Tuesday, December 26, 2017

Al Fatihah Shahnon Ahmad

Hari ni tadi aku dapat tahu yang Shahnon Ahmad meninggal dunia. Siapa Shahnon Ahmad ni? Dia seorang penulis. Dia tulis Suamiku Encik Sotong or mana-mana novel yang diadaptasi ke drama kat Astro ke? Tak tapi ada beberapa penulisannya yang dah dijadikan filem dan drama. Kalau tak silap aku, first time aku baca penulisan dia ialah masa aku form 6 dari sebuah buku yang harganya 50sen je kalau tak silap ar. Wow, masa aku baca tu aku sangat suka gaya penulisan dia. Zaman universiti, aku ada ambik kelas elektif penulisan kreatif, aku tulis satu cerpen pendek ni, pensyarah suka dan hantar kat majalah dewan bahasa. Setahun lepas tu, pensyarah yang sama panggil aku buat talk kat kelas dia. Dalam sesi soal jawab, dia tanya siapa penulis kegemaran aku dan aku jawab: Shahnon Ahmad. Dan pensyarah tu kata dia dah syak. Patut ar gaya penulisan aku macam familiar. Shahnon Ahmad suka menulis pendek-pendek. It is normal untuk seseorang yang ada idola akan tanpa sengaja akan meniru gaya idola mereka sebelum mereka punya gaya yang tersendiri.




Terima kasih Dr, Mawar Shafie dan Al Fatihah untuk Shahnon Ahmad.







Btw, aku dah berputus asa untuk menulis.