Showing posts with label LuTing Hui. Show all posts
Showing posts with label LuTing Hui. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

Melayu, Cina & Babi

Aku terbaca satu blog yang buat review tentang kes sorang pekerja KFC yang membelasah sorang customer.  Secara keseluruhan aku setuju apabila blogger tu kata most typical Malaysian akan melihat most Chinese akan melihat customer tu lebih kepada seorang Chinese daripada seorang customer dan most Malay akan melihat pekerja KFC tu lebih kepada seorang berbangsa Melayu daripada seorang pekerja KFC. Kenapa mereka tak hanya melihat ia kes yang tidak melibatkan bangsa sebab sememangnya ia tak sepatutnya melibatkan bangsa sikit pun. It just tentang customer dan pekerja yang gadoh jer kan? Hmmm..


Kat blog tu jugak dinyatakan bahawa each time orang Cina terfikirkan tentang Melayu then mereka akan BABI gak. Dan Melayu plak kalau terfikirkan Cina then terus terfikirkan BABI. Dibuktikan kat FACEBOOK bila Facebooker Cina kata Melayu BABI dan Facebooker Melayu plak kata Cina BABI. So pendek cerita 2-2 BABI ar kan?


...


Aku tak tahu apsal aku tak pernah tengok or judge orang based on bangsa dia. Then bila aku berkawan ngan orang tu then aku hanya lihat siapa dia dan bukan apa bangsa dia sehingga orang mention apa bangsa dia. Buat aku baru perasan: Duh, dia Cina ar. Aku lupa plak..

Mana taknya kalau dah hari-hari lepak sekali, borak-borak sekali, share masalah sekali, makan sekali, smoking sekali, mengata orang sekali sehingga sehingga kita dah tak perasan apa ciri-ciri luaran dia: kulit dia, cara dia bercakap, budaya dia etc. 

Plus mostly bila kami mengata orang yang kami tak suka then kami akan guna istilah bodoh, BABI etc. Dan kalau orang yang tak kenal kami then terdengar then pasti akan marah dan kata "Wei, apsal budak Cina tu senang-senang kata mamat Melayu tu BABI? Dia nak mati ke?". Hei, kalau orang yang perangai sebijik cam Babi dan dia Melayu so apa salahnya dia disamakan ngan BABI? Dan realitinya dia tak nyatakan BABI untok bangsa tapi untok orang tu secara specifiknya. Buktinya dia (kami) kata BABI tak terhad kepada orang sebangsa aku jer tapi jugak untok bangsa dia dan lain-lain lagi yang layak dapat title tu.






















Moral value yang aku nak share hari ni ialah: Please dont judge someone just by it cover ar. Cover maksod aku ialah warna kulit dia, bahasa dia, bangsa dia, agama dia etc sebab ia sekadar hiasan luaran. Sama cam buku yang kalau korang tak baca isi then korang akan rugi sebab tak tahu dia sebenarnya.
















Melayu sendiri tahu yang tak semua Melayu tu perangai cam Malaikat. Dan Cina juga tahu yang tak semua Cina tu adalah terbaek. 





















Dan what wrong ngan BABI ni yang selalu dapat gambaran as haiwan teruk? Ia juga makhluk tuhan okey.. 




















Or may be kalau kita faham bahasa BABI then mereka cakap-cakap then kata kalau ada BABI perangai teruk then ia akan samakan ngan manusia kot.

Tuesday, September 21, 2010

Little Brother

I dont know either perasaan ini adalah normal dan berlaku kepada semua orang atau ia hanya berlaku kepada aku sahaja. Aku as an anak bongsu mahukan seorang adik same as anak-anak sulong yang mahukan kakak dan abang.


Tapi sejujurnya perasaan itu dah x wujud lagi sekarang. Mungkin sebab sekarang aku lebih banyak involve ngan usia lebih kurang sebaya then perasaan yang wujud ialah persahabatan and 'feel' paling jauh aku bawak with them ialah brotherhood. Or sememangnya 'that feel' dah benar-benar terkubur.

Tapi aku masih ingat dengan jelas kali terakher aku ada 'that feel'. It was on my semester pertama tahun kedua aku di universiti. Ianya pada 1st Rejab tahun 2006. Goosh.. Semuanya masih jelas. Hari tu hari pertama aku berpuasa sunat bulan Rejab dan kebetulan hari pertama aku lancar perang ngan roomate aku nombor 3 (ya ya ya). So after latihan teater malam tu aku terus je lepak kat blok belakang: bilik LU TING HUI sampai jam berapa pagi entah (semata-mata aku x nak jumpa roomate aku tu masa dia masih bangun).

Tapi disebabkan TING HUI sangat mengantuk then terpaksa gak balik ke blok aku sendiri. Tapi still aku sangat keras kepala so aku lepak kat beranda aras 3 pagi hari yang sangat sejuk and sunyi tu sesorang. And suddenly muncul seorang lelaki. A junior technically. So aku tegur dan dia dengan rajin diri menemani aku pagi tu. Dan kami bercakap dan ketawa dan bercakap lagi.

Masih ingat yang pagi tu dia nyanyi lagu SITI NURHALIZA (hmmm), dia kata dia minat AVRIL dan kipas susah mati ZIZIE EZZETE (not yet isteri BUNG MOKHTAR masa tu). Bila aku kata SARAWAKIAN panggil lampu as 'api' (and I tho dia akan ketawa cam yang lain tapi tak) then dia kata Opah dia di Perak pun guna gelaran yang sama untuk lampu gak. Then dia kata yang dia sangat suka makan rambutan, durian and buah2an kat kebun Opah dia (then few day later mak dia datang bawak buah2an).

The next day aku baru tahu bahawa that junior ialah rebutan senior-senior kolej untuk jadikan as 'adik angkat' mereka. Dan aku x nak terlibat sedikitpun dalam perebutan mereka. Sebab to me that junior ialah individu yang bebas, bukannya objek untuk direbut. Hmmm..










I not sure since when 'that feel' mulai muncul. Mungkin pada satu pagi (Yap.. aku still ngan aktiviti x masok bilik sehingga jam 4 pagi sepanjang semester tu sehingga beri effect pada exam aku semester tu. Damn roomate), ketika tu aku di beranda aras 3 dan dia tengah melepak with other senior kat meja batu kat ground depan blok. Dan apabila dia tahu aku ada di atas, dia dengan segera berlari naik tangga ke tingkat 3 dan dengan tercunggap-cunggap dia bagitahu "Tadi ex aku called..!!"

Ada sesuatu pada senyumannya pada pagi itu yang meluahkan rasa gembira yang berbeza dari hari-harinya yang seterusnya sekaligus membuatkan aku yang melihat juga berkongsi rasa gembira yang sama.







May be disebabkan aku belum lagi terkena that curse (baca previous post titled sumpahan) then I never try to get invovle in his or siapa-siapa punya kehidupan pun. So I let everything just mengalir seperti air.














 

Post ini aku tujukan khas kepada seorang kawan. Hanya kepada dia.
Ko patut simpan 'that feel' selagi ko boleh simpan. Ia akan menjadi kekuatan kepada kau di saat-saat ko rasa sangat lemah. Ia akan jadi kenangan yang walau ke mana engkau pergi, walau banyak orang kau akan jumpa pada masa hadapan, still dia akan punya tempat khas dalam ingatan ko.




Dia x akan bersama selamanya dengan kau tapi perasaan tu akan kekal sampai bila-bila..

Thursday, March 11, 2010

A Trash & a Gold

Aku pernah argue ngan sorang Junior masa tahun 3 Universiti dulu bila dia kuar statement yang sangat2 unfair judged yang semua orang Barat adalah jahat. Then aku persoalkan dia balik “Apa garis sempadan jelas yang membezakan antara Barat dan Timor?” Adakah ia semudah cam kita membezakan antara sorang tu hidop atau mati? Bila sorang tu dah x bernafas then dia dah mati tapi kalu x (even walau nazak cam mana sekalipun) dia akan tetap dikategori as hidop. Or sama cam perkara halal dan haram yang dah ditetapkan dalam Islam. Semuanya dah tetap dan jelas sempadannya.

Cuma ada perkara yang cukup2 samar untok dipisahkan cam kita x dapat membezakan garis sempadan yang benar2 memisahkan antara dua perkara cam siang dan malam. Then ada r yang akan kata “Buduh r mamat ni. Kalu still ada cahaya matahari: siang r namanya…!!” Then aku tanya balik “Senja tu masok kategori siang or malam?” Maka banyak r yang argue kata ia tanda dah nak masok malam r, still siang r, dah malam r, penghujong siang r, awal waktu malam r bla..bla..bla….

Soalan ni kira cam nak tanya korang leh bagi sempadan jelas tak antara orang tu leh dikategorikan as baek or jahat tanpa ada istilah ‘moderation’ cam sedang2 baek/jahat or x lah baek sangat/jahat sangat etc.

Back to soalan aku pada junior tu tadi. Dia tudoh semua orang Barat tu as jahat. Then aku kata r “So technically setiap negara selepas Semenanjong Malaysia tu ialah orang jahat r pasal semuanya ialah arah Barat?” May be dia fail subjek Geography kot pasal dia lupa yang Bumi ni bulat. Kalu kita ambik dari sudut Amerika, kita ni pon ialah arah Barat untok mereka. So that why mereka always kata Asia ialah lingkaran kejahatan?

Kesimpulan aku nak share ngan junior tu ialah ‘It totally not fair untok kita judged sewenang2nya sorang tu as baek or jahat terutama hanya based satu penilaian umum (cam origin dia, kepercayaan dia etc). Pasal sifat baek dan jahat tu ada dalam setiap diri individu. Orang yang jahat boleh berubah jadi baek dan yang baek pon leh bwat jahat gak'. Hmmmm… panjang giler mukadimah..


Kalu korang masok bilik aku last few month, korang pasti akan terkejut. Selain x ada katil (pasal aku used to believe that ada something creepy plus evil thing color hijau gelap lay under my bed) dan tahap bersepah nak mampos, korang leh jumpa barang2 aku sejak dari sekolah rendah lagi. Aku still simpan kertas PMR, SPM, STPM, botol2 syampo setiap hotel yang pernah aku dudok, surat2 cinta monyet masa sekolah dulu, magazine2, komik2, kad2 perayaan, gambar2, hadiah2, CDs lagu dan movie (asli dan pirate) sehinggalah ke benda2 yang merapu cam kotak2 rokok, ubat2 n gadjet2, pen2 yang banyak tapi dah x da ink, resit2 pembelian barang (yang ada 3 kotak kasot), kotak pizza hut, tombol pintu yang tertanggal, gelas yang pecah dan benda2 yang merapu.. Even aku still simpan batu yang kawan aku pernah beri pada aku.



Pasal semuanya ada nilai sentimental valuenya yang tersendiri. Sebab sampah bagi orang laen adalah emas bagi aku.. Sebab x ada sempadan yang jelas yang benar2 dapat memisahkan nilai harta dan sampah kepada individu yang berbeza.



Sejujornya aku seorang yang pelupa. So ada masa aku akan tulis dalam diari some important part in it. Selain tu aku juga akan simpan barang2 yang ada pada masa tu. Then setiap barang yang aku simpan tu pulak semuanya akan berjaya mengembalikan memori2 tertentu. Contoh cam 1 penanda buku color pink yang tertulis quote by anonymous ni. Tertulis ‘Many complain of their looks but none of their brains’. It own by no body. Cuma waktu tu tahun 2 universiti. Waktu malam. Aku dan Ting Hui jalan2 dari Kolej Ungku Omar (dan terjumpa tag tu) jalan sehingga simpang 3 depan Koleh Burhanuddin Helmi. Waktu tu gak Ting Hui nyanyi lagu Teringin by Shima. Plus kat parking park Pusat Kesihatan UKM masa tu ada Kelab Bulan Sabit Merah Kolej Burhan tengah berlatih kawad kaki.

Just imagine hanya based on a piece of paper leh bwat aku teringat balik situasi masa tu ngan lampu jalan kat tepi kolej Burhan yang besar lagi.. wakaka..














Tapi aku dah bwat keputusan. Aku x boleh hidop selamanya dalam kenangan silam. Kalu aku hard disk computer then pasti dah lama aku meletop ngan data yang gila banyak tu. So emas yang dulu aku simpan kini akan jadi sampah…