Tuesday, January 4, 2011

Immortal

Last few day Im make a jock ngan one of our trainee: KAK LIN yang comment ngan nada separa kecewa betapa umur manusia akan meningkat setiap tahun baru bermula. So aku balas r ngan jenaka advice supaya dia leh cari mana-mana vampire untuk bite and turn her into a immortal. Then dia balas balik: kat mana nak cari ek? Wakaka..


Soalan bonus 01:
Apa yang korang akan buat jika korang memang benar-benar immortal yang akan kekal ngan usia dan tenaga yang sedia ada seperti sekarang? Adakah korang akan plan pada usia 30 tahun korang akan buat itu, pada usia 60 tahun akan buat ini, 90 tahun akan pergi sana, 120 tahun akan pergi sini etc sehingga hari dunia ini berakhir bersama berakhirnya tempoh riwayat hidup engkau sekali? Atau korang akan enjoying korang punya life tanpa plan yang teratur: jumpa orang tu then having SEKS ngan dia, tak ada duit then rompak kedai, bila nak kahwen then kahwen then bila dah bosan then cerai then cari baru lagi, ada party then layn dan menikmati perubahan dunia yang berlaku dan ko tak terjejas sedikitpun. Atau korang nak beribadah dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada yang Maha Kuasa atas anugerah tu?

Soalan bonus 02:
Apa yang korang akan buat jika korang tahu yang korang hanya ada masa yang sedikit sahaja lagi untuk hidup? Adakah korang akan plan esok perlu buat apa, lusa perlu buat apa pulak dan hari-hari seterusnya sehingga sebelum korang melabuhkan nafas yang terakhir-korang dah achieve apa yang korang nak. Atau korang akan enjoy FUCK-ing, muck-ing or what ever sekalipun semata-mata nak menikmati semua perkara before korang mati dan tak dapat buat apa-apa sekalipun? Atau korang nak beribadah sepenuhnya dengan sisa-sisa masa yang terluang sebelum diri ko dijemput untuk bertemu Dia?














Mungkin kerana aku memang tak akan hidup buat selama-lamanya menjadikan aku menghargai setiap kali aku terbangun dari tidur setiap pagi. Kerana setiap hari adalah anugerah. Anugerah yang jarang kita sedari. Kite lebih rela untuk mengeluh sebab terpaksa bangun untuk kerja and more refer untuk sambung tidur balik. Tetapi kenapa kita tak pernah bersyukur sebab tuhan bagi kita satu lagi peluang untuk hidup di bumi-Nya lagi?

Aku ada anak buah yang meninggal beberapa hari sebelum dia sempat melihat dunia. Aku ada kawan yang meninggal pada ketika kami masih sama-sama di tadika. Aku ada kawan yang meninggal sebelum tamat lagi zaman sekolah menenggah kami. Mati ialah kepastian untuk setiap perkara yang hidup. Cuma kita tak pernah akan tahu bila masa seruan kita untuk menghadap Yang Maha Pencipta.

















Aku tak nak jadikan post kali ni sebagai satu ceramah agama or kelas pendidikan moral or siviv or etc pada masa tahun baru aku yang sebenar akan bermula. Cuma disebabkan aku tak suka ketika aku jatuh, tiada tangan yang sedia untuk membantu aku bangun semula. Lalu aku mahu jadi tangan yang akan sedia membantu ketika korang terjatuh.

Mungkin semuanya bermula semalam apabila ada seorang rakan bertanyakan aku tentang waktu sembahyang Maghrib. Tempohari dia bertanyakan waktu sembahyang Jumaat. Kedua-dua tempoh waktu yang dianggarnya salah. Dan tadi ketika aku Zuhur, tiba-tiba ada tangan menyentuh bahu kiri aku. Seorang makmum lelaki sembahyang di sebelah kiri aku. That mean either dia memang tak pernah sembahyang or dia tak pernah tengok orang terdekat dia sembahyang. Aku tergamam lalu aku tegur dirinya. Aku menegur dia bukan sebab aku cuba bertindak terlebih pandai atau apa. Sebab jika aku buat salah then aku mahu someone tegur aku so sebab tu aku tegur dia apabila dia buat salah.

Semuanya membuatkan aku sedar bahawa aku selama ini telah tersasar dari jalan-Nya. Walaupun aku tidak sesat tapi aku hampir keluar dari jalan yang sepatutnya. Namun sesungguhnya aku bersyukur yang aku tidak pergi jauh. Lalu aku tak mampu untuk pura-pura tak melihat, pura-pura tak mendengar dan pura-pura tak mampu bercakap jika memang benar aku melihat kejahilan, mendengar kejahilan dan mampu menegur kejahilan itu. Kerana manusia bukan hidup sendiri sahaja. So jangan mementingkan diri sendiri. Jangan hanya nak masuk SYURGA sorang diri sahaja. As BIBLE said: treat others the way you want others to treat you... rite?














I do make mistake sebab aku tak sempurna tapi aku mahu jadi orang baru. Orang baru yang bukan orang lain tapi masih lagi aku. Aku mahu menjadi seorang aku yang baru yang akan lebih menghargai kehidupan sebab aku tahu hidup aku tak akan lama.













Selamat Datang Tahun Baru....

2 comments:

MORIBAYU said...

ingat,nak jawab 2 soalan tu.

tapi if me jawab.
jadi ianya bukan sebuah soalan lagi.

apalah erti sebuah soalan.
jika ianya telah dijawab.

:P

Aj Abdullah said...

wakaka, ayat pujangga dari me lagi r. tapi betul r tu. sebab tak semua soalan perlu dijawab realiitnya. ada soalan yang perlu dibiarkan tanpa jawapan. ada soalan yang perlu dijawab dengan soalan balik. sebab ada soalan tu kalau dijawab, nilainya akan lari.. ia dah tak berfungsi lagi... kan?