Monday, December 26, 2011

Facebooker Melayu

Sebutlah Uffin bukan Upin, Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul". Sebutlah Ariffin bukan Ipin, Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud "Aku suka Israel". Penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin, "U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "


Korang pernah terbaca statement ni tru kawan-kawan di FACEBOOK tak? Then apa reaksi korang:
a) Korang terus melarang anak-anak or adik-adik korang tengok Upin Ipin then bagitahu kat mak cik-mak cik sebelah rumah yang Upin Ipin ialah propaganda Yahudi yang nak menyesatkan orang Melayu (yang Islam hanya pada IC jer)

b) Korang ngan maniac like status tu then share link dengan matlamat agar seantero Malaysia gempar dan sedar bahawa ada anak Melayu yang sanggup makan duit haram Yahudi semata-mata nak menyesat lagi menyesatkan anak bangsa sendiri. Hmmm

c) Korang ketawa terguling-guling kat lantai sebab ada jugak orang Melayu yang bodoh leh percaya benda  buduh ni. Wakaka


...


Realitinya mungkin sebab Upin dan Ipin ialah cerita tempatan then logiknya kita leh fikir ar. tak  kan anak Melayu sanggup makan telunjuk Yahudi nak menyesatkan agama sendiri ar kan (tapi kalau benarpun siapa tahu)? Tapi selain benda tu ada berapa banyak dah statement yang korang yang Melayu yang beragama Islam yang dah forward, share, like bila ia melibatkan teknologi barat, makanan dari barat, lagu dari barat, penyanyi dari barat yang dikatakan ia haram, ia menghina Islam, ia berasal dari Yahudi yang korang sangat yakin ia benar tapi tindakan susulan yang korang lakukan sekadar sebarkan benda tu tanpa sebarang kajian lanjut?


Teringat bertahun dulu ada satu restoran baru ni dibukak then sambutannya sangat hebat sehinggakan ia penuh dan orang sanggup beratur panjang untuk makan kat situ. Then one day tersebar satu cerita yang kata owner kedai tu letak babi dalam makanan then dengan cepat berita tu tersebar sehingga dalam seminggu restoran tu korang dan few week ia dah tutup. Realitinya tak ada sesiapa pun yang buat kajian or tanya jabatan agama Islam negeri ker, datang buat kajian sendiri ker tapi mereka just judge by apa yang mereka dengar dari orang lain yang mereka tak kenal cakap jer. 

Sebab rumusnya sangat senang: orang Melayu either yang setiap hari minum arak pun akan jadi cukup sensitif bila dapat tahu makanan mereka ada BABI. Mereka lebih refer makan kat kedai yang tukang masaknya bukan Islam tapi ada sign tulis 'serve no PORK' or ada banyak orang Melayu pakai tudung makan kat situ.

So orang Melayu yang mudah menghasilkan hasad dengki makin senang ar nak buat business







...





Then korang ketawa cam Inspektor Sahab seraya berkata "That why ar aku tak layan FACEBOOK". 









Mungkin FACEBOOK tak berjaya memperbodohkan korang tapi cam mana ngan media lain cam berita? Kalau tak ada yang percaya then tak mungkin cukup ramai jadi mangsa diperbodohkan mentah-mentah dengan percaya sebijik-sebijik maklumat yang disampaikan di berita tempatan? Then korang kata sekali lagi "That why aku percaya berita dari internet" Look, korang pun percaya maklumat hanya dari satu sumber sahaja tanpa buat penilaian dari sumber lain.












Or paling basic: bagaimana iklan mempengaruhi otak kita ngan kata jenama tu lebih bagus dari jenama ni etc. Then korang kata sekali lagi "Iklan hanya berjaya pengaruhi otak budak kecik je r" then kenapa kita masih beli baju-baju berjenama mahal, melancong ke negara luar dan menjadikan music luar as better then our own?
















Teringat sorang kawan pernah tegur aku kata "Aj, STARBUCK tu haram bla bla bla"














Just jangan mudah melatah

No comments: