Tuesday, February 28, 2012

Multi Fungsi

Apakah fungsi handphone bagi korang hari ni selain daripada buat call dan sms-ing?

a) Kamera
b) Alarm watch
c) Video recorder
d) Voice recorder
e) Radio
f) TV
g) Games etc


Sekaligus memperlihatkan betapa banyak fungsinya satu gadjet pada zaman sekarang ni. Even ada handphone sekarang ni yang punya fungsi jauh lebih hebat ambik gambar daripada peranan kamera tu sendiri. So apa matlamat utama handphone tu sebenarnya? Or kenapa x buat gak kamera yang ada fungsi handphone sekali?

...

Aku pernah cakap-cakap ngan my crazy cousin kata zaman akan datang nanti guaranty ada peti sejuk yang multi function yang bukan setakat chill or frost barang makanan sahaja malah leh guna untuk cuci baju, main CD, tengok cerita, memanaskan makanan, masak makanan, mengeringkan baju etc. 

So cousin aku tanya then apa plak fungsi TV masa akan datang? Then aku jawab TV plak selain leh tengok cerita ia gak leh jadi tempat chill or frost foods, cuci baju, main CD, memanaskan makanan, masak makanan, mengeringkan baju etc. Or pendek katanya semua peralatan dalam rumah tu multi fungsi but still kita nak beli semua.


...


It seem like kalau lelaki leh mengandung tanpa perempuan dan perempuan leh mengandung tanpa lelaki then x ada sesiapa pun yang perlukan satu sama lain lagi. Sebab semuanya multi fungsi.













So kesimpulannya aku nak beli kamera yang hanya ada fungsi kamera sahaja. Nothing more.. !!



















Teringat kakak ipar pernah kata ada sorang pegawai Jepun ni datang pejabat dia dan hairan lihat cara kerja orang Malaysia nih. Sebab sorang pegawai di Jepun perlu handle porfolio yang banyak aka mereka ni multi fungsi bab kerja tapi kat Government Malaysia plak satu portfolio dihandle oleh ramai pegawai aka contoh nak photostate sekeping kertas pun perlu lebih dari 3 orang pekerja nak buat. Hmmm

Monday, February 27, 2012

Kamu Kurang Bijak

Teringat pada lirik lagu TAK ADIL by band POTRET dalam album POSITIVE-POSITIVE yang vokal utamanya ialah MELLY GOESLAW kata apsal dalam satu institusi sama ada sekolah, tempat kerja or even dalam sebuah keluarga pun mesti ada pengkelasan as satu kumpulan ni bijak meanwhile satu kumpulan lain plak buduh. Menjadikan yang bijak ni dimanja, disegani dan diberi layanan terbaek dan kumpulan satu lagi you know what happen. Hmmm..


Bapak aku mengajar ngaji di rumah so banyak bebudak datang ar so selepas aku ambik my 10 years old  nephew balik sekolah sekitar jam 3.30 petang then sesampai di rumah dan kebetolan sorang budak ni baru habis mengaji so anak buah aku kata ar yang budak tu ponteng. Dia bagitahu yang dia tak terpilih untuk kelas tambahan tu. Now aku faham yang budak tu bukan dari kumpulan 'kanak-kanak terpilih' (as being told dalam cerita DIGIMON)

Buat aku mempersoalkan: Apakah matlamat kelas tambahan tersebut sebenarnya? Adakah nak menjadikan budak yang bijak bertambah bijak meanwhile budak kurang bijak bertambah bodoh? Cam gitu ker? Hmmm..


Masa cam zaman sekolah dulu: kelas dibahagikan based on keputusan peperiksaan aka orang bijak dalam kelas bijak, kurang bijak dalam kelas kurang bijak, bodoh dalam kelas bodoh, yang dah tak dapat ditolong  masuk kelas tak dapat ditolong lagi. Buat kelas yang bijak perhatian diberi 100%, bagi kelas tambahan, bagi kursus motivasi, bagi itu ini tapi kalau kelas kurang bijak plak cikgunya cam dah tak pedulik langsung hidup mati pelajar. Dah jadi cam Cikgu Sahri dalam cerita Masam-masam Manis: Hari-hari cikgu tidor..

Bila akher tahun plak bebudak pandai ni beratur nak ambik hadiah dan parents bangga habis anak setiap tahun mesti jadi pelajar terbaik dalam setiap matapelajaran dan keseluruhan tingkatan sementara bebudak kurang bijak plak tak dibenarkan masuk dewan dan diaroang datang tak datang pun tak ada sorang cikgu pedulik. 








So apakah fungsi sebenar sekolah hari ni sebenarnya?













Aku pernah jadi cikgu di sebuah sekolah swasta before. Dalam satu tingkatan ada 4 buah kelas tapi kelas-kelas ni tak dipecahkan ikut kepandaian pelajar so maknanya dalam 1 kelas ada yang bijak dan kurang bijak dikumpulkan sekali dengan matlamat cikgu akan mengajar sama rata or matlamat utama yang lain supaya sekolah tu tak disaman oleh parents student yang kaya raya sebab tak nak orang kata anak mereka bodoh.

Akibatnya sangat hazab nak mengajar bila mereka yang nak belajar tu fokus tapi yang tak nak belajar tu plak memain dan ganggu mereka yang nak belajar.













Bagi aku matlamat pengkelasan kelas ikut cepat atau lambat student tangkap ilmu ni adalah bertujuan agak cikgu boleh ambik lebih perhatian kepada mereka yang dikelaskan as kurang bijak ni dengan pendekatan yang lebih daripada pelajar yang dikatakan terlebih bijak tu. Hmmm

Saturday, February 25, 2012

Atonement

Semalam aku baru layan filem Atonement yang rasanya dah bertahun-tahun lamanya kuar kat wayang. A day before plak layan filem Pride & Prejudice. Kedua-duanya ditayangkan kat channel DIVA dan diarahkan oleh pengarah yang sama dan kedua-duanya ialah remake dari penulisan novel. Dan tak lupa gak yang kedua-dua cerita tu best.


Aku tahu kewujudan Pride & Prejudice based on betapa famousnya buku tu dan bila ia difilemkan ia marvously sebuah kisah cinta yang great cam cerita hindustan cuma x ada slot lagu dan tari menari je. Dan as usual ia berakhir dengan happy ending.

Tapi berbeza ngan Atonement cerita ni jauh lebih best ngan cinematography, pelakon, dialog yang great ar. Paling best ending dia yang buat aku terkesima dan terbawak-bawak ke dalam mimpi. It not a happy ending.




















Membuatkan aku nak pergi ke bandar Kuching dan nak cari dan nak beli buku nih. Hmmmm

Friday, February 24, 2012

Translate Fail

Kalau korang perhatikan pada bahagian atas sebelah kanan blog aku ada satu satu gadget yang leh translate bahasa. Aku kalau boring-boring aku just main-main translate ke bahasa-bahasa lain cam Englisah, Indonesia etc sebab ia akan sound lawak. So tadi aku boring dan aku translate post previous title Haunted UKM. Try tengok gambar first aka gambar asal ngan second one yang aku dah translate ke English


(Ini original version)




Yang ini plak setelah di translate. Perhatikan perbezaan ayat yang aku underlinekan ngan warna merah tu. Rerupanya Bandar Baru Bangi dalam bahasa omputehnya ialah New York City.. Hmmmm















Maknanya aku belajar dan tinggal di New York City ar selama ni.















Wakaka...

Thursday, February 23, 2012

Haunted UKM

Setiap tempat punya cerita sendiri. Kadang-kadang ia just sebuah cerita yang direka but bila ia disebar oleh ramai orang dari satu generasi ke generasi yang lain ngan usur penambahan dan pengurangan pada bab-bab tertentu lastly ia menjadi sebuah urban legend yang creepy dan cam real. So kali ni aku nak share about a ridiculous horror story yang terletak di Bandar Baru Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.


Kalau korang pernah jejak kaki ke UKM then korang pasti tahu yang UKM ni berada dalam sebuah kawasan bukit hutan yang masih besar dan bangunanya sangat-sangat klasik. Yap, ia disebabkan ia dibina bertahun-tahun lama yang dulu. Mana taknya ia adalah antara universiti terawal yang ada di Malaysia. Dan kalau korang ialah salah seorang pelajar di sini then korang pasti tahu mana port-port yang dikatakan keras di UKM ni kan?

Antaranya cam kat Dectar, jalan belakang Kolej Ibrahim Yaakub ke Kolej Zaaba (even 2 kolej ni pun orang kata masih keras lagi), Fakulti Undang-Undang (yang sangat terasing dari tempat lain), Bangunan Library Tun Seri Lanang, tangga naik Kolej Ibu Zain or pendek kata setiap satu bangunan di UKM sangat haunted dan ada cerita sendiri kan?

Tapi cerita hantu paling best kat UKM yang bagi aku paling realistik tapi tak masuk akan ialah tentang Bas UKM tu. Budak UKM mesti pernah dengar cerita nih. Dan bebudak yang bakal masok intake baru nanti mesti baca dulu cerita nih.

Disebabkan UKM ni saiz dia sangat besar so pihak pentadbiran menyediakan perkhidmatan bas dalam UKM untuk memudahkan pergerakan pelajar dari kolej kediaman ke fakulti-fakulti memasing. Tapi aku mostly jalan kaki je ar sebab bab menunggu bas ni sangat hazab ar: Bila tunggu x ada tapi bila x tunggu then berkoyan-koyan ar bas datang. Dan around pukol 10 cam tu bas terakhir akan beroperasi sebab ada pensyarah memang memandai or rajin sangat nak buat kelas-kelas malam nih.

Tapi aku agak pelik memula bila selepas jam 11 malam pun bus UKM tuh masih ada lagi kelihatan kekadang sehingga jam 1 pagi sedangkan kalau ikut akal yang waras akan fikir: Siapa yang nak naik bus memalam cam nih sebab memang sepanjang masa ia kosong jer. Yap, mestilah pemandu dia ada kalau tak bas memang tak akan bergerak ar.




Sehinggalah ada sorang kawan ni dia share cerita yang urban legend nih. Dia kata sebelum kawasan UKM tu dibuka ia adalah penempatan kumpulan orang asli dan mereka buat perjanjian bahawa nanti bila UKM ni dah siap nanti pihak pentadbiran harus menyediakan pengangkutan untuk roh-roh nenek moyang yang pernah bersemadi di situ bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan tu. 

Bergerak dari mana ke mana? Kawan ni kata kat UKM ni ada 7 buah perigi lama dan disitulah hentian-hentian bas tu. Buat aku teringat plak pada perigi-perigi tertentu yang ridiculously cam pelik plak tentang kewujudan perigi kat tempat pelik.





Bagi aku urban legend ni lebih dekat ngan students sebab mereka leh lihat dan relate dan mempersoalkan sendiri kesahihan dan kelogikan untuk perkara tu berlaku berbanding cerita jumpa pontianak kat tangga before naik ke Kolej Ibu Zain or jumpa budak main-main sesorang dalam Dectar etc.




And even sepanjang 3 tahun aku di UKM aku bersyukur sebab aku tak berkesempatan lagi terjumpa ngan benda-benda tu walaupun aku selalu jalan sorang-sorang dalam UKM tengah malam or awal pagi sehingga pak guard yang buat check pun tak berani nak tegur dan malah kalau terjumpa students yang dating or beromen lebih banyak plak.









Mungkin hantu-hantu tu jauh lebih educated as ditempatkan di sebuah institusi pelajaran sebaliknya manusia yang ada plak perangai jauh lebih teruk dari hantu. Kan?

Wednesday, February 22, 2012

Blog Review: Megateusofe

Apa ciri-ciri yang menjadikan korang menjadi pengikut aka Follower sesebuah blog? 
a) Blog tu memaparkan info-info yang pelik dari serata dunia
b) Blog tu share minat yang sama ngan korang as hobi, politik, fashion etc
c) Blog tu entah ar.. got x factor yang x dapat nak dijelaskan.

From now on aku akan create a new segment share about blog yang aku minat. First: Megateusofe


Megateusofe ialah satu blog yang bagi aku sangat jujor dalam penulisan dan dalam setiap gambar yang dia ambik. Kalau korang pernah pergi ke blog dia then korang just tengok pada gambar yang dia ambik and it will seems like gambar tu lebih banyak bercerita tentang post tu berbanding ayat yang dia tulis. Yap, dia punya ayat sangat pendek, mostly and literally but ianya sangat lengkap dan padat dan full of makna. Contoh cam word dari post terbaru dia Jika:


"Jika kamu ada bakat~tumpahkan kesemuanya,biar orang peduli.
Jika kamu tiada punya,walau satu~carilah dan semoga terjumpa.
Jika kamu sudah berjaya~tumpahkan kesemuanya,biar aku peduli."



Buat aku sangat jeles dan mempersoalkan diri aku: apsal aku x leh buat post as Me (aku panggil dia Me) buat ngan just upload satu gambar dan kuarkan satu caption yang cukup-cukup ringkas tapi leh buat kita terdiam dan terfikir betapa dalamnya makna ayat tu sepanjang hari? Sedangkan plak ayat-ayat aku sangatlah panjang lebar tanpa noktah. Aaarghhh..!!!



Dan as aku kata awal yang dia sangat jujor dalam penulisan dan gambar dia. Karya yang jujor bagi aku ialah satu karya yang dibuat dan pembaca or orang yang melihat mampu share the same feel yang pengkarya tu buat. Disebabkan itu pernahlah berlaku peristiwa ada penciplak yang create a blog yang ciplak 100% apa yang dikeluarkan oleh Me dalam Megateusofe ni siap ngan gambar dan words sebijik-sebijik sama lagi. Apa celop nih..?











Back to history cam mana aku leh jumpa blog ni. One day ni aku dapat beberapa komen pada beberapa post aku dalam tahun lepas. Aku balas dan dia balas lagi. Dan dari link tu aku mula memijakkan kaki ke blog dia. Dan ia sangat best. Dan kami berkawan di FACEBOOK sekaligus menjadikan dia satu-satunya kawan yang lahir hasil perkenalan melalui blog. Hmmm..
















Yap, dia ada 1 blog lagi tentang lukisan dia yang super great too




















Blog yang mesti layan bagi aku. Hmmmm..

Tuesday, February 21, 2012

Rumah Tinggal

Aku sekarang ni (pada masa aku tengah type post ni) tengah layan cerita Haunted Changi, sebuah filem bertemakan paranormal yang dibikin around 2011 di Singapura. Yap, Changi tu terletak di Singapore okey. Ia mengisahkan a group of teenagers yang merakam perjalanan pengembaraan paranormal mereka di Hospital lama Changi yang cukup terkenal serata Asia as a haunted place ar. Hmmm..


Kalau orang yang kenal aku pasti tahu bahawa aku ialah seorang lelaki yang penakot nak mampos tapi dalam masa sama aku suka mencabar sisi penakut aku tu. Contoh cam aku takut pada ketinggian so aku selalu cabar diri aku untok naik bangunan tinggi guna laluan yang merbahaya or aku takut pada paranormal stuff but aku leh jer pergi 'tempat-tempat' yang orang tak berani nak pergi sebab ramai yang kata tempat tu ada 'something'..

I dont know why aku suka cabar diri aku pada perkara cam tu. It seems kalau kita berada kat satu tempat asing then kita perlu sesat dulu untuk tahu tempat tu secara keseluruhan then kalau kita tak berani nak sesat then selamanya kita akan stuck di situ jer.


...


Aku suka pada rumah lama yang ditinggalkan terutama jenis rumah zaman British dulu-dulu disebabkan rekaan seni bina dia sangat vintage yang cool. Ada 1 tempat di Kuching ni namanya Jalan Bukit Hantu (dude, nama tempat pun dah bagitahu apa yang ada kat situ rite?) di mana zaman dulunya ia menempatkan rumah-rumah pekerja kerajaan tapi as time goes by ia dah ditinggalkan.

Pemandangannya sangat cantik. Just imagine kawasan berbukit bukau most permukaanya hanya pokok-pokok besar dan rumput permaidani (tak ada kawasan semak samun or lalang sangat) yang selang beberapa meter ada rumah-rumah lama tu secara berasingan. 

Most of the time aku mempersoalkan gak dalam diri apsal rumah-rumah tu masih cukup terjaga ngan dinding still ngan cat putih bersih, tak ada sampah sarap dan kawasan sekitar rumah tu terpelihara sangat sedangkan tak mungkin pihak pembandaran ada masa nak bersihkan sebab kawasan tu hutan dan tak didiami sesiapa.



...



Setiap kali aku masuk rumah tinggal ni then otak aku pasti terfikir: rumah ni mesti ada cerita sendiri aka it seem cam cuba nak bagitahu kita sesuatu (or at least otak aku je cuba nak buat-buat cerita). Mana taknya kekadang kalau masok satu rumah tu it seems like apsal pemilik rumah ni cam berebut sangat nak pindah ngan banyak lagi barang-barang berguna ditinggalkan or apsal satu bilik ni cam terbakar ngan kesan hitam asap memenuhi ruang bilik dan kat center tu ada meja kecil dan di atasnya ada bible?

Ada satu hari ni aku dan sorang kawan ni gi satu tempat ni ar. Kat tempat tu ada beberapa blok hostel dan satu blok tu dikosongkan. Siap setiap pintu masok each dorm dipaku ngan kayu palang. Even dari luar blok tu dah tulis besar-besar dilarang masok. Ada urban legend kata pernah ada student bunuh diri dari tingkat atas blok tu. Dan bila kami masok dan rasa goosebumps memang ada. Bila kuar dari tempat tu kami share kata kalau kami tak dengar cerita pelik-pelik orang tentang blok tu then mesti kami tak akan fikir dan takut kan?





Or otak kotor aku pun selalu fikir gak what if kalau ada 'sesuatu' yang ikut sekali aku balik nanti? Wakaka




















Teringat aku Malaysia pernah kuarkan filem tajok Misteri Istana Lama yang guna pendekatan paranormal ngan video cam amature then ada ar beberapa rakyat Malaysia ni marah-marah bagi komen kat satu blog ni "Kata cerita realiti, dalam filem tu ada yang mati tapi apsal mamat tu leh kuar tv plak tadi? Dasar penipu filem Melayu nih..!!"

Buat aku terfikir either rakyat Malaysia tersebut sangat BODOH or dia sangat-sangat BODOH...!!

Monday, February 20, 2012

Bawang

Apa agak-agaknya topik yang aku nak cerita hari ni based on tajuk post di atas?
a) Of course la pasal bawang
b) Hikayat Bawang Puteh n Bawang Merah
c) Asal usol nama Rawang
d) Aku out of idea. Hmmm


Aku yakin kalau aku kata banyak manusia kat dunia ni jenis pemilih nak mampos dan memilih tahap pelik gaban bila bab makanan. Sebab aku pernah dan selalu jumpa jenis manusia freak yang sanggup menghabiskan masa lebih setengah jam untok mengasingkan sayur yang dipotong sangat halus yang terdapat dalam mee or nasi goreng daripada menelan dan for sure tak akan ada apa-apa effect berlaku pun pada orang tu such as mati tercekik, keracunan makanan, kemandulan etc kalau korang telan sayur tu.

Tapi aku tak ada masalah makan sayur mayur ni. Kecuali dulu ar aku memang agak memilih lah jugak bila masok dalam bab makan-makan nih. Dulu aku tak makan telur masin, ulam-ulaman (dulu aku kata ia makanan kambing), certain-certain sayur, certain-certain makanan exotic dan lain-lain lagi. Antara sebab utama aku tak makan benda tu ialah sebab rupanya yang pelik.

Sehingga it hard untuk bagi aku makan.. dulu ar sehingga kalau orang Sarawak kata aku ni LOBA. Loba ni bukan tamak haloba tapi a bit cam KEKWAT ar.. Hmmm..







Tapi as time goes by bila melalui banyak event, pergi sana sini dan mostlynya disebabkan tak ada pilihan makanan lain selain makanan tu then terpaksa makan dan baru start rasa: Duh sedap gila rupanya benda tu. Contoh cam aku start makan BUDU masa gi social work kat Kelantan, aku start makan telur masin masa kursus kat MRSM, aku start makan ulam ngan BELACAN masa makan nasi ayam penyet bla bla bla.. 

Sehingga sampai part kita nak benda tu lagi dan lagi. Contoh kalau parents aku tak ada rumah dan aku malas nak masak then aku just ambik pucuk ulam raja kat depan rumah dan makan ngan nasik kosong just like that jer. And even kekadang aku just makan benda tu tanpa dengn makanan lain sebab rasanya yang manis..





...





Sama gak kes bawang nih. Dulu aku sangat tak suka makan dan kalau tengok ia dicampur ngan makanan lain duh mood nak makan terus hilang. Tak kira bawang besar or bawang puteh ke dua-dua aku tak suka. Buat aku rasa cam aku tak akan ada peluang jadi immortal sebab vampire dari jauh dah dapat hidu bau garlic tu. Hmmm..

Tapi entah apsal satu hari tu termakan ar bawang besar nih. Then rasa sedap plak sehingga sampai sekarang aku leh makan bawang besar tu mentah-mentah tapi tak ar cam makan epal tapi perlu potong dulu tapi still satu bijik tu leh habis mentah-mentah..

















So jawapan kepada soalan utama tapi ialah D. Hmmmm

Saturday, February 18, 2012

Potong & Warna

Setiap kali aku gunting rambut style pelik or aku buat benda pelik pada rambut aku or aku pakai pakaian yang pelik or aku buat tindakan pelik-pelik then emak mesti akan kuarkan statement yang sama "Aj, diri tu bukannya muda lagi nak buat benda tu..." Buat aku terfikir, yap 27 does make someone sound like an old guy tapi..





...tapi bila aku tengok cermin aku tak dapat nak relate someone yang berumur 27 tahun ngan sapa yang aku lihat dalam tu. Aku cuma melihat seorang lelaki yang muda dan berjiwa muda as ramai yang x percaya usia aku 27 dan mereka lebih melihat aku as seorang lelaki yang berusia awal 20-an walaupun aku sebaliknya.



















So aku nak gunting rambut style pelik dan warnakannya dengan warna yang pelik..























wakaka..

Ustaz Don Who?

Korang pasti percaya kalau aku kata yang aku tak pernah tengok rancangan Ustaz Don kat TV Al Hijrah or kat mana-mana siaran sekalipun tapi korang pasti tak akan percaya gak kalau aku kata yang aku baru balik dari ceramah Ustaz Don beru je tadi. Hmmmm.. Yap, korang percaya..


Aku ni bukanlah jenis manusia yang suka gi ceramah or what ever program berbentuk motivasi. Tapi kali ni aku terbuka hati pergi sebab 1st) ia membicarakan manusia agung yang paling aku sayang aka Nabi Muhammad S.A.W dan 2nd) penceramahnya bukanlah penceramah konventional. 

So lepas Maghrib aku start gerak sebab aku plan nak jemaah kat Islamic Information Centre aka tempat yang bakal diadakan ceramah tu. Aku punya expectation awal yang orang just sekadar memenuhi ruang dalam tu je ar sebab as usual bila masok program agama pasti ramai x nak join BUT miracle happen sekaligus menjadikan expectation aku salah: tempat tu sangat penuh, kereta perlu park jauh dan berjalan kaki dan just dapat dudok luar bangunan jer. 

Pelbagai lapisan masyarakat datang. Dari yang bertudung labuh ke tudung siti Nurhaliza (yang tak bertudung pun ada), tua muda, lelaki perempuan (dan separa) pun datang dan tak kisah dudok kat tar jalan semata-mata tak nak melepaskan peluang menghadiri majlis agama ni sekaligus memperlihatkan bahawa kita ni dahagakan majlis-majlis seumpana ni. 






Dan tak lupa nak katakan yang ceramah Ustaz Don memang best. Memang tak rugi jalan kaki jauh-jauh bila dengar ceramah dia. 2 jam lebih rasa cam baru setengah jam jer, Banyak info-info berguna aku dapat malam ni tadi. 













Antaranya bila melibatkan golongan bernama Syed dan Syarifah ni. Jujor cakap yang aku before sangat kurang gemar ngan diaorang nih. Ada yang terlalu maniac ngan 'nama' tu sangat sebab desas desus bagitau yang mereka ni berasal dari keturunan Hasan Hussien aka keturunan nabi sedangkan perangai CENSORED ar..

Then Ustaz Don jelaskan yang yap, they do dari keturunan nabi. Dan lebih dasyat bila mereka perlu bawak tanggungjawab as pembawa nama keluarga nabi. So Syed dan Syarifah, please behave..















Tak dapat bayangkan kalau Ustaz Azhar Idrus plak yang bagi ceramah. Musti lagi ramai ar

Thursday, February 16, 2012

Cool Jobs?

Apa yang menjadikan korang mendefinisikan sesuatu pekerjaan tu as a cool jobs?
a) Pekerjaan yang buat korang bangga ngan pakaian seragam korang dan setiap kali korang dan group of rakan-rakan berjalan satu baris dalam pakaian seragam tu buat orang lain menoleh dan melihat ngan pandangan cemburu.
b) Pekerjaan yang orang sangat jarang-jarang pernah dengar apa nama pekerjaan tu (dan ia sangat susah disebut or nak dieja) dan vacancy kerja tu pulak bukan calang-calang orang leh buat sehingga buat orang lain rasa tergamam dan respect korang.
c) Pekerjaan yang buat korang lebih banyak masa minum kopi, lepak before lunch and after lunch, lepak minum petang, banyak meeting dan banyak makan masa meeting aka pendek katanya 8 jam lebih banyak dihabiskan kat kedai makan daripada di office. Hmmm
d) Pekerjaan yang orang lain tahu yang kerja tu tak bergaji besar, tak ada career masa depan, tapi korang tak pedulik sebab korang rasa kerja tu sangat cool bagi korang..


Bagi aku contoh pekerjaan yang cool ialah cam: vampire assistant (fantasinya),copy writer (yap, Razzy kerja ko sangat cool), coffee barista, baker, graphic designer, pelukis, penulis, assistant kedai buku, assistant kedai cd etc adalah sangat cool.

Then korang persoalkan "Aj, itu cool ker? Pilot, engineer, doktor bedah saraf, angkasawan bla bla bla barulah cool..!!"

Suka hati aku ar, aku punya definisi then aku punya suka ar..

Then korang balas balik "Aj, I tho ko punya previous job dulu as a library assistant, cikgu sekolah swasta, mr operator, penceramah kat PLKN and assistant manager kat cinema tu bukan dalam list cool job ko gak ker...?"



erk, itu...



Korang sambong balik "Ko pun pernah kerja kat Jabatan Ketua Menteri Sarawak gak kan? That cool what?"










Hmmmm..












What can I say? Cool job kekadang cepat membosankan especially bila ia dah terlalu cool sangat.




















