Wednesday, January 12, 2011

Forgive & Forget

Soalan untok korang: Apa kesilapan yang korang tak suka buat tapi korang selalu buat?
Jawapan dari aku: Salah satunya ialah (sebab terlalu banyak) tak pernah cuba untuk kenal rapat ngan seseorang sehingga dia pergi. Then menyesal. Tapi still akan buat lagi lain kali. Hmmmm...


There a proverbs dari someone yang aku tak pernah kenal pun bagitahu yang manusia dewasa dari pengalaman. Then other bijak pandai plak pepandai jer kuar status kata sejarah akan berulang. Sekaligus menjadikan kalau korang pernah berhadapan dengan satu unfortunate event ni then korang sedaya upaya untuk pastikan ia tak berlaku lagi pada masa akan datang.

Situasinya sama sahaja bagi aku dan aku yakin juga pada korang semua. Korang pasti pernah jumpa orang yang salah pada masa yang salah kan? That person sepatutnya tak wujudpun dalam hidup korang or dia datang terlalu awal sehingga mengakibatkan setiap kali korang jumpa orang lain kat tempat lain kat masa yang lain yang a part cam ko leh relate cam dia menjadikan korang terus label yang that new person akan jadi sama cam first person yang bagi bad effect pada diri korang. Then korang berkata dalam hati 'Apa ke jadah yang Aj tulis ni? Sepatah haram aku tak faham..'

Ya ya ya

Better bagi contoh. Aku seorang lelaki yang aku leh labelkan as aku dewasa terlebih awal dari usia yang sepatutnya. Penyakit aku menjadikan aku berdepan ngan manusia dan pengalaman yang tak sepatutnya. Menjadikan aku hilang zaman kanak-kanak dan remaja aku. So akibat dari pengalaman yang tak sepatutnya datang awal plus jumpa manusia yang tak sepatutnya aku jumpa pada usia yang tak sepatutnya menjadikan I used to be takut pada relationship: aku berkawan ngan semua orang tapi aku tak akan benar-benar rapat dengan mereka. There is something yang membuatkan aku quite phobia with it.

So akibatnya sepanjang tempoh tu aku tak pernah rapat ngan sesiapa sangat. Kalu ada yang rapat then aku akan cuba buat jurang. Aku sedaya upaya untuk tak get too deep inside them. Tapi as ME said lumrah manusia tak nak kosong dan sendirian (youre rite at this part kecuali the pasu kosong punya teori r) then I do langgar the rule that I made myself. Even sampai sekarang walaupun phobianya dah tak seteruk dulu tapi the same effect masih berlaku lagi. Korang leh tengok sendiri aku pada hari ni  on cam mana aku behave. Korang leh mudah tengok aku yang tak rapat sangat ngan sesiapa pun. Kekadang bila korang cuba rapat ngan aku pun then it seems aku sangat dinggin dan tak cuba nak kenal korang ngan lebih mendalam pun. Cuma kekadang jer aku join the team tapi ada masa aku akan buat jurang plak. Believe me yang aku sedang cuba melawan that not so good  feeling.

Then korang bertambah heran 'Aj dah terlebih bekerja ke ni sehingga fiuz kat otak dia bermasaalah ni?'







It started last few day. Apabila aku semak FACEBOOK then ada seorang yang request untuk jadi kawan. Kami cuma ada sorang mutual friend sahaja. Tapi aku kenal dia. And even aku pernah terfikir nak cari dia before ni. Banyak kali realitinya. Tapi nama dia terlalu common sangat. Cuma aku tak tahu apa yang aku akan buat jika aku terjumpa FACEBOOK site dia. Sama cam feeling sewaktu aku perasan dia akhirnya telah jumpa aku. Jujur aku kata aku tak tahu apa yang perlu aku buat.

Kalau kau terbaca post ni then percayalah yang aku tak tahu apa yang aku perlu buat. Percayalah yang aku tak pernah marah pada ko. Sebab aku tak punya sebab untuk marah pada ko. Ko tak pernah buat apa-apa salah pada aku pun selama ni. Then aku tak ada sebab untuk marah.

Cuma mungkin pada masa tu aku cuma tak puas hati dan marah sedikit pada tindakan yang ko buat pada DIDI jer. Bila ko kata ko dah berhenti belajar then dia sangat sedih. Dia call aku menanggis-nanggis. Then bila ko tipu dia yang ko dapat polis ko patut tahu betapa dia gembira balik sebab ko dah dapat teruskan kehidupan ngan minah jiran sebelah rumah yang ko admire tu. Tapi bila dia tahu ko tipu dia then dia sangat marah. Cuma bila dia dapat tahu yang ko nak bermalam kat bilik Norman masa tu dia sangat happy sebab akan jumpa ko balik. Tapi bila ko ttiba cancel nak jumpa dia then ko buat dia menanggis lagi.

Mungkin sebab DIDI ialah kawan yang cukup rapat ngan aku masa tu dan sesiapa yang pernah membuatkan dia menanggis akan membuatkan aku marah pada mereka. Sama cam waktu BOB berpisah ngan dia or masa one of of corsemate buat dia menanggis dan kau yang paling banyak buat dia bersedih. Tapi ko tahu DIDI. Dia tak akan marah lama-lama. And aku cukup yakin kalau ko berjumpa dengan dia then dia tak akan marahkan ko lagi. Mungkin dia akan selekehkan kepala ko dan kalau dia ada beg silang or buku tebal then dia akan pukul belakang ko kuat-kuat sambil kata ko bodoh banyak kali then air mata dia akan mengalir then dia mungkin akan peluk ko dan everything akan jadi okey balik. Sebab ko ialah kawan yang tak mungkin ada sesiapa yang boleh mengantikan tempat kau di hati dia walaupun aku sekalipun..















Dan mungkin aku sebenarnya bukan marah pada kau tapi marah pada diri aku sendiri yang tak pernah sempat kenal kau sepanjang setahun setengah dahulu..






















Cuma just jangan buat macam tak ada apa-apa berlaku jika memang ada sesuatu yang berlaku.. Plus jangan keluarkan lawak-lawak bodoh yang walaupun ia akan menjadi nanti... Hmmm...

No comments: