Friday, January 7, 2011

Quit From Quiting

Berhenti ialah tindakan yang paling berani yang boleh dilakukan oleh seorang individu apabila dia boleh berkata tidak kepada sesuatu perkara yang tak ada pilihan. Dan berhenti juga ialah tindakan yang paling pengecut yang boleh dilakukan oleh seorang individu yang tak berani dilalui pilihan yang ada di depan dia.

Aku nak berhenti.


Then korang tanya "Aj, kalu tak silap aku bukan ke ko baru je kerja ni?". Aku mengangguk. "Then previous month before that pun kau baru resign kerja gak kan?" Aku mengangguk lagi. "And a year before that pun ko resign kerja gak kan?" Aku yang serba malas terus mengangguk lagi dan lagi. Then aku jawab balik "Salah ke kalu aku nak berhenti kerja  ni? Aku ada ganggu anak bini orang ker? Aku ada mengandungkan anak gadis orang ker? Or ada orang mati ke kalu aku pilih untuk resign nih? Ada bencana alam ke akan effect dari pemberhentian aku nanti? Haaa?"

Aku terfikir jika aku berhenti dalam tempoh sekarang ni then ianya bermaksud purata aku bertahan dalam sesebuah kerja ialah 3 bulan sahaja dan aku dah berhenti 3 dari 5 kerja yang aku pernah buat. First job aku berhenti sebab aku rasa that jobs doesnt fit me. Second job aku quit sebab that work's environment doesnt fit me. Aku this third job Im quit for what reason next? Im not fit with these job? Alasan yang rubbish...

Kenapa aku nak berhenti kali ni?
Literallynya aku seorang yang sangat mudah berasa bosan ngan kerja rutin: answering a phone, entertaint customer, solve customer problems, write a report, then kembali semula answering a phone balik. Setelah 8 hari menjawab telefon: mendapat 5 compliment dan 4 customer marah dan tak termasuk ratusan report dan pangilan yang fatal dan sejujurnya aku rasa aku tak membantu customer sedikitpun.

Aku masih ingat lagi customer tu yang nama anak dia sebijik cam nama aku yang dia menjerit tak tentu pasal sebab order dia dah tunggu lama or pak cik dari Utara yang sumpah seranah kat aku sebab dia tak bayar bill dia 2-3bulan tertunggak or tadi ada sorang mak datin yang speaking London mencarut tak tentu pasal disebabkan streamyx yang dia langgan guna agent tu tak sampai ke meja processing, or minah kerani yang gedik tak tentu pasal meraung, merengek bunyik cam girl in porn video sebab services diberi lambat sikit sehingga membuatkan each time aku dengar deringan telefon dah buat aku jadi sedikit fobia.

Itu belum lagi masuk bab jenis yang termakan ayat-ayat janji manis aku sebab permohonan mereka lambat, status tunggu or order tak ada walau dah apply lebih 3 bulan then aku janji nak tolong itu ini tapi realitinya each of the report yang aku hantar tu tak ada respond pun sama cam report-report lain yang dihantar oleh operator lain. Aku hanya leh bagi janji-janji yang bunyi cam manis di dengar oleh telingga jer sedangkan ia hanya janji harapan kosong jer. It seems sejak aku jawat jawatan ni aku dah jadi seorang yang hebat menipu dan memberi harapan-harapan kosong pada orang yang sangat mudah percaya pada janji seorang operator lepasan Ijazah. Sedangkan aku sendiri tak suka orang menipu dan suka memberi janji kosong but now I have become one of them.

Belum lagi masuk bab management lagi. Ngan mata yang tengok semacam, bila kita senyum then jangan harap mulut tu nak balas balik, then ngan certain senior yang mintak tolong sikit pun tak nak bagi pertolongan, mengata dari belakang pulak ada. Sehingga ada gak kkawan yang menanggis makan hati. Membuatkan aku terfikir mereka lepas training dulu terus jadi perfect ker? Tak ada buat mistake langsung sehingga ngan mudah jer mereka persalahkan kami yang fresh ni each time kami tak tahu or buat silap. Dude,Im not robot r. I do make mistake r..




Kenapa aku perlu berhenti?
Sebab aku tak boleh bekerja dalam keadaan setiap minit aku berada di tempat kerja aku akan dihantu dengan rasa takut, aku jadi someone else that Im not dan persekitaran yang tak lihat aku sebagai individu yang sama nilai manusia seperti mereka. And lebih hebat menjadikan sebab aku perlu berhenti ialah sebab aku tak nak jadi cam certain senior-senior kat tempat tu. Aku tak nak jadi cam mereka yang terpaksa buat kerja ni sebab tak ada kerja lain lagi kat luar untuk mereka. Mengakibatkan mereka buat kerja nak tak nak jer. Datang pulang then mengharapkan gaji hujung bulan jer. And jika aku teruskan sehingga bulan February nanti then aku akan masuk jam 8.30 pagi dan balik 7.00 malam dan aku tak akan ada sosial life any more...!!!
















Rezeki tu di tangan tuhan. Aku sangat yakin pada frasa tu. Aku masih muda untuk mencari dan terus mencari ruang rezeki lain kan?




















Cuma aku terfikir sejauh mana aku boleh terus berhenti kerja setiap kali ada masalah? Bukankah setiap kerja ada cabarannya. Mungkin ia tak sama tapi ia tetap ada. So mampukah aku memilih untuk berhenti dari berhenti kerja?
















Plus berhenti bukan bermakna aku give-up kan?

3 comments:

MORIBAYU said...

kerja yang kita suka..biasanya gaji rendah.
kerja yang banyak menyusahkan kita..gaji mmg ribu riban.

jadi terpulanglah.

:-)

ps:hey,jangan bimbang.
di hujung jalan ini.Pasti akan ada kegembiraan,yang akan meyergah kamu.

pinafore purple said...

baby.. :(
i pon bakal-an resign dari kolej bodoh ini. dengan lecturer yang sepatutnya mempunyai intelek yang tinggi tapi tahap pemikiran mereka even tak sampai tahap tapak kaki aku pon. aku benci dnegan management yang nak pandang rendah pada aku semata-mata aku fresh graduate yang hanya ada master degree dalam bidang bukan engineering ataupun TESL.. lebih celaka lagi kalau co-workers suka buat cerita belakang dan fitnah yang bukan-bukan. yup..mungkin ada tempat yang lebih baik dari sini. buat masa sekarang, surat resign 24 hours sudah aku print 3 minit yang lalu.

Aj Abdullah said...

Me, adakah kegembiraan itu ada pada kerja yang mengembirakan or kerja yg suck tapi gaji besar? hmmm.. I think it better gaji kurang besar (tak nak gaji kecik in other wordnya) tapi make us happy all the time rite?

Didi, I tho ko sendiri gak yang before bising each time aku resign kerja yang lepas2. tapi what to do kali ni otak aku ttiba leh berfikir sedikit matang sikit dan ada orang tertentu yang cuba tahan aku dan ttiba aku jadi tunduk pada orang tu plak sebab janji manis dia.. tapi at least aku pun dah tak lama lagi resign r... huhuhuhu