Monday, February 27, 2012

Kamu Kurang Bijak

Teringat pada lirik lagu TAK ADIL by band POTRET dalam album POSITIVE-POSITIVE yang vokal utamanya ialah MELLY GOESLAW kata apsal dalam satu institusi sama ada sekolah, tempat kerja or even dalam sebuah keluarga pun mesti ada pengkelasan as satu kumpulan ni bijak meanwhile satu kumpulan lain plak buduh. Menjadikan yang bijak ni dimanja, disegani dan diberi layanan terbaek dan kumpulan satu lagi you know what happen. Hmmm..


Bapak aku mengajar ngaji di rumah so banyak bebudak datang ar so selepas aku ambik my 10 years old  nephew balik sekolah sekitar jam 3.30 petang then sesampai di rumah dan kebetolan sorang budak ni baru habis mengaji so anak buah aku kata ar yang budak tu ponteng. Dia bagitahu yang dia tak terpilih untuk kelas tambahan tu. Now aku faham yang budak tu bukan dari kumpulan 'kanak-kanak terpilih' (as being told dalam cerita DIGIMON)

Buat aku mempersoalkan: Apakah matlamat kelas tambahan tersebut sebenarnya? Adakah nak menjadikan budak yang bijak bertambah bijak meanwhile budak kurang bijak bertambah bodoh? Cam gitu ker? Hmmm..


Masa cam zaman sekolah dulu: kelas dibahagikan based on keputusan peperiksaan aka orang bijak dalam kelas bijak, kurang bijak dalam kelas kurang bijak, bodoh dalam kelas bodoh, yang dah tak dapat ditolong  masuk kelas tak dapat ditolong lagi. Buat kelas yang bijak perhatian diberi 100%, bagi kelas tambahan, bagi kursus motivasi, bagi itu ini tapi kalau kelas kurang bijak plak cikgunya cam dah tak pedulik langsung hidup mati pelajar. Dah jadi cam Cikgu Sahri dalam cerita Masam-masam Manis: Hari-hari cikgu tidor..

Bila akher tahun plak bebudak pandai ni beratur nak ambik hadiah dan parents bangga habis anak setiap tahun mesti jadi pelajar terbaik dalam setiap matapelajaran dan keseluruhan tingkatan sementara bebudak kurang bijak plak tak dibenarkan masuk dewan dan diaroang datang tak datang pun tak ada sorang cikgu pedulik. 








So apakah fungsi sebenar sekolah hari ni sebenarnya?













Aku pernah jadi cikgu di sebuah sekolah swasta before. Dalam satu tingkatan ada 4 buah kelas tapi kelas-kelas ni tak dipecahkan ikut kepandaian pelajar so maknanya dalam 1 kelas ada yang bijak dan kurang bijak dikumpulkan sekali dengan matlamat cikgu akan mengajar sama rata or matlamat utama yang lain supaya sekolah tu tak disaman oleh parents student yang kaya raya sebab tak nak orang kata anak mereka bodoh.

Akibatnya sangat hazab nak mengajar bila mereka yang nak belajar tu fokus tapi yang tak nak belajar tu plak memain dan ganggu mereka yang nak belajar.













Bagi aku matlamat pengkelasan kelas ikut cepat atau lambat student tangkap ilmu ni adalah bertujuan agak cikgu boleh ambik lebih perhatian kepada mereka yang dikelaskan as kurang bijak ni dengan pendekatan yang lebih daripada pelajar yang dikatakan terlebih bijak tu. Hmmm

No comments: