Teringat last week interview, the interviewer dengan penegasan yang amat sangat yakin berkata yang bahawasanya aku ialah seorang kaki clubbing yang selalu keluar malam-malam dan balik rumah lewat pagi then masuk kerja cam biasa. Aku tak tahu apa yang menjadikan mereka sangat yakin itu ialah aku. Sebab seingat aku waktu tu aku tak pakai cincin yang almost penuh semua jari di tangan dan gelang-gelang hitam aku dah disembunyikan disebalik baju. Plus aku cukup yakin yang pada waktu tu aku dah ready ngan taktik terhebat setiap interview: buat muka innocence.
(sekadar gambar hiasan)
Cuma masalahnya mereka bukan orang pertama yang kata macam tu. Ramai sangat yang dah kata macam tu pada aku. It seems muka aku ni ialah muka yang selalu korang terserempak kat club-club tertentu ni or seems kat dahi aku dah ada tertulis something yang aku sendiri tak detect tapi korang je leh nampak so membuatkan korang tahu aku ialah orang macam itu, macam ini etc.
Sama cam ada kawan sama belajar ni dulu. Satu hari tu mereka ajak r aku keluar pergi 'minum' ni dan aku tolak bab 'minum' r sebab aku memang tak minum pun 'minuman' tu. Mereka mati-mati ketawa tak percaya kata muka aku ni tak 'minum' sangat tipu. So mereka kata muka aku ni jenis tipikal muka yang bersembunyi di siang hari disebalik muka 'baek' tapi sangat tahu cara nak 'enjoy life' malamnya.
Then aku tengok muka aku kat cermin dan cari part yang aku tak nampak tu. Mungkin benar kata mereka yang aku ni bersembunyi disebalik muka 'baek' tapi enjoyed life. Memang aku enjoy my life what. Plus everyone memang ada dark side apa then aku pun manusia gak kan so that mean I also do have the other side of me gak kan?
Kemudian bila nampak aku sembahyang then mereka kuar statment lain: cam tak percaya jer AJ sembahyang r. Muka AJ kalau buat baek then maknanya dia mesti tengah ada 'plan' nak mengampu someone ni. Waktu interview last week gak interviewer tu cam tak percaya yang aku ni sembahyang sehingga mereka uji aku ngan 'ujian-ujian Islamic' yang the end aku berjaya jawab ngan lancar. Tapi still muka mereka nampak ragu-ragu. What? Muka aku ni tak ada cam muka orang yang tahu agama ker?
Cuma itulah kadang-kadang kita terlalu cepat menilai orang hanya pada luaran mereka sahaja. Ada yang kata aku ni kawan pilih bulu jer, kawan mesti yang sama kelas jer, tak pandai makan kat kedai tepi jalan, pakai barang mahal-mahal, pergaulan bebas r, suka memandang rendah orang lain, high maintenance dan banyak lagi. Tapi bila mereka dah kenal then tanggapan semua silap. So then nak salahkan diri aku sebab freely being me or salahkan korang sebab judge aku hanya based on luaran jer.
As korang yang tak suka others judge korang ngan salah so aku pun cam tu gak. So kenal aku dulu then baru kata aku cam mana. Jangan main serkap jarang jer.
Cuma bila aku kata aku bukan kaki clubbing doesnt mean aku tak pernah pergi clubbing r kan? Cuma aku bukan 'kaki' dan tak 'minum' jer. Im just enjoying my life. That it.. Hmmm..
2 comments:
owh,,tak tau plak ada muka yang dipatent bagi kaki clubbing.. :\
alaa.., perangai orang kita laa yang suka sangat cop orang itu ini hanya based on first look jer. hmmmm
Post a Comment