Saturday, January 15, 2011

Where All The Wild Things Are?

Soalan: Bila kali terakhir korang tengok Ladybird?
Jawapan:
a) Baru jer kurang 15 minit lepas kat halaman rumah aku.
b) Semalam kat tupperware bekas makanan, bekas minuman dan baju my 4 years old niece.
c) Waktu aku sekolah rendah dulu r.
d) Ladybird? Apa tu? Nama seorang perempuan English atau ia adalah sejenis burung?


It started tadi apabila emak aku kuar statement lama dah tak tengok periuk kera. Perhatian: periuk kera bukanlah alatan memasak yang korang leh jumpa kat dapur dan bukan juga sejenis haiwan yang berbulu atau gabunganya: alatan memasak yang berbulu tetapi sejenis tumbuhan. Aku setuju ngan statement emak aku. Sebab bila fikir-fikir balik banyak sangat dah aku tak jumpa tumbuhan dan haiwan-haiwan tertentu yang dulu cukup mudah dijumpai disekitar aku.

Just imagine waktu baru pindah ke rumah sekarang ni di SANTUBONG, sangat mudah jumpa ladybird (bukan sejenis burung) kat area rumah. Ada warna merah dan ada yang berwarna kuning. Kat tepi rumah plak sangat banyak tumbuh periuk kera ngan saiz yang besar-besar. Teringat ketika emak tengah cari pucuk paku then aku dan aku akan ambik periuk kera bawa balik rumah jadikan hiasan sebab ia sangat unik. Kat depan rumah gak masa tu ada tumbuh pokok berry liar yang rasanya sangat manis. Kalau makan then lidah akan tukar warna purple. Kat belakang rumah nenek plak ada tanam pokok local cherry yang teringat masa kecik ANGAH dan UDA sangat suka panjat dan aku as adik kecik just tunggu mereka balingkan ke bawah cherry tu. Tapi most of the time mereka akan makan banyak kat atas pokok. Hmmm..

Dulu pun kat sungai besar belakang rumah arwah nenek sangat mudah tengok DOLPHIN liar melombat-lompat in group. Tengok awan akan selalu nampak burung helang merah. Kalau bernasib baik akan nampak kucing hutan, kera, tengiling, burung hantu, burung kelicip, buaya dan banyak haiwan lain lagi. Teringat gak masa dulu kat Flat Police Marine SARIKEI selalu main tangkap belalang kat semak belakang flat ngan anak-anak polis lain. Bila dah tangkap then patahkan kaki belakang diaorang supaya ia tak boleh melompat. Game budak-budak kecik yang tak tahua apa motifnya.

Tapi as time goes by it seems semua tu dah hilang. Anak-anak kecik hari ni hanya tahu semua benda tu bila Disney's buat cartoon haiwan liar, kat zoo or just bila tengok Discovery Channel jer. Bila cakap ngan bebudak kecik or budak-budak bandar then ramai yang tak percaya yang bila aku kata kat area kampung aku ada DOLPHIN,  wild berry, cherry etc sebab mereka syak benda tu ada kat barat jer. Or worst case scenario mereka akan kata aku just create cerita bohong jer. Kalu tak percaya leh tanya budak kampung lain r.

Realitinya mungkin mereka tak percaya sebab mereka tak pernah tengok benda tu dengan mata kepala mereka sendiri or sebab kalau mereka pergi ke tempat aku dibesarkan sekarang ni then nak jumpa ladybird or belalang pun susah. Kalau boleh terjumpa tu memang miracle r.

Plus sama gak cam bila parents kita (or parents aku jer) yang bercerita kat area pantai rumah kami ni dulu banyak penyu yang mendarat setiap kali musim bertelur or emak aku pernah kata waktu mereka kecik dulu selalu tangkap belalang kunyit yang besar dan mereka makan dan pahanya rasa cam daging ayam. Kita dengar pun cam: pantai belakang rumah aku pernah jadi tempat landing penyu mendarat? Or belalang kunyit, apa benda tu? 

Just imagine r benda yang parent aku pernah jumpa tak lagi aku jumpa. Dan benda yang aku pernah jumpa tak pernah dijumpai anak-anak buah aku sekarang ni. Then benda yang anak-anak kita pernah tengok sekarang ni apa yang akan ditengok oleh anak-anak mereka? Tikus rumah, cicak rumah, lipas rumah jer ke?

































Teringat satu babak dalam chronicle Pirate Of Carribian bila Captain Jack Sparrow cakap ngan anak kapal dia dihadapan seekor giant octopus yang mati tersadai kat tepi pantai. Dia kata cam mana dia nak bagitahu generasi akan datang yang that giant octopus tu pernah wujud kat dunia ni kalau itu ialah yang terakhir? Mungkin next generation akan anggap everything just as a myth jer.

Membuatkan aku terfikir apakah segala haiwan-haiwan yang myth pernah diceritakan dalam cerita nenek-nenek kita dulu really exist dan dah pupus cam haiwan yang pernah ada depan mata kita gak? Adakah PEGASUS, UNICORN, GARUDA, JENTAYU, DUYUNG, NAGA, etc sebenarnya pernah wujud gak? Hmmm..













So jangan lakukan kemusnahan pada alam sekitar. Hentikan penggunaan plastic bag. Hargai alam before korangs sendiri yang akan PUPUS oleh tindakan korang sendiri kelak..

3 comments:

Anonymous said...

sangat setuju.

Muhammad said...

Yups

me selalu berharap.
akan terjumpa seekor burung Dodo !!!

Aj: Makhluk Tuhan Paling Seksi said...

Anonymous, tq

Me, burung dodo? hmmmm... masih ada lagi ke saki baki tertinggal nih? hmmmm..