Thursday, January 20, 2011

oooh Kamu Racism

Jika RACISM ialah seorang wanita yang cantik dengan package body yang SUPER HOT then I will have a ONE NIGHT STAND with her using a CONDOM then aku akan tinggalkan dia. Moral disebalik cerita ini ialah Im using CONDOM sebab I dont want to have a next generation yang muka cantik tapi otak penuh RACISM. Then korang tanya: how about SEKS? So aku jawab: SEKS ialah SEKS laa.. Noktah.


Korang percaya tak kalau aku kata pandangan mata aku ni aku tak pernah lihat apa bangsa korang, apa agama korang, apa bahasa korang, apa kepercayaan korang, mana asal korang, macam mana rupa korang etc yang berkawan dengan aku? Semuanya aku lihat sama sehinggalah korang sendiri yang start bagitahu semuanya. Then baru aku jelas warna sebenar korang.

Entah kenapa aku tak pernah melihat kawan aku as 'apa dia' tapi dia ialah 'siapa dia'.

Hari ni tadi aku lepak-lepak makan ngan kekawan aku. Ttiba sorang dari mereka kuar statement "Cuma kita sahaja kumpulan Melayu... bla..bla..bla..." Then baru aku tersedar rrupanya aku duduk semeja dengan sekumpulan orang Melayu selama ni. Jujur aku kata selama ni aku tak perasan yang aku keluar makan dan lepak-lepak ngan mereka yang rupanya orang Melayu. Membuatkan aku terfikir: kalau aku bukan Melayu then kita tak akan lepak-lepak makan, kuar tengok wayang or tak berkawan rapat cam ni ker? Then korang lihat aku as 'apa aku' dan bukan 'siapa aku' lah selama ni?

Sama cam zaman U dulu bila ada kawan Melayu yang persoalkan: Aj, kenapa ko sangat rapat ngan budak Cina tu? Ko tahu tak yang dia tak mandi pagi, berak basuh guna tissu jer and entah-entah ko lepak makan ngan dia tengah makan BABI kot. So what? Aku pun kalau kelas awal sangat aku tak sempat mandi pun, ada masa aku lebih selesa basuh berak guna tissu jer dan dia memang pernah makan BABI depan aku. Cuma before tu dia warning r tak nak makan depan aku then aku jer yang tak kisah. Sebab bukannya dia suap BABI tu ke dalam mulut aku pun.
.
Plus aku hanya perasan dia Cina, Iban, Melanau, Bidayuh or what ever sekalipun hanya ketika korang yang bagitahu itu ialah bangsa mereka. Sedangkan ketika bersama mereka aku hanya melihat mereka sebagai diri mereka sahaja. Kami ketawa, kami bercerita, kami marah, kami makan, kami tepuk tampar, kami bergaduh kerana itu ialah dia dan itu ialah aku. Bukan kerana 'apa kami' tapi 'siapa kami'.

Aku lupa apa bangsa mereka dan aku lupa bangsa aku sendiri. That how human are suppose to be treat as: just like as a human. Sebab manusia ada sifat baik ada sifat jahat. Tak ada bangsa yang jauh lebih baik, jauh lebih mulia dari bangsa lain. Semuanya sama. Cuma kita sahaja yang melihatnya  berbeza jika kita nak lihat ia berbeza.















Walaupun aku tak support NAJIB tapi idea 1MALAYSIA ada rasionalnya. Tapi jangan hanya melihat dari perspektif MALAYSIA sahaja tapi keseluruhanya: bahawa manusia itu tak kira dari mana asal asal mereka atau warna kulit mereka realitinya semuanya sama: MANUSIA.

























Timbulkan persoalan dalam otak korang jika orang yang korang cintai or kawan selama ni bukan dari bangsa  yang sama dengan korang then adakah korang akan mencintai dia or berkawan dengannya? Then jawapannya akan menjelaskan either korang buta mata or buta hati.












Aku menentang RACISM. Aku layan semua orang sama. Aku harap korang pun begitu jugak.

3 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
MORIBAYU said...

Me ada seorang kawan
Dia sangat racist...
tapi minggu lepas,elok saja dia makan dim sum n kari kepala ikan.

yay !!!

Aj Abdullah said...

Siapa yg remove first comment ni?

Me, kawan me boleh menerima budaya mereka tapi in the same time menolak bangsa mereka. hmmm...