Showing posts with label RTM. Show all posts
Showing posts with label RTM. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Bintang RTM Versus Mania

Few month before program realiti MANIA start, beberapa iklan di hebohkan sana-sini ngan issue kata 3 komposer besar terlibat include sorang komposer dari seberang ngan barisan penyanyi-penyanyi hebat negara akan bertanding so waktu tu expectation aku that program akan jadi big things laa. So tengok first episode, may be masih belum ada apa-apa kot sebab masih agih-agihkan penyanyi dalam group memasing then bila semuanya dah ada team sendiri then tengok aaaaar x da beza pun.


Lepas tu aku dah tak layan MANIA lagi. Bagi aku MANIA ialah satu program di mana artis-artis tu sekadar berkaraoke nyanyi lagu penyanyi lain jer. Dan aku x faham apa matlamat 3 orang komposer tu dalam menjadikan artis kita as superstar kononnya. Bagi aku ada or tak ada komposer tu tak bawak apa-apa impak pada penyanyi-penyanyi tu. Sebab penyanyi tu semuanya cam dah biasa sangat bawak lagu tu kat mana-mana show sebelum ni.

Kemudian aku tertengok Semi Final di mana EBI leh berjaya sampai tahap tu buat aku yakin yang dia mungkin ada peningkatan ar tapi rerupanya hampeh. Still memalukan sebab sms menyebelahi dia. Dalam hati aku kata "Orang Sabah.. What to do...?" Hazama dan Hafiz sangat-sangat cam tak nak keluar dari zon selesa bawak lagu biasa-biasa mereka. Jaq memang power dan kalau dia tak ke final then memang ada bias ar pada pengundi ni. Dan persembahan paling best milik Aril dan Adira (lagu Hujan) sebab ubah lagu tu jadikan ia cam milik mereka.

Final pun tak ada 'wow factor' sikit pun. Hazama membosankan, Stacy biasa-biasa, Aril malas nak kata, Jaq memang vocal terbaek dan Hafiz bawak lagu I believe I can fly? Memang lah lagu tu menjadikan nyanyian dia terbaek tapi dia nak nyanyi lagu yang sama berapa kali haaa? Bosan..




....




VERSUS TV9. Aku tak pernah dengar promo realiti series ni. Secara kebetulan aku terbuka Hot.fm dan tahu itupun aku bukak dah episode 3. Tapi once aku bukak then aku tak pernah miss satu episode pon. Ia adalah rancangan realiti pertama di Malaysia yang bawak konsep segar di mana 5 band local akan diberi tugasan mingguan untuk mengubah lagu sedia ada ikut selera mereka.

Bagi aku band-band yang terpilih tu memang power ar. Lagu-lagu diberi memang lagu yang hebat-hebat dan mereka jadikannya jauh lebih hebat dengan nafas baru mereka sendiri. Jujor aku kata kalau aku tak tahu kewujudan lagu tu sebelum ni then aku akan sangka kan yang ia adalah lagu milik band tu. 

Plus tak ada episode penyingkiran yang dah skiptikal kot. Huhuhu..











Then korang tanya "Bintang RTM tu cam ne lah, AJ..?"

Aku jawab balik "Bintang apa...?"

Korang kata "Bintang RTM...!!"

Aku masih tak faham "Apsal ngan Bintang RTM...?"

Ko jelaskan "Kan tajuk post ni kata ada Bintang RTM..."

Balas aku "Typo kot..."














Poor to RTM kalau diaorang masih lagi gunakan propaganda yang sama kata Bintang RTM mampu menghasilkan bintang cam Dato Siti Nurhaliza dan yakin yang masih ada rakyat Malaysia percaya benda tu boleh berulang balik.Hmmm

Friday, January 6, 2012

Dunia Tanpa Teknologi

Korang pasti pernah dengar orang kuar statement cam: Aku nak tutop account FACEBOOK aku sebab ia menjadikan hubungan aku ngan awek aku makin tegang, aku tak dapat fokus pada apa-apa pekerjaan yang aku buat, hal ehwal anak-anak dan suami aku makin terabai aka makan pakai mereka makin tak terjaga, social life aku makin hilang etc. Gosh, apasal manusia mudah sangat salahkan benda lain dan tak ngaku ia salah mereka sendiri? Hmmm..


My 6 years old niece dah ada account FACEBOOK. Dia dah tahu main game kat tenet ngan guna aplikasi-aplikasi lain dalam tenet. Kalau setakat nak guna YOUTUBE dah biasa sangat. Handphone emak dia dah jauh dia explore. Abang dia since dari umor 7 tahun dah ada handphone sendiri. Sekarang umor dah 10 tahun, dah banyak selok belok teknologi yang dia tahu. 

Kalau ingat-ingat balik pada usia sebaya dia dulu, aku masih main tangkap belalang belakang flat polis kami je. (Yap, aku tak tangkap belalang tu. Aku just tengok sebab nak tangkap sekor nyamok pon bukan maen susah inikan pulak belalang yang melompat jauh-jauh). Even first handphone aku dapat pun NOKIA 3315 yang sangat vintage sekarang ni. Itupun waktu aku umor 18 tahun as hadiah untok result SPM aku yang tak seberapa. 

As aku tengok anak buah aku yang besar tu hidup dia berkisar pada komputer-tv-komputer-tv jer. Kalau petang-petang kawan dia datang then baru main. Even kalau ada pilihan antara kawan dan komputer dia lebih refer pada komputer. It seems kekanak zaman sekarang tak ada masa nak perkembangkan bakat dalam diri selain dari menghabiskan sisa kanak-kanak mereka di depan kaca tv dan komputer.





Sebagai seorang lelaki yang zaman kanak-kanaknya tak ada teknologi canggih dan rancangan tv yang mostly berkisar hanya pada RTM1, TV3 dan Siri Pendidikan yang berulang-ulang cam Sang Kancil yang selalu bagi warn kat monyet "Jangan Monyet, cili tu pedas" but still monyet tu nak makan sehingga masa lebih dihabiskan ngan apa sahaja perkara cam baca buku, main-main ngan anak-anak jiran, quality time ngan parents dan adik beradik, lepak kat library ngan kekawan sama sekolah etc dan lebih penting ia memberi ruang untok aku mengeluarkan bakat aku dalam melukis.




Then ada masa terluang aku akan ambik kertas dan pencil then melukis dan melukis.





Sehingga wujud tempoh teknologi datang dan yap aku mulai menggunakan adobe photoshop dan game dan perisian-perisian lain yang menjadikan aku stuck 24/7 depan labtop dan internet dan bla bla bla..







Akibatnya lukisan ke mana dan alat-alat lukisan dah hilang. And recently aku check yang acrylic color aku dah keras tak dapat guna dah.









As not so wisdom word dari mat salleh ada kata yang to much porn akan menghapuskan imaginasi lelaki terhadap seks so as ketagihan teknologi juga mampu menghapuskan imaginasi manusia. But aku tak pernah salahkan teknologi sebab teknologi just a thing or a method. Semuanya bergantung pada siapa yang mengendalikannya.














So tadi aku ke bandar Kuching membeli warna acrylic baru ngan charcoal sticks yang aku tak pernah dan cuba nak try melukis balik. Hmmmm..










Plus tak lupa dalam gambar atas ni ialah karya terbaru aku guna paper clay dan aku warnakan guna acrylic. 1 thing about paper clay ni ialah ia more to paper rather than a clay.. Hmmm

Monday, February 21, 2011

Anugerah Seri What?

Aku bukanlah seorang lelaki yang suka layan rancangan anugerah-anugerah ni. Sejujornya ia adalah antara rancangan yang cukup membosankan sebab just tengok artis-artis berlawan ngan pakaian yang paling mahal ngan stail tak lebih kurang cam Lady Gaga dan menerima hadiah yang mostly kita dah boleh jangka awal siapa pemenangnya. Hmmmm..


Last few day ada satu rancangan anugerah ni. Even aku tak tahu pun rancangannya ialah pada malam tu. Then bila ada family member yang tanya dan aku jawab mereka langsung cam tak pernah dengar pun tentang anugerah tu. So aku check google r tentang anugerah ni. Rrupanya ia dah ditayangkan since 1972 dan entah kenapa malam tu aku tengok (setengah jam sahaja sebab terpaksa sebab emak aku nak tengok gak) ia seems masih berada cam pada tahun 1972 dan tak berubah langsung. Ngan pentas, muzik tema, video cam erk jer.

Beberapa soalan jujor dari aku yang aku nak korang jawab ngan jujor:
1) Kalau korang diberi pilihan untuk bekerja di stations di Malaysia then korang pilih akan pilih:
a) RTM
b) Media Prima
c) ASTRO
d) So desperate nak kerja dan tak peduli apa-apa stations sekalipun

2) Kalau korang nak jadi artis realiti then program mana korang akan joins:
a) RTM: Bintang RTM, Pilih Kasih etc
b) Media Prima: One In A Millions, Malaysian Idol etc
c) ASTRO: Akademi Fantasi, Raja Lawak etc
d) So desperate nak popular dan tak peduli apa-apa stations sekalipun. 

3) Berita dari stations mana yang korang paling percayai?
a) RTM: (tak tahu nama berita)
b) Media Prima: Buletin Utama etc
c) ASTRO: Awani 7.45 etc
d) Tak peduli apa-apa stations pun



















So what ever jawapannya sekalipun aku yakin korang faham makna apa yang cuba aku sampaikan kali ni kan? Sebab matlamat tahun baru aku tak nak mengata sesapa lagi so that it. Hmmm.. Tak bestnya