Thursday, March 11, 2010

A Trash & a Gold

Aku pernah argue ngan sorang Junior masa tahun 3 Universiti dulu bila dia kuar statement yang sangat2 unfair judged yang semua orang Barat adalah jahat. Then aku persoalkan dia balik “Apa garis sempadan jelas yang membezakan antara Barat dan Timor?” Adakah ia semudah cam kita membezakan antara sorang tu hidop atau mati? Bila sorang tu dah x bernafas then dia dah mati tapi kalu x (even walau nazak cam mana sekalipun) dia akan tetap dikategori as hidop. Or sama cam perkara halal dan haram yang dah ditetapkan dalam Islam. Semuanya dah tetap dan jelas sempadannya.

Cuma ada perkara yang cukup2 samar untok dipisahkan cam kita x dapat membezakan garis sempadan yang benar2 memisahkan antara dua perkara cam siang dan malam. Then ada r yang akan kata “Buduh r mamat ni. Kalu still ada cahaya matahari: siang r namanya…!!” Then aku tanya balik “Senja tu masok kategori siang or malam?” Maka banyak r yang argue kata ia tanda dah nak masok malam r, still siang r, dah malam r, penghujong siang r, awal waktu malam r bla..bla..bla….

Soalan ni kira cam nak tanya korang leh bagi sempadan jelas tak antara orang tu leh dikategorikan as baek or jahat tanpa ada istilah ‘moderation’ cam sedang2 baek/jahat or x lah baek sangat/jahat sangat etc.

Back to soalan aku pada junior tu tadi. Dia tudoh semua orang Barat tu as jahat. Then aku kata r “So technically setiap negara selepas Semenanjong Malaysia tu ialah orang jahat r pasal semuanya ialah arah Barat?” May be dia fail subjek Geography kot pasal dia lupa yang Bumi ni bulat. Kalu kita ambik dari sudut Amerika, kita ni pon ialah arah Barat untok mereka. So that why mereka always kata Asia ialah lingkaran kejahatan?

Kesimpulan aku nak share ngan junior tu ialah ‘It totally not fair untok kita judged sewenang2nya sorang tu as baek or jahat terutama hanya based satu penilaian umum (cam origin dia, kepercayaan dia etc). Pasal sifat baek dan jahat tu ada dalam setiap diri individu. Orang yang jahat boleh berubah jadi baek dan yang baek pon leh bwat jahat gak'. Hmmmm… panjang giler mukadimah..


Kalu korang masok bilik aku last few month, korang pasti akan terkejut. Selain x ada katil (pasal aku used to believe that ada something creepy plus evil thing color hijau gelap lay under my bed) dan tahap bersepah nak mampos, korang leh jumpa barang2 aku sejak dari sekolah rendah lagi. Aku still simpan kertas PMR, SPM, STPM, botol2 syampo setiap hotel yang pernah aku dudok, surat2 cinta monyet masa sekolah dulu, magazine2, komik2, kad2 perayaan, gambar2, hadiah2, CDs lagu dan movie (asli dan pirate) sehinggalah ke benda2 yang merapu cam kotak2 rokok, ubat2 n gadjet2, pen2 yang banyak tapi dah x da ink, resit2 pembelian barang (yang ada 3 kotak kasot), kotak pizza hut, tombol pintu yang tertanggal, gelas yang pecah dan benda2 yang merapu.. Even aku still simpan batu yang kawan aku pernah beri pada aku.



Pasal semuanya ada nilai sentimental valuenya yang tersendiri. Sebab sampah bagi orang laen adalah emas bagi aku.. Sebab x ada sempadan yang jelas yang benar2 dapat memisahkan nilai harta dan sampah kepada individu yang berbeza.



Sejujornya aku seorang yang pelupa. So ada masa aku akan tulis dalam diari some important part in it. Selain tu aku juga akan simpan barang2 yang ada pada masa tu. Then setiap barang yang aku simpan tu pulak semuanya akan berjaya mengembalikan memori2 tertentu. Contoh cam 1 penanda buku color pink yang tertulis quote by anonymous ni. Tertulis ‘Many complain of their looks but none of their brains’. It own by no body. Cuma waktu tu tahun 2 universiti. Waktu malam. Aku dan Ting Hui jalan2 dari Kolej Ungku Omar (dan terjumpa tag tu) jalan sehingga simpang 3 depan Koleh Burhanuddin Helmi. Waktu tu gak Ting Hui nyanyi lagu Teringin by Shima. Plus kat parking park Pusat Kesihatan UKM masa tu ada Kelab Bulan Sabit Merah Kolej Burhan tengah berlatih kawad kaki.

Just imagine hanya based on a piece of paper leh bwat aku teringat balik situasi masa tu ngan lampu jalan kat tepi kolej Burhan yang besar lagi.. wakaka..














Tapi aku dah bwat keputusan. Aku x boleh hidop selamanya dalam kenangan silam. Kalu aku hard disk computer then pasti dah lama aku meletop ngan data yang gila banyak tu. So emas yang dulu aku simpan kini akan jadi sampah…

No comments: