She looks at me seriously then tanya betul ke aku akan berhenti. Then aku yjawab: ya, aku akan resign bulan ni. Dia buat muka masam. Aku hanya tersenyum.
Bagaimana korang melihat kematian? Adakah ia sebagai tanda berakhirnya sebuah kehidupan atau permulaan kepada kehidupan baru?
Hari ini dari bermulanya hari sehingga berakhirnya waktu bekerja dalam otak aku hanya berlegar aku nak resign kerja. As workmate: WINNIE (not the pooh) kata kerja ni dah tak bagi apa-apa motivasi lagi untuk kami teruskan perjuangan di dalamnya. Plus aku dah jadi someone yang aku tak nak jadi : 1)Aku menipu dan enjoy dengan penipuan aku tu setiap hari 2) aku turun kerja dan balik hanya menunggu gaji pada hujung bulan jer. Hmmm..
.
.
Then the other workmate: SUZY bagitahu siapa nak nak bagi RMxxxx dengan mudah? Then aku persoalkan dia balik: berbaloi ker gaji RMxxxx tu dengan apa yang kita lalui setiap hari? Then dia mengaku yang setiap pagi ketika dia bangun dia almost bersedih tak nak pergi kerja, then nak tak nak dia pergi gak dan harungi perkara yang sama setiap hari. Then aku mempersoalkan dia balik: dia boleh teruskan perkara tu setiap hari lagi ker untuk mingu-bulan dan tahun yang mendatang nanti?
Then makin ramai yang keluarkan pendapat masing-masing yang tak nak suruh aku berhenti dan dalam masa yang sama realitinya mereka pun nak berhenti gak.
Mungkin semuanya berbeza kerana aku seorang yang positif. Then korang tanya apa yang positifnya dengan resign tu? Resign seems loser what? Kemudian aku ngan garu-garu kepala reply: bukan ker korang sendiri yang negatif sebab fikir resign for looser only kan? Sebab bagi seorang yang positif (cam aku yang perasan ni) akan kata pengecut tak akan berani untuk resign. Pengecut akan fikir walaupun kerja ni gaji kurang besar dan tekanan besar tapi kat luar sana tekanan kerjanya lebih teruk. That how a loser think. Looser tak berani nak berhenti dari their safety zone. So hanya orang berani akan pilih untuk berhenti dan sahut cabaran di luar.
Apabila aku baca artikel PSORIASIS yang severe akan hidup separuh dari kehidupan manusia normal, at that time Im quite shock. God make me sakit, aku berpotensi besar untuk lumpuh then He make me hidup separuh dari hidup normal person? Yaa, at first I think it not adil (nak adil join KEADILAN r) He make me that way. Tapi as time goes by I think hey no one know apa akan berlaku pada mereka dan sekurang-kurangnya aku tahu apa akan berlaku pada aku penghujung hidup aku nanti. Dan sekarang aku ada sekitar 16 tahun before aku mencapai umur 43 tahun yang dikatakan dalam artikel tu. It seems tuhan bagi aku ruang untuk aku hargai masa yang masih ada. Sama seperti kalau korang tahu kiamat ialh pada bulan depan then you will do the best sepanjang masa before seminggu tu tiba kan?
16 tahun ialah tempoh yang panjang untuk mereka yang mahu anggap ia sebagai masa yang panjang. Bagi aku 16 tahun itu ialah tempoh masa yang pendek. Aku hargai setiap hari aku bangun sebagai anugerah. Dan jika aku nak stay dengan pekerjaan ni then cukup pasti banyak perkara yang aku akan terlepas kelak. Aku masih lagi nak berjumpa banyak orang. Aku masih nak buat banyak kawan baru (dan kemudian jadikan mereka as musuh) sebab aku masih belum jumpa 'that one person' yang akan jadi kawan sejati, akan jadi cinta, sejati akan jadi kekasih sejati pada aku. Aku masih nak cari pengalaman suka, duka etc. Aku masih nak jelajah dunia puas-puas. Aku masih nak buat banyak perkara yang ada dalam list aku lagi.
Then korang kata ngan simpatinya "Aj, berpijak pada bumi nyata. Dunia tak akan berputar hanya dengan mimpi dan khayalan. Hidup perlukan duit. Stay pada 1 kerja, buat simpanan, cari back-up kerja, live as a normal person..!!"
Then aku tengok ko ngan nada simpati "Jangan terlalu berpijak pada realiti. Kadang kala ko perlu menari pada rentak angin yang bersamanya ada irama. Kau tak boleh terus hidup dengan perancangan terperinci ko sahaja sebab ia boleh membuatkan kau terjatuh. Plus Im not the average normal Joe. Im different and Im proud of my differences.."
Jika aku ialah seekor haiwan then aku ialah seekor kuda liar. Kau mungkin boleh mengurung aku tapi sekalipun kau tak akan berjaya untuk menjinakkan aku.
Then teringat puisi AKU by CHAIRIL ANWAR:
‘Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi
Maret 1943
2 comments:
Hi AJ,
U were ryte. Dunia hanya satu persinggahan sementara. Kdang2 kta tidak berani keluar dari comfort zone sbb takut mcm2. Tp one things, nothing is impossible! Like wat i did now. My decision to travel one year and venture, at first dpt byk tentangan. Until, mek fkir..mampukah mek survive mun di luar sana. I rmbr msa naik flight tinggalkan kch thn lpas, x dpt mek tahan air mata. mek tanya dirik gik "Is tis wat i really want?"..I found de answer. YES!! I dun wan to live in regret not doing things i must did cos life is short and no one know wats future holds. Y not, we stand on our present and take one step a head to be hepy rather than pretending to b hepy. Wat ever u're decision, de best answer lay in ur heart..Gud luck bro!
never regret..never regret.. never ever regret on what everthing yang kita pilih.. never live in regret.. pengalaman hanya a piece of penyesalan bagi orang yang tak nak belajar menerimanya as something yang tak ternilai. Masih ingat waktu aku madah yang aku ada list of kerja aku mok molah in life then ko pun bagitau yg ko pun ada that list too.. Kegembiraan ialah bagaimana kita mok nilai sebuah erti gembira r kan dan bukan pada penilaian orang lain. So Im wishing all the best for you too... :)
Post a Comment