Showing posts with label Babi. Show all posts
Showing posts with label Babi. Show all posts

Saturday, March 9, 2019

Kisah Perempuan Melayu Yang Bagi Anak Makan Babi


Aku mempersoalkan:

Dia tak ada agama ke?
Dia tak takut tuhan ke?
Dia tak percaya konsep dosa, pahala, syurga, neraka ke?
Dia tak tahu ke dia bagi anak dan suami dia makan makanan haram?
Dia tak rasa bersalah ke?
Dia tak tahu malu ke?


Sewaktu aku universiti dulu, aku ambik satu kelas elektif ni: penulisan kreatif. Salah seorang pensyarah bagi kami satu bahan bacaan ni. Pendek je. Tajuknya kalau tak silap: Petani dan babi. Sinopsisnya: Petani Melayu ni miskin jadi dia ambik kerja sampingan under sorang apek Cina ni dengan memburu dan memotong daging babi hutan. Selepas tu dia akan samak parang dan diri dia. Apek Cina pun bagi upah yang agak lumayan. So hari berganti hari bertukar minggu dan dia masih lagi buat benda yang sama. Satu hari selepas selesai kerja kerat mengerat daging, dia gantung kat pagar rumah dia dan dia pergi samak diri macam biasa. Malam tu, masa makan dia tanya isteri dia: Sedap awak masak malam ni. Mana awak dapat duit beli daging? Maka isterinya menjawab: Daging ni kan awak yang beli dan gantung kat pagar. Saya masakkan jer. So si petani pun terkesima.


Kat tempat kerja aku post tertinggi ialah supervisor. Dan di situ ada 2 supervisor. Aku dan sorang lagi yang senior 3 bulan dari aku sekaligus menjadikan ‘peranan’ dia lebih besar dari aku. Orang kenal aku tahu yang aku no big deal pun dengan pangkat or benda nama duit ni. Beberapa hari before raya dia bersalin, cuti 2 bulan dan kembali masuk kerja. Bulan September OK lagi. It started bulan Oktober. Dia datang kerja sekitar 7 hari jer. Bulan November dia masuk kerja sekitar 4 hari. Disember 5 hari. Januari kurang 10 hari. Februari baru lebih 2 minggu itupun sebab aku pergi umrah. Tapi dekat slip gaji, hanya stated yang dia ambik beberapa hari je cuti, unpaid leave pelbagai. Bersih je payslip worksheet. Dan hujung bulan tersenyum je kira gaji.

Alasan dia bagi: Anak sakit, anak meragam tak nak pengasuh, pengasuh buat hal, pengasuh temankan anak ambik keputusan PT3, kakak pengasuh masuk hospital, kakak pengasuh meninggal, kawan emak meninggal, suami sakit, dia temankan suami sakit, dia sakit gigi, ada urusan bank, susu anak habis, urusan bank lagi, orang atur rumah dan ada masa cerita di whatapps dan jumpa depan boleh berubah pulak bla-bla-bla.

Kalau aku budak naif umur 4 tahun then aku mungkin akan bersimpati dan kata dia ialah perempuan paling malang dalam dunia ni. Mana taknya dalam sebulan cuma turun kerja 4 hari je? Turun kerja 4 hari tu pulak bukannya 8am-5pm x 4 tapi ikut mood. Dia masuk kerja jam 8.30-9.00. Balik pulak jam 4. Ada masa dia nak kerja setengah hari then setengah hari je ar. And even ada masa tak sampai sejam je terus balik.








Yang buat kerja dia: AKU.






Aku tulis ni atas dasar saudara seagama. Duit yang dia dapat setiap bulan tu ialah haram. Dia nak pertikai dan bawak jumpa ustaz or mana-mana mufti pun memang akan tetap jatuh hukum haram. Dia tak tahu ke? Sekalipun dia guna alasan meyakinkan diri dia sendiri yang dia sakit but still dia tipu on payslip worksheet dengan menyatakan dia hadir pada selain 4 hari tu. Kau tak buat apa-apa, main dengan anak, ‘main’ dengan suami di rumah dan kau dapat duit. Dalam payslip kau kata kau kerja. Ia haram. Haram tetap haram. Bak kata orang Melayu: duit tu panas. Ia akan bagi effect pada rumah tangga, pada suami, pada anak, pada keluarga kau. Mungkin kau tak nampak sekarang tapi ia akan ambil masa. Duit tu diguna untuk beli makan anak-suami, ia akan jadi darah daging, ia akan hitam dan bila kau dah sedar ia terlambat.



Dan 1 benda yang paling senang untuk analogi haram: BABI. Kau sanggup suap anak suami kau makan babi?


Lalu aku mempersoalkan:

Dia tak ada agama ke?
Dia tak takut tuhan ke?
Dia tak percaya konsep dosa, pahala, syurga, neraka ke?
Dia tak tahu ke dia bagi anak dan suami dia makan makanan haram?
Dia tak rasa bersalah ke?
Dia tak tahu malu ke?











Dan dalam cerita ni aku juga sedang makan babi sebab bersubahat. Jadi aku perlu buat sesuatu..

Saturday, February 11, 2012

Melayu, Cina & Babi

Aku terbaca satu blog yang buat review tentang kes sorang pekerja KFC yang membelasah sorang customer.  Secara keseluruhan aku setuju apabila blogger tu kata most typical Malaysian akan melihat most Chinese akan melihat customer tu lebih kepada seorang Chinese daripada seorang customer dan most Malay akan melihat pekerja KFC tu lebih kepada seorang berbangsa Melayu daripada seorang pekerja KFC. Kenapa mereka tak hanya melihat ia kes yang tidak melibatkan bangsa sebab sememangnya ia tak sepatutnya melibatkan bangsa sikit pun. It just tentang customer dan pekerja yang gadoh jer kan? Hmmm..


Kat blog tu jugak dinyatakan bahawa each time orang Cina terfikirkan tentang Melayu then mereka akan BABI gak. Dan Melayu plak kalau terfikirkan Cina then terus terfikirkan BABI. Dibuktikan kat FACEBOOK bila Facebooker Cina kata Melayu BABI dan Facebooker Melayu plak kata Cina BABI. So pendek cerita 2-2 BABI ar kan?


...


Aku tak tahu apsal aku tak pernah tengok or judge orang based on bangsa dia. Then bila aku berkawan ngan orang tu then aku hanya lihat siapa dia dan bukan apa bangsa dia sehingga orang mention apa bangsa dia. Buat aku baru perasan: Duh, dia Cina ar. Aku lupa plak..

Mana taknya kalau dah hari-hari lepak sekali, borak-borak sekali, share masalah sekali, makan sekali, smoking sekali, mengata orang sekali sehingga sehingga kita dah tak perasan apa ciri-ciri luaran dia: kulit dia, cara dia bercakap, budaya dia etc. 

Plus mostly bila kami mengata orang yang kami tak suka then kami akan guna istilah bodoh, BABI etc. Dan kalau orang yang tak kenal kami then terdengar then pasti akan marah dan kata "Wei, apsal budak Cina tu senang-senang kata mamat Melayu tu BABI? Dia nak mati ke?". Hei, kalau orang yang perangai sebijik cam Babi dan dia Melayu so apa salahnya dia disamakan ngan BABI? Dan realitinya dia tak nyatakan BABI untok bangsa tapi untok orang tu secara specifiknya. Buktinya dia (kami) kata BABI tak terhad kepada orang sebangsa aku jer tapi jugak untok bangsa dia dan lain-lain lagi yang layak dapat title tu.






















Moral value yang aku nak share hari ni ialah: Please dont judge someone just by it cover ar. Cover maksod aku ialah warna kulit dia, bahasa dia, bangsa dia, agama dia etc sebab ia sekadar hiasan luaran. Sama cam buku yang kalau korang tak baca isi then korang akan rugi sebab tak tahu dia sebenarnya.
















Melayu sendiri tahu yang tak semua Melayu tu perangai cam Malaikat. Dan Cina juga tahu yang tak semua Cina tu adalah terbaek. 





















Dan what wrong ngan BABI ni yang selalu dapat gambaran as haiwan teruk? Ia juga makhluk tuhan okey.. 




















Or may be kalau kita faham bahasa BABI then mereka cakap-cakap then kata kalau ada BABI perangai teruk then ia akan samakan ngan manusia kot.

Monday, December 26, 2011

Facebooker Melayu

Sebutlah Uffin bukan Upin, Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul". Sebutlah Ariffin bukan Ipin, Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud "Aku suka Israel". Penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin, "U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "


Korang pernah terbaca statement ni tru kawan-kawan di FACEBOOK tak? Then apa reaksi korang:
a) Korang terus melarang anak-anak or adik-adik korang tengok Upin Ipin then bagitahu kat mak cik-mak cik sebelah rumah yang Upin Ipin ialah propaganda Yahudi yang nak menyesatkan orang Melayu (yang Islam hanya pada IC jer)

b) Korang ngan maniac like status tu then share link dengan matlamat agar seantero Malaysia gempar dan sedar bahawa ada anak Melayu yang sanggup makan duit haram Yahudi semata-mata nak menyesat lagi menyesatkan anak bangsa sendiri. Hmmm

c) Korang ketawa terguling-guling kat lantai sebab ada jugak orang Melayu yang bodoh leh percaya benda  buduh ni. Wakaka


...


Realitinya mungkin sebab Upin dan Ipin ialah cerita tempatan then logiknya kita leh fikir ar. tak  kan anak Melayu sanggup makan telunjuk Yahudi nak menyesatkan agama sendiri ar kan (tapi kalau benarpun siapa tahu)? Tapi selain benda tu ada berapa banyak dah statement yang korang yang Melayu yang beragama Islam yang dah forward, share, like bila ia melibatkan teknologi barat, makanan dari barat, lagu dari barat, penyanyi dari barat yang dikatakan ia haram, ia menghina Islam, ia berasal dari Yahudi yang korang sangat yakin ia benar tapi tindakan susulan yang korang lakukan sekadar sebarkan benda tu tanpa sebarang kajian lanjut?


Teringat bertahun dulu ada satu restoran baru ni dibukak then sambutannya sangat hebat sehinggakan ia penuh dan orang sanggup beratur panjang untuk makan kat situ. Then one day tersebar satu cerita yang kata owner kedai tu letak babi dalam makanan then dengan cepat berita tu tersebar sehingga dalam seminggu restoran tu korang dan few week ia dah tutup. Realitinya tak ada sesiapa pun yang buat kajian or tanya jabatan agama Islam negeri ker, datang buat kajian sendiri ker tapi mereka just judge by apa yang mereka dengar dari orang lain yang mereka tak kenal cakap jer. 

Sebab rumusnya sangat senang: orang Melayu either yang setiap hari minum arak pun akan jadi cukup sensitif bila dapat tahu makanan mereka ada BABI. Mereka lebih refer makan kat kedai yang tukang masaknya bukan Islam tapi ada sign tulis 'serve no PORK' or ada banyak orang Melayu pakai tudung makan kat situ.

So orang Melayu yang mudah menghasilkan hasad dengki makin senang ar nak buat business







...





Then korang ketawa cam Inspektor Sahab seraya berkata "That why ar aku tak layan FACEBOOK". 









Mungkin FACEBOOK tak berjaya memperbodohkan korang tapi cam mana ngan media lain cam berita? Kalau tak ada yang percaya then tak mungkin cukup ramai jadi mangsa diperbodohkan mentah-mentah dengan percaya sebijik-sebijik maklumat yang disampaikan di berita tempatan? Then korang kata sekali lagi "That why aku percaya berita dari internet" Look, korang pun percaya maklumat hanya dari satu sumber sahaja tanpa buat penilaian dari sumber lain.












Or paling basic: bagaimana iklan mempengaruhi otak kita ngan kata jenama tu lebih bagus dari jenama ni etc. Then korang kata sekali lagi "Iklan hanya berjaya pengaruhi otak budak kecik je r" then kenapa kita masih beli baju-baju berjenama mahal, melancong ke negara luar dan menjadikan music luar as better then our own?
















Teringat sorang kawan pernah tegur aku kata "Aj, STARBUCK tu haram bla bla bla"














Just jangan mudah melatah

Tuesday, August 9, 2011

How Does 'Babi' Taste Like?


Aku ada sorang kawan muallaf ni dan satu hari ni kami tengah lepak-lepak makan hotdog then dia kuarkan satu statement "Kalau kau nak tahu, macam ni ar rasa babi..". Waktu tu masih belum lagi keluar kes guna usus babi untuk buat hotdog ar. So aku balas balik statement dia "So babi ni tak lah sedap mana pun..." Hmmmm..


































Aku yakin ramai dah umat Islam pernah merasa babi sama ada secara mereka sedar or tak jer.













Plus include orang-orang yang tak peduli sebab janji ada tanda halal then mereka terus tak ambik pedulik either halal tu just sekadar cop or sebaliknya.. Hmmmm..

Saturday, January 15, 2011

Kaki Clubbing

Teringat last week interview, the interviewer dengan penegasan yang amat sangat yakin berkata yang bahawasanya aku ialah seorang kaki clubbing yang selalu keluar malam-malam dan balik rumah lewat pagi then masuk kerja cam biasa. Aku tak tahu apa yang menjadikan mereka sangat yakin itu ialah aku. Sebab seingat aku waktu tu aku tak pakai cincin yang almost penuh semua jari di tangan dan gelang-gelang hitam aku dah disembunyikan disebalik baju. Plus aku cukup yakin yang pada waktu tu aku dah ready ngan taktik terhebat setiap interview: buat muka innocence.

(sekadar gambar hiasan)

Cuma masalahnya mereka bukan orang pertama yang kata macam tu. Ramai sangat yang dah kata macam tu pada aku. It seems muka aku ni ialah muka yang selalu korang terserempak kat club-club tertentu ni or seems kat dahi aku dah ada tertulis something yang aku sendiri tak detect tapi korang je leh nampak so membuatkan korang tahu aku ialah orang macam itu, macam ini etc.

Sama cam ada kawan sama belajar ni dulu. Satu hari tu mereka ajak r aku keluar pergi 'minum' ni dan aku tolak bab 'minum' r sebab aku memang tak minum pun 'minuman' tu. Mereka mati-mati ketawa tak percaya kata muka aku ni tak 'minum' sangat tipu. So mereka kata muka aku ni jenis tipikal muka yang bersembunyi di siang hari disebalik muka 'baek' tapi sangat tahu cara nak 'enjoy life' malamnya.

Then aku tengok muka aku kat cermin dan cari part yang aku tak nampak tu. Mungkin benar kata mereka yang aku ni bersembunyi disebalik muka 'baek' tapi enjoyed life. Memang aku enjoy my life what. Plus everyone memang ada dark side apa then aku pun manusia gak kan so that mean I also do have the other side of me gak kan?

Kemudian bila nampak aku sembahyang then mereka kuar statment lain: cam tak percaya jer AJ sembahyang r. Muka AJ kalau buat baek then maknanya dia mesti tengah ada 'plan' nak mengampu someone ni. Waktu interview last week gak interviewer tu cam tak percaya yang aku ni sembahyang sehingga mereka uji aku ngan 'ujian-ujian Islamic' yang the end aku berjaya jawab ngan lancar. Tapi still muka mereka nampak ragu-ragu. What? Muka aku ni tak ada cam muka orang yang tahu agama ker?

Cuma itulah kadang-kadang kita terlalu cepat menilai orang hanya pada luaran mereka sahaja. Ada yang kata aku ni kawan pilih bulu jer, kawan mesti yang sama kelas jer, tak pandai makan kat kedai tepi jalan, pakai barang mahal-mahal, pergaulan bebas r, suka memandang rendah orang lain, high maintenance dan banyak lagi. Tapi bila mereka dah kenal then tanggapan semua silap. So then nak salahkan diri aku sebab freely being me or salahkan korang sebab judge aku hanya based on luaran jer.

As korang yang tak suka others judge korang ngan salah so aku pun cam tu gak. So kenal aku dulu then baru kata aku cam mana. Jangan main serkap jarang jer.





















Cuma bila aku kata aku bukan kaki clubbing doesnt mean aku tak pernah pergi clubbing r kan? Cuma aku bukan 'kaki' dan tak 'minum' jer. Im just enjoying my life. That it.. Hmmm..

Wednesday, August 25, 2010

Lim Guan Eng & Sembahyang Jumaat

Recently heboh gak kat media massa tentang issue LIM GUAN ENG (selain issue bapak yang gila penggal kepala anak) pasal nama dia mengantikan AGONG dalam bacaan doa masa SEMAYANG JUMAAT. So ini komen aku...


Issunya sama cam issue ada orang ambik video MALAIKAT landing atas KAABAH. So korang2 yang taksud lalu ngan bangga kata inilah MALAIKAT sebenar2nya pasal ia landing kat tempat suci umat ISLAM. So korang sebar2 r video ni kat FACEBOOK dan makin bertambah r kkawan korang yang taksub ngan benda ni. 

Realitinya aku jadi hairan either korang ni buat2 buduh or korang memang extra buduh baghral dalam bab2 berfikir guna otak. MALAIKAT umat ISLAM dicipta dari cahaya dan ia adalah makhluk ghaib. So ia bergerak ngan kelajuan cahaya dan ia x akan nampak oleh mata manusia yang zahirnya dicipta dari tanah. And even digambarkan kalu JIBRAIL bukak separuh kepak dia then gelaplah bumi betapa mengambarkan betapa besarnya makhluk MALAIKAT ni. Plus yang menambahkan keBENGONGan aku ialah cam ne manusia2 yang taksub ni leh yakin sangat bahawa 'kamera buatan manusia' ngan senang2 jer leh rakam makhluk ghaib ALLAH tu?

Kedian bila korang tahu yang video tu diedit oleh sorang NON-MUSLIM then korang ngan taksub plak nak tuduh itu ini. Korang kata ia cara mereka nak KAFIRkan korang. Dey tambey, yang korang awal2 taksub x tentu pasal awal2 dulu tanpa fikir panjang bwat apa? Nak salahkan orang plak. Salahkan diri sendiri r yang x guna otak berfikir.

So kesimpulan dalam bab ni ialah korang kena beriman ngan MALAIKAT tanpa perlu taksub nak tahu cam ne rupa zahir dia sebab ISLAM suruh kita beriman aka yakin kepada antara benda2 ghaib cam ni. Betulkan aku kalu aku salah.












Then bab LIM GUAN ENG plak. Korang taksub2 sangat nak pi kutuk and salahkan dia bwat apa? Dia bukannya ISLAM pun then dia bukannya tahu hukum hakam ISLAM. Kalu dia nak letak nama dia ganti AGONG pun bukan salah dia pun. Kalu korang nak cari someone untuk disalahkan untuk pastikan parti politik tertentu lebih nampak ISLAMIK then salahkan r orang2 ISLAM yang jadi penasihat dia or salahkan r IMAM yang baca khutbah JUMAAT tu. Sebab mereka2 ni r yang jauh lebih tahu yang masa HAK dan yang mana BATIL. Kan?


Or kalu nak tengok in sudut yang lebih kecilnya cam aku ngan kkawan NON-MUSLIM aku. They keep asking me sampai bila aku nak puasa pasal x boleh lepak2 makan or tenggok wayang as usual tapi aku keep saying ini ialah tanggungjawab aku as an ISLAM tapi ada gak kkawan ISLAM yang laen tanpa segan silu makan lunch ngan mereka. So korang nak salahkan kkawan NON-MUSLIM aku atas alasan mempengaruhi kawan ISLAM aku suroh ponteng puasa or korang patut blame kawan MUSLIM aku yang x kuat pegangan agamanya?





Plus x salah pun rasanya untuk umat ISLAM nak doakan kesejahteraan yang bukan ISLAM kan? Dalam doa aku after sembahyang aku keep mengharapkan ALLAH agar sentiasa memberi kesejahteraan and iman kepada semua kkawan aku either yang ISLAM or not. 









So may be dengan doa2 yang diameenkan ini akan leh bwat LIM GUAN ENG lebih terbuka dan menerima ISLAM ngan ikhlas. Dan untuk parti2 politik tertentu ni (either KERAJAAN or PEMBANGKANG) please r jangan guna issue agama as korang punya reason untuk menarik pengaruh pengundi. Al maklum masyarakat kita ni cukup taksub bila masuk hal agama. BABI haram tapi ARAK dan RIBA boleh plak. Kan?

Thursday, August 19, 2010

Isu makanan HARAM

Semalam terbaca 1 post sorang kawan di FACEBOOK (yap.. I know what ko nak kata) tentang dakwaan JAKIM telah menarik balik pengiktirafan status HALAL dari Badan Islam Uruguay sekaligus menjadikan status HALAL satu company ni dipersoalkan lah.


To me that not such a big deal r cuma masalahnya ialah bila ada sorang makhluk tuhan leh plak reply dalam post tu kata: ayam2 yang ada kat pasaran sekarang ni pon belum pasti HALAL ngan cara sepatutnya pun. So asalkan bukan BABI, dia woke jer... Statement ni plak dikeluarkan oleh mamat yang beragama ISLAM. hmmmm... 

Aku soal diri aku. What if one day dia terlanggar ayam peliharaan dia dan ayam tu mati so dia just bagi mak dia ayam tu suroh masak resepi ayam masak merah. Dia makan atas alasan: ayam tetap ayam dan dia leh makan selagi ia bukan BABI. Apakah?



Sebab HALAL bukan sekadar kena mesti ada cop oleh mana-mana badan yang mengesahkan. HALAL ialah cara ia disembelih, cara ia diproses, etc plus untuk tujuan kebaikan manusia dan x menyakitkan haiwan tersebut sekali. Itu belum lagi masok bab ada BABI/ BAK KUT TEH yang HALAL r, ARAK yang boleh diminum oleh MUSLIM etc.

Sekali lagi aku ni bukanlah hebat sangat dalam bab-bab AGAMA ni tapi kalu HALAL-HARAM ni sangat2 aku titik beratkan. Sebab ia akan jadi darah daging wei. Ia akan mengeraskan hati kita. Menjadikan kita susah menerima semua benda-benda baek. Menjadikan kita makin jauh dari jalan yang sepatutnya.






Sebab yang HALAL ni dah jelas dan yang HARAM pun dah jelas garis sempadan pemisahnya so perkara yang mewujudkan keraguan hendaklah dihindari. Kan? Itu bukan aku yang kata tapi riwayat Bukhari dan Muslim yang kata.