BTW hari ni aku memasukkan satu aku kerja as a cool job iaitu TOURGUIDE. Yap, wishing me all the best sebab petang ni aku nak dapatkan kerja tu.. Hohoho

Wednesday, February 15, 2012

2 Nama

Masyarakat Melayu now a day mostlynya punya nama lebih daripada 1. Dari nama-nama yang berbunyik canggih manggih cam Aidil Zaquan, Zaquan Adha, Murniza Natasha, Alisha Maisara etc or nama yang berbunyi lebih basic and down to earth tapi still lebih dari satu cam Mohd Saiful Nizam, Abdul Syuib, Siti Sarah, Nur Amina etc. Sekaligus menjadikan orang yang hanya punya 1 nama quite agak freak dan ketinggalan zaman sikit. Wakaka..





Tadi petang my 6 years old niece cakap-cakap ngan atok dia. As usual dia ni banyak mulot. So aku just curik-curik dengar je dari bilik. Kedian satu part buat aku ketawa sesorang. Dialog diaorang kira cam bawah ni ar:

Adik: Apa nama atok?
Atok: Abdullah
Adik: Nama bapak atok?
Atok: Mataha
Adik: Ooh rupa-rupanya nama bapak atok Mataha..

Lama gak aku fikir yang dia baru tahu sebab selama ni kami sekeluarga suka uji dia ngan soalan tipikal kita tanya pada bebudak yang sapa nama emak, nama bapak, nama atok, nama nenek dan as usual gak dia ngan lancar jawab. Dan selama ni rerupanya dia fikir nama Abdullah Mataha tu satu nama rupanya. Wakaka..














Lawak bebudak zaman sekarang betol ar niece aku nih.. Hmmm

























Btw it better to have 1 nama yang pendek tapi kita tahu apa makna nama tu daripada nama panjang-panjang sehingga nak isi apa-apa borang kerajaan sampai tak cukup ruang pada kotak yang disediakan plus jangan katakan diri sendiri even mak bapak sendiri pun tak tahu makna nama tu. Just maen letak sebab bunyi cam cantiik jer. Or worst gabung nama antara suami dan isteri dan hasilkan nama yang erk.

Tuesday, February 14, 2012

How a Muslim Murtad?

My 10 years old nephew baca buku cerita tentang Puteri Santubong-Puteri Sejinjang tentang 2 orang puteri kayangan yang di turunkan ke Bumi untuk menjaga negeri Sarawak. Dipendekkan cerita satu hari kedua-dua puteri ni bergaduh as nenek aku kata disebabkan oleh fakta both x boleh menerima hakikat bahawa yang sorang tu lebih cantik dari yang sorang lagi (meanwhile dalam buku sekarang kata bergaduh sebab berebut lelaki. Hmmm) sehingga last-last both disumpah menjadi Gunong Santubong dan Gunong Sejinjang (tak lupa Pulau Kera) sekaligus menjadi penjaga gunong-gunong lain di Sarawak.


Lastly my nephew buat kesimpulan bahawa cerita tun nonsense. Gosh siapa nak percaya pada puteri kayangan or gunong yang selama ni depan rumah kamiorang ialah seorang puteri yang disumpah? Lain ar kalau ada arkeologi buat cari gali then akan jumpa tulang yang maha besar menyerupai sorang perempuan bersimpuh then it will turn a bit logic gak ar. Buat aku ketawa sebab masa aku kecik dulu aku dan adik beradik bukan main percaya lagi cerita nenek kami tu. Hmmm..

....

Aku pernah cakap-cakap ngan kawan aku kata kalau dia bukan sorang Muslim or dia sekadar Muslim yang hanya pada nama jer then kalau aku kata ada sorang laki ni dia claim dia naik ke langit guna berkepala manusia dan berbadan kuda plus bersayap then dia gak kawen ngan perempuan yang umor 9 tahun bla bla bla then korang akan kata ngan pasti yang lelaki tu bawah pengaruh ganja etc dan seorang pedofilia aka fanatik seks ngan budak-budak bla bla bla.

Then kalau aku kata bahawa lelaki itu ialah Muhammad S.A.W aka Nabi utusan Allah then effectnya either saki baki Iman dalam diri korang yang tipis tu akan terlucut sepenuhnya or Iman korang akan bertambah kuat.

Korang masih ingat selepas peristiwa Isra dan Mikraj ketika Nabi Muhammad mengumpulkan orang Mekah dan kata bahawa dia baru sahaja naik ke langit ke-7 menaiki seekor Buraq dan pergi ke Masjidil Aqsa dalam tempoh 1 malam dan effectnya ada yang beragama Islam terus murtad sebab merasakan Muhammad adalah penipu tapi sebaliknya Abu Bakar dengan yakin berkata kepada semua bahawa dia percaya dan beriman kepada setiap apa yang dikatakan Nabi Muhammad.


...


Aku terbaca dalam novel American Gods by Neil Gaiman kata kalau Jesus benar-benar turun ke bumi dan berjalan kat jalan kaki di Amerika then percayalah most American tak akan buat apa-apa or tak peduli sedikitpun. Sebab mereka tak akan percaya bahawa that is the real Jesus sebab dah terlalu banyak Jesus look a like yang lain sebelum tu. 


...


1 thing about IMAN is not just only about trust jer or percaya sahaja tapi sebaliknya ia adalah tentang penyerahan diri sepenuhnya kepada apa yang kita percaya.




...




Islam ialah antara agama yang terbanyak bilangan penganutnya di dunia. Tapi antara banyaknya penganut Islam tu berapa banyak yang tahu cara sembahnyang? Dan antara yang tahu sembahyang tu pulak berapa banyak yang sembahyang? Dan dalam yang bersembahyang tu pulak ada berapa yang tahu kenapa dia sembahyang? Yap tak terlupa dalam banyak-banyak umat Islam satu dunia tu berapa ramai pula yang sekadar sembahyang seminggu sekali waktu Jumaat or sekali setahun masa sembahyang Raya Aidilfitri jer? 

Dan bila salah seorang dari mereka itu keluar dari Islam dan menyebar keburukan Islam: tentang lelaki yang berkhayal terbang ke angkasa dan mengahwini kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun lalu semua penganut Islam yang hanya sembahyang seminggu sekali or setahun sekali itu pun mengamuk sana sini.








Sedangkan yang keluar itu sekadar Islam pada nama sahaja dan sembahyang entah ada sekali setahun dan tanpa tahu tujuan sebenar dia sembahyang. Hmmm

Monday, February 13, 2012

My Camera Journey

Aku sorang yang always bawak kamera almost ke mana-mana sahaja aku pergi dan aku suka tangkap gambar. Aku tak suka orang yang anggap kamera just as a gadjet or aksesori yang digantung di leher or gambar just grafik mati or foto just kepingan kertas. Kamera bagi aku ialah bahan yang merakam apa yang mata aku lihat dan aku abadikannya ke dalam bentuk yang kekal.


So aku ambik beberapa gambar (kalau ambik semua then nak mampos ar) dan aku jadikannya satu video simple bagi menjelaskan jika kamera itu adalah satu makhluk dan matanya mampu menyimpan memori kenangan yang maha banyak then ia didedikasikan ke dalam bentuk video tu. So, layan video bawah:
















Kalau tak dapat layan sini then cari kat YOUTUBE under title My Camera Journey. Hmmmm

Sunday, February 12, 2012

Dah Nama Pun Pembangkang..

Korang mesti pernah dengar word ni 'Dah nama pun pembangkang then membangkang je ar kerja dia 24/7. Tak ada satu pun yang dibuat kerajaan pernah betul. Semuanya salah jer..' Habis tu? Takkan ar dia nak sokong dasar kerajaan plak then better dia tukar haluan jadi ahli kerajaan dan sama gak ngan ahli politik pro kerajaan then tak kan ar nak sokong pembangkang plak? Kan?


Walaupun aku ni based on previous post bunyik cam bukan pro kerajaan that doesnt mean aku ni pro pembangkang. Aku just berdiri on pendirian: tak sepanjang masa kerajaan tu betul dan tak sepanjang masa pembangkang tu salah. Dan tak sepanjang masa kerajaan tu salah dan tak sepanjang masa pembangkang tu betul.

Teringat masa sekolah dulu bila part syarahan or berdebat dalam kelas then ramai tak nak jadi group pembangkang sebab dalam mind set yang diterapkan zaman tu as pembangkang ialah salah dan akan kalah sepanjang masa.Sedangkan realitinya either pembangkang or pencadang both masing-masing ada idea pro and cons. Dan sama gak cam persamaan disebabkan 2 orang punya idea yang tak sama or berbeza menjadikan satu betul dan satu salah. Naaa..








Tadi terbaca satu comment kat FACEBOOK oleh sorang kenalan yang berpaksikan pro pembangkang ni menyangkal satu idea ni mentah-mentah disebabkan statement idea tu dikeluarkan oleh pro kerajaan sedangkan bagi aku statement idea tu sangat bernas. Dan aku terfikir kalaulah idea yang sama dikeluarkan oleh orang yang pro pembangkang then pasti dia akan setuju sepenuhnya ngan idea tu..












Buat aku terfikir sekali lagi: gosh kerajaan tak selamanya salah, pembangkang tak selamanya betul, kerajaan tak selamanya betul dan pembangkang tak selamanya salah.













Even dalam satu kumpulan idea yang rubbish pun kita boleh jumpa 1 piece of idea yang sangat bernas. Kita hanya perlu buang ego dalam diri kita dan mengaku bahawa that idea ar bernas. 

Kira cam PERKASA tu bagi aku sangatlah aku tak tahu apa matlamat perjuangan mereka but still kekadang Ibrahim Ali juga mampu mengeluarkan idea yang bernas (mungkin 1 dalam 10 juta idea ar) but still disebabkan people hanya melihat dia as pak lawak, kaki racist or someone yang tak penting sehingga mengakibatkan idea bernas  yang mampu digunapakai untok membangunkan negara just hilang, gone with the wind jer..



Or may be gak our first lady memang simpan duit dari zaman tadika dia lagi sehingga mampu menggunakan simpanan tu untuk beli cincin bernilai RM 24 juta dan baki simpanan tu dia gunakan untuk beli koleksi kain di Australia.. CHOOP, aku tak jumpa perkaitan contoh ni ngan cerita ni. Hmmmm..

























Btw apa yang aku nak moral valuekan hari ni ialah jangan terhadkan diri korang ngan jadi pro kerajaan or pro pembangkang sehingga korang tak nampak apa-apa melainkan apa yang korang sokong tu jer. Hmmm










Buat aku teringat video matluthfi title Lalang. Search kat YOUTUBE..

Saturday, February 11, 2012

Cousin Mousin

Cousin mousin 
Definisi: adik beradik yang berasal dari emak dan bapak yang berbeza tapi berkongsi kegilaan genetik  yang mengalir dari warisan keluarga yang sama. Hmmmm..


Teringat last few month balik kampong sebab sorang cousin kawen tapi disebabkan datang lambat sehari then semua lauk pauk, berkat include jajan semua dah habis. Yang tinggal hanya pinggan mangkuk yang bersusun-susun dan kesan keriuhan majlis semalam. Yap, tak lupa juga pada video perkahwinan yang dirakam oleh jiran sebelah rumah yang menjadi bahan bualan hangat antara cousin mousin tentang perubahan pada family members yang sangat jarang berjumpa.

Ada yang dulu berambut pendek dan kurang ciri-ciri keperempuanan yang sekarang dah mulai berjinak berbaju kurung dan paling mengejutkan dah bertudung etc..



...



Teringat zaman kanak-kanak dulu, cousin mousin ni lah kawan-kawan terdekat yang menjadi tempat bergelak ketawa, bertolak tampar, bergadung, marah tapi masih lagi berkawan.

But as time goes by ia juga turut mengubah cousin mousin. Ada cousin yang dulu waktu kanak-kanak lelaki tapi bila dewasa dah jadi perempuan. Ada cousin yang dulu kanak-kanaknya perempuan tapi bila dewasa masih lagi perempuan tapi minat pada perempuan gak. Tak lupa juga pada cousin lelaki yang minatnya juga pada lelaki.






Dan apa tindakan yang dibuat oleh cousin mousin lain?
Jadikannya topik yang best untuk digelak besar bersama..



















Oooh ini namanya kegilaan genetik dalam keluarga. Tak dapat dibendung lagi. Wakaka

Melayu, Cina & Babi

Aku terbaca satu blog yang buat review tentang kes sorang pekerja KFC yang membelasah sorang customer.  Secara keseluruhan aku setuju apabila blogger tu kata most typical Malaysian akan melihat most Chinese akan melihat customer tu lebih kepada seorang Chinese daripada seorang customer dan most Malay akan melihat pekerja KFC tu lebih kepada seorang berbangsa Melayu daripada seorang pekerja KFC. Kenapa mereka tak hanya melihat ia kes yang tidak melibatkan bangsa sebab sememangnya ia tak sepatutnya melibatkan bangsa sikit pun. It just tentang customer dan pekerja yang gadoh jer kan? Hmmm..


Kat blog tu jugak dinyatakan bahawa each time orang Cina terfikirkan tentang Melayu then mereka akan BABI gak. Dan Melayu plak kalau terfikirkan Cina then terus terfikirkan BABI. Dibuktikan kat FACEBOOK bila Facebooker Cina kata Melayu BABI dan Facebooker Melayu plak kata Cina BABI. So pendek cerita 2-2 BABI ar kan?


...


Aku tak tahu apsal aku tak pernah tengok or judge orang based on bangsa dia. Then bila aku berkawan ngan orang tu then aku hanya lihat siapa dia dan bukan apa bangsa dia sehingga orang mention apa bangsa dia. Buat aku baru perasan: Duh, dia Cina ar. Aku lupa plak..

Mana taknya kalau dah hari-hari lepak sekali, borak-borak sekali, share masalah sekali, makan sekali, smoking sekali, mengata orang sekali sehingga sehingga kita dah tak perasan apa ciri-ciri luaran dia: kulit dia, cara dia bercakap, budaya dia etc. 

Plus mostly bila kami mengata orang yang kami tak suka then kami akan guna istilah bodoh, BABI etc. Dan kalau orang yang tak kenal kami then terdengar then pasti akan marah dan kata "Wei, apsal budak Cina tu senang-senang kata mamat Melayu tu BABI? Dia nak mati ke?". Hei, kalau orang yang perangai sebijik cam Babi dan dia Melayu so apa salahnya dia disamakan ngan BABI? Dan realitinya dia tak nyatakan BABI untok bangsa tapi untok orang tu secara specifiknya. Buktinya dia (kami) kata BABI tak terhad kepada orang sebangsa aku jer tapi jugak untok bangsa dia dan lain-lain lagi yang layak dapat title tu.






















Moral value yang aku nak share hari ni ialah: Please dont judge someone just by it cover ar. Cover maksod aku ialah warna kulit dia, bahasa dia, bangsa dia, agama dia etc sebab ia sekadar hiasan luaran. Sama cam buku yang kalau korang tak baca isi then korang akan rugi sebab tak tahu dia sebenarnya.
















Melayu sendiri tahu yang tak semua Melayu tu perangai cam Malaikat. Dan Cina juga tahu yang tak semua Cina tu adalah terbaek. 





















Dan what wrong ngan BABI ni yang selalu dapat gambaran as haiwan teruk? Ia juga makhluk tuhan okey.. 




















Or may be kalau kita faham bahasa BABI then mereka cakap-cakap then kata kalau ada BABI perangai teruk then ia akan samakan ngan manusia kot.

Friday, February 10, 2012

Cerita Dalam Gambar

Okey aku mengaku yang aku malas nak tulis panjang lebar so aku upload gambar yang aku snap then aku cuba untok buat caption yang seringkas yang mungkin umtok mengambarkan kemalasan diri aku. Hmmm..


Aku tak tahu apa matlamat buku ini disebarkan kepada khalayak kanak-kanak sekolah rendah. Kalau ia bermatlamatkan untuk memperkukuhkan landasan politik satu-satu parti politik tu semata-mata then aku kurang setuju.



Tapi dalam banyak-banyak helaian tu aku paling suka mukasurat ni. Entah apsal aku pon tak tahu. Yang pasti kalau aku tengah moody ke then aku layan muka surat ni then rasa moody tu terus hilang. Hmmmm..



Bapak aku ialah Die Hard Fan Barisan Nasional. Buktinya? Since dari pilihanraya dahulu lagi dia tak pernah turunkan bendera Barisan Nasional walaupun untok 5 minit jer. Mungkin menurunkan bendera tu seems cam menghina kredibiliti parti tu kot. But he still refer tengok bendera tu koyak rabak ke? Hmmm..



Sama ada aku seorang yang tak perasan statue-statue haiwan yang sedia ada yang lain or sememangnya ini adalah satu-satunya statue yang memperlihatkan seekor singa yang berPENIS cukup big and hard as rock. Membuatkan aku rasa cam ... ermmm... jealous..





















Still caption aku agak panjang gak.. Kan?

Bilik & Otak

Aku terbaca 1 artikel kata yang bilik personal seseorang boleh digunakan untok mengambarkan cam mana otak individu tersebut. As kajian psikologi kata bilik sorang pembunuh, perogol or even orang yang bunuh diri dapat dikenalpasti ciri-ciri yang jelas pada hiasan bilik dia. Buat aku perhatikan bilik aku dari kiri-kanan-atas-bawah dan aku setuju bahawa statement tu tak menipu.

(ada apa-apa barang yang korang kenal tak dalam pic ni?)

Bilik aku penoh dengan barang-barang junk yang bagi certain adalah sampah tapi aku tak tahu kenapa aku sangat suka pada sampah tu. Dan di dindingnya pulak penoh ngan poster, lukisan, gambar or what ever benda yang aku boleh lekatkan. Dan meja tulis aku tak sepanjang masa ada ruang as dalam gambar tu. Mostly ia penuh dengan apa sahaja barang as sama as katil aku yang sepanjang masa penuh dengan baju dan bila aku nak tidor then aku akan tolak semuanya ke lantai.

Aku sangat malas nak mengemas. Just imagine beg pakaian aku balik dari Kuantan tempohari masih lagi tersimpan kemas tanpa terdetik dalam hati aku nak kuarkan semua tu (or may be kalau aku dapat 1 kerja ni bulan 3 nanti then aku akan bawak terus barang yang sama ke tempat tu). 







So cam mana ia mengambarkan otak aku plak?














Penuh dengan memori-memori junk yang sepatutnya dah lama aku erase dari otak aku tapi sebaliknya aku still nak simpan sebab aku rasa memori yang bagi certain as tak bernilai tu adalah amat berharga buat aku. Hmmmm

Thursday, February 9, 2012

Customer Are Always SUCK..!!

Korang dah layan video pekerja KFC yang membelasah customer yang lebih kurang situasinya: customer beratur panjang-sampai kaunter pekerja bagitau makanan dah habis-customer membebel-pekerja marah. Realitinya pekerja dan customer tu orang yang baik-baik jer tapi sebab that day ialah bad day diaorang so mereka gadoh ar. Bagi ramai customer akan kata yang ianya salah pekerja tu sebab customer always right.. Bagi aku naaaaa..


Korang pernah kerja customer service yang fokus kerja tu just serve customer either with product or services lebih dari 8 jam sehari, 6 hari seminggu tak?

Kalau korang pernah ada experience tu then korang pasti akan kata yang customer tu or mana-mana customer sangat-sangat SUCK dan deserve diberi layanan sedemikian plus korang sangat berterima kasih pada pekerja KFC tu sebab dah mewakili semua pekerja-pekerja yang hidup mati hanya nak layan perangai sebijik cam setan tu. Hmmm..

Tapi kalau korang tak pernah then apa yang aku leh kata ialah: yap customers are always rite. Hmmm..


...


Aku pernah buat beberapa kerja yang berasaskan customer service nih. Kerja terakhir aku as 'pekerja wayang' yang kekadang kerja 14-15 jam sehari, 6 hari seminggu then ngan moto bahawa we are servant that serve king aka pekerja ni ialah hamba abdi yang melayan karenah dan keperluan raja. Kalau jadi customer of course la happi hapi cuma yang extra merana tu servant laa..

