Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

Thursday, November 13, 2014

Seekor Ironi Bernama Prosiasis

Kalau kau ialah penghidap psoriasis (or apa-apa penyakit sekalipun realitinya) then akan ada sentiasa individu-individu prihatin di sekitar yang akan ringan mulut untuk bagi nasihat, pandangan, cadangan tentang kaedah atau ubat-ubatan yang dikatakan mampu mengubati sakit kulit kau tu. Mereka akan kata adik dia, abang ipar, jiran sebelah rumah, kawan kepada abang, bekas awek kepada roomate zaman kolej etc pernah ada sakit kulit macam kau (realitinya ia adalah campak, alergi, kurap, eczema etc) dan orang tu pernah pakai minyak janin, makan ular, rendam air laut, jumpa bomoh tu, jumpa pawang ni bla-bla-bla dan sembuh. Matlamat mereka sangat baik sebenarnya tapi kalau kau jumpa manusia yang berperangai yang sama setiap kali kau jejak kaki keluar rumah then ia sangat annoying dan merimaskan. Hmmm..


Nasihat aku fikir paling tak boleh blah ialah tentang stress. Stress ialah antara penyumbang terbesar kepada pertumbuhan kulit psoriasis. Waktu sekolah dulu kalau masa nak exam tu garenti kulit psoriasis akan bertambah aktif. Bila dah besar semua benda akan menjadikan sesiapa pun akan stress. Bagitahu aku siapa yang boleh tak stress dalam satu hari? Harga minyak naik. Harga barang naik. Jalan jem. Kereta buat hal setiap hujung bulan. Setiap petang ribut. Boss perangai macam cousin setan. Jerawat tumbuh kat pipi. Nombor plat kereta tak ikut spesifikasi JPJ. ASTRO asyik main rancangan yang sama berulang-ulang kali. Aman dapat second place kat Akademi Fantasi etc. Semua perkara boleh buat sesiapa pun stress. Jadi nasihat yang bagi aku paling tak boleh blah ialah jangan stress.



So aku buat 2 analogi ni yang semua yang punya psoriasis pasti setuju ar.

1. Expectation:



It seems like: Apabila otak stress then psoriasis jadi teruk. Apabila pssoriasis teruk then kita pun jadi stress. Dan ia berulang-ulang tapi:



2. Realitinya:



Apabila psoriasis tumbuh then otak start stress dan apabila stress then psoriasis jadi teruk. Apabila psoriasis jadi teruk then stress jadi lebih teruk. Apabila stress jadi lebih teruk then psoriasis jadi jauh lebih teruk dan seterusnya.













Kesimpulannya: Aku tahu niat korang baik dan nak membantu je cumanya ada masa ubat ialah antara benda terakhir yang kami cari. 

Saturday, June 9, 2012

On Air: Turn Off Mode

Imagine korang ialah pengacara nombor satu negara yang sangat-sangat nak cari apprentice yang leh mengganti or sekurang-kurangnya leh memeriahkan industri pengacaraan yagn bari korang sangat tandus dengan pengacara serba boleh cam korang. So korang gi serata negeri di Malaysia dan korang pilih 20 peserta terbaik. So apa yang korang akan buat pada minggu pertama sesi pencarian apprentice korang tu? Jawapan: korang singkirkan 2 orang terus.


Jujor aku kata yang aku suka tengok masa temuduga negeri-negeri tu. Paling best tengok rakyat Malaysia yang  suka buat perkara pelik-pelik. Even ada yang menanggis cam mati emak jer sebab tak dapat masuk bilik temuduga or worst datang situ then menanggis nak promosi tentang kucing. Erk.

Kemudian sesi penyingkiran untuk mendapatkan 20 terbaik pun best gak sebab waktu tu kita leh judge sapa yang sekadar ada rupa tapi otak kosong. Benda-benda basic pun fail so kalau dah mengecarakan apa-apa segmen nanti then lebih-lebih fail cam sesetengah DJ radio berbahasa Melayu yang tertentu tu yang bagi aku duh, otak budak sekolah rendah jer..

Then beberapa bulan berlalu untuk mengantikan MANIA yang apa-apa entah tu so datang balik ON AIR ni. Tugasan pertama cam okey gak ar cuma yang peliknya baru minggu pertama kelas yang mostly semua appretice tu x ada apa-apa basic pengacaraan then terus kena singkir. Tak jumpa lagi apa bakat dia then terus kena singkir hanya disebabkan satu tugasan yang dia x berjaya buat jer.

