Setiap malam setiap jam 8.00 antara perkara yang paling aku tak suka berlaku ialah apabila parents aku bukak berita RTM1. Aku tak akan boleh bertahan lama berada di hadapan TV melainkan aku terpaksa nak tahu apa yang sedang berlaku dalam dunia hari ini dari pandangan yang totally sangat kaki bodek kerajaan or sebab aku sangat tension then aku nak cari bahan ketawa tengok gaya pembaca berita RTM1 yang sangat melucukan. Hmmm...
Satu yang tak best tentang berita di Malaysia ialah apabila ia melibatkan bab-bab politik ni apabila setiap perkara yang dilakukan oleh kerajaan akan sentiasa jadi baik (walaupun perkara tu ada tidak sebenarnya) dan setiap perkara yang dilakukan pembangkang akan sentiasa salah (walaupun perkara tu ada baik sebenarnya). So poor pembangkang sebab no matter what happen mereka akan tetap salah. And worst kerajaan hari ini seems menjadikan media as ruang untuk mind wash kita untuk lihat apa yang mereka nak kita lihat, dengar apa yang mereka nak kita dengar dan jangan bersuara untuk menentang.
Bila nak pilihanraya plak then banyak r pembangunan demi pembangunan dibuat. Buat itu buat ini tapi bila part kalah janji terus hilang. Bila dah buat then dua-tiga bulan terus bumbung bocor, terbang etc. Or lebih commonnya just jadi projek gajah putih yang jadi tempat lepak nyamuk dan geng-geng mat gian jer. Bila jalan raya yang 3 tahun berlubang 2 meter dalam dah di tar keseluruhan that mean pilihanraya umum just around the corner jer. Sekali lagi it seems nak membuatkan rakyat ni seolah-olah terhutang something yang besar kepada pemimpin sehingga nak tak nak mereka terpaksa menanda X pada kertas undi nanti.
Belum lagi masuk bab pekerja-pekerja government yang seolah-olah mesti undi kerajaan sebab kerajaan r yang bagi duit mereka makan sekarang ni. Bila undi pembangkang then cikgu-cikgi suddenly after few month pilihanraya tamat akan ditransfer ke kawasan pedalaman. Yang digovernment sector plak dipindah ke seksyen lain. Semuanya seems kebetulan plak.
Im writing this post bukan nak menyerang mana-mana individu. As I always said: Im attacking the problems not the person. Aku sekadar nak each time tenggok berita kat tv or baca news paper yang lebih adil. Aku tak dapat terima cara kerajaan hari ini nak media melihat diri mereka as golongan yang terhindar dari melakukan dosa. Bila masuk bab puji-puji kerajaan memang tahap telinga leh menanah dan bila kutuk pembangkang then lebih jauh dari mengutuk makhluk paling terkutuk.
Kenapa berita politik tak leh jadi cam berita hiburan. Tengok je r MELODI setiap Ahad. Mereka serang artis sama rata. Tapi mereka bukannya nak serang artis tu (hmmmm.. iye r tu) cuma mereka nak peminat tahu cerita sebenar jer. Why tak buat perkara yang sama pada politik? Rakyat nak tahu belang sebenar each or the pemimpin. Sebab realitinya rakyat memang dah tahu isteri menteri mana yang peluk sorang pelakon bollywood berstatus Datuk tu, or anak menteri mana yang 'minum' dan gambar bogel ngan girl silih berganti, or rumah menteri yang besar mengalahkan istana raja etc.
.
.
.
.
Kekadang aku simpati pada masyarakat yang leh terima berita yang kuar dekat tv bulat-bulat. Mereka percaya bahawa kerajaan hari ini ialah kerajaan yang sangat jahat dan pembangkang ialah kumpulan yang sangat jahat. Dont create mindset yang sangat kasihan untuk mereka. I cant imagine melihat generasi akan datang kalau ia terus berlaku. Generasi yang buka mulut then disuap dan telan stiap apa yang diberi.
Rakyat seharusnya diberi kuasa untuk berfikir dan memilih media yang mereka mahu terima. Tamat.
3 comments:
Jangan percaya dengan tv.
ianya sama,seperti sebuah peti surat yang penuh dengan sisipan iklan.
or email box yang penuh dengan scam or kotak kitar semula yang penuh dengan sampah yg tak leh dikitar semula or tv3 yang penuh ngan iklan or cerita Yusof Haslam yang penuh ngan unsur tak ada mesej... hmmm
kesimpulan jangan percaya TV walaupun TV sebenarnya sedikitpun tak bersalah sebaliknya rancangan dalamnya jer yang bersalah. hmmm
yups
jika kita percaya dengan tv.
jadi dunia nyata ini,pasti akan menjadi sesuatu yang sangat2..sureal.
Post a Comment