Just imagine kalau kaunter jual tiket jer dalam sehari tu nak serve beratus customer yang setiap satu berperangai pelik nak mampus then emosi kita turut lari sekali ar. Kalau sorang dua je yang mintak diskaun or tanya review filem or kata duit tak cukop or asyik bergayut ngan handphone mahal lah sangat tu or berlagak nak mampus or kata curik duit etc then it still okey tapi masalahnya almost semua perangai sama jer.

Kalau boleh cakap lepas then dah lama keluar word buduh, caki maki, carut marut etc or hentak kepala customer kat dinding or leh pancitkan tayar dia ke.. Hmmm..


...


Previous-previous tu plak pernah kerja jadi 'operator' kat TM. Yap, korang tahu service TM teruk tapi percayalah kalau korang jadi customer service representative TM then korang akan terasa bahangnya bila dalam sehari mesti ada berbelas customer yang kata diri datin or perangai burok cam datin caki maki korang kat telefon. What can u do? Tekan butang mute then makan keropok ke, baca magazine ke or beborak ngan kekawan sampai dia letih.

Plus info tambahan: kalau korang nak letakkan 100% beban kesalahan pada operator tu then korang buta tuli ar. Operator just buat report then hantar pada bahagian yang akan handle aduan tu before assign contractor untuk solve masalah tu. Then korang tanya "So...?". Masalahnya sorang operator sehari dalam jawab around 60-70 calls then buat report yang jumlahnya berganda then dalam sehari keseluruhan operator menghasilkan beribu-ribu report. Fikir sendiri.


(tapi tak dapat dielak gak yang memang ada pekerja TM yang malas buat kerja. Hmmm)


But motto TM are more realistic ar bila mereka kata: customer has a right aka pengguna ada hak untuk tahu apa hak mereka.


...



Bila melibatkan customer service then pendirian aku cuma satu jer: aku nak bagi service sepertimana aku nak aku nak dilayan. Aku nak orang layan aku baik then aku layan orang sebaiknya. Hmmm..














Aku pernah pergi 1 KFC ni, beratur panjang then bila sampai kaunter then aku order dan pekerja tu ngan senyuman kata "Sori encik, kami cuma ada wedges jer lagi. Itu pun satu jer.." Buat aku heran, modus operandi utama KFC bukan jual ayam ker? Naseb baek aku tak lepas mulot then kalau tak mesti  muka aku plak yang kena belasah kang. Hmmmm..

Thursday, February 2, 2012

Aku Tak Puas Hati Tentang ....

Apa perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian korang yang hari-hari korang  nampak, dengar, alami yang korang sangat tak puas hati yang sangat-sangat yang korang rasa orang lain pun sebenarnya tak puas hati gak ngan perkara yang sama gak tapi tak pernah sorang pun terdetik nak menyuarakannya such as fungsi koc wanita pada train komuter yang LOL aku sangat-sangat tak puas hati sampai bila-bila. Hmmm..


Aku layan-layan facebook or iklan-iklan kat tenet then aku terjumpa beberapa lawak yang mengesahkan aku yang sebenarnya seluruh dunia sedang share ketidakpuasan hati yang sama yang aku alami dan aku sampaikan ke dalam beberapa sub topik ni.



A. PEN HIGHLIGHT

Korang mesti pernah berada dalam keadaan masa tengah study then ada kekawan or sesapa saja akan kuarkan beberapa pen highlight yang pelbagai warna then start mengariskan nota-nota penting pada buku nota dia. Kalau setakat 1-3 baris ayat dalam satu muka surat tu di-highlight-kan then okey ar untok menunjukkan yang bahagian tu sangat penting tapi masalahnya mostlynya student hanya akan meninggalkan 1-3 ayat jer dalam satu muka surat tu yang TAK di highlightkan aka semua nota dalam buku tu penting.


Masalah utamanya bagi aku ialah colornya yang sangat terang tu sangat meng-annoying-kan mata aku. Dan ia jugak menjadikan permukaan kertas tu kembang sebab keseluruhan kertas tu dah basah. Plus ia gak meninggkalkan kesan tak best untuk ditengok or menghilangkan mood nak membaca pada helaian belakang kertas tu. Or worst kebiasaannya orang jenis suka guna highlighter ni sangat ketagih untuk menconteng buku teks sekolah yang perlu dipulangkan hujung tahun, buku yang dipinjam dari library include buku yang dia pinjam dari kita. Damn..



B. SELEKOH JALAN

Korang mesti pernah pergi mana-mana kat area pejalan kaki then bila sampai satu persimpangan then ada kesan manusia terlebih malas yang meninggalkan jejak tapak kaki diaorang aka merencatkan pertumbuhan rumput yang tumboh kat sana (sila tengok gambar kalau statement aku terlalu sukar untok difahami)


Aku tak puas hati tentang 2 perkara dalam bab ni:
Pertama: Apsal manusia yang ada kaki ni sangat malas nak bergerak lurus then belok 90 darjah then meneruskan perjalanan cam biasa tapi sebaliknya refer untuk berjalan atas rumput sekaligus merosakkan rumput tu then membebel kata orang tak nak jaga lanskap tempat tu. Btw apa matlamat malas tu? Nak menjimatkan masa ker or sesaja sebab orang lain pun guna laluan yang sama gak.

Second: Apsal orang yang bina laluan jalan kaki ni bina laluan yang bersudut 90 darjah kalau dia tahu sifat zahir manusia memang malas nak jalan lurus? Then apsal tak buat je ar laluan yang melencong terus dari awal kan? Hmmm



C. PENJAHAT FILEM/DRAMA

Apsal setiap kali dalam filem or drama bila part penjahat dah berjaya tangkap hero or heroin then plan nak bunuh tapi tak bunuh terus sebaliknya akan ambil masa yang agak lama untuk sesi bercakap dan ketawa gaya orang jahat.

Then bila dah beberapa saat before penjahat nak tarik picu pistol or nak menjatuhkan benda berat ke atas hero or menengelamkan heroin ke dalam air yang ada jerung then miracle datang cam suddenly polis datang etc. Buat kita menyumpah seranah kata "Tu ar buduh sangat, tak nak tembak awal-awal tapi refer nak cakap panjang lebar plak. Kan dah melepas..!!" 

I dont know why walau dalam cerita yang penjahat tu sangat bijak sekalipun but still bila part cam tu dia refer untuk berceramah tak tentu pasal daripada terus tempak hero tu. Sedangkan kalau watak tu tak penting tak pulak terfikir nak banyak cakap tapi terus mati oin few second jer. 

Or apsal penjahat sangat liat nak mati? Walau kena tembak, kena langgar kereta, terjun bangunan 50 tingkat still leh hidup lagi. Memang tak mati-mati lebih-lebih lagi kalau cerita tamil. Hmmm..











...bersambung...