Korang pasti percaya kalau aku kata yang aku tak pernah tengok rancangan Ustaz Don kat TV Al Hijrah or kat mana-mana siaran sekalipun tapi korang pasti tak akan percaya gak kalau aku kata yang aku baru balik dari ceramah Ustaz Don beru je tadi. Hmmmm.. Yap, korang percaya..
Aku ni bukanlah jenis manusia yang suka gi ceramah or what ever program berbentuk motivasi. Tapi kali ni aku terbuka hati pergi sebab 1st) ia membicarakan manusia agung yang paling aku sayang aka Nabi Muhammad S.A.W dan 2nd) penceramahnya bukanlah penceramah konventional.
So lepas Maghrib aku start gerak sebab aku plan nak jemaah kat Islamic Information Centre aka tempat yang bakal diadakan ceramah tu. Aku punya expectation awal yang orang just sekadar memenuhi ruang dalam tu je ar sebab as usual bila masok program agama pasti ramai x nak join BUT miracle happen sekaligus menjadikan expectation aku salah: tempat tu sangat penuh, kereta perlu park jauh dan berjalan kaki dan just dapat dudok luar bangunan jer.
Pelbagai lapisan masyarakat datang. Dari yang bertudung labuh ke tudung siti Nurhaliza (yang tak bertudung pun ada), tua muda, lelaki perempuan (dan separa) pun datang dan tak kisah dudok kat tar jalan semata-mata tak nak melepaskan peluang menghadiri majlis agama ni sekaligus memperlihatkan bahawa kita ni dahagakan majlis-majlis seumpana ni.
Dan tak lupa nak katakan yang ceramah Ustaz Don memang best. Memang tak rugi jalan kaki jauh-jauh bila dengar ceramah dia. 2 jam lebih rasa cam baru setengah jam jer, Banyak info-info berguna aku dapat malam ni tadi.
Antaranya bila melibatkan golongan bernama Syed dan Syarifah ni. Jujor cakap yang aku before sangat kurang gemar ngan diaorang nih. Ada yang terlalu maniac ngan 'nama' tu sangat sebab desas desus bagitau yang mereka ni berasal dari keturunan Hasan Hussien aka keturunan nabi sedangkan perangai CENSORED ar..
Then Ustaz Don jelaskan yang yap, they do dari keturunan nabi. Dan lebih dasyat bila mereka perlu bawak tanggungjawab as pembawa nama keluarga nabi. So Syed dan Syarifah, please behave..
Tak dapat bayangkan kalau Ustaz Azhar Idrus plak yang bagi ceramah. Musti lagi ramai ar
No comments:
Post a Comment