Memula dengar ada rancangan 'The Naked Chef' dulu-dulu terus jer tertarik nak tengok. Terfikir dalam otak yang chef ni mesti totally shirtless ngan pakai apron jer. Tapi bila dah tengok rrupanya chef tu sorang English man yang totally English siap penuh ngan English accent lagi. Batal niat.
Aku seorang lelaki yang kuat makan dan kuat pemilih dalam bab-bab makanan ni. Kalau korang kuar lepak makan ngan aku then first thing aku akan cakap bila makanan dah sampai ialah: kurang itu, kurnag ini, terlebih itu, ini etc. Even kalu makanan tu perfect then mesti jer ada spoil cam customer service sangat teruk. So that why aku refer lepak Mc D jer. Makanannya tak lah Super B sangat cuma ia biasa-biasa yang leh buat aku tak komen banyak. Tamat cerita.
Sisi lainnya pulak aku ialah seorang yang suka memasak tapi aku tak pandai memasak. Bila ada part orang puji masakan aku sedap then aku sangat yakin mereka tak memaksudkannya aka sekadar ambik hati or ada niat lain: malas nak masak.
So bila ada masa terluang layan AFC or TLC kat ASTRO tengok River Cottage or mana-mana lelaki yang pandai masak then rasa sangat jeles. It not gender bias punya statement r tapi sebab aku lelaki then bila tengok mamat lain pandai buang-buang barang then hasilnya cam sangat sedap rasa quite jealous r. Rasa cam kan best kalu aku pon cam tu.
Previously bila balik rumah Abah Haji (uncle) ni, anak-anak laki dia semua pandai masak. Sorang jadi chef kat satu resort kat Hulu Langat and sorang lagi masak untok jual kat pasar malam. So setiap hari berada kat rumah tu memang akan disajikan ngan makanan yang sedap-sedap jer. Al maklum makanan yang nak dijual tu disediakan sikit untuk kamiorang as tetamu. Dan bila bab masak-masak ni, isteri dia cuma sediakan bahan-bahan jer. Bab masak semua suami dia aka cousin aku tu yang buat.. Fuuuh...
Teringat zaman universiti dulu ada ikut kursus keusahawanan ni r. Model utamanya based on satu bakery kat UKM ni r. So sesi praktikal kami gi belakang bakery dia. Owner dia lelaki dan semua resipi tu dia yang buat dan roti sana semua dia yang baked. Gosh pengalaman hari tu sangat tak dapat lupa r. Membuatkan aku berada kat awan berangan nak ada bakeri sendiri nanti.. Hmmmm...
Beberapa bulan lepas, beberapa episode puding yang aku cuba jayakan tak menjadi. Lama gak berhenti. Last 2 day aku try masak pizza. Last-last menjadi. Hari ni masak lagi. Menjadi lagi. Bertambah motivasi. Nanti nak try bake loaf, muffin, ginger bread etc. Hmmm..
4 comments:
jika u minat sains moden dan kimia.
maka u ,memang bolehhhh memasak !!!
hmmmm.. tapi disebabkan aku dari art site then banyak masakan aku jadi terlebih berbunga-bunga kot... terlampau sastera... wakaka
hahahahaha...
tak pa
sure deco n design makanan,.you cantik.
lebih hiasan dari makanan.. Kira cam orang jepun yang lebih refer to hiasan pada makanan ek
Post a Comment