Friday, January 21, 2011

Rasa 'Rasa'

Setiap pagi sewaktu baru turun kerja, dari kawasan tanah tinggi itu aku melihat matahari yang baru sahaja keluar dari persembunyiannya disebalik gunung-gunung di sebelah sana. Fikiranku jadi kosong melihat keindahan pada warna pagi. Pada baunya yang segar. Pada burung-burung yang berterbangan memulaikan perjalanan hari mereka. Dalam perasaan ini, jauh nun di dasarnya seperti ada 'sesuatu' yang ingin keluar. Cuba memberontak. Tapi sentiasa terhalang oleh kedinginan pagi. Lalu 'sesuatu' itu terus sahaja berada di situ: di ruang paling dasar dalam perasaan ini. Dan aku meneruskan perjalanan itu tanpa peduli akan matahari, keindahan warnanya, baunya serta pada burung-burung yang berterbangan.




Mungkin benar katanya: aku sudah lupa bagaimana sebenarnya rasa 'rasa'.

2 comments:

MORIBAYU said...

:-)

Jom
kita duduk menunggu matahari terbit.

Aj Abdullah said...

bila fikir2 balik matahari masih tetap di situ: ditempatnya pada masanya. cuma kadang-kadang kita sahaja yang tak nak perasan kehadirannya sebab kita terlebih yakin yang esok masih ada matahari di situ then kita pilih untuk esok sahaja kita melihatnya..




so jooom tengok matahari sekarang...