Sunday, January 23, 2011

Breaking Da Rule

Kekawan yang kenal aku akan judge aku either as seorang yang sangat patuh dengan peraturan or seorang yang sangat tak suka ikut peraturan. It seems kalau dalam 1 institusi tu ada banyak peraturan then aku akan patuh ngan certain peraturan dan akan langgar the rest of it. Then akan ada yang kuar statement yg sering aku kuarkan: peraturan yang dicipta adalah untuk dilanggar. Kan..? Hmmm..


Korang mesti pernah berada kat mana-mana tempat yang ada peraturan yang sangat pelik dan tak masuk akal. Sehingga korang tak leh jumpa rasional kenapa peraturan cam tu boleh wujud. Ada peraturan tu memang quite pelik tapi ada matlamat disebaliknya tapi ada peraturan memang tak ada matlamat langsung. Contoh cam kat negara barat ada peraturan cam boleh pukul isteri tapi tak boleh melebihi sekali sebulan, tak boleh pelihara buaya dalam bathtub, dilarang mengambil gambar beruang sedang tidur etc.

Post kali ni tak ada kaitan pun nak menceritakan penuh detail tentang what ever peraturan pelik-pelik yang ada diseluruh dunia tu cuma nak kembali share pada realiti yang sebenarnya wujud gak peraturan pelik-pelik dalam keadaan sedar tak sedar korang ada disekeliling korang.

Korang pasti tahu issue yang berlaku baru-baru ni kat satu negeri tu bila ada certain golongan masyarakat nak request jangan laungkan Azan guna speaker untuk sembahyang Subuh atas alasan ia terlalu bising dan menganggu masyarakat yang nak tidur. Realitinya banyak dah berlaku di negara-negara luar sana even negara yang majoriti Islam dan di bawah kepimpinan Islam pun menghalang laungan Azan atas alasan nak jaga keharmonian hidup bermasyarakat bersama penganut agama lain.

Teringat zaman Universiti dulu ada sorang jiran Cina ni dia sangat-sangat tak suka bila part ada Azan ni. Dia selalu membebel ngan aku kata Azan akan menganggu tidur pagi dan tidur petang dia. Ada satu hari tu dia tanya aku apa fungsi Azan ni? Then aku jawab r untuk menyeru masyarakat Islam ke arah kejayaan dan mengerjakan solat. Then secara intelektualnya dia menjawab "Lu orang Islam dah tahu lu punya waktu sembahyang kan then kenapa mesti bising-bising mau ingatkan haa?"

Selamat r apek tu bukan 'the believer' kalau tak mesti aku dah lempang se-das tembakan. So dengan senyuman aku jawab "Manusia ni fitrahnya pelupa then mesti diingatkan selalu..." dan dengan segeranya dia menjawab balik "Kalau tak bising-bising ini kamu orang Islam ni tak akan ingat sembahyang ka?" Ada betul gak apa dia maksudkan. Tak kan perlu Azan jer baru kita ingat nak sembahyang sebab agak ramai yang dalam IC tulis status ISLAM tapi masih lepak-lepak makan kat cafe, main bola, tengok TV etc. So Azan yang kuat tu tak bagi effect pada korang pun sebaliknya hanya pada yang non Muslim jer: kebisingan.





Kembali pada cerita asal: Aku bekerja dalam persekitaran masa ialah sesuatu yang tersangat bernilai. So kami ditetapkan ngan berapa jam bekerja, berapa jam rehat dan minit-minit yang selebihnya: toilet 5 minit yang had sehari cuma 30 minit, tulis report sekitar 2 minit, etc dan kalau lebih masa akan ada surat kaunseling menunggu. So last month report keluar menunjukan yang aku antara paling tinggi terlebih masa. Bila fikir-fikir balik aku  masuk kerja on time, rehat keluar-masuk balik on time, aku tak ambik rehat toilet, then rupa-rupanya ia dikira dari masa sembahyang aku. 

Masa had sembahyang untuk lelaki ialah 5 minit. Aku perlu turun tangga 3 tingkat, ambik wudhu, sembahyang, naik balik tangga 3 tingkat dan ia lebih dari 5 minit. Dan mostly setiap kali aku masuk balik office then garenti akan tengok Operation Manager kuar dari bilik dia (mostly dia hanya akan keluar bila ada orang yang terlebih guna masa r) dan pergi jumpa team leader aku. Ttiba last Friday kuar 1 peraturan baru: sesiapa beragama Islam yang nak bersembahyang perlu pelaporkan diri ngan orang-orang tertentu untuk setkan masa sembahyang mereka. 

Aku sedaya upaya fikir kalau aku tak guna rehat toilet then aku leh guna lebih masa nak sembahyang tetapi tak boleh rupanya. Entah apsal tetiba aku merasakan sedang berada di Palestin jer apabila hanya dengan kebenaran rejim Zionis sahaja masyarakat Islam di sana dibenarkan sembahyang. Itupun penuh dengan peraturan-peraturan yang hyper ketat baru leh lepas. 



















Percaya r most of the time aku langgar peraturan tertentu sebab peraturan tu tak masuk akal. 












Tapi keseluruhannya aku langgar peraturan sebab peraturan tu membosankan aku. Hmmm..

2 comments:

MORIBAYU said...

Azan patutnya merdu
menusuk hati dan kalbu.

Me ingat lagi.
dulu semasa kecil,jika pulang ke kampung.Me suka mendengar bunyi azan di situ.Bila masuk jerk waktu (terutamanya pada waktu subuh dan magrib ).Bunyi azan yang dilaung,akan bergema ke seluruh pelusuk alam.

Gema alunannya,tak menyakitkan hati pun.Kerana ianya dialunkan dengan merdu.

Sebak dada ini mendengar.Lagi-lagi jika waktu takbir raya.Memang rasa kecil sahaja diri ini.

Me rasa,ada benarnya kenapa non muslim rasa terganggu now.
Sebab alunan azan,kadang2 bunyinya pecah rabak.Macam kat area rumah me nieh.Bila masuk waktu azan.Yay...macam berlawan-lawan pula diantara satu surau,dengan sebuah masjid yg lain.

Mungkin ini satu peringatan.
untuk kita lebih beringat.

Jangan terlalu cepat melatah.
Setiap yg berlaku itu...kan ada hikmahnya..kan ??

Aj Abdullah said...

yap3.. setiap yang berlaku akan ada hikmahnya bagi mereka yang nak melihatnya sahaja.. plus jangan mudah melatah..

Jangan buat something hanya sebab orang lain buat.. then tak tahu sebab musabab kenapa perlu buat... just jadi pengikut jer... susah gak nanti..



Then teringat kawan yang bernama AZAN. Harap dia bangun subuh nanti t.. wakaka