollywood or chinese mmg tiada ganguan.
cuba tayang filem mat rempit dan ala-ala citer pasal budak flat.Wah,mmg haru panggung.
Post a Comment