Aku yakin korang mesti masih ingat pada cinta pertama korang kan? Yaa I do mean it by cinta monyet pertama korang. Cinta sewaktu korang masih hingusan. Waktu zaman sekolah yang korang belum tahu cam ner nak ikat tali kasut sendiri tapi dalam hati dah ada taman bunga dah. Walau betapa tua macam mana usia korang pun still korang akan ingat cinta monyet pertama korang tu sampai bila-bila pun. So post kali ni ialah tentang cinta pertama aku.. Hmmm..
Semalam aku buka account FRIENDSTER (yaa, bukan FACEBOOK) yang dah dipenuhi sarang labah-labah. Sesaja je nak check kut2 ada mesej in box ker. Then tengok gambar-gambar yang aku pernah upload semasa zaman U dulu. Then jumpa satu gambar ni. Gambar atas ni.
Gambar ni diambik sewaktu aku di darjah 4. Bersekolah di SRB St ANNE Sarikei. Berlatarbelakangkan kawasan padang di Masjid Bahagian Sarikei sewaktu Majlis Maulidurasul. Beberapa minit selepas gambar ni diambil kami masuk ke dalam masjid dan berlari-lari buat aksi BOLLYWOOD.
Nama dia SALFIAH. Dia sama kelas dengan aku sejak dari darjah 1 sehingga darjah 3. Apabila kami darjah 4 kami berpisah. Dia masuk kelas yang lebih pandai sedikit dari aku. Ayah dia kerja JKR. Ayah aku kenal ayah dia. UDA, abang aku plak kenal tapi tak suka dengan kakak dia (yang sebaya dengan dia). Dan rumah kami pun tak jauh: dipisahkan oleh sebatang jalan besar jer. So disebabkan aku dudok di flat polis tingkat 3 then aku akan nampak setiap pagi dia turun sekolah then aku akan berebut turun semata-mata nak jalan sama ngan dia.
Korang mesti pernah tengok movie-movie or drama-drama yang 2 orang kawan waktu kecik then berjumpa balik masa dewasa dan jatuh cinta. Aku pun pernah imagine perkara yang sama gak. Tapi ttiba aku check FACEBOOK check nama dia: Dan kini dia dah kahwin dan ada seorang anak lelaki..
Im wishing all the best for her. Dia dah jumpa cinta sebenar dia. Dan aku? Masih mencari...?
No comments:
Post a Comment