It cam kita nak ambik peperiksaan awam SPM tapi baru seminggu belajar kat sekolah then kita terus kena buang dari sekolah oleh pengetua atas alasan korang tak berjaya memperlihatkan diri as seorang yang akan menjadi manusia berjaya sebaliknya lebih sesuai jadi pekerja majlis perbandaran jer. Mana adil kan?






Next minggu kedua ngan tugasan yang jauh berbeza ngan tugasan pertama. Buat aku yakin yang ON AIR ni memang ada yang tak kena. Selain penyingkiran dalam skala besar dalam masa yang singkat, ia juga menjadikan apprentice yang sebahagian memang berbakat tu jadi hancus. Sebab apa? Sebab it seems like rancangan ni nak mencari individu yang boleh menjadi pengacara multi tasking jauh lebih hebat dari Pak Nil sendiri.

Memang ar kat Malaysia ni ada pengacara yang multi tasking yang leh jadi DJ radio dan pengacara rancangan hiburan or bual bicara sebab ia tak jauh lari sangat bidangnya. Tapi imagine what if kalu Karam Sing Walya mengacara Melodi or AC Mizal membaca berita warta perdana. Memang ar boleh tapi kadar kepercayaan penonton akan kurang. It either Melodi akan jadi membosankan or orang x akan percaya berita lagi. Wait, memang ramai yang dah x percaya berita sekarang ni apa... wakaka












Mungkin gak pengaruh The Hunger Game masih kuat lagi dalam diri aku then aku lihat rancangan realiti ni memang sama jer ngan novel trilogi tu. Ada yang sanggup pura-pura bercinta, ada yang pura-pura menanggis, pura-pura pengsan, pura-pura itu ini semata-mata nak jadi juara dan menaikkan populariti rancangan.









ON AIR sebuah rancangan realiti yang fail. Tamat. Hmmmm.

Wednesday, May 23, 2012

Debat Budaya Barat

Waktu aku first time dengar sorang pak menteri kuar statement "Debat ialah budaya barat.." then aku terkejut pasal rerupanya selama ni aku dibesarkan ngan budaya barat sebab kat sekolah dulu kami pernah diajar dan berlatih debat. Maka kami sedang mengamalkan budaya barat. Duh, ni buat aku rasa marah pada mereka-mereka yang mengubal dasar-dasar pendidikan yang masukkan budaya barat kat minda budak sekolah. Hmmmm..


Tapi bila aku tengok Debat PTPTN last night kat ASTRO AWANI between Rafizi dan KJ buat aku mempersoalkan balik tang mana part budaya barat dalam berdebat ni? Adakah ia dikira budaya barat disebabkan kedua-dua Debater tu berbaju kemeja ngan blazer dan sepatutnya berbaju Melayu or mereka berdua tak menggunakan pantun, seloka, gurindam dan sebaliknya hanya peribaha 'Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..' ?

...

Debat PTPTN malam tadi seharusnya menjadi satu titik tolak yang positif dalam keterbukaan minda oleh masyarakat Malaysia dan Malaysians seharusnya memuji usaha yang dilakukan Rafizi dan KJ yang sanggup sekali lagi berdebat malah kali ni ditonton secara terbuka oleh keseluruhan rakyat Malaysia yang mahu melihat apa sebenarnya berlaku. 

As moderator malam tadi kata demokrasi bukan just sekadar kebebasan membuang undi malah bagaimana masyarakat bebas menerima informasi. Sebab selama ni kita tahu bahawa semua media arus perdana di Malaysia adalah umpama HARAKAH versi BN so kita tak akan tahu kewajaran satu-satu informasi melainkan dari sumber alternatif yang once again BN kata sebagai sumber yang boleh diragui kesahihannya. Maka untuk mendapatkan sumber yang kesahihannya tak diragui maka media arus perdana harus terbuka cam malam tadi ar.

Melalui usaha cam debat malam tadi at least leh buat kita tahu sejauh mana pemimpin yang bakal kita pilih mampu menyuarakan dasar parti mereka yang seterusnya akan mempengaruhi kehidupan kita keseluruhannya. Ia membolehkan kita tahu sama ada pemimpin kita sebenarnya bijak dalam melontarkan idea tanpa suntingan video atau sekadar bijak membalas kata-kata tapi sebenarnya kosong.



















Tapi paling tak boleh blah malam tadi ialah bila pusingan ketiga di mana KJ diminta tanya soalan kepada Rafizi dan soalan yang sepatutnya peluang untuk KJ bertindak bernas turn sebaliknya sekaligus buat aku kurang yakin sama ada KJ tahu ke apa perbezaan senarai tugas persekutuan, negeri dan bersama? Gosh, benda ni aku belajar masa Pengajian Am form 6 dan ia benda yang wajib hafal untuk memastikan kita tahu tak keliru apa tugas persekutuan dan negeri. So rafizi jawab pendek sama as apa yang sepatutnya Malaysia tahu. Hmmm..

Monday, May 21, 2012

Bintang RTM Versus Mania

Few month before program realiti MANIA start, beberapa iklan di hebohkan sana-sini ngan issue kata 3 komposer besar terlibat include sorang komposer dari seberang ngan barisan penyanyi-penyanyi hebat negara akan bertanding so waktu tu expectation aku that program akan jadi big things laa. So tengok first episode, may be masih belum ada apa-apa kot sebab masih agih-agihkan penyanyi dalam group memasing then bila semuanya dah ada team sendiri then tengok aaaaar x da beza pun.


Lepas tu aku dah tak layan MANIA lagi. Bagi aku MANIA ialah satu program di mana artis-artis tu sekadar berkaraoke nyanyi lagu penyanyi lain jer. Dan aku x faham apa matlamat 3 orang komposer tu dalam menjadikan artis kita as superstar kononnya. Bagi aku ada or tak ada komposer tu tak bawak apa-apa impak pada penyanyi-penyanyi tu. Sebab penyanyi tu semuanya cam dah biasa sangat bawak lagu tu kat mana-mana show sebelum ni.

Kemudian aku tertengok Semi Final di mana EBI leh berjaya sampai tahap tu buat aku yakin yang dia mungkin ada peningkatan ar tapi rerupanya hampeh. Still memalukan sebab sms menyebelahi dia. Dalam hati aku kata "Orang Sabah.. What to do...?" Hazama dan Hafiz sangat-sangat cam tak nak keluar dari zon selesa bawak lagu biasa-biasa mereka. Jaq memang power dan kalau dia tak ke final then memang ada bias ar pada pengundi ni. Dan persembahan paling best milik Aril dan Adira (lagu Hujan) sebab ubah lagu tu jadikan ia cam milik mereka.

Final pun tak ada 'wow factor' sikit pun. Hazama membosankan, Stacy biasa-biasa, Aril malas nak kata, Jaq memang vocal terbaek dan Hafiz bawak lagu I believe I can fly? Memang lah lagu tu menjadikan nyanyian dia terbaek tapi dia nak nyanyi lagu yang sama berapa kali haaa? Bosan..




....




VERSUS TV9. Aku tak pernah dengar promo realiti series ni. Secara kebetulan aku terbuka Hot.fm dan tahu itupun aku bukak dah episode 3. Tapi once aku bukak then aku tak pernah miss satu episode pon. Ia adalah rancangan realiti pertama di Malaysia yang bawak konsep segar di mana 5 band local akan diberi tugasan mingguan untuk mengubah lagu sedia ada ikut selera mereka.

Bagi aku band-band yang terpilih tu memang power ar. Lagu-lagu diberi memang lagu yang hebat-hebat dan mereka jadikannya jauh lebih hebat dengan nafas baru mereka sendiri. Jujor aku kata kalau aku tak tahu kewujudan lagu tu sebelum ni then aku akan sangka kan yang ia adalah lagu milik band tu. 

Plus tak ada episode penyingkiran yang dah skiptikal kot. Huhuhu..











Then korang tanya "Bintang RTM tu cam ne lah, AJ..?"

Aku jawab balik "Bintang apa...?"

Korang kata "Bintang RTM...!!"

Aku masih tak faham "Apsal ngan Bintang RTM...?"

Ko jelaskan "Kan tajuk post ni kata ada Bintang RTM..."

Balas aku "Typo kot..."














Poor to RTM kalau diaorang masih lagi gunakan propaganda yang sama kata Bintang RTM mampu menghasilkan bintang cam Dato Siti Nurhaliza dan yakin yang masih ada rakyat Malaysia percaya benda tu boleh berulang balik.Hmmm

Monday, May 14, 2012

Tanah Kubor lah Sangat

Korang tengok tak rancangan Tanah Kubor kat ASTRO OASIS? Pernah tak korang mempersoalkan 'Apsal orang kat kampung tu semuanya bermasalah masa nak kena kuborkan? Diaorang tu tak pernah tengok dan belajar ker dari pengalaman masa kat kubor tu? Ni x, asyik-asyik bila nak kubor then ada jer problem pok cik lakonan Naser Bilal Khan ngan anak dia nak handle...' Hmmmm..


Parents aku sangat suka tengok drama tu. Aku selalu dengar dari dalam bilik aku, suara mereka akan kata 'Haa, patutlah kena balasan cam tu' or 'Baru padan muka, buat lagi benda tu masa hidup, kan dah kena...' etc. Sedangkan kalau aku tengok sendiri drama tu ia akan buat aku ketawa sesorang sebab rasa cam tengok series Indonesia Mak Lampir jer.. Lawak

Teringat masa sekolah menengah dulu-dulu era majalah Mastika bukan main laris lagi dikalangan pelajar. Tau-tau je lah yang Mastika ni bahan ceritanya bukan main mistik tahap gaban lagi ar. Bukan jer pokok berhantu, jelmaan itu ini malah sampai cerita UFO lagi ar. So satu hari ni lepas solat Jumaat ada ar sorang orang kampung ni ninggal so ramai gak gi sana. Dan kebanyakkanya budak sekolah yang dudok asrama ar. 

Tanah kampung kami jenis pasir dan berpaya so kalau gali kubor then memang berair lah tapi bebudak asrama tu akibat terlalu banyak sangat membaca Mastika leh ngan senang berbisik sesama mereka kata 'Entah apa amalan orang meninggal ni sampai kubornya penuh air'. Haaa.. itulah akibat suka sangat baca buku Mastika. Buku ilmu cam Geography tak nak baca.. Kan dah dapat sijil TOLOL secara percuma..















Aku rasa most of orang yang tengok cerita Tanah Kubor tu mostlynya cuma nak tahu apa balasan orang tu masa kena kubor jer daripada belajar untuk jadi someone yang lebih baik sebelum menonton episode tu. 










Teringat satu malam aku layan drama tu ngan anak buah aku so aku kata: lepas ni pasti mamat tu mati dan kemudian memang mamat tu tergelincir depan rumah dan mati so anak buah umor 6 tahun tu pun tanya "Cam ne Usu leh tahu...?" Duh. Setiap episode jalan ceritanya sama jer. Cam cerita ultraman: lawan-lampu merah-charge power-lawan balik- ultramen menang. Yang peliknya apsal setiap episode bandar Tokyo cepat jer membangun balik..?

Thursday, March 1, 2012

Mirage Dunia Mimpi

Mimpi adalah satu perkara yang pelik cam it seem like kita melihat diri kita berlakon dalam sebuah drama or filem yang dilakonkan sendiri oleh kita tapi kita tak mampu buat apa-apa pada lakonan kita tu. Hmmm...


Malam tadi (or specificallynya dah masuk waktu pagi ar aku baru tidor) aku mimpi aku berhutang ngan ALONG RM2000 (bukan abang sulong aku) dan aku terlupa nak bayar untuk tempoh 2 tahun dan suddenly dia datang dan mintak balik siap ngan interest berkali-kali ganda lebih besar dari jumlah asal. So berlakulah adegan lari dan kejar mengejar dalam mimpi tu sehingga aku perasan: Duh, apsal set mimpi kali ni cam familiar. Yap, sebab aku pernah gak set yang sama dalam mimpi-mimpi yang bergenre lain previous ni. Fail..

Tapi aku tak pedulik sebab adrenalin aku semakin kuat bergoncang dan dialog dalam mimpi kali ni memang power dan aksi stund dia lain sangat sehingga aku rasa cam dah nak menanggis sangat sehingga alaram handphone aku berbunyik menandakan Suboh dah masok sekaligus sekali lagi aku tak tahu cam mana ending mimpi malam tadi sama seperti mimpi-mimpi yang lain gak. Hmmmm..


...


Kalau korang pernah layan INCEPTION then korang pasti akan bersetuju dengan beberapa fakta tentang mimpi yang dinyatakan oleh Christopher Nolan cam tentang mimpi ni kita tak tahu cam mana ia bermula dan bagaimana ia berakhir sebab kita kita hanya sedar ia dah berjalan dan suddenly kita berada dalam satu bab and miracally kita tahu apa dialog dan kehendak babak tu tanpa diarah sesiapa. 

Dan mimpi ni cam sangat singkat. Cam setengah jam jer rasanya sedangkan kita dah tidur lebih 6 jam. 





Aku tak tahu orang lain tapi bagi aku mimpi mostly kita just bertindak sebagai penonton. jer Kita tak mampu nak bertindak apa-apa dalam mimpi. Ia tak macam Impian Ilyana Sunsilk yang mana kita leh sms dan sms terbanyak akan decide apa yang Ilyana akan buat on next series (gosh, Ilyana dalam series ni memang ada masalah nak buat decision tahap nak mampos ker?). 

Aku pernah bermimpi 1 malam ni dan aku yakin yang aku cuba mengawal or cuba berfikir sendiri dalam mimpi tu bila part dalam mimpi aku dudok kat satu seat bawak iPad (yap, aku mampu memiliki iPad dalam mimpi jer) dan try nak google sesuatu. Situasi yang berlaku ialah bila aku accidentally terjumpa sorang pelakon ni tapi aku tak ingat nama dia. Sedangkan otak aku ingat nama filem yang dia pernah berlakon so aku try nak type Pontianak Tebing Biru tapi hasilnya aku tulis something like this:


ewrewttteeeeeawqadscc



Dalam mimpi tu sendiri aku hairan apsal aku x pandai nak eja or tulis. Then aku backspace dan try sekali lagi dan sekali lagi ia gagal. It seem otak tak mampu nak mengeja dalam mimpi. Hmmmm..






















 
Aku tak tahu cikgu korang tapi aku punya cikgu yang narrow minded yang berfikiran cam tolol sikit ngan kuarkan soalan-soalan or statement pelik bila membebel ngan pelajar cam: Saya tak faham apsal budak kecik kat negeri mat salleh kecik-kecik lagi dah pandai speaking omputeh or kalau awak nak pandai Inggeris awak kena mimpi dalam bahasa Inggeris. 


Aaar.., cikgu ni fikir mimpi cam tv ASTRO eh? Leh tukar bahasa..







Btw teringat 2 tahun lepas masa tidur ngan  3 orang rumate. Sorang ni sensitif sikit bab tidor dan aku plak kaki berdengkor dan bercakap dalam mimpi. So setiap pagi dia akan membebel kata "Aj, ko mimpi buat public speaking lagi ke malam tadi? Lancar je berucap dalam bahasa omputeh?"


Selamat bahasa omputeh dan bukan bahasa korea. Hmmm

Thursday, December 15, 2011

1st Timer

There a joke about new parents yang sangat maniac ngan anak pertama mereka sehingga mereka sangat excited bila anak mereka baru first time merangkak, first time berdiri, first time berjalan, first words, first time panggil pa or ma bla bla bla sehingga mereka nak rakam jer each and every special moment tu. Kalau boleh nak je mereka rakam gambar dari day 01, 02 dan setiap detik baby pertama tu. Tapi as time goes by mereka akan bosan terutama bila anak dah mulai dewasa dan ada baby kedua, ketiga dan seterusnya. Rasa passionate tu dah hilang.. Hmmm..


Teringat satu bait dalam lirik lagu Aishiteru bab jalani hidup tanpa rasa ghairah (yap, ghairah may cam bunyik 18SG tapi look it at positive side ar). Just imagine kalau tanda passionate or rasa teruja or ghairah ni then hidup akan jadi sangat mendatar aka membosankan. Tak ada apa-apa yang menjadikan tujuan untuk hidup. Kita just go wtih the flow: hidup-kahwen-ada anak-anak kawen-ada cucu-mati. 




Dan setiap apa yang berlaku disekitar kita seolah-olah sama dan mebosankan... sebab kita yang pilih untuk lihat ia sama dan membosankan..




Pernah berada satu situasi cam ni x bila korang ngan excitednya gi satu tempat baru ni dan mintak kawan korang advice tempat-tempat yang best kat situ tapi unfortunately kawan korang kata tempat tu membosankan, lame, tak seronok or buat apa datang sini, better gi tempat lain bla bla bla. Then korang explo senidi tempat tu dan korang realize betapa tempat tu sangat menarik, magnificent etc totally berbeza as pandangan kawan korang tu tadi. 

As orang selalu kata orang luar lebih hargai nilai tempat kita berbanding kita sendiri..

Or may be sebab itu ialah tempat asing yang pertama kali mereka datang so mereka lebih hebat  menghargai nilai tempat tu.










Tapi sebenarnya kita tak perlu pertama kali melalui satu perkara untuk hargainya. Kadang-kadang benda yang biasa yang ada disekitar kita adalah lebih afdal (what such an Islamic term rite?) untuk kita hargai. So sorang kenalan siber aku kata: dia sangat suka melihat matahari terbit dari celah bukit-bukau setiap pagi di hadapan rumah dia. Tapi mostly akan kata buat apa nak hargai benda-benda 'biasa' cam tu? Ia terlalu 'biasa' dan tak ada nilai.. 

Hei imagine korang sangat tak suka ngan bebelan emak korang yang itu tak boleh, ini tak boleh but then suddenly mak ko meninggal dunia then korang akan rindu akan bebelan dia walaupun bebelan tu sangat annoying and irritating buat telinga korang sehingga korang nak menghargai bebelan dia dan dia sekali namun hanya selepas dia pergi. It better kalau korng hargai dia semasa dia masih ada lagi kan?

So satu perkara yang boleh kita buat untok timbol rasa passionate tu ialah anggap as semuanya cam perkara baru bagi korang..









...









So selama tiga bulan ni banyak betul benda yang aku hargai yang aku yang even tho ia perkara remeh yang biasa tapi effectnya sangat besar cam:

1. Tandas cangkung. 3 bulan berlalu dan aku hanya guna tandas dudok jer so bila first time guna tandas cangkung then rasa cam tak stabil dan nak jatuh jer.

2. Fisheye 2. Yap aku beli camera ke 5 dalam tahun ni dan ia sangat menerujakan aku. Gi FACEBOOK aku dan ada file gambar guna camera lomo tu.. Hmmm

3. ASTRO. Sebelum ni aku sangat membebel ngan ASTRO yang asyik ulang-ulang banyak kali tapi bila 3 bulan tak tengok ASTRO then rasa sangat ketinggalan zaman tapi terharu bila first time tahu banyak rancangan baru kat ASTRO cam Money Drop, Master Chef etc.

4. LRT. Last three month LRT masih lagi guna sistem lama yang sama masa aku belajar dulu tapi sekarang ni semuanya dah berubah ngan sistem token. Aku leh sesat plak sedangkan routenya masih sama lagi. Hmmm..

5. Perak. Yap aku baru first time datang Perak dan ia sangat menerujakan aku walaupun tempoh lawatan sekitar 3 hari jer dan ia tak cukup tapi sangat best dan aku akan sharekan nanti dan sekaligus menjadikan aku dah melawat ke setiap negeri di Malaysia.











dan selebihnya lepas ni aku akan hargai bintang pada waktu malam, layan angin masa naik motosikal, gaduh ngan abang dan adik (nephew and niece), layan porn sampai lewat pagi guna tenet yang laju, keluar malam ngan kekawan bachelor then lepak Mc D dan layan wayang sampai lewat pagi etc...


























Hmmmm

Friday, June 24, 2011

ASTRO effect

Aku yakin korang ialah antara berjuta rakyat Malaysia yang selalu rasa bangang bila layan rancangan  TV berbayar ASTRO then pasti akan kata "Duh, ni dah kali ke-5 rancangan ni diulang hari ni jer. ASTRO dah tak ada rancangan lain lagi ker? Dah ar makin hari makin mahal bill. Rancangan asyik ulang-ulang jer... WTF"


Tapi masa layan rancangan TV percuma, bila part tengah tengok drama best either korang tengok dari start or korang datang lambat then tengok tengah-tengah cerita then tamat jer rancangan tu teros korang membebel plak kata "Duh, kan ke best kalu channel ni cam ASTRO, leh ulang banyak kali sehari pun tak akan boring.."






























Ulang banyak kali salah tapi kalu tak ulang then nak plak diulang. Gilaa..

Friday, June 3, 2011

Chef yg Berbogel?

Memula dengar ada rancangan 'The Naked Chef' dulu-dulu terus jer tertarik nak tengok. Terfikir dalam otak yang chef ni mesti totally shirtless ngan pakai apron jer. Tapi bila dah tengok rrupanya chef tu sorang English man yang totally English siap penuh ngan English accent lagi. Batal niat.


Aku seorang lelaki yang kuat makan dan kuat pemilih dalam bab-bab makanan ni. Kalau korang kuar lepak makan ngan aku then first thing aku akan cakap bila makanan dah sampai ialah: kurang itu, kurnag ini, terlebih itu, ini etc. Even kalu makanan tu perfect then mesti jer ada spoil cam customer service sangat teruk. So that why aku refer lepak Mc D jer. Makanannya tak lah Super B sangat cuma ia biasa-biasa yang leh buat aku tak komen banyak. Tamat cerita.

Sisi lainnya pulak aku ialah seorang yang suka memasak tapi aku tak pandai memasak. Bila ada part orang puji masakan aku sedap then aku sangat yakin mereka tak memaksudkannya aka sekadar ambik hati or ada niat lain: malas nak masak.

So bila ada masa terluang layan AFC or TLC kat ASTRO tengok River Cottage or mana-mana lelaki yang pandai masak then rasa sangat jeles. It not gender bias punya statement r tapi sebab aku lelaki then bila tengok mamat lain pandai buang-buang barang then hasilnya cam sangat sedap rasa quite jealous r. Rasa cam kan best kalu aku pon cam tu.

Previously bila balik rumah Abah Haji (uncle) ni, anak-anak laki dia semua pandai masak. Sorang jadi chef kat satu resort kat Hulu Langat and sorang lagi masak untok  jual kat pasar malam. So setiap hari berada kat rumah tu memang akan disajikan ngan makanan yang sedap-sedap jer. Al maklum makanan yang nak dijual tu disediakan sikit untuk kamiorang as tetamu. Dan bila bab masak-masak ni, isteri dia cuma sediakan bahan-bahan jer. Bab masak semua suami dia aka cousin aku tu yang buat.. Fuuuh...












Teringat zaman universiti dulu ada ikut kursus keusahawanan ni r. Model utamanya based on satu bakery kat UKM ni r. So sesi praktikal kami gi belakang bakery dia. Owner dia lelaki dan semua resipi tu dia yang buat dan roti sana semua dia yang baked. Gosh pengalaman hari tu sangat tak dapat lupa r. Membuatkan aku berada kat awan berangan nak ada bakeri sendiri nanti.. Hmmmm...













Beberapa bulan lepas, beberapa episode puding yang aku cuba jayakan tak menjadi. Lama gak berhenti. Last 2 day aku try masak pizza. Last-last menjadi. Hari ni masak lagi. Menjadi lagi. Bertambah motivasi. Nanti nak try bake loaf, muffin, ginger bread etc. Hmmm..

Monday, April 4, 2011

Reality

Kalau korang fikir post kali ni aku akan mencemar duli untuk buat khas bersempena Akademi Fantasi musim terakher yang dipengetuai oleh Amy Search plus WTF apsal Pak Nil dijemput as pengecara sekali lagi then aku akan balas balik kat korang sambil tengok korang sebelah mata sambil kata "Ya ya ya.. aku kuarkan post tentang Akademi Fantasia.." Huhuhu..


Realitinya aku bukan ikut sangat pun benda alah Akademi Fantasia ni pun. Aku cuma layan start season Hafiz jadi juara jer. Before that rumah belum ada ASTRO dan bila ada plak aku masih belajar kat UKM lagi. Teringat zaman U dulu every Saturday nite garenti kat kafe and foyer kolej akan penuh sebab kumpulan kipas susah mati AF dah awal-awal book seat. Aku pulak: tak peduli sedikit pun.

So akibatnya aku langsung tak kenal siapa-siapa artis lepasan AF ni. Then bila ada kekawan yang sibuk-sibuk cerita siapa akan menang then aku langsung tak masuk line mereka. Dan mereka pasti akan tanya aku "Aj, siapa ko fikir akan menang season ni nanti r?" dan sekali lagi aku tak haram dapat masuk line diaorang sikit pun. Kedian aku cari sorang geng susah mati AF ni dan aku tanya dia siapa yang berpotensi menang besar ngan cerita tambahan tentang celeb tu r so nanti-nanti ada gak r aku idea apa nak cerita.

Dan waktu tu pulak zaman Faizal yang menang dan oh What the fuck lelaki tu sangat menakutkan sewaktu bercakap, menyanyi yang langsung sepatah haram tak paham dan senyuman yang erk no komen..

Then bila dah tamat belajar jer baru suai kenal ngan benda bernama AF ni dan kebetulan season tu ramai yang hebat-hebat dan terutama si mamat rambut kembang Hafiz.



...



Last nite layan AF selang seli layan RED EYE kat TV2 dan drama kat TV3 yang titlenya ada nama Ahad. Entah apsal banyak part dalam AF malam tadi sangat meloyakan. Antaranya bab bila part tanya kenapa mereka nak jadi artis then ada yang jawab sebab nak bantu keluarga yang susah, then bila kata mereka akan dikeluarkan then menanggis bagai dunia nak kiamat jer esok plus ada sorang minah tu sempat merayu kata family dah gadai rumah and tanah semata-mata nak jadikan dia juara AF ni.

Membuatkan aku terfikir apa yang mulia sangat AF ni sampai emak bapak sangup gadai tanah semata-mata nak tengok anak mereka jadi artis rancangan realiti ni? Mulia sangat ker jadi artis ni?








Mungkin sepanjang mereka dalam rancangan realiti ni or mana-mana rancangan realiti sekalipun, detik macam realiti yang manis hanya tempoh dalam tu jer. Realiti sebenar apabila dah keluar kelak. Kalau korang dapat top 5 then peluang korang mungkin lebih cerah r. Mungkin dalam tempoh 2-3 tahun orang still leh ingat korang lagi r. Tapi what if korang terkeluar awal? Sebulan dua or nasib baek setahun orang dah leh lupa r muka korang. Korang berlakon jadi pelakon sampingan 2-3 drama satu tahun. Then korang nak tebus balik tanah and rumah yang dah digadaikan parents korang untuk undi korang tu ker?
















Dan dalam banyak-banyak rancangan realiti kat Malaysia ni dan dalam tempoh bertahun-tahun ia ada di Malaysia ni aku hanya pernah undi 2 kali jer: pertama kali untuk Dina in Malaysian Idol pada sesi separuh akhir dan Hafiz in AF pada konsert akher.. Hmmm.. So cuma belanja 1 ringgit jer.. Tak perlu gadai apa-apa..

Sunday, September 26, 2010

Big, Fat, Loser

Aku yakin yang korang leh tahu yang aku kuarkan post ni sebab program The Biggest Loser Asia dah kembali dalam musim ke-2. Just imagine baru 1 episode jer kuar kat DIVA Universal saluran 702 ASTRO tapi aku dah tengok ulangannya untuk kali ke berapa entah. Then setiap kali aku layan program tu then emak aku akan berulang kali kata "Aj, cerita orang gemuk ni lagi?" Wakaka.. Dah minat then nak wat cam ner r kan..?

Salah seorang peserta The Biggest Loser Asia dari Thailand

Certain orang yang kenal aku tahu yang aku bukan jenis mudah bagi simpati kat sesapa. Then dalam episode pengenalan ni banyak mereka yang nak join masa open interview bwat sandiwara cerita sedih kata yang kegemukan mereka jadi punca mereka diketawakan, disisihkan, x dapat kerja, sakit jantung, parents mati, kena ejek, etc.

Wei, aku x mengamalkan dasar diskriminasi tapi most orang gemuk adalah kerana pilihan mereka sendiri untuk jadi gemuk, kekal gemuk dan x nak kurus. So totally kegemukan bukan disebabkan mereka dipaksa jadi gemuk aka mulut mereka dipasang salur makanan sambil tangan and kaki mereka diikat. No..!! Tapi sebab tangan mereka yang masukan sendiri secara suka rela semua makanan tu ke dalam mulut mereka. That how kegemukan terjadi.

Im saying this sebab aku lihat ngan mata kepala aku sendiri. My big bro: ALONG are double size aku dan dia makan triple makanan aku. Ketika aku tengah makan nasi (saiz hidangan 1 mangkuk kecik) dia dah start pusingan kedua ngan nasi penuh satu pinggan dan x lama pas tu buat pusingan ketiga lagi. My sis: ANGAH plak makan produk-produk kelangsingan tapi tak langsing2 gak pasal makanan x terkawal. Ngan mi segera, makanan segera, KFC, etc lagi. Then emak selalu bising kata saiz badan dia masa sama umur cam Angah jauh lebih kurus. Realitinya sekarang memang Angah jauh lebih besar dari emak pun.

Itu baru keluarga, belum lagi masuk bab kawan-kawan dan rakan-rakan sebaya lagi.







Realitinya kita x boleh nak salahkan fizikal kita as punca dunia jadi tak betul. People will like you because of diri ko sendiri dan bukan sebab fizikal ko. Kalu fizikal ko cantik cam mana pun tapi dalaman busuk cam setan then sapa yang nak kawan. Kan?


Then teringat kat satu statement sorang mat saleh ni yang agak meloyakan tapi bila fikir2 balik, ia ada kerelevanannya. Dia seorang yang straight tapi memilih untuk kahwin ngan sorang tranny. Awal2 dia agak keliru but then dia yakin ngan keputusannya. Dia kata yang dia kahwin bukan sebab dasar fizikal tapi sebaliknya sebab something inside that tranny yang dia x jumpa dalam mana-mana ladies. Hmmm...







Aku x sempurna dan aku yakin 100% x ada manusia yang sempurna tapi cukup penting kalu kita sayang pada diri kita sendiri dahulu. Terima setiap kekurangan diri kita dan sayangkan setiap kelemahan tu. And dont try to be perfect.. Never ever..







Dan semua orang perlukan harapan.. Agar mampu bangun setiap hari dengan satu perasaan lega..










p/s: btw aku sokong red team untok season ni..