Sunday, January 30, 2011

KIV

Kalau korang call 100 akan ada 2 kebarangkalian: either korang akan sangat puas hati dengan service yang diberikan or sebaliknya. Kalau korang ditakdirkan menerima aku or orang-orang cam aku as customer service yang melayan call korang masa tu then korang pasti akan tersenyum untuk beberapa hari sehingga korang call next 3 working day dan korang dapati rrupanya call yang bunyi cam best tu rupanya just a piss aka korang kena kencing ngan ayat yang manis je selama ni. Hmmmm...


Sepanjang aku live jawab call ni boleh dikira berapa kali sahaja ada cust yang marah pada aku. Walau betapa teruk kes yang berlaku pun mostlynya aku mampu handle. Mungkin semuanya start bila aku buat kesalahan pertama tu bila ada sorang customer (yang nama anak dia sama nama aku plak) yang apply dan tunggu 4 bulan and suddenly applicationnya di-BATAL-kan. Dan aku dengan jujornya kata yang application dia BATAL sehingga mak cik yang educated and hidup penuh manner tu suddenly terus mengamuk dan mencarut panjang tanpa henti. Hmmmm..

So after that aku buat kesimpulan yang walaupun technically ianya salah dari segi prinsipnya tapi betul dari apa yang view of what a customer want: mereka lebih suka menerima penipuan daripada kebenaran sebab kebenaran adalah something yang lebih menyakitkan. So aku nak tak nak aku terpaksa menipu: one thing yang aku dh janji yang aku tak nak buat untuk azam 2010 dan 2011 tapi aku terpaksa gak buat sehingga come part Im quite enjoying telling lies because of most people enjoying listen to it. 

So aku bagitahu customer yang application mereka still in status tunggu, in waiting list, I will sent a report to processing team, they will call you back in 3 working day for the feedback, this report is urgent, pihak contractor akan datang install itu ini, bagi contractor number yang what the fuck realitinya itu semua just a  lie yang customer suka dengar dan yang customer service addicted cakap.





It seems penipuan adalah harapan bagi mereka yang tak sanggup menerima hakikat kebenaran. 


















Aku ada seorang kawan yang hidup dengan prinsip "Dengar boleh tapi percaya jangan". Awal-awalnya aku fikir dia hanya akan menipu orang lain dan bukan aku. Sehingga lama-kelamaan aku mulai perasan yang ayat dia semakin pelik dan dia rumahnya telah menipu aku dan kawan-kawan lain. Sehingga aku tak tahu yang mana aku boleh percaya dan yang mana ialah penipuan dia. 

May be that why dari tahun lepas sehingga tahun ni aku berniat untuk tak nak menipu lagi. Aku terlalu hebat dalam membuat penipuan dan aku tak nak addicted to it then enjoying it then aku tak nak jadi macam dia. 



Sebab aku lebih refer untuk menerima kebenaran walaupun ia menyakitkan. 
















Semalam aku terima surat dari last interview yang aku attend. Sejujornya itu adalah interview yang paling berjaya yang pernah aku hadiri. Cuma masalahnya taraf pendidikan aku terlalu tinggi untuk post yang mereka tawarkan. Mereka kata mereka akan rasa bersalah jika terima aku untuk post tu sebab gaji yang ditawarkan terlalu kecik berbanding taraf pendidikan aku. Then mereka tanya apa post yang aku mahu yang mereka akan cuba letakkan aku dalam company tu nanti. So aku pilih untuk satu post nih dan technically department itu pun tak wujud dalam company tu dan mereka kata akan bincang ngan pihak atasan supaya akan buat that department dan aku akan menerajui that department sebab mereka sangat yakin dengan kebolehan aku present myself at that time. So mereka akan hubungi aku balik in next 3 month. 







Sebulan dah almost berlalu dan satu-satunya yang datang dari company tu hanya surat yang kata:

"We will keep your application in view should there be any openings in our company that fits to your qualification and experience."









I dont know either it a HOPE or just a piece of LIE.. Hmmmm...

No